SEJARAH Ditulis oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP KSSM 4 TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN Video Jawapan Bahan digital KOD QR 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI PdPc Abad Ke-21 Konsep PBD Objektif Pentaksiran Nota Efektif Peta Pemikiran Sudut KBAT Penilaian Akhir Tahun
ii 3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun Era Peralihan Kuasa British 79 − 101 di Negara Kita 4.1 British Military Administration 4.2 Gagasan Malayan Union 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak 4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah Persekutuan Tanah Melayu 102 − 115 1948 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Ancaman Komunis dan 116 − 130 Perisytiharan Darurat 6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita 6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita 6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita Rekod Pentaksiran Murid iv Objektif Pentaksiran vii Warisan Negara Bangsa 1 − 18 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat Kebangkitan Nasionalisme 19 − 48 2.1 Maksud Nasionalisme 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 2.7 Perkembangan Nasionalisme 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme Konflik Dunia dan Pendudukan 49 − 78 Jepun di Negara Kita 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia 3.2 Latar Belakang Perang Dunia 3.3 Perang Dunia Kedua 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 1 BAB 2 BAB 3 BAB 6 BAB 5 BAB KANDUNGAN 4 BAB
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 49 3 BAB Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita EFEKTIF 3.1 1 Kesedaran awal nasionalisme • British berusaha membendung idea gerakan Islam dari Timur Tengah. • British dengan persetujuan Raja-raja Melayu memperkenalkan Enakmen UndangUndang Islam 1904 bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara. • British memperkenalkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik untuk mengawal gerakan Islah Islamiah. • Kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa telah menyebabkan British berwaspada terhadap gerakan Pan-Islamisme. • Penentangan Tok Janggut merupakan hasil daripada kesedaran politik antarabangsa. • Walaupun gerakan ini melibatkan penduduk di Pasir Puteh, Kelantan, isu penentangan adalah untuk mempertahankan agama Islam dan hak penduduk tempatan. • Penentangan Tok Janggut merupakan cetusan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara Islam. • Kebangkitan Tok Janggut dipengaruhi oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama di Eropah. • Penentangan yang memperjuangkan agama ini kemudiannya dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan serta sikap membenci British. • British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar Uthmaniyah yang berperang dalam Perang Dunia Pertama. • Perang yang meletus menarik perhatian pemimpin negeri Melayu untuk menyokong khalifah empayar Uthmaniyah yang dianggap pelindung umat Islam serta penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah. • Kegagalan Tok Janggut menyebabkan masyarakat menyusun strategi lain untuk menentang pihak British. • Kemudian, akhbar dan majalah meniupkan kesedaran kebangsaan. 1 Faktor Perang Dunia Pertama (a) Persaingan kuasa imperialis (b) Pakatan ketenteraan (c) Krisis rantau Balkan 2 Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama (a) Kuasa Tengah • Jerman dan Austria-Hungary • Pakatan ini kemudian disertai oleh Bulgaria dan empayar Uthmaniyah (b) Pakatan Bertiga • Britain, Perancis dan Rusia • Pakatan ini disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece 3 Peristiwa Perang Dunia Pertama • Austria-Hungary dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. • Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia. • Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. • Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia. • Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang perancis. • Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium. • Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dengan memihak kepada Kuasa Tengah. • Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga. • Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga. 4 Berakhir Perang Dunia Pertama • Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan Pakatan Bertiga pada tahun 1918. 3.2 Latar Belakang Perang Dunia Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 57 (a) Keruntuhan Pemerintah Beraja • Menamatkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah. Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. (b) Kemunculan Negara Baharu • Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara baharu seperti Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia. (c) Kesan Terhadap Negara Kita • Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British untuk menyekat kebangkitan orang Melayu. 1 Nyatakan faktor Perang Dunia Pertama yang berikut. TP 1 OP1 (a) Persaingan Kuasa Imperialis • Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan . • Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di . (b) Pakatan Ketenteraan • Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti • Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan . • Negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan . Buku Teks: m.s 54-57 3.2 Latar Belakang Perang Dunia 2 Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama. TP 1 OP1
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 63 (ii) Kepentingan strategik ketenteraan • Kedudukan strategik Tanah Melayu sesuai untuk ketenteraan Jepun. • (b) Kemaraan Tentera Jepun Menguasai Tanah Melayu dan Singapura (i) 8 Disember 1941 (ii) 12 − 13 Disember 1941 (iii) 17 Disember 1941 (iv) 31 Disember 1941 (v) 7 − 31 Januari 1942 (vi) 15 Februari 1942 (c) Serangan Tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah • Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula dengan pendaratan di Miri.
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 65 1 Huraikan perjuangan rakyat menentang Jepun di Tanah Melayu. TP 4 OP2 (a) Rejimen Askar Melayu (b) Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) (c) Force 136 2 Huraikan kerjasama pertubuhan berbeza fahaman menentang Jepun di Tanah Melayu. TP 4 OP2 (a) Kerjasama MPAJA dan Force 136 Buku Teks: m.s 74-79 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 70 4 Rumuskan tentang kebijaksanaan pemimpin tempatan mengambil tindakan kompromi dan perundingan ketika berhadapan situasi kekosongan kuasa politik selepas kekalahan Jepun di negara kita. TP 6 OP3
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 71 SUDUT KBAT bit.ly/3vufIsd Nyawa di-hujong Pedang 1 Jepun semakin hampir untuk menjayakan misi agung mereka, iaitu menubuhkan satu kawasan bebas penjajah; Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya yang bebas daripada orang kulit putih. Namun hakikatnya, mereka menjajah negara penjajah dan seterusnya membolot hasil bumi di negara berkenaan untuk kepentingan peperangan Jepun. Sumber: https://www.thepatriots.asia/perang-dunia-kedua-jepun-menyerang-selatan-asia/ (a) Jelaskan peristiwa bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik. [6 markah] (b) Huraikan sebab-sebab berlakunya perang tersebut? [6 markah] (c) Novel Nyawa di-hujong Pedang karya Ahmad Murad Nasaruddin menggambarkan kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat awam. Huraikan kesengsaraan penduduk ketika itu dan berikan cadangan anda agar peristiwa tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan. [8 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 72 AKTIVITI Soalan: Bina peta minda berkaitan dengan tema Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita seperti berikut: 1 Dasar ekonomi 2 Dasar sosial 3 Layanan terhadap penduduk Jawapan:
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 76 Soalan Struktur 1 Kesedaran awal nasionalisme di negara kita dipengaruhi oleh gerakan Islam di Timur Tengah yang menentang penjajah. (a) Jelaskan usaha-usaha British membendung idea gerakan Islam di Timur Tengah. [3 markah] (b) Mengapakah Tok Janggut menentang penjajah British? [3 markah] (c) Keamanan dunia sangat penting kepada negara kita. Berikan ulasan anda. [4 markah] 2 Serangan tentera Jepun di negara kita bermula pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu dan berakhir pada 15 Februari 1942 di Singapura. (a) Jelaskan faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita. [3 markah] (b) Mengapakah Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dengan mudah? [3 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 77 (c) Kebijaksanaan pemimpin dalam merancang strategi penting dalam menjaga kedaulatan negara. Berikan ulasan anda. [4 markah] Soalan Esei 1 Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa kepada persaingan antara kuasa imperialis. (a) Jelaskan faktor-faktor Perang Dunia Pertama. [6 markah] (b) Terangkan kesan-kesan Perang Dunia Pertama ke atas: (i) Eropah [4 markah] (ii) Tanah Melayu [4 markah] (c) Mengapakah kesedaran semangat cinta akan negara penting kepada rakyat sesuatu negara? [6 markah] 2 Perang Dunia Kedua yang berlaku di Eropah berlaku antara tahun 1939 hingga 1945 tertumpu di negaranegara Eropah dan utara Afrika. (a) Jelaskan faktor-faktor berlakunya perang tersebut. [6 markah] (b) Mengapakah perang tersebut boleh berakhir? [6 markah] (c) Huraikan iktibar daripada kesan peperangan ke atas negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua. [8 markah] 3 Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun 1939 hingga 1945 di Asia Pasifik tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. (a) Jelaskan faktor-faktor berlakunya perang tersebut. [6 markah] (b) Terangkan peristiwa yang berlaku dalam perang tersebut. [6 markah] (c) Huraikan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh kuasa asing. [8 markah] 4 Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera selepas berjaya menjajah negara kita. (a) Nyatakan dasar pentadbiran Jepun di negara kita. [6 markah] (b) Jelaskan dasar pendudukan Jepun dalam aspek: (i) Ekonomi [4 markah] (ii) Sosial [4 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 78 (c) Gambar berikut menunjukkan mata wang ketika pemerintahan tentera Jepun. Mata wang ini dicetak tanpa kawalan sehingga menyebabkan inflasi. Terangkan kreaviti rakyat tempatan bagi berhadapan situasi tersebut. [6 markah] 5 Penentangan terhadap tentera Jepun melibatkan semua kaum di negara kita. (a) Jelaskan perjuangan menentang Jepun oleh pasukan dan pertubuhan berikut: (i) Rejimen Askar Melayu [4 markah] (ii) MPAJA [4 markah] (iii) Force 136 [4 markah] (b) Gerakan anti-Jepun turut berlaku dengan bersungguh-sungguh di Sarawak dan Sabah. Berikan ulasan anda. [4 markah] (c) Mengapakah semangat sedia berkorban untuk negara penting dalam kalangan generasi muda hari ini? [4 markah] 6 Dasar pemerintahan Jepun membawa kepada perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. (a) Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. [6 markah] (b) Penduduk tempatan di Sarawak dan Sabah mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Berikan ulasan anda. [6 markah] (c) Huraikan iktibar daripada semangat sedia berkorban untuk negara dalam diri pejuang nasionalisme yang menentang Jepun. [8 markah] 7 Amerika Syarikat telah menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada bulan Ogos 1945. Kesannya, Jepun telah menyerah kalah. (a) Jelaskan peristiwa kekalahan Jepun di negara kita. [4 markah] (b) Bintang Tiga telah mengambil peluang di atas kelewatan pendaratan semula tentera British di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda. [8 markah] (c) Bersetujukah anda ketahanan fizikal dan mental pemimpin Melayu telah bejaya menangani masalah perselisihan kaum selepas kekalahan Jepun? Berikan alasan anda. [8 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 151 8 BAB Pilihan Raya EFEKTIF 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu 1 Pilihan raya majlis perbandaran • Pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang. • Untuk memilih sembilan ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town. • Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu. • Seterusnya, Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. • Diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. • UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor bergabung dan dikenali sebagai Perikatan. • Seterusnya, di Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban. • Kerjasama parti UMNO-MCA mendapat kemenangan pada kerusi yang dipertandingkan. 2 Pilihan raya peringkat negeri • Pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri. • Menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum dalam politik negara. 1 Rundingan sebelum pilihan raya umum (a) Pada 1 Februari 1954, jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli. (b) Tugas jawatankuasa adalah untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan. (c) Jawatankuasa Pilihan Raya ini mengeluarkan dua bentuk penyata susunan MPP, iaitu Bentuk A dan Bentuk B. (d) Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih Bentuk A manakala Jawatankuasa memilih Bentuk B. (e) Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, T.H. Tan dan Dato' Abdul Razak Hussein ke London. Rombongan ini menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP. Bilangan anggota MPP ini hendaklah dipilih melalui pilihan raya. (f) Rundingan di London masih gagal menjayakan hasrat Tunku Abdul Rahman mendapatkan tiga perlima ahli melalui pilihan raya. (g) Akhirnya, bilangan ahli MPP yang dipersetujui untuk dipilih melalui pilihan raya sebanyak 52 orang. (h) Perkara ini dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan yang diwakili Tunku Abdul Rahman. (i) Pilihan raya diadakan pada tahun 1955. 2 Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 • Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya. • Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. • Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di Tanah Melayu, kecuali Terengganu bermula 29 Oktober 1954. • Penamaan calon. • Kempen pilihan raya. • Mengundi. • Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi. • Pengumuman keputusan undi. 3 Syarat untuk menjadi pengundi • Warganegara Persekutuan Tanah Melayu. • Berumur 21 tahun ke atas. • Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu (dari tarikh 17 Oktober 1954 atau 28 Oktober 1954 bagi negeri Terengganu) layak untuk memohon sebagai pengundi. 4 Syarat untuk menjadi calon • Warganegara Persekutuan Tanah Melayu. • Berumur 21 tahun ke atas. • Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon. • Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 152 • Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. • Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan. • Kuasa pegawai British beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. • Ada pegawai British berperanan sebagai penyelia / penasihat bidang keselamatan. • Susulan itu, Sistem Ahli dimansuhkan. • Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan amalan demokrasi. 1 Latar belakang Persekutuan Tanah Melayu (PTM) • Kabinet pertama PTM dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. • Kabinet tahun 1955 ini dibarisi oleh 10 orang Menteri dan tiga orang pegawai British yang memegang portfolio Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan. • Setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu kesemua Jemaah Menteri diumumkan dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Donald MacGillivray. 2 Kabinet pertama PTM • Ketua Menteri − Tunku Abdul Rahman. • Menteri Pelajaran − Dato’ Abdul Razak Hussein. • Menteri kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar − Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman • Menteri Tanah dan Galian − Dr. Ismail Abdul Rahman • Menteri Pengangkutan − H.S. Lee • Menteri Kerja Raya − Sardon Jubir • Menteri Buruh − V.T. Sambanthan • Menteri Kesihatan − Leong Yew Keoh • Menteri Pos dan Telekom − Ong Yoke Lin • Menteri Pertanian − Abdul Aziz Ishak 3 Peranan kabinet pertama • Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam. • Menyambung sistem yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster. • Mengurangkan kuasa pentadbiran British. • Meminta kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan. • Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan. 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 5 Pilihan raya awal di Sarawak • Pilihan raya tempatan pertama pada tahun 1956. • Bagi kawasan Kuching Municipal Council (KMC) dan Sibu Urban District Council (SUDC). • Bagi pilihan raya KMC, Kuching dibahagikan kepada sembilan kawasan (ward). William Tan dipilih sebagai Pengerusi pertama KMC dan Ong Kee Hui sebagai Timbalan Pengerusi. • Bagi pilihan raya SUDC, Sibu dibahagikan kepada sembilan kawasan. Ting Chew Huat menjadi Pengerusi SUDC dan John Loo Ling Chong sebagai timbalan pengerusi. 6 Pilihan raya awal di Sabah • Pilihan raya kerajaan tempatan pertama diadakan pada 16 Disember 1962. • Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya. • Seramai 202 calon bertanding bagi 137 kawasan. • USNO memenangi paling banyak kerusi. 1 Beza Majlis Perundangan Persekutiuan (MPP) 1948 dan 1955 • MPP 1948 terdiri daripada wakil peringkat pentadbiran pusat, Majlis Negeri, anggota kerajaan pusat dan ahli tidak rasmi seperti − 52 orang ahli tidak rasmi yang dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu − 3 orang ex officio, iaitu Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan − 9 orang Residen mewakili sembilan buah Majlis Negeri − 2 orang wakil Negeri-negeri Selat − 11 orang ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan • Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat dengan keanggotaan − 53 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya − 35 orang ahli lantikan mewakili kumpulan berkepentingan − 11 orang Menteri Besar − 2 orang wakil Negeri-negeri Selat 2 Kesan Penubuhan MPP • Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British.
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 161 Soalan Esei 1 Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan negara. Beberapa isu timbul seperti bentuk ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang akan dipilih daripada pilihan raya tersebut. (a) Jelaskan dua bentuk cadangan penyata susunan MPP berikut: (i) Bentuk A [4 markah] (ii) Bentuk B [4 markah] (b) Bagaimanakah proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan. [6 markah] (c) Bandingkan syarat untuk menjadi seorang pengundi dan calon dalam sesuatu pilihan raya. [6 markah] 2 Sarawak dan Sabah turut melaksanakan pilihan raya lebih awal sebelum merdeka seperti Tanah Melayu. (a) Jelaskan pilihan raya awal di negeri berikut: (i) Sarawak [4 markah] (ii) Sabah [4 markah] (b) Perkembangan pilihan raya di Tanah Melayu lebih awal berbanding dengan Sarawak dan Sabah. Berikan penjelasan anda. [6 markah] (c) Bersetujukah anda bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi tulen? Berikan alasan anda. [6 markah] 3 Majlis Pcrundangan Persekutuan melibatkan wakil peringkat pentadbiran pusat, Majlis Negeri, anggota kerajaan pusat dan ahli tidak rasmi. (a) Jelaskan tentang penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan berikut: (i) Majlis Perundangan Persekutuan 1948 [4 markah] (ii) Majlis Perundangan Persekutuan 1955 [4 markah] (b) Terangkan kesan-kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan tersebut. [6 markah] (c) Kepemimpinan yang berwibawa dalam mengetuai pentadbiran seperti Majlis Perundangan Persekutuan sangat penting. Berikan ulasan anda. [6 markah]
198 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Bahagian B [60 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini. 1 Nasionalisme merujuk kepada pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Sumber: prpm.dbp.gov.my Kamus Bahasa Melayu (a) Apakah yang anda faham dengan konsep nasionalisme? [4 markah] (b) Huraikan faktor-faktor perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. [8 markah] (c) Petikan berikut berkaitan dengan idea nasionalisme. Dalam konteks sains politik, nasionalisme adalah ideologi yang paling berkuasa dan berpengaruh pada hari ini. Sarjana seperti Leon Baradat mendefinisikan nasionalisme sebagai satu bentuk semangat 'kekitaan' yang dilazimi oleh ciri-ciri biologi sosial dalam sesuatu ruangan kewilayahan. Asas kepada pembentukan ideologi ini dipercayai bermula pada 1648 hasil implikasi daripada Perjanjian Westphalia mula memposisikan negara bangsa sebagai sebuah institusi yang mendominasi segala aspek kehidupan manusia. Keterangkuman semangat nasionalisme ini berpaksikan kepada keselarasan sosial, politik dan ekonomi. Tidak kurang juga ia diterjemahkan sebagai sikap marah yang timbul dalam sesuatu kelompok masyarakat ke atas campur tangan penjajah terutama sekali dalam konteks pentadbiran kolonial. Malah, menurut catatan kesarjanaan yang pernah direkodkan dalam sejarah politik dunia, nasionalisme diangkat sebagai satu ideologi yang tuntas bertujuan menyatupadukan masyarakat yang berpecah belah. Limpahan daripada ideologi ini membawa kepada pengukuhan kesatuan minda yang berteraskan keberfungsian masyarakat. Sumber: https://www.hmetro.com.my Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan berita tersebut. [8 markah] 2 Malayan Union telah ditentang oleh Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. (a) Jelaskan cara-cara penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. [6 markah] (b) Bagaimanakah rakyat bertindak balas terhadap perisytiharan Malayan Union? [6 markah] (c) Bersetujukah anda dengan tindakan orang Melayu menentang Malayan Union? Berikan alasan anda. [8 markah] 3 Pihak komunis telah bertindak mengancam kestabilan dan keamanan negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Banyak kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh mereka khususnya ketika zaman darurat. (a) Jelaskan kerosakan dan kemusnahan tersebut. [6 markah] (b) Bagaimanakah kita boleh menghalang fahaman komunis dari muncul semula pada masa ini? [6 markah] (c) Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada tindakan komunis yang mengancam keamanan negara kita. [8 markah] Sejarah Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun
Sejarah Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 199 4 Ketika penjajahan British, pentadbiran pendidikan negara kita mengikut kehendak penjajah yang mengamalkan dasar pecah perintah. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat terpisah dan berpecah belah kesan pendidikan yang berasingan. Masalah ini berkekalan apabila negara kita mencapai kemerdekaan. (a) Jelaskan sistem pendidikan semasa pentadbiran British di negara kita. [4 markah] (b) Terangkan sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua sebelum negara kita merdeka. [8 markah] (c) Sistem pendidikan negara kita mampu membawa kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Berikan penjelasan anda. [8 markah] 5 (a) Jelaskan pengertian kemerdekaan. [4 markah] (b) Kemerdekaan negara telah memberikan kesan ke atas perkembangan politik dan pentadbiran negara. Berikan penjelasan anda. [8 markah] Kemerdekaan membawa maksud bebas daripada sifat negatif, pilih kasih, rasuah dan pengaruh asing dalam kalangan komuniti, masyarakat dan negara. Profesor Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar berkata, pemimpin mahupun rakyat harus bebas daripada unsur-unsur negatif terutamanya dengki dan khianat yang mampu membawa bencana kepada negara. “Lebih-lebih lagi, pemimpin negara harus bebas daripada isu-isu tersebut baru negara kita adalah dikira bebas dan kemerdekaan akan mempunyai ertinya. “Baru-baru ini, negara bergelut dengan banyak isu seperti kehilangan integriti bersama rasuah yang menjadi-jadi dalam kalangan pelbagai pihak, penghinaan agama Islam dan inflasi yang sukar ditangani.” Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/kemerdekaan-bermaksud-kebebasan/ (c) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut serta kesannya terhadap negara sekiranya rakyat hilang kebebasan sebagai warganegara yang merdeka. [8 markah] Sejarah Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun
9 Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM13.90 : RM14.90 MODUL & AKTIVITI SUPERB 2.0 SBP SEJARAH TINGKATAN 4 Siri SUPERB 2.0 SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ialah buku yang berformatkan modul dan aktiviti yang digubal oleh kumpulan Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP. Kandungan modul ini ditulis selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Latihan dan aktiviti yang dihasilkan selaras dengan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad Ke-21 dan peta pemikiran. Semua elemen ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran murid menguasai setiap topik yang dipelajari. Kandungan modul ini turut dilengkapi dengan bahan-bahan yang dimuat naik dalam kod QR seperti video, audio, bahan interaktif serta jawapan. Siri ini dapat memberikan manfaat kepada murid sebagai pemangkin kecemerlangan pada masa hadapan. SEJARAH 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI SUBJEK TINGKATAN TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu English Matematik Sejarah Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi 9 786294 710726 ISBN 978-629-471-072-6