Latihan Topikal Berdasarkan Format DSKP Terkini HANIJAH SELAMAT PRAKTIS EM RM4.90 WM RM4.50 BERBALOI! JIMAT ! 3 Tingkatan KSSM Bahasa Melayu
1 (a) Lafazkan dan dengar pantun di bawah. Kemudian, padankan perkataan dan rangkai kata berhuruf tebal dalam pantun dengan maksudnya. Manis dilihat senyum di bibir, Penawar bagi hati nan hiba; Tirai malam menyingkap tabir, Tahun baharu menjengah tiba. Merah merimbun pokok ati-ati, Tumbuh subur di tepi telaga; Azam baharu tekad di hati, Azam lama teruskan juga. Pokok tualang tingginya sungguh, Tempat hinggap burung helang; Azam belajar bersungguh-sungguh, Mahu menjadi murid cemerlang. Hendak menebang pokok gaharu, Pokok gaharu di Gunung Daik; Tahun baharu nafas baharu, Mahu menjadi insan terbaik. Perkataan/ Rangkai Kata Maksud 1 Semangat baharu atau sumber kekuatan baharu yang memulihkan sesuatu atau memberikan keupayaan baharu. 2 Kemahuan/ keinginan/ cita-cita yang sangat kuat. 3 Kemahuan yang sungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. 4 Murid yang berjaya dalam pelbagai aspek dan mempunyai sahsiah yang terbaik. (b) Ujarkan azam dan tekad anda pada tahun baharu di dalam kelas. Pada tahun baharu ini, saya berazam untuk … Dengan azam saya pada tahun ini, saya bertekad untuk … BAHAGIAN 1 MENDENGAR DAN BERTUTUR PRAKTIS 1: TEMA 1
2 Lengkapkan dialog di bawah dengan mengisi ayat yang sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan. INFLUENZA ➣ Apakah penyakit influenza? Penyakit jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. ➣ Bilakah gejala influenza muncul? Gejala influenza muncul selepas satu hingga empat hari setelah dijangkiti virus influenza. ➣ Apakah gejala-gejala influenza? Antara gejala influenza ialah demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan, sukar bernafas, cirit-birit dan sakit perut khususnya dalam kalangan kanak-kanak. ➣ Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda bergejala? – Berehat di rumah sekiranya bergejala ringan – Minum air secukupnya – Berjumpa dengan doktor sekiranya gejala bertambah teruk dan berterusan – Ambil ubat mengikut nasihat doktor – Pakai pelitup muka dan lakukan penjarakan fizikal – Amalkan etika batuk dan bersin – Cuci tangan dengan kerap – Jaga kebersihan diri dan persekitaran Mimi : Helo, Normy. Sudah dua hari awak tidak hadir ke sekolah. Awak sihatkah? Normy : Hai, Mimi! Saya tidak sihat beberapa hari ini. Saya dijangkiti virus influenza. Mimi : Saya pernah baca artikel tentang influenza. Seseorang yang menghidap influenza akan mengalami demam, selesama dan sakit tekak. Normy : Betul, Mimi. Bukan itu sahaja gejalanya. Saya turut mengalami (1) . Mimi : Oh, nampaknya teruk juga gejala yang awak alami! Sudahkah awak berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan? Normy : Ibu dan ayah saya telah membawa saya ke klinik semalam. Doktor telah memberikan beberapa jenis ubat dan cuti sakit. Saya perlu dikuarantin selama lima hari. Mimi : Awak perlu makan ubat (2) . Selain itu, awak juga perlu minum (3) . Normy : Baiklah, Mimi. Doktor juga menasihati saya supaya (4) . Mimi : Saya doakan awak cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Normy : Terima kasih, Mimi. Kirim salam saya kepada rakan-rakan kita di sekolah. Mimi : Baiklah. PRAKTIS 2: TEMA 4
3 Baca dan teliti maklumat yang diberikan di bawah. Kemudian, bincangkan dengan rakan anda tentang situasi yang diberikan. IMPAK PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU Situasi Impak 1 Tular di media sosial tentang pergaduhan antara dua orang lelaki yang berlainan kaum. Komen-komen yang diberikan oleh warga maya tentang kejadian itu turut menyentuh sensitiviti perkauman. Terhadap masyarakat: Terhadap negara: 2 Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita tidak sahih tentang kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak dan beras. Berita ini cepat tersebar di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Terhadap masyarakat: Terhadap negara: Menjatuhkan maruah, imej individu, reputasi organisasi dan negara. Menyentuh sensitiviti keagamaan dan perkauman. Menanam kebencian terhadap kerajaan dan pemimpin. Mengandungi unsurunsur pornografi, perjudian dan penipuan. Menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan sensitiviti, privasi dan reputasi individu, organisasi malah negara. Mengancam keselamatan serta kesejahteraan negara dan menggugat perpaduan nasional serta keharmonian kaum. Mewujudkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan dan pemerintahan. Menyumbang kepada gejala sosial, keruntuhan moral dan akhlak serta mendorong kepada kegiatan jenayah. TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI PRAKTIS 3: TEMA 6
4 Berdasarkan bahan di bawah, laksanakan teknik bacaan ACID dan catatkan dapatan dalam carta yang disediakan. Teater tradisional makyung lazimnya digambarkan sebagai dramatari Melayu yang mengandungi lakonan, tarian dan nyanyian. Kelantan-Patani dikatakan wilayah asal makyung kerana dialek yang digunakan dalam makyung ialah dialek Melayu Kelantan-Patani. Ada pelbagai pendapat tentang jumlah cerita makyung. Ada yang menyatakan hanya berjumlah 12 cerita utama dan ada pula yang berpendapat lebih daripada itu. Cerita Dewa Muda ialah cerita pokok yang paling utama. Ceritanya berkisarkan pengembaraan watak utama yang menemui pelbagai halangan dalam pengembaraannya sebelum akhirnya mereka hidup bahagia sebagai suami isteri atau raja dan permaisuri. Watak-watak utama terdiri daripada Pakyung, Makyung, Raja, Permaisuri, Peran Tua dan Peran Muda. Terdapat juga watak-watak lain seperti Wak Nujum Diraja, Wak Nakhoda, Betara Guru, hulubalang, jin, bota dan raksasa, bergantung pada cerita. Alat muzik utama ialah rebab tiga tali, sepasang gendang dan sepasang tetawak. Terdapat juga alat muzik tambahan untuk menambahkan kegemeresikan alunan melodinya seperti canang, kesi dan serunai. Pada tahun 2005, makyung diiktiraf dan diangkat sebagai Karya Agung Warisan Lisan dan Tidak Ketara Kemanusiaan (A Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Dipetik dan diubah suai daripada “Teater Tradisional Makyong”, oleh Ruhani Mohd Zin dalam Portal Rasmi Pemetaan Budaya JKNN MAKYUNG AGREE (BERSETUJU) INTERESTING (MENARIK) DISAGREE (TIDAK BERSETUJU) CONFUSING (MENGELIRUKAN) BAHAGIAN 2 MEMBACA PRAKTIS 1: TEMA 9
5 Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memelihara pokok bakau di negara kita. Sifat semula jadi pokok bakau yang tumbuh merimbun dan secara rapat berfungsi sebagai penampan angin kencang menyebabkan kelajuan tiupan angin dapat dikurangkan. Selain itu, kemusnahan akibat tsunami yang menghasilkan tekanan air dan gelombang air laut dapat dikurangkan dengan adanya pokok paya bakau yang tumbuh di pesisiran pantai. Sifat daun pokok bakau yang menyerap dan memerangkap habuk di udara dapat mengurangkan pencemaran udara. Lazimnya, habuk tanah di tapak pembinaan berterbangan di udara menyebabkan udara yang dihirup tidak selamat kepada manusia. Namun begitu, dengan adanya pokok bakau, habuk tanah tersebut akan diserap dan dijatuhkan ke tanah semula dan seterusnya ke sungai berhampiran ketika hujan turun. Selain itu, pokok bakau yang malar hijau dan merimbun turut menyumbangkan gas oksigen menerusi proses fotosintesis yang menggunakan karbon dioksida. Lantaran itu, kekurangan hutan atau pokok bakau akan menyebabkan gas karbon dioksida berlebihan dalam udara. Kesannya, berlaku peningkatan suhu yang akan menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan pokok kayu bakau”, MyWilayah.com, November 2020 Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memelihara pokok bakau di negara kita PRAKTIS 2: TEMA 11
6 Baca bahan yang disediakan di bawah dengan telitinya. Kemudian, ulas maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut. PERTIMBANGAN SEBELUM MEMBELI INSURANS Semakin tinggi jumlah yang dituntut, semakin tinggi nilai premium Perlindungan perubatan hendaklah dipilih sebagai perlindungan tambahan dalam insurans hayat Polisi pembaharuan tahunan lebih murah berbanding dengan pembaharuan sepanjang hayat Lebih baik memilih perlindungan untuk seisi keluarga PRAKTIS 3: TEMA 14
11 Baca dan kenal pasti isi yang terdapat dalam petikan dan bahan grafik di bawah. Susun isi dan sediakan kerangka penulisan. Tulis tajuk yang sesuai untuk kerangka penulisan tersebut. Rakyat Bertanggungjawab Menjaga Keamanan Negara Masyarakat perlu bijak memilih pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir kerajaan kerana pengurusan negara yang sistematik berdasarkan pentadbiran yang dijalankan oleh pemimpinnya. Pilihlah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti arif dalam agama, bertanggungjawab, adil, dan bijaksana kerana mereka mahir serta mampu menyusun strategi yang sistematik ketika negara menghadapi cabaran. Pemilihan pemimpin yang tepat juga dapat menstabilkan politik dan ekonomi negara. Sebelum nasi menjadi bubur, masyarakat perlu mengambil langkah proaktif untuk memupuk semangat perpaduan dan toleransi supaya keamanan negara lebih terjamin. Tajuk: Pendahuluan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 Penutup Saling memahami dan menghormati biarpun berbeza agama dan kaum Saling bertolak ansur dan tidak mementingkan diri Patriotisme yang tinggi Jangan memperlekehkan kepercayaan dan budaya pelbagai kaum Bertolak ansur mengeratkan hubungan Pupuk rasa cinta akan negara sejak kecil PRAKTIS 5: TEMA 5
12 Teliti bahan di bawah. Kemudian, hasilkan perenggan pendahuluan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis. PETALING JAYA, 18 April – Seramai 11 orang individu termasuk sembilan anggota penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam. Kesemua mereka disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Kesemua anggota penguat kuasa yang terlibat dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2018 hingga 2021. Mereka kini telah ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi mereka. Dua orang awam turut ditahan atas kesalahan memberikan wang rasuah kepada anggota penguat kuasa terbabit. Dipetik dan diubah suai daripada, “Rasuah: 11 Individu Termasuk 9 Penguat Kuasa Ditahan SPRM”, oleh Maszureen Hadzman, Utusan Malaysia, September 2023 Apa itu rasuah? Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sumber: Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) PRAKTIS 6: TEMA 6
13 Hasilkan satu perenggan isi yang lengkap berdasarkan bahan yang diberikan. KEBAIKAN MEMBANTU ORANG LAIN Perenggan Isi Membantu orang lain akan mengukuhkan persahabatan Mengetahui dan menyelami masalah yang dihadapi Membantu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Dapat merapatkan perhubungan PRAKTIS 7: TEMA 5
19 Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan di bawah. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut dan tulis petikan yang telah disunting semula. Bahan buangan bukan mampu sahaja menjadi hiasan rumah yang unik dan bersifat ekslusif, malah bernilai tinggi jika kita pandai mengubahnya. Terdapat berbagai jenis barangan yang boleh dikitar semula bagi membentuk produk baharu yang berbeza daripada segi rupa dan fungsinya. Tidak hairanlah jika segelitir peminat dan pengusaha kraftangan melakukan aktiviti ini samada secara sampingan mahu pun sepenuh masa dengan menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Kreativiti Haslinda Latif daripada Taman Jaya, Seremban terserlah bila menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan produk baharu. Produk yang dihasilkan dijual kepada siapa yang berminat membelinya. Haslinda cuba memanfaatkan semua bahan-bahan terbuang untuk pembuatan pelbagai produk kraf kerana usaha tersebut mampu memberikan pendapatan selain dapat mengisikan masa terluang. Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Bahan Buangan”, oleh Mohd Amin Jalil, Harian Metro, 12 Mac 2018 PRAKTIS 11: TEMA 11
20 Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan peribahasa tersebut. Secara umumnya, daging dan hasil tenusu merupakan bekalan makanan yang penting untuk seluruh penduduk dunia. Lembu diternak untuk menghasilkan keperluan kepada manusia. Hasil utama lembu ialah dagingnya. Bahagian lembu yang boleh dimakan seperti hati, buah pinggang, jantung, ekor dan sebagainya. Selain itu, susu lembu juga dimanfaatkan untuk dijadikan keju, mentega, yogurt dan hasil tenusu yang lain. Pelbagai hasil lembu boleh diperoleh kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kulit lembu pula boleh digunakan untuk membuat pakaian dan kasut. Di sesetengah negara yang belum membangun, lembu dijadikan sebagai kenderaan. Kadangkala lembu juga digunakan dalam acara sukan bagi penduduk Eropah. Lembu perlu dilatih dalam sukan rodeo atau laga lembu kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis baka lembu yang diimport untuk menghasilkan daging yang berkualiti tinggi. Usaha mengenal pasti lembu yang berkualiti tinggi sangat penting kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Lembu untuk tenusu harus dipilih daripada lembu yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan susu yang kaya dengan zat. Pengeluaran susu lembu kini tidak lagi diperah dengan menggunakan tangan, sebaliknya diganti dengan mesin. Usaha penghasilan susu lembu bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana prosesnya haruslah berterusan. Lembu biasanya diperah dua kali sehari dan susunya diproses di tempat penyimpanan bahan tenusu, sama ada di ladang sendiri atau kilang untuk mengkomersialkan. Lembu tenusu yang mengeluarkan susu mestilah melahirkan seekor anak setahun. Anak lembu jantan daripada lembu tenusu pula biasanya disembelih muda untuk dagingnya. Peribahasa Ayat 1 2 3 4 BAHAGIAN 4 SENI BAHASA PRAKTIS 1: TEMA 12
25 Senaraikan ayat yang mengandungi kata sendi nama dalam dialog di bawah. MAK JAH : Abang Zaman kamu ini sepatutnya sudah balik hari ini, Cempaka. CEMPAKA : Ya, mak, dah lama kita tunggu. Cuti penggal pertama dia tak balik. Sekarang dia tahun akhir, tentu lebih sibuk. Bimbang Cempaka kalau abang Zaman tak hendak balik lagi. Di Kuala Lumpur itu, macam-macam yang ada. MAK JAH : Tidak mungkin abang kamu melupakan kita sampai dia tak mahu balik. Mak percaya bahawa dia tak pernah sesaat pun melupakan kita, Cempaka. CEMPAKA : Mungkin abang terpikat dengan gadis-gadis Kuala Lumpur, manalah tahu? MAK JAH : Sudahlah Cempaka, jangan buruk sangka terhadap abang kamu itu. Mak tahu dia tekun belajar. Dia sedar bahawa kita orang susah. Tidak mungkin dia main-main pula. PROF. PETER : (Memanggil dari luar rumah) Tuan rumah, Mak Jah. Inikah rumah Mak Jah? CEMPAKA : Suara siapa pula itu? Lain benar bunyinya. MAK JAH : Cepat pergi tengok Cempaka…. Nanti… nak… (berjalan ke pintu bersama-sama CEMPAKA) Dipetik dan diubah suai daripada drama “ Cempaka Berdarah” oleh A. Rahim Abdullah, dalam Antologi Harga Remaja, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 2 3 4 5 6 PRAKTIS 3: TEMA 9
26 (a) Kenal pasti dan senaraikan lima kata kerja transitif yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, bina ayat anda sendiri dengan menggunakan kata kerja tersebut. Baja organik atau baja kompos mempunyai beberapa kebaikan. Pertama, bahannya mudah didapati menyebabkan kos pembuatannya menjadi lebih murah. Kompos mengandungi nutrien yang lengkap. Oleh itu, penggunaan baja ini mampu membaiki struktur tanah. Baja ini juga mampu mengoptimumkan kelembapan tanah. Selain itu, penggunaan baja organik dapat mengurangkan larut resap nutrien untuk kesan yang lebih berpanjangan. Penggunaan yang konsisten juga sebenarnya dapat membaiki pengudaraan dan pengerakan air dalam tanah. Nutrien pada kompos juga memberikan kesan secara perlahan untuk tempoh jangka panjang oleh akar tumbuhan. Kata kerja transitif Ayat 1 2 3 4 5 (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan kata kerja transitif yang sesuai. memerlukan menyelesaikan meningkatkan Baja organik (1) keupayaan tanah untuk menyimpan nutrien pada baja tersebut dalam tempoh yang lebih lama. Oleh hal yang demikian, tapak pertanian tidak (2) kekerapan untuk kerja-kerja pembajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana baja organik mempunyai kandungan nutrien yang lengkap berbanding dengan baja kimia. Penggunaan baja ini dapat mengelakkan tanaman tidak menjadi. Pengusaha tanaman juga tidak perlu banyak berbincang untuk (3) masalah tananam. PRAKTIS 4: TEMA 11
27 (a) Gariskan kata ganda yang paling tepat bagi ayat-ayat di bawah. 1 (Kawan-kawan, adik-adik, saudara-mara, jiran-jiran) sekelas saya datang menziarahi saya semasa saya dirawat di hospital minggu lepas. 2 Anak jiran saya (pandai-pandai, manis-manis, cantik-cantik, ramah-ramah) belaka sehingga kesemuanya melanjutkan pelajaran mereka ke universiti. 3 Pokok (api-api, marak-marak, daun-daun, kuda-kuda) yang tumbuh di sepanjang sungai itu telah tumbang ditiup angin ribut malam tadi. 4 Kerja-kerja memasang (kuda-kuda, anai-anai, rak-rak, langit-langit) bumbung rumah itu telah diserahkan kepada kontraktor yang mahir. 5 Emak memasak (tetupai, sesiku, bebola, lelabu) daging sebagai hidangan makan malam hari ini. (b) Padankan kata ganda yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Pokok-pokok berturut-turut wangi-wangian Reruai kusut-masai 1 yang dipasang untuk majlis keramaian itu telah musnah dalam kejadian ribut malam tadi. 2 Ahmad pulang ke rumah dalam keadaan selepas basikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam parit di hadapan rumahnya. 3 di kawasan hutan itu telah ditarah untuk dijadikan projek pembangunan. 4 Ahmad tidak datang ke sekolah tiga hari sehingga mendapat surat amaran daripada pihak sekolah. 5 Pakailah yang menyegarkan setelah melakukan aktiviti kecergasan di padang supaya kawan-kawan tidak menutup hidung mereka. PRAKTIS 5: TEMA 1
32 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Semangat harus dipupuk dalam kalangan generasi hari ini supaya negara kita tidak dijajah semula. A nasionalisme C kolonialisme B nepotisme D kronisme 2 Daun kering yang itu kelihatan kotor dan sukar disapu kerana berterbangan apabila ditiup angin. A kemerah-merahan B kehitam-hitaman C keperang-perangan D kebiru-biruan 3 Walaupun belum sembuh sepenuhnya, ayah tetap turun ke bendang setiap hari. A hendak C mesti B akan D masih 4 Emak sedang telur untuk dimakan dengan nasi lemak sebagai sarapan kami sekeluarga pagi ini. A menanak C mencelur B merebus D mereneh 5 Pakaian orang miskin yang itu tidak menghalang Naura untuk mendekatinya dan memberikan bantuan. A kusut-masai B segar-bugar C robak-rabik D huru-hara 6 Yusuf yang cemerlang dalam pelajaran telah melayakkan dirinya melanjutkan pelajaran ke luar negara. A Tercapainya C Kecapaian B Pencapaian D Mencapai 7 pintu rumah kedai telah musnah dalam kebakaran yang berlaku akibat masalah litar pintas. A Setengah B Pelbagai C Beberapa D Segala 8 Ramai yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut berpuas hati kerana mendapat layanan yang baik daripada pihak penganjur. A penyertaan B peserta C disertakan D beserta PRAKTIS OBJEKTIF 1
33 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Golongan hendaklah sedar bahawa tindakan mereka itu menyusahkan orang lain. A antiseptik B antivirus C antivaksin D antisosial 2 lalu lintas udara bertanggungjawab terhadap keselamatan kapal terbang yang berlepas dan mendarat di lapangan terbang. A Pembaca B Pemerhati C Pengawal D Penjaga Soalan 3 dan Soalan 4 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 3 Sawah padi yang menghijau itu menunjukkan bahawa musim menuai sudah tiba. Tiada kesalahan. A B C D 4 Amir amat menyedari bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. A B C Tiada kesalahan. D Soalan 5 dan Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 5 I Rancangan komedi itu mencuit hati datuk sehingga beliau ketawa berdekah-dekah. II Abang mencuit bahu kawan lamanya sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. III Tingkah laku adik sangat mencuit hati dan menghiburkan. IV Bunyi kereta itu mencuit kerana pemandunya menekan kereta secara tiba-tiba. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 6 I Adik pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup kerana ditimpa hujan semasa dalam perjalanan. II Jalan raya yang gelap-gelita menyebabkan beberapa kemalangan berlaku di kawasan berkenaan. III Perompak itu berlari susup-sasap apabila kehadirannya disedari oleh tuan rumah tersebut. IV Tindak-tanduk pemimpin politik itu kebelakangan ini mendapat perhatian rakyat. A I dan II B III dan IV C II, III dan IV D I, II, III dan IV PRAKTIS OBJEKTIF 2
34 Soalan 1 dan Soalan 2 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 1 Makanan yang saya masak itu untuk bekalan anak-anak ke sekolah hari ini. A dimasak oleh saya B saya memasak C dimasak saya D saya masak 2 Dua orang sahabat itu saling tampar-menampar kerana perselisihan faham. A saling tampar B menampar-nampar C tampar-menampar D saling tampar-menampar Soalan 3 dan Soalan 4 Pilih ayat-ayat yang betul. 3 I Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan program semasa cuti persekolahan. II Pertunjukan terjun payung itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. III Peserta-peserta rombongan itu telah diberikan taklimat sebelum memulakan perjalanan. IV Setengah murid masih belum menyiapkan tugasan semasa cuti sekolah. A II C I dan III B II dan III D III dan IV 4 I Buku itu diangkat oleh saya setelah disuruh oleh guru. II Saya doakan urusan awak di luar negara dipermudah oleh Tuhan. III Janganlah melakukan aksi yang merbahaya ketika menunggang motosikal. IV Kakak selalu bertanyakan kesihatan kami sekeluarga. A I dan II C II dan III B II dan IV D III dan IV Soalan 5 dan Soalan 6 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal. 5 Labu sayong berupaya menapis klorin dan menjadikan air di dalamnya segar untuk diminum. A Labu sayong segar diminum kerana tidak mengandungi klorin di dalamnya. B Klorin yang ditapis oleh labu sayong menjadikan air di dalamnya segar untuk diminum. C Klorin menyebabkan air di dalam labu sayong tidak segar untuk diminum. D Air di dalam labu sayong menjadi segar kerana tiada kandungan klorin di dalamnya. 6 Makanan rapu mendatangkan kesan jangka panjang yang buruk kepada kanak-kanak. A Makanan rapu hanya dilihat kesannya dalam jangka masa yang panjang. B Makanan rapu akan mengalami kesan jangka panjang yang buruk kepada kanak-kanak. C Dalam jangka masa panjang kanak-kanak akan mengalami kesan buruk akibat makanan rapu. D Makanan rapu memberikan kesan yang panjang kepada kanak-kanak. PRAKTIS OBJEKTIF 3
39 Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Adapun nama raja di dalam negeri itu Maharaja Indera Dewa namanya, terlalu amat besar kerajaannya baginda itu. Beberapa raja-raja di tanah desa itu takluk kepada baginda dan menghantar ufti kepada baginda pada tiap-tiap tahun. Maka sehari itu hatta baginda pun sedang ramai dihadap oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat sekalian menghadap. Maka Betara Angkasa Indera Dewa pun sampailah bersama isterinya ke penghadapan baginda. Setelah dilihat orang banyak ada seorang laki bini datang hendak menghadap baginda itu akan rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya. Maka segala mereka pun ramailah ia tertawa serta mengambil kayu dan batu maka dilemparnyalah Si Miskin itu. Maka kenalah tubuhnya habislah bengkak-bengkak dan berdarah-darah. Segala tubuhnya itu berlumur dengan darah. Maka orang banyak pun gemparlah. Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, dalam Antologi Bintang Hati 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata orang banyak pun gemparlah bermaksud A suasana riuh-rendah. B orang ramai sangat sibuk. C orang ramai riuh-rendah. D suasana menjadi gempar. Setelah dilihat orang banyak ada seorang laki bini datang hendak menghadap baginda itu akan rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya. Maka segala mereka pun ramailah ia tertawa serta mengambil kayu dan batu maka dilemparnyalah Si Miskin itu. 2 Berdasarkan petikan di atas, apakah peribahasa yang sesuai? A Hina besi kerana karat, hina manusia kerana harta. B Pipit itu, pipit lawannya. C Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. D Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. 3 Masyarakat yang digambarkan dalam petikan di atas ialah A masyarakat kaya yang pemurah. B masyarakat yang kaya dengan budi. C masyarakat yang gemar meminta-minta. D masyarakat yang mempunyai raja dan rakyat. 4 Siapakah pihak yang tidak terlibat dalam petikan di atas? A Anak-anak raja B Menteri dan hulubalang C Rakyat dan pembesar D Suami dan isteri 5 Berikut ialah perkara-perkara berlaku yang terhadap terhadap Si Miskin, kecuali A ditertawakan oleh para tetamu. B dilempar dengan kayu dan batu. C tubuhnya berlumuran darah. D orang ramai gempar melihatnya. PRAKTIS 2: OBJEKTIF
40 Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekali lagi bapa terkejut apabila kukatakan bahawa tapai ubi boleh dijadikan ubat pencegah kanser. Selama ini baginya tapai hanya untuk mengenyangkan perut. Tidak pernah terlintas dalam fikiran tuanya bahawa makanan tradisi turun-temurun itu dapat dijadikan ubat atau penawar penyakit, lebih-lebih lagi penyakit berbahaya seperti kanser. Walaupun terkejut, bapa tidak memberikan reaksi besar selain tersenyum kerana tempahan tapainya meningkat. Pendapatan bapa sudah pasti berlipat ganda sejak aku dan rakan-rakan memulakan kajian terhadap tapai ubi. Pada majlis konvokesyen, aku membawa emak dan bapa bersama-sama. Ketika aku dipanggil untuk menerima ijazah, tajuk kajianku dibacakan. “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian,” begitulah tajuk kajianku. Ketika tajuk itu dibacakan oleh pengacara, aku sempat menjeling ke arah emak dan bapaku. Aku tidak melihat sebarang reaksi pada wajah mereka. Akan tetapi aku yang terkenang akan tapai ubi bikinan emak dan bapa yang terkenal itu. Manis dan enak. Kini kemanisan dan keenakan itu bertambah satu status lagi. Mujarab! Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, oleh Ghazali Lateh dalam Antologi Bintang Hati 1 Maksud rangkai kata bikinan emak dalam petikan di atas bermaksud A dibuat oleh emak. B disiapkan oleh emak. C direka oleh emak. D dibungkus oleh emak. Walaupun terkejut, bapa tidak memberikan reaksi besar selain tersenyum kerana tempahan tapainya meningkat. 2 Berdasarkan penyataan di atas, apakah peribahasa yang sesuai? A Baik mengikut resmi padi, makin menunduk makin berisi. B Belakang parang, kalau diasah lagikan tajam. C Harapkan pagar, pagar makan padi. D Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. 3 Apakah keistimewaan tapai ubi bikinan emak? A Lemak manis dan enak. B Mengenyangkan perut. C Menambahkan pendapatan ayah. D Manis, enak dan mujarab. 4 Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan di atas? A Makanan tradisional harus dijual secara meluas. B Keistimewaan makanan tradisional. C Usaha memartabatkan makanan tradisional. D Makanan tradisional menghasilkan pendapatan lumayan. 5 Berikut ialah pernyataan yang betul tentang tapai ubi, kecuali A boleh dijadikan ubat pencegah kanser. B boleh mengenyangkan perut. C boleh memberikan pulangan yang lumayan. D menggembirakan ibu dan ayah. PRAKTIS 3: OBJEKTIF
41 PRAKTIS 4: SUBJEKTIF Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Dipetik daripada seloka “Santap Istiadat”, oleh Za’aba dalam Antologi Bintang Hati Bahan 2 Lelaki memakai kain sarung, berbaju Melayu dan makan dalam satu dulang beramai-ramai sambil bersila. Majlis ini diserikan lagi apabila masakan yang dihidangkan dimasak secara gotong-royong oleh penduduk seolah-olah mereka semua mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat. Kenduri yang diadakan itu juga dianggap tidak lengkap tanpa menu pencuci mulut wadai kipeng iaitu sejenis kuih seperti bubur, yang menjadi antara menu wajib kerana majoriti penduduk berketurunan Banjar. Konsep kenduri klasik yang dibuat itu bertujuan untuk mengembalikan nostalgia zaman perpaduan dan keakraban hidup orang Melayu dahulu. Adat makan bertalam dan duduk bersila sambil memakai pakaian ala Melayu klasik sengaja diwujudkan bagi mengembalikan nostalgia penduduk di samping memastikan adat ini tidak ditelan zaman. Majlis ini juga bertujuan menunjukkan kepada generasi muda bahawa inilah konsep makan kenduri yang diamalkan orang Melayu dahulu. Antara elemen yang unik ialah segala menu masakan yang dihidangkan dimasak secara bergotong-royong. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita, semuanya ada tugas tersendiri dalam menjayakan sebarang majlis keramaian. Dipetik dan diubah suai daripada “Adat Makan Bertalam Terus Dipelihara”, oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi, [email protected], Januari 2019 1 Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan adat makan dengan cara yang betul.
46 Latar masyarakat penting dalam sesebuah novel bagi menggambarkan pemikiran dan corak hidup manusia. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan satu contoh peristiwa berdasarkan latar masyarakat yang dinyatakan di bawah. NOVEL LATAR MASYARAKAT Justeru Impian di Jaring (a) Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan. (b) Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. (c) Masyarakat yang gigih berusaha. Hempasan Ombak (a) Masyarakat yang mementingkan ilmu. (b) Masyarakat yang hidup saling membantu. (c) Masyarakat yang sanggup berkorban. Tawanan Komander Caucasus (a) Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. (b) Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolah. (c) Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Chot (a) Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak. (b) Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan. (c) Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah BAHAGIAN 7 NOVEL PRAKTIS 1
47 Sebuah novel yang menarik mempunyai beberapa persoalan yang menarik. Berdasarkan sebuah novel yang pernah anda pelajari, huraikan persoalan seperti yang dinyatakan di bawah. NOVEL PERSOALAN Justeru Impian di Jaring (a) Persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung. (b) Persoalan hormat terhadap orang yang lebih berpengalaman. (c) Persoalan patriotisme terhadap negara. Hempasan Ombak (a) Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. (b) Persoalan sikap manusia yang sanggup menolong orang lain. (c) Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Tawanan Komander Caucasus (a) Persoalan keberanian menghadapi cabaran. (b) Persoalan perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri. (c) Persoalan bekerjasama dalam menentang kejahatan/kezaliman. Chot (a) Persoalan kemiskinan masyarakat. (b) Persoalan kanak-kanak yang berdikari. (c) Persoalan semangat bermasyarakat. PRAKTIS 2
BAHASA MELAYU PRAKTIS ECO TINGKATAN 3 KSSM Siri Praktis ECO mengandungi pelbagai soalan dan aktiviti bagi mengukuhkan pemahaman murid-murid serta kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU ENGLISH MATEMATIK SAINS SUBJEK TINGKATAN 1 2 3 4 5 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM4.50 : RM4.90 PRAKTIS Bahasa Melayu 9 786294 851665 ISBN 978-629-485-166-5