The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-11-22 04:01:35

123 KARANGAN SOLUSI SPM

123 KARANGAN SOLUSI SPM

KANDUNGAN BAHAGIAN A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Pengenalan 2 Cara Menjawab 2 Skor Cemerlang 2 TEMA Fokus SPM 1 Remaja dan Cabaran Hidup 3 Model 1 3 Model 2 4 Model 3 5 Model 4 6 TEMA Fokus SPM 2 Sukan dan Rekreasi 7 Model 5 7 Model 6 8 Model 7 9 Model 8 10 Model 9 11 TEMA Fokus SPM 3 Sekolah dan Pendidikan 12 Model 10 12 Model 11 13 TEMA Fokus SPM 4 Kerjaya 14 Model 12 14 Model 13 15 Model 14 16 TEMA Fokus SPM 5 Pertanian, Penternakan dan Perikanan 17 Model 15 17 Model 16 18 Model 17 19 TEMA Fokus SPM 6 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 20 Model 18 20 Model 19 21 Model 20 22 Model 21 23 TEMA Fokus SPM 7 Pelancongan 24 Model 22 24 Model 23 25 TEMA Fokus SPM 8 Sejarah dan Patriotisme 26 Model 24 26 Model 25 27 TEMA Fokus SPM 9 Perpaduan dan Hidup Bermasyarakat 28 Model 26 28 Model 27 29 Model 28 30 TEMA Fokus SPM 10 Bahasa dan Sastera 31 Model 29 31 TEMA Fokus SPM 11 Perindustrian dan Ekonomi Negara 33 Model 30 33 TEMA Fokus SPM 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 34 Model 31 34 Model 32 35 Model 33 36 ii HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM 13 Sains, Teknologi dan Inovasi 37 Model 34 37 Model 35 38 Model 36 39 Model 37 40 TEMA Fokus SPM 14 Kebersihan dan Kesihatan 41 Model 38 41 Model 39 42 Model 40 43 Model 41 44 Model 42 45 TEMA Fokus SPM 15 Integriti dan Kepimpinan 46 Model 43 46 TEMA Fokus SPM 16 Pengangkutan, Keselamatan dan Keamanan 47 Model 44 47 Model 45 48 Model 46 49 Model 47 50 TEMA Fokus SPM 17 Keusahawanan dan Hemah Berbelanja 51 Model 48 51 TEMA Fokus SPM 18 Keluarga, Kualiti Hidup dan Keprihatinan 52 Model 49 52 BAHAGIAN B Karangan Respons Terbuka Persediaan Awal Sebelum Mengarang 55 Strategi Mengarang 55 Pemarkahan 56 Mengenali Format Karangan 56 Pemarkahan Format Karangan 60 Pemarkahan Karangan Bahagian B 60 Kriteria Penskoran 61 TEMA Fokus SPM 1 Remaja dan Cabaran Hidup 64 Model 50 – Pendapat 64 Model 51 – Surat Tidak Rasmi 65 Model 52 – Pendapat 67 Model 53 – Rencana 69 Model 54 – Cerpen 71 Model 55 – Pendapat 72 TEMA Fokus SPM 2 Sukan dan Rekreasi 74 Model 56 – Cerpen 74 Model 57 – Surat Tidak Rasmi 75 Model 58 – Pendapat 77 TEMA Fokus SPM 3 Sekolah dan Pendidikan 79 Model 59 – Pendapat 79 Model 60 – Pendapat 80 Model 61 – Laporan 82 Model 62 – Pendapat 83 Model 63 – Surat Tidak Rasmi 85 TEMA Fokus SPM 4 Kerjaya 87 Model 64 – Pidato 87 Model 65 – Rencana 89 Model 66 – Perbincangan 90 TEMA Fokus SPM 5 Pertanian, Penternakan dan Perikanan 93 Model 67 – Pendapat 93 Model 68 – Wawancara 94 Model 69 – Pendapat 96 TEMA Fokus SPM 6 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 98 Model 70 – Surat Rasmi 98 Model 71 – Wawancara 100 Model 72 – Pendapat 101 Model 73 – Pendapat 103 Model 74 – Syarahan 105 Model 75 – Surat Rasmi 107 Model 76 – Pendapat 109 iii HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM 7 Pelancongan 111 Model 77 – Surat Tidak Rasmi 111 Model 78 – Pidato 113 Model 79 – Wawancara 115 TEMA Fokus SPM 8 Sejarah dan Patriotisme 117 Model 80 – Pendapat 117 Model 81 – Pendapat 118 Model 82 – Pendapat 120 TEMA Fokus SPM 9 Perpaduan dan Hidup Bermasyarakat 122 Model 83 – Wawancara 122 Model 84 – Ucapan 124 Model 85 – Pendapat 126 Model 86 – Pendapat 127 Model 87 – Pendapat 129 Model 88 – Perbincangan 130 TEMA Fokus SPM 10 Bahasa dan Sastera 133 Model 89 – Pendapat 133 Model 90 – Laporan 134 Model 91 – Laporan 136 TEMA Fokus SPM 11 Perindustrian dan Ekonomi Negara 138 Model 92 – Pendapat 138 Model 93 – Pendapat 139 Model 94 – Perbincangan 141 Model 95 – Pendapat 143 TEMA Fokus SPM 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 145 Model 96 – Pendapat 145 Model 97 – Ceramah 146 Model 98 – Wawancara 148 Model 99 – Pendapat 150 TEMA Fokus SPM 13 Sains, Teknologi dan Inovasi 152 Model 100 – Rencana 152 Model 101 – Pendapat 153 Model 102 – Pendapat 155 TEMA Fokus SPM 14 Kebersihan dan Kesihatan157 Model 103 – Ceramah 157 Model 104 – Cerpen 159 Model 105 – Ceramah 160 Model 106 – Surat Tidak Rasmi 162 Model 107 – Syarahan 163 TEMA Fokus SPM 15 Integriti dan Kepimpinan 166 Model 108 – Perbincangan 166 Model 109 – Pendapat 167 Model 110 – Ucapan 169 TEMA Fokus SPM 16 Pengangkutan, Keselamatan dan Keamanan 171 Model 111 – Syarahan 171 Model 112 – Pendapat 173 TEMA Fokus SPM 17 Keusahawanan dan Hemat Berbelanja 175 Model 113 – Syarahan 175 Model 114 – Perbincangan 177 Model 115 – Rencana 178 Model 116 – Pidato 180 Model 117 – Pendapat 181 Model 118 – Pendapat 183 TEMA Fokus SPM 18 Keluarga, Kualiti Hidup dan Keprihatinan 185 Model 119 – Pendapat 185 Model 120 – Pendapat 186 Model 121 – Pendapat 188 Model 122 – Pendapat 189 Model 123 – Pendapat 191 Kata-kata Hikmat 193 iv HAK CIPTA NUSAMAS


A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan BAHAGIAN HAK CIPTA NUSAMAS


Pengenalan (i) Karangan berdasarkan bahan rangsangan atau karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis karangan telah disediakan dan calon diminta mengembangkan idea asas (berdasarkan gambar atau idea) untuk menjadi sebuah karangan yang lengkap. (ii) Bahan berpandu ialah berdasarkan gambar (satu atau beberapa gambar) graf, data, kartun, dialog, petikan rencana, atau berita daripada surat khabar. (iii) Soalan ini akan diajukan dalam Kertas 1 Soalan Bahagian A. Hanya satu soalan diberikan dan calon wajib menjawabnya. (iv) Soalan ini diperkenalkan untuk membantu calon memperoleh markah yang tinggi dalam bahagian karangan. (v) Sebanyak 30 markah akan diberi. (vi) Kepanjangan karangan sekitar 150 patah perkataan hingga 200 patah perkataan. Cara Menjawab (i) Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu sebelum menulis karangan di Bahagian B. (ii) Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti kata kunci yang diberi. Maklumat yang terdapat dalam gambar perlu disertakan. (iii) Calon dicadangkan menulis lima perenggan dan setiap perenggan sepanjang 40 patah perkataan. Walaupun dua idea mencukupi untuk memperoleh markah cemerlang, namun digalakkan menulis sehingga tiga idea. (iv) Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup. (v) Karangan ini seperti karangan biasa yang memerlukan pendahuluan, idea dan penutup. (vi) Letakkan sekurang-kurangnya satu slogan, peribahasa, ataupun kata-kata hikmat. Skor Cemerlang [26 hingga 30 markah] (i) Tema/ Tugasan: Karangan menepati tema bahan rangsangan. (ii) Idea: Idea relevan dengan bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. (iii) Bahasa: • Bahasa gramatis daripada segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. • Penggunaan ungkapan menarik yang sesuai dan tepat (peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis, maksud ayat al-Quran). • Ejaan betul mengikut Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. • Pengolahan menarik dan berkesan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Wacana lengkap. • Pemerengganan sesuai. 2 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 1 Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada rakan anda. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan mempunyai ramai kawan. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kelebihan Mempunyai Ramai Kawan Mengeratkan hubungan silaturahim Memperteguh perpaduan kaum Mudah bertukar maklumat Berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu. Kita digalakkan berkawan dengan seberapa ramai orang yang mungkin. Apabila kita mempunyai ramai kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung dan akan membuatkan minda terbuka luas. Tanpa kawan, hidup kita akan menjadi seperti kera sumbang. Kawan yang ramai akan memudahkan kita untuk bertukar maklumat. Apabila menjelang musim peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan. Melalui cara ini, maklumat yang kita peroleh akan bertambah, lebih-lebih lagi dalam era ini pelbagai maklumat hanya terletak di hujung jari. Selain itu, kawan yang ramai akan mengeratkan hubungan silaturahim. Apabila kita berkawan tanpa mengira kaum, hubungan kita dalam masyarakat menjadi sangat baik dan mesra. Malah, kita dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam. Seterusnya, kita akan dapat memperteguh perpaduan kaum dalam kalangan murid. Di sekolah, terdapat murid daripada kaum Melayu, Cina dan India. Jika kita berkawan dengan murid daripada kaum lain, kita dapat mengenali budaya mereka dengan lebih dekat. Sebagai contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun demikian, kita perlu sentiasa berwaspada, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana kawan yang baik membawa kebahagiaan manakala kawan yang jahat akan membawa kehancuran. [200 patah perkataan] 1 Remaja dan Cabaran Hidup 3 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 2 Gambar di bawah menunjukkan remaja dengan pelbagai aktiviti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang berkualiti. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Ciri-ciri Remaja Berkualiti Memiliki etika dan personaliti Kuat mental dan fizikal Kreatif dan inovatif Setelah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, mentaliti remaja di Malaysia masih belum mengalami anjakan paradigma. Saidina Ali bin Abu Talib (20 September 601– 31 Januari 661), Khilafah al-Rasyidin yang keempat ada berkata, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini”. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Fizikal dan mental yang sihat boleh diperoleh dengan mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan, beriadah, dan bersukan supaya sentiasa cergas dan cerdas. Selain itu, remaja yang berkualiti harus memiliki etika atau personaliti yang luhur dengan adab dan sopan santun. Remaja Malaysia harus disuntik dengan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Remaja harus dibimbing melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial. Seterusnya, remaja yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu kegemilangan negara. Lantaran itu, para remaja perlu menguasai bidang sains dan teknologi agar negara kita mampu menjadi negara pengeluar teknologi. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berfikir di luar kotak. Sebagai kesimpulannya, remaja sebagai bakal peneraju kepimpinan negara harus bebas daripada segala bentuk kebejatan sosial yang boleh merosakkan bangsa dan negara. Sesungguhnya, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. [201 patah perkataan] 4 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 5 Grafik di bawah menggambarkan aktiviti di tempat beriadah. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan aktiviti riadah. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aktiviti riadah boleh didefinisikan sebagai segala kegiatan fizikal untuk menyihatkan tubuh badan yang dilakukan pada waktu lapang. Aktiviti riadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja; halaman rumah, padang, taman permainan atau pusat rekreasi. Aktiviti riadah boleh menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan peluh seterusnya menyingkirkan toksin dalam tubuh. Di samping itu, jantung akan menjadi lebih kuat dan dapat mengepam darah dengan lancar. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan obesiti, dapat dihindarkan. Di samping itu, riadah dapat mengatasi tekanan perasaan. Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Bagi golongan dewasa, tekanan yang biasa dihadapi kerana masalah keluarga, kewangan atau kerjaya. Bagi remaja, berkaitan dengan pelajaran dan hubungan dengan rakan. Pada waktu yang sama, aktiviti riadah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu memperuntukkan masa supaya dapat beriadah bersama-sama. Sewaktu beriadah, setiap ahli keluarga boleh menggunakan kesempatan itu untuk berkongsi pandangan dan masalah. Konklusinya, kita perlu meluangkan masa untuk beriadah demi kehidupan yang lebih bermakna. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Usahlah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada beriadah walaupun seminggu sekali. [197 patah perkataan] ➤ Menyihatkan tubuh badan ➤ Mengatasi tekanan perasaan ➤ Mengeratkan hubungan kekeluargaan Kebaikan Aktiviti Riadah 2 Sukan dan Rekreasi 7 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 6 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada pengaruh bola sepak. Huraikan pendapat anda tentang pengaruh bola sepak kepada masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Merupakan industri sukan yang menguntungkan Menyatukan semua kaum Sanggup memperuntukkan wang dan masa Pengaruh Bola Sepak kepada Masyarakat Pada asasnya sukan bola sepak ialah sukan yang mudah dan murah. Sesiapapun boleh bermain bola sepak di mana-mana sahaja walaupun tidak mempunyai padang bola yang lengkap. Kegilaan terhadap sukan bola sepak menyebabkan masyarakat di seluruh dunia menjadikan permainan ini sebagai permainan rakyat. Sukan bola sepak merupakan industri yang menguntungkan kerana melibatkan atlet, pihak pengurusan, peniaga dan kerajaan. Sebagai contoh, pengeluaran graduan sains sukan, para peniaga kecilan di premis sukan, industri pengiklanan, pengamal media dan pelbagai pihak yang berkepentingan. Pengaruh bola sepak menerusi liga tempatan dan liga antarabangsa. Bagi peminat tegar, mereka mengeluarkan wang untuk melanggan aksi perlawanan yang disiarkan oleh stesen televisyen berbayar. Bagi liga tempatan atau perlawanan yang melibatkan negara pula, penyokong tidak kisah beratur berjamjam untuk membeli tiket bagi memenuhi stadium. Sebenarnya, sukan bola sepak turut mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Apabila pasukan Harimau Malaya beraksi di pentas antarabangsa, rakyat tidak mengira kaum akan turut sama memberikan sokongan padu sama ada di stadium, di rumah, atau di kedai-kedai makan. Kesimpulannya, bola sepak memberikan pengaruh yang besar kepada masyarakat. Kita mengharapkan mutu bola sepak Malaysia seiring dengan negara maju. Kita mahu pengurusan dan para pemain meningkatkan kualiti permainan kerana tanpa usaha tidak mungkin yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. [199 patah perkataan] 8 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 10 Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada gejala buli. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengatasi gejala buli di sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa Peranan guru bimbingan dan kaunseling Memperketat peraturan sekolah Langkah-langkah Mengatasi Gejala Buli di Sekolah Perbuatan buli merupakan keganasan yang dilakukan oleh pembuli terhadap orang yang lebih lemah daripadanya sama ada secara fizikal mahupun mental. Gejala buli yang berlaku kini lebih serius kerana terdapat kes yang melibatkan kecederaan teruk dan juga kematian. Gejala buli di sekolah perlu ditangani dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak. Murid yang suka membuli sebenarnya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Apabila emosi terjejas, anak-anak mudah memberontak dan bertindak kasar lantas menjadikan rakan-rakan yang lebih lemah sebagai tempat melepaskan perasaan. Di sekolah pula, peranan guru bimbingan dan kaunseling amat penting untuk membendung gejala buli. Murid yang bermasalah disiplin ini perlu dibimbing dengan pendekatan psikologi berbanding dengan hukuman keras kerana mereka mungkin akan lebih memberontak. Sesungguhnya, hanya air dingin yang dapat memadamkan api. Pada waktu yang sama, pihak sekolah mestilah memperketat peraturan sekolah. Sekiranya murid masih melakukan kesalahan membuli walaupun telah dikaunseling, pihak sekolah perlu mengeluarkan surat amaran dan memanggil ibu bapanya. Jika hal yang sama terus berlarutan, murid itu perlu digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Sebagai kesimpulannya, gejala buli di sekolah memerlukan kerjasama daripada ibu bapa dan guru untuk membendungnya. Murid-murid perlu dididik dengan disiplin untuk membentuk sahsiah yang terpuji. Tanpa didikan yang betul, kelak anak-anak menjadi beban kepada masyarakat. [201 patah perkataan] 3 Sekolah dan Pendidikan 12 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 11 Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada kaedah memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan ilmu pengetahuan. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Meningkatkan taraf hidup Dihormati masyarakat Sukar diperdaya Kelebihan Ilmu Pengetahuan Socrates (470 SM – 399 SM), seorang ahli falsafah Yunani yang masyhur ada berkata, “Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku”. Sesungguhnya, ilmu di dunia ini terlampau luas untuk dikaji dan digali. Semakin banyak yang kita belajar, sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu. Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup diri sendiri dan juga keluarga mereka. Ilmu pengetahuan yang dikuasai dapat membantu seseorang memperoleh pekerjaan yang bergaji lumayan. Pendapatan yang diperoleh boleh digunakan untuk menyara keluarga, membeli rumah dan kenderaan. Seterusnya, orang yang berilmu dan lebih berpengetahuan selalunya akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Sebagai contohnya, doktor mampu memberikan rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat dan guru berkhidmat menyampaikan ilmu kepada murid. Selain itu, seseorang itu juga sukar diperdaya sekiranya memiliki ilmu. Orang yang berilmu tidak mudah tergoda dengan tipu muslihat. Lantaran itu, kita mesti menguasai ilmu pengetahuan supaya kita tidak ditipu sewenang-wenangnya oleh orang yang suka mengambil kesempatan. Sebagai kesimpulan, ilmu pengetahuan amat penting bagi setiap insan yang ingin berjaya. Oleh itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas. Sekiranya kita tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. [195 patah perkataan] 13 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 22 Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada sektor pelancongan. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor pelancong gemar melancong ke Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Faktor-faktor Pelancong Gemar Melancong ke Malaysia Pelbagai tempat menarik Kepelbagaian budaya Kemajuan sistem perhubungan Malaysia telah berjaya melaksanakan misi memikat masyarakat dunia untuk berkunjung di negara kita. Setiap tahun, pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia melebihi 30 juta orang. Pelancong yang datang bukan sahaja dari negara serantau malah menjangkau negara-negara Asia Barat, Asia Timur dan Eropah. Faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia kerana mempunyai pelbagai tempat menarik. Selain Menara Berkembar Petronas, negara kaya dengan alam semula jadi yang amat mempesona. Sebagai contoh, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser di Pahang, Bukit Larut di Perak dan Gunung Kinabalu di Sabah. Kepelbagaian budaya rakyat di Malaysia juga menjadi faktor penyebab kedatangan pelancong ke negara ini. Selain itu, keragaman budaya yang ditonjolkan oleh setiap kaum dalam keadaan harmoni juga telah menambat hati pelancong. Mereka boleh menikmati pelbagai persembahan kebudayaan yang sering dipersembahkan di inap desa. Di samping itu, kemajuan sistem perhubungan juga menjadi faktor pelancong gemar melancong ke Malaysia. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Natijahnya, industri pelancongan banyak memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada negara kita. Oleh hal yang demikian, kita harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memperkasakan sektor pelancongan supaya dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita. [198 patah perkataan] 7 Pelancongan 24 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 23 Pantun dan gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada tempat yang menarik. Huraikan pendapat anda tentang faedah mengunjungi tempat yang menarik. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantun Bercuti Berhati-hati melalui titi, Titi daripada kayu ru; Marilah kita pergi bercuti, Untuk mencari pengalaman baharu. Makananlah buah-buahan berserat, Fizikal mantap boleh bergaya; Hubungan keluarga dapat dipererat, Setelah sibuk urusan kerjaya. Durian dusun dibeli peraih, Melihat duit mata bersinar; Ilmu pengetahuan dapat diraih, Melihat sendiri pandangan sebenar. Faedah Mengunjungi Tempat yang Menarik Walaupun sudah tinggal di rumah banglo dengan persekitaran yang indah, namun keinginan bercuti di tempat yang unik menarik tetap wujud. Apabila tiba musim cuti persekolahan, anak-anak pasti mengajak ayah dan ibu bercuti ke tempat yang belum pernah dikunjungi. Jika masa dan wang sudah mencukupi, pasti akan memulakan langkah menuju ke tempat yang diingini. Orang yang sering melancong dapat merasai pelbagai pengalaman baharu kerana jauh berjalan luas pemandangan. Apabila tiba di kawasan beriklim sejuk seperti Bukit Tinggi Cameron, air terjun di Kota Tinggi atau Pulau Redang, beban bekerja atau belajar yang mengganggu fikiran sekan-akan dapat dilepaskan. Hubungan kekeluargaan juga dapat dipererat. Sebelum ini, masing-masing hanya sibuk dengan kerjaya dan pembelajaran, ruang untuk berbual sesama adik-beradik begitu kurang. Apabila berada di tempat yang sama dan berkongsi bilik, komunikasi dapat dijalin dengan lebih mesra. Peluang itu boleh digunakan untuk meluahkan permasalahan yang wujud. Seterusnya, ilmu pengetahuan juga dapat diraih apabila mengunjungi sesuatu tempat. Sebagai contoh, apabila mengunjungi bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, kita boleh mengetahui sejarah penjajahan Inggeris dan detik-detik negara memperoleh kemerdekaan. Jika kita melihat dengan mata sendiri lebih berkesan berbanding membaca buku. Sebagai kesimpulan, banyak faedah mengunjungi tempat yang menarik. Biarlah hidup bermata burung, jangan seperti katak di bawah tempurung. Banyak tempat yang boleh dilawati dengan kos yang berpatutan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. [199 patah perkataan] 25 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 38 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada makanan seimbang dan berkhasiat. Huraikan pendapat anda tentang keperluan makanan seimbang dan berkhasiat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Keperluan Makanan Seimbang dan Berkhasiat Mencegah penyakit Tumbesaran yang sihat Mencegah obesiti Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua nutrisi pada kadar yang diperlukan oleh badan. Salah satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Sesungguhnya, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat banyak memberikan manfaat kepada tubuh badan. Makanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk mengelakkan diri daripada terkena pelbagai penyakit. Kita mesti mengurangkan makanan berlemak, manis dan masin serta makanan segera yang mengandungi banyak bahan perasa kerana boleh menyebabkan diabetes, hipertensi, strok dan kerosakan ginjal. Selain itu, pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat juga membolehkan tubuh badan kita membesar dengan sihat. Apabila kita mengambil semua zat yang diperlukan oleh tubuh, badan kita akan mendapat nutrien yang mencukupi. Nutrien sangat penting untuk membantu pembinaan dan pemulihan sel-sel yang rosak. Seterusnya, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat mengelakkan obesiti. Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara yang mempunyai bilangan penduduk obesiti. Lantaran itu, kita perlu makan secara sederhana dengan waktu yang teratur. Sebagai kesimpulannya, makanan seimbang perlu diamalkan oleh semua orang untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Kita harus sedar bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jika sudah menderita pelbagai penyakit, baru hendak mengawal pemakanan sudah tentulah tidak bererti lagi. [194 patah perkataan] 14 Kebersihan dan Kesihatan 41 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 39 Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada menjaga kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mencegah serangan penyakit. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Usaha-usaha Mencegah Serangan Penyakit Makanan seimbang Melakukan senaman Pemeriksaan kesihatan Seseorang itu dianggap menghidap penyakit apabila badan atau minda berasa tidak selesa, mengalami disfungsi atau tekanan perasaan. Penyakit boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, kecacatan dan mengalami sindrom tertentu. Penyakit juga boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ dan faktor keturunan. Kita perlu memakan makanan seimbang untuk memastikan diri sentiasa sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Pemakanan seimbang ialah pengambilan makanan yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh tubuh badan mengikut saiz hidangan tertentu untuk memperbaik atau mengekalkan kesihatan. Selain itu, penyakit juga boleh dicegah dengan melakukan senaman secara berkala. Kita perlu bersenam secara kerap untuk mencergaskan fizikal dan menguatkan sistem pertahanan badan sekali gus dapat mencegah penyakit. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, mereka perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan diri sentiasa dalam keadaan sihat. Sesetengah orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kerana tidak mengalami simptom-simptom tertentu terutamanya bagi peringkat awal penyakit. Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri dengan menghindari perkara-perkara yang boleh mengundang penyakit. Kesihatan tidak datang sendiri, sebaliknya perlu dicari. Peribahasa Arab mengatakan bahawa “Sesiapa yang berbadan sihat, akan memiliki harapan dan sesiapa yang memiliki harapan, dia akan memiliki semuanya”. [200 patah perkataan] 42 HAK CIPTA NUSAMAS


BAHAGIAN B Karangan Respons Terbuka HAK CIPTA NUSAMAS


Persediaan Awal Sebelum Mengarang (i) Sebagai persediaan awal, anda perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. (ii) Anda sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan anda boleh memasukkan segala maklumat berkaitanke dalam fail tersebut. Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, perindustrian, isu semasa, dan hal-hal berkaitan antarabangsa. (iii) Anda juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh, sekali gus memperlihatkan kematangan anda berfikir. (iv) Anda mesti bersedia mengarang dengan kepanjangan perenggan yang seimbang. (v) Anda mesti bersedia dengan ungkapan, peribahasa dan kata-kata hikmat yang patut diletakkan. Untuk peribahasa Melayu, sebaik-baiknya terus jadikan satu ayat peribahasa yang lengkap kecuali peribahasa dari negara luar. Peribahasa dari negara luar perlu letakkan asal usul negara peribahasa tersebut. Manakala untuk kata-kata hikmat, sebaiknya nyatakan latar belakang tokoh berkenaan untuk menunjukkan anda seorang yang banyak membuat rujukan. Strategi Mengarang (i) Memilih Soalan yang Tepat (a) Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Anda perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan. (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digarisi agar kehendak soalan difahami. (d) Mengikut trend KSSM, soalan lebih menjurus karangan meminta pendapat anda. Walau bagaimanapun, format pelbagai jenis karangan perlu juga diketahui. (ii) Menyediakan Rangka Karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. (iii) Perenggan Pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya. (iv) Perenggan Idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberi kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan idea. (b) Setiap idea perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. (c) Walaupun tiga idea mencukupi untuk memperoleh markah cemerlang, namun digalakkan menulis sehingga empat idea. 55 HAK CIPTA NUSAMAS


(v) Menyemak Karangan (a) Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa, anda perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu. (b) Pastikan tiada idea-idea penting tertinggal dan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian. (c) Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat. Pemarkahan Cara Pemeriksaan (a) Pemeriksaan akan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat kriteria yang ditetapkan. (b) Jika karangan kurang daripada 350 patah perkataan, perlu diperiksa seperti biasa. Panjang karangan tidak boleh melebihi 500 patah perkataan atau melebihi dua atau tiga patah perkataan (sehingga perkataan terakhir). MENGENALI FORMAT KARANGAN Format 1: Cerita 1 Karangan ini terbahagi kepada empat bentuk: (a) Cerpen (b) Drama (c) Berdasarkan pengalaman (d) Menggambarkan suasana atau gambaran (e) Menyudahkan cerita 2 Pastikan anda memahami kehendak soalan. Sekiranya soalan menyertakan puisi, fahami maksud puisi sebelum mengarang sebuah cerita. 3 Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej. 4 Urutan cerita sebaik-baiknya mempunyai perasaan ingin tahu di hati pembaca (pemeriksa) dengan mewujudkan unsur saspens. 5 Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, puncak (klimaks), dan peleraian. 6 Seboleh-bolehnya calon mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. 7 Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik. 8 Calon digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. 9 Watak tidak semestinya manusia; boleh benda atau binatang. 10 Letakkan dialog untuk menunjukkan kemahiran berbahasa, tetapi dialog yang penting sahaja. 11 Bagi karangan berbentuk drama, bentuk penulisan mirip karangan wawancara tetapi mempunyai banyak watak dan mengandungi babak (rujuk buku antologi KOMSAS). Format 2: Pendapat/ Perbincangan 1 Karangan ini tidak mempunyai format yang khusus. 2 Calon dikehendaki mentafsirkan tajuk dengan teliti, daripada baik atau buruk persoalan yang dikemukakan, atau kedua-duanya sekali. 56 HAK CIPTA NUSAMAS


3 Kebiasaannya, karangan pendapat mengemukakan idea daripada satu sudut, tetapi perbincangan boleh dua sudut. 4 Jika dikehendaki berhujah untuk dua bahagian, pembahagian isi perlu seimbang. Jika soalan berbunyi “Sejauh manakah anda bersetuju…” bermakna anda mesti memilih daripada satu sudut sahaja. 5 Biasanya ungkapan yang diutarakan ialah “berikan pendapat”, “berikan pandangan”, dan “kemukakan hujah”, atau “bincangkan”. 6 Untuk mencantikkan penghujahan, calon digalakkan menyertakan pendapat tokoh tertentu, peribahasa, hadis, mutiara kata, dan puisi. Format 3: Laporan 1 Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa. 2 Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu laporan peristiwa seperti kebakaran, pesta sukan dan hari penyampaian hadiah, laporan lawatan ke suatu tempat, laporan aktiviti persatuan di dalam sekolah seperti perbahasan, bercerita, atau pameran, dan laporan minit mesyuarat. 3 Format laporan ialah, (a) Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar sepenuhnya atau huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung dan kata sandang, lalu digariskan di bawahnya. (b) Isi dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup, sama seperti karangan biasa. (c) Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. (d) Tarikh ditulis di sebelah kanan, setentang dengan pengakuan pelapor. (e) Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor. (f) Nama pelapor ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dalam kurungan selepas tandatangan. (g) Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah. Format 4: Wawancara/ Dialog 1 Karangan jenis ini merangkumi karangan jenis dialog. 2 Wawancara/ temu ramah biasanya lebih membicarakan perkara yang serius, manakala dialog pula perbualan biasa. 3 Perbualan melibatkan dua pihak; seorang bertanya untuk mendapatkan maklumat, manakala seorang lagi menjawab untuk menerangkan dengan lebih mendalam. 4 Sebelum memulakan karangan, perlu ada keterangan serba ringkas. 5 Untuk memulakan wawancara, perlu dimulakan dengan bertanya khabar. 6 Tidak perlu menyatakan gerak geri tubuh dalam dialog, contohnya (sambil berjalan). 7 Gunakan panggilan yang sesuai mengikut umur seperti Datuk/ Datin, tuan/ puan, dan pak cik/ mak cik. 8 Elakkan pertanyaan yang terlalu panjang. 9 Pertanyaan biarlah tersusun; yang penting didahulukan. 10 Jawapan sebuah pertanyaan merupakan sebuah idea. Jadi, pertanyaan yang diajukan perlu difikirkan secara mendalam. 11 Menghuraikan idea perlu lengkap, mendalam, berserta contoh yang sesuai, seperti juga karangan pendapat. 57 HAK CIPTA NUSAMAS


PEMARKAHAN FORMAT KARANGAN (Maksimum ditolak 2 markah) Bil Jenis Karangan Format 1 Wawancara • Tanpa keterangan awal ditolak 2 markah • Tanpa keterangan akhir ditolak 2 markah 2 Ucapan syarahan ceramah perbahasan (pertandingan) • Tanpa kata-kata menghadap majlis ditolak 2 markah • Tanpa lafaz hadirin di tengah-tengah ayat ditolak 1 markah • Tanpa kata-kata penutup ditolak 1 markah 3 Rencana ulasan (Buku) laporan • Tanpa tajuk ditolak 2 markah • Tanpa nama penulis ditolak 2 markah 4 Surat Kiriman Rasmi • Tanpa alamat di sebelah kiri ditolak 1 markah • Tanpa tarikh ditolak 1 markah • Tanpa menghadap surat ditolak 1 markah • Tanpa perkara ditolak 1 markah • Tanpa penutup ditolak 1 markah • Tanpa tandatangan ditolak 1markah 5 Surat Kiriman Tidak Rasmi • Tanpa alamat di sebelah kanan ditolak 1 markah • Tanpa menghadap surat ditolak 1 markah • Tanpa perenggan ditolak 1 markah • Tanpa penutup ditolak 1 markah • Tanpa tandatangan ditolak 1 markah [Penolakan format markah boleh berubah dan ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia]. PEMARKAHAN KARANGAN BAHAGIAN B Kriteria Deskripsi 1. Bahasa (Mekanis) • Kegramatisan – kata (morfologi), ayat (sintaksis) • Tanda baca • Ejaan 2. Laras (Dinamis) • Pemilihan kosa kata 3. Idea (Isi) • Tema • Isi utama • Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/contoh) • Kerelevanan 4. Pengolahan • Wacana • Logik • Pemerengganan • Format 5. Gaya Bahasa • Keindahan bahasa • Ungkapan • Peribahasa 60 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM 1 Remaja dan Cabaran Hidup Model 50 Pendapat Murid berdisiplin akan beratur, Begitu tekun mendengar taklimat; Hobi manusia sukar diatur, Pilihlah hobi memberi manfaat. Berdasarkan pantun di atas, berikan pendapat anda mengenai kelebihan hobi yang menjadi pilihan seseorang untuk memanfaatkan masa yang terluang. Manfaat Mempunyai Hobi Pendahuluan Pepatah Arab ada menyebut, “Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati”. Pepatah itu mengingatkan kita agar menghargai masa kerana masa itu emas. Oscar Wilde (1854 – 1900), sasterawan tersohor dari Ireland ada berkata, “Tidak ada sesiapa, sekalipun seorang jutawan yang mampu membeli masa silamnya”. Kita selalu diingatkan masa yang lepas tidak akan berulang, namun, tidak ramai yang tahu menghargai masa. Hal ini diingatkan dalam pantun di bawah, Bertemu rakan di kedai kopi, Semasa balik dikejar angsa; Kita perlu mempunyai hobi, Supaya dapat mengisi masa. Idea 1 Terdapat kebanyakan orang yang menjadikan riadah sebagai hobi. Beriadah yang dilakukan secara berkala amat baik dan dapat menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti riadah. Sebagai contohnya, berjoging dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang, mempercepatkan proses metabolisme, dan dapat mengurangkan berat badan. Jadi, penyakit seperti darah tinggi dan lemah jantung dapat dielakkan. Malah, aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah, dan mendaki bukit, jika dilakukan bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Idea 2 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. Dalam kalangan masyarakat kita memang ada yang mempunyai hobi melancong. Ada yang gemar melancong ke luar negara untuk melihat budaya dan rupa bentuk bumi negara orang. Di negara orang, melihat keindahan tetapi ada banyak kelemahan menyebabkan timbul rasa cinta akan negara sendiri kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Melancong di dalam negara juga banyak kelebihannya; berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. 64 HAK CIPTA NUSAMAS


Idea 3 Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India yang pertama dari 1947 hingga 1964 ada berkata, “Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku”. Begitulah pegangan seorang yang berilmu apabila mengulas akan kepentingan membaca. Bagi mereka yang mempunyai hobi membaca, sudah pasti pengetahuannya bertambah. Melalui pembacaan, seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Idea 4 Seterusnya, dalam kalangan kita ada yang mempunyai hobi melukis. Ada sahaja masa terluang, akan digunakan untuk melukis. Hanya dengan pensel dan selembar kertas kita dapat membuat suatu karya dengan melukis. Melalui kegiatan tersebut, seseorang itu mampu mengekspresikan kreativiti yang dimiliki. Malah, melukis membantu seseorang itu berkomunikasi secara berbeza melalui bahasa personel, terutama bagi mereka yang memiliki permasalahan dalam berkomunikasi ataupun dalam mengekspresikan perasaan diri sendiri seperti autisme. Mereka yang mempunyai hobi ini biasanya akan melakukan aktiviti bersendirian dengan mengamalkan sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain. Penutup Sebagai kesimpulannya, kita perlu memastikan hobi kita kelak bermanfaat dan tidak membuang masa. Sesungguh Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Asr: 1 – 3), “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. Samuel Johnson (1709 – 1784), pengarang tersohor dari England pula ada berkata, “Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”. Sehubungan itu, kita mengharapkan ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mempunyai hobi sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. [502 patah perkataan] Model 51 Surat Tidak Rasmi Isu jati diri dalam kalangan generasi muda hari ini kian menjadi kebimbangan masyarakat. Hal ini lazimnya memandang generasi muda terkenal dengan sifat-sifat seperti ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mudah terikut-ikut. Generasi muda juga merupakan generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Dipetik dan diubah suai daripada “Jati Diri Pembentuk Identiti Bangsa”, Utusan Borneo Online, 21 September 2023 Berdasarkan petikan rencana di atas, tulis surat kepada rakan anda tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk membentuk jati diri dalam kalangan remaja. 65 HAK CIPTA NUSAMAS


Usaha-usaha Membentuk Jati Diri dalam Kalangan Remaja 263, Jalan 3/12, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih. 1 Julai 202_. Pendahuluan Ke hadapan sahabat bernama Irako yang berada di Tokyo. Ketika saya menulis surat ini, saya dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya berharap saudara dan keluarga juga dalam keadaan sihat. Tiga hari lepas saya menerima e-mel saudara. Hajat di hati ingin terus membalas, tetapi kesibukan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun menyebabkan saya tangguhkan membalas e-mel saudara. Oleh sebab saudara mengkaji tentang sejarah Malaysia di Universiti Tokyo, pertanyaan saudara berkaitan usaha-usaha yang telah dan patut dilakukan untuk membentuk jati diri dalam kalangan remaja akan saya huraikan secara mendalam. Sahabat yang dihormati, Idea 1 Jati membawa maksud asli, murni dan tidak bercampur. Untuk memastikan keperibadian unggul dengan semangat ketimuran kekal dalam jiwa remaja, dari peringat sekolah lagi murid didedahkan dengan subjek Sejarah. Menerusi mata pelajaran Sejarah, diharapkan murid akan mengetahui sejarah tanah air sendiri; kerajaan Tanah Melayu/ Melaka diasaskan oleh seorang Putera Srivijaya iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Mengetahui akan kegetiran perjuangan Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Burhanuddin Helmy yang berusaha memastikan Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan. Apabila mengetahui sejarah, masyarakat akan berusaha menimba ilmu, berusaha memperkukuh ekonomi dan mengekalkan keamanan negara. Idea 2 Menurut perangkaan terkini, rakyat Malaysia berjumlah 32 juta orang. Rakyat yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan suku-suku kaum di Sarawak dan Sabah, menganuti agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Setiap agama akan mengajar umatnya bersikap baik terhadap sesama manusia. Oleh itu, bagi memastikan remaja mempunyai jati diri yang kental, pendidikan agama diserapkan dalam kalangan remaja sejak mereka di sekolah rendah lagi. Apabila didikan agama memenuhi dada, mereka akan berfikir dengan berulang kali sebelum melakukan sesuatu yang tidak baik. Idea 3 Dalam apa-apa juga keadaan, Irako, peranan sekolah amat penting. Sekolah bukan sahaja berfungsi untuk memastikan murid-murid memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi dalam bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, murid-murid di Malaysia, diwajibkan menyertai satu unit beruniform. Unit beruniform yang diadakan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap, Kelab Remaja Sekolah, Kadet Polis dan St. Johns Ambulans. Aktiviti dijalankan mampu membentuk murid sikap berdikari, yakin akan kemampuan diri, berketerampilan, rasa cinta terhadap negara, semangat bermasyarakat dan menonjolkan bakat kepimpinan. 66 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 56 Cerpen Buana Terus Mara Rumah Buana Bagai aur dengan tebing Kami semua berusaha Berlari sini sana Untuk Buana tercinta. Kami semua rumah Buana Sedia merebut piala Nombor satu milik Buana Kami pasti terus mara. Dipetik dan diubah suai daripada “Buana Terus Mara”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hlm. 2 Tulis sebuah cerpen yang menggambarkan kesungguhan setiap atlet untuk menjuarai kejohanan yang disertai. Kejuaraan Milik Kita Azizul berdiri di hadapan atlet seramai 42 orang yang merupakan ahli pasukan rumahnya, Buana. Mereka terpilih untuk menyertai acara olahraga. “Seminggu lagi kejohanan sukan akan dijalankan. Pada saat akhir ini, latihan perlu lebih kerap dilakukan, pemakanan perlu dijaga, dan terus bersemangat waja. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Tahun lepas kita sudah menjadi naib johan. Jika latihan kita seperti hangat-hangat tahi ayam, kita akan terhumban ke tempat terakhir.” Sebagai Ketua Rumah Buana, tujuan Azizul mengadakan pertemuan dengan ahli pasukan adalah untuk menaikkan semangat atlet. Cikgu Rubita Aini, guru penasihat rumah sukan di sisinya mengangguk. Selepas itu, guru yang berusia 42 tahun itu pun menyampaikan amanat. “Bukan dari mana kita datang, sebaliknya ke mana kita hendak pergi. Bukan pingat perak dan gangsa yang mahu kita raih, tetapi pingat emas. Bolehkah kita meraih pingat emas?” tanya Cikgu Rubita Aini. “Boleh!” jeritan suara ramai. Selepas itu, mereka bersama-sama berlari mengelilingi padang sekolah seluas 800 meter persegi. Dalam panas terik matahari pukul 2.15 petang, semangat mereka tidak pernah goyah. Beberapa kumpulan pasukan yang baru tiba dan duduk di astaka padang, sedikit gelisah melihat kesungguhan Rumah Buana. “Kemenangan tidak bergantung kepada semangat, tetapi strategi. Kita ada strategi menjadi juara yang pasukan lain tidak miliki,” ujar atlet daripada pasukan lain. 2 Sukan dan Rekreasi 74 HAK CIPTA NUSAMAS


Pada hari Sabtu dan Ahad, waktu pagi dan petang, Rumah Buana membuat latihan. Cikgu Rubita Aini menjemput bekas anak muridnya yang kini menuntut di menara gading untuk datang membantu. Kalangan mereka ada yang menjadi olahragawan universiti. Azizul sendiri memperkemas teknik larian. Dia menyertai acara 100 meter, 4 × 100 meter dan lompat galah. Dia yakin akan memperoleh pingat emas dalam ketiga-tiga acara yang disertainya. “Ayah tengok kamu ghairah bersukan, sehinggakan melupakan SPM, ” luah Encik Hamidi, pada satu petang ketika Azizul mahu meletakkan kasut sukan di rak-rak. Kata-kata itu biasa sahaja, tetapi menusuk hatinya. “Zizul janji ayah, selepas hari sukan berakhir, Zizul akan memberikan tumpuan kepada peperiksaan. Akademik amat penting. Cuma untuk sukan kali ini, Zizul dan rakan-rakan mahu membuktikan bahawa pasukan kami boleh meraih kejuaraan. Kami bekerja keras berlatih kerana kami yakin tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.” “Ayah pegang janji kamu itu. Pada hari sukan kelak, ayah dan ibu akan datang.” Tiga hari menjelang kejohanan tersebut, Azizul dan rakan-rakannya semakin giat berlatih. Mereka yang tidak mengambil sebarang acara akan mengambil bahagian dalam acara perbarisan. Sebahagian lagi sibuk membuat perancangan untuk menghias khemah. Pada hari pertandingan, Rumah Buana yang memakai trak dan baju serba biru, muncul dengan semangat yang luar biasa. Selepas acara perbarisan, bacaan ikrar dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG, acara pun bermula. Azizul yang menyertai acara 100 meter telah memenangi tempat pertama. Rakan daripada pasukannya pula memenangi tempat kedua. Kemenangan itu menaikkan semangat rakan-rakannya yang lain. Pertandingan terus berjalan. Kemuncak acara ialah pertandingan lari 4 x 100 meter. Acara itu dimenangi oleh Rumah Buana. Kemenangan itu melengkapkan mata untuk Rumah Buana menjadi juara. “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kita hebat kerana bersatu hati untuk menjadi juara. Kemenangan ini menjadi kenangan manis sebelum cikgu bercuti panjang,” luah Cikgu Rubita Aini yang sarat mengandung anak ketiga selepas Rumah Buana diumumkan sebagai juara. Azizul berasa sebak. Bola matanya tiba-tiba berair. [496 patah perkataan] Model 57 Surat Tidak Rasmi Kerajaan berusaha menambah baik program latihan dan kemudahan sukan untuk manfaat semua atlet termasuk atlet para. Tindakan kerajaan secara tidak langsung bakal melahirkan persaingan sihat antara Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), sekali gus mampu memberi impak positif kepada perkembangan atlet mahupun sukan. Secara tidak langsung mampu menjadikan sukan sebagai ejen perpaduan selaras dengan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dengan rakyatnya yang berbilang bangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Mampu Beri Impak Positif kepada Sukan Tanah Air”, oleh Zulkarnain Azman, Harian Metro, 24 Februari 2023 75 HAK CIPTA NUSAMAS


Penutup Sebagai kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah memberikan perhatian yang setimpal dan prihatin terhadap akademik anak-anak. Anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah dan ibu bapalah yang menjadi dominan dalam institusi kekeluargaan. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan akademik anak-anak di sekolah dan bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja. Ibu bapa tidak harus mementingkan kerja mereka sehingga mengabaikan akademik anak-anak. [493 patah perkataan] Model 61 Laporan Vandalisme atau salah laku musnah adalah antara kesalahan berat yang melanggar disiplin sekolah. Pada dasarnya, guru disiplin sekolah akan bertindak menyiasat kes kesalahan disiplin secepat mungkin dan membuat laporan untuk dibentangkan kepada pengetua terlebih dahulu sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Sekolah (LDS). Dipetik dan diubah suai daripada “Lahir Pelajar Berdisiplin Tanggungjawab Semua”, oleh Zainal Abidin Osman, Berita Harian, 22 Februari 2023 Berdasarkan petikan di atas, tulis sebuah laporan berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah anda lakukan untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan murid. Laporan Membendung Disiplin dalam Kalangan Murid Pendahuluan Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan yang ditetapkan untuk memastikan satu kelompok manusia menjadi seorang yang cakna dengan undang-undang yang ditetapkan. Allah berfirman menerusi al-Quran, Surah Yunus: 6 yang bermaksud, “Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa”. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah kepada kita bahawa, seseorang yang beriman perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Idea 1 Salah satu usaha yang telah dilakukan oleh pengurusan sekolah ialah menerusi penguatkuasaan peraturan yang lebih tegas. Tuan Pengetua, sering memetik kata-kata Andrew Jackson, Presiden Amerika Syarikat yang ketujuh dari 4 Mac 1829 sehingga 4 Mac 1837 yang berbunyi, “Musuh yang paling berbahaya ialah rasa takut dan ragu, tetapi teman yang paling menguntungkan ialah keyakinan dan keberanian”. Bagi mereka yang sering ponteng sekolah, setelah beberapa kali surat dikeluarkan, akhirnya tindakan buang sekolah dilakukan. Antara salah laku tersebut seperti membuli, membuang sampah, datang lewat dan memakai pakaian yang tidak lengkap. Idea 2 Tuan Pengetua menekankan kawalan emosi oleh setiap murid sebagai cara untuk mempengaruhi tingkah laku. Emosi yang stabil akan berlakunya dengan tindakan balas seseorang terhadap situasi yang dihadapi. Dalam kelas, terdapat pelbagai keadaan emosi ditujukan oleh murid. Oleh itu, guru diminta berjiwa sensitif dengan memerhatikan perbezaan emosi murid. Gangguan emosi dalam kalangan murid-murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Peristiwa 82 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 64 Pidato Berterus terang usah dalih, Akhirnya mampu membina keyakinan; Banyak kemahiran perlu diperoleh, Sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Berdasarkan pantun di atas, huraikan persediaan remaja sebelum menempuh ke alam pekerjaan. Tulis karangan anda dalam bentuk pidato. Persediaan Remaja Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Pendahuluan Salam sejahtera, salam meraikan Minggu Kerjaya 202_. Sejambak bunga mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan hakim, penjaga masa dan warga pendidik. “Persediaan Remaja Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan”, bunyi mauduk pidato yang bakal disajikan. “Persediaan” bermaksud persediaan. “Remaja” ialah golongan belia yang berusia 12 hingga 21 tahun. “Menempuh” bermaksud melalui. “Alam pekerjaan” pula bermaksud dunia kerjaya yang bakal dilalui oleh semua remaja lepasan sekolah. Dalam konteks pidato pada hari ini, bolehlah diungkaikan sebagai persediaan yang perlu remaja lakukan sebelum meninggalkan alam persekolahan untuk melalui alam pekerjaan. Hadirin yang dikasihi, Idea 1 Prof. Hamka (1908 -- 1981), ulama dan sasterawan tersohor dari Indonesia ada berkata, “Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam”. Hal ini menyebabkan setiap murid tentu mempunyai cita-cita tersendiri. Cita-cita akan diraih dengan menekankan akademik sejak sekolah rendah lagi. Tumpuan terhadap subjek perlu diberikan perhatian. Mereka yang mahu menjadi seorang doktor, jururawat, dan ahli farmasi mestilah memilih aliran sains dan murid yang ingin menjadi seorang peguam dan hakim haruslah memilih aliran kesusasteraan di sekolah. Idea 2 Pepatah Arab menyebut, “Lisan itu mampu menembus apa-apa yang tidak mampu ditembusi oleh jarum”. Pepatah ini mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam menggunakan lisan. Dalam hal ini, kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai oleh setiap remaja. Kita perlu mengetahui etika ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih berusia, berjawatan dan mempunyai latar belakang yang 4 Kerjaya 87 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 65 Rencana Harapan keluarga anak berjaya, Menjadi orang yang berguna. Pilihlah pekerjaan yang baik-baik, Tingkah laku kekal molek. Keluarga mencadangkan pekerjaan mulia, Kelak dimuliakan sepanjang masa. Pencapaian akademik penentu segala, Mulakan pekerjaan semangat membara. Gurindam Harapan Keluarga Berdasarkan pantun di atas, tulis sebuah rencana berkaitan peranan keluarga dalam menentukan kerjaya seorang remaja. Keluarga Memainkan Peranan Penting dalam Pemilihan Kerjaya Seorang Remaja Oleh Esah Bujang Dilahirkan engkau melihat dunia, Limpah Allah maha kuasa. Mengaji dengan tekun dan lelah, Ijazah dimiliki berkat tabah. Kini engkau telah dewasa, Ditentukan kerjaya biar bermakna. Kerjaya berbakti untuk negara, Keluarga gembira tidak terkira. Pendahuluan Gurindam di atas menggambarkan pengorbanan seorang ibu yang mengandung, melahirkan, membesarkan, memberikan pendidikan dan seterusnya menentukan kerjaya anak-anak. Nabi Muhammad SAW bersabda, seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci (bersih), maka ibu dan bapanya yang mencorakkan anaknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah kepada kita akan besarnya tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak. Idea 1 Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa melihat potensi, minat dan cita-cita anak ketika masih di bangku sekolah rendah lagi. Potensi, minat dan cita-cita merupakan aspek yang berbeza, namun penting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang remaja terutamanya yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, ibu bapa perlu berbincang dengan anak akan aliran yang bakal dipilih; sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu, si anak akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang menerusi pakej subjek yang ditawarkan. Idea 2 Ibu bapa perlu berkongsi pendapat dengan si anak kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hasil perbincangan, si anak perlu bijak memilih mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang mereka akan pilih. Sebagai contohnya, jika mahu bekerja sebagai seorang jurutera, murid mesti memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Kesilapan memberikan tumpuan terhadap subjek menyukarkan memilih kerjaya yang diharapkan. 89 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 67 Pendapat KUALA LUMPUR - Sektor pertanian terus mendapat peruntukan yang lebih berbanding sektor-sektor lain. Peruntukan yang lebih untuk menarik lebih ramai orang berkecimpung dalam pengeluaran hasil pertanian di peringkat akar umbi. Lebih banyak program juga akan diperkenalkan membabitkan pertanian bagi menggalakkan orang ramai menyertai sektor berkenaan. Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Pertanian Dapat Peruntukan Besar Belanjawan 2023”, oleh Mahanum Abdul Aziz, Berita Harian, 9 Februari 2023 Berdasarkan petikan di atas, huraikan pendapat anda berkaitan dengan usaha untuk memajukan sektor pertanian negara. Pendekatan untuk Memajukan Sektor Pertanian Negara Pendahuluan Maha Pencipta menyediakan keperluan asas seperti mata air, hujan dan tanah yang subur untuk menghidupkan tanaman dan penternakan demi kebaikan manusia di dunia ini. Semuanya menjurus sektor pertanian yang telah mendapat tumpuan dalam perdagangan kerana menjadi pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan menyumbang lima peratus kepada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Idea 1 Untuk memajukan sektor pertanian, petani perlu memiliki inisiatif untuk membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Petani perlu menggunakan kemudahan teknologi demi meningkatkan produktiviti, menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman. Jentera moden digunakan untuk kerja-kerja pertanian dan menggunakan benih hibrid yang lebih berkualiti dan tahan lasak. Dalam hal ini, para petani perlu terus belajar melengkapkan diri dengan ilmu pertanian. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli falsafah sosial dari China ada berkata, “Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui”. Idea2 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu memberikan peruntukan yang besar untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap bidang pertanian negara. Antara institusi yang terlibat seperti Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). MPOB telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri sawit negara. Produk kelapa sawit merupakan bahan eksport utama negara contohnya ke China. Hasil daripada penyelidikan, penemuan teknologi dan inovasi baharu telah dikomersialkan seperti penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Pertanian, Penternakan dan 5 Perikanan 93 HAK CIPTA NUSAMAS


Idea 3 Pepatah Arab ada menyebut, “Bersungguh-sungguhlah, jangan bermalas-malas dan jangan pula lengah kerana penyesalan itu risiko bagi orang yang bermalas-malas”. Petani tidak boleh berputus asa untuk memasarkan hasil pertanian yang diusahakan. Bagi usahawan tani, hasil tani bukan hanya dijual mentah malah mereka mengusahakan produk berasaskan tani seperti makanan ringan, makanan dalam tin dan makanan proses yang lain. Selain itu, para petani dan usahawan tani perlu melibatkan diri dalam pelbagai ekspo pertanian yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan. Sebagai contohnya, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Pameran tersebut dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang yang berkaitan dengan pertanian. Idea 4 Petani sering mengeluh kerana kekurangan modal untuk memajukan sektor pertanian yang diusahakan. Pepatah Inggeris ada berkata, “Jangan pernah mengeluh atas kekurangan, kerana kekurangan mengingatkan kita untuk terus mencari kekuatan yang ada dalam diri”. Dalam hal ini, Agrobank sedia memberikan pinjaman kepada petani untuk memajukan pertanian yang diusahakan. Pinjaman yang dibuat dapat membantu mereka membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia turut menyediakan pelbagai bantuan kepada usahawan tani yang mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS). Penutup Sebagai kesimpulan, kita perlu bersiap genggam bara api biar sampai jadi arang. Berdasarkan fenomena negara yang menghadapi kekurangan makanan asas, maka kerajaan perlu mendorong golongan muda dan masyarakat luar bandar supaya melibatkan diri dalam pertanian dengan memberikan pelbagai bantuan dan latihan yang bersesuaian. Kita juga harus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap bidang pertanian kerana bidang ini sebenarnya amat menguntungkan jika diusahakan dengan efisien. Jangan sampai ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Sesungguhnya, apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita. [497 patah perkataan] Model 68 Wawancara SHAH ALAM - Tiada rahsia untuk menjadi usahawan jutawan sebaliknya ilmu dan bimbingan daripada mentor yang terbukti berjaya antara kunci kejayaan mereka. Menurut Pengasas Homebaker@Clover, Rosli Manaf, meskipun beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam dunia korporat, tidak menjanjikan kejayaan mudah dalam perniagaan yang dilakukan. Dipetik dan diubah suai daripada “Tanpa Bimbingan, Sukar Jadi Usahawan Berjaya”, Berita Harian, 7 Julai 2023 Berdasarkan petikan berita di atas, anda berpeluang menemui usahawan yang berjaya. Tulis hasil wawancara anda itu selengkapnya. 94 HAK CIPTA NUSAMAS


Rahsia Usahawan Tani yang Berjaya Saya berpeluang mewawancara Tuan Haji Mohd. Anuar Salleh (THMAS) yang diumumkan sebagai Tokoh Peladang Jaya 2021 Peringkat Kebangsaan. Dalam wawancara tersebut, saya bertanyakan tentang rahsia beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. SYAFINA : Assalamualaikum, Tuan Haji Anuar. Tahniah atas anugerah sebagai Tokoh Peladang Jaya 202_ Peringkat Kebangsaan. Pada kesempatan ini, saya ingin mencungkil rahsia untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya sebab pepatah Jepun ada menyebut, “Burung rajawali tidak akan menunjukkan kukunya”. THMAS : Pendahuluan Waalaikumussalam. Sebenarnya, sektor pertanian antara penyumbang hasil pendapatan negara sejak sebelum merdeka. Majoriti penduduk pada era selepas Merdeka lebih tertumpu kepada aktiviti yang berasaskan pertanian dan perlombongan. Apabila mengkaji usahawan yang berjaya, sudah pasti memiliki satu rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Aristotle (384 SM – 322 SM), pakar sains dan ahli falsafah Yunani ada berkata, “Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu”. SYAFINA : Apakah keperluan utama sebelum seseorang itu menjadi usahawan tani? THMAS : Idea 1 Sehebat mana pun kita, belajar tetap menjadi satu keperluan. Seseorang itu perlu membuat penyelidikan dan kajian terlebih dahulu tentang bidang pertanian mahu pun penternakan yang ingin diceburi. Kajian yang terperinci perlu dilakukan terutamanya daripada aspek kos, harga pasaran, modal, tanah, serta cara-cara dijalankan. Seterusnya perjumpaan dengan mereka yang arif serta pakar di dalam bidang yang ingin kita ceburi. Khidmat nasihat daripada mentor yang bertauliah diperlukan untuk mengelakkan diri daripada ditipu. SYAFINA : Bagaimanakah pula dengan modal? THMAS : Idea 2 Bagi pengusaha pertanian moden, modalnya lebih besar daripada pertanian biasa kerana meliputi kos-kos buruh dan peralatan moden. Terdapat pelbagai institusi yang boleh membantu memberikan pinjaman seperti Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, TEKUN dan juga bank-bank tempatan. Saya bermula dengan lima ekor lembu, kemudian berkembang memiliki beberapa ratus ekor dan seterusnya memiliki kilang memproses susu dan daging. SYAFINA : Bolehkah seseorang itu menjadi usahawan tani jika tidak mempunyai pengalaman? THMAS : Idea 3 Jika tidak mempunyai pengalaman, kita perlu memulakannya pada skala yang kecil dahulu. Kita juga perlu memahami karakter tanaman, keperluan baja, kawalan berpenyakit dan lain-lain. Apabila kita yakin pelaburan skala kecil boleh memberikan pulangan, barulah kita kembangkan perniagaan tersebut. Jangan sesekali memulakan perniagaan pertanian dengan pinjaman. Bank-bank juga tidak memberi pinjaman kepada mereka yang masih baru menceburi bidang ini tanpa cagaran tanah. 95 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 77 Surat Tidak Rasmi Baik lelaki, mahupun perempuan, Tatkala di khalayak menjadi perhatian; Tempat bersejarah menjadi tumpuan, Demi menghargai bakti pahlawan. Berdasarkan pantun di atas, anda bercadang untuk menulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda tentang tempat bersejarah yang pernah anda kunjungi. Tulis surat itu selengkapnya. Tempat Bersejarah yang Menarik 124, Lorong TDM 16/12, Taman Desiran Melawati, 45000 Kuala Selangor. 16 Julai 202_. Pendahuluan Ke hadapan sahabatku Fitri yang berada di Kuala Kangsar. Ketika saya menulis surat ini, saya berada dalam keadaan sihat, diharapkan saudara lebih-lebih lagi. Saya tertarik dengan kisah saudara berkaitan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Sebagai sebuah kompleks yang lengkap, tentu sahaja dapat menceritakan tentang Perang Perak bermula tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British, JWW Birch yang akhirnya mendapat tentangan daripada pahlawan Melayu, Dato’ Maharajalela. Idea 1 Di tempat yang saya tinggal, juga terdapat sebuah kompleks bersejarah yang terletak di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Untuk pengetahuan saudara, Kota Malawati merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor pada penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sultan Ibrahim (1782 -- 1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati untuk mempertahankan Kuala Selangor daripada serangan Belanda. Kota tersebut bagaimanapun telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784. Namun Sultan Ibrahim telah berjaya menawan kembali kota tersebut pada Januari 1785 dengan bantuan pahlawan-pahlawan dari Pahang. Idea 2 Kota Malawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah pada 8 September 1977. Di kompleks ini masih terdapat peninggalan sejarah. Antaranya ialah tembok kota yang masih berdiri teguh, bekas tapak istana, Rumah Api dan Batu Hampar. Rumah Api yang terletak di atas 7 Pelancongan 111 HAK CIPTA NUSAMAS


Model 79 Wawancara Inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kewujudan inap desa ini boleh menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel dan chalet. Keunikan kampung di Pahang, Perak, Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya. Dipetik dan diubah suai daripada “Inap Desa”, Wikipedia Berdasarkan petikan di atas, anda mewawancara seorang yang arif mengenai usaha kerajaan untuk memajukan inap desa. Tulis wawancara tersebut selengkapnya. Peranan Kerajaan Memajukan Inap Desa Baru-baru ini, saya telah berpeluang mewawancara Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar (DDAAG), Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). Berikut merupakan hasil wawancara tersebut. ZAKWAN : Selamat pagi. Apa khabar, Datuk? Boleh Datuk huraikan serba sedikit tentang inap desa? DDAAG : Pendahuluan Khabar baik, Zakwan. Inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Kerajaan terus menggalakkan masyarakat mengadakan inap desa untuk menambah pendapatan penduduk tempatan. Banyak kampung di Malaysia berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Untuk memberikan kelainan, maka, menjadi tanggungjawab kerajaan memajukan inap desa. ZAKWAN : Apakah peranan kerajaan untuk memajukan inap desa di negara kita? DDAG : Idea 1 Kerajaan mengadakan kempen dengan memaparkan keunikan dan kelebihan sesebuah desa untuk disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing. Hal ini penting kerana tidak ramai rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasankawasan yang strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Napolean Bonaparte (15 Ogos 1769 – 5 Mei 1821), seorang pemimpin politik dari Perancis ada berkata, “Perkara paling malang dan berbahaya dalam apa-apa juga keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikerjakan”. Kita akan rugi sekiranya tidak memanfaatkan industri inap desa yang menjadi pilihan pelancong. ZAKWAN : Bagaimana pula dengan kemudahan infrastruktur? DDAG : Idea 2 Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dimanfaatkan oleh kerajaan untuk memajukan industri inap desa. Kelengkapan infrastruktur yang kondusif sudah pasti akan 115 HAK CIPTA NUSAMAS


TEMA Fokus SPM Model 80 Pendapat Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia rata-ratanya dijaga dengan baik, malah dipulihara bagi mengekalkan mercu keutuhannya. Ada bangunan yang masih mengekalkan fungsinya, dan ada juga yang telah menjadi muzium, malah boleh menjana pendapatan dalam sektor pelancongan bagi kawasan bangunan itu. Dipetik dan diubah suai daripada “10 Bangunan Bersejarah di Malaysia Yang Paling Popular Dikunjungi”, oleh Hadi Ghazali, https://rb.gy/7ithi, 9 November 2023 Berdasarkan petikan di atas, huraikan pendapat berkaitan peranan kerajaan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara. Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Sejarah Pendahuluan Sejarah bermaksud menyiasat dan ilmu yang diperoleh melalui kaedah penyiasatan dalam bentuk penemuan, pengumpulan, pengurusan dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Menerusi sejarah, kita mengetahui akan sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 yang kemudian menjajah selama 130 tahun, diikuti Belanda (183 tahun) disusuli Inggeris (117 tahun) dan kemudian pendudukan Jepun (empat tahun), seterusnya sekali lagi Inggeris (12 tahun) sehingga kemerdekaan negara pada 1957 yang mengambil masa 446 tahun. Tempoh yang panjang menjajah negara sudah tentu meninggalkan bangunan bersejarah yang memerlukan pemeliharaan dan pemuliharaan. Idea 1 Voltaire (1694 – 1778), seorang penulis dan filsuf Perancis pada Era Pencerahan ada berkata, “Sejarah manusia tidak lain tidak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang”. Menyedari hal ini, kita harus menyokong usaha kerajaan mencalonkan beberapa buah bangunan sebagai Tapak Warisan Dunia kepada Jawatankuasa Warisan Dunia (UNESCO) yang mentadbir Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Tapak Warisan Dunia di Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO ialah Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka, dan beberapa buah bangunan di Pulau Pinang. Idea 2 Umum mengetahui bahawa bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A’ Famosa di Melaka, Istana Menanti di Negeri Sembilan, Kellie’s Castle di Perak, dan Candi Lembah Bujang di Kedah menjadi daya tarikan pelancong utama dari dalam dan luar negara. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk mencantikkan dan menyelenggarakan bangunan-bangunan lama seperti Kota A’ Famosa, sebuah seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Sesungguhnya, bangunanbangunan bersejarah ini menjadi lambang identiti, kedaulatan dan sejarah negara untuk pengetahuan 8 Sejarah dan Patriotisme 117 HAK CIPTA NUSAMAS


dan ketamadunan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Idea 3 Usaha seterusnya menerusi menjadikan bangunan-bangunan bersejarah sebagai pusat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah, mengkaji dan melihat keindahan seni bangunannya. Sebagai contoh Pasar Seni di Kuala Lumpur, dengan menjadikannya sebagai pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian dan penjualan kraf tangan. Selain itu, Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan mahkamah telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada tahun 2007. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral dan Pejabat Besar Pos. Idea 4 Hanya jauhari yang mengenal manikam. Pendedahan kepada anak-anak yang masih kecil pula perlu kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelbagai program, kempen, dan ceramah juga perlu kerap diadakan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bangunan bersejarah. Pihak kerajaan juga menggalakkan penyelidikan tentang cara terbaik untuk menjaga dan memulihara khazanah bersejarah negara dengan peruntukan khas. Menerusi ceramah dan kempen, masyarakat tahu akan nilai estetika yang tinggi dan nilai-nilai seni yang penting. Penutup Sebagai kesimpulan, bangunan bersejarah penting dalam pembentukan minda generasi muda terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Kita diminta mempelajari sejarah untuk menjadikan diri lebih pandai. Jean-Baptiste Poquelin (1622 – 1673), dramatis tersohor dari Perancis ada berkata, “Si bodoh yang belajar hanya bodoh seketika tetapi si bodoh yang tidak mahu belajar akan bodoh selama-lamanya”. Kecerdikan menyebabkan kita tahu menghargai bangunan bersejarah. Bunga semambu semerbak mewangi, Di atas ranting melekat sialang; Bangunan bersejarah martabatnya tinggi, Aset terpenting negara gemilang. [495 patah perkataan] Model 81 Pendapat Bergurau senda sambil bertepuk, Kemesraan terjalin manis terasa; Patriotisme remaja perlu dipupuk, Memperkukuh jati diri bangsa. Berdasarkan pantun di atas, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. 118 HAK CIPTA NUSAMAS


Kata-kata Hikmat Gaya bahasa menarik tergambar menerusi ungkapan yang indah seperti menyertakan peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa. Jika menggunakan peribahasa, letakkan beberapa peribahasa, selain peribahasa Melayu, contohnya peribahasa China, Arab dan Inggeris. Jika meletakkan kata-kata hikmat, adalah lebih jika menyertakan sedikit latar belakang tokoh tersebut dan tarik lahirnya (rujuk model karangan). Maklumat tokoh boleh diperoleh menerusi Internet. Hafal beberapa ungkapan tokoh yang boleh digunakan untuk semua jenis karangan (sebaik-baiknya mengetahui latar belakang tokoh dengan merujuk Wikipedia). 1. Orang yang dapat menguasai dirinya dan menentang hawa nafsunya adalah lebih agung daripada orang yang sanggup berjalan atas air dan sanggup terbang di udara. Abu Muhammad Al-Murta’isy 2. Pada hari perbicaraan, anda tidak ditanya tentang harta benda, pangkat, keturunan, pendapatan anda, tetapi yang ditanya ialah amalan kerohanian dan ibadat anda. Abu Muhammad Imam Jaafar As-Sadiq 3. Tiadalah hamba itumerendahkan dirisebelum mengenal dirinya sendiri. Abu Sulaiman Ad-Darani 4. Hidup di dunia ini umpama tidur dan hidup di akhirat itu umpama jaga. Abu Usman 5. Harta itu akan memberi manfaat jika dipegang oleh orang yang berilmu. Wang sama seperti pasir, jika tidak dibelanjakan kepada perkara yang berfaedah. Abul Islami 6. Hidup yang besar ialah impian besar semasa muda yang diwujudkan setelah dewasa. Alfred de Victor 7. Cubalah sesuatu yang baharu setiap hari, bersikap yakin, dan berbesar hati, maka engkau akan sentiasa muda. Allen Tate 8. Kebahagiaan itu diperoleh dalam perjuangan yang berterusan. Bahagia yang paling besar ialah kemenangan yang silih berganti dan kemenangan itu tidak ada tanpa perjuangan. Amin Raihany 9. Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap akan memberi manfaat tetapi jika terlalu banyak akan membunuh. Amru Al-As 10. Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji. Aristotle 11. Lebih sukar untuk menyembunyikan kebodohan daripada mendapatkan ilmu. Arnold Glassow 12. Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga; apabila bercakap akan berbohong, apabila berjanji akan mungkir, dan apabila diberi amanah akan khianat. As-Syaikhan 193 HAK CIPTA NUSAMAS


Click to View FlipBook Version