© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulisjawapanyang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Julia klinik yang terletak di pekan itu menjadi tumpuan para pesakit sejak dahulu lagi. Kesalahan Pembetulan2 Tuan Puteri Ratna Dewi akan mandi di taman istana sambil ditemani para dayang. Kesalahan Pembetulan3 Perkhemahan unit beruniform pada minggu hadapan telah disertai oleh semua murid tingkatan satu. Kesalahan Pembetulan4 Siapakah kenderaan yang akan awak naiki untuk datang ke kampung saya? Kesalahan Pembetulan Para-para murid sedang khusyuk mendengar ucapan pengetua sekolah di dewan. Kesalahan Pembetulan6 Saya bersarapan dengan telur separuh masak yang dimasak oleh ibu. Kesalahan Pembetulan7 Pesakit buah pingang itu sedang menjalankan pembedahan di hospital swasta. Kesalahan Pembetulan8 Tiga biji rumah kedai di pekan kecil itu hangus dijilat api. Kesalahan PembetulanPraktis 6 Subjektif
49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Bina ayat berdasarkan kata adjektif berikut. 1 kebaratan2 terindah3 kecil-kecilan4 kemiskinan5 merah hati6 tinggi7 dalam8 nipis9 pantasPraktis 7 Subjektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 50Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis dua peribahasa yang sesuai bagi setiap gambar di bawah. (i)(ii)(i)(ii)(i)(ii)123Praktis 8 Subjektif
51 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)(a) Tentukan subjek dalam ayat berikut. 1 Tuan Haji Arsyad ialah pengetua yang dihormati oleh guru-guru dan murid-murid.Subjek:2 Maktab Rendah Sains MARA Kuantan terletak di Jalan Tok Sira. Subjek:3 Gunung Everest menjadi tumpuan para pendaki dari seluruh dunia. Subjek:4 Zoo Negara menempatkan pelbagai spesies haiwan yang jinak dan liar. Subjek:5 Rancangan kartun Upin dan Ipin menjadi kegemaran kanak-kanak. Subjek:(b) Tentukan predikat dalam ayat berikut. 1 Penduduk kampung sedang menunggu kedatangan wakil rakyat. Predikat: 2 Novel karangan penulis muda itu amat menarik. Predikat: 3 Bunga ros hanya dapat hidup segar di kawasan beriklim sejuk. Predikat: 4 Negeri Terengganu terkenal dengan keropok lekor dan batik. Predikat: 5 Pemandu teksi perlu menguasai pelbagai bahasa. Predikat: Praktis 9 Subjektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 52Soalan 1 hingga Soalan 4Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 “ mestilah menghormati ibu bapa pada setiap masa agar tidak menjadi kacang lupakan kulit,” kata Cikgu Yoong. A Kami B Kita C Anda D Mereka2 Air perigi di rumah datuk saya amat .A payauB tawarC manisD pahit3 Bangunan yang dibina oleh pemaju perumahan itu besar .A amatB agakC palingD terlalu4 Dia dengan pantas untuk memenangi perlumbaan yang berprestij itu. A berlari B larian C Soalan 5 hingga Soalan 8Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 5 I Hati di jalan raya merupakan amalan yang baik. II Lukisan itu dibuat dengan hati yang teliti. III Dia mempunyai hati yang baik. IV Doktor memeriksa keadaan hati pesakit. A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahaja6 I Pelari itu lari dengan pantas hingga ke garisan penamat. II Warna cat ini lari daripada contoh yang ditunjukkan di dalam katalog. III Pencuri lari ketika dikejar oleh polis. IV Air sungai itu lari deras hingga menyebabkan banjir kilat. A I dan II sahaja B III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaPraktis 1 Objektif
53 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)7 I Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap penagih dadah itu.II Sekumpulan ahli politik di negara itu telah menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya.III Ah Seng menjatuhkan gelas itu kerana terlalu geram.IV Budak itu menangis teresak-esak kerana menjatuhkan ke dalam longkang.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahaja8 I Ibu sedang melakukan yoga untuk tenang fikirannya.II Para nelayan berasa lega kerana laut pada pagi ini kelihatan tenang sahaja. III Rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana tinggal di sebuah negara yang tenang.IV Selepas peperiksaan akhir tahun berakhir, barulah tenang fikirannya.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaSoalan 9 dan Soalan 10 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan tiada kesalahan. 9 Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal sekaliA amat kenal sekaliB amat kenalC kenal sekaliD amat terkenal sekali10 Rakyat Malaysia haruslah saling hormat-menghormatiA saling hormatB saling menghormatC saling menghormati D saling hormat-menghormatiSoalan 11 dan Soalan 12 Pilih ayat-ayat yang betul. 11 I Perajurit itu sanggup berkorban demi untuk tanah air yang tercinta.II Tarikh akhir penghantaran borang permohonan ini ialah pada hari Rabu ini. III “Kami ingin menyertai lawatan sambil belajar ke Taman Negara, Pahang,” kata Ah Seng dan adiknya kepada ibu.IV Ibu menjahitkan kakak sehelai baju baharu bersempena dengan hari jadinya.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahaja
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5412 I Cikgu Aminah menyenaraikan nama-nama murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. II Hue Chee memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.III Para penduduk sedang memperindah taman bunga di kawasan perumahan mereka.IV Furqan telah memberikan sepuluh ringgit kepada kawannya. A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahajaSoalan 13 dan Soalan 14 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 13 Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, didikan agama dan moral mestilah diutamakan pada setiap masa. A Gejala buli dalam kalangan murid mestilah dibendung agar didikan agama dan moral sentiasa diutamakan.B Kita mestilah mementingkan didikan agama dan moral pada setiap masa agar gejala buli dalam kalangan murid dapat dibendung. C Pada setiap masa, didikan agama dan moral mestilah dibendung supaya gejala buli dalam murid dapat diutamakan.D Gejala buli dalam kalangan murid haruslah dibendung melalui didikan agama dan moral. 14 “Jemput makan kuih-muih yang terhidang di atas meja,” kata Puan Siti kepada David. A Puan Siti meminta David makan kuih-muih yang terhidang di atas meja.B David menjemput Puan Siti makan kuih-muih yang terhidang di atas meja. C Puan Siti melarang David makan kuih-muih yang terhidang di atas meja. D Puan Siti mempersilakan David makan kuih-muih yang terhidang di atas meja.
55 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Soalan 1 hingga Soalan 4Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Hakimi menerima pingat perak kerana dia mendapat tempat dalam acara lompat jauh. A pertama C ketigaB kedua D keempat2 Firdaus mengembalikan buku yang dipinjam di pusat sumber sekolah semula setelah selesai membacanya. A telah C pernah B belum D akan3 rakanku sekalian, hormatilah para guru kerana tanpa mereka, siapalah kita?A AduhB AduhaiC WahD Wahai4 Murid itu tangan untuk menjawab soalan guru. A mengangkat B diangkat C terangkat D angkatan Soalan 5 hingga Soalan 8Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 5 I Keluarga itu kaki ke luar negara. II Dia mengangkat tangan untuk menjawab soalan. III Pekerja mengangkat kotak yang berat ke dalam lori. IV Menteri mengangkat sumpah selepas menang dalam pilihanraya. A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahaja6 I Lampu bilik ini mati kerana kerosakan litar elektrik.II Pokok itu mati kerana tidak disiram selama seminggu. III Pejuang itu mati syahid dalam peperangan. IV Harimau itu mati ditembak oleh pemburu. A I dan II sahaja B II dan III sahajaC I, II dan IV sahajaD II, III dan IV sahajaPraktis 2 Objektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 567 I Lariannya bertambah kencang apabila hampir tiba di garisan penamat. II Fikirannya kencang apabila memikirkan hutangnya yang belum dibayar.III Karangan yang kencang itu ditulis oleh seorang murid cemerlang.IV Hujan lebat beserta angin yang kencang menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok.A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC I, III dan IV sahajaD I, II, III dan IV sahaja8 I Muniandy dan Alvin tinggal di Taman Mutiara.II Setelah peristiwa kebakaran rumahnya, semuanya kini cuma tinggal kenangan buat Ani.III Hutan ialah tempat tinggal bagi haiwan.IV Ujian akhir tahun cuma tinggal dua minggu lagi.A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC I, III dan IV sahajaD I, II, III dan IV sahajaSoalan 9 dan Soalan 10Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan tiada kesalahan. 9 Banjir yang melanda daerah Kuantan pada tahun lepas telah menenggelamkan beberapa rumah di kawasan tanah rendah. A ditenggelamkan beberapa rumahB ditenggelami oleh rumah-rumahC menenggelamkan beberapa buah rumahD menenggelamkan beberapa rumah10 Gotong-royong sedang mereka jalankan bersempena dengan kempen kebersihan. A dijalan merekaB dijalankan oleh merekaC mereka jalanD mereka jalankanSoalan 11 dan Soalan 12Pilih ayat-ayat yang betul. 11 I Puan Rokiah membeli sehelai baju baharu untuk suaminya di pasar raya itu pada pagi tadi. II Zamri bekerja sebagai pembantu kedai sepanjang cuti sekolah akhir tahun.III Semua pokok-pokok di halaman rumah itu disiram oleh ayah pada setiap hari.IV Beberapa orang murid-murid membantu Cikgu Faisal menyusun buku di perpustakaan.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC II dan III sahajaD I dan IV sahaja
57 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)12 I Lelaki yang berasal dari Sarawak itu sangat tinggi.II Resipi nasi goreng ibu paling sedap.III Rumah di hujung sawah itu paling besar sekali di kampung itu.IV Disiplin murid di sekolah itu terpaling sopan sangat.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC II dan III sahajaD I dan IV sahajaSoalan 13 dan Soalan 14Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal13 Sepuluh buah rumah telah hangus terbakar dalam kejadian kebakaran itu. A Dalam kejadian kebakaran itu, banyak rumah yang hangus terbakar. B Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan satu deretan rumah terbakar. C Kejadian kebakaran itu telah mengakibatkan sepuluh buah rumah hangus terbakar. D Beberapa buah rumah telah hangus kerana dijilat api yang marak itu.14 “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Perdana,” kata Aimi kepada Hafiza. A Aimi mengajak Hafiza datang ke rumahnya di Taman Perdana pada petang ini kalau Aimi ada masa lapang.B Aimi berkata kepada Hafiza bahawa sekiranya awak ada masa lapang, datanglah ke rumahnya di Taman Perdana. C Hafiza dipelawa oleh Aimi supaya datang ke rumahnya di Taman Perdana pada petang itu jika dia ada masa lapang.D Hafiza memberitahu Aimi bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Perdana pada petang ini jika dia kelapangan.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 58Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada …”Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin dia sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara, saya menyelit soal.“Dah tu, macam mana?”Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburuburu mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.“Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung… tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. Kirim salam pada suami dan anak-anak kau.”Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan televisyen menambahkan kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran dengan rumah saya melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering. Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya tidak dapat menelan.Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak, antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia1 Apakah perkara yang diadukan oleh pemilik suara kepada ‘saya’?A Sakit kepala kerana makan ikan kering.B Ketiadaan makanan akibat banjirC Nana tidak menjenguknya langsung.D Hujan lebat selama empat hari menyebabkan banjir.2 Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan ini?A Kesan banjir iaitu menyebabkan kekurangan bahan makanan dan ancaman nyawa.B Persengketaan dalam hubungan kekeluargaan.C Perniagaan yang berkembang semasa berlakunya bencana. D Kepentingan pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan.3 Berikut merupakan pernyataan yang benar berdasarkan petikan, kecualiA aktiviti laut wajib ditangguhkan kerana hujan lebat dan renyai menyilih ganti.B empunya suara tua terperangkap di dalam banjir tanpa bekalan makanan. C ‘saya’ terburu-buru mendail nombor rumah rakannya. D ‘saya’ sudah mempunyai suami dan anak-anak. 6 Komsas BAHAGIANPraktis 1 Objektif
59 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pemandu kereta api yang baru sahaja melangkah keluar memandang mereka kehairanan. Ada riak cemas terpamer pada wajahnya. Lelaki beruban itu terburu-buru berjalan ke arah mereka.“Tuan Binjah,” tegur si pemandu kereta api. “Ada berita buruk!”Mata lelaki bernama Binjah itu terbeliak. “Apa dia, Sidek?”“Kem balak di timur kacau-bilau. Ada kumpulan katak raksasa menyerang.” Dodo dan Misa tersentak.“Tujuh orang mati, tuan. Dua puluh lagi cedera.”Kesemua mereka terpegun.Menurut Sidek, beratus-ratus ekor haiwan itu menyertai setiap satu serangan. Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati.“Qadqad … qraakkk!”Bunyi itu tiba-tiba kedengaran dari arah laluan kereta api. Sejurus kemudian, deru loncatan tinggi muncul dari hutan, mengiringi objek-objek bagaikan bola bertanduk yang terbang laju. Kawasan itu seolaholah diserbu lingkaran reben gergasi hijau kuning yang diliukkan angin.Dipetik daripada cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa,Kementerian Pendidikan Malaysia1 Maksud rangkai kata terburu-buru dalam petikan di atas ialah A bergegas-gegas.B lintang-pukang.C tergesa-gesa. D cepat-cepat. 2 Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan ini?A Persahabatan antara dua belah pihak.B Kekejaman manusia terhadap haiwan.C Kepentingan menguasai strategi peperangan. D Kasih sayang manusia terhadap haiwan.3 Apakah yang berlaku di kem balak di timur?A Berpuluh-puluh orang mati dan cedera di kem itu.B Sidek membunuh keluarga haiwan yang terperangkap. C Keadaan kacau-bilau kerana diserang katak raksasa.D Diserbu lingkaran reben gergasi hijau kuning.Praktis 2 Objektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 60Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Memerang laki bini pun berdatangkan sembah dengan nyaring suaranya. “Daulat tuanku, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun; yang sedia terjunjung di atas otak batu kepala patik hamba yang hina, yang kedua permaklumkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli yang Maha Mulia darihal diri patik yang kedua ini sangatlah dianiaya oleh Perdana Menteri tuanku, Syah Alam di Rimba. Sepeninggal patik mencari ayapan didik itu patik tinggalkan ketujuh ekornya menunggu pondok. Hatta patik pun pulang daripada mencari ayapan itu, patik lihat anak didik itu, tuanku, berkaparan di halaman pondok patik habis mati semuanya sekali, setengah pecah kepala, setengah patah kaki patah tangannya. Diperiksa dilihat baik nyatalah bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba, tuanku. Berkeciak sahaja merata-rata halaman patik itu dan merata-rata kepala buaian-buaian anak didik itu. Pada fikiran patik sah dengan nyatanya Syah Alam di Rimba membunuh anak-anak didik itu.”Hatta setelah didengar oleh Nabi Allah Sulaiman akan sembahan memerang kedua laki bini itu, termenung seketika hairan akan kelakuan menterinya Syah Alam di Rimba perbuat aniaya ke atas rakyat tentera, tiada berpatutan sekali-kali itu. Baginda pun bertitah kepada unggas belatuk menyuruh memanggil Syah Alam di Rimba. Belatuk pun menyembah lalu segera terbang ke tempat Syah Alam di Rimba, katanya, “Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan.”Dipetik daripada prosa “Pelanduk Mengajar Memerang”, antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia1 Apakah perkara yang diadu oleh memerang laki bini kepada Nabi Allah Sulaiman?A Kekurangan sumber makanan di rimba. B Isu pergaduhan memerang laki bini. C Anak-anak mereka mati dipijak.D Pondok mereka telah dimusnahkan.2 Bagaimanakah perwatakan memerang laki bini berdasarkan petikan di atas?A PenyayangB PemurahC PemaafD Rajin3 Antara berikut, yang manakah tidak dinyatakan dalam petikan?A Anak didik memerang mati akibat perbuatan Syah Alam di Rimba.B Memerang laki bini menyembah Nabi Allah Sulaiman kerana anak didiknya dibunuh.C Nabi Allah Sulaiman menyuruh belatuk memanggil Syah Alam di Rimba ke balai penghadapan.D Syah Alam di Rimba diperintahkan oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menanggung dosa. Praktis 3 Objektif
61 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.PANTUN NASIHAT4 Pulau di balik Pulau Gosong,Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan.5 Hangus bertih berwarna merah,Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.6 Anak Cina membawa surat,Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.7 Pisang kelat digonggong helang,Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia Apakah nasihat pengarang dalam pantun di atas?Berbuat baik hanya semasa membawa diri. Menenangkan diri di taman bunga sekiranya dimarahi oleh isteri.C Bersiap sedia untuk mengorbankan nyawa jika tersilap berkata-kata.D Jangan mengeluarkan kata-kata sesuka hati kerana dapat membinasakan diri.2 Apakah nilai yang boleh diperoleh daripada pantun tersebut?A AdilB GigihC Bekerjasama D Hemah tinggiJangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. 3 Nyatakan kata hikmat yang sesuai dengan pernyataan di atas. A Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang B Hidup ini adalah suatu perlumbaan C Pandu cermat jiwa selamat D Bertangguh pencuri masa Praktis 4 Objektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 62Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.PANTUN KASIH SAYANG1 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan.2 Asap api di Tanjung Tuan,Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah.3 Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai;Melihat bulan dipagar bintang,Bagaikan rasa hendak dicapai. 4 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang;Pura-pura mencari ayam,Ekor mata di anak orang. 5 Bila masa dipanggil laut,Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi.Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara)Antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia Apakah maksud rangkap keempat pantun ini? Mencari bantuan untuk menangkap ayam. Ziarah-menziarahi merupakan suatu amalan yang mulia.C Berpura-pura mencari sesuatu benda tetapi mata cuba melihat seorang gadis.D Menjalinkan hubungan yang lebih baik antara dua belah pihak.2 Apakah persoalan yang terdapat dalam pantun ini?A Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.B Hubungan kekeluargaan yang tidak akan putus.C Keikhlasan dalam persahabatan.D Ketentuan jodoh manusia iaitu walaupun berjauhan, tetap akan dapat hidup bersama jika ada jodoh.3 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pantun?A Jika sudah jodoh, pasti akan berjumpa dengan orang yang disayanginya. B Orang yang disayangi memiliki senyuman yang lebih manis daripada gula. C Penyair tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap orang yang disayanginya. D Penyair berpura-pura melihat benda lain kerana malu memandang seseorang yang dikasihinya. Praktis 5 Objektif
63 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Semua orang dah setuju, Mak Wan. Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah. Dek sebab dua petak tu, semua kerja tergendala. Mak Wan tolonglah nasihatkan anak bujang Mak Wan ni.”Kali ini Abang Man bersuara lembut sambil merenung wajah emak.Emak masih menekurkan pandangan ke lantai. Tuk Ketua yang tersandar di dinding sekadar menelinga, seboleh-boleh mungkin tidak mahu campur tangan. Dia masih kekal sebagai pendamai dan pemerhati.Ada debar bertebaran dalam dada Alif apabila melihat emak diam membatu begitu. Entah emak berfikir, entah emak buntu, tiada siapa dapat menduga. Semua orang tiba-tiba bagaikan disua bahang api.“Kami semua mahukan kemajuan. Walaupun kami tak berapa muda macam Alif ni, kami pun nak juga menikmati kemajuan. Nak tengok pembangunan, nak melangkah ke depan. Bukannya berpatah balik ke belakang.”Suara Abang Man terasa berisi gula-gula, kedengaran lunak bahasanya. Emak masih bergeming, tidak mengalihkan tekurannya walau segarit.“Anak Mak Wan ini kan belajar di universiti? Dengarnya ada ijazah ekonomi. Tak kan budak universiti macam dia nak buat kerja kampung begini? Eh, betulkah dia tamat belajar? Entah-entah dia tak lulus periksa, itu yang beria-ia sangat nakkan petak tu … sebab tak dapat kerja lain!”Suara Abang Man kali ini berubah nada cabul. Terangkat kepala emak. Terpanggung kepala Tuk Ketua.Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas”, antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia1 Mengapakah Abang Man menyuruh emak menasihati Alif?2 Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.3 Tindakan Abang Man menuduh Alif tidak habis belajar adalah tidak wajar. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Berikan dua alasan anda.Praktis 6 Subjektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 64Baca petikan drama berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.PENDAKWA RAYA : Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak akan memijaknya. Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan hukuman yang seberat-beratnya ke atas Bulat bin Leper. Sekian, yang arif, terima kasih.HAKIM : Ya, peguam bela… kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.PEGUAM BELA : Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka, dengan itu, ternyatalah Bulat bin Leper tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus … bukannya Bulat bin Leper. Sekian, hujahhujah saya.HAKIM : Pendakwa raya? Ada apa-apa lagi?PENDAKWA RAYA : Mahkamah ini untuk manusia, bukan untuk binatang. Macam mana kita nak hukum kambing.PEGUAM BELA : Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya kambing itulah yang perlu dihukum.PENDAKWA RAYA : Kalau tidak ada yang mahu mengaku?PEGUAM BELA : Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang berwajib.Dipetik daripada drama “Mahkamah”, antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia1 Apakah hujah-hujah pendakwa raya sehingga beliau mahu Bulat bin Leper dijatuhkan hukuman setimpal? 2 Berdasarkan petikan, jelaskan dua perwatakan peguam bela. 3 Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika hakim tidak berlaku adil dalam sesuatu kes yang dikendalikannya? Praktis 7 Subjektif
65 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.PADA SEKUNTUM MAWARSehelai kelopakmu guguradalah titis air mata bondayang luruh dalam lipatan usia.Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombakseperti telah menutuppintu kehidupan inimenjadi sepi dan larapada kemusnahan yang tak pernah dipinta.Sekuntum mawarbukan melontar harum indahmudi hujung lembahtapi mengangkat seri mahkotamuke puncak iman.Mahwa Mohamed Antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan harapan pengarang terhadap ‘sekuntum mawar’?2 Nyatakan dua gaya bahasa sajak ini berserta contohnya.3 Pada pendapat anda, apakah peranan keluarga untuk memastikan golongan remaja tidak terjebak dalam gejala negatif? Praktis 8 Subjektif
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 66Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob(ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman SaniNilai ialah sikap ketertinggian seseorang atau sesebuah masyarakat dari segi pemikiran dan tindakan.Berdasarkan novel yang anda kaji itu, nyatakan dua contoh peristiwa yang memperlihatkan nilai kerjasama.7 Novel BAHAGIANPraktis 1
67 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob(ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman SaniPersoalan tentang nilai ketabahan terdapat dalam novel yang anda pelajari. Huraikan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.Praktis 2
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 68Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob(ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman SaniBiasanya, watak utama dapat dijadikan contoh teladan kepada pembaca.Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan bagi watak utama yang dapat dijadikan teladan.Praktis 3
69 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Bahagian A[15 markah]Jawab semua soalan.Soalan 1 – 2Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Bendahara memerintahkan tukang masak istana menyediakan santapan untuk sultan sebaik sahaja sampai di istana.A beta C tuankuB patik D bagindaSoalan 2 berdasarkan gambar di bawah. Abang yang sedang menuntut di luar negara mendapat A kiriman C pemberianB hantaran D bungkusanSoalan 3 – 4Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.3 I Pemuda itu dikenakan hukuman yang berat kerana mencolek anak orang kaya.II Ragam anak kecil itu mencolek hati para tetami dalam majlis tersebut.III Fayadh gemar mencolek makanan yang sedang disediakan oleh ibunya dengan hujung jarinya.IV Ibu menegur ayah kerana gemar mencolek tahi telinga dengan hujung jari.A I dan II sahaja C I, II dan III sahajaB III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja4 I Kebakaran itu telah menyebabkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit.II Latihan kira-kira yang diberikan oleh gurunya sudah disiapkan malam tadi.III Ahmad sedang kira-kira hendak pergi ke bandar atau tidak hari ini.IV Ali kira-kira tidur semasa namanya dipanggil oleh gurunya. A I dan II sahaja C I, II dan IV sahajaB III dan IV sahaja D II, III dan IV sahajaKERTAS 1UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 70Soalan 5 – 6Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan5 Hadif sukakan durian yang dikutip dari kebun bapa saudaranya.A suka durian C suka akan durianB sukai durian D sukakan durian 6 Perpustakaan awam terletak di antara kedai basikal dan sekolah memandu.A antara kedai basikal dan sekolah memanduB di antara kedai basikal dengan sekolah memanduC antara kedai basikal dengan sekolah memanduD di antara kedai basikal dan sekolah memandu Soalan 7 – 8Pilih ayat-ayat yang betul.7 I Beg yang besar itu tidak terangkat oleh kakak.II Kerajaan sedang memperkasakan pendidikan TVET di negara ini.III Bilik air yang rosak itu telah dibaiki oleh saya sebentar tadi.IV Basikal yang baharu dibelinya semalam kena langgar lori.A I dan II sahaja C I, II dan III sahajaB III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja8 I Cik Ani bekerja siang dan malam untuk membiayai rawatan anaknya di hospital. II Amir menceritakan kejadian ribut yang telah merobohkan rumahnya kepada wartawan.III Chun Bin mengandar barang-barang yang hendak dibawanya ke perkhemahan di sekolahnya.IV Sultanah pergi ke majlis jamuan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkemuka. I dan II sahaja C I, II dan III sahajaB III dan IV sahaja D II, III dan IV sahajaSoalan 9Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang berhuruf tebal.9 Aiman mengajak kawan baiknya berkunjung ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran jika dia mempunyai masa lapang.A Kawan baik Aiman mengajaknya berkunjung ke rumahnya untuk mengulang kaji pelajaran jika anda mempunyai masa lapang.B Jika kawan baik Aiman mempunyai masa lapang, dia mengajak kawan baiknya itu mengulang kaji pelajaran di rumahnya.C Aiman dan kawan baiknya mengulang kaji pelajaran bersama-sama sekiranya mereka mempunyai masa lapang.D Jika kawan baik Aiman mempunyai masa lapang, kawan Aiman mengajaknya mengulang kaji pelajaran.Soalan 10Pilih peribahasa yang paling sesuai.Adik membaca buku dengan bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah semakin hampir. Dia ingin mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang.10 Kata hikmat yang paling tepat untuk menjelaskan situasi di atas ialah
71 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)A kata mesti dikota. C membaca jambatan ilmu.B bertangguh pencuri masa. D badan cergas, otak cerdas.Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah.Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.Jelas dalam mindanya akan petak-petak sawah berbuah emas di Seberang Perak yang pernah dikunjunginya dalam usaha mengumpul pengalaman dan maklumat. Betapa perasaan bangga menusuk hati ketika menggenggam buah padi keemasan itu. Waktu menghidu harum wangi padi yang baru dituai, ingatannya melayang kepada abah. Kenangan dia membantu abah menuai pada waktu kecil-kecil dahulu masih ranai dalam ingatan. Abah, anak abah ini akan kembali menyambung tugas abah tetapi dengan kaedah yang lebih canggih dan terancang.Ini zaman moden, zaman serba maju Alif berazam membawa kemajuan dengan cara tersendiri. Menjadi petani alaf baru ini tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan berselut badan merembas menerung yang degil liat. Kerja itu semua dapat dilaksanakan dengan mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus mengotorkan tubuh. Tidak lagi perlu terbongkok-bongkok mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong tertutup separuh layar. Dengan jentera tuai, petak sawah akan terang lapang dalam masa yang singkat.Dipetik daripada Cerpen ‘Menuai Emas’, antologi Baik Budi, Indah BahasaKementerian Pendidikan Malaysia11 Maksud rangkai kata menusuk hati ialahA menyedihkan jiwa. C menyentuh perasaan.B mencucuk perasaan. D menimbulkan kemarahan.Menjadi petani alaf baru ini tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan berselut badan merembas menerung yang degil liat. Kata-kata hikmat yang sesuai untuk situasi di atas ialahA bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.B di mana ada kemahuan di situ ada jalan.C biar lambat asalkan selamat.D hidup ini suatu perlumbaan. 13 Persoalan yang terkandung dalam petikan cerpen ialahA persoalan kerinduan kepada bapa.B persoalan kasih sayang kepada bapa.C persoalan kegigihan untuk mengubah masa hadapan.D persoalan keazaman mengubah kehidupan dengan cara yang moden.14 Berikut ialah masalah pertanian tradisional, kecualiA tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan berselut.B badan merembas menerung yang degil liat.C terbongkok-bongkok mengerat padi.D harus mengotorkan tubuh.15 Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang petikan?A Sawah-sawah itu merupakan peninggalan ayah AlifB Alif menggunakan jentera tuai untuk mengusahakan sawahnya C Petak-petak sawah peninggalan ayah Alif terletak di Seberang Perak D Alif menggunakan kaedah tradisional untuk memajukan sawahnya
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 721 Dalam petikan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Balairaya Kampung Kenangan akan dibaik pulih pada bulan August nanti. Penduduk kampung diminta bersabar kerana tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti di situ selama sebulan. Sebarang mesyurat, perjumpaan penduduk dan aktiviti lain boleh diadakan di rumah ketua kampung sementara menunggu kerja-kerja baik pulih itu siap.Salah Betul(i)(ii)[2 markah2 Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapanbetul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Amiruddin dipilih sebagai ketua pengawas di sekolahnya kerana mengandungi sahsiah yang baik.Salah Betul(ii) Barisan panel hakim-hakim yang mengadili pertandingan bahas peringkat negeri itu terdiri daripada beberapa orang pensyarah dan guru kanan. Salah Betul[2 markah3 Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.(i) Zaidi sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu menjadi seorang doktor.Ayat tunggal 1Ayat tunggal 2(ii) Meena masih mencari anak kucingnya yang hilang petang semalam.Ayat tunggal 1Ayat tunggal 2[4 markahBahagian B[30 markah]Jawab semua soalan.
73 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata hikmat yang sesuai.(i)(ii)5 Baca bahan-bahan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1Nasibmu BadakKalau hendak tuju ke seberang,Kala ketam cari kemangi;Populasi badak kian berkurang,Masih terancam walau dilindungi.Kala ketam cari kemangi, Hujung tepian angin menderu; Masih terancam walau dilindungi,Tanpa ihsan kejam diburu.Hujung tepian angin menderu,Lebat berbuah ranum bidara; Tanpa ihsan kejam diburu,Pelihara khazanah berharga negara.Lebat berbuah ranum bidara;Lalu dipetik raga diisi;Pelihara khazanah berharga negara,Spesies unik tatapan generasi.Lalu dipetik raga diisi, Makin luak buat rincisan; Spesies unik tatapan generasi,Terus dibiak elak kepupusan.Saripah binti Khalit,Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3Kementerian Pendidikan Malaysia
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 74 Bahan 2 Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Malaysia kini diancam masalah kepupusan pelbagai jenis hidupan liar sama ada flora mahupun fauna yang serius. Lebih memeranjatkan lagi kerana terdapat beberapa spesies haiwan liar yang sudah pupus dan tidak ditemui lagi di habitat asalnya di hutan simpan kekal mahupun taman negara di Malaysia. Selain itu, haiwan liar lain seperti gajah, tapir, harimau Malaya, napuh, orang utan, rusa samba, beruang matahari, kambing gurun, seladang dan burung kuang pula kini di ambang kepupusan dan sukar ditemui di habitat semula jadinya di hutan. Tiga punca utama masalah kepupusan hidupan liar di Malaysia ialah kegiatan pembukaan tanah secara besar-besaran untuk tujuan pertanian dan pembangunan hartanah, aktiviti pemburuan dan pembalakan haram yang berleluasa. Haiwan seperti rusa sambar, seladang serta beruang matahari pula lambat membiak dan hanya melahirkan anak antara satu atau dua ekor pada satu-satu masa turut memberikan kesan kepada kemandirian spesies berkenaan.Dipetik dan diubah suai daripada “Hidupan Liar Malaysia di Ambang Kepupusan”, oleh Haika Khazi, Berita Harian, 12 April 2016(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca kepupusan haiwan di negara kita.[3 markah(ii) Berdasarkan Bahan 1, jelaskan dua nilai yang diketengahkan dalam bahan tersebut.[3 markah(iii) Haiwan liar perlu dilindungi dan dibiakkan supaya tidak mengalami kepupusan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melindungi haiwan liar selain dibiakkan?[4 markah6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob(ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman SaniPenulis sering mengetengahkan tema sebagai idea utama dalam sesebuah penulisan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan tiga contoh peristiwa yang bersesuai dengan tema yang diberikan. [10 markah
75 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca jenayah ragut dalam kalangan masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataanAnda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.Bagi penjenayah, ragut merupakan perbuatan yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja. Hal ini demikian kerana hanya dalam beberapa saat, dompet, telefon atau beg tangan boleh dilarikan oleh peragut. Oleh sebab itu, peragut mampu melakukan “kerja mudah” ini berulang kali dalam sehari. Mereka berasa seronok setelah berjaya sekali menyebabkan mereka terdorong untuk mengulanginya. Walaupun kita sering berhati-hati, namun peragut yang tidak berhati perut ini tidak mengenal mangsa.Pelaku jenayah ragut semakin berleluasa kebelakangan ini. Mereka sentiasa memerhatikan sekeliling dan akan mengambil peluang apabila situasi sesuai. Keputusan untuk melakukan jenayah ini dibuat dalam sekelip mata sahaja. Tidak dinafikan, kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan turut terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Oleh itu, cara mudah bagi mereka mendapatkan wang untuk membeli dadah adalah dengan meragut. Selain itu, terdapat juga peragut yang melakukan jenayah ini semata-mata untuk mendapatkan wang tambahan bagi membeli barangan berharga kerana gaji bulanan yang diterima tidak mencukupi. Lebih menyedihkan, jenayah ragut kini turut melibatkan unsur kekerasan dan mengakibatkan kematian. Sungguh memilukan apabila mendengar berita mengenai mangsa ragut yang terbunuh ketika cuba mempertahankan barangan berharga milik mereka.Bagi mangsa pula, mereka terpaksa menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan. Mereka juga mengalami trauma yang mengganggu mental dan emosi seperti perasaan takut, tekanan perasaan serta rasa rendah diri. Memandangkan kes jenayah ragut semakin meruncing, penguatkuasaan undang-undang hendaklah diperketat. Hal ini demikian kerana jenayah ragut bukan sahaja menjejaskan nama baik negara, malah melumpuhkan aktiviti harian dan merisikokan keselamatan rakyat. Dipetik dan diubah suai daripada“Perangi Jenayah Ragut Perlu Pengorbanan Orang Ramai”https://shaifulbahri.blogspot.comBahagian C[15 markah]Jawab semua soalan.Meniti Impian Jejak MONPUSJalan ke PuncakDarah Titik di Semantan Novel TemaKesungguhan seorang pelatih kursus kemahiran dalam usaha mencapai kejayaan sebagai tukang perabot yang berjaya Kegigihan remaja menghasilkan formula untuk menangani serangan ulat bulu di kampungnya walaupun menempuh pelbagai cabaran Kegigihan seorang pemuda berdikari untuk membina kecemerlangan kerjaya masa depannya Semangat patriotik dalam kalangan anak watan untuk membebaskan tanah air daripada penjajah
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 76Bahagian A[10 markah]Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Pelbagai usaha untuk mengekalkan permainan tradisional mesti dilakukan agar permainan ini terus dimainkan oleh generasi kini dan akan datang. Jelaskan usaha-usaha tersebut.2 Permainan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut.3 Anda dikehendaki menulis laporan mengenai pertandingan layang-layang yang diadakan di kampung anda baru-baru ini. Sediakan laporan itu selengkapnya. Bahagian B[30 markah]KERTAS 2Kebaikan Amalan Menabungmelatih diri berjimat cermatkegunaan masa hadapan mendapat faedah atau bonus kegunaan ketika kecemasan
Tingkatan2KSSM Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak: RM7.50: RM7.90Bahasa MelayuJudul-judul dalam siri ini:Subjek/ Tingkatan 1 2 4 5Bahasa MelayuBahasa InggerisMatematikSainsFizikKimiaBiologiSejarahPendidikan MoralPendidikan Islam39 786294 858213ISBN 978-629-485-821-3Siri Smart Practice Plusmerupakan sumber praktis terbaik yang ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelbagai bentuk soalan dalam buku ini disusun mengikuttopik dan kemahiran sertaberdasarkan tema buku teks bagi membantu murid-murid mengukuhkan pemahaman dalam subjek yang dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. fifffflffiflfffflffifffi