2.0 SEJARAH Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan KOD QR UASA Dr. Mahdi Shuid Rosliza Arifin CikguAdies TINGKATAN 2 Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran Praktis Bab Sudut KBAT Tugasan Kerja Projek/Kajian Kes Komik Sejarah CIRI EKSKLUSIF BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) iii KANDUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU BAB 1 1.1 Konsep Alam Melayu 1 1.2 Kewujudan Kerajaan Alam Melayu 2 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur 3 1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman 5 Praktis Bab 1 8 SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU BAB 2 2.1 Sistem Pemerintahan 17 2.2 Kegiatan Ekonomi 18 Praktis Bab 2 21 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU BAB 3 3.1 Bahasa dan Tulisan 27 3.2 Persuratan 27 3.3 Seni Bina 28 3.4 Struktur Sosial 29 Praktis Bab 3 30 AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU BAB 4 4.1 Agama dan Kepercayaan 37 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 38 Praktis Bab 4 40 KESULTANAN MELAYU MELAKA BAB 5 5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 47 5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 47 5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka 52 Praktis Bab 5 53
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 27 NOTA BESTARI 3.1 Bahasa dan Tulisan Pengenalan 1 Sistem tulisan berkait rapat dengan perkembangan bahasa. 2 Sifat keterbukaan masyarakat kerajaan Alam Melayu membolehkan sistem tulisan dan penggunaan bahasa berkembang dalam kerajaan Funan, Champa, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua. Kerajaan Funan 1 Bahasa utama yang digunakan ialah bahasa Sanskrit. 2 Tulisan yang digunakan berasaskan tulisan orang Hu, iaitu tulisan orang India. 3 Menggunakan kalendar Saka dari India. 4 Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua. Kerajaan Champa 1 Menuturkan bahasa Melayu Champa dan bahasa Sanskrit. 2 Menggunakan tulisan Palava dan tulisan Champa kuno. 3 Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat dalam kedua-dua bahasa. 4 Dibuktikan dengan penemuan inskripsi bertarikh abad ke-6 yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman. 5 Bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama seiring dengan perkembangan tulisan Jawi. Kerajaan Srivijaya 1 Menggunakan bahasa Melayu yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian. 2 Menggunakan tulisan Palava. 3 Dibuktikan melalui penemuan batu batu bersurat seperti Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo di Sumatera bertarikh abad ke-7 yang ditulis dalam bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava. 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu BAB Kerajaan Angkor 1 Menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer. 2 Menggunakan tulisan Palava dan tulisan Khmer. 3 Dibuktikan melalui penemuan inskripsi pada dinding candi yang menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer. Kerajaan Majapahit 1 Menggunakan bahasa Jawa Kuno. 2 Menggunakan tulisan Kawi. 3 Dibuktikan melalui penemuan inskripsi dan persuratan bertarikh abad ke-14 (bahasa). 4 Selepas tersebarnya agama Islam, kerajaan Majapahit mula menggunakan huruf-huruf Arab untuk menulis bahasa Jawa yang dikenali sebagai tulisan Pegon. Kerajaan Kedah Tua 1 Bahasa yang digunakan ialah bahasa Sanskrit. 2 Tulisan yang digunakan ialah tulisan Palava. 3 Dibuktikan melalui penemuan batu-batu bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok Kun yang bertarikh abad ke-5 menggunakan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua. 3.2 Persuratan 1 Sebelum sistem tulisan digunakan dengan meluas, masyarakat kerajaan Alam Melayu terkenal dengan tradisi lisan yang lahir berdasarkan alam sekeliling. 2 Apabila sistem tulisan lahir, persuratan berkembang dalam kalangan masyarakat. 3 Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah dalam bentuk batu bersurat. Kerajaan Funan Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yang bertarikh abad kedua. Kerajaan Champa 1 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 28 BAB 3 2 Di Champa juga ditemukan sebanyak 206 buah batu bersurat. 3 Selain itu, ditemukan bukti persuratan Champa dalam bentuk manuskrip sejak abad ke-13. Karya sastera yang masyhur ialah Akayet Deva Mano. Kerajaan Srivijaya 1 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh. 2 Batu bersurat ini memerihalkan pengukuhan kerajaan, terutama kepentingan taat setia terhadap raja. Kerajaan Angkor 1 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Angkor dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja yang mengisahkan pemerintahan Jayavarman II. 2 Inskripsi yang terpahat pada dinding-dinding candi pula menggambarkan aspek keagamaan dan pemerintahan. Kerajaan Majapahit 1 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang ditulis dalam bahasa Jawa Kuno bertulisan kawi. 2 Terdapat juga bukti persuratan dalam bentuk manuskrip. 3 Karya sejarah termasyhur ialah Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapanca pada tahun 1365. Karya lain yang terkenal ialah Pararaton dan Tantu Panggelaran. Kerajaan Kedah Tua 1 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Kedah Tua dibuktikan dengan penemuan batu bersurat seperti di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad kelima. 2 Inskripsi yang ditulis di atas pinggan tanah liat, kepingan emas dan kepingan perak juga ditemukan. 3 Sebahagian besar inskripsi menyentuh tentang doa dan amalan dalam agama Buddha. 4 Persuratan kerajaan Alam Melayu mendapat pengaruh epik dan sastera India yang terkenal seperti Ramayana, Mahabhrata, Purana dan Jataka yang disadurkan ke dalam bahasa tempatan. 5 Apabila Islam tersebar ke Alam Melayu, sastera Islam yang berbentuk syair, gurindam, cerita hakikat dan nazam mula mempengaruhi persuratan Melayu. Kisah kehidupan nabi-nabi seperti Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW dituliskan ke dalam bahasa Melayu. 6 Antara karya kisah nabi yang terkenal termasuklah Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Yusof. 7 Karya epik pula yang banyak mengisahkan perjuangan pahlawan Islam seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. 3.3 Seni Bina Pengenalan 1 Kecemerlangan masyarakat kerajaan Alam Melayu dapat dilihat melalui hasil seni bina mereka. 2 Antaranya termasuklah seni bina candi, perkapalan dan sistem pengairan. Kerajaan Seni Bina Funan 1 Masyarakat kerajaan Funan mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan. Mereka juga terkenal dengan perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang. 2 Sistem pengairan dibina untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian. 3 Candi telah dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan tempat pertemuan masyarakat. Tinggalan candi masyarakat kerajaan Funan yang ditemukan ialah Candi Go Cay Thi di Oc Eo. Angkor 1 Masyarakat kerajaan Angkor mempunyai seni bina yang berkait rapat dengan kegiatan pertanian. Mereka membina baray berukuran 2 × 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi di sekitarnya. 2 Seni bina kerajaan Angkor yang masyhur ialah Angkor Wat dan Angkor Thom. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12. Angkor Wat dibina dengan keluasan 208 hektar. Binaan menara utama di tengah-tengah candi ini ialah setinggi 65 meter. 3 Masyarakat kerajaan Angkor turut membina kapal untuk kegunaan perdagangan dan peperangan.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 29 BAB 3 Kerajaan Seni Bina Champa 1 Seni bina masyarakat kerajaan Champa dapat dilihat melalui binaan candinya. 2 Antara candi kerajaan Champa yang masyhur termasuklah kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar. Srivijaya 1 Masyarakat kerajaan Srivijaya turut membina candi, antara candi yang masyhur termasuklah Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera. 2 Ibu kota Srivijaya menjadi pusat binaan kapal. Palembang menjadi pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-Lun-Po) yang besar dan boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China. Majapahit 1 Masyarakat kerajaan Majapahit membina banyak candi termasuklah Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah. 2 Kerajaan Majapahit juga membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang dan Gapura Bajang Ratu. Kedah Tua 1 Seni bina kerajaan Kedah Tua banyak tertumpu kepada binaan candi bagi agama Hindu dan Buddha di Lembah Bujang. 2 Antara tinggalan candi Buddha yang masyhur termasuklah di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam. Tinggalan Candi Hindu yang masyhur adalah di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam. Kedua-dua candi ini mendapat pengaruh seni bina kerajaan Cola, India. 3 Seni bina arca Hindu dan Buddha turut ditemukan di lokasi candi tersebut. Gangga Nagara 1 Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan merupakan antara bukti seni bina masyarakat kerajaan Gangga Nagara. 2 Turut ditemukan beberapa binaan patung Buddha lain di Sungai Siput dan Pangkalan. Seni bina arca tersebut menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta, India. 3.4 Struktur Sosial Pengenalan 1 Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur sosial yang hampir sama. 2 Asas struktur ini terbahagi kepada kelas atasan yang dikenali sebagai golongan pemerintah dan kelas bawahan dikenali sebagai golongan diperintah. Contoh anggota setiap kelas dapat dilihat melalui peta titi berikut. THINK Golongan Contoh Diraja Bangsawan Rakyat Merdeka Hamba Raja dan kerabat diraja • Permaisuri • Putera-puteri • Adik-beradik • Ibu bapa dan ahli keluarga • Pembesar • Ilmuan • Golongan agama • Pujangga • Pendeta istana • Pekerja istana • Askar • Petani • Penternak • Pedagang • Nelayan • Artisan • Tawanan perang • Hamba berhutang • Rela menjadi hamba 3 Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu yang tersusun memperkukuh sistem politik dan kedudukan pemerintahan. 4 Struktur masyarakat kerajaan Alam Melayu yang terbahagi kepada dua: (a) Golongan pemerintah (i) Golongan diraja menduduki status tertinggi (ii) Bangsawan mendukung sistem pentadbiran kerajaan. (b) Golongan yang diperintah (i) Rakyat merdeka mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi kerajaan. (ii) Hamba berkhidmat dalam sektor sosioekonomi dan meningkatkan status pemiliknya.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 30 BAB 3 Praktis Bab 3 Bahagian A (Soalan Padanan) 1 Padankan pernyataan yang betul. Palava Epik dan sastera India yang terkenal Saka Menerima pengaruh bahasa Sanskrit Bahasa Melayu Kalendar yang digunakan oleh kerajaan Funan Nagarakertagama Sejenis batu bersurat kerajaan Srivijaya Palas Pelauh Karya sejarah termasyhur yang dikenang oleh Prapanca Ramayana Tulisan di Kedah Tua ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ 2 Padankan golongan di bawah mengikut kategori masing-masing. Golongan Kategori Raja dan kerabat diraja Hamba Pembesar, ilmuan, golongan agama, pendeta, pujangga istana Bangsawan Pekerja istana, askar, pedagang Golongan diraja Tawanan perang, hamba berhutang Rakyat merdeka ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆ ◆
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 31 BAB 3 Bahagian B (Soalan Bervisual) 1 Namakan seni bina yang berikut. (a) (b) (c) Candi Lembah Bujang Angkor Wat Candi Borobudur S.P. 5.2.3 Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu. Bahagian C (Struktur Efektif) 1 Lengkapkan contoh seni bina kerajaan-kerajaan Alam Melayu. Kerajaan di Alam Melayu Seni Bina (a) Funan Kapal besar, perahu panjang, sistem pengairan (b) Champa Candi di Lembah Mi Son, Candi Muara Jambi di Sumatera (c) Srivijaya Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera (d) Angkor Baray, Angkor Wat, Angkor Thom (e) Majapahit Candi Tikus di Jawa Timur, Pintu Gerbang Gapura Wringin Lawang (f) Kedah Tua Candi Buddha di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam (g) Gangga Nagara Patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan S.P. 5.2.3 Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu. TP 2 Mempamerkan kefahaman tentang warisan kerajaan Alam Melayu. Belum Menguasai Menguasai 6 TP 1 Mengetahui warisan kerajaan Alam Melayu. Belum Menguasai Menguasai 5
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 32 BAB 3 Bahagian D (Penguasaan i-Think) Lengkapkan peta i-Think dengan perkataan yang sesuai. 1 Sosiobudaya merupakan cara hidup dan pemikiran sesebuah masyarakat yang diamalkan mengikut kesesuaian situasi dan kreativiti kerajaan masing-masing. Sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu sentiasa berkembang dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Lengkapkan kepentingan perkembangan aspek sosiobudaya terhadap kerajaan Alam Melayu pada peta pokok yang berikut. BUKU TEKS hal 40-49 S.P. 5.2.3 Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu. S.P. 5.2.4 Menerangkan agama dan kepercayaan masyarakat Alam Melayu. Kepentingan Aspek Sosiobudaya terhadap Kerajaan Alam Melayu Bahasa dan tulisan Persuratan Seni bina Struktur sosial • Aspek pengembangan bahasa menjadi rancak • Pengenalan kepada penggunaan kalendar (Kalendar Saka) • Menyumbang kepada perkembangan aktiviti persuratan • Memudahkan komunikasi lisan dan bukan lisan Kalenda • Bukti keintelektualan masyarakat Alam Melayu • Menunjukkan bukti kewujudan aspek keagamaan dan pemerintahan • Memberi mesej dan peringatan kepada masyarakat Alam Melayu • Memperkembangkan karya sastera Kalenda • Sistem pengairan yang lancar untuk aktiviti pertanian • Penyimpanan bekalan air yang efisien • Menggiatkan aktiviti pendidikan (candi) bukan • Menyumbang kepada pengembangan agama Hindu dan Buddha Kalenda • Memperkukuhkan sistem politik • Menjana ekonomi kerajaan • Menjamin kedudukan pemerintah persuratan • Kestabilan kehidupan bermasyarakat Kalenda Kalenda • Bahasa Sanskrit • Bahasa Melayu Champa • Tulisan Palava • Tulisan Pegon • Bahasa Jawa Kuno • Tulisan Khmer • Tulisan ChampaKuno • Tulisan Jawi • Batu bersurat bertarikh abad ke-2 • Batu bersurat Sdok Kok Thom • Manuskrip karya sastera Nagarakertagama • Manuskrip karya sastera Akayet Inra Patra Kalenda • Pembinaan kapal besar • Sistem pengairan (baray) • Candi Go Cay Thi di Oc Eo • Perahu panjang • Candi Mi Son • Candi Borobudur • Angkor Wat • Angkor Thom • Golongan diraja • Rakyat merdeka • Bangsawan • Hamba TP 3 Menggunakan pengetahuan sejarah tentang kerajaan Alam Melayu dalam pelbagai situasi. Belum Menguasai Menguasai 18
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 34 BAB 3 Bahagian G (Soalan Objektif) Jawab soalan-soalan di bawah ini. 1 Antara bukti kerajaan Champa menggunakan tulisan Palava ialah melalui penemuan A inskripsi pada dinding candi. B batu bersurat seperti di Sumatera. C batu bersurat bertarikh abad kedua. D inskripsi bertarikh abad keenam. 2 Mengapakah kerajaan Srivijaya mudah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama? A Bahasa Melayu dapat difahami oleh semua orang B Bahasa Sanskrit sukar dipelajari oleh masyarakat Srivijaya C Bahasa Sanskrit tidak dapat menyatukan masyarakat Srivijaya D Bahasa Melayu menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit 3 Rajah berikut berkaitan dengan peranan sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu. X Golongan pemerintah Golongan diperintah Apakah peranan kumpulan X dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu? I Ilmuan III Pedagang II Pentadbir IV Petukang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4 Soalan 4 berdasarkan maklumat berikut. • Khmer • Pegon • Palava Senarai tersebut boleh dikategorikan sebagai nama A agama. C lukisan. B tulisan. D lokasi. 5 Apakah kepentingan penemuan batu bersurat? A Alat komunikasi utama B Bukti kegiatan persuratan awal C Perkembangan bidang perundangan D Simbol keunikan kerajaan Alam Melayu 6 Mengapakah tulisan penting kepada perkembangan masyarakat sehingga ke hari ini? I Alat komunikasi II Bukti keterangan III Sumber ekonomi IV Simbol kekayaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Bahagian F (Sudut KBAT) Jawab soalan-soalan di bawah ini. 1 Kebijaksanaan masyarakat kerajaan Alam Melayu banyak dapat dilihat melalui kemahiran seni bina perkapalan, pengairan dan candi. Apakah kelebihan menceburi bidang kemahiran ini dalam kalangan generasi muda? (a) (b) (c) (d) Menaik taraf kehidupan diri Mengisi peluang pekerjaan Menstabilkan ekonomi negara Melahirkan masyarakat serba boleh S.P. 5.2.3 Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu. TP 4 Menganalisis maklumat berkaitan warisan kerajaan Alam Melayu. Belum Menguasai Menguasai 4
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 35 BAB 3 7 Perubahan kegiatan persuratan bermula daripada karya sastera India kepada bentuk syair, gurindam, cerita hikayat dan nazam. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan pernyataan tersebut? A Sistem persuratan Melayu mendapat pengaruh Islam B Kegiatan persuratan di Alam Melayu kurang berkembang C Aktiviti agama Hindu menjadi lemah kerana menerima perubahan D Masyarakat kerajaan Alam Melayu kurang menerima pengaruh luar 8 Apakah maksud seni bina? A Segala sesuatu yang diciptakan manusia tentang cara hidup seseorang B Seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual C Seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi tertentu D Keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan dan tradisional 9 Kerajaan Angkor membina baray yang penting untuk tujuan A jual beli. B pusat ibadat. C saluran air. D tempat tinggal. 10 Soalan 10 adalah berpandukan gambar berikut. Salah satu fungsi seni bina di atas dalam kerajaan Alam Melayu ialah sebagai A pusat hiburan. B rumah ibadat. C ekopelancongan. D pusat perubatan. 11 Mengapakah kerajaan Funan membina sistem pengairan? A Mengawal limpahan air B Mengelakkan pengaliran air masin C Membekalkan air kepada tanaman D Persiapan menghadapi musim kemarau 12 Pembangunan seni bina yang unik dalam kerajaan Alam Melayu menunjukkan pemimpin bersikap A berani. B bijaksana. C bertolak ansur. D bertanggungjawab. 13 Soalan 13 adalah berdasarkan maklumat berikut. • Angkor Wat • Candi Go Cay Thi • Candi Mi Son Pada pendapat anda, apakah faktor kejayaan kerajaan Alam Melayu dapat membina candi yang hebat? A Penguasaan ilmu seni bina B Mewujudkan sikap daya saing yang tinggi antara kerajaan C Mempercepatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar D Memudahkan urusan perluasan kuasa kerajaan-kerajaan lain 14 Manakah yang berikut merupakan ciri-ciri golongan bangsawan dalam struktur sosial kerajaan Alam Melayu? I Merupakan status tertinggi II Mendukung sistem pentadbiran kerajaan III Terdiri daripada pembesar, ilmuan, pendeta IV Berkhidmat dalam sektor sosioekonomi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15 Antara berikut, yang manakah contoh rakyat merdeka? A Askar C Sultan B Hamba D Pujangga
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 36 BAB 3 Bahagian H (Kajian Kes/Tugasan Kerja Projek) Candi Borobudur yang terletak di provinsi Jawa Tengah kira-kira 40 km dari Jogyakarta merupakan candi Buddha yang terbesar di dunia. Buat kajian dan hasilkan rencana berkaitan Candi Borobudur. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: 1 Tajuk rencana 2 Nama penulis 3 Kandungan (a) Pengenalan kedudukan, pembinaannya dan tempoh pembinaan (b) Membincangkan ciri-ciri dan keunikan Candi Borobudur (c) Menjelaskan nilai yang dapat diketengahkan melalui pembinaan candi ini (d) Membuat rumusan (e) Menyenaraikan sumber rujukan (Gambar koleksi Mahdi Shuid, 2016) 16 Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu agak tersusun dengan adanya kelas atasan dan kelas bawahan. Apakah kesan struktur sosial yang sistematik terhadap sesebuah kerajaan? A Memperkukuh sistem politik dan kedudukan pemerintah B Mewujudkan sikap daya saing yang tinggi antara kerajaan C Mempercepatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar D Memudahkan urusan perluasan kuasa kerajaan-kerajaan lain
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 47 NOTA BESTARI 5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Pengenalan 1 Parameswara merupakan pengasas kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. 2 Kebijaksanaan Parameswara memilih lokasi yang strategik dan sesuai telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. 3 Lokasi tersebut ialah di muara Sungai Bertam merupakan sebuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta pertukaran barang dagangan. 5 Kesultanan Melayu Melaka BAB 4 Kebijaksanaan Parameswara telah mengubah sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan yang maju sehingga Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Memahami kronologi pengasasan dan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka. KPS Menghuraikan kepentingan menghargai alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan. EKNS THINK Keistimewaan Sungai Bertam Bentuk Muka Bumi • berbukit -bukau • sesuai dijadikan kubu pertahanan • panduan kapal dagang Benteng Pertahanan Terlindung Angin Monsun Laluan Perdagangan • pokok bakau dan pokok api-api • benteng dan pelindung semula jadi di pesisir pantai • sukar ditembusi musuh • membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di Pelabuhan Melaka dengan selamat • membolehkan Melaka mengawal laluan kapal dagang antara Timur dengan Barat Sejarah asal usul nama Melaka diambil sempena nama Pokok Melaka, Amalaka, Mulaqah dan Malakat. Galeri Info Kegemilangan Kesultanan Melayu 5.2 Melaka Faktor Kegemilangan 1 Faktor-faktor yang mendorong kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ialah: (a) kepemimpinan raja yang berwibawa (b) sistem pentadbiran yang cekap (c) sistem perundangan yang tersusun Meneroka bukti kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. KPS 2 Peta pokok berikut menunjukkan faktor-faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Menilai kepentingan sifat kepimpinan dalam pembinaan negara. EKNS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48 BAB 5 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek ekonomi, sila layari laman web http://pengajianmalaysiadka1aain.blogspot.my/ Kiosk Sejarah THINK Faktor Kegemilangan Kepemimpinan Raja • Keturunan Raja Palembang • Peranan yang unggul • Daulat dan alat kebesaran • Kewibawaan Sistem Pentadbiran Sistem Perundangan • Sistem Pembesar Empat Lipatan • Tugas Pembesar • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka • Undang-Undang Adat • Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang menghuraikan kedudukan raja, peranan raja, pembesar dan perundangan Islam. • Undang-Undang Laut Melaka digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan. Galeri Info Untuk mengetahui tentang sistem pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka, sila layari laman web http:// www.orangmelaka.com/kerajaan-kesultanan-melayu-melaka-yang-terulung.html Kiosk Sejarah Aspek Kegemilangan 1 Aspek-aspek kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ialah: (a) pembentukan empayar (b) pusat penyebaran agama Islam (c) pusat perdagangan (d) menjalinkan hubungan luar 2 Kemunculan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka menjadi bukti kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Membuat interpretasi aspek kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. KPS Empayar Luas Meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera dan terdiri daripada tanah jajahan dan naungan. Cara Pembentukan Empayar 1 Penaklukan • Dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kemakmuran • Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kuala Linggi, Beruas, Pahang, Terengganu dan Kelantan • Di Sumatera ialah Siak, Rokan, Kampar dan Rupat 2 Perkahwinan • Berlaku antara Sultan Melaka dengan puteri kerajaan lain • Mengukuhkan persahabatan dan kekeluargaan • Contoh – Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin luas 3 Naungan • Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka seperti Lingga, Patani dan Kedah • Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka Kepentingan Pembentukan Empayar 1 Politik • Meluaskan wilayah dan jajahan takluk • Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk • Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 49 BAB 5 2 Ekonomi • Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan • Mendapat bekalan seperti hasil pertanian rempah ratus dan bijih timah untuk didagangkan di Pelabuhan Melaka • Menguasai perdagangan di Selat Melaka 3 Sosial • Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya luar seperti Arab, India, China dan Alam Melayu • Wujud masyarakat majmuk 4 Agama • Mendorong usaha penyebaran agama Islam • Islam berkembang ke Pahang, Kelantan, Timur Sumatera dan Patani Pentadbiran Empayar 1 Pentadbiran pusat • Pusat pemerintah dan pentadbiran juga merupakan tempat bersemayam raja • Raja dibantu oleh pembesar pusat 2 Pentadbiran kawasan naungan • Adalah kawasan yang mengakui ketuanan Melaka • Menghantar ufti kepada Melaka • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan 3 Pentadbiran kawasan jajahan • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka Pusat Penyebaran Agama Islam Agama Islam telah tersebar di Samudera-Pasai dan Perlak sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Pengislaman pemerintah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam Melayu pada abad ke-15. Cara Penyebaran Agama Islam 1 Pengislaman pemerintah • Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada 1414 diikuti pembesar dan rakyat • Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam sebagai agama rasmi 2 Perkahwinan • Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak 3 Peranan ulama dan mubaligh • Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya • Ajaran tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama dari Timur Tengah dan India seperti Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf Pusat Perdagangan • Mengendalikan perdagangan antarabangsa • Berfungsi sebagai pelabuhan entrepot untuk mengumpul barangan dari Alam Melayu • Berfungsi sebagai pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Alam Melayu 1 Kedudukan strategik • Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China • Kedudukan strategik di Selat Melaka • Pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju 4 Pusat perkapalan • Menjadi tumpuan kapal kecil dan kapal besar 3 Dikunjungi pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu • Pedagang luar paling ramai ialah Arab, China dan Gujerat • Dari Alam Melayu ialah Pasai dan Jawa 2 Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan • Barangan luar dan tempatan dikumpulkan di pelabuhan Melaka untuk diedarkan Membuat imaginasi aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh Kesultanan Melayu Melaka. KPS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 51 BAB 5 Pengurusan Perdagangan Kemudahan pelabuhan • Gudang tempat menyimpan barang • Kemudahan pengangkutan • Bekalan makanan dan minuman • Khidmat membaiki kapal • Tempat penginapan • Kemudahan tempat beribadat • Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang Hubungan Luar • Berbentuk hubungan diplomatik dan perdagangan • Berlaku dengan kerajaan Alam Melayu dan kerajaan luar Alam Melayu • Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan • Mengekalkan penguasaan terhadap perdagangan Pasai • Sama taraf • Melalui perkahwinan • Berkongsi pendapat dan perbincangan tentang Islam • Melaka pusat penyebaran agama Islam Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Alam Melayu Demak • Kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran agama Islam • Demak membekalkan beras, bahan makanan, rempah ratus dan tentera • Menjamin keamanan dan kemakmuran China • Terjalin melalui kunjungan utusan China, Yin Ching (1403) dan Laksamana Zheng He (1405) • Melaka mendapat naungan dan perlindungan China • Membantu mengelakkan ancaman Siam Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Luar Alam Melayu Ryukyu (Jepun) • Berlandaskan hubungan diplomatik dan perdagangan • Membantu meningkatkan lagi perdagangan Majapahit • Atas dasar perkahwinan • Mengukuhkan lagi persahabatan Melaka dengan Majapahit • Wilayah Melaka semakin luas • Tamatnya ancaman Majapahit ke atas Melaka Siam • Berlandaskan hubungan diplomatik dan perdagangan • Melaka menghantar utusan ke Siam diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera • Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan serta menjamin keselamatan Makasar • Atas dasar perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian • Makasar menghadiahi Budak Raja kepada Sultan Melaka Kerajaan lain • Hubungan berbentuk perdagangan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal, serta Mesir, Parsi, Turki dan Arab • Melaka muncul sebagai pusat agama Islam dan perdagangan terunggul
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 53 BAB 5 Praktis Bab 5 Bahagian A (Soalan Padanan) 1 Padankan dengan betul pernyataan yang berikut. S.P. 6.1.1 Menceritakan pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Kawasan tanah tinggi seperti bukit bukau menjadi kelebihan bagi Melaka kerana kawasan ini amat sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kepada para pedagang. Laluan perdagangan Para pedagang yang datang berdagang di Melaka tidak mempunyai masalah untuk melabuhkan kapal di muara sungai yang terletak di Selat Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik antara Barat dan Timur menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan yang masyhur dan terkenal. Terlindung angin monsun Bentuk muka bumi ▶ ◀ ▶ ◀ ▶ ◀ TP 1 Pelajar mengetahui sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Belum Menguasai Menguasai 3 Bahagian B (Soalan Bervisual) 1 Pelabuhan amat penting bagi sesebuah kerajaan sejak zaman dahulu lagi sehinggalah masa kini. Nyatakan peranan atau fungsi pusat pelabuhan tradisional pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan pelabuhan moden hari ini. Pelabuhan tradisional Pelabuhan moden
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 54 BAB 5 No. Pelabuhan Tradisional Pelabuhan Moden (a) Merupakan pusat pengumpulan barangbarang perdagangan yang utama dari luar dan tempatan Pusat import dan eksport barangan dari luar dan tempatan (b) Menjadi pusat perdagangan dan tempat urusan jual beli utama bagi masyarakat luar dan setempat Urusan perdagangan menggunakan mata wang sepenuhnya dalam proses jual beli dan barangbarang ini diagihkan pusat-pusat perniagaan tertentu untuk dijual kepada orang ramai (c) Menjadi tempat persinggahan dan pertemuan para pedagang dari luar seperti pedagang Arab, China, India, Siam dan Eropah Para pengimport dan pengeksport menyerahkan urusan perdagangan kepada pihak pelabuhan (d) Tempat membaiki kapal Mempunyai tempat membaiki kapal yang canggih dan moden (e) Pusat penyebaran agama Islam Menyediakan pelbagai kemudahan yang besar dan canggih seperti gudang, sistem pengangkutan yang cepat dan teratur serta pengurusan pelabuhan yang cekap dan sistematik S.P. 6.1.2 Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. TP 2 Mempamer kefahaman tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Belum Menguasai Menguasai 6 Bahagian C (Struktur Efektif) 1 Lengkapkan jawapan yang betul pada tempat kosong di bawah. (a) Pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan kerajaan Alam Melayu kerana baginda berasal daripada keturunan Raja Palembang . (b) Selain menjadi pemerintah, raja juga berperanan sebagai ketua angkatan tentera sehingga Melaka berjaya meluaskan jajahan takluknya di Alam Melayu. (c) Cap Mohor merupakan salah satu alat kebesaran diraja yang biasanya digunakan dalam majlis atau istiadat rasmi seperti dalam upacara istiadat pertabalan dan kemangkatan raja.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 55 BAB 5 (d) Sistem Pembesar Empat Lipatan adalah terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana yang menjadi tonggak utama dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. (e) Aktiviti perdagangan meningkat maju pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana Melaka mengamalkan sistem perundangan yang dikenali sebagai Undang-Undang Laut Melaka . (f) Para pembesar bukan sahaja memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran kerajaan, namun mereka juga dibenarkan mengutip cukai di kawasan pegangan dan pemakanan yang ditetapkan dan menyerahkan hasil kutipan tersebut kepada kerajaan sebagai ufti . (g) Yang di-Pertuan Agong pada masa kini memerintah negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, manakala para pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka memerintah kerajaan berdasarkan Hukum Kanun Melaka yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat. TP 2 Mempamer kefahaman tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Belum Menguasai Menguasai 7 K. 6.1.4 Menilai kepentingan sifat kepemimpinan dalam pembinaan negara. Bahagian D (Penguasaan i-Think) 1 Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Berdasarkan kefahaman anda, lengkapkan peranan yang dimainkan oleh setiap pembesar dalam peta pokok berikut. BUKU TEKS hal 77 Sultan Bendahara • Penasihat raja • Menteri utama peringkat pusat • Ketua turus bendahari • Ketua hakim • Pemangku sultan • Pemungut hasil atau ufti • Ketua segala istana • Ketua urus setia penjara • Ketua polis dan angkatan perang • Penguasa bandar dan kota Melaka • Pegawai protokol di istana • Hakim di darat • Ketua angkatan laut • Pegawai peribadi raja • Ketua duta • Ketua utusan ke negara luar • Hakim di laut Penghulu Bendahari Temenggung Laksamana
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 56 BAB 5 2 Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang sistematik. Hal ini telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke arah kegemilangan. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan sistem perundangan yang mantap terhadap sesebuah negara? Tuliskan jawapan anda dalam peta bulatan berikut. BUKU TEKS hal 78=79 Kelebihan Sistem Perundangan yang Mantap kepada Negara (e) Menjamin keselamatan hidup dalam negara Rumpai (c) Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Rumpai (a) Mewujudkan kestabilan politik dalam (b) Memberi panduan hidup masyarakat dalam (d) Mewujudkan keadilan dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah Menilai kepentingan sifat kepemimpinan dalam pembinaan negara dan menjelaskan perpaduan sebagai asas keharmonian masyarakat. K. 6.1.4 K. 6.1.6 Bahagian E (Komik Sejarah) 1 Jawab soalan di bawah ini dengan berpandukan komik sejarah berikut. Mengapakah sistem serah tidak sesuai diamalkan lagi pada masa kini? • Melanggar hak asasi manusia kerana melakukan penindasan • Amalan ini seolah-olah menggalakkan sistem perhambaan • Orang yang dikerah juga mempunyai kehidupan sendiri (menyara keluarga sendiri) TP 4 Pelajar menganalisis maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Belum Menguasai Menguasai 3
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 58 BAB 5 4 Apakah kelebihan kedudukan Melaka yang terletak antara Timur dengan Barat? A Mengelakkan ancaman luar B Mengawal laluan kapal dagang C Terlindung daripada bencana alam D Mengeratkan hubungan persahabatan 5 Pilih pernyataan yang betul tentang Sultan Melaka. A Berasal daripada zuriat keturunan Raja Siam B Bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain C Pembantu dalam urusan hubungan diplomatik D Tidak menyelaraskan kegiatan ekonomi 6 Apakah yang dikurniakan oleh kerajaan China sebagai tanda mengiktiraf kedaulatan kerajaan Melaka? I Bunga emas II Cap mohor III Payung kuning IV Sapu tangan putih A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Rajah berikut merujuk kepada tindakan pemerintahan selepas membuka kerajaan Melaka. Hubungan Diplomatik Siam China Apakah tujuan Parameswara menjalinkan hubungan diplomatik tersebut? A Menjamin keselamatan B Memajukan perdagangan C Membina pelabuhan entrepot D Mengeratkan hubungan persahabatan 8 Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah. Pada pendapat anda, apakah kesan pelantikan tersebut terhadap pemerintahan Melaka? A Melicinkan pentadbiran B Menjamin keselamatan C Menjaga keamanan kawasan D Menjadi kerajaan berdaulat 9 Apakah tugas utama pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan? A Mengurus pasar dan gudang B Mengetuai segala bendahari C Melantik pembesar kampung D Membekalkan tenaga tentera 10 Pilih pernyataan yang betul tentang Sistem Serah dan Sistem Kerah. Sistem Serah Sistem Kerah A Penyerahan wang dan barangan persendirian Pekerjaan yang dikerah oleh pemerintah B Pemberian wang tunai hasil pekerjaan kepada pemerintah Pekerjaan yang dibuat sebagai balasan kepada pembesar C Pembayaran cukai hasil tanaman kepada pemerintah Sesuatu pekerjaan yang dibuat dan diberi upah D Pemberian sebahagian daripada hasil tanaman kepada pemerintah Sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah 11 Berikut merupakan maklumat peranan pembesar peringkat pusat. X • Ketua angkatan laut • Pengawal peribadi raja • Ketua duta Siapakah X? A Bendahara B Temenggung C Laksamana D Penghulu Bendahari 12 Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka merupakan contoh sistem perundangan yang mantap sewaktu Kesultanan Melayu Melaka. Pada pendapat anda, mengapakah sistem perundangan penting terhadap sesebuah kerajaan? A Merapatkan hubungan antara kerajaan B Mewujudkan keamanan dan keselamatan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 59 BAB 5 “Armada kapal di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho berjumlah 100 hingga 200 buah. Anak kapalnya pula adalah seramai 27 000 hingga 28 000 orang”. Liang Liji, 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke-15, Bangi: Penerbit UKM. Maklumat di atas berkaitan tokoh pelayaran terkenal dari China, iaitu Laksamana Cheng Ho. Pelayaran beliau mengandungi jumlah anak kapal yang ramai. Sebagai pemimpin belia, anda diminta memberi pandangan tentang persediaan praktikal yang perlu dilakukan jika Kementerian Belia dan Sukan berhasrat menghantar beberapa belia belayar mengelilingi dunia. Sediakan persembahan anda dengan menggunakan MS power point untuk dibentangkan kepada rakan-rakan di dalam kelas anda. Bahagian H (Kajian Kes/Tugasan Kerja Projek) (Gambar koleksi Mahdi Shuid, 2016) C Mengatasi kemiskinan sesebuah masyarakat D Menggalakkan aktiviti perdagangan dalam negeri 13 Soalan 13 berdasarkan maklumat berikut. Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera. Apakah kepentingan pembentukan empayar yang luas dari aspek sosial? A Asimilasi budaya tempatan B Mendapat bekalan hasil tanaman C Meluaskan wilayah dan jajahan takluk D Mendorong usaha penyebaran agama Islam 14 Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Parameswara sebagai seorang pemimpin? A Bijaksana B Berdikari C Berkeyakinan D Bertimbang rasa 15 Apakah persamaan status golongan agama yang terdapat pada kerajaan berikut? • Funan • Srivijaya • Angkor A Diberi tempat dan status istimewa B Lambang keagungan ketiga-tiga kerajaan C Menjadi simbol penyatuan raja dan rakyat D Tidak dilantik sebagai pentadbir dan penasihat 16 Jadual berikut menunjukkan peristiwa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Tarikh Peristiwa 24 Ogos 1511 Kejatuhan Melaka di tangan kuasa Portugis Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? A Berbangga dengan kekayaan negara B Bersatu mempertahankan kedaulatan negara C Berusaha memperjuangkan kepentingan diri D Bermusyawarah sebelum mengambil tindakan
2.0 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi 9 786294 850057 ISBN 978-629-485-005-7 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM8.90 : RM9.80 TINGKATAN 2 SEJARAH MODULE PERFECT 2.0 MGF2