2.0 Hanijah Selamat BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 TINGKATAN4BAHASAMELAYUMODULEPERFECT20Maklumat Tambahan Pengetahuan Am Jawapan KOD QR Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT Kertas Model SPM CIRI EKSKLUSIF BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
iii © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Jadual Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 viii TEMA 1 Merealisasikan Impian 1-5 Kitalah Juara! 1 Menawan Samudera 2 Jutawan Sukan 3 Lautan Api Kurenangi 4 Tangan yang Menggoncang Dunia 5 TEMA 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera 6-11 Nutrien untuk Minda 6 Bahasa Melayu di Persada Dunia 7 Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat 8 Malaysia Membaca 10 Membawa Dunia ke Bilik Darjah 11 TEMA 3 Memetik Bintang 12-17 Kerjaya di Awan Biru 12 Saksi Senyap Rungkai Misteri 13 Dari Titik ke Titik 14 Menjulang Potensi Diri 15 Harapan Setinggi Gunung 16 TEMA 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah 18-23 Semerah Rozel 18 Terbaik dari Kolam 19 Realisasikan Impian 20 Serikandi Berjasa! 21 Sinar Baharu Penternak Jaya 23 KANDUNGAN
35 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. TP Dengar audio Imbas Saya dan analisis maklumat dalam bahan pada halaman 86 dan 87 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian jelaskan. MUAFAKAT KORPORAT - Mendengar & Bertutur TEMA 7 DEMI KEDAMAIAN 1 Fungsi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau NIOSH adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dalam sektor pekerjaan termasuklah sekolah. 2 Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah diperkenalkan kerana terdapat banyak kemalangan dilaporkan di sekolah yang melibatkan para guru, kakitangan dan murid. 3 Dua ciri penting sekolah selamat, iaitu: (a) Bebas daripada masalah disiplin dan jenayah. (b) Kemudahan sekolah yang selamat. 4 Warga sekolah boleh bertindak sebagai mata dan telinga pihak pengurusan sekolah dengan cara mengenal pasti ancaman dan menilai risiko. 5 Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja. Melindungi orang lain (murid dan pelawat) daripada aktiviti mereka yang bekerja. Mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dengan kehendak psikologi dan fisiologi mereka yang bekerja. Objektif KKP ⎫ ⎪ ⎪ ⎪ ⎬ ⎪ ⎪ ⎪ ⎭ IMBAS SAYA
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 36 A Baca, analisis dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan pada halaman 88 dan 89 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, catat maklumat dalam bentuk peta pemikiran banding beza. JEBAK DIGITAL PETA PEMIKIRAN : BANDING BEZA - Membaca - Tatabahasa Perbezaan Kes Pesona Cinta Siber – Perkenalan di alam siber – Terjebak dalam cinta jarak jauh – Lemas dengan ayat cinta dan kata-kata manis – Mangsa ingin melepaskan kekasih daripada masalah kewangan yang direka – Mangsa menawarkan bantuan kewangan – Mangsa memberikan wang Perbezaan Kes Penipuan Macau – Perkenalan melalui penyamaran – Terjebak melalui masalah kewangan dan perundangan – Penjenayah licik dan petah berkata-kata – Mangsa cemas, bimbang, bingung dan ketakutan – Sindiket menawarkan bantuan – Sindiket meminta bayaran Persamaan Kes Pesona Cinta Siber dan Kes Penipuan Macau – Melalui panggilan telefon – Tidak pernah bertemu – Penipuan wang ringgit – Sedar setelah wang diberikan – Tidak dapat wang semula (Peta pemikiran berdasarkan jawapan murid)
37 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. TP SP 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. B C Kenal pasti kata adjektif yang terdapat dalam bahan pada halaman 88 dan 89 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Bina lima ayat menggunakan lima kata adjektif yang terdapat dalam B. Jenis Kata Adjektif Kata Adjektif dalam Bahan 1 Sifatan atau keadaan kuat, canggih, lurus, pendiam, baru, berani, nekad, licik, petah, palsu, sahih, lanjut, pelik,sulit 2 Warna hitam 3 Ukuran besar, pendek, panjang 4 Bentuk bulat-bulat 5 Waktu segera, singkat, lambat, panjang 6 Jarak jauh 7 Cara sering, mudah, ringkas, terang-terangan, sepandai-pandai, sewenangwenangnya, bersungguh-sungguh 8 Perasaan cinta, lemas, mempesonakan, ragu-ragu, gundah-gulana, cemas, panik, gawal, hasad 9 Pancaindera manis, pahit 1 Kata Ajdektif Warna hitam Ayat Nenek Kogila menyapu minyak kelapa pada rambut cucunya supaya hitam berkilat. 2 Kata Ajdektif Bentuk bulat-bulat Ayat Ibu menguli doh roti itu bulat-bulat sebelum diperap selama empat jam sebelum dibakar. 3 Kata Ajdektif Waktu lambat Ayat Imran dan Syamil lambat datang ke sekolah menyebabkan mereka didenda oleh guru disiplin. 4 Kata Ajdektif Cara bersungguh-sungguh Ayat Pihak berkuasa sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras jenayah siber. 5 Kata Ajdektif Perasaan cemas Ayat Laila berasa cemas apabila menerima panggilan yang mendakwa bahawa dia telah terlibat dalam jenayah berat.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 38 SP 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. TP GERUH-GERAH BADAN AIR A Tulis perenggan pendahuluan jenis persoalan, statistik dan gabungan menggunakan maklumat dalam bahan pada halaman 90 dan 91 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Contoh pendahuluan dalam Imbas Saya. IMBAS SAYA - Menulis Pendahuluan Jenis Persoalan Berdasarkan jawapan murid Pendahuluan Jenis Statistik Berdasarkan jawapan murid Pendahuluan Jenis Gabungan Berdasarkan jawapan murid
39 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) GEMA BELANTARA - Mendengar & Bertutur - Seni Bahasa A B Sampaikan semula bahan pada halaman 92 dan 93 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dalam bentuk forum di dalam kelas. Sambung skrip drama di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai dan menarik berdasarkan bahan tersebut. Najwa dan Najiha sedang berbual-bual di dalam kelas sewaktu ketiadaan guru. Najwa : Ada satu cerita yang hendak saya sampaikan kepada awak. Najiha: Wah, macam menarik saja! Najwa : Bukan menarik, tetapi mendebarkan dan menakutkan. Najiha: Cuba awak ceritakan. Saya sedia mendengarnya. Najwa : Minggu lepas, keluarga saya bercuti ke Kelantan. Kami melalui Banjaran Titiwangsa. Tibatiba sekawan gajah melintas jalan. Najiha : Betulkah begitu? (Najiha memandang tepat ke arah Najwa dengan rasa teruja) Najwa : Bapa saya memberhentikan kereta kerana tidak mahu bunyi enjin kereta menarik perhatian gajah- gajah tersebut. Najiha : Makin menarik cerita awak ni. Apa berlaku seterusnya? (Najiha makin teruja) Najwa : Rupanya gajah itu terkejut. Seekor gajah yang paling besar cuba menghampiri kereta kami. Kami sekeluarga mula panik. Gajah tersebut kelihatan naik minyak. Najiha : Pengalaman awak ini sangat mencemaskan. Apa kesudahannya? Najwa : Mujurlah tiba-tiba ada beberapa orang asli keluar dari kawasan hutan dan menghalau gajah-gajah tersebut. Najiha : Mengapakah gajah itu berkelakuan begitu? Najwa : Pada pendapat saya, gajah ini dalam keadaan terancam. Habitat mereka mungkin telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan dan juga pembangunan. Najiha : Syukurlah awak sekeluarga selamat. Tajuk Forum: Interaksi Manusia dengan Belantara Pengerusi: Nama murid Panel 1: Nama murid Panel 2: Nama murid Panel 3: Nama murid
41 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) TENTANG BULAN A B Lengkapkan perenggan isi di bawah dengan menganalisis maklumat dalam bahan pada halaman 94 dan 95 Buku Teks Buku Teks Bahasa Melayu. Bina perenggan isi lain dengan huraian yang jelas dan kritis berdasarkan maklumat dalam bahan pada halaman 94 dan 95 Buku Teks Buku Teks Bahasa Melayu. - Menulis Tajuk Karangan: Misi Suci Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Jenis Ayat Idea Ayat Topik (AT) BSMM menjalankan misi bantuan bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain yang ditimpa musibah. Ayat Huraian (AH) Misi bantuan ini adalah untuk meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan mangsa. Ayat Huraian (AH) Selain itu, misi bantuan ini dilakukan secara sukarela kepada mangsa yang sakit, cedera dan menderita akibat bencana atau musibah. Ayat Contoh (AC) Sebagai tamsil, BSMM menghantar bantuan kemanusiaan, mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi ke Kathmandu, Nepal pada 2015. Ayat Kesan (AK) Impaknya, lebih banyak nyawa dapat diselamatkan dengan bantuan para sukarelawan serta kepakaran yang tertentu. Ayat Kesan (AK) Di samping itu, beban negara yang terlibat dengan musibah dapat diringankan sekali gus mengeratkan hubungan antara negara. Ayat Penegasan (AP) Tegasnya, misi bantuan yang dilaksanakan oleh BSMM ini sangat memberikan manfaat kepada mereka yang ditimpa musibah. Berdasarkan jawapan murid SP 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. TP
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 42 SP 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. TP Dengar soalan menerusi Imbas Saya pada halaman 102 dan 103 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, kenal pasti soalan dari segi jenis soalan, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa berdasarkan bahan. RUMAH PUSAKA SUTAN MANGATAS - Mendengar & Bertutur TEMA 8 DALAM LIPATAN KENANGAN Panduan Mengenal Soalan Jenis Soalan Kesesuaian soalan Kesesuaian Masa – soalan dengan kata tanya – soalan tanpa kata tanya – soalan terbuka – soalan tertutup – mengikut usia – mengikut status sosial – mengikut situasi – sesuai – sensitif Imbas Saya Halaman 102 Jenis soalan Kesesuaian soalan Kesesuaian masa Soalan 1 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sesuai Soalan 2 Soalan dengan kata tanya Terbuka Status sosial Sesuai Soalan 3 Soalan dengan kata tanya Terbuka Usia Sensitif Soalan 4 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sensitif Soalan 5 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sesuai Soalan 6 Soalan tanpa kata tanya Tertutup Usia Sensitif Imbas Saya Halaman 103 Jenis soalan Kesesuaian soalan Kesesuaian masa Soalan 1 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sesuai Soalan 2 Soalan dengan kata tanya Terbuka Status sosial Sesuai Soalan 3 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sesuai Soalan 4 Soalan dengan kata tanya Terbuka Situasi Sesuai Soalan 5 Soalan tanpa kata tanya Tertutup Status sosial Sesuai Soalan 6 Soalan dengan kata tanya Tertutup Status sosial Sesuai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 44 SP 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. SP 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. TP B C Kenal pasti dan senaraikan dua kata tugas bagi setiap praklausa dan pascakata yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. Bina satu perenggan ringkas menggunakan kata prakluasa dan kata pascakata tersebut. Kata Praklausa Kata Pascakata Seru cis nah Penekan sesungguhnya setepat-tepatnya Tanya siapakah apa Pembenda cekapnya mudahnya Perintah ayuh jangan Pembenar ya benar Pangkal ayat hatta syahadan Berdasarkan jawapan murid Kata pascakata 1 Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan, iaitu “-nya” yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 2 Kata penekan untuk memberikan penegasan. Contoh: sesungguhnya 3 Manakala kata pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Contoh: lajunya Kata Praklausa 1 Perkataan yang terletak di hadapan klausa. 2 Terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkat ayat.
45 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A B Teliti bahan pada halaman 106 dan 107 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, lengkapkan perenggan kesimpulan di bawah. Bina perenggan kesimpulan lain menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik berdasarkan bahan tersebut. SEJARAH MENDEWASAKAN KITA SP 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. TP Berdasarkan jawapan murid - Menulis Tema: Kepentingan Mempelajari Sejarah Kategori Ayat Ayat Lengkap Kesimpulan Akhirul kalam, semua pihak haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan sejarah negara kita terpelihara dengan baik. Cadangan Pihak kerajaan hendaklah memberikan kesedaran yang bersungguh-sungguh kepada generasi hari ini. Huraian Hal ini sangat penting supaya generasi kini dan akan datang tidak melupakan akar umbi kehidupan mereka. Amaran Sekiranya masyarakat melupakan sejarah, tidak mustahil titik hitam negara akan berulang semula. Harapan Diharapkan Malaysia akan dapat melahirkan masyarakat yang cakna akan asalusul masing-masing agar pisang tidak berbuah dua kali. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya – George Santayana Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 46 TEKSTIL WARISAN • Menekap penerap yang telah dilekat gam pada kain. • Gunakan kain yang telah digerus dengan siput gerus. • Menanggalkan perada emas yang tidak bergam. • Penerap ditekap pada lengan yang bergam. • Menyapu gam Arab pada lengan dengan sudip. • Menekap perada emas di atas kain yang telah bergam. Pergerakan Langkasuka dengan sokongan daripada Yayasan Hasanah telah melancarkan kempen ‘Telepuk: Memulihara Warisan Seni Tradisional’ pada tahun 2020 dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk bengkel-bengkel, menjalankan penyelidikan dan dokumentasi serta mengenal pasti pengusaha yang berminat dan berpotensi. Dipetik dan diubah suai daripada “Menghidupkan Kembali Warisan Seni Telepuk”, mymntnews.com A Dengar audio Imbas Saya pada halaman 108 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan sebut semula fakta. Kemudian, susun fakta dan hujah di bawah menggunakan peta pemikiran. - Mendengar & Bertutur - Seni Bahasa Gunakan kain yang telah digerus dengan siput gerus. Kain yang halus dan padat tenunannya. Penerap dengan motif tradisional. Menekap penerap yang telah dilekat gam pada kain. Menyapu gam Arab pada lengan dengan sudip. Menekap perada emas di atas kain yang telah bergam. Penerap ditekap pada lengan yang bergam. Menanggalkan perada emas yang tidak bergam. 1 4 2 5 3 6 Proses Menelepuk
47 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B Berdasarkan bahan, lengkapkan skrip drama tentang pengalaman menjalankan usaha dan menghidupkan tekstil warisan. Watak : Tiga orang sahabat murid tingkatan 4: Halim, Farhana dan Suhaili Pengusaha seni telepuk: Puan Asma Masa : Pagi Suasana: Bengkel seni telepuk yang diusahakan oleh Puan Asma. Ada beberapa orang sedang sibuk melakukan proses menelepuk. (Halim, Farhana dan Suhaili melakukan kajian tentang seni telepuk. Mereka ke bengkel Puan Asma untuk membuat kajian secara lapangan untuk mengetahui seni telepuk dengan lebih mendalam.) Halim : Assalamualaikum Puan Aminah. Saya Halim yang menghubungi puan semalam. Ini pula rakan-rakan saya, Farhana dan Suhaili. Puan Asma: Waalaikumussalam. Silakan masuk ke dalam bengkel. Halim : Terima kasih. (Mereka semua masuk ke dalam bengkel) Farhana : Wah, besar juga bengkel puan! Puan Asma: Tidaklah besar sangat. Saya mengusahakannya dengan bantuan beberapa orang rakan dan ahli keluarga. Suhaili : Oh, begitu! Puan, bolehkah kami bertanya beberapa soalan? Puan Asma: Boleh. Marilah kita duduk di sana. (Mereka duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bengkel) Berdasarkan jawapan murid
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48 SP 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. SP 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna.. TP
49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) TERCATAT DALAM SEJARAH Baca dan senaraikan maklumat yang terdapat dalam bahan pada halaman 110 dan 111 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, buat kesimpulan. - Membaca Maklumat dalam Bahan Taiping Bandar Warisan – Nama asal Taiping Klian Pauh yang pada asalnya petempatan kecil. – Penemuan bijih timah telah menarik banyak orang asing. – Nama Taiping bersempena tamat Perang Larut yang bermaksud aman selamalamanya. – Taiping menjadi pusat pentadbiran British dan ibu negeri Perak. – Seni bina bangunan warisan daripada pengaruh Inggeris dan bahan binaan diimport dari China. – Diberi julukan “yang pertama” kerana banyak binaan dan kemudahan awam yang pertama di Malaysia. – Tetap unggul dengan ciri-ciri sejarah dan dikenali sebagai Bandar Warisan. Talibun Ceritera Pertama di Taiping – Nama asalnya Klian Pauh. – Banyak yang pertama di Malaysia dan terkenal. – Taman tasik tempat riadah. – Muzium menyimpan khazanah. – Bukit Larut yang memukau. – Landasan kereta api pertama menggamit nostalgia. – Penjara moden tertua. Kesimpulan Tuntasnya, Taiping merupakan bandar warisan yang kekal dengan ciri-ciri sejarahnya. Semua pihak haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan bandar warisan ini dapat terus dipelihara. Pihak sekolah hendaklah memberikan kesedaran yang bersungguh-sungguh kepada generasi hari ini supaya mencintai dan menghargai keunikan sesebuah bandar warisan. Jika tidak, semua bangunan ini akan dirobohkan lalu melenyapkan sebuah warisan. Diharapkan Malaysia akan dapat melahirkan masyarakat yang cakna terhadap pelestarian bandar warisan. SP 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. TP
51 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) IDENTITIKU A B Baca bahan pada halaman 118 dan 119 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, lengkapkan kesimpulan tentang evolusi kad pengenalan di bawah. Kenal pasti dan kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan tersebut. Kemudian, bina dialog menggunakan kata hubung. TP SP 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. SP 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. Jenis Kata Hubung Kata Hubung dalam Bahan Gabungan atau; dan; serta; tetapi Pancangan relatif yang Pancangan komplemen untuk Pancangan keterangan bagi; jika; kerana; sebagai; sebelum Dialog Aidil: Ayah, dompet saya hilang. Di dalamnya ada duit saku dan kad pengenalan. Ayah: Cuba ingat balik tempat terakhir kamu letak dompet itu sebelum kamu sedar dompet itu telah hilang. Aidil: Semasa saya menaiki bas sekolah tadi saya ada membuka dompet untuk mengambil duit. Saya mahu membayar duit yang saya pinjam daripada Fitri. Ayah: Sudahkah kamu cari di dalam beg dan di dalam bilik kamu? Aidil: Sudah ayah tetapi saya tidak jumpa. Emak: Aidil, kenapa dompet kamu ada di dalam mesin basuh? Aidil : Oh, saya terlupa mengeluarkannya dari dalam poket seluar! Emak: Lain kali jaga dompet itu baik-baik kerana kad pengenalan itu penting. Ayah : Jika hilang, kad pengenalan itu boleh disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Aidil : Baiklah, ayah. Saya akan lebih berhati-hati. - Membaca - Tatabahasa Kesimpulan Pada keseluruhannya, kad pengenalan telah mengalami evolusi sejak tahun 1948 dengan ciri-ciri keselamatan yang sentiasa ditambah baik. Berdasarkan jawapan murid
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 52 AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT A Rujuk bahan pada halaman 120 dan 121 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian bina rangka karangan berdasarkan bahan dan ungkapan yang menarik. - Menulis - Seni Bahasa Serumpun bak serai, sesusun bak sirih Adat pulau limburan pasang Mulut biar manis, hati biar baik Seia sekata Adat hidup bantu-membantu Tutur kata dan hati yang baik Hidup berjiran membawa bahagia Jiran umpama keluarga Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama ikut bertanggungjawab Amalan Hidup Bermasyarakat Pendahuluan – sebahagian daripada masyarakat hari ini mementingkan diri sendiri – sibuk dengan pekerjaan dan gajet – melupakan amalan hidup bermasyarakat – terdapat pelbagai cara mengamalkan cara hidup bermasyarakat Isi 1 Menyertai larian amal di kawasan kejiranan – mengisi masa lapang pada hujung minggu – berbual-bual dengan jiran tetangga berlainan kaum – hubungan silaturahim dapat dijalin Isi 2 Mengadakan sambutan hari perayaan – kunjung-mengunjung semasa hari raya – bertanya khabar – jiran umpama keluarga – saling menghargai perbezaan budaya Isi 3 Kelas tambahan kejiranan – diadakan di dewan orang ramai – disertai anak-anak yang tinggal di kawasan perumahan – dibimbing oleh sukarela dalam kalangan komuniti Kesimpulan – amalan kejiranan perlu dipupuk dan dikekalkan – kerjasama semua pihak -– adat pulau limburan pasang – jika tidak negara tidak akan aman – Malaysia harus dipandang tinggi oleh dunia luar kerana mengamalkan cara hidup bermasyarakat
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 54 C Hasilkan dan persembahkan sketsa tentang kejiranan dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. Cadangan untuk Menghasilkan Projek Sketsa 1 Hasilkan skrip sketsa 2 Tema sketsa: Kejiranan 3 Sediakan peralatan rakaman (video dalam telefon pintar boleh digunakan) 4 Buat rakaman di kawasan yang bersesuaian 5 Persembahkan rakaman video di dalam kelas
55 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) TP SP 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. SP 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Skrip Sketsa Berdasarkan jawapan murid.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 56 MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA TP SP 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. A B Berdasarkan bahan pada halaman 122 dan 123 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysia di luar negara. Berdasarkan bahan tersebut, nyatakan pendapat anda tentang makanan dapat menonjolkan jati diri. KBAT - Mendengar & Bertutur Sememangnya menjadi cabaran bagi pengembara beragama Islam di negara bukan Islam untuk mencari makanan halal dan menepati selera. Begitu juga dengan pengembara atau pemastautin di luar negara, agak sukar untuk mereka mencari restoran yang menyediakan makanan yang bersesuaian dengan cita rasa negara asal. Namun, terdapat anak Malaysia yang membuka restoran di luar negara. Mereka menyajikan pelbagai makanan Malaysia yang pastinya dapat mengubat rindu para pengembara. Restoran MyRasa, Perth Kafe Rasa Malaysia, London • Diasaskan oleh Puan Noor Azlina binti Zainal Abidin. • Menyediakan makanan halal di London. • Diasaskan oleh Encik Jamal bin Kamaludin dan isterinya Puan Juliana binti Md Jali. • Menyediakan makanan halal di Perth. Pada pendapat saya, makanan – makanan mencerminkan masyarakat majmuk – makanan melambangkan ciri kenegerian – makanan menggambarkan ciri geografi
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 58 B Analisis kesalahan bahasa dalam teks pada halaman 125 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan betulkannya. Teks Bantuan Sarawak kepada Mangsa Banjir Kesalahan Bahasa Pembetulan 1 Hamzah Saufi berkata yang bantuan menerusi Hamzah Saufi berkata bahawa bantuan menerusi 2 Sumbangan termasuklah di dalam bentuk pakaian terpakai Sumbangan termasuklah dalam bentuk pakaian terpakai 3 diagihkan kepada mangsamangsa banjir di berapa daerah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa daerah 4 sumbangan disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya 5 paling lewat sekali pada 16 Januari paling lewat pada 16 Januari 6 berbincang dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memohon bantuan menerbangkan sumbangan berbincang dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memohon bantuan bagi menerbangkan sumbangan 7 di antara paling banyak menghantar sumbangan daripada Sarawak antara yang paling banyak menghantar sumbangan dari Sarawak 8 masih mengalukan masyarakat masih mengalu-alukan masyarakat 9 di atas kerjasama menguruskan sumbangan atas kerjasama menguruskan sumbangan SP 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks TP
15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. 2.0 Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 2.0 9 786297 573823 ISBN 978-629-7573-82-3 MGF4