The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan & Aktiviti PBD Sejarah Tahun 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-11-05 23:45:38

Modul Latihan & Aktiviti PBD Sejarah Tahun 6

Modul Latihan & Aktiviti PBD Sejarah Tahun 6

LATIHAN & AKTIVITI PBD SEJARAH KSSR 6 Dr. Mahdi Shuid Dr. Hashima Sulaiman Umi Saidatul Arryennah Madsah Hartini Husain Menepati buku teks & DSKP terkini Latihan & aktiviti PBD pelbagai bentuk Uiian Formatif, Uiian Pertengahan Tahun & Uiian Akhir Sesi Akademik (UASA)


UNIT 1 Pembentukan Malaysia 1 Nota Pengukuhan 1 Soalan Berteraskan DSKP 3 Ujian Formatif 1 8 Sudut KOMIK 9 UNIT 2 Negeri-negeri di Malaysia 10 Nota Pengukuhan 10 Soalan Berteraskan DSKP 12 Ujian Formatif 2 17 Sudut KOMIK 18 UNIT 3 Rukun Negara 19 Nota Pengukuhan 19 Soalan Berteraskan DSKP 21 Ujian Formatif 3 26 Sudut KOMIK 27 UNIT 4 Kaum di Malaysia 28 Nota Pengukuhan 28 Soalan Berteraskan DSKP 30 Ujian Formatif 4 35 Sudut KOMIK 36 UNIT 5 Agama dan Kepercayaan 37 Nota Pengukuhan 37 Soalan Berteraskan DSKP 39 Ujian Formatif 5 44 Sudut KOMIK 45 UNIT 6 Perayaan Masyarakat di Malaysia 46 Nota Pengukuhan 46 Soalan Berteraskan DSKP 48 Ujian Formatif 6 53 Sudut KOMIK 54 Sudut KOMIK 53 UNIT 7 Pemimpin Negara Malaysia 55 Nota Pengukuhan 55 Soalan Berteraskan DSKP 57 Ujian Formatif 7 64 Sudut KOMIK 65 UNIT 8 Kemajuan Ekonomi Malaysia 66 Nota Pengukuhan 66 Soalan Berteraskan DSKP 68 Ujian Formatif 8 73 Sudut KOMIK 74 UNIT 9 Sukan Kebanggaan Malaysia 75 Nota Pengukuhan 75 Soalan Berteraskan DSKP 77 Ujian Formatif 9 82 Sudut KOMIK 83 UNIT 10 Malaysia dan Dunia 84 Nota Pengukuhan 84 Soalan Berteraskan DSKP 87 Ujian Formatif 10 93 Sudut KOMIK 94 ii


10 2 NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA Nama Negeri-negeri di Malaysia 1 Setiap negeri di Malaysia mendapat nama dengan cara tersendiri. 2 Berikut adalah asal usul nama negeri-negeri di Malaysia. Nama Negeri Asal Usul Nama Perlis • Berasal daripada perkataan Siam, iaitu “prow-lowy” yang bermaksud “kelapa hanyut” dan dikaitkan dengan perkataan “peroleh”. Kedah • Berasal daripada perkataan “Kheddah”, bermaksud perangkap gajah. • Diambil daripada perkataan Arab, iaitu “Qadah” yang bererti cawan atau gelas berkaki. • Catatan Tamil pula menyebut Kedah sebagai “kadaram” atau “kalagam”. Pulau Pinang • Nama asal Pulau Pinang ialah Pulo Ka Satu. • Digelar sebagai Tanjong Penaga kerana banyak pokok penaga di Pulau Pinang. • Dikaitkan dengan buah pinang yang menjadi bahan dagangan penting pada masa dahulu. Perak • Mendapat nama sempena “kilatan ikan di dalam air”. • Dikaitkan dengan warna bijih timah putih berkilat yang banyak di Perak. Selangor • Bersempena pokok mentagau yang banyak di kuala sungai. • Pedagang yang datang menyebutnya kuala selangau yang akhirnya disebut Kuala Selangor. • Dikaitkan dengan sejenis serangga yang bernama selangur (sangur). Negeri Sembilan • Terbentuk daripada gabungan sembilan buah luak. • Perkataan negeri dikaitkan dengan “nagari” dalam dialek Minangkabau yang bererti wilayah. Melaka • Mengikut sumber Arab disebut “Malakat” yang bermaksud perhimpunan segala dagang. • Bersempena tempat Parameswara berehat ketika menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang anjing pemburuannya. Johor • Dikaitkan dengan perkataan Arab, “Jauhar” yang bermaksud batu permata yang bernilai. • Dalam Sulalatus Salatin, nama Johor disebut sebagai Ujong Tanah. Pahang • Bersempena dengan nama pokok mahang. • Dikenali sebagai Inderapura atau Pura dalam Sulalatus Salatin. Pura bererti bandar atau pekan. Negara Malaysia Nota Pengukuhan Tajuk 10


11 U N I T 2 Terengganu • Berasal daripada sebutan “taring anu”, iaitu taring besar seperti taring gajah atau binatang liar yang dijumpai di Pulau Duyong. • Perkataan “terangnya ganu” (pelangi) dikaitkan dengan asal usul nama Terengganu. Kelantan • Dikaitkan dengan perkataan “kilatan”, iaitu cahaya terang yang dilihat oleh orang Melayu Patani. Lama-kelamaan, perkataan tersebut menjadi Kelantan. • Bersempena nama pokok “gelam hutan” atau “kelam hutan” yang dijumpai di pesisir pantai pada masa dahulu. Sarawak • Dikaitkan dengan Sungai Serak. Lama-kelamaan, sungai tersebut dipanggil Sungai Sarawak. • Sungai ini mendapat nama sempena sejenis galian bijih yang dinamakan sarawak. • Nama Sarawak juga diambil daripada panggilan Portugis “cerava”, iaitu sejenis logam antimoni. Sabah • Dikaitkan dengan “pisang saba” yang menjadi makanan penduduk pantai barat Sabah. • Tercatat dalam dokumen yang berjudul “Maharajah of Sabah” (1877). Ketua-ketua Negeri di Malaysia 1 Gelaran sultan digunakan di negeri Pahang, Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor. 2 Sementara itu, ketua negeri Perlis menggunakan gelaran Raja manakala Negeri Sembilan pula menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar. 3 Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah tidak mempunyai raja. Oleh itu, negeri-negeri berkenaan mempunyai ketua negeri yang dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri. 4 Ketua negeri bagi Wilayah Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong. Ibu Negeri dan Bandar Diraja 1 Ibu negeri berkembang disebabkan pembangunan pentadbiran, mempunyai kemudahan asas dan institusi pendidikan serta menjadi tempat tumpuan pekerjaan. 2 Bandar diraja ialah bandar yang terdapat warisan sejarah. Contohnya, istana, bangunan pembesar, kedai lama, muzium dan galeri serta monumen. Bandar-bandar Diraja Negeri Bandar Diraja Perlis Arau Kedah Anak Bukit Perak Kuala Kangsar Selangor Klang Pahang Pekan Negeri Sembilan Seri Menanti Johor Bandar Maharani Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri 1 Bendera menjadi lambang penyatuan setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. 2 Jata negeri merupakan lambang rasmi kebesaran dan kebanggaan negeri. 3 Lagu sesebuah negeri mempunyai nama rasmi yang tersendiri.


12 U N I T 2 Soalan Berteraskan DSKP Zon Aktiviti S.P. 10.2.1 Mengenali nama negeri-negeri di Malaysia. TP 1 Memerihalkan negeri-negeri di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai 1 Nyatakan nama negeri berdasarkan pernyataan yang diberikan. TP 1 (a) Disebut sebagai Ujong Tanah dalam teks Sulalatus Salatin. (b) Di negeri ini banyak pokok “gelam hutan” atau “kelam hutan” yang dijumpai di pesisir pantai pada masa dahulu. (c) Negeri ini dikenali sebagai Inderapura atau Pura dalam Sulalatus Salatin. (d) Nama negeri ini diambil bersempena pokok mentagau yang banyak terdapat di kuala sungai ketika itu. (e) Nama negeri dikaitkan dengan perkataan “peroleh”. Perkataan “peroleh” dikaitkan dengan peristiwa pengurniaan mandat oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II kepada Raja Syed Hussin Jamalullail. (f) Ada juga pendapat yang mengatakan nama ini diambil daripada panggilan Portugis, “cerava”, iaitu sejenis logam antimoni. (g) Nama negeri ini bersempena nama pokok tempat Parameswara berehat ketika menyaksikan kejadian pelanduk putih kecil menendang anjing pemburuannya.


13 U N I T 2 TP 2 Menerangkan negeri-negeri di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai 2 Namakan negeri berdasarkan gelaran ketua negeri yang diberikan. TP 2 Gelaran Ketua Negeri Negeri (a) Sultan (b) Raja (c) Yang di-Pertuan Besar (d) Yang di-Pertuan Negeri (e) Yang di-Pertuan Agong 3 Senaraikan nama negeri berdasarkan bandar diraja yang diberikan. TP 2 Nama Bandar Diraja Negeri (a) Klang (b) Anak Bukit (c) Bandar Maharani (d) Pekan (e) Seri Menanti (f) Arau (g) Kuala Kangsar S.P. 10.2.2 Menamakan ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. S.P. 10.2.3 Menyenaraikan ibu negeri dan bandar diraja.


14 U N I T 2 TP 3 Menjelaskan negeri-negeri di Malaysia dengan contoh. Menguasai Belum Menguasai 4 Nyatakan nama negeri dan nama lagu berdasarkan bendera yang diberikan. TP 3 Bendera Nama negeri Nama lagu (a) (b) (c) (d) (e) 5 Namakan negeri berdasarkan jata negeri yang diberikan. TP 3 (a) (b) (c) (d) S.P 10.2.4 Menjelaskan bendera, lagu dan jata sebagai lambang negeri.


16 U N I T 2 S.P.K 10.2.7 Menjelaskan rasa bangga terhadap warisan negeri-negeri di Malaysia TP 6 Menjana idea untuk mengukuhkan kerjasama antara negeri-negeri di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai 8 Salah satu warisan negeri-negeri di negara kita ialah wujudnya bandar-bandar diraja dan ibu negeri. Cadangkan langkah-langkah kerjasama antara negeri-negeri untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. TP 6 (a) Menyediakan dokumentari tentang keunikan negeri masing-masing untuk disebarkan pada peringkat antarabangsa. (b) (c) (d) (e) (f)


46 6 PERAYAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA Kita Rakyat Malaysia Perayaan Utama Masyarakat di Malaysia 1 Setiap perayaan disambut dengan meriah oleh seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 2 Jenis perayaan di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Thaipusam, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Krismas, Hari Wesak, Vaisakhi, Sambutan Tahun Baharu, Genggulang dan Hari Moyang dan San Pedro. Tujuan Perayaan Masyarakat di Malaysia Tujuan Jenis Perayaan Keagamaan • Hari Raya Aidilfitri • Hari Raya Aidiladha • Krismas • Thaipusam Meraikan tahun baharu • Tahun Baharu Cina • Tahon Baro • Jis Pai • Tahun Bahauk • Tawun Empai Mensyukuri hasil tanaman atau hasil laut • Hari Gawai • Pesta Kaamatan • Vaisakhi • San Pedro Mengharapkan unsur baik mengatasi kejahatan • Deepavali Mengingati tokoh agama • Hari Wesak Nota Pengukuhan Tajuk 11


47 U N I T 6 Cara Sambutan Perayaan Dahulu dan Kini 1 Kemeriahan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat dahulu masih kekal dan diteruskan sehingga kini. 2 Namun terdapat beberapa perubahan sambutan perayaan kini. Cara Sambutan Dahulu Kini Ucapan Kad ditulis untuk menyampaikan ucapan dan dihantar secara pos atau serahan tangan. Ucapan dihantar menerusi media elektronik dan media sosial. Foto Mengambil foto keluarga di kedai gambar. Swafoto bersama keluarga dan memuat naik di dalam media sosial. Makan besar Acara makan besar di rumah dengan berkumpul dengan keluarga. Acara makan besar di restoran dan hotel. Kolam Kolam dihasilkan daripada tepung ketika perayaan Deepavali. Kolam ini dihasilkan daripada beras atau hampas kelapa pelbagai warna. Penyediaan kuih-muih Menggunakan bahan dan kaedah tradisional serta dilakukan secara gotong-royong. • Penggunaan peralatan moden memudahkan penyediaan kuih • Mudah dibeli Hari Gawai Diraikan oleh golongan petani daripada kaum Dayak dengan mengadakan pelbagai upacara ritual. Diraikan oleh pelbagai kaum tanpa mengira bidang pekerjaan. Pesta Kaamatan • Upacara Unduk Ngadoa (ratu cantik) diadakan. • Pemenang pertandingan Unduk Ngadau dipilih berdasarkan semangat Huminodun, iaitu kesanggupan berkorban untuk menyelamatkan generasinya. Pemenang Unduk Ngadau dipilih berdasarkan sesi soal jawab tentang sejarah dan kehidupan masyarakat lampau. Amalan yang Masih Kekal dalam Masyarakat pada Hari Ini 1 Pemberian duit raya dan angpau. 2 Tradisi balik ke kampung setiap kali menjelang perayaan di Malaysia. 3 Amalan kunjung-mengunjungi.


48 U N I T 6 Soalan Berteraskan DSKP Zon Aktiviti 1 Senaraikan perayaan utama di Malaysia. TP 1 TP 1 Memerihalkan perayaan masyarakat di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai S.P. 11.3.1 Menyatakan perayaan utama masyarakat di Malaysia. S.P.K 11.3.4 Menyatakan kepentingan sambutan perayaan dalam keluarga. Perayaan Utama di Malaysia Guru Rakan Buku Teks Internet i-THINK Peta Bulatan


49 U N I T 6 S.P. 11.3.2 Menerangkan tujuan sambutan perayaan di Malaysia. TP 2 Menerangkan perayaan masyarakat di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai 2 Nyatakan tujuan sambutan perayaan di Malaysia berdasarkan gambar. TP 2 (a) (b) (c) (d) Selamat Hari Wesak (e)


50 U N I T 6 S.P. 11.3.3 Menjelaskan cara sambutan perayaan dahulu dan kini. TP 3 Menjelaskan perayaan masyarakat di Malaysia dengan contoh. Menguasai Belum Menguasai 3 Lengkapkan jadual tentang cara sambutan perayaan dahulu dan kini. TP 3 Cara Sambutan Dahulu Kini (a) Ucapan (b) Foto (c) Kolam (d) Makan besar (e) Penyediaan kuih-muih


84 10 MALAYSIA DAN DUNIA Malaysia dalam Pertubuhan Serantau dan Antarabangsa Serantau Antarabangsa Pertubuhan Antarabangsa Malaysia dan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) 1 Malaysia adalah antara negara perintis penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Matlamat Penubuhan ASEAN 1 Menjamin keamanan dan kestabilan politik. 2 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan. 3 Menjalin kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan. 4 Meningkatkan taraf hidup penduduk. Pencapaian dan Kebanggaan Negara Pertubuhan Serantau Makna Logo ASEAN Biru : keamanan dan kestabilan. Merah : semangat dan dinamisme. Kuning : kemakmuran. Putih : kesucian. Sepuluh tangkai padi : Impian pengasasan ASEAN diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan antara 10 buah negara anggota ASEAN. Bulatan : kesatuan ASEAN. Komanwel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Association of Southeast Asia (ASA) Southeast Asia Friendship and Economic Treaty (SEAFET) Nota Pengukuhan Tajuk 12


U N I T 10 85 Faedah Penyertaan Malaysia dalam ASEAN Sumbangan Malaysia dalam ASEAN 1 Menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN. 2 Membantu menangani isu pencerobohan Vietnam terhadap Kemboja. 3 Membantu meredakan konflik politik di selatan Filipina. 4 Mengutarakan penubuhan ZOPFAN. 5 Menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia dan Komanwel Pelibatan Malaysia dalam Komanwel telah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini. Malaysia turut terlibat dalam program anjuran Komanwel. Matlamat Pertubuhan Komanwel 1 Membina semangat setia kawan sesama negara anggota. 2 Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan, ekonomi, kesihatan serta belia dan sukan. Faedah Penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Komanwel Pendidikan • Memberikan peluang kerjasama antara negara anggota bagi meningkatkan taraf pendidikan. • Mewujudkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang melalui tawaran biasiswa Komanwel. Perdagangan • Malaysia berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan bertukar idea dengan negara anggota Komanwel tentang isu pembangunan ekonomi. • Memudahkan barangan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di negara anggota Komanwel. Logo Komanwel Keamanan dan Kestabilan Politik Mengelakkan campur tangan kuasa luar menerusi Deklarasi Kuala Lumpur 1971 yang mengisytiharkan ASEAN sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Latihan dan Penyelidikan Pembinaan Regional Centre for Education in Science and Mathematic (RECSAM) di Pulau Pinang. Pertumbuhan Ekonomi dan Sosial • Menjalin kerjasama projek ekonomi dalam perindustrian baja urea di Bintulu, Sarawak. • Menjadi tuan rumah penganjuran Sukan SEA.


U N I T 10 86 Kesihatan • Memberikan peluang kepada negara anggota untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang kesihatan. • Memberikan peluang untuk bekerjasama melalui perkongsian maklumat dan data sesama negara anggota bagi menangani wabak seperti COVID-19. Belia dan Sukan • Menjadi penganjur Sukan Komanwel pada tahun 1998. • Memberikan peluang kepada ahli sukan Malaysia bersaing dalam Sukan Komanwel. • Memberikan peluang kepada belia untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan belia anjuran Sekretariat Komanwel. Sumbangan Malaysia dalam Komanwel 1 Mengecam dasar Aparteid di Afrika Selatan yang membezakan penduduk mengikut warna kulit. 2 Membantu menamatkan amalan Aparteid pada tahun 1993 hasil desakan bersama-sama negara anggota Komanwel. 3 Menjadi tuan rumah Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) pada tahun 1989. 4 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab mengawal dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam 1 Malaysia merupakan antara negara pengasas Organisation of Coperation (OIC) atau Pertubuhan Islam. Faedah Penyertaan Malaysia dalam OIC 1 Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan budaya. 2 Mendapat bantuan pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam. 3 Menawarkan kemudahan biasiswa pendidikan. Sumbangan Malaysia dalam OIC 1 Membantu penubuhan Bank Pembangunan Islam pada tahun 1975. 2 Menangani isu Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1991. 3 Menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel. 4 Penubuhan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1983. 5 Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Matlamat Penubuhan PBB 1 Menjamin keamanan dan keselamatan dunia. 2 Menggalakkan hubungan baik antara negara anggota. 3 Menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia. Faedah Penyertaan Malaysia dalam PBB 1 Memelihara dan mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang keputusan yang diambil oleh PBB. 2 Meneruskan peranan aktif Malaysia dengan menyumbang pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu global. 3 Membantu meningkatkan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu. Sumbangan Malaysia dalam PBB 1 Membawa isu perjuangan rakyat Palestin. 2 Menyelesaikan konflik antarabangsa. 3 Mendesak usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. 4 Menyarankan usaha meningkatkan mutu pendidikan. Logo OIC


U N I T 10 87 Soalan Berteraskan DSKP Zon Aktiviti S.P. 12.4.1 Menyenaraikan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. TP 1 Memerihalkan hubungan Malaysia dan dunia. Menguasai Belum Menguasai 1 Padankan jenis pertubuhan serantau dan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. TP 1 (a) Serantau (b) Antarabangsa Southeast Asia Friendship and Economic Treaty (SEAFET) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Association of Southeast Asia (ASA) Komanwel Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)


U N I T 10 88 S.P. 12.4.2 Menerangkan pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). TP 2 Menerangkan hubungan Malaysia dan dunia. Menguasai Belum Menguasai 2 Tandakan (3) bagi pernyataan yang betul berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan luar yang dianggotai oleh Malaysia. TP 2 (a) ASEAN merupakan singkatan bagi Association of Southeast Asian Nation. (b) Antara matlamat penubuhan ASEAN termasuklah menjamin keamanan dan kestabilan politik. (c) ASEAN juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. (d) Negara Korea merupakan anggota ASEAN. (e) Pertumbuhan ekonomi menjadi kurang lancar kerana persaingan negara-negara ASEAN. (f) Makna warna kuning dalam logo ASEAN ialah kemakmuran. (g) Sepuluh tangkai padi pada logo ASEAN membawa makna impian pengasasan ASEAN diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan antara 10 buah negara anggota ASEAN. (h) Malaysia pernah membantu menangani isu pencerobohan Vietnam terhadap Kemboja. (i) Malaysia berdiam diri ketika konflik politik berlaku di selatan Filipina. (j) Malaysia tidak terlibat dengan penubuhan ZOPFAN.


U N I T 10 92 7 Cadangkan cara-cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dengan dunia. TP 6 S.P.K 12.4.8 Menghuraikan kepentingan mengekalkan pengiktirafan negara luar terhadap Malaysia. TP 6 Mencadangkan idea mengukuhkan hubungan Malaysia dan dunia. Menguasai Belum Menguasai Menjaga hubungan baik dengan negara lain. (a) (d) (b) (c)


LATIHAN & AKTIVITI PBD Semenanjung Malaysia: RM7.90 Sabah & Sarawak : RM8.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] sejarah 6 PBD LATIHAN & AKTIVITI Siri Modul Latihan & Aktiviti PBD ini digubal berdasarkan kandungan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Latihan & aktiviti di dalam buku ini terdiri daripada soalan-soalan PBD pelbagai bentuk supaya murid dapat menguasai semua kemahiran pembelajaran dalam topik yang dipelajari. Pelbagai elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan latihan berpandukan peta pemikiran turut diterapkan selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Matlamat penghasilan buku ini agar muridmurid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran pembelajaran melalui kaedah PBD dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Judul-judul dalam siri ini SUBJEK TAHUN 1 2 3 4 5 6 Matematik Bahasa Melayu Sains Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Moral Tilawah Al-Quran Pendidikan Islam Bahasa Arab Jawi Sejarah 9 786294 710863 ISBN 978-629-471-086-3


Click to View FlipBook Version