The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-03-05 22:27:29

Praktis ECO Bahasa Melayu Tingkatan 2

Praktis ECO Bahasa Melayu Tingkatan 2

Latihan Topikal Berdasarkan Format DSKP Terkini TAN SIEW HWA PRAKTIS EM RM4.90 WM RM4.50 BERBALOI! JIMAT ! 2 Tingkatan KSSM Bahasa Melayu


1 Lakonkan situasi di bawah dengan rakan anda. Kemudian, cadangkan cara-cara untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat Malaysia. Bentangkan cadangan anda di hadapan kelas. So, you all dah ada idea ke what topik kita patut buat untuk presentation nanti? I cadangkan we talk about topik bahasa rojak, cabaran kepada remaja sekarang. Okay tak? Saya pun setuju. I am sure mesti cikgu suka this topic. Sounds like menarik! Saya agree. Bahasa Ro jak PEROSAK BAHASA! “Oleh sebab bahasa mempunyai sistem ekologi sendiri, maka apabila sistem ekologi ini diusik dan diganggu, kita tunggu sahajalah kemusnahannya. Musnah bahasa, punahlah sesuatu bangsa itu.” Nor Hazizan Talib, Dewan Bahasa, Disember 2001 PRAKTIS 1: TEMA 5 BAHAGIAN 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


2 Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Saring maklumat tentang kepentingan amalan menabung dan sampaikan maklumat tersebut dengan menggunakan ayat yang gramatis. Dewasa ini, masyarakat Malaysia, terutamanya generasi muda diseru agar mempraktikkan amalan menabung kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Namun persoalannya, apakah kepentingan amalan menabung? Antara kepentingan amalan menabung termasuklah wang yang disimpan boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai contohnya, para pelajar mampu membayar yuran asrama, yuran pengangkutan dan lain-lain semasa belajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, ibu bapa yang mempraktikkan amalan menabung akan menjadi suri teladan kepada anakanak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang umurnya setahun jagung dan darahnya setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa, persis kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Misalnya, anak-anak akan menyimpan wang saku yang berlebihan di dalam tabung sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, seseorang individu yang kerap menabung tidak perlu meminjam wang daripada orang lain apabila berlakunya musibah sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mudahnya. Tamsilnya, seseorang itu boleh menggunakan wang simpanannya untuk membayar kos perubatan yang mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Sebagai kesimpulannya, amalan menabung haruslah dipraktikkan kerana mendatangkan banyak manfaat. Dengan ini, hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berhemat dapat direalisasikan. 1 2 3 PRAKTIS 2: TEMA 13 Kepentingan Amalan Menabung


3 Teliti infografik yang disediakan di bawah. Kemudian, susun panduan menggunakan alat pemadam api mengikut urutan. KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 1. Tanggalkan alat keselamatan daripada pemadam api. – Pastikan alat pemadam api ditegakkan. – Tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan bagi mengelakkan kegunaan secara tidak sengaja. 2. Acukan muncung alat pemadam api ke pangkal api. – Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api. 3. Tekan tukil atas alat pemadam api. 4. Semburkan ke arah api dengan cara menyapu. – Gunakan cara menyapu ketika penyemburan dilakukan pada keseluruhan bahagian api 5. Buka semua tingkap untuk membolehkan udara segar masuk. – Apabila api sudah dipadamkan, buka semua pintu dan tingkap untuk membolehkan udara segar masuk. Panduan Menggunakan Alat Pemadam Api Menggunakan alat pemadam api merupakan perkara yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut: Tanggal, Acu, Tekan dan Sembur atau Pull, Aim, Squeeze and Sweep (PASS) PRAKTIS 3: TEMA 8 1 2 4 3 5


4 Dengar dan fahami petikan yang dibaca oleh rakan anda. Kemudian, huraikan kesan gejala rasuah. Isu rasuah bukanlah masalah baharu di Malaysia, sebaliknya sudah menular sejak sekian lama dan jika dibiarkan berlarutan boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara. Pelbagai sektor sebenarnya terkait dengan isu berkenaan walaupun tindakan tegas sudah diambil pihak berkuasa untuk menangani penyakit sosial itu. Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan, malah mengatur perlawanan, penyalahgunaan kuasa serta proses dalam membuat sesuatu keputusan juga ditakrifkan sebagai rasuah. Menurut laman rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun pemberian diskaun. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata jika dilihat daripada konteks perkembangan atlet negara, isu rasuah dalam sukan masih berada pada tahap terkawal. Namun, KBS menegaskan langkah pembudayaan, pencegahan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan gejala ini tidak menjadi barah kepada pembangunan sukan negara. Menurut KBS, sebagai usaha berterusan, Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhasrat meneruskan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan semua badan sukan kebangsaan bebas daripada budaya tidak sihat itu. Dengan berdasarkan kekerapan berlakunya gejala rasuah dalam sukan di Malaysia, kebanyakannya melibatkan aktiviti mengatur perlawanan, yang biasanya berlaku apabila pertaruhan dalam sukan semakin leluasa. Misalnya, pada 2018, dua orang pemain badminton profesional negara telah digantung daripada menyertai sebarang kejohanan selama 20 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati bersalah terlibat dalam skandal mengatur perlawanan. Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro, 31 Januari 2021 1 2 3 4 5 PRAKTIS 4: TEMA 9


5 Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, berikan maksud rangkai kata yang berhuruf condong dalam petikan dengan merujuk kamus. Tarian tradisional merupakan warisan budaya yang sangat berharga dan dapat mencerminkan kebudayaan dan identiti sesuatu kaum. Oleh itu, golongan remaja disarankan agar memelihara tarian tradisional agar warisan budaya ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sebenarnya, golongan remaja memainkan peranan yang penting sebagai duta busana negara pada peringkat antarabangsa. Hal ini sudah pastinya bersangkut paut dengan pakaian tradisional yang diperagakan ketika tarian tradisional dipersembahkan. Dengan ini, imej negara Malaysia dapat ditingkatkan. Di samping itu, golongan remaja dapat mempamerkan kebudayaan Malaysia dengan menyertai pertandingan seni tari di luar negara. Misalnya, tarian Ngajat, Sumazau dan Datun Julud yang dipersembahkan dalam pertandingan seni tari dapat menggambarkan keunikan etnik di Sarawak dan Sabah sekali gus mengagumkan masyarakat seantero dunia. Bukan itu sahaja, tarian tradisional dapat memacu perkembangan sektor pelancongan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana tarian tradisional mampu menarik minat pelancong asing untuk mengenali seni dan budaya negara kita dengan lebih mendalam. Sebagai kesimpulannya, penglibatan remaja dalam tarian tradisional dapat menyebarluaskan kepelbagaian budaya Malaysia ke seluruh pelosok dunia. Sesungguhnya, tarian tradisional merupakan paparan jati diri remaja untuk mempertahankan kebudayaan bangsa. Rangkai kata Maksud 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PRAKTIS 1: TEMA 7 BAHAGIAN 2 Membaca


6 Berdasarkan petikan yang diberikan, senaraikan pesanan penting tentang perkara yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk mengelakkan kemalangan di makmal sains. Mata pelajaran Sains diminati oleh kebanyakan murid kerana mereka berpeluang untuk membuat eksperimen di makmal sains. Untuk memastikan kemalangan tidak berlaku, semua murid mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pertama sekali, murid-murid tidak boleh masuk ke makmal sains tanpa kebenaran guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kemalangan seperti tumpahan bahan kimia dan kebakaran mudah berlaku apabila murid-murid tidak diawasi oleh guru pada setiap masa. Selain itu, muridmurid mestilah menunggu arahan guru sebelum memulakan eksperimen. Dengan ini, keadaan di makmal sains sentiasa terkawal dan eksperimen dapat dijalankan dengan lancarnya. Murid-murid juga tidak boleh menyalahgunakan peralatan dan bahan-bahan kimia yang disimpan di makmal sains. Sekiranya muridmurid berbuat demikian, keselamatan diri dan murid-murid yang lain pasti terancam. Sebelum meninggalkan makmal sains, murid-murid haruslah menutup semua suis lampu dan kipas. Jika suis tersebut tidak ditutup, litar pintas mungkin berlaku sekali gus menyebabkan kejadian yang tidak diingini, bak kata peribahasa, malang tidak berbau. Pendek kata, aspek keselamatan mestilah diutamakan sepanjang masa. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah. Pesanan Penting PRAKTIS 2: TEMA 8


12 Berdasarkan bahan yang diberikan, berikan maksud perkataan dan rangkai kata di bawah. Perkataan dan Rangkai kata Maksud 1. spesies 2. tidak menentu 3. aroma 4. seakan-akan 5. bau 6. jangka hayat 7. habitat 8. serangga 9. ekosistem 10. hutan hujan tropika Bunga terbesar di dunia Mempunyai jangka hayat yang pendek Apakah Rafflesia? Mempunyai warna yang menarik iaitu merah dan putih Menjadi habitat untuk beberapa spesies serangga yang penting untuk ekosistem hutan hujan tropika Terdapat lebih daripada 28 spesies Rafflesia di dunia Mempunyai bentuk yang tidak menentu Terkenal dengan aroma yang busuk seakan-akan bau daging yang busuk PRAKTIS 1: TEMA 16 BAHAGIAN 3 Menulis


13 Berdasarkan bahan yang diberikan, tuliskan cara-cara memasak sayur dengan menggunakan ayat yang gramatis pada peta pemikiran di bawah. 1 2 4 3 PRAKTIS 2: TEMA 1


19 Berdasarkan dialog di bawah, tulis ringkasan dengan betulnya menggunakan ayat yang gramatis. Maliki dan Anas dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri perjumpaan kokurikulum di sekolah mereka. Dalam perjalanan pulang, mereka berbual tentang cara-cara meningkatkan mutu sukan dalam negara. Ikutilah perbualan mereka di bawah. Maliki: Apakah pendapat kamu tentang kemajuan sukan di negara kita? Anas : Alhamdulillah, negara kita telah banyak melakar kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai jenis sukan di persada dunia. Maliki: Betul kata kamu. Kita juga memiliki beberapa orang atlet berkelas dunia seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Datuk Azizulhasni Awang dan Datuk Nicole David yang berjaya dalam bidang masingmasing. Anas : Namun demikian, kita tidak seharusnya terlalu bergantung harap kepada mereka sahaja. Kita seharusnya mempunyai pelapis yang mampu menggantikan tempat mereka apabila mereka bersara kelak. Maliki: Saya sangat bersetuju dengan pendapat kamu. Apakah inisiatif yang sewajarnya diambil bagi meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya dapat melahirkan para pelapis yang membawa nama negara kelak? Anas : Pihak kerajaan seharusnya menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan para atlet negara. Sebagai contohnya, padang bola sepak yang luas, selesa dan berkelas dunia, gelanggang tenis yang serba canggih dan lain-lain lagi setaraf dengan negara-negara membangun yang lain. Maliki: Adakah jurulatih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan seseorang atlet yang berkelas dunia? Anas : Ya, kita seharusnya memiliki jurulatih yang berkaliber dalam sesuatu bidang sukan. Hal ini bertujuan untuk membimbing atlet kita supaya mendapat bimbingan yang tepat untuk bertanding dengan atletatlet berkelas dunia yang lain. Maliki: Bagaimanakah pula dengan gaji para atlet kita? Adakah mereka mendapat bayaran yang setimpal dengan usaha keras mereka untuk mengharumkan nama negara? Anas : Seharusnya, mereka perlulah dibayar dengan gaji yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk terus berjaya di samping mengelakkan mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti rasuah. Maliki: Bayaran gaji yang tinggi dapat mengelakkan mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti mengatur perlawanan yang akhirnya akan memusnahkan masa depan mereka sendiri. Anas : Tuntasnya, penghargaan haruslah diberikan kepada atlet-atlet yang berjaya untuk membalas jasa mereka. Maliki: Betul. Terima kasih atas perkongsian, Anas. Anas : Sama-sama. Jumpa lagi… PRAKTIS 7: TEMA 8 Ringkasan:


20 BAHAGIAN 4 Seni Bahasa PRAKTIS 1: TEMA 16 Berdasarkan gambar dan pengalaman, hasilkan tiga rangkap sajak secara kreatif.


26 Bina ayat tunggal dengan menggunakan kata ganda separa tunggal dan kata ganda separa berimbuhan yang diberikan. 1 sesiku 2 lelaki 3 bebola 4 jejari 5 kekuda 6 sayur-sayuran 7 kenang-kenangan 8 bantu-membantu 9 mencari-cari 10 bersalam-salaman PRAKTIS 3: SUBJEKTIF


27 Tambahkan imbuhan apitan kata nama pada perkataan yang disediakan. Kemudian, isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. 1 dalam talian semakin membimbangkan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. 2 Ayah sedang sibuk membersihkan rumah yang sudah lama ditinggalkan. 3 Semua menangisi Encik Jamaluddin ke sekolah yang baharu pada minggu hadapan. 4 Peristiwa Hiroshima dan Nagasaki dengan bom atom merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat. 5 Kita hendaklah menjaga yang disediakan di taman rekreasi itu dengan baiknya. 6 pasangan pengantin itu disambut dengan paluan kompang oleh penduduk kampung. 7 Masyarakat tidak lagi perlu pergi ke klinik kesihatan untuk membuat kesihatan sekiranya mengalami gejala COVID-19. 8 Kerja-kerja parit itu terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian banjir berulang. 9 Kedua-dua mempelai itu memakai pakaian yang sedondon di hari mereka. 10 Bagaimanakah cara untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin di negara kita? 11 tanah runtuh itu berlaku akibat hujan lebat yang berterusan. 12 Adam masih mengekalkan adat semasa belajar di luar negara dan sikapnya itu dipuji oleh ibu bapanya. kahwin mudah tipu dalam bom timur jadi tukar periksa karang tiba datang PRAKTIS 4: SUBJEKTIF


33 Soalan 1 hingga Soalan 3 Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Hakimi menerima pingat perak kerana dia mendapat tempat dalam acara lompat jauh. A pertama B kedua C ketiga D keempat 2 Firdaus mengembalikan buku yang dipinjam di pusat sumber sekolah semula setelah selesai membacanya. A pertama B kedua C ketiga D keempat 3 rakanku sekalian, hormatilah para guru kerana tanpa mereka, siapalah kita? A telah B belum C pernah D akan Soalan 4 hingga Soalan 6 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 4 Teknologi boleh memberikan banyak manfaat kepada manusia tetapi boleh memanggilkan A B mudarat jika disalahgunakan. Tiada kesalahan. C D 5 Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-mengejar di bawah pengawasan ibu bapa A B C masing-masing. Tiada kesalahan. D 6 Antara perbuatan vandalisme yang sering dilakukan oleh remaja adalah seperti menyonteng A B C dinding tandas awam dan merosakkan alat permainan di taman rekreasi. Tiada kesalahan. D Soalan 7 dan Soalan 8 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 7 I Lariannya bertambah kencang apabila hampir tiba di garisan penamat. II Fikirannya kencang apabila memikirkan hutangnya yang belum dibayar. III Karangan yang kencang itu ditulis oleh seorang murid cemerlang. IV Hujan lebat beserta angin yang kencang menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja PRAKTIS 10: OBJEKTIF


34 8 I Muniandy dan Alvin tinggal di Taman Mutiara. II. Setelah peristiwa kebakaran rumahnya, semuanya kini cuma tinggal kenangan buat Ani. III Hutan ialah tempat tinggal bagi haiwan. IV Ujian akhir tahun cuma tinggal dua minggu lagi. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja Soalan 9 dan Soalan 10 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 9 Banjir yang melanda daerah Kuantan pada tahun lepas telah menenggelamkan beberapa rumah di kawasan tanah rendah. A ditenggelamkan beberapa rumah B ditenggelami oleh rumah-rumah C menenggelamkan beberapa buah rumah D menenggelamkan beberapa rumah 10 Gotong-royong sedang mereka jalankan bersempena dengan kempen kebersihan. A dijalan mereka B dijalankan mereka C mereka jalan D mereka jalankan Soalan 11 dan Soalan 12 Pilih ayat-ayat yang betul. 11 I Puan Rokiah membeli sehelai baju baharu untuk suaminya di pasar raya itu pada pagi tadi. II Zamri bekerja sebagai pembantu kedai sepanjang cuti sekolah akhir tahun. III Semua pokok-pokok di halaman rumah itu disiram oleh ayah pada setiap hari. IV Beberapa orang murid-murid membantu Cikgu Faisal menyusun buku di perpustakaan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C II dan III sahaja D I dan IV sahaja 12 I Lelaki yang berasal dari Sarawak itu sangat tinggi. II Resipi nasi goreng ibu paling sedap. III Rumah di hujung sawah itu paling besar sekali di kampung itu. IV Disiplin murid di sekolah itu terpaling sopan sangat. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C II dan III sahaja D I dan IV sahaja


40 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PANTUN KASIH SAYANG 1 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. 2 Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. 3 Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. 4 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. 5 Bila masa dipanggil laut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Baik Budi, Indah Bahasa 1 Apakah maksud rangkap keempat puisi ini? A Mencari bantuan untuk menangkap ayam. B Ziarah-menziarahi merupakan suatu amalan yang mulia. C Berpura-pura mencari sesuatu benda tetapi mata cuba melihat seorang gadis. D Menjalinkan hubungan yang lebih baik antara dua belah pihak. 2 Apakah persoalan yang terdapat dalam puisi ini? A Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. B Hubungan kekeluargaan yang tidak akan putus. C Keikhlasan dalam persahabatan. D Ketentuan jodoh manusia iaitu walaupun berjauhan, tetap akan dapat hidup bersama jika ada jodoh. 3 Pada pendapat anda, apakah kepentingan perasaan kasih sayang dalam kehidupan manusia? A Mengelakkan sengketa sesama manusia. B Memandang rendah kepada orang lain. C Mendapat bantuan jika berada dalam kesusahan. D Mengambil kesempatan atas kasih sayang orang lain. PRAKTIS 5: OBJEKTIF


41 PRAKTIS 6: OBJEKTIF Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUCARI DAMAI DI SINI Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. A. Hamid Jemain Antologi Baik Budi, Indah Bahasa 1 Apakah tema sajak ini? A Ketenangan alam sekitar di sekeliling kita. B Keharmonian hidup penduduk dalam sebuah negara yang merdeka. C Kepentingan pelajaran sejarah untuk generasi masa depan. D Kegigihan seseorang untuk meraih kejayaan. 2 Berdasarkan rangkap yang kedua, jati diri seseorang dapat dipupuk dengan A perhatian. B kasih sayang. C perasaan hati. D pegangan hidup. 3 Mengapakah penyajak mengharapkan negara kekal gemilang sepanjang zaman pada rangkap terakhir? A Menjadi kebanggaan bagi generasi akan datang. B Negara akan dihargai oleh generasi yang seterusnya. C Generasi akan datang dapat mempertahankan negara. D Menyediakan kehidupan yang selesa untuk generasi masa depan.


47 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob (ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon (iii) alan ke Puncak karya Juri Durabi (iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani Persoalan tentang nilai ketabahan terdapat dalam novel yang anda pelajari. Huraikan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut. PRAKTIS 2


48 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob (ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon (iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani Biasanya, watak utama dapat dijadikan contoh teladan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan bagi watak utama yang dapat dijadikan teladan. PRAKTIS 3


BAHASA MELAYU PRAKTIS ECO TINGKATAN 2 KSSM Siri Praktis ECO mengandungi pelbagai soalan dan aktiviti bagi mengukuhkan pemahaman murid-murid serta kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU ENGLISH MATEMATIK SAINS SUBJEK TINGKATAN 1 2 3 4 5 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM4.50 : RM4.90 PRAKTIS Bahasa Melayu 9 786294 851658 ISBN 978-629-485-165-8


Click to View FlipBook Version