The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-12-08 04:04:22

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 2

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 2

KSSM BAHASA MELAYU Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi BERTERASKAN DSKP PRAKTIS MUDAH LULUS (MuLus) NOTA KOMSAS Memudahkan PdPc SET 1 (UASA) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK MySOLUSI MySOLUSI 2.0 S E LANGKAH DI HADAPA N KHAIRUDDIN AYIP KHAIRUDDIN AYIP SAHARUDDIN ABDULLAH AZEMI MD. ZUKI FARIDAH M. LAJIS HESAM MOHD KASRON TINGKATAN 2 HAK CIPTA NUSAMAS


Bahagian 1 Sistem Bahasa ............................................................................................................. 1 Bahagian 2 KOMSAS Antologi Kuingin Berterima Kasih .......................................................... 43 Bahagian 3 Pemahaman Bahan Rangsangan ................................................................................ 67 Bahagian 4 Novel ......................................................................................................................... 73 Bahagian 5 Rumusan .................................................................................................................... 88 Bahagian 6 Karangan Pendek .................................................................................................... 106 Bahagian 7 Karangan Umum ..................................................................................................... 118 Ujian Akhir Sesi Akademik ............................................................................................................... 131 KANDUNGAN Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat Jawapan HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 BAHAGIAN 1 SISTEM BAHASA NOTA CERDIK Kata Nama Am 1 Kata nama am merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. 2 Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 3 Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. 2 Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Golongan Kata Nama Praktis 1 Kata Nama Khas & Kata Nama Am Isi tempat kosong dengan kata nama khas atau kata nama am yang betul. Pulau Pinang jam Putrajaya Berita Harian Kuda 1 Encik Hamzah merupakan seorang kolumnis akhbar Berita Harian . 2 Kuda ialah haiwan yang pantas berlari. 3 Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Malaysia yang baharu. 4 Puan Marina menghadiahi anaknya seutas jam tangan berjenama Casia sempena ulang tahun kelahiran yang ke-14. 5 Terdapat banyak restoran nasi kandar di Pulau Pinang . NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Tunjuk 1 Kata ganti nama tunjuk berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda, atau tempat. 2 Kata ganti yang merujuk perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). 3 Kata ganti tunjuk tempat terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh). HAK CIPTA NUSAMAS


2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Tanya 1 Kata ganti nama tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. 2 Terdapat tiga bentuk kata ganti nama tanya, iaitu siapa (merujuk orang), apa (merujuk benda atau perkara), dan mana (merujuk benda atau orang). NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Diri 1 Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2 Ada tiga jenis kata ganti nama diri: (a) Kata ganti diri pertama, iaitu perkataan yang menggantikan nama orang yang bercakap. Contoh: aku, saya, hamba, patik, dan kita. (b) Kata ganti diri kedua, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang yang dilawan bercakap. Contoh: awak, anda, engkau, kamu, encik, tuan, saudari, kalian, dan awak semua. (c) Kata ganti diri ketiga, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. Contoh: dia, beliau, ia, baginda, nya, dan mereka. Praktis 4 Kata Ganti Nama Diri (a) Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai. Praktis 3 Kata Ganti Nama Tanya Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang betul. 1 Apa kah yang awak beli itu Fazura? 2 Di mana kah awak simpan jam tangan saya? 3 Pengacara yang baru meningkat naik itu namanya siapa ? 4 Apa kah yang awak makan sebagai alas perut pada setiap pagi? 5 Awak pergi ke mana semalam kerana awak tiada di rumah sewaktu saya ke sana? 1 Aku bermohon hanya kepada-Mu, Tuhan. 2 Nama saya Kumari. Nama awak siapa? 1 Nah, ambil duit ini dan masukkan ke dalam tabung! 2 Di manakah awak simpan kunci kereta saya itu ? 3 “Penyanyi itu berasal dari Kelantan,” kata Dalila kepada ibunya. 4 “Wanita yang memakai baju kurung berwarna hijau itu ibu saya,” kata Farihin kepada rakannya. 5 “Wah, sedapnya kek coklat ini ! Siapakah yang membuatnya?” soal Jasmin. Praktis 2 Kata Ganti Nama Tunjuk Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang betul. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 NOTA CERDIK Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan. 2 Contoh: batang, biji, buku, cebis, ekor, naskhah, pintu, puntung, tandan, ulas, dan utas. 3 Walau bagaimanapun, ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama dengan kata bilangan. Contoh: semua pekerja, bukannya semua orang pekerja. 4 Penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Contoh: satu abad. 3 Baginda sultan amat murka dengan tindakan tuan hamba yang membuta tuli itu. 4 Ampun tuanku, patik datang menghadap. 5 “Jangan risau. Saya akan menemani awak ke klinik nanti,” kata Anis kepada Laila. 6 Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. 7 Anda dilarang meletakkan kasut di atas tangga masjid ini. 8 Beliau ialah pengerusi syarikat pembinaan yang terkenal itu. 9 Berani engkau memecah masuk kerumah orang ya! 10 Baginda lah yang telah menganugerahi penyanyi terkenal itu pingat darjah kebesaran. (b) Pilih jawapan yang betul. 1 Cikgu, boleh _________ keluar sekejap,” tanya Arif. A aku C kita B saya D hamba 2 Cikgu Harun amat disenangi oleh para muridnya. _________ seorang yang kelakar tetapi tegas dalam hal-hal tertentu. A Ia C Beliau B Mereka D Baginda 3 Tuanku, _________ yakin bahawa Kerajaan Andalusia bersetuju menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara kita. A aku C hamba B saya D patik 4 “Engkau ini, suka sangat mengusik _________,” kata Alia kepada Diana. A aku B saya C patik D hamba 5 Faris dan Hakimi merupakan rakan karib. _________ sering melakukan aktiviti lasak bersama-sama. A Ia B Kita C Awak D Mereka Praktis 5 Penjodoh Bilangan Pilih jawapan yang betul. 1 Pak Hamid memikul se__________ jala menuju ke sungai. A rawan B berkas C bidang D keping 2 Halim menghadiahi Zalina se__________ bunga teratai. A buah B bilah C kuntum D batang HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 43 BAHAGIAN 2 KOMSAS ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA Aspek Kajian Sastera Sinopsis Ringkasan tentang perkara-perkara dalam sesebuah cerita. Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat tema, persoalan, mesej, nilai dan latar sesebuah karya. Tema dan Persoalan 1 Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. 2 Persoalan pula merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang ada kaitannya dengan tema. 3 Antara tema dan persoalan yang sering dikemukakan dalam sesebuah karya termasuklah kasih sayang, kegigihan, patriotisme, pembangunan, dan pengorbanan. 4 Dalam sesebuah cerita, terdapat beberapa persoalan tetapi hanya ada satu tema. Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cerita. 2 Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan manusia. Biasanya yang disentuh ialah usia, pendidikan, dan latar belakang. 3 Perwatakan pula ialah cara pengarang melukiskan watak, contohnya baik hati, jujur, dan rajin. Watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita dapat dihuraikan dengan melihat sifat-sifat luaran dan dalaman watak. 4 Istilah yang berkaitan dengan watak dan perwatakan adalah seperti berikut: Watak utama: Watak penting yang menggerakkan cerita. Watak sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil berbanding dengan watak utama. Watak antagonis: Watak jahat/ buruk. Watak pratagonis: Watak yang mempunyai nilainilai murni dan sentiasa melakukan kebaikan. Watak bundar: Watak yang mempunyai sifat kompleks. Watak dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran. Watak statik: Watak yang tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita. Latar 1 Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan masa, tempat, dan masyarakat. (a) Latar masa menunjukkan tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita. (b) Latar tempat menunjukkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. (c) Latar masyarakat menggambarkan keadaan masyarakat sesuatu peristiwa itu yang merangkumi agama, kepercayaan, pekerjaan, dan nilai. 2 Bagi drama, latar dimaksudkan dengan gambaran yang tersedia di belakang prop yang diwujudkan. Plot 1 Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cerita sebagaimana yang digambarkan oleh seseorang pengarang. 2 Perkembangan plot ini berdasarkan hukum sebab dan akibat. 3 Perkembangan plot melalui beberapa peringkat, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks (puncak), dan peleraian. 4 Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak mengikut kronologi. Teknik Plot 1 Teknik plot ialah cara seseorang pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya dapat menarik perhatian pembaca. 2 Teknik plot boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Dialog: Pertuturan antara dua watak atau lebih. Menerusi dialog, tergambar sikap dan fikiran watak. Monolog: Pengucapan watak secara bersendirian untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan fikiran. Monolog dalaman: Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Imbas kembali: Teknik ini bertujuan mengenang semula peristiwa yang pernah dialami. Imbas muka: Cara pengarang memberikan gambaran awal atau ramalan akan kemungkinan terjadinya sesuatu peristiwa. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 45 Nilai 1 Aspek nilai boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebaikan yang dilakukan seseorang. 2 Pada asasnya, nilai dibahagikan kepada 16 (ditambahkan lima lagi berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang baharu) iaitu: (a) Baik hati (b) Berdikari (c) Hemah tinggi (d) Hormat-menghormati (e) Kasih sayang (f) Keadilan (g) Kebebasan (h) Keberanian (i) Kebersihan fizikal dan mental (j) Kejujuran (k) Kerajinan (l) Kerjasama (m) Kesederhanaan (n) Kesyukuran (o) Rasional (p) Semangat bermasyarakat (q) Keyakinan (r) Tanggungjawab (s) Patriotik (t) Menghargai (u) Ketekunan Murid boleh menambahkan nilai lain yang difikirkan sesuai. Pengajaran 1 Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan pengajaran dan panduan kepada pembaca. 2 Dalam pengajaran perlu mempunyai nilai murni. Pengajaran tiada beza dengan nilai murni, cuma terdapat frasa “kita hendaklah”. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PRAKTIS 1 Pantun Alam Remaja Nota KOMSAS halaman 59 Teks Tingkatan 2: Antologi Budi Baik, Indah Bahasa Sudut Bahasa bilang-bilang − pokok renek kinantan − warna putih kumpai − tumbuhan herba celana − seluar lapun − perangkap kijang Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. 1 2 3 4 5 6 7 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja. Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, 2015. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 59 Pantun Alam Remaja, diselenggara oleh Mohd Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh Maksud Rangkap 1: Penyair tidak dapat tergambarkan kegembiraan apabila melihat kepulangan ibunya. Rangkap 2: Penyair hilang rasa takut dan risau setelah melihat kepulangan ibunya. Rangkap 3: Apabila melihat ibunya pulang ke rumah, hati penyair berasa teramat gembira. Rangkap 4: Penyair dan adik-beradiknya bernyanyi apa-apa lagu sahaja kerana berasa gembira. Rangkap 5: Penyair dan adik-beradiknya berasa riang ria dan bangga apabila ibu bapanya pulang serentak. Rangkap 6: Penyair dan adik-beradiknya mendapat hadiah berupa baju dan seluar daripada ibu bapa mereka yang pulang. Rangkap 7: Penyair berharap agar pembaca tidak berasa marah terhadapnya dan adikberadik yang suka berpantun kerana mereka masih kecil dan suka bermanja. Tema Tema pantun ialah kegembiraan anakanak yang menyambut kepulangan ibu bapa, contohnya anak-anak berasa gembira apabila ibu bapa mereka pulang dan berterima kasih apabila menerima pemberian dalam bentuk pakaian. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Gaya bahasa dalam pantun ialah responsi, contohnya, baris “Sebarang tari kita tarikan” dan “Sebarangnya nyanyi kita nyanyikan”. Seterusnya repetisi, contohnya, “Dapat di rumput bilang-bilang” dan “Hinggap di ranting bilang-bilang”. Akhir sekali penggunaan peribahasa, contohnya “besar hati” dalam baris “Tidak terkata besar hati”. Unsur bunyi yang terdapat dalam pantun ialah aliterasi, contohnya perulangan bunyi konsonan p dalam baris “Bonda pulang bapa pun sampai”. Seterusnya asonansi, contohnya perulangan bunyi vokal u dalam baris “Melihat ibu sudah pulang”. Persoalan (PS), Nilai Murni (NM) dan Pengajaran (PG) Persoalan/ Nilai Murni/ Pengajaran yang diperoleh daripada pantun ialah (PS) keutamaan kasih sayang terhadap keluarga/ (NM) kasih sayang/ (PG) kita perlu mengasihi anak sendiri, contohnya ibu pulang ke rumah untuk menemui anak-anak setelah selesai menjalankan tugasan di luar. Selain itu (PS) syukur terhadap anugerah yang diberi/ (NM) Kajian Teks Antologi Kuingin Berterima Kasih kesyukuran/ (PG) kita haruslah bersyukur terhadap pemberian yang diberi, contohnya penyair berasa gembira apabila ibunya pulang membawa baju dan celana. Pantun Kiasan, diselenggara oleh Mohd Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh Maksud Rangkap 1: Barangan lama yang sudah tidak digunakan jangan dibuang kerana barang itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain. Rangkap 2: Penyair bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang untuk mencari rezeki. Rangkap 3: Terdapat lelaki yang bertaraf rendah ingin berkawan dengan wanita yang bertaraf terlalu tinggi. Rangkap 4: Penyair menasihati kita agar tidak membuat sesuatu yang tidak pasti supaya tidak mengalami kerugian nanti. Rangkap 5: Penyair yang dapat mengerjakan sesuatu yang sukar sudah pasti dapat menyelesaikan tugasan yang mudah. Rangkap 6: Penyair menasihati kita agar tidak mengheboh-hebohkan kejayaan yang kecil supaya tidak ditertawakan oleh masyarakat. Rangkap 7: Bagi penyair, perubahan sikap manusia tidak dapat dikawal kerana setiap benda hidup akan berubah mengikut keadaan dan masa. Rangkap 8: Kemarahan seseorang yang berpanjangan disebabkan oleh salah faham hanya dapat diredakan dengan nasihat dan kata-kata mutiara yang bernas. Rangkap 9: Seseorang yang merantau ke mana-mana sahaja akhirnya pasti akan pulang ke kampung halamannya. Rangkap 10: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku pasti ada sebab dan puncanya. Rangkap 11: Keinginan seseorang mencapai cita-cita yang besar tidak kesampaian kerana tiada daya dan kemampuan. Rangkap 12: Penyair menasihati pembaca agar tidak mempersoalkan kebijaksanaan dan pengetahuan orang lain sekiranya pengetahuan diri hanya sedikit. Rangkap 13: Tiada faedahnya bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum pasti akan diperoleh tanpa berusaha. Rangkap 14: Seseorang yang malas pada usia muda pasti akan berterusan malas pada usia tua juga. Rangkap 15: Seseorang yang ingin melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukannya atau di luar kemampuannya hanyalah sia-sia. Rangkap 16: Seseorang yang banyak membuat kesilapan akan menyesal pada ambang kematian namun segala-galanya sudah terlambat. Rangkap 17: Seseorang wanita yang amat cantik dari segi luaran tetapi tidak memiliki perwatakan yang baik. Tema Tema pantun ialah kiasan terhadap pelbagai perbuatan manusia yang akhirnya membawa kesan pada diri sendiri, contohnya sikap manusia yang baik akan membawa kebaikan dan manfaat pada dirinya, manakala manusia yang bersikap buruk serta berkeinginan membuat sesuatu yang di luar kemampuan akan menyusahkan dan membawa kemudaratan pada diri sendiri. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Gaya bahasa yang terdapat dalam pantun simile, contohnya dalam baris “Macam melukut di tepi gantang” dan “Sungguh laksana bunga dedap”. Selanjutnya repetisi, contohnya dalam baris “Tikar pucuk tikar mengkuang” dan “Tebang gelam tebang kenanga”. Selain itu hiperbola, contohnya dalam dua ayat “Hujan ribut gunung terbakar” dan “Embun setitik padam apinya”. Akhir sekali penggunaan peribahasa, contohnya dalam baris “Macam melukut di tepi gantang” dan “Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga”. Unsur bunyi yang terdapat dalam pantun ialah aliterasi, contohnya pengulangan bunyi konsonan g dalam baris “Tebang gelam tebang kenanga”. Seterusnya asonansi, contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris “Tikar pucuk tikar mengkuang”. Persoalan (PS), Nilai Murni (NM) dan Pengajaran (PG) Persoalan/ Nilai Murni/ Pengajaran yang diperoleh daripada pantun ialah (PS) perlunya berfikiran rasional ketika bertindak/ (NM) rasional/ (PG) kita hendaklah berfikiran rasional, contohnya penyair mengingatkan jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti mengharapkan guruh yang berbunyi sedangkan hujan tidak turun. Seterusnya (PS) persoalan hemah tinggi ketika bertutur/ (NM) hemah tinggi/ (PG) kita perlulah berhemah tinggi, contohnya menjaga pertuturan dan bukan membuat kecoh seperti ayam yang riuh walaupun bertelur sebiji. Akhir sekali (PS) persoalan semangat patriotisme ketika merantau di negara orang/ (NM) patriotisme/ (PG) kita mestilah mempunyai perasaan patriotisme, contohnya apabila sudah lama merantau di tempat orang tetapi kembali ke tempat sendiri semula kerana ingin menabur bakti kepada anak bangsa. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 67 BAHAGIAN 3 PEMAHAMAN BAHAN RANGSANGAN Keperluan Peperiksaan 1 Soalan ini membawa 10 markah. 2 Setiap soalan akan diberikan dua atau tiga bahan. 3 Bahan tersebut terdiri daripada prosa, puisi atau iklan. 4 Soalan (a) dan (b) yang membawa 3 markah setiap satu merujuk terus daripada bahan. Soalan (c) membawa 4 markah berdasarkan KBAT. Pemarkahan Walaupun idea daripada bahan banyak, namun memadai memberikan 2 idea untuk memperoleh markah maksimum. Sila gunakan ayat yang gramatis untuk memastikan markah tidak ditolak. ModEl contoh Murid Keperluan Khas Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 2 Berikan Peluang Itu Kami dilabel insan kurang upaya keupayaan kami yang masih tersisa bagai dilupakan. Kurang bukan bererti tiada sempurna belum menjanjikan kesempurnaan sudah memang adat yang sempurna membantu yang kurang kerana yang kurang pun harus terus meniti hidup ingin turut merasa nikmat kesenangan kesejahteraan, nikmat kejayaan. Kekurangan itu hanya zahir yang lain sempurna, akal waras cekal semangat keras kental, minda luas terbuka hati puas menanti siap siaga memberikan yang terbaik positif, inovatif, proaktif. Kekurangan bukan pagar besi yang menghalang diri, menjadi maju berdikari. Zahari Hashim Sumber: Internet Bahan 1 1 Berdasarkan Bahan 1, apakah yang anda tahu mengenai murid yang berkeperluan khas? Murid berkeperluan khas ialah murid yang kurang upaya dalam hal berkaitan dengan penglihatan dan pendengaran. Seterusnya, murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti kurang upaya fizikal dan pertuturan. [3 markah] Kategori Murid Berkeperluan Khas Masalah penglihatan Masalah pendengaran Masalah pembelajaran Kurang upaya penglihatan Kurang upaya pendengaran Kurang upaya pertuturan Kurang upaya fizikal Kurang upaya pembelajaran Kurang upaya pelbagai HAK CIPTA NUSAMAS


68 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 2 Berdasarkan Bahan 2, apakah yang dikeluhkan oleh orang kurang upaya? Orang kurang upaya merasakan keupayaan mereka bagai dilupakan. Seterusnya mereka ingin turut merasa nikmat kesenangan seperti orang biasa serta maju berdikari. [3 markah] 3 Terdapat anak-anak yang kurang upaya kurang diberikan perhatian oleh ibu bapa. Pada pendapat anda, apakah tindakan proaktif yang patut dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka yang kurang upaya? Sekiranya ibu bapa mempunyai anak kurang upaya, ibu bapa hendaklah menghantar mereka ke sekolah kerana banyak sekolah menyediakan kelas khas untuk murid seperti mereka. Seterusnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih terhadap anak yang mengalami nasib demikian dan tidak membandingkan mereka dengan anak-anak lain yang normal. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] PRAKTIS 1 Impak Negatif Media Sosial Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Bahan 1 menyentuh berkaitan impak negatif media sosial. Nyatakan impak negatif tersebut. Impak negatif media sosial ialah masyarakat tanpa mengira usia banyak menghabiskan masa melayari media sosial tanpa mempedulikan hal orang lain. Selain itu, kebanyakan pengguna media sosial suka memperbesar hal kecil menyebabkan keharmonian hidup bermasyarakat terjejas. [3 markah] Bersabarlah Sahabat Bersabarlah sahabat menghadapi duri kehidupan yang sakit media sosial terlalu banyak menabur fitnah masyarakat pula teruja dan menyambung hayat fitnah dikau yang terkena akan terduduk bangkitlah dan secara perlahan-lahan berlari lagi larian kali ini lebih pantas memburu kejayaan. Kita akui masyarakat seakan-akan hilang jati diri kata-kata berbunga dan taburan deringan sen menyentap iman wujudlah hero palsu yang menjadi pujaan masyarakat sedangkan yang dipuja itu hatinya telah kelam langkahnya telah suram. Bersabarlah sahabat hujan kepahitan akan berhenti akhirnya. AZIZUL : Zaman kita dahulu, jika cuti hujung minggu, pagi-pagi lagi kita ke kebun membantu ibu bapa menoreh getah. Waktu petang pula, membantu membersihkan ladang. Sejam dua sahaja kita dibenarkan bermain dengan rakan sebaya. Zaman sekarang sudah berubah. KAMAL : Betul, Azizul. Lagi-lagi sejak meluasnya penggunaan Internet dan anak seawal tujuh tahun diberikan telefon pintar, keadaan sudah berubah. Orang tua, anak muda, dan kanak- kanak menghabiskan masa di bilik melayari media sosial tanpa mempedulikan hal orang lain. AZIZUL : Pengguna media sosial pula kebanyakannya lebih sudu daripada kuah. Hal kecil diperbesar menyebabkan keharmonian kehidupan masyarakat terjejas. KAMAL : Hal ini yang selalu saya fikirkan. Susah sekarang menjadi ibu bapa. Cabarannya mendidik anak-anak semakin banyak. Bahan 1 Bahan 2 HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 71 Mencari rezeki elok menjaja, Menjual lontong juga laksa; Akademik lebih diutamakan remaja, Kokurikulum dianggap membuang masa. Mata kucing buah longan, Dibuat jus rasanya senak; Keluarga tidak memberikan sokongan, Kokurikulum tidak diendahkan anak. Pantun Kokurikulum Bahan 2 Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut selepas makan; Jika prasarana tidak mencukupi, Banyak aktiviti susah dilakukan. Budak-budak menangkap ikan, Dapat ditangkap ikan sepat; Aktiviti kokurikulum jangan ketepikan, Banyak faedah yang kita dapat. Bahan 1 Aktiviti Kokurikulum di Sekolah PRAKTIS 4 Aktiviti Kokurikulum Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berdasarkan Bahan 1, nyatakan dua aktiviti kokurikulum di sekolah dan nyatakan faedahnya. Antara aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah ialah perkhemahan yang boleh mewujudkan jati diri dalam kalangan peserta. Selain itu, permainan bola sepak yang boleh mewujudkan semangat bersaing dan menyihatkan badan. [3 markah] 2 Banyak halangan untuk menjayakan aktiviti kokurikulum. Berdasarkan Bahan 2, nyatakan halangan tersebut. Halangan yang wujud ialah murid lebih mengutamakan akademik dengan menganggap aktiviti kokurikulum membuang masa. Seterusnya keluarga tidak menyokong anak menyertai aktiviti kokurikulum serta kekurangan prasarana. [3 markah] 3 Berikan pendapat anda, apakah perbezaan murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan murid yang sekadar ulat buku. Murid yang terlibat dalam kokurikulum mempunyai penampilan yang lebih segak, petah berbicara dan yakin akan kebolehan diri sendiri. Seterusnya, mereka sanggup menghadapi sebarang cabaran berisiko demi meraih kejayaan yang besar. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 73 BAHAGIAN 4 NOVEL Pengenalan 1 Hanya satu soalan diajukan. 2 Soalan berbentuk esei dan wajib dijawab. 3 Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji dan markah yang diperuntukkan ialah 10 markah. Teknik Menulis Jawapan 1 Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. 2 Garis kata kunci dalam soalan yang secara jelas menunjukkan aspek-aspek penting. 3 Senaraikan isi penting secara kasar sebelum anda menulisnya dalam bentuk esei. 4 Setiap isi jawapan perlu dikemukakan dengan contoh yang tepat. 5 Jumlah isi berdasarkan kehendak soalan. Jika tidak dinyatakan jumlah isi, anda dicadangkan mengemukakan tiga isi berserta contoh. Cadangan Pemarkahan 1 Kriteria markah isi [6 markah]: Penilaian Markah (a) Maksimum 3 isi 3 (b) Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai 2 (c) Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai 1 2 Kriteria markah bahasa [4 markah]: Markah Keterangan Cemerlang 04 • Bahasa yang digunakan baik dan lancar. • Penggunaan ayat yang gramatis. • Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Baik 02 – 03 • Penggunaan bahasa masih baik dan lancar. • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi mempunyai kesalahan yang minimum. • Terdapat kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca tetapi agak minimum. Penguasaan Minimum 01 • Bahasa yang cekap. • Ayat tidak gramatis. • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. HAK CIPTA NUSAMAS


74 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. Isi tempat kosong dengan ayat, frasa atau bukti yang sesuai. (i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (ii) Meniti Impian, karya Osman Ayob (iii) Jejak Monpus, karya Zulaiha Paikon (iv) Darah Titik Di Semantan, karya Arman Sani Sinopsis Novel yang saya kaji ialah , karya . Novel ini mengisahkan . Cerita bermula apabila watak utama, telah . Selepas itu, dia . Watak utama novel ini mengalami konflik apabila dia . Walau bagaimanapun, dia . Dia telah berjaya . Novel ini mencapai puncaknya apabila . Di samping itu, . Akhirnya, novel ini berkesudahan dengan peristiwa . . Selain itu, . Tema Novel yang saya kaji ialah , karya . Tema novel ini ialah . Peristiwa pertama yang ada kaitan dengan novel ini ialah peristiwa . Selain itu, kejadian juga ada kaitan dengan novel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana . Praktis MuLus HAK CIPTA NUSAMAS


84 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi Tema Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Watak dan Perwatakan Milan Rakan sekampung Laiman yang banyak membantu Laiman mengusahakan pertanian dan perikanan seperti projek tanaman tembikai, ikan air tawar, madu lebah, dan berniaga kuih. Dia sudah jemu bekerja makan gaji. Dia pernah bekerja di ladang balak; kerja penat tetapi gaji tidak setimpal. Seorang yang mengambil berat terhadap Laiman yang suka bekerja sebagai petani sedangkan memiliki ijazah. Seorang yang sentiasa membantu walaupun sibuk, contohnya Milan akan melapangkan masa melawat ladang tembikai yang diusahakan oleh Laiman, walaupun hanya dua atau tiga kali seminggu pada waktu lewat petang atau pada awal pagi disebabkan pergi bekerja di kebun kelapa kepunyaan seorang tauke Cina di kampung itu. Seorang yang pandai mencari peluang dan memanfaatkan masa terluang, contohnya apabila tidak banyak kerja di kolam ikan, Laiman dan Milan berniaga kuih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung di Gerai Pitas. KAJIAN NOVEL TINGKATAN 2 Seterusnya, seorang pemimpin yang jujur dalam perjuangan, contohnya beliau pernah ditawarkan wang sebanyak 500 sebulan oleh Gabenor Singapura dengan syarat beliau tidak memihak kepada rakyat, namun tawaran tersebut ditolak. Selanjutnya, seorang yang berani, contohnya Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu namanya sendiri dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman termasuklah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Akhir sekali patriotik, contohnya Datuk Bahaman (2) sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta dengan membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. Nilai Murni Nilai murni yang diperoleh daripada novel ialah kerjasama, contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut dan Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana bakal menghadapi 50 orang mata-mata Inggeris yang di ketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Seterusnya keberanian, contohnya Datuk Bahaman (1) berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu namanya sendiri dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman termasuklah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Akhir sekali patriotik, contohnya Datuk Bahaman (2) sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. HAK CIPTA NUSAMAS


88 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 5 RUMUSAN Format Penaksiran 1 Soalan diajukan dalam Kertas 1, Bahagian C. 2 Anda akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan. 3 Soalan ini membawa 15 markah. 4 Anda akan diberikan sebuah petikan sekitar 250 hingga 300 patah perkataan. 5 Anda diminta meringkaskan petikan tidak melebihi 100 patah perkataan. Panduan Menjawab 1 Calon diminta menggaris kata kunci yang diberikan dan fahami maksud kata kunci tersebut. Biasanya, kata kunci berbunyi “sebab-sebab”, “faedah-faedah”, “keistimewaan”, “cara-cara”, dan “faktor-faktor”. 2 Kemudian anda perlu membaca sekurang-kurangnya dua kali. Jika menemui idea berdasarkan kata kunci yang diberikan dalam setiap pembacaan, sila garis ayat tersebut. 3 Seterusnya anda diminta menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 4 Elakkan daripada memberikan idea sendiri. 5 Anda tidak perlu menyertakan pendahuluan dan penutup. 6 Kebiasaannya, setiap petikan mengandungi sekitar 5 idea. Anda digalakkan supaya menulis lebih idea, asal sahaja tidak melebihi 100 patah perkataan. 7 Selepas selesai meringkaskan petikan dan mengira jumlah perkataan, anda hendaklah membaca sekali lalu untuk memastikan tiada kesalahan ejaan. 8 Akhir sekali, catatkan jumlah perkataan di bahagian bawah di sudut kanan. Perkataan yang Dikira sebagai Satu Perkataan Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk atur cara Kata depan “di” dan “ke” di belakang/ ke rumah Tarikh 10 Julai 2023 Kata ganda bersama-sama Angka yang ditulis dalam perkataan lima ratus tujuh puluh dua Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemarkahan 1 Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan. 2 Bahasa dinilai secara gambaran keseluruhan. Peringkat Markah Huraian Bahasa Cemerlang 04 – 05 • Bahasa baik dan lancar. • Menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata yang tepat dan ayat gramatis. • Penanda wacana yang sesuai. • Ejaan dan tanda baca yang betul. Baik 02 – 03 • Bahasa baik dan lancar. • Masih berupaya menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat dan ayat masih gramatis. • Penanda wacana masih sesuai. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Memuaskan 00 – 01 • Bahasa kurang lancar. • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan, dan tanda baca. • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 89 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kempen-kempen keselamatan jalan raya yang hebat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukan sahaja dalam media massa, bahkan terpampang jelas di papan-papan iklan di tepi jalan raya. Semasa mengikuti kelas dan ujian memandu, semua pelatih telah dijelaskan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas. Bahkan konsep dalam sukatan pelajaran dan ujian yang dilaksanakan bersifat komprehensif yang menggabungkan unsur teori dan praktikal untuk memastikan pemandu berhemah ketika memandu. Semacam wujud satu budaya yang menggerunkan apabila kebanyakan daripada masyarakat kita yang tinggi nilai sopan santun dan tatasusilanya akan berubah sifat menjadi tidak waras apabila tangan sudah memegang stereng kenderaan. Tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar, memandu lebih had laju dan berlumba-lumba, memandu dalam keadaan mabuk, dan membawa penumpang lebih had muatan adalah antara kesalahan biasa dilakukan oleh pemandu dan boleh mengundang musibah. Kita mengharapkan kesedaran tentang menjaga keselamatan ketika di jalan raya perlu dipupuk saban hari dan setiap waktu. Di sebalik tuduhan terhadap kelemahan penguatkuasaan dan perundangan, sikap buruk pengguna jalan raya yang sebenarnya menjadi penyumbang besar kepada berlakunya kemalangan. Kerajaan juga bercadang untuk mewajibkan semua penumpang kereta memakai tali pinggang keledar yang bukan bertujuan untuk menyusahkan, tetapi demi menyelamatkan nyawa semua pihak yang sangat berharga. Namun, muhasabah diri yang sangat mendalam juga perlu dibuat oleh semua pengguna jalan raya. Kita juga perlu meneliti sikap buruk yang selama ini diamalkan di atas jalan raya dan mengubahnya selagi belum terlambat. Jangan asyik menyalahkan pihak lain seperti pihak berkuasa apabila berlaku sesuatu kemalangan, tanpa membetulkan dahulu kesilapan diri. Sebagai pengguna, kita perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. 8 Idea Penting 1 Kempen-kempen keselamatan jalan raya yang hebat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan. 2 Di kelas memandu, pelatih-pelatih dijelaskan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas. 3 Memastikan pemandu berhemah ketika memandu. 4 Kesedaran menjaga keselamatan di jalan raya perlu dipupuk saban hari dan setiap waktu. 5 Mewajibkan semua penumpang kereta memakai tali pinggang keledar. 6 Muhasabah diri yang sangat mendalam juga perlu dibuat oleh semua pengguna jalan raya. 7 Perlu meneliti sikap buruk yang selama ini diamalkan di atas jalan raya. 8 Mengikuti peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. Model RUMUSAN Kemalangan Jalan Raya Model Jawapan Lengkap Untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya, kempen-kempen keselamatan jalan raya hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, di kelas memandu, pelatih-pelatih dijelaskan berkenaan undang-undang dan peraturan lalu lintas. Malah, pemandu perlu berhemah ketika memandu. Pada waktu yang sama, kesedaran menjaga keselamatan di jalan raya perlu dipupuk saban hari dan setiap waktu. Selanjutnya, semua penumpang kereta wajib memakai tali pinggang keledar. Amalan muhasabah diri yang sangat mendalam juga perlu dibuat oleh semua pengguna jalan raya. Pengguna juga perlu meneliti sikap buruk yang selama ini diamalkan di atas jalan raya. Selain itu, pengguna perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. HAK CIPTA NUSAMAS


100 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 6 Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jika dilihat secara keseluruhannya, kepesatan pembangunan dan kemajuan negara dalam pelbagai bidang sejak negara mencapai kemerdekaan 66 tahun lalu bergerak pada landasan yang sangat baik. Dalam kerancakan pembangunan itu juga, masyarakat minoriti termasuk rakyat di kawasan luar bandar tidak sesekali dipinggirkan, sebaliknya diberikan kanperhatian khusus agar bersama-sama menikmati kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan menjadi agenda utama dalam rangka pembangunan kerajaan dan digerakkan secara khusus di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pembangunan luar bandar menjadi keutamaan kerajaan di negara ini mula dilaksanakan sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan. Transformasi pembangunan di negara ini bukan sahaja di bandar, malah luar bandar. Sesungguhnya, peruntukan yang besar terhadap pembangunan luar bandar memberikan keselesaan hidup kepada penduduk di kawasan luar bandar yang mencecah hampir 60 peratus daripada keseluruhan rakyat negara ini. Kerajaan amat prihatin terhadap keperluan penduduk di kawasan luar bandar dengan memberikan kemudahan infrastruktur. Kerajaan berusaha memastikan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan. Bagi merealisasikan hasrat membantu merapatkan jurang pendapatan antara penduduk di bandar dan luar bandar, kerajaan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar. Untuk pembangunan yang seimbang, kerajaan sejak lima tahun lalu menyediakan kemudahan asas seperti pembinaan jalan kampung sejauh 12,000 kilometer selain membuka 64 buah klinik desa yang baharu. Dalam tempoh lima tahun lalu, kerajaan turut memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kerana selama ini, kawasan pedalaman negeri berkenaan agak ketinggalan berbanding dengan negeri lain di semenanjung. Berikutan peningkatan harga getah dan kelapa sawit, selain tanaman kontan lain, pendapatan penduduk di kawasan luar bandar semakin meningkat. Apa-apa pun, dalam keghairahan menyalurkan pembangunan berbentuk fizikal kepada rakyat, kerajaan mengharapkan rakyat bersikap positif terhadap rancangan pembangunan kerajaan. HAK CIPTA NUSAMAS


106 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 6 KARANGAN PENDEK Format Penaksiran 1 Soalan diajukan dalam Kertas 2, Bahagian A. 2 Anda akan diberikan sekitar 8 hingga 12 patah perkataan atau frasa. 3 Anda diminta menambah perkataan/ frasa yang sesuai antara perkataan yang diberikan untuk menjadi sebuah perenggan atau karangan yang pendek. 4 Soalan ini membawa 10 markah. Panduan Menjawab 1 Anda perlu memahami tajuk yang diberikan untuk mendapat gambaran perenggan/ karangan yang akan anda tulis. 2 Anda diminta membaca sekurang-kurangnya dua kali setiap perkataan/ frasa untuk mengetahui kesesuaian karangan berdasarkan tajuk yang diberi. 3 Anda tidak boleh menggugurkan perkataan/ frasa yang diberikan atau menyusun semula kedudukan perkataan/ frasa mengikut kemahuan anda. Perkataan yang Dikira sebagai Satu Perkataan Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk atur cara Kata depan “di” dan “ke” di belakang/ ke rumah Tarikh 10 Julai 2024 Kata ganda bersama-sama Angka yang ditulis dalam perkataan lima ratus tujuh puluh dua Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemarkahan Kriteria Menilai/ Kemahiran Menilai Kriteria Deskripsi Bahasa • Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) • Ejaan dan tanda baca • Kosa kata Idea Penghuraian idea Peringkat Kriteria Cemerlang 08 – 10 markah Idea • Idea releven dengan tugasan. • Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. • Penanda wacana yang tepat. • Kesalahan bahasa yang minimum. Baik 06 – 07 markah Idea • Idea masih releven dengan tugasan. • Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. Penguasaan Minimum 03 – 05 markah Idea • Idea kurang releven dengan tugasan. • Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 02 markah Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 107 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Model 1 Pencemaran Alam boleh dibendung – teknologi moden – bahan terpakai – dikitar semula – mengurangkan pencemaran – sisa pepejal – bahan-bahan buangan – boleh diubah – bahan-bahan berguna – merupakan hasil Pencemaran alam boleh dibendung dengan menggunakan teknologi moden. Menerusi teknologi moden, bahan terpakai seperti akhbar, majalah, kertas, kain dan bahan plastik boleh dikitar semula. Hal ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Manakala bahanbahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan berguna dan kurang bahaya. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan hasil daripada penggunaan teknologi moden. [75 patah perkataan] Model 2 Keganasan Kanak-kanak keganasan terhadap kanak-kanak – keganasan yang melampau – dipaparkan di akhbar – tidak disangka – berbentuk ganas – dikenali mereka – keganasan fizikal – merosakkan dan membinasakan Kajian menunjukkan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak berlaku di setiap negara dan masyarakat, dalam semua kumpulan sosial. Keganasan yang melampau terhadap kanak-kanak selalunya akan dipaparkan di akhbar. Walaupun terdapat beberapa keganasan yang tidak disangka, kebanyakan tindakan yang berbentuk ganas dilakukan oleh orang-orang yang dikenali mereka seperti ibu bapa, pasangan kepada ibu atau bapa, datuk atau nenek, dan saudaramara. Keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah keganasan fizikal, diskriminasi, terbiar dan layanan yang teruk. Walaupun akibatnya mungkin berbeza, kesannya merosakkan dan membinasakan mereka. [78 patah perkataan] Model 3 Inap Desa inap desa – untuk disewakan – menampung kekurangan bilik – industri pelancongan – kerajaan memajukan – menambah pendapatan – sistem kemasyarakatan – pelancong luar – inginkan kelainan – melancong ke Malaysia Inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Dalam hal berkaitan dengan industri pelancongan, kerajaan memajukan inap desa untuk menambah pendapatan penduduk tempatan. Keunikan sistem kemasyarakatan dan ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya. Jika kita ke sesuatu tempat untuk kali kedua, kita inginkan kelainan. Menyedari hal ini, inap desa menjadi pilihan pelancong untuk melancong ke Malaysia. [77 patah perkataan] MODEL KARANGAN PENDEK HAK CIPTA NUSAMAS


108 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis 1 Bangunan Bersejarah Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. arus kemodenan – pencakar langit – bangunan bersejarah – tetap utuh – memelihara dan memulihara – sumber maklumat – generasi akan datang – pelancong asing – akan tertarik – warisan sejarah Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia 5 semakin maju meniti arus kemodenan. 10 Walaupun wujud banyak bangunan pencakar langit, 15 namun bangunan bersejarah tidak pernah 20 dilupakan. Bangunan bersejarah tetap utuh 25 berdiri dengan sejarah dan nilai 30 komersialnya yang tersendiri. Usaha memelihara 35 dan memuliharanya perlu dilakukan kerana 40 boleh dijadikan sumber maklumat sejarah 45 kepada generasi akan datang. Sebenarnya, 50 usaha tersebut dapat menarik pelancong 55 asing melancong ke negara kita. Pelancong 60 asing pastinya akan tertarik untuk 65 mengunjungi Malaysia kerana adanya warisan 70 sejarah negara yang boleh dilawati 75 bagi menambahkan ilmu pengetahuan. 80 HAK CIPTA NUSAMAS


118 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 7 KARANGAN UMUM Format Penaksiran 1 Soalan karangan akan diajukan dalam Kertas Bahasa Melayu 2, Bahagian B. 2 Anda akan diberikan bahan grafik dan diajukan tiga soalan dan anda diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut. 3 Anda diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 4 Karangan umum membawa 30 markah. Bentuk dan Jenis Karangan 1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/ syarahan/ ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Jika tidak mematuhi format yang ditetapkan, anda akan kehilangan tiga markah. Persediaan Awal Sebelum Menulis Karangan 1 Sebagai persediaan awal, anda perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. 2 Anda sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik. Setiap kali anda memperoleh maklumat yang berkaitan dengan topik, anda boleh memasukkannya ke dalam fail tersebut. 3 Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, dan perindustrian. 4 Anda juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh dan memperlihatkan kematangan menulis. Strategi Menulis Karangan 1 Memilih Soalan yang Tepat (a) Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Anda perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan difahami. 2 Menyediakan Rangka Karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberikan perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. 3 Perenggan Pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya. 4 Perenggan Idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberikan kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan idea. (b) Setiap idea perlu ada penanda wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. 5 Perenggan Penutup (a) Penutup perenggan berupa kesimpulan, di samping pendirian tentang sesuatu tajuk. (b) Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya dengan pendahuluan dan idea. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 119 Pemarkahan Kriteria Menilai/ Kemahiran Menilai Kriteria Deskripsi Bahasa • Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) • Ejaan dan tanda baca • Kosa kata Idea Penghuraian idea Pengolahan • Penghuraian • Pemerengganan • Format • Unsur keindahan bahasa/ ungkapan yang menarik Peringkat Kriteria Cemerlang 20 – 30 markah Idea • Idea releven dengan tugasan. • Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. • Penanda wacana yang tepat. • Kesalahan bahasa yang minimum. Pengolahan • Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai. • Format menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Baik 15 – 19 markah Idea • Idea masih releven dengan tugasan. • Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. Pengolahan • Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai. • Format masih menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana masih sesuai. Penguasaan Minimum 10 – 14 markah Idea • Idea kurang releven dengan tugasan. • Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. Pengolahan • Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan dengan pemerengganan yang kurang sesuai. • Format kurang menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana kurang sesuai. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 09 markah Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. HAK CIPTA NUSAMAS


120 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Model 1 Cerita NOTA CERDIK 1 Karangan cerita terbahagi kepada tiga bentuk: (a) Berdasarkan pengalaman (b) Menggambarkan suasana atau gambaran (c) Menyudahkan cerita 2 Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej. 3 Urutan cerita sebaik-baiknya mempunyai perasaan ingin tahu di hati pembaca (pemeriksa) dengan mewujudkan unsur saspens. 4 Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, puncak (klimaks), dan peleraian. 5 Seboleh-bolehnya anda mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. 6 Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik. 7 Anda digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. 8 Watak tidak semestinya manusia; boleh benda atau binatang. 9 Letakkan dialog untuk menunjukkan kemahiran berbahasa, tetapi dialog yang penting sahaja. Anda dan keluarga telah mengunjungi pesta jualan murah yang diadakan di sebuah pasar raya. Ketika anda leka melihat sesuatu, tiba-tiba anda mendapati ibu dan ayah anda telah tiada. Tulis sebuah cerita tentang usaha anda untuk bertemu dengan keluarga anda semula. Kehilangan Sebentar Setahun sebanyak tiga kali jualan mega diadakan. Ketika jualan mega berlangsung, pasar raya akan berusaha menurunkan harga barang untuk menarik perhatian orang ramai agar membeli barang yang dijual. Barangan terutamanya pakaian yang masih baharu diberikan potongan sekitar 10 peratus tetapi barangan yang lama, lusuh dan sukar untuk dijual diberikan potongan sehingga 70 peratus. Ayah dan ibu saya antara ribuan orang yang suka mengambil kesempatan untuk membeli barangan yang diberikan potongan harga. “Kalau tak mahu beli, jamu mata pun cukup. Asal sahaja jangan rambang mata,” kata ayah ketika kami masuk ke sebuah pusat beli belah yang terletak di Shah Alam. Tanpa dua orang adik saya yang dibawa oleh abang ke kolam renang, kami melangkah masuk dengan rasa lebih selesa kerana tidak perlu melayan kerenah adik-adik. Ayah dan ibu mahu membeli pakaian. Saya pula tanpa tujuan, mengharapkan untung nasib kalau-kalau diberikan pakaian yang sesuai untuk melaram. Saya tertarik melihat radio yang berkelip-kelip apabila dihidupkan. Reka bentuk radio itu mengikut trend terkini. Sedang saya leka memerhatikan jurujual melayan seorang pelanggan yang mahu membeli radio tersebut, tiba-tiba saya mendapati ayah dan ibu telah tiada. Ke manakah mereka telah pergi? Tanpa membuang masa, saya terus mencari mereka. Di seluruh tingkat saya mencari ayah dan ibu, tetapi tiada. Saya segera keluar untuk memastikan ayah dan ibu mungkin menunggu di kereta, namun hampa. Mereka masih tidak kelihatan. Saya teringat, tadi ayah ada mengatakan mahu memakan makanan segera, lalu saya ke restoran makanan segera yang terdapat di situ, tetapi mereka tetap tiada. Ke manakah mereka? Hati saya menjadi tidak enak. Sebagai anak gadis berusia 15 tahun, saya bukan anak kecil yang perlu menangis. Saya teringat telefon pintar kepunyaan ayah. Tanpa membuang masa saya mencari telefon awam. Setelah beratur hampir lima minit, barulah saya berpeluang menggunakan telefon awam. Saya mendail nombor telefon ayah, tetapi tidak diangkat. Saya mencuba lagi, juga tidak diangkat. Saya membuat kesimpulan, tentu ayah meninggalkan telefon di dalam kereta, sebab saya tidak nampak ayah memegang telefon pintar ketika masuk ke pasar raya ini. Saya berasa serba salah untuk ke kaunter pertanyaan. Maklumlah, kebiasaannya pengumuman kehilangan kanakkanak, tetapi orang seperti saya kehilangan ibu dan ayah, tentu sahaja menjadi bahan gelak orang ramai. Saya mengambil keputusan mencari sekali lagi. Selepas setengah jam mencari, orang yang dicari tidak juga ditemukan. Akhirnya setelah keletihan mencari, saya akur dengan hukum kelaziman bahawa jika kehilangan orang yang disayangi perlu merujuk ke kaunter pertanyaan. Apabila saya tiba di kaunter pertanyaan, kehampaan menguasai diri saya apabila petugas di situ, seorang perempuan berusia lingkungan 30-an memberitahu bahawa alat pembesar suara telah rosak. Ke manakah lagi saya perlu mencari ayah? Akhirnya saya mengambil keputusan menunggu di pintu utama, tempat kami masuk tadi. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Saya membeli roti dan air kotak. Saya memakan dan meneguk air dalam keadaan kurang selera. Mata dibuang ke pelbagai arah. Dalam keadaan letih, setelah hampir sejam mencari HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 131 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 2 Bahasa Melayu (02/1) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 HAK CIPTA NUSAMAS


132 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Soalan 1 dan 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Imran telah dipilih sebagai pengerusi ________ Bahasa Melayu di sekolahnya. A Persatuan B Persidangan C Penyatuan D Pertubuhan 2 Lembu itu mati kerana ________ ke dalam sungai yang berarus deras. A terbabas B terjatuh C terjunam D terlompat Soalan 3 dan 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Saya tersilap kerana menolak tawarannya dahulu. II Zamri dimarahi oleh ayahnya kerana tersilap cakap. III Oleh sebab tersilap mengisi borang, permohonannya telah ditolak. IV Kalau tidak tersilap saya, umurnya sudah melebihi lima puluh tahun. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Patung itu kaku kerana tiada angin bertiup di penjuru rumah. II Mayat itu sudah kaku apabila ditemui oleh orang ramai. III Lukisan yang dilukis oleh murid itu nampak kaku. IV Gaya pelakon baharu itu agak kaku. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 dan 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Saya telah menjemput semua kawan-kawan ke majlis kenduri perkahwinan kakak saya. A kesemua kawan-kawan B semua kawan C para kawan-kawan D semua kawan-kawan 6 Emak sedang bubuhi bubur kacang ke dalam mangkuk untuk ayah dan abang. A membubuh bubur kacang B memasuki bubur kacang C mencurahi bubur kacang D bubuhi bubur kacang Soalan 7 dan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Dua orang budak terselamat dalam kejadian kebakaran pada petang semalam. II Lima orang murid datang lewat ke sekolah pada hari ini. III Nadia membeli sepasang baju untuk anaknya. IV Dia berselera makan mee goreng. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Pelancong itu menginap di Samudera Hotel. II Azhar suka beli roti canai di warung Pak Mat. III Khazim pergi ke kedai untuk membeli sos tomato dan ikan kering. IV Peti sejuk itu sudah rosak. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal. 9 Golongan remaja lebih suka berdikari daripada mengharapkan pertolongan ibu bapa. A Semua remaja lebih suka berdikari daripada memenuhi harapan orang yang lebih tua. B Remaja-remaja lebih suka melakukan sesuatu dengan sendiri daripada bergantung pada ibu bapa. C Remaja-remaja lebih suka berdikari disebabkan oleh sikap ibu bapa mereka sendiri. D Kebanyakan ibu bapa menentukan sikap anakanak menjadi lebih berdikari. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Lokman telah menyerahkan buku latihannya kepada guru kerana dia yakin dia tidak meniru semasa membuat latihan. Situasi tersebut boleh dikaitkan dengan peribahasa A berani kerana benar, takut kerana salah. B di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. C hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. D sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah] HAK CIPTA NUSAMAS


134 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN B [30 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Syarikat itu menghasilkan produk kopi dalam sekala yang besar dan telah dipasarkan di negara-negara Arab. sekala sepatutnya skala (ii) Kesalahan mengedar dadah melebihi had tertentu boleh dikenakan hukuman mati mandatori dan perkara ini termaktup dalam undang-undang negara. termaktup sepatutnya termaktub [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Peserta Pertandingan Kilauan Emas itu diminta menyanyikan lagu itu semula setelah dia membolot kejayaan sebagai juara musim kedua. membolot sepatutnya meraih/ merangkul (ii) Rakyat-rakyat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan ketika banjir melanda tempat tinggal mereka. Rakyat-rakyat sepatutnya rakyat [2 markah] 3 Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada Ayat Penyata, Ayat Seruan, Ayat Perintah atau Ayat Tanya. Kemudian tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Saya pasti anda penat dan mengantuk. Ayat Penyata (ii) Mengapakah kamu tidak jujur dengan ibu? Ayat Tanya (iii) Wah, cantiknya motosikal kamu ni! Ayat Seruan (iv) Semua peserta diminta menyusun kerusi semula selepas digunakan. Ayat Perintah [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata hikmat yang sesuai. Bahan 1 Bahan 2 (i) Pandu cermat jiwa selamat (ii) Usaha tangga jaya [2 markah] HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 135 Pantun Melaka Negeri Bersejarah Si bunga seroja si bunga cempaka, Dipakai oleh nak dara jelita; Siapa tak kenal Negeri Melaka, Negeri bersejarah indah di mata. Dato’ Parameswara pembuka bicara, Melihat sang kancil bersama anjingnya; Pohon Melaka bermula segalanya, Sejarah terpahat selamanya, Pahlawan Melaka lima bersaudara, Sanggup berkorban demi raja; Baba dan nyonya janganlah dilupa, Hanya wujud di bumi Melaka. Melaka negeri penuh budaya, Khazanah bangsa tidak terkira; Sejarah Melaka kebanggaan negara, Warisan dunia sama dijaga. 5 Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Bangunan dan monumen bersejarah dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat, khususnya kepada remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang lemah. Walaupun, sebahagian daripada bangunan lama hanya menunjukkan peristiwa hitam, akan tetapi jika kita menghargai sejarah di sebalik bangunan itu dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hitam yang telah berlaku, kita akan lebih maju ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Kita boleh mengambil contoh Kota A’Famosa di Melaka iaitu kubu kuat tentera Portugis yang dibina setelah menawan Melaka untuk dijadikan pengajaran. Penawanan ini berlaku kerana masalah perpaduan, kelemahan pemimpin dan kelemahan tentera Melaka sendiri. Negara kita juga boleh menjadi negara yang setaraf dengan negara maju lain jika kita tidak mengambil mudah perkara ini dan mengambil pengajaran terhadap sejarah negara kita. Bahan 2 (a) Berdasarkan Bahan 1, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah? Pemuliharaan bangunan bersejarah boleh mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Seterusnya, masyarakat dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa hitam yang berlaku. [3 markah] (b) Berikan dua nilai yang boleh diperoleh daripada Bahan 1 dan Bahan 2. Nilai yang diperoleh daripada bahan 1 nilai patriotisme dengan mengambil pengajaran daripada sejarah silam untuk memajukan negara. Berdasarkan Bahan 2 pula, pengorbanan lima bersaudara yang menggadai nyawa demi keamanan negeri daripada ancaman musuh. [3 markah] (c) Anda seorang yang berwawasan. Anda mahu Malaysia terus berdaya saing dan setanding negara-negara maju yang lain. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan? Untuk menjadikan Malaysia negara berdaya saing dan maju, remaja perlu menguasai kemahiran teknologi agar mereka mampu membuat inovasi hasil daripada kebolehan teknologi dan dapat memudahkan rakyat bersaing dengan negara luar. Seterusnya, memperkukuh perpaduan kaum agar keamanan negara dapat diperteguh untuk bersama-sama membangunkan negara lebih gemilang. [Dua isi dengan ayat gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 139 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 2 Bahasa Melayu (02/2) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 HAK CIPTA NUSAMAS


140 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Membantu Golongan yang Memerlukan masyarakat Malaysia – dalam kesusahan – dituntut oleh agama – mengajar umatnya membantu – kewajipan menolong – rumah orang-orang tua – golongan dermawan – sebahagian daripada simpanan – merasai nikmat hidup – mencontohi amalan Masyarakat Malaysia suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Keinginan membantu orang lain dituntut oleh agama. Semua agama mengajar umatnya membantu orang lain yang susah. Berdasarkan pegangan agama yang dianuti, semacam menjadi kewajipanmenolong orang lain yang susah. Oleh sebab itulah, rumah orang-orang tua atau rumah kanak-kanak kurang upaya sering menerima bantuan. Golongan dermawan sanggup mengeluarkan sebahagian daripada simpanan untuk memastikan orang yang susah dapat merasai nikmat hidup seperti orang lain. Apabila kita berwang, kita patut mencontohi amalan yang mulia ini. [79 patah perkataan] HAK CIPTA NUSAMAS


MySOLUSI MySOLUSI 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM11.90 : RM12.90 MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Praktis dalam buku ini disediakan untuk memudahkan murid menguasai kemahiran Bahasa Melayu secara menyeluruh. Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan. Praktis berteraskan DSKP dan tema buku teks Praktis MuLus turut disediakan Soalan KBAT untuk menguji kefahaman murid 9 786297 573687 ISBN 978-629-7573-68-7 CIRI-CIRI ISTIMEWA CIRI-CIRI ISTIMEWA 1 set Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Disusun berdasarkan format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) MGF2 HAK CIPTA NUSAMAS


Click to View FlipBook Version