TINGKATAN 1 KSSM BAHASA MELAYU Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi KHAIRUDDIN AYIP HAFIZUDDIN HUSSIN TAN CL FARIDAH M. LAJIS BERTERASKAN DSKP PRAKTIS MUDAH LULUS (MuLus) NOTA KOMSAS Memudahkan PdPc SET 1 (UASA) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK MySOLUSI MySOLUSI 2.0 S E LANGKAH DI HADAPA N KHAIRUDDIN AYIP HAK CIPTA NUSAMAS
Bahagian 1 Sistem Bahasa ............................................................................................................. 1 Bahagian 2 KOMSAS Antologi Kuingin Berterima Kasih .......................................................... 42 Bahagian 3 Pemahaman Bahan Rangsangan ................................................................................ 62 Bahagian 4 Novel ......................................................................................................................... 68 Bahagian 5 Ringkasan .................................................................................................................. 82 Bahagian 6 Karangan Pendek .................................................................................................... 100 Bahagian 7 Karangan Umum ..................................................................................................... 112 Ujian Akhir Sesi Akademik ............................................................................................................... 125 Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat ..................................................................................... 137 KANDUNGAN Jawapan HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 BAHAGIAN 1 SISTEM BAHASA NOTA CERDIK Kata Nama Am 1 Kata nama am merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. 2 Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 3 Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. 2 Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Golongan Kata Nama Praktis 1 Kata Nama Khas & Kata Nama Am (a) Senaraikan empat kata nama khas yang anda tahu mengikut kategorinya. Kategori Kata Nama Khas Manusia Encik Borhan Lee Chong Wei Puan Salbiah Muthu Haiwan Si Jalak Sang Bedal Pak Belang Tompok Judul Buku/ Majalah Kamus Dewan Pelari Muda Dewan Pelajar Kuingin Berterima Kasih Bangunan Menara Berkembar Petronas Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar Menara Kuala Lumpur Hospital Pantai Tempat Sarawak Taman Muhibah Zoo Negara Universiti Malaya (b) Senaraikan enam kata nama am yang anda tahu mengikut kategorinya. Kategori Kata Nama Am Manusia akauntan murid guru doktor petani ayah Haiwan ayam gajah kucing unta dinosaur burung Tumbuh-tumbuhan sawi mawar meranti lumut terung lalang Benda bola cawan papan kasut beg pen Tempat sekolah bandar padang dewan kampung kantin HAK CIPTA NUSAMAS
2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) NOTA CERDIK NOTA CERDIK NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Tunjuk 1 Kata ganti nama tunjuk berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda, atau tempat. 2 Kata ganti yang merujuk perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). 3 Kata ganti tunjuk tempat terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh). Kata Ganti Nama Tanya 1 Kata ganti nama tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. 2 Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa (merujuk orang), apa (merujuk benda atau perkara), dan mana (merujuk benda atau orang). Kata Ganti Nama Diri 1 Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2 Ada tiga jenis kata ganti nama diri: (a) Kata ganti diri pertama, iaitu perkataan yang menggantikan nama orang yang bercakap. Contoh: aku, saya, hamba, patik, dan kita. (b) Kata ganti diri kedua, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang yang dilawan bercakap. Contoh: awak, anda, engkau, kamu, encik, tuan, saudari, kalian, dan awak semua. (c) Kata ganti diri ketiga, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. Contoh: dia, beliau, ia, baginda, nya, dan mereka. 1 “Jemput minum air ini ,” pelawa Puan Suraya kepada tetamunya. 2 “Oh, lelaki itu ialah bapa saudara saya!” jelas Punitha kepada sahabatnya. 3 “Sila salin nota yang saya baca ini ,” kata Cikgu Tan kepada murid-muridnya. 4 “Di manakah awak simpan buku saya itu ?” tanya Jachinta kepada kakaknya. 5 “Ibu, duit baki ini saya masukkan ke dalam tabung ya,” kata Anis kepada ibunya. Praktis 2 Kata Ganti Nama Tunjuk Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang betul. Praktis 3 Kata Ganti Nama Tanya Gariskan kata ganti nama diri tanya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. 1 Di (apa, mana) kah awak tinggal? 2 Wanita yang cantik itu (apa, siapa)? 3 Kuih yang sedap ini dibuat daripada (apa, siapa)? 4 Awak buat (siapa, apa) sepanjang cuti sekolah yang lalu? 5 Budak lelaki yang berdiri di sini tadi pergi ke (mana, apa)? HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 NOTA CERDIK Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan. 2 Contoh: batang, biji, buku, cebis, ekor, naskhah, pintu, puntung, tandan, ulas, dan utas. 3 Walau bagaimanapun, ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama dengan kata bilangan. Contoh: semua pekerja, bukannya semua orang pekerja. 4 Penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Contoh: satu abad. Kata Ganti Nama Diri Pertama Kedua Ketiga aku beta hamba patik saya anda awak kamu engkau tuanku baginda beliau ia dia -nya (b) Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai. 1 Saya bersyukur kerana ibu selamat menjalani pembedahan. 2 Faris seorang murid yang ringan tulang. Dia disayangi oleh guru-guru dan rakan-rakannya. 3 Kami berbesar hati kerana beliau sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor baru-baru ini. 4 “Sebagai murid sekolah ini, kalian bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah,” kata guru besar semasa perhimpunan pagi. 5 “Pada firasat hamba , baginda akan sembuh daripada gering apabila diubati oleh tabib itu nanti,” kata Tun Mamat kepada Hang Tuah. Praktis 4 Kata Ganti Nama Diri (a) Senaraikan lima kata ganti nama diri dalam jadual di bawah. Praktis 5 Penjodoh Bilangan Betulkan penjodoh bilangan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah. Ayat Pembetulan 1 Puan Anisah menggunakan empat pucuk telur untuk membuat adunan kek. biji 2 Encik Halim menempah 200 batang sate ayam dan sate daging untuk majlis itu nanti. cucuk 3 Farihah memberikan sebuah kasut sukan baharu kepada adik lelakinya yang aktif bersukan. pasang 4 Beberapa laras tembakan dilepaskan oleh anggota polis ke arah tayar kereta perompak yang melanggar sekatan jalan raya. das 5 Kavitha mengakhiri syarahannya dengan memyampaikan dua naskhah pantun tradisional. rangkap HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 33 3 dekat Ayat 1 Rumah Amira dengan Pasar Raya Mini Kita agak dekat. Ayat 2 Kakak sibuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah dekat. 4 halaman Ayat 1 Puan Zakiah memagar halaman rumahnya dengan pokok-pokok puding. Ayat 2 “Sila buka halaman 72 buku teks masing-masing,” kata Cikgu Suhana. 5 serong Ayat 1 Hamdan mempunyai niat serong terhadap Khairul. Ayat 2 Tulisan Yana agak serong ke kanan. NOTA CERDIK 1 Kata hampir sama makna bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang sama atau hampir tetapi mempunyai bentuk yang berlainan. 2 Perbezaan penggunaan kata-kata tersebut dapat dilihat melalui penggunaannya dalam sesuatu konteks ayat. Kata Hampir Sama Makna Pecutan Terakhir (100 Soalan Menuju UASA) Praktis 41 Kata Hampir Sama Makna Garis jawapan yang paling sesuai dalam ayat-ayat di bawah. 1 Sungai Thames menjadi (beku, kaku) sepenuhnya akibat musim sejuk melampau yang telah melanda negara itu. 2 Walaupun tidak besar tetapi ruang tamunya menjadi (luas, lapang) tanpa dipenuhi pelbagai perabot. 3 Setiap malam, Syafira membantu ibunya (merodok, mencucuk) sate untuk dijual di sebuah restoran pada keesokan harinya. 4 Encik Zam berhati-hati (memangkas, mengerat) rambut pelanggannya dengan menggunakan sebilah gunting yang tajam. 5 Faisal jatuh (terjunam, tersungkur) apabila kakinya tersepak seketul batu ketika dia sedang berjoging. A Aspek Melengkapkan Ayat Soalan 1 hingga 75 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Azim menggunakan api untuk membuat unggun api. A pemetik B pembuka C pemadam D pemungut 2 Zainal memakai baldu berwarna hitam untuk dipadankan dengan baju Melayu yang dipakainya. A selendang C stoking B songkok D kasut 3 tembikai amat lazat dan sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas. A Sup C Pes B Sos D Jus HAK CIPTA NUSAMAS
42 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 2 KOMSAS ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH Aspek Kajian Sastera Sinopsis Ringkasan tentang perkara-perkara dalam sesebuah cerita. Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat tema, persoalan, mesej, nilai dan latar sesebuah karya. Tema dan Persoalan 1 Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. 2 Persoalan pula merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang ada kaitannya dengan tema. 3 Antara tema dan persoalan yang sering dikemukakan dalam sesebuah karya termasuklah kasih sayang, kegigihan, patriotisme, pembangunan, dan pengorbanan. 4 Dalam sesebuah cerita, terdapat beberapa persoalan tetapi hanya ada satu tema. Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cerita. 2 Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan manusia. Biasanya yang disentuh ialah usia, pendidikan, dan latar belakang. 3 Perwatakan pula ialah cara pengarang melukiskan watak, contohnya baik hati, jujur, dan rajin. Watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita dapat dihuraikan dengan melihat sifat-sifat luaran dan dalaman watak. 4 Istilah yang berkaitan dengan watak dan perwatakan adalah seperti berikut: Watak utama: Watak penting yang menggerakkan cerita. Watak sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil berbanding dengan watak utama. Watak antagonis: Watak jahat/ buruk. Watak pratagonis: Watak yang mempunyai nilainilai murni dan sentiasa melakukan kebaikan. Watak bundar: Watak yang mempunyai sifat kompleks. Watak dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran. Watak statik: Watak yang tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita. Latar 1 Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan masa, tempat, dan masyarakat. (a) Latar masa menunjukkan tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita. (b) Latar tempat menunjukkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. (c) Latar masyarakat menggambarkan keadaan masyarakat sesuatu peristiwa itu yang merangkumi agama, kepercayaan, pekerjaan, dan nilai. 2 Bagi drama, latar dimaksudkan dengan gambaran yang tersedia di belakang prop yang diwujudkan. Plot 1 Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cerita sebagaimana yang digambarkan oleh seseorang pengarang. 2 Perkembangan plot ini berdasarkan hukum sebab dan akibat. 3 Perkembangan plot melalui beberapa peringkat, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks (puncak), dan peleraian. 4 Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak mengikut kronologi. Teknik Plot 1 Teknik plot ialah cara seseorang pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya dapat menarik perhatian pembaca. 2 Teknik plot boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Dialog: Pertuturan antara dua watak atau lebih. Menerusi dialog, tergambar sikap dan fikiran watak. Monolog: Pengucapan watak secara bersendirian untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan fikiran. Monolog dalaman: Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Imbas kembali: Teknik ini bertujuan mengenang semula peristiwa yang pernah dialami. Imbas muka: Cara pengarang memberikan gambaran awal atau ramalan akan kemungkinan terjadinya sesuatu peristiwa. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 43 Saspens: Penceritaan yang menimbulkan ketegangan dan situasi mendebarkan dalam kalangan pembaca. Konflik: Pertentangan dua pihak dalam satu urutan plot. Konflik juga boleh berlaku dalam jiwa watak ketika membuat sesuatu keputusan. Konflik boleh digambarkan melalui perbezaan pendapat. Kejutan: Perubahan sesuatu peristiwa secara tibatiba tanpa diduga oleh pembaca. Kebiasaannya berlaku kerana sesuatu peristiwa itu berbeza dengan ramalan pembaca. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi 1 Gaya bahasa dikenali juga sebagai cara penggunaan bahasa yang digunakan oleh pengarang, terutama dalam melahirkan sajak. 2 Gaya bahasa digunakan sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap persoalan yang dikemukakan. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Penerangan Aliterasi • Pengulangan bunyi konsonan iaitu huruf-huruf selain bunyi vokal. Contohnya: derup derap. Anafora • Pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Contohnya: Pergilah kedukaan Pergilah kesedihan Asonansi • Pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u). Contohnya: Baik sedikit tetapi berjimat (perulangan vokal i). Diksi • Pemilihan kata-kata oleh pengarang dalam sebuah karya yang harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej. • Pemilihan kata memberikan gambaran sesuatu peristiwa dan mampu menghidupkan watak. Epifora • Pengulangan perkataan pada akhir baris atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat yang berturutan. • Bertujuan mencapai kesan stilistik tertentu. Contohnya: Maafkan kami wahai ibuku! Janji ini kukotakan, ibuku! Hiperbola • Ungkapan atau kiasan yang berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan daripada maksud sebenar untuk memperoleh kesan tertentu. Contohnya: kemarahan meletupkan gunung Metafora • Pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar. • Tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan persis. Contohnya: kota terpenjara, hati mewangi Personifikasi (Perorangan) • Pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni. • Pengarang memberikan sikap manusia dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda mati. Contohnya: Jiwaku melonjak keriangan, angin bernyanyi riang Repetisi • Kata-kata atau peristiwa yang sama diulang-ulang dalam sesuatu karya. Contohnya perulangan frasa: Kita mudah lupa dalam baris atau rangkap berlainan. Responsi • Perulangan kata pada bahagian tengah ayat, baris, atau bahagian ayat. Contohnya: Keriangan kian terputus Kerinduan kian terhapus Rima • Keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris. • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir. Simile • Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu dengan orang, benda, atau haiwan. Contohnya: Menggunakan perkataan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan persis. Sinkope • Pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata di tengah kata-kata itu. Contohnya: tak (tidak), saja (sahaja) Inversi • Pembalikan susunan kata-kata dalam ayat. Contohnya: Semalam aku keresahan sepatutnya Aku keresahan semalam. HAK CIPTA NUSAMAS
44 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Nilai 1 Aspek nilai boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebaikan yang dilakukan seseorang. 2 Pada asasnya, nilai dibahagikan kepada 16 (ditambahkan lima lagi berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang baharu) iaitu: (a) Baik hati (b) Berdikari (c) Hemah tinggi (d) Hormat-menghormati (e) Kasih sayang (f) Keadilan (g) Kebebasan (h) Keberanian (i) Kebersihan fizikal dan mental (j) Kejujuran (k) Kerajinan (l) Kerjasama (m) Kesederhanaan (n) Kesyukuran (o) Rasional (p) Semangat bermasyarakat (q) Keyakinan (r) Tanggungjawab (s) Patriotik (t) Menghargai (u) Ketekunan Murid boleh menambahkan nilai lain yang difikirkan sesuai. Pengajaran 1 Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan pengajaran dan panduan kepada pembaca. 2 Dalam pengajaran perlu mempunyai nilai murni. Pengajaran tiada beza dengan nilai murni, cuma terdapat frasa “kita hendaklah”. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Kuingin Berterima Kasih, 2014. 1 2 3 4 5 Sudut Bahasa pelipat − bahagian di belakang lutut lelap − tidur nyenyak kawa − buah kopi PRAKTIS 1 Pantun 2 Kerat (Nasihat) Nota KOMSAS halaman 55 Teks Tingkatan 1: Antologi Kuingin Berterima Kasih HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 55 Pantun Dua Kerat (Nasihat), diselenggara oleh Mohd Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh Maksud Rangkap 1: Setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia amat berkait rapat dengan sikap dan kemahuan diri. Rangkap 2: Manusia yang mendapat kesenangan dalam kehidupannya akan mudah leka. Rangkap 3: Manusia yang berkulit hitam seperti kawa (kopi) tetap kelihatan cantik dan menarik kerana memiliki banyak kebaikan. Rangkap 4: Manusia yang memiliki sifat malas membuat kerja tidak akan dapat menikmati kesenangan hidup. Rangkap 5: Manusia yang bekerjasama melakukan sesuatu kerja akan dapat menghabiskan kerja tersebut dengan cepat. Tema Tema pantun ialah nasihat tentang kehidupan manusia yang berpunca daripada sifat manusia itu sendiri, contohnya, kita menjadi mudah leka apabila hidup kita sentiasa dalam kesenangan. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Gaya bahasa bagi pantun ialah responsi, contohnya, ayat “Berapa jauh wujud dengan sifat”, “Sejauh lutut dengan pelipat”. Seterusnya repetisi, contohnya, ayat “Buah sintang buah senikul”, dan “Satu memegang satu memikul”. Terdapat imej alam seperti semut, pucuk kawa, emas, perak, tembaga, suasa, buah sintang, dan buah senikul. Unsur bunyi yang terdapat dalam pantun ialah aliterasi, contohnya perulangan bunyi konsonan n dalam baris “Buah sintang buah senikul”. Seterusnya asonansi, contohnya, perulangan bunyi vokal a dalam baris “Malas bergerak tidak merasa”. Persoalan (PS), Nilai Murni (NM) dan Pengajaran (PG) Persoalan/ Nilai murni/ Pengajaran yang diperoleh daripada pantun ialah (PS) perlunya mengamalkan Kajian Teks Antologi Kuingin Berterima Kasih budaya bekerjasama/ (NM) kerjasama/ (PG) kita hendaklah mengamalkan budaya bekerjasama, contohnya, melakukan kerja secara bekerjasama dapat disempurnakan dengan lebih cepat. Seterusnya (PS) persoalan sikap rajin membuat sesuatu kerja/ (NM) kerajinan/ (PG) kita hendaklah bersikap rajin membuat sesuatu kerja, contohnya, orang yang rajin disenangi orang lain berbanding dengan mereka yang mengamalkan sikap malas. Syair Pohon Buluh, diselenggara oleh Mohd Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh Maksud Rangkap 1: Buluh ialah sejenis tumbuhan yang tinggi dan bertingkat-tingkat dengan ruasruas buluh. Pada setiap ruas buluh tiada ruang yang tersekat kerana di dalamnya kosong. Rangkap 2: Pohon buluh biasanya mempunyai daun yang lebat. Dedaun buluh tumbuh sehingga ke atas pucuk buluh yang tinggi. Pokok buluh biasanya hidup berumpun dan rapat antara satu sama lain. Rangkap 3: Buluh mudah dilihat kerana tumbuh tinggi dan lurus. Walaupun setiap pokok buluh mempunyai ketinggiannya dan saiz yang berbeza, namun tumbuhan ini mempunyai asas, iaitu akar yang kukuh. Rangkap 4: Pohon buluh mempunyai permukaan dalam dan luar yang licin. Oleh sebab ruang di dalam pohon buluh tidak berisi dan hanya ada air, maka bahagian dalamnya kelihatan gelap. Air yang ada di dalam ruang tersebut tidak akan bocor atau tiris kerana keutuhan dan kekuatan yang ada pada buluh. Tema Tema syair ialah kekuatan dan keutuhan pohon buluh. Buktinya, rumpun buluh melambangkan keutuhan hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Gaya bahasa daripada syair ialah responsi, contohnya, ayat “Yang ada sedia panji-panji bendera”, “Banyak ada ia bersaudara”, dan “Yang ada pula bersama gara”. Selain itu inversi, contohnya, “Terlalu kuat pula asasnya” sepatutnya ditulis “Asasnya pula terlalu kuat”. Selanjutnya simile, contohnya, ayat “Gelapnya di dalam seperti malam” dan “Air tak tiris seperti kolam”. Unsur bunyi yang terdapat dalam syair ialah aliterasi, contohnya, perulangan bunyi konsonan m dalam baris “Gelapnya di dalam seperti malam”. Seterusnya asonansi, contohnya, perulangan bunyi vokal a dalam baris “Matamata menjaga segenap pangkat”. Persoalan (PS), Nilai Murni (NM) dan Pengajaran (PG) Persoalan/ Nilai murni/ Pengajaran yang diperoleh daripada pantun ialah (PS) perlunya mengamalkan hidup bermasyarakat/ (NM) semangat bermasyarakat/ (PG) kita perlu mengamalkan semangat bermasyarakat, contohnya, pohon buluh hidup berdekatan melambangkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat dan saling bekerjasama untuk menjadi kuat serta utuh. Sajak Kita Umpama Sehelai Daun, karya SMahadzir Maksud Rangkap 1: Kehidupan manusia seperti sehelai daun yang hidup segar pada ranting. Keindahan pohon dengan daun yang merimbun menjadi tempat burung-burung hinggap dengan gembira kerana dapat berlindung daripada terik matahari. Rangkap 2: Manusia haruslah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara. Dengan berbakti kepada bangsa dan negara, kita dapat membantu golongan yang lemah demi pembangunan negara yang seimbang. Rangkap 3: Manusia haruslah sedar bahawa kehidupan ini seperti sehelai daun. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia akan meninggal dunia apabila tiba masanya seperti HAK CIPTA NUSAMAS
62 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 3 PEMAHAMAN BAHAN RANGSANGAN Keperluan Peperiksaan 1 Soalan ini membawa 10 markah. 2 Setiap soalan akan diberikan dua atau tiga bahan. 3 Bahan tersebut terdiri daripada prosa, puisi atau iklan. 4 Soalan (a) dan (b) yang membawa 3 markah setiap satu merujuk terus daripada bahan. Soalan (c) membawa 4 markah berdasarkan KBAT. Pemarkahan Walaupun idea daripada bahan banyak, namun memadai memberikan 2 idea untuk memperoleh markah maksimum. Sila gunakan ayat yang gramatis untuk memastikan markah tidak ditolak. ModEl contoh Warga Emas Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pantun Warga Emas Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Sumber: https://tinyurl.com/4ays8vp2 Bahan 1 Bahan 2 1 Warga emas perlu melakukan aktiviti setiap hari untuk mengekalkan badan yang sihat. Berdasarkan Bahan 1, terangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh warga emas untuk kekal sihat. Untuk mengekalkan badan yang sihat, warga emas perlu bangun dan duduk dari kerusi, melunjurkan kaki dan mengangkat lutut hingga paras pinggang antara dua hingga tiga kali seminggu. Setiap hari, warga emas perlu berjalan, naik tangga, mengemas rumah dan berkebun. [3 markah] Sumber: www.infosihat.gov.my HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 63 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan pujian penyair terhadap warga emas. Pujian penyair terhadap warga emas ialah warga emas walaupun sudah berusia tetapi ilmu penuh di dada. Seterusnya, jasa warga emas tidak ternilai kepada bangsa dan negara. [3 markah] 3 Warga emas dikaitkan dengan golongan nyanyuk, berpenyakit dan mudah tersentuh hati. Pada pendapat anda, apakah yang patut kita lakukan untuk menggembirakan hati warga emas? Untuk menggembirakan hati warga emas, kita perlu mendampingi dan menunjukkan keprihatinan terhadap mereka. Seterusnya, kita juga hendaklah menjadi pendengar terhadap segala luahan hati mereka serta bercakap dengan lemah lembut ketika berkomunikasi dengan mereka. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] PRAKTIS 1 Kitar Semula Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berdasarkan Bahan 1, apakah peranan kerajaan menerusi kempen kitar semula? Menerusi kempen kitar semula, kerajaan diharap dapat melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dalam usaha menguruskan sisa buangan. Seterusnya, kerajaan perlu meningkatkan kesedaran masyarakat agar mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menyokong kempen kitar semula yang dijalankan. [3 markah] 2 Menerusi Bahan 2, banyak faktor yang menghalang kempen kitar semula. Nyatakan faktor-faktor tersebut. Antara faktor yang menghalang kempen kitar semula ialah segelintir masyarakat tidak mempedulikan amalan kitar semula sebaliknya sampah dibakar atau dibuang begitu sahaja. Selain itu, masyarakat tidak memberikan kerjasama apabila kerajaan menjalankan kempen kitar semula ini. [3 markah] 3 Kitar semula banyak mendatangkan kebaikan kepada alam sekitar. Berikan pendapat anda tentang kelebihan kitar semula. Menerusi kitar semula, barang-barang terpakai boleh dikitar semula seperti surat khabar menjadi tisu bagi kegunaan masyarakat. Dalam jangka masa panjang, alam sekitar terutamanya sungai akan terhindar daripada sisa buangan seperti plastik. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT Halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula tidak mendapat sambutan ialah sikap segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja. Selain itu, kebanyakan masyarakat tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula dijalankan oleh kerajaan. Bahan 1 Bahan 2 Amalan kitar semula bukan sesuatu yang sukar dipraktikkan sekiranya wujud kesedaran dan kemahuan yang tinggi dalam masyarakat. Kerajaan Perlu Terapkan Minda Kelas Pertama dalam Kalangan Masyarakat tentang Amalan Kitar Semula. HAK CIPTA NUSAMAS
64 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 2 Makanan Berkhasiat Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pantun Memilih Makanan Burung kenari di atas dahan, Tenang di air si burung undan; Janganlah makan berlebih-lebihan, Nanti mudarat seluruh badan. Pergi ke pasar di hujung pekan, Banyak orang menjual ikan; Pilih makanan selamat dimakan, Agar keracunan dapat dielakkan. Daging rebus disiat-siat, Digaul lada supaya pedas; Pilihlah makanan yang berkhasiat, Badan sihat minda pun cerdas. Amalan pengambilan makanan yang sihat harus dipupuk dari rumah dan seelok-eloknya sejak awal usia kanakkanak supaya menjadi tabiat sepanjang hayat. Pinggan Sihat Malaysia telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan masyarakat mengamalkan pemakanan seimbang. Pinggan sihat ini menggunakan konsep suku suku separuh yang bermaksud suku pertama pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin yang merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh badan. Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan membaiki tubuh. Separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral untuk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. Dipetik dan diubah suai daripada “Pilih Pemakanan Seimbang Kekal Gaya Hidup Sihat”, oleh Hamizah Badiran, www.hmetro.com.my, 4 Oktober 2018 Bahan 1 Bahan 2 Bahan 3 Protein (Saiz Tapak Tangan) Karbohidrat (Saiz Genggaman) Buah dan Sayur (Saiz Cekup) 1 Bahan 1 dan Bahan 2 berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Apakah kelebihan yang kita peroleh apabila mengamalkan cadangan tersebut? Apabila mengamalkan cadangan tersebut, badan akan bertenaga dan sihat kerana memakan makanan yang mengandungi karbohidrat serta protein. Seterusnya, fungsi penting tubuh badan tidak akan terganggu kerana makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral. [3 markah] 2 Berdasarkan Bahan 3, berikan dua tindakan yang perlu dilakukan apabila memilih makanan. Apabila kita memilih makanan, kita hendaklah memilih makanan yang selamat untuk dimakan supaya tidak keracunan makanan. Seterusnya, kita perlu memilih makanan yang berkhasiat supaya badan menjadi sihat dan cerdas. [3 markah] HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 65 3 Penyakit ada kaitan dengan pemakanan. Berikan pendapat anda tentang gaya hidup tidak sihat masyarakat kini yang berkaitan dengan pemakanan. Kebanyakan masyarakat kini gemar memakan apa-apa sahaja makanan yang sedap dan mengenyangkan tanpa memikirkan khasiatnya. Seterusnya, mereka terus berehat selepas makan atau tidur tanpa berkeinginan untuk bersenam. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT PRAKTIS 3 Media Sosial Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Media sosial kerap disalahgunakan oleh remaja apabila tidak dipantau. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kesan buli siber terhadap murid? Kesan buli siber terhadap murid ialah maruah mangsa terjejas dan mangsa hilang keyakinan diri. Selain itu, murid yang dibuli siber juga akan hilang minat untuk belajar hingga prestasi pembelajaran mereka merosot. [3 markah] 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan tindakan yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan buli siber. Tindakan yang boleh dikenakan adalah dengan membuat aduan kepada pengetua oleh guru kaunseling. Selain itu, murid tersebut juga diberikan nasihat dan kaunseling agar menyedari kesalahan yang telah dilakukan. [3 markah] 3 Media sosial memberikan kesan positif kepada mereka yang masih belajar. Pada pendapat anda, apakah kesan positif tersebut? Menerusi media sosial, mereka boleh berhubung sesama rakan menerusi aplikasi tertentu untuk bertanyakan hal pelajaran. Malah, mereka juga boleh memperoleh maklumat terkini tentang pelbagai perkara menyebabkan pengetahuan mereka semakin bertambah. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT Nadia dipanggil oleh guru kaunseling kerana prestasi pembelajarannya semakin merosot. Guru kaunseling cuba mencungkil masalah yang dihadapi oleh Nadia. “Saya sudah tidak berminat untuk belajar di sekolah ini lagi cikgu. Mereka selalu mengejek dan mengata saya di media sosial,” kata Nadia dengan mata berkaca. “Baiklah, saya akan memberitahu perkara ini kepada pengetua. Awak jangan bimbang kerana buli siber merupakan satu kesalahan,” kata guru kaunseling. Murid-murid yang melakukan buli siber terhadap murid lain turut akan diberikan nasihat dan kaunseling agar mereka menyedari kesalahan atas perbuatan yang telah dilakukan. Bahan 1 Bahan 2 Saya dengar beberapa orang murid dipanggil oleh pengetua kerana menghina rakan sekelas di media sosial. Mereka tidak sedar buli siber boleh menjejaskan maruah mangsa. Malah, boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri. HAK CIPTA NUSAMAS
68 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 4 NOVEL Pengenalan 1 Hanya satu soalan diajukan. 2 Soalan berbentuk esei dan wajib dijawab. 3 Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji dan markah yang diperuntukkan ialah 10 markah. Teknik Menulis Jawapan 1 Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. 2 Garis kata kunci dalam soalan yang secara jelas menunjukkan aspek-aspek penting. 3 Senaraikan isi penting secara kasar sebelum anda menulisnya dalam bentuk esei. 4 Setiap isi jawapan perlu dikemukakan dengan contoh yang tepat. 5 Jumlah isi berdasarkan kehendak soalan. Jika tidak dinyatakan jumlah isi, anda dicadangkan mengemukakan tiga isi berserta contoh. Cadangan Pemarkahan 1 Kriteria markah isi [6 markah]: Penilaian Markah (a) Maksimum 3 isi 3 (b) Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai 2 (c) Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai 1 2 Kriteria markah bahasa [4 markah]: Markah Keterangan Cemerlang 04 • Bahasa yang digunakan baik dan lancar. • Penggunaan ayat yang gramatis. • Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Baik 02 – 03 • Penggunaan bahasa masih baik dan lancar. • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi mempunyai kesalahan yang minimum. • Terdapat kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca tetapi agak minimum. Penguasaan Minimum 01 • Bahasa yang cekap. • Ayat tidak gramatis. • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 69 Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. Isi tempat kosong dengan ayat, frasa atau bukti yang sesuai. (i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Sinopsis Novel yang saya kaji ialah , karya . Novel ini mengisahkan . Cerita bermula apabila watak utama, telah . Selepas itu, dia . Watak utama novel ini mengalami konflik apabila dia . Walau bagaimanapun, dia . Dia telah berjaya . Novel ini mencapai puncaknya apabila . Di samping itu, . Akhirnya, novel ini berkesudahan dengan peristiwa . . Selain itu, . Tema Novel yang saya kaji ialah , karya . Tema novel ini ialah . Peristiwa pertama yang ada kaitan dengan novel ini ialah peristiwa . Selain itu, kejadian juga ada kaitan dengan novel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana . Praktis MuLus HAK CIPTA NUSAMAS
78 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia) Watak dan Perwatakan Kamarul Berusia 17 tahun merupakan murid di kelas Tingkatan 5 Sastera 1. Ayahnya bernama Baharuddin dan ibunya bernama Mak Jah yang memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia mempunyai seorang kakak. Kamarul mempunyai bakat yang cemerlang dalam olahraga. Bermula dengan penyertaannya dalam acara larian mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan MSSM, dia terus terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA di Brunei. Kejayaan yang diraih dan publisiti yang meluas di media menyebabkan sikapnya berubah menjadi angkuh. Keangkuhan itu terlihat jelas apabila dia tidak mahu menyertai latihan untuk sukan tahunan, tidak mahu mengikuti latihan yang dikendalikan oleh jurulatihnya, Encik Kadir, dan berani bertikam lidah dengan ketua kelas, Adibah. Namun, sikapnya mula berubah apabila dia terlantar di hospital selama empat hari dan orang-orang yang dibenci seperti Encik Kadir datang mengunjungi dan terus memberikannya nasihat. Dia mempunyai sahabat yang amat dekat di hatinya iaitu, Saridah rakan sekolahnya. Dia mengenali Saridah dengan lebih akrab ketika menyertai Sukan MSSM di Stadium Merdeka. Namun, hubungan tersebut ada pasang surutnya dan pulih semula apabila Saridah sangat prihatin akan nasibnya yang terlantar di hospital. Apabila Kamarul menyedari sikapnya yang negatif, dia menyesal dan memohon maaf kepada Encik Kadir. Kamarul bersetuju berlatih bawah kendalian Encik Kadir. Akhirnya Kamarul berjaya meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter. Dia berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA menerusi acara 100 meter manakala menerusi acara 400 meter, dia mencipta rekod baharu untuk Sukan SEA dan Sukan Asia. Saridah Belajar di kelas Tingkatan 5B. Memiliki hidung kecil dan berambut lurus. Mempunyai ayah yang sibuk dengan kerja di pejabat dan emak yang sibuk dengan persatuan wanita. Manakala kakaknya, lebih mementingkan tunangnya daripada dirinya. Dia merasakan ayah dan emaknya seperti tidak menyayanginya kerana sejak kecil dia dijaga oleh neneknya. Setelah neneknya meninggal dunia ketika dia berusia 16 tahun, barulah dia dijaga oleh ayah dan emaknya. Hal ini menyebabkan Saridah lebih selesa berkawan dengan Juriah dan akrab dengan rakan sekolahnya yang juga atlet kebangsaan, Kamarul. Baginya, semangatnya untuk belajar semakin memuncak apabila dapat bertemu dengan Kamarul dan semangatnya menurun apabila bertengkar dengan lelaki itu. Hubungan yang akrab dengan Kamarul menyebabkan dia mudah terasa apabila sikap Kamarul berubah menjadi angkuh setelah dia menjadi terkenal dalam bidang olahraga. Namun, dia tetap memberikan semangat kepada Kamarul agar memperoleh kejayaan dalam Sukan SEA di Bangkok kelak. KAJIAN NOVEL TINGKATAN 1 Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang ibu. Buktinya, Mak Sopiah, ibu Razali menjaga kebajikan anaknya dan sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak. Mak Sopiah juga sentiasa menghantar minuman petang (2) ke tempat Razali belajar dan mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya. Seterusnya, persoalan hubungan persahabatan yang positif. Buktinya, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi pergi ke rumah Razali untuk belajar bersama-sama. Mereka juga turut bergotong-royong bagi menjayakan koperasi sekolah. Bukti yang lain, Razali sudi membantu Munir sewaktu Munir digantung persekolahan selama seminggu walaupun sebelum ini mereka bermusuhan. Akhir sekali, persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran. Buktinya, ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam. Bukti yang lain, ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang (3) menghalaunya dari rumah tanpa kesalahan yang nyata. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 79 Encik Kadir Seorang jurulatih olahraga yang berpengalaman. Sebelum menjadi jurulatih, beliau merupakan atlet yang berbakat dengan meraih pingat emas dalam Sukan Asia di New Delhi. Beliau seorang yang sabar dengan karenah pelatihnya. Beliau tetap bersabar apabila atlet kendaliannya, Kamarul tidak berdisiplin dan mahu berlatih sendiri. Beliau memujuk Kamarul dengan menyerahkan pingat yang pernah diperoleh, namun Kamarul melemparkan pingat itu ke tanah. Beliau menyerahkan pingat itu sekali lagi sebelum Kamarul menyertai acara larian 100 meter di Sukan SEA Bangkok dan meminta Kamarul mengikat pingat itu di pinggang untuk menaikkan semangat. Beliau tidak tamak kuasa, buktinya dia berjanji ingin bersara sebagai jurulatih setelah Kamarul memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter untuk memberikan peluang kepada jurulatih lain. Sikap tegas yang ditunjukkan ialah beliau meminta Kamarul lari keliling padang sebanyak lapan pusing gara-gara Kamarul datang lewat untuk berlatih. Nilai Murni/ Pengajaran Terdapat beberapa nilai murni/ pengajaran dalam novel antaranya, kesyukuran/ kita perlu bersyukur, contohnya Kamarul melahirkan rasa syukur kepada Allah apabila dia memperoleh pingat emas dan memecah rekod baharu dalam acara 100 meter di Sukan SEA. Selain itu, patriotisme/ kita hendaklah mempunyai semangat patriotik, contohnya Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara. Seterusnya, kasih sayang/ kita hendaklah memiliki perasaan kasih sayang, contohnya Mak Jah mengambil berat terhadap kesihatan dan keselamatan anaknya, Kamarul dengan menjaga anaknya yang terlantar di hospital selama empat hari kerana dilanggar kenderaan. Selanjutnya, baik hati/ kita perlu mempunyai sikap baik hati, contohnya Kamarul memberi cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang banyak memberikan nasihat dan dorongan sehari sebelum pertandingan dijalankan sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter. Akhir sekali, keberanian/ kita perlu bersikap berani, contohnya Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal, Kamarul sendiri tidak yakin untuk menggondol pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum pulih. Namun dengan keyakinan yang diucapkan oleh jurulatihnya, Encik Kadir, akhirnya Kamarul memperoleh kejayaan. Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini) Watak dan Perwatakan Johari Johari mempunyai sepupu yang bernama Firdaus dan Azlina. Sebagai seorang yang suka berbasikal sejak di sekolah rendah hingga belajar di UPM, dia menyahut cabaran datuknya untuk berbasikal ke Banting. Dia juga merancang untuk berbasikal mengelilingi Malaysia. Setiap hari, dia berjoging untuk menjaga staminanya dan buktinya dia tidak berasa letih apabila berbasikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Banting. Dia bukan sahaja pandai berteori tetapi pandai mempraktikkannya, buktinya dia banyak menghabiskan duit untuk membeli buku, majalah, akhbar, dan tidak gemar menonton televisyen atau wayang gambar. Johari juga tegas, buktinya dia tetap menyuruh Firdaus dan Azlina meneruskan perjalanan ke Banting walaupun Firdaus sudah terlalu letih. Dia mudah membantu orang lain, buktinya dia segera membantu Azlina yang terjatuh dari basikalnya. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab, buktinya dia berasa risau apabila Firdaus mengambil keputusan untuk pulang ke Klang dengan berbasikal secara bersendirian, namun dia tidak boleh berbuat apa-apa demi membentuk sikap berdikari dalam jiwa sepupunya itu. Azlina Seorang remaja berusia 16 tahun, merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar. Azlina sentiasa riang, berbanding dengan abangnya, Firdaus yang suka merungut. Kecenderungan Azlina dalam olahraga menyebabkan dia berani menyahut cabaran berbasikal dari Klang ke Banting. Walaupun letih, namun dia tidak mengeluh. Dia mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu bersaing dengan orang lelaki. Azlina juga mampu mengawal perasaan, namun dalam keadaan tertentu dia mudah berasa jengkel. Buktinya, dia geram dengan sikap abangnya, Firdaus yang tidak mempedulikannya apabila mereka sudah tiba di pantai Morib Baru, sebaliknya abangnya lebih suka melayan rakan-rakannya. Firdaus Firdaus berwajah tampan, berambut kerinting halus, berhidung mancung dan kulitnya putih. Berjiwa lembut kerana dia satu-satunya anak lelaki dan dia dididik seperti adik-beradik perempuannya yang lain sejak dilahirkan. Dia tidak bermain bola sepak, sepak takraw, atau badminton, sebaliknya dia lebih menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen atau membantu kakak-kakaknya membuat bunga atau memasak. Dia juga meminati lagu berunsur cinta, buktinya dia tersinggung apabila ada yang mengatakan bahawa orang yang menyanyikan lagu-lagu cinta tidak berguna, sedangkan setiap manusia mendambakan cinta. Dia memperoleh ketenangan apabila mendengar lagu berunsur cinta. Dia juga berprasangka buruk, buktinya dia menganggap Azlina dan Johari sengaja menyakiti hatinya kerana setiap kali Azlina menyindirnya, Johari cuma diam sahaja. Firdaus juga mudah lupa diri apabila dia HAK CIPTA NUSAMAS
82 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 5 RINGKASAN Format Penaksiran 1 Soalan diajukan dalam Kertas 1, Bahagian C. 2 Anda akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan. 3 Soalan ini membawa 15 markah. 4 Anda akan diberikan sebuah petikan sekitar 250 hingga 300 patah perkataan. 5 Anda diminta meringkaskan petikan tidak melebihi 100 patah perkataan. Panduan Menjawab 1 Calon diminta menggaris kata kunci yang diberikan dan fahami maksud kata kunci tersebut. Biasanya, kata kunci berbunyi “sebab-sebab”, “faedah-faedah”, “keistimewaan”, “cara-cara”, dan “faktor-faktor”. 2 Kemudian anda perlu membaca sekurang-kurangnya dua kali. Jika menemui idea berdasarkan kata kunci yang diberikan dalam setiap pembacaan, sila garis ayat tersebut. 3 Seterusnya anda diminta menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 4 Elakkan daripada memberikan idea sendiri. 5 Anda tidak perlu menyertakan pendahuluan dan penutup. 6 Kebiasaannya, setiap petikan mengandungi sekitar 5 idea. Anda digalakkan supaya menulis lebih idea, asal sahaja tidak melebihi 100 patah perkataan. 7 Selepas selesai meringkaskan petikan dan mengira jumlah perkataan, anda hendaklah membaca sekali lalu untuk memastikan tiada kesalahan ejaan. 8 Akhir sekali, catatkan jumlah perkataan di bahagian bawah di sudut kanan. Perkataan yang Dikira sebagai Satu Perkataan Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk atur cara Kata depan “di” dan “ke” di belakang/ ke rumah Tarikh 10 Julai 2023 Kata ganda bersama-sama Angka yang ditulis dalam perkataan lima ratus tujuh puluh dua Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemarkahan 1 Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan. 2 Bahasa dinilai secara gambaran keseluruhan. Peringkat Markah Huraian Bahasa Cemerlang 04 – 05 • Bahasa baik dan lancar. • Menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata yang tepat dan ayat gramatis. • Penanda wacana yang sesuai. • Ejaan dan tanda baca yang betul. Baik 02 – 03 • Bahasa baik dan lancar. • Masih berupaya menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat dan ayat masih gramatis. • Penanda wacana masih sesuai. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Memuaskan 00 – 01 • Bahasa kurang lancar. • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan, dan tanda baca. • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 83 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud ayat asal. Kita digalakkan agar rajin membaca. Membaca ialah pintu kepada penerokaan ilmu pengetahuan. Untuk melahirkan bangsa yang berjaya, rakyatnya perlu banyak membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cinta akan ilmu. Maka dengan ilmu hasil daripada membaca akan mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang cemerlang. Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah, dan senang didapati ialah majalah yang biasanya diterbitkan setiap bulan. Fokus setiap majalah berlainan dan unik setiap satunya. Ada majalah yang membicarakan dunia agama, ada yang menjadikan dunia sebagai fokus utama, dan juga yang memfokuskan hobi seperti hobi fotografi dan kereta. Bagi masyarakat Malaysia yang sering dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca. Majalah yang ditulis ringkas, padat, dan menarik adalah antara pilihan yang terbaik. Majalah bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan foto-foto berwarna-warni akan menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Sudah tentu, majalah boleh dibawa ke mana-mana. Sambil menunggu bas, ada yang membaca majalah digital pada telefon pintar membuktikan majalah mudah dibawa dan dibaca. Isu-isu yang menjadi fokus setiap bulan juga perlu lebih bijak ditulis. Hal ini bermakna membaca merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. Ada juga majalah yang menjadikan isu-isu semasa dalam masyarakat sebagai fokus utama. Hal ini akan menjadikan amalan membaca sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat. Membaca majalah ini merupakan hobi yang boleh merangsang minda untuk berfikir. Kebanyakan masyarakat kurang membaca kerana mereka merasakan tiada keperluan untuk membaca, namun golongan ini harus disedarkan agar memahami bahawa membaca membuatkan mereka mengetahui perkembangan alam sejagat ini. Malahan kemahiran seseorang dalam bidang tertentu boleh ditingkatkan dengan membaca. Dipetik dan diubah suai daripada “Majalah Membentuk Budaya Membaca”, oleh Khairusy Syakirin Has-yun Hahim, Utusan Online, 12 Mei 2008 8 Idea 1 Membaca ialah pintu kepada penerokaan ilmu pengetahuan. 2 Untuk melahirkan bangsa yang berjaya. 3 Mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang cemerlang. 4 Aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. 5 Kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat. 6 Hobi yang boleh merangsang minda untuk berfikir. 7 Mengetahui perkembangan alam sejagat. 8 Kemahiran dalam bidang tertentu boleh ditingkatkan. Model Ringkasan Membaca Model Jawapan Lengkap Membaca mempunyai banyak kelebihan, antaranya pintu kepada penerokaan ilmu pengetahuan. Malah boleh melahirkan bangsa yang berjaya. Selain itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang cemerlang. Seterusnya, membaca merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. Kita juga akui bahawa membaca menjadi kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat. Seterusnya, membaca menjadi hobi yang boleh merangsang minda untuk berfikir. Pada waktu yang sama, kita akan mengetahui perkembangan alam sejagat. Akhir sekali, kemahiran dalam bidang tertentu boleh ditingkatkan. HAK CIPTA NUSAMAS
100 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 6 KARANGAN PENDEK Format Penaksiran 1 Soalan diajukan dalam Kertas 2, Bahagian A. 2 Anda akan diberikan sekitar 8 hingga 12 patah perkataan atau frasa. 3 Anda diminta menambah perkataan/ frasa yang sesuai antara perkataan yang diberikan untuk menjadi sebuah perenggan atau karangan yang pendek. 4 Soalan ini membawa 10 markah. Panduan Menjawab 1 Anda perlu memahami tajuk yang diberikan untuk mendapat gambaran perenggan/ karangan yang akan anda tulis. 2 Anda diminta membaca sekurang-kurangnya dua kali setiap perkataan/ frasa untuk mengetahui kesesuaian karangan berdasarkan tajuk yang diberi. 3 Anda tidak boleh menggugurkan perkataan/ frasa yang diberikan atau menyusun semula kedudukan perkataan/ frasa mengikut kemahuan anda. Perkataan yang Dikira sebagai Satu Perkataan Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk atur cara Kata depan “di” dan “ke” di belakang/ ke rumah Tarikh 10 Julai 2024 Kata ganda bersama-sama Angka yang ditulis dalam perkataan lima ratus tujuh puluh dua Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemarkahan Kriteria Menilai/ Kemahiran Menilai Kriteria Deskripsi Bahasa • Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) • Ejaan dan tanda baca • Kosa kata Idea Penghuraian idea Peringkat Kriteria Cemerlang 08 – 10 markah Idea • Idea releven dengan tugasan. • Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. • Penanda wacana yang tepat. • Kesalahan bahasa yang minimum. Baik 06 – 07 markah Idea • Idea masih releven dengan tugasan. • Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. Penguasaan Minimum 03 – 05 markah Idea • Idea kurang releven dengan tugasan. • Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 02 markah Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. HAK CIPTA NUSAMAS
102 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis 1 Menguasai Pelbagai Bahasa Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. tanggungjawab ibu bapa – pelbagai bahasa – memudahkan kehidupan – tuntutan kerja – komunikasi dan penulisan – masyarakat antarabangsa – mencari pekerjaan – amat sengit – merebut peluang – jati diri – kehidupan yang mencabar Menjadi tanggungjawab ibu bapa mempersiapkan diri 5 anak-anak dengan menguasai pelbagai bahasa 10 untuk memudahkan kehidupan mereka pada 15 masa akan datang. Anak-anak diberikan 20 penekanan untuk menguasai pelbagai bahasa 25 untuk memenuhi tuntutan kerja. Kemahiran 30 dalam komunikasi dan penulisan memudahkan 35 seseorang itu berhubung dengan masyarakat 40 antarabangsa. Persaingan mencari pekerjaan sekarang 45 amat sengit. Mereka yang mempunyai 50 lebih kemahiran sahaja akan dapat 55 merebut peluang. Pada waktu yang 60 sama, anak-anak perlu mempunyai jati diri 65 dalam menjalani kehidupan yang mencabar. 70 Hanya jati diri dapat mengatasi masalah 75 yang wujud. 80 HAK CIPTA NUSAMAS
112 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 7 KARANGAN UMUM Format Penaksiran 1 Soalan karangan akan diajukan dalam Kertas Bahasa Melayu 2, Bahagian B. 2 Anda akan diberikan bahan grafik dan diajukan tiga soalan dan anda diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut. 3 Anda diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 4 Karangan umum membawa 30 markah. Bentuk dan Jenis Karangan 1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/ syarahan/ ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Jika tidak mematuhi format yang ditetapkan, anda akan kehilangan tiga markah. Persediaan Awal Sebelum Menulis Karangan 1 Sebagai persediaan awal, anda perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. 2 Anda sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik. Setiap kali anda memperoleh maklumat yang berkaitan dengan topik, anda boleh memasukkannya ke dalam fail tersebut. 3 Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, dan perindustrian. 4 Anda juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh dan memperlihatkan kematangan menulis. Strategi Menulis Karangan 1 Memilih Soalan yang Tepat (a) Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Anda perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan difahami. 2 Menyediakan Rangka Karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberikan perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. 3 Perenggan Pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya. 4 Perenggan Idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberikan kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan idea. (b) Setiap idea perlu ada penanda wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. 5 Perenggan Penutup (a) Penutup perenggan berupa kesimpulan, di samping pendirian tentang sesuatu tajuk. (b) Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya dengan pendahuluan dan idea. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 113 Pemarkahan Kriteria Menilai/ Kemahiran Menilai Kriteria Deskripsi Bahasa • Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) • Ejaan dan tanda baca • Kosa kata Idea Penghuraian idea Pengolahan • Penghuraian • Pemerengganan • Format • Unsur keindahan bahasa/ ungkapan yang menarik Peringkat Kriteria Cemerlang 20 – 30 markah Idea • Idea releven dengan tugasan. • Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. • Penanda wacana yang tepat. • Kesalahan bahasa yang minimum. Pengolahan • Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai. • Format menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Baik 15 – 19 markah Idea • Idea masih releven dengan tugasan. • Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. Pengolahan • Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai. • Format masih menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana masih sesuai. Penguasaan Minimum 10 – 14 markah Idea • Idea kurang releven dengan tugasan. • Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. Pengolahan • Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan dengan pemerengganan yang kurang sesuai. • Format kurang menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana kurang sesuai. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 09 markah Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. HAK CIPTA NUSAMAS
114 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Model 1 Cerita NOTA CERDIK 1 Karangan cerita terbahagi kepada tiga bentuk: (a) Berdasarkan pengalaman (b) Menggambarkan suasana atau gambaran (c) Menyudahkan cerita 2 Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej. 3 Urutan cerita sebaik-baiknya mempunyai perasaan ingin tahu di hati pembaca (pemeriksa) dengan mewujudkan unsur saspens. 4 Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, puncak (klimaks), dan peleraian. 5 Seboleh-bolehnya anda mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. 6 Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik. 7 Anda digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. 8 Watak tidak semestinya manusia; boleh benda atau binatang. 9 Letakkan dialog untuk menunjukkan kemahiran berbahasa, tetapi dialog yang penting sahaja. Tulis sebuah cerita tentang kenakalan anak remaja yang tidak mendengar nasihat orang tua. Awan Kelabu di Atas Kepala Sedang teman-teman lain ke sekolah dengan berjalan kaki ataupun paling tidak mereka berbasikal, tetapi Azizul bermegah dengan motosikal. Azizul baru berusia 15 tahun dan belum layak memiliki lesen kenderaan. Hal ini bermakna dia telah melanggar peraturan jalan raya. Mereka yang berusia 16 tahun ke atas sahaja dibenarkan memiliki lesen motosikal. “Zaman saya dahulu, saya ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh lima hingga enam kilometer. Harga basikal ketika itu sekitar RM150.00 tetapi dianggap terlalu mahal. Zaman kamu ini, ayah sudah membelikan motosikal. Saya tidak melarang kamu menunggang motosikal tetapi mesti mengikut undang-undang. Kamu mesti mempunyai lesen. Tanpa lesen, kamu akan mati katak jika terjadi apa-apa semasa menunggang motosikal,” ucap Encik Zahid, pengetua sekolah itu pada satu hari. Kata-kata itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Memang ada pengawas yang menahan dan menyerahkannya kepada guru disiplin, tetapi dia tidak takut. Jika pihak sekolah melarang, dia boleh meletakkan motosikal di belakang kedai yang tidak jauh dari sekolah. Dari situ dia boleh menapak ke sekolah, bukan menapak dari rumahnya yang sejauh lima kilometer. Lagipun ayahnya tidak melarang. Ayahnya cuma meminta dia berhemah di jalan raya, dan sifat itu telah ditunjukkan ketika menunggang motosikal. Azizul mula terasa jemu apabila asyik menunggang motosikal yang sama. Perasaannya ini diluahkan kepada rakannya, Razikin yang juga menunggang motosikal ke sekolah. Razikin mencadangkannya agar mengubah suai enjin motosikal. Bayarannya sekitar RM600.00 dan boleh dibayar secara ansuran. Menurut Razikin, enjin yang sudah diubah suai memiliki lebih daya pecutan. Tanpa berunding dengan ayahnya, Azizul terus bersetuju. Apabila selesai pengubahsuaian tersebut, Azizul ingin memandu uji motosikalnya dari Melaka ke Seremban melalui Lebuh Raya Utara – Selatan. Tanpa pengetahuan ayah dan ibu, dia bersama-sama empat orang rakannya telah memecut pada malam minggu. Motosikal meluncur laju di lebuh raya. Kuasa pecutan dirasakan begitu hebat. Dia berjaya mengatasi rakan-rakannya yang lain. Rasa kepuasan menguasai dirinya menyebabkan dia mahu berlumba lagi. “Malam tadi kamu ke mana, along?” tanya ayahnya yang sedang membasuh kereta pada pagi minggu itu. “Pukul 2.00 pagi baru balik.” “Along mengulang kaji di rumah kawan. Selepas itu terasa lapar, lalu makan di warung Pak Hitam,” terang Azizul, berbohong. “Baguslah kalau macam tu. Kamu anak sulung, patut menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. UASA pun tak lama lagi. Ayah bimbang kalau kamu berlumba. Kalau kamu tertangkap, ayah tak mahu jamin. Kalau terjadi apa-apa, bukan sahaja kamu yang susah, ayah juga susah.” Kata-kata itu bagaikan mencurah air di daun keladi. Malam minggu berikutnya, dia menyertai perlumbaan motosikal haram. Kali ini dia bersama dengan remaja yang sudah tamat persekolahan. Mereka berlumba dari Melaka ke Tangkak. Tanpa diduga mereka termasuk perangkap polis. Akhirnya, seramai 45 orang penunggang motosikal ditahan di Balai Polis Tangkak. Dia menghubungi ayahnya agar dirinya diikat jamin. HAK CIPTA NUSAMAS
118 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Model 4 Wawancara/ Dialog 10NOTA CERDIK 1 Karangan jenis ini merangkumi karangan jenis dialog. 2 Wawancara/ temu ramah biasanya lebih membicarakan perkara yang serius, manakala dialog pula perbualan biasa. 3 Perbualan melibatkan dua pihak; seorang bertanya untuk mendapatkan maklumat, manakala seorang menjawab dengan menerangkan dengan mendalam. 4 Sebelum memulakan karangan, perlu ada keterangan serba ringkas. 5 Untuk memulakan wawancara, perlu dimulakan dengan bertanya khabar. 6 Tidak perlu menyatakan gerak-geri tubuh dalam dialog, contohnya (sambil berjalan). 7 Gunakan panggilan yang sesuai mengikut pangkat dan umur seperti Datuk/ Datin, tuan/ puan, dan pak cik/ mak cik. 8 Elakkan pertanyaan yang terlalu panjang dan biarlah tersusun; yang penting didahulukan. 9 Jawapan sebuah pertanyaan merupakan sebuah idea. Jadi, pertanyaan yang diajukan perlu difikirkan secara mendalam. 10 Huraian isi perlulah lengkap, mendalam, berserta contoh yang sesuai, seperti juga karangan pendapat. 11 Jika yang ditanya bukan tokoh, pertanyaan tentang latar belakang jangan terlalu mendalam. 12 Gelaran atau pangkat tidak perlu ditulis, memadai dalam keterangan awal. Malah dibenarkan menggunakan kependekan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada DSAI (dalam keterangan berikutnya). 13 Gunakan bahasa yang sesuai dengan orang yang diajak berbual dan wujudkan suasana seperti dalam sesi perbualan yang sebenar. 14 Akhiri perbualan dengan lafaz terima kasih. 15 Penutup perlu mempunyai keterangan. Pemarkahan format (maksimum tolak 3 markah): • Menulis dalam bentuk karangan biasa ditolak 3 markah Masalah salah laku dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Anda berbincang dengan rakan anda tentang sebab-sebab dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Tuliskan perbualan anda selengkapnya. Salah Laku Remaja: Sebab-sebab dan Langkah-langkah Mengatasinya Sementara menanti kedatangan guru masuk ke kelas, saya dan William berbincang mengenai salah laku dalam kalangan remaja. Berikut ialah perbualan kami selengkapnya. JOHARI : [Pendahuluan] Selamat pagi, William. Apakah yang awak tulis itu? WILLIAM: Selamat pagi. Saya sedang mencatatkan idea-idea penting tentang masalah salah laku dalam kalangan remaja. Kebetulan awak sudah ada, jadi eloklah kita berbincang. Pada pandangan awak, apakah sebab berlakunya masalah salah laku ini? JOHARI : [Idea 1] Pada pendapat saya, masalah ini berpunca dari rumah. Pada zaman ini, ramai yang menginginkan keselesaan hidup hingga terlalu fokus mencari rezeki. Sesetengah ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja. Mereka keluar awal pagi dan balik ke rumah sudah malam. Sepanjang tempoh itu, aktiviti yang dilakukan oleh anak di rumah dan di sekolah tidak diendahkan. Anak yang rasa dirinya tidak dihargai, mulalah melepaskan kesunyian di luar rumah. WILLIAM: Betul kata awak. [Idea 2] Keadaan bertambah buruk jika mempunyai rakan-rakan yang berperangai negatif. Mereka yang bercampur gaul dengan remaja yang sudah tidak bersekolah pastinya berbeza dengan berkawan sesama rakan sekolah. Apabila sudah berkawan dengan remaja yang tidak bersekolah, mulalah mereka mahu mencuba macam-macam perkara. Lebih-lebih lagi, mereka rasa lebih seronok berpelesiran tanpa ke sekolah, kemudian mulalah berjinak-jinak dengan rokok atau rokok elektronik. Selepas itu, macam-macam lagilah masalah sosial yang dilakukan. JOHARI : [Idea 3] Pengaruh persekitaran juga menyebabkan remaja terlibat dalam salah laku. Pada zaman ini, dari ceruk kampung hinggalah bandar besar, semuanya boleh mempengaruhi remaja walaupun persekitarannya berbeza. Jika di kampung dan felda, banyak kes remaja yang terlibat dengan rokok, hidu gam dan dadah. Kalau di bandar pula, lagilah banyak yang boleh mempengaruhi mereka dengan pusat hiburan, pusat snuker dan tempat perjudian haram. Mula-mula sekadar mencuba, lama-kelamaan menjadi ketagihan pula. WALLIAM: Itu saya setuju. [Idea 4] Bagi mengatasi masalah ini, institusi kekeluargaan perlulah dimantapkan. Selain kursus praperkahwinan untuk pasangan yang hendak berkahwin, kursus keibubapaan juga patut dianjurkan HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 121 Anda sedang mengikuti kursus yang memaksa anda berjauhan dengan keluarga. Anda bercadang untuk menulis sepucuk surat kepada keluarga anda dengan menceritakan pengalaman yang sedang anda tempuhi. Tulis surat tersebut selengkapnya. Praktis 1 Anda telah membeli sebuah novel remaja yang sangat menarik dan mengandungi banyak nilai murni serta pengajaran. Anda bercadang untuk menulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk berkongsi maklumat tentang novel tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Praktis 2 Model 6 Ucapan/ Syarahan/ Ceramah 10NOTA CERDIK 1 Format karangan syarahan tiada perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan ucapan dan ceramah, cuma biasanya syarahan disampaikan untuk pertandingan. 2 Ucapan membicarakan tajuk umum yang tidak meminta pendengar mengetahui dengan lebih mendalam. Manakala tajuk syarahan pula lebih serius. Bagi ceramah pula, orang yang memperkatakan tajuk tersebut biasanya seorang yang mahir dan ada kaitan dengan perkara yang diperkatakan. 3 Jika untuk pertandingan, terdapat pernyataan dalam soalan yang berbunyi “… Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan ….” 4 Bagi tajuk syarahan, perkara yang diperkatakan sama seperti karangan jenis pendapat, cuma disampaikan dalam bentuk syarahan. 5 Karangan jenis ini memerlukan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada hadirin. Jika untuk pertandingan perlu menyebut ungkapan “para hakim”. Pemarkahan format (maksimum tolak 3 markah): • Tanpa format ditolak 3 markah • Tanpa kata alu-aluan ditolak 1 markah • Tanpa hadirin/ tuan/ puan di tengah-tengah karangan, sekurang-kurangnya sekali ditolak 1 markah • Tanpa kata-kata penutup ditolak 1 markah Anda sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Anda telah diminta menyampaikan ucapan dalam satu perhimpunan sekolah. Dalam ucapan anda itu, anda diminta menceritakan rahsia kecemerlangan anda. Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya. Kesungguhan Membuahkan Kejayaan [Kata alu-aluan] Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, Cikgu Norasikin Abdullah, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kerana diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam perhimpunan yang bermakna ini. Saya telah diminta oleh guru kaunseling, Cikgu Azlina Azizi untuk menceritakan rahsia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sebenarnya tiada rahsia yang saya sembunyikan. [Idea 1] Perkara yang saya lakukan adalah dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Saya tidak menghiraukan teman-teman yang mengajak saya berbual. Saya tidak segan silu untuk bertanya apabila tidak faham. Sebelum ke sekolah, saya akan membaca sepintas lalu topik yang akan diajar oleh guru untuk mempercepat pemahaman terhadap topik yang akan diajar. Ketika di rumah pula, saya akan segera menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru selepas makan tengah hari dan solat zuhur, kemudian mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Hadirin yang dimuliakan, Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang cara saya membahagikan masa antara aktiviti kokurikulum dengan akademik. Hal ini demikian kerana saya menjadi pengawas, bermain bola sepak, dan mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan. [Idea 2] Walaupun aktif dalam kokurikulum, saya akan memastikan pelajaran tidak saya abaikan. Saya akan sentiasa membawa nota kecil untuk membacanya setiap kali ada masa terluang sehinggakan temanteman menggelarkan saya sebagai Mat Ulat Buku. Lagipun kegiatan kokurikulum pada awal tahun sahaja. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 125 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 1 Bahasa Melayu (02/1) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 HAK CIPTA NUSAMAS
126 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Soalan 1 dan 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Kanak-kanak itu sedang bermain ________ yang dibuat daripada surat khabar. A rama-rama C orang-orangan B patung-patung D layang-layang 2 “Di manakah ________ tinggal?” tanya Siti kepada Munirah. A kami C saya B awak D patik Soalan 3 dan 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Saleha tidak suka mandi di sungai kerana dia tidak terlalu salam. II Huluran salamnya tidak dapat diberikan. III Dia hanya berkirim salam kerana tidak dapat datang. IV Sambutlah salam daripada kami sekeluarga di sini. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV 4 I Wajahnya manis apabila bercakap dengan suaminya. II Jangan melakukan perkara yang tidak manis dipandang orang. III Makanan yang terlalu manis boleh memudaratkan kesihatan. IV Kamal mengamalkan ayat manis hati setiap kali hendak keluar dari rumah. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Soalan 5 dan 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Setengah besar pengunjung pasar malam itu terdiri daripada orang Melayu. A Sebahagian para pengunjung B Sebahagian besar pengunjung C Sebahagian para-para pengunjung D Setengah besar pengunjung 6 Pendapatan Roslan yang berusaha ternakan ikan di dalam sangkar sangat lumayan. A yang berusaha ternak ikan B yang diusahakan ternakan ikan C yang mengusahakan ternakan ikan D yang berusaha ternakan ikan Soalan 7 dan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Mazri membaiki basikalnya yang rosak. II Norhaiza menjawab soalan itu dengan berhatihati sekali. III Seluruh masyarakat kampung menghormati Encik Rahim kerana sikapnya yang jujur. IV Pekerja Tenaga Nasional Berhad sedang memperbaiki penyambungan kabel elektrik. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV 8 I Suhaimi akan makan tengah hari di rumah di waktu tengah hari esok. II Kamariah sedang menonton televisyen di ruang tamu. III Anita Lim pergi ke tempat kerja dengan memandu kereta import. IV Emak sedang menanak nasi lemak di dapur. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal. 9 Murid-murid di luar bandar masih ketinggalan dalam bidang teknologi komputer. A Teknologi komputer telah menyebabkan murid di luar bandar ketinggalan. B Kegagalan murid di luar bandar disebabkan oleh kekurangan teknologi komputer. C Masih terbelakang, murid-murid di luar bandar dalam bidang teknologi komputer. D Teknologi komputer ialah bidang yang ditinggalkan oleh murid-murid luar bandar. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Alia telah bersedia mengumpulkan wang dan harta sebelum dia bersara sebagai jurujual kerana dia tidak mahu kehidupannya susah pada masa hadapan. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A belum duduk berlunjur dulu. B sediakan payung sebelum hujan. C jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. D ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah] HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 127 11 Maksud rangkai kata mampu memendamkannya dalam petikan ialah A buat-buat tidak ingat. B menghilangkan jejak. C tidak mengambil peduli. D berupaya menyembunyikannya. 12 Di manakah Oren berada ketika penulis melihatnya? A Di dalam bilik penulis B Di atas pangkuan ayah C Di tepi longkang di belakang rumah D Di bawah pokok tua di taman permainan Dalam diam-diam aku mengesyaki ada sesuatu berlaku kepada Oren tetapi aku hanya mampu memendamkannya. 13 Berdasarkan ayat di atas, mengapakah penulis tidak mahu memberitahu ayahnya? A Mahu ayahnya mencari Oren sendiri B Tidak mahu ayahnya bertambah gelisah C Menyesali sikap ayahnya yang lebih menyayangi Kelabu D Terkilan kerana ayahnya mengutamakan kucing daripada anak-anak 14 Apakah nilai murni ayah yang patut dicontohi berdasarkan petikan? A Kasih sayang B Bekerjasama C Kesyukuran D Keberanian 15 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan? A Sudah seminggu ayah tidak melihat Oren. B Oren tidak makan makanan yang disediakan oleh ayah. C Bulu Oren kelihatan cantik seperti bulu kucing Siam. D Ayah lebih memanjakan Oren daripada Kelabu. Soalan 11 hingga 15 berdasarkan bahan di bawah. Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Oren masih tidak pulang. Sudah masuk hari yang keempat ayah tidak nampak kelibatnya. Aku memberitahu ayah bahawa pagi tadi aku ada melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah. Begitu juga adikku, Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan di hadapan rumah dua hari yang lalu. Namun, ayah masih tidak berpuas hati kerana dia sendiri tidak melihat kelibat Oren. “Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah sediakan. Adakah dia merajuk? Hujanhujan begini di manakah dia berteduh?” Kami hanya mendengar keluhan ayah. Sudah seminggu, hampir setiap malam pada hujung pertengahan Disember ini hujan turun diiringi dengan guruh dan angin. Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah. Kelabu semakin tembam. Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam. Ayah semakin memanjakan Kelabu. Bagiku barangkali sejak kehadiran Kelabu, Oren semakin terpinggir daripada belaian ayah. Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah sedar akan kesilapannya tetapi yang menjadi tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah ke manakah Oren menghilangkan diri? Dalam diam-diam aku mengesyaki ada sesuatu berlaku kepada Oren tetapi aku hanya mampu memendamkannya. Aku bimbang ayah akan bertambah gelisah nanti. Aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah. Adakah ayah juga barangkali terfikir tentang perkara yang ingin aku luahkan kepadanya? (Dipetik daripada cerpen “Oren”, oleh Saifullizan Yahaya, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) HAK CIPTA NUSAMAS
128 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN B [30 markah] 1 Dalam ayat di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Teknologi Hijau Pembuatan kenderaan berteknologi hijau dalam industri otomotif semakin diutamakan. Atas keperihatinan ini, bilangan kenderaan berteknologi hijau dalam pasaran global telah ditingkatkan. Pelbagai usaha dilakukan oleh Malaysia untuk menguasai teknologi terkini dalam sektor kenderaan alternatif ini. (i) otomatif sepatutnya automatif (ii) keperihatinan sepatutnya keprihatinan [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Oleh kerana kekurangan wang untuk membaiki rumahnya, Safiah menumpang di rumah jirannya sementara waktu. Oleh kerana sepatutnya Oleh sebab (ii) Aishah dapat mengikut rakannya pergi ke kedai buku selepas membantu ibunya memasak. dapat sepatutnya boleh [2 markah] 3 Namakan jenis frasa yang bergaris dalam ayat di bawah sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS). (i) Aku meneroka kawasan Iceland. Frasa Kerja (ii) Basikal ialah kenderaan utama di Belanda. Frasa Nama (iii) Pelarian Syria ke Jerman secara beramai-ramai. Frasa Sendi Nama (iv) Ibu tergesa-gesa memasak lauk. Frasa Adjektif [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) Jiran sepakat membawa berkat (ii) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua [2 markah] HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 133 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 1 Bahasa Melayu (02/2) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 135 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Aktiviti Bermanfaat 1 Setiap orang mempunyai hobi untuk memanfaatkan masa yang terluang. Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda dengan menceritakan pengisian masa terluang anda ketika cuti sekolah. 2 Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan ibu dan bapa kita. Tulis aktiviti yang anda lakukan bagi tujuan tersebut. 3 Keluarga anda mengajak anda bercuti di kampung. Ceritakan pengalaman yang anda lalui itu. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 137 1 AKHLAK DAN ADAB (a) Dalam kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi terdapat banyak kera dalam kalangan manusia. George Bernard Shaw (1856 –1950), sasterawan kelahiran Republik Ireland (b) Pembohong akan membohongi orang lain buat pertama kalinya dan akhirnya akan menipu diri sendiri. Griffith Taylor (1880 – 1963), pakar antropologi kelahiran England (c) Semikin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi pekerti. Prof. Dr. Hamka (1908 – 1981), ulama dan sasterawan tersohor dari Indonesia (d) Orang yang budiman ialah orang yang mengakui akan kelebihan kawannya. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (e) Jika anda dalam keadaan marah, janganlah anda menginginkan kebijaksanaan. Ibnu Sina (980 – 1037), filsuf, ilmuwan, dan doktor dilahirkan di Persia (kini Iran) (f) Untuk kebahagiaan hidup, seseorang itu mestilah menolak godaan. Mahatma Gandhi (1869 – 1948), pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India (g) Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecahbelahkan persaudaraan. Nabi Muhammad SAW (570 – 632), rasul yang terakhir umat Islam (h) Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Imam Al-Tirmidzi (822 – 892), ahli hadis dan pengarang kitab agama yang masyhur 2 AGAMA (a) Agama tanpa ilmu ibarat buta, ilmu tanpa agama menjadi lumpuh. Albert Einstein (1879 – 1955), pakar fizik kelahiran Jerman (b) Agama apabila benar-benar dihayati, membuat manusia menjadi pengawas dirinya sendiri. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia KATA-KATA HIKMAT DAN PERIBAHASA SEJAGAT [Manfaatkan dalam Karangan] (c) Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan jika tidak berpenjaga, binasalah hayat. Pepatah Arab 3 BAKTI (a) Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Abu Bakar As-Siddiq (572 – 634), khalifah Islam pertama (b) Janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah bahawa hidup anda tidak pernah dimulakan. John Henry Newman (1801 – 1890), sasterawan tersohor dari London 4 BANGSA DAN NEGARA (a) Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (b) Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (c) Apabila sesuatu bangsa tidak mempercayai diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (d) Orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. Bryron Lord (1788 – 1824), penyair Inggeris yang berperanan dalam kemerdekaan Yunani (e) Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Meng Tze (372 SM – 289 SM), seorang filsuf dari Tiongkok (f) Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16 (dari 1861 hingga 1865) (g) Beri aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku menggoncangkan dunia. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (h) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri.] Pepatah Melayu 5 CINTA DAN KASIH SAYANG (a) Membenci orang adalah seperti membakar rumah sendiri untuk mendapat kebebasan daripada tikus. Henry Emerson (1856 – 1936), fotografi terkenal kelahiran Britain (b) Sayangkan anak tangantangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.] Pepatah Melayu 6 CITA-CITA (a) Hidup ini tidak akan berguna jika tidak ditujukan kepada cita-cita luhur. Jose Rizal (1861 – 1896), negarawan ulung dari Filipina (b) Cintailah pelajaranmu sebagaimana engkau mencintai seseorang kerana pelajaran akan bersama-sama ketika sedih dan gembira. Lord Chesterfield (1694 – 1773), tokoh politik yang masyhur dari Britain (c) Cita-cita atau kemahuan seperti beliung yang tajam, dapat membuat jalan melalui hutan rimba. Charles Dickens (1812 – 1870), sasterawan terkenal dari London (d) Orang yang tidak mempunyai cita-cita bagaikan burung tanpa sayap. Pepatah Inggeris 7 ILMU PENGETAHUAN (a) Fikiran hanya tumbuh jika digunakan dan surut kalau dibiarkan begitu sahaja. Imam Syafie (767 – 820), pengasas mazhab Syafii (b) Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup. Thomas Edison (1847 – 1931), pereka dan usahawan Amerika Syarikat HAK CIPTA NUSAMAS
MySOLUSI MySOLUSI 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM11.90 : RM12.90 MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Praktis dalam buku ini disediakan untuk memudahkan murid menguasai kemahiran Bahasa Melayu secara menyeluruh. Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan. Praktis berteraskan DSKP dan tema buku teks Praktis MuLus turut disediakan 1 set Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Soalan KBAT untuk menguji kefahaman murid Disusun berdasarkan format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 9 786297 573670 ISBN 978-629-7573-67-0 CIRI-CIRI ISTIMEWA CIRI-CIRI ISTIMEWA MGF1 HAK CIPTA NUSAMAS