Ridzuan Hasan (1249/1 & 1249/2) WM RM5.90 EM RM6.50 SPM KERTAS RAMALAN Sejarah 4 Set Kertas Model SPM Jawapan Lengkap TERKINI FORMAT
iii KERTAS MODEL SPM 1 – 13 KERTAS MODEL SPM 14 – 28 KERTAS MODEL SPM 29 – 43 KERTAS MODEL SPM 44 – 58 Jawapan KANDUNGAN
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 19 Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut permasyhuran kemerdekaaan negara pada 31 Ogos 1957. Jawatankuasa Persediaan Fizikal Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan? A Mewujudkan identiti negara merdeka B Menyediakan pelbagai kemudahan asas C Mendapatkan dana sambutan kemerdekaan D Menganjurkan kursus khas berkaitan protokol 20 Rancangan berikut diperkenalkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Rancangan Buku Merah Apakah kepentingan rancangan tersebut? A Memodenkan pendidikan B Memajukan perindustrian C Membangunkan infrastruktur D Membanteras ancaman komunis 21 Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa. Bahasa Takrif Kedaulatan Inggeris Sovereignity Arab Daulah Apakah unsur persamaan berdasarkan takrif tersebut? A Kekayaan hasil bumi B Kekuatan ketenteraan C Kewibawaan pemerintahan D Keluasan wilayah pengaruh 22 Rajah berikut berkaitan Perlembagaan Persekutuan. Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan Ciri Tradisional Ciri Moden Apakah ciri tradisional dalam perlembagaan tersebut? I Pemerintahan beraja II Kewarganegaraan III Demokrasi Berparlimen IV Kedudukan istimewa bumiputera A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23 Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang • Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut? A Penerusan raja berkuasa mutlak B Pengamalan sistem pilihan raya C Pemerintahan Raja Berperlembagaan D Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong 24 Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita. Yang di Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Badan Perundangan Badan Kehakiman X Apakah peranan badan X? A Mengubal dasar negara B Mentafsir perlembagaan C Meluluskan undang-undang D Mengesahkan perbelanjaan kerajaan 25 Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan negara?
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5 [Lihat halaman sebelah I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 26 Bagaimanakah masalah berikut diatasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? Masalah Undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan A Undang-undang baru perlu digubal B Undang-undang di bawah Senarai Bersama dirujuk C Undang-undang yang digubal Parlimen diguna pakai D Undang-undang yang dilulus Dewan Undangan Negeri dikuatkuasa 27 Jadual berikut berkaitan suruhanjaya yang ditubuhkan berkaitan pembentukan Malaysia. Pengerusi Lord Cobbold Ahli • Sir Anthony Abell • Sir David Watherson • Muhammad Ghazali Shafie • Wong Pow Nee Apakah peranan suruhanjaya tersebut? A Menamatkan konfrontasi Indonesia B Merangka Perlembagaan Persekutuan C Menyelesaikan bantahan negara Filipina D Meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah 28 Maklumat berikut berkaitan perjanjian ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia. Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia Apakah kepentingan persetujuan tersebut? A Menamatkan dasar konfrontasi B Memulakan hubungan diplomatik C Meningkatkan kerjasama ekonomi D Mengadakan latihan ketenteraan bersama 29 Senarai berikut merupakan isu yang menjadi cabaran selepas penubuhan Malaysia. • Kempen Malaysian Malaysia menuntut hak sama rata • Rusuhan kaum Bagaimanakah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menangani isu tersebut? A Mengadakan referendum B Membawa kes ke mahkamah C Mengusulkan pemisahan Singapura D Membentuk Jawatankuasa Antara Kerajaan 30 Majlis berikut ditubuhkan berikutan rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Apakah cabaran yang dihadapi oleh majlis tersebut untuk memulihkan semula ketenteraman negara? A Ketidakseimbangan ekonomi B Kekurangan sumber kewangan C Kelemahan sistem pemerintahan D Kekurangan pasukan keselamatan 31 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan Sistem Pelajaran Kebangsaan. Apakah hasil laporan jawatankuasa tersebut? I Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) II Falsafah Pendidikan Negara (FPN) III Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) IV Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 32 Bagaimanakah kerajaan melaksanakan prinsip berikut untuk membentuk perpaduan di negara kita? • Budaya rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang • Unsur budaya lain yang sesuai diterima • Islam sebagai unsur terpenting
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6 A Melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan B Menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan C Membentuk Sistem Pendidikan Kebangsaan D Mewujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 33 Logo berikut berkaitan sambutan 50 tahun Rukun Negara diperkenalkan. Mengapakah perkara tersebut perlu sentiasa diingati? I Kepentingan mengeratkan perpaduan kaum II Kepentingan mengamalkan nilai kenegaraan III Kepentingan mengekalkan warisan budaya bangsa IV Kepentingan kebijaksanaan mengurus cabaran luar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34 Pasangan manakah betul tentang agensi dan peranannya dalam melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi? Agensi Peranan A MARDI Membangunkan tanah terbiar B RISDA Penanaman semula getah C BERNAS Menjalankan penyelidikan pertanian D FELCRA Menstabilkan harga padi 35 Jadual berikut berkaitan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dalam dasar pembangunan ekonomi. Tahun Dasar 1971-1990 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1991-2000 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Apakah persamaan strategi dasar ekonomi tersebut? A Membangunkan teknologi digital B Melaksanakan pembangunan koridor wilayah C Melahirkan masyarakat perindustrian bumiputera D Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi 36 Maklumat berikut berkaitan perkembangan dasar luar negara kita selepas merdeka. Awal Merdeka Selepas 1970 Dasar probarat X Apakah X? A Dasar Pandang ke Timur B Dasar antikomunis C Dasar berkecuali D Dasar memihak 37 Rancangan berikut disertai oleh Malaysia dalam pertubuhan Komanwel. Rancangan Colombo Apakah faedah yang diperoleh negara kita melalui rancangan tersebut? A Menangani masalah pelarian B Memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah C Mendapat khidmat nasihat dalam pendidikan D Menandatangani perjanjian pertahanan bersama
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 7 [Lihat halaman sebelah 38 Apakah sumbangan rakyat Malaysia dalam isu global kontemparori melalui pertubuhan pertubuhan berikut? • Cinta Gaza Malaysia (CGM) • Malaysian Medical Relief Society (MERCY) • Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) A Memperjuang isu kemanusiaan B Mempromosi kelestarian global C Menangani kemelesetan ekonomi D Membanteras pemerdagangan manusia 39 Apakah pendirian Malaysia berkaitan isu berikut? Isu Antartika A Zon bebas nuklear B Warisan manusia sejagat C Pemilikan Negara-negara Berkecuali D Tuntutan bertindih negara berdekatan 40 Maklumat berikut menggambarkan tuntutan bertindih negara berkaitan terhadap Pulau Spratly. Pulau Spratly Malaysia China Vietnam Brunei Filipina Taiwan Bagaimanakah Malaysia menangani tuntutan bertindih tersebut? A Mewujudkan Zon Ekonomi Ekslusif B Membincangkan dalam Forum ASEANChina C Membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa D Menempatkan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia KERTAS SOALAN TAMAT
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 11 [Lihat halaman sebelah (b) Jelaskan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. [4 markah] (c) Dasar-dasar tersebut dapat membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan. Beri ulasan anda. [4 markah] Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5 Perjuangan nasionalisme di negara kita dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya nasionalisme yang dipelopori oleh golongan intelektual dan gerakan nasionalisme melalui penulisan. (a) Jelaskan pergerakan nasionalisme yang dipelopori golongan intelektual berikut. Intelektual berpendidikan agama [4 markah] (b) Bagaimanakah kegiatan penulisan menyemarakkan perkembangan nasionalisme di negara kita? [8 markah] (c) Teliti maklumat berikut. Secara umum, nasionalisme bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu, pengertian nasionalisme dalam konteks selepas merdeka lebih menjurus sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertingkatkan martabat serta kedaulatan negara. Nasionalisme pada masa kini ialah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Isu-isu kepelbagaian dalam masyarakat berbilang kaum seperti kebudayaan dan bahasa sewajarnya mampu mewujudkan semangat nasionalisme yang dapat melahirkan satu generasi baharu yang bersatu padu bagi negara.
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 14 Kertas soalan ini terdiri daripada 40 soalan. Jawab semua soalan. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1 Peta berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh kerajaan Alam Melayu pada abad pertama yang meliputi Sungai Mekong dan Teluk Cam Ranh. Antara yang berikut, kerajaan manakah yang mempunyai wilayah pengaruh sedemikian? A Funan C Srivijaya B Champa D Majapahit 2 Pernyataan berikut berkaitan dengan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Wilayah, sungai atau pulau dikurniakan kepada Pembesar Berempat untuk ditadbir Kawasan pentadbiran tersebut dikenali sebagai A kawasan naungan B kawasan pengaruh C kawasan pegangan D kawasan pemakanan 3 Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Asia. Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial Siapakah tokoh nasionalis Asia yang mempelopori idea nasionalisme tersebut? A Dr. Sun Yat Sen B Mahatma Gandhi C Maharaja Mikado Meiji D Sayyid Jamal al-Din al-Afghani 4 Sekitar tahun 1930-an dan 1950-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai “the Strait born people”. Bagaimanakah masyarakat tersebut meningkatkan nasionalisme? I Membentuk identiti tersendiri II Mementingkan perpaduan kaum III Mengkritik pentadbiran kerajaan kolonial IV Memberi perhatian kepada perkembangan negara asal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Maklumat berikut berkaitan dengan operasi ketenteraan semasa Perang Dunia Kedua. Operasi Barbarossa • Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia dengan dibantu oleh 3350 kereta kebal dan 2270 kapal terbang. • Operasi disertai tentera Finland, Hungary dan Romania. Apakah matlamat operasi tersebut? A Menawan Rusia B Menduduki Poland C Menguasai Eropah Barat D Memusnahkan pangkalan tentera British KERTAS 1 40
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 18 21 Gambar berikut menunjukkan tokoh-tokoh sejarawan. Aristotle Jean Bodin (Ahli Falsafah Yunani) (Ahli Falsafah Politik Perancis) Apakah persamaan bagi tafsiran tokoh tersebut berkaitan dengan kedaulatan? A Keagungan kerajaan B Pemerintahan mutlak raja C Kekuatan semangat kekitaan D Kuasa tertinggi dalam negara 22 Rajah berikut menerangkan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan Ciri Tradisional Ciri Moden Bahasa Melayu Y Apakah ciri Y? A Agama Islam B Pemerintahan beraja C Demokrasi Berparlimen D Kedudukan istimewa bumiputera 23 Pernyataan berikut berkaitan dengan laporan suruhanjaya yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan 1957. Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Apakah yang terkandung dalam laporan suruhanjaya tersebut? I Pengekalan kuasa mutlak raja II Pembentukan Kerajaan Persekutuan III Pengenalan kewarganegaraan yang sama IV Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24 Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1965 Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut? A Pemisahan Singapura B Pembentukan Malaysia C Pembentukan Suruhanjaya Reid D Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Pertama 25 Gambar berikut berkaitan dengan surat urusan rasmi kerajaan. Mengapakah tertulis “Urusan Seri Paduka Baginda” pada sampul surat tersebut? A Mengandungi maklumat sulit B Mendapat perkenan Majlis Raja-Raja C Memerlukan tindakan segera pihak kerajaan D Yang di-Pertuan Agong punca kuasa pemerintahan 26 Rajah berikut berkaitan dengan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Badan X Badan Eksekutif Badan Kehakiman Apakah peranan badan X? I Mentafsir perlembagaan II Menggubal dasar negara III Menggubal undang-undang IV Meluluskan perbelanjaan kerajaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 19 [Lihat halaman sebelah 27 Pentadbiran berikut berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dalam Perlembangaan Persekutuan. • Majlis Bandaraya • Majlis Perbandaran • Majlis Daerah Pentadbiran tersebut diwartakan di bawah A Senarai Persekutuan B Senarai Tambahan C Senarai Bersama D Senarai Negeri 28 Rajah berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM Perdana Menteri Malaysia Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSZONE Ketua Menteri Sabah Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Komander ESSCOM Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan? A Membanteras ancaman komunis B Mengawal penularan penyakit berjangkit C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah D Meningkatkan keselamatan melalui kerjasama 29 Garis masa berikut berkaitan dengan langkah pembentukan Malaysia. Tarikh Perkara September 1963 Julai 1963 Ogos 1962 Januari 1962 Mei 1961 Pengisytiharan Malaysia Perjanjian Malaysia X Suruhanjaya Cobbold Pengumuman gagasan Malaysia Apakah X? A Siri lawatan pemimpin B Jawatankuasa Antara Kerajaan C Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia D Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 30 Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada 12 Ogos 1963 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). U Thant, Setiausaha Agung PBB mengumumkan penubuhan United Nations Malaysia Mission (UNMM) yang diketuai oleh Laurence Michelmore, Duta Amerika Syarikat di PBB. Apakah misi jawatankuasa tersebut? A Menamatkan konfrontasi Indonesia B Melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah C Menyelesaikan tuntutan Filipina ke atas Sabah D Merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia 31 Apakah cabaran pembangunan dan sosioekonomi selepas penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia? I Kekurangan hasil bumi II Kepadatan penduduk III Perbezaan tahap pendidikan IV Kebergantungan pada pengangkutan air A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 21 [Lihat halaman sebelah 37 Jadual berikut berkaitan dengan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KMM). Hubungan KMM dengan Kerajaan Asing Hubungan Diplomatik Hubungan Perdagangan China, Rukyu, Turki dan Pasai China, Yaman, Koromandel dan Parsi Apakah kepentingan hubungan tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka? I Membentuk empayar yang luas II Memperoleh tenaga buruh III Menjamin keselamatan IV Mengekalkan kemakmuran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 38 Antara yang berikut, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan manakah yang menjelaskan pendirian Malaysia dalam dasar berkecuali? A C PBB NAM B D Komanwel OIC 39 Peta berikut menunjukkan lokasi kepulauan yang terlibat dalam tuntutan sempadan bertindih yang melibatkan Malaysia dengan negara lain. Kepulauan Spratly U Bagaimanakah Malaysia berusaha menangani tuntutan bertindih kepulauan tersebut? A Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif B Membincangkan dalam Forum ASEANChina C Membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa D Menempatkan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia 40 Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang disertai oleh rakyat Malaysia. • Cinta Gaza Malaysia (CGM) • Malaysian Medical Relief Society (MERCY) • Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Apakah sumbangan rakyat Malaysia melalui pertubuhan-pertubuhan tersebut? A Mempromosi kelestarian global B Menangani kemelesetan ekonomi C Memperjuangkan isu kemanusiaan D Membanteras pemerdagangan manusia KERTAS SOALAN TAMAT
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 27 [Lihat halaman sebelah (c) Teliti logo berikut. LOGO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2022 MAKSUD KEDUDUKAN BERSELANG-SELI Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama. JALUR BIRU MERAH & KUNING Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni. TITIK MERAH Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Tema tersebut dapat mengukuhkan kemerdekaan negara. Berikan ulasan anda. [8 markah] 7 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan tersebut mengalami pindaan pada tahun 1963 dan 1965. (a) Mengapakah pindaan perlembagaan dilakukan pada tahun-tahun tersebut? [4 markah] (b) Tiga perkara utama yang terlibat dalam pindaan perlembagaan 1963, struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri. Terangkan perkara-perkara tersebut. [8 markah] (c) Sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini, Perlembagaan Persekutuan telah mengalami banyak pindaan. Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda dari semasa ke semasa? [8 markah] 8 Sidang Dewan Rakyat pada 18 Oktober 1961 telah meluluskan usul pelaksanaan konsep Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang membabitkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. (a) Jelaskan langkah-langkah berikut dalam menjayakan pembentukan Malaysia. (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia 1961 [4 markah] (ii) Suruhanjaya Cobbold 1962 [4 markah] (iii) Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 [4 markah]
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 28 (b) Petikan berikut berkaitan dengan sambutan Hari Malaysia. Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun tidak kurang pentingnya dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Sambutan Hari Malaysia diharap dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan hari bersejarah itu dalam pembangunan negara. Masa depan negara dan negara bangsa dapat dibina dengan kebijaksanaan, kewarasan dan wawasan jitu. Memang penting untuk melihat ke belakang berdasarkan cermin sejarah, tetapi jauh lebih penting ialah melihat masa depan. Kesepaduan sosial perlu diperkukuh, kita tidak harus lupa untuk mengukuhkan integrasi nasional. Perpaduan kaum dan perpaduan antara negeri dan tiga wilayah itu penting diperkukuh. Sikap tolak ansur dan persefahaman perlu terus dipupuk dan dimantapkan. Hari Malaysia ialah hari kita semua untuk mengukuhkan perpaduan, nasionalisme dan rasa sayang demi mempertahankan kedaulatannya. Dipetik dan diubah suai daripada bharian.com.my Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut serta kepentingan kesepaduan sosial untuk kedaulatan Malaysia. [8 markah] 9 Logo berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan dunia di Palestin, Syria dan Acheh. (a) Apakah isu kemanusiaan dan keamanan dunia yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut? [4 markah] (b) Jelaskan keprihatinan rakyat Malaysia memperjuangkan isu di 9(a) melalui pertubuhan di atas. Berikan penjelasan anda. [8 markah] (c) Petikan berikut berkaitan dengan sumbangan NGO Malaysia dalam bidang kemanusiaan. Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya dalam bidang bantuan kemanusiaan di negara kita kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan ianya merancakkan lagi industri organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Umum mengetahui bahawa objektif utama sesebuah bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, meringankan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia. Ianya juga tertakluk kepada sekurang-kurangnya empat prinsip utama (core humanitarian principles) yang menggarisi setiap pergerakannya iaitu kemanusiaan, keadilan, tidak berpihak kepada mana-mana (neutral) dan bebas. Justeru, penerimaan dan sokongan padu masyarakat Malaysia terutamanya dalam memastikan usaha-usaha untuk menyelamatkan manusia, mengurangkan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia yang digerakkan oleh NGO-NGO baru dan lama adalah sangat penting. Dipetik dan diubahsuai daripada https://www.astroawani.com Penglibatan dalam isu kemanusiaan dan keamanan dunia melalui organisasi tersebut menyerlahkan nilai murni rakyat Malaysia di mata dunia. Beri ulasan anda. [8 markah]
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 47 [Lihat halaman sebelah 15 Rajah berikut berkaitan sistem persekolahan daripada cadangan Laporan Barnes 1951. Sistem Persekolahan Baharu Cadangan Barnes Sekolah Rendah Sekolah Menengah Inggeris Inggeris + Melayu Apakah implikasi daripada cadangan laporan tersebut? A Memenuhi hasrat semua kaum B Menjadi Ordinan Pelajaran 1957 C Mendapat bantahan masyarakat Cina D Menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan 16 Proses penamaan calon dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 ditetapkan pada 15 Jun 1955. Jika Encik Ahmad bertanding dalam pilihan raya tersebut, apakah syarat yang telah dipenuhi? I Warganegara Persekutuan Tanah Melayu II Bebas daripada hutang III Berumur melebihi 30 tahun IV Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Inggeris A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17 Gambar berikut berkaitan persetujuan yang ditandatangani di London pada tahun 1956. Perjanjian Kemerdekaan 8 Februari 1956 Sumber: arkib.gov.my Apakah yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut? A Penubuhan Majlis Raja-Raja B Pembentukan Kabinet pertama C Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan D Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong 18 Pernyataan berikut berkaitan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah 1957. • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen • Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain • Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Apakah nilai patriotisme dalam kejayaan perjanjian tersebut? I Cerminan sikap permuafakatan II Tolak ansur pelbagai pihak III Tegas mengekalkan warisan budaya IV Mengutamakan kepentingan kaum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Apakah kepentingan lambang-lambang berikut? A Simbol kehebatan B Identiti kenegaraan C Semangat berdikari D Mercu tanda negara
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 48 20 Mengapakah negara kita memeterai perjanjian berikut? Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957 A Ekonomi belum kukuh B Pendidikan belum maju C Pertahanan belum mantap D Masyarakat belum bersatu 21 Rajah berikut berkaitan dengan jenis kedaulatan. Jenis Kedaulatan Kedaulatan tradisional X Kedaulatan moden Kedaulatan undangundang Apakah X? A Kedaulatan rakyat B Kedaulatan kerajaan C Kedaulatan sempadan D Kedaulatan antarabangsa 22 Maklumat berikut berkaitan usaha mempertahankan kedaulatan negara kita. • Kestabilan politik • Kemakmuran ekonomi Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai perkara tersebut? I Memodenkan aset ketenteraan II Meningkatkan kecekapan pentadbiran III Mengagihkan kekayaan negara secara adil IV Mewujudkan lambang kebesaran negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23 Pilih pasangan yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang. Badan Penggubal Undang-undang Digubal A Majlis Negeri Negeri-negeri Selat B Majlis Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu C Majlis Undangan Negeri Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu D Majlis Tertinggi Negeri Sabah 24 Rajah berikut menerangkan ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan Ciri Tradisional X Ciri Moden Y Apakah ciri X? I Pemerintahan beraja II Kewarganegaraan III Demokrasi Berparlimen IV Kedudukan istmewa bumiputera A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 25 Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja.
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 49 [Lihat halaman sebelah Apakah kepentingan cap mohor tersebut? A Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat B Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri C Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu D Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen 26 Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan. Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak? A Tertakluk kepada Akta Parlimen B Mendapat kelulusan Dewan Rakyat C Memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong D Tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 27 Negara kita mengamalkan Sistem Persekutuan. Apakah ciri sistem tersebut? I Penggabungan negeri II Pembahagian kuasa III Pemusatan pentadbiran IV Pembentukan satu kerajaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28 Mengapakah kawasan keselamatan khas berikut diwujudkan di Sarawak? Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang (RASCOM) A Membanteras ancaman komumis B Membendung aktiviti penyeludupan C Menyekat kebanjiran pendatang asing D Membasmi kegiatan jenayah rentas sempadan 29 Jadual berikut berkaitan reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Reaksi Brunei terhadap Pembentukan Malaysia Sultan Omar Ali Saifudin, Sultan Brunei A.M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei Menyokong Menentang Mengapakah wujud perbezaan reaksi tersebut? A Kebimbangan tercetus pemberontakan rakyat B Keinginan menuntut hak ke atas wilayah Sabah C Kebimbangan lewat mencapai kemerdekaan D Keinginan membentuk Kesatuan Negerinegeri Borneo 30 Jadual berikut berkaitan suruhanjaya yang ditubuhkan berkaitan pembentukan Malaysia. Pengerusi Lord Cobbold Ahli • Sir Anthony Abell • Sir David Watherson • Muhammad Ghazali Shafie • Wong Pow Nee Apakah peranan suruhanjaya tersebut? A Menamatkan konfrontasi Indonesia B Merangka Perlembagaan Persekutuan C Menyelesaikan bantahan negara Filipina D Meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah 31 Jadual berikut berkaitan langkah kerajaan Malaysia menangani ancaman dalam negeri selepas pembentukan Malaysia. Tarikh Langkah Julai 1965 Operasi Hammer Ogos 1970 Operasi Jala Raja Mac 1972 Operasi di bawah RASCOM Oktober 1973 Operasi Sri Aman
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 50 Apakah kejayaan langkah tersebut? A Konfrontasi ditamatkan B Rusuhan kaum dibendung C Ancaman komunis dibanteras D Kegiatan penyeludupan dikekang 32 Majlis berikut ditubuhkan berikutan rusuhan pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Apakah cabaran yang dihadapi oleh majlis tersebut untuk memulihkan semula ketenteraman negara? A Kekurangan jentera B Kekurangan anggota keselamatan C Kekurangan sumber kewangan negara D Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum 33 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan Sistem Pelajaran Kebangsaan. Apakah hasil laporan jawatankuasa tersebut? I Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) II Falsafah Pendidikan Negara (FPN) III Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) IV Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34 Antara berikut, manakah matlamat Rukun Negara? I Meningkatkan taraf hidup rakyat II Menyusun semula masyarakat III Membina masyarakat progresif IV Memelihara cara hidup demokratik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35 Jadual berikut berkaitan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Dasar Ekonomi Baru Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 Apakah tujuan dasar tersebut dirangka? A Mencapai taraf negara maju B Meningkatkan kecekapan pentadbiran C Memantapkan sistem pendidikan negara D Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi 36 Logo berikut berkaitan amanah saham yang telah diwujudkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Mengapakah amanah saham tersebut diperkenalkan? A Membangunkan kawasan luar bandar B Memajukan industri kecil dan sederhana C Menambahkan pemilikan saham bumiputera D Menyalurkan pinjaman perniagaan bumiputera 37 Agensi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakah membantu Malaysia menyelesaikan isu berikut? • Pelarian Syria • Pelarian Rohingya A Food and Agriculture Organization (FAO) B World Health Organization (WHO) C United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) D United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 54 (c) Jelaskan kepentingan pilihan raya tersebut ke arah berkerajaan sendiri bagi Persekutuan Tanah Melayu. [4 markah] 3 Rajah berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan 1963 • Melibatkan struktur Mahkamah Atasan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Pindaan Perlembagaan 1965 • Melibatkan perkara berkaitan Singapura (a) Apakah sebab berlaku pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965? [2 markah] (b) Jelaskan perkara yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perlembagaan perlu dipinda dari semasa ke semasa? Berikan penjelasan anda. [4 markah]
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 55 [Lihat halaman sebelah 4 Logo berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global. Anugerah Langkawi Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (a) Mengapakah Anugerah Langkawi diwujudkan mulai tahun 1991? [2 markah] (b) Jelaskan sumbangan Malaysia berkaitan isu Antartika. [4 markah] (c) Isu pencemaran alam sekitar mencetuskan Sidang Kemuncak Bumi anjuran Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Penyertaan Malaysia dalam sidang tersebut membuktikan kesungguhan dalam pemuliharaan alam sekitar. Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk membuktikan kesungguhan negara kita dalam sidang tersebut? [4 markah]
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 56 Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5 Rajah berikut berkaitan faktor perkembangan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20. Peranan agama Perkembangan penulisan kreatif Peranan media cetak Faktor Nasionalisme di Negara Kita Perkembangan sistem pendidikan Kemunculan golongan intelektual Pengaruh nasionalisme luar (a) Bagaimanakah perkembangan penulisan kreatif dan media cetak membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita? [6 markah] (b) Perkembangan sistem pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang menyemarakkan nasionalisme di negara kita. Jelaskan. [6 markah] (c) Perjuangan nasionalis negara luar berikut memberi kesan kepada kesedaran nasionalisme di negara kita. Dr. Sun Yat Sen (China) Mahatma Gandhi (India) Jose Rizal (Filipina) Soekarno (Indonesia) Perjuangan nasionalis tersebut yang memberi inspirasi kepada kebangkitan nasionalisme di negara kita. Beri ulasan anda. [8 markah]
1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 57 [Lihat halaman sebelah 6 Maklumat berikut berkaitan perang saraf yang dilaksanakan oleh Sir Gerald Templer, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Tindakan Perang Saraf • Mengadakan lawatan • Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur • Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih • Menawarkan hadiah tunai (a) Mengapakah perang saraf tersebut dilaksanakan? [4 markah] (b) Jelaskan langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat perang saraf tersebut. [8 markah] (c) Langkah untuk menghalang perkembangan ideologi yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam di negara kita perlu dipertingkatkan. Beri ulasan anda. [8 markah] 7 Gambar berikut berkaitan keunikan warisan biodiversiti di negara kita. Rafflesia Gunung Litupan karang hidup Penyu (a) Nyatakan kawasan perlindungan yang diwujudkan untuk memelihara warisan biodiversiti tersebut. [4 markah] (b) Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kekayaan warisan biodiversiti tersebut. [8 markah] (c) Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dikurniakan dengan kekayaan flora dan fauna yang menjadi warisan kebanggaan kita. Cadangkan langkah memulihara warisan biodiversiti tersebut untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang. [8 markah] 8 Rajah berikut berkaitan cabaran dalaman selepas pembetukan Malaysia 1965. Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia Cabaran pembangunan dan sosioekonomi Cabaran politik Cabaran perpaduan kaum
KERTAS RAMALAN Sejarah SPM Semenanjung Malaysia: RM5.90 Sabah & Sarawak : RM6.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. Sejarah KERTAS RAMALAN SPM Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Pendidikan Islam 9 786294 711440 ISBN 978-629-471-144-0