Kandungan iii
iv
Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan SPM Bahasa Melayu 1–4
5 – 12
Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
Kertas 1 13 – 16
Kertas 2 17 – 24
Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 25 – 28
Kertas 1 29 – 36
Kertas 2
37 – 40
Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 41 – 48
Kertas 1
Kertas 2 49 – 52
53 – 60
Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 3
Kertas 1
Kertas 2
Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 4
Kertas 1
Kertas 2
SKEMA PEMARKAHAN
SULIT 13 1103/1
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 1
BAHASA MELAYU 1103/1
Kertas 1 Dua jam
2 jam
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak
mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 14 1103/1
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca.
Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN Membaca
2021 – 2030 Membuka Minda
Menjadikan Malaysia “Buku yang kubaca selalu memberikan
sebagai negara membaca sayap-sayap baharu. Membawaku terbang
serta bangsa Malaysia yang ke taman-taman pengetahuan paling
berilmu dan bertaraf dunia menawan, melintasi waktu dan peristiwa,
menjelang tahun 2030. berbagi cerita cinta, menyapa semua tokoh
yang ingin kujumpai, sambil bermain di
Tahap pencapaian pembacaan rakyat Malaysia lengkung pelangi.”
yang aktif membaca meningkat kepada 25
peratus daripada jumlah penduduk pada lima (Abdurahman Faiz,
tahun pertama pelaksanaan program. Aku Ini Puisi Cinta, 2005)
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 184
Tingkatan 5, hlm. 185
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
Aspek pendidikan yang semakin baik di negara ini menjadi pendorong kepada peningkatan kesedaran, tindakan
dan minat membaca dalam kalangan generasi muda seperti melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM).
Pelaksanaan program NILAM pada peringkat sekolah sangat bagus kerana mampu meningkatkan kesedaran,
memupuk minat membaca dan menggalakkan pengetahuan para pelajar apabila usaha mereka dihargai serta
diiktiraf.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
“Program NILAM Tingkatkan Kesedaran, Pupuk Minat Membaca”,
Berita Harian, 17 Julai 2019
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT
SULIT 15 1103/1
Bahagian B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
1 DOMAIN AWAM
Pelbagai langkah penguatkuasaan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan
kadar kemalangan di jalan raya khususnya pada musim perayaan. Namun, kadar kemalangan dan kematian
tidak banyak berubah walaupun pelbagai inisiatif telah diambil pihak berkuasa. Persoalannya, adakah
kegagalan penguatkuasaan ataupun sikap pengguna jalan raya itu sendiri menyebabkan masalah ini tidak
dapat diselesaikan sepenuhnya?
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
“6 Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya”,
oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Harian Metro, 18 Mac 2018
SOALAN
Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau Malaysian Institute of Road
Safety Research (MIROS), kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat saban tahun. 60 - 65 peratus
kemalangan maut di Malaysia melibatkan penunggang motosikal. Oleh itu, semua pihak perlulah prihatin
dalam mengenal pasti faktor-faktor terjadinya peningkatan kemalangan jalan raya.
Huraikan faktor-faktor tersebut.
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
2 DOMAIN PERIBADI
Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cinta akan watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang
perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi
sebahagian daripada nilai murni ini sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin tentu nilai
ini akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
“Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai, Bukan Sekadar Simbolik”,
oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Berita Harian, 18 September 2014
SOALAN
Sebagai warganegara yang cinta akan tanah air, kita sepatutnya bangga akan kelebihan negara sendiri. Terdapat
pelbagai cara untuk anda menunjukkan perasaan tersebut.
Huraikan cara-cara yang anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 16 1103/1
3 DOMAIN PENDIDIKAN
SASTERA PENCETUS MINDA MASYARAKAT
Pembinaan sesebuah negara bukan sahaja terletak pada kemajuan material. Pembangunan negara perlu
seiring dengan kematangan pemikiran rakyat dan pembangunan jati diri bangsa. Salah satu cara untuk
mencapai kematangan fikiran adalah dengan penulisan karya sastera.
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 181
SOALAN
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan karya sastera. Sehubungan dengan itu, elemen
komponen sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan di sekolah menengah sejak tahun 2000 untuk menyemai
nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Bincangkan kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila mempelajari komponen sastera (KOMSAS) di sekolah.
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
4 DOMAIN KERJAYA
Pemimpin sememangnya diiktiraf sebagai faktor penting yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan,
matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi boleh menentukan
kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Pemimpin melaksanakan pelbagai fungsi kepimpinan yang
membawa kepada kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan organisasi.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
“Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi”,
oleh Dato’ Mokhtar bin Abas,
Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bil. 1, Julai 2005
SOALAN
Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah “Ciri-ciri Pemimpin
Berkesan”. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.
KERTAS SOALAN TAMAT SULIT
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P)
SULIT 17 1103/2
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 1
BAHASA MELAYU 1103/2
Dua jam tiga puluh minit
Kertas 2
2 1 jam PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
2
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak
mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.SULIT 18 1103/2
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga kata kerja aktif transitif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja aktif transitif yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai kerana keindahan pantai yang bersih, laut yang
membiru, kehijauan hutan, dan kemakmuran yang dikecapi. Selain pelancong dari dalam negara, pelancong
dari luar negara juga begitu ghairah untuk menikmati keindahan di negara ini. Disebabkan oleh potensi yang
ditonjolkan industri pelancongan kesihatan, Malaysia berhasrat untuk memanipulasikan bidang ini demi
kejayaan bidang perubatan pula. Malaysia kini sudah bersedia menjadi sebuah pusat rawatan dan perubatan
kepada pelancong-pelancong luar negara melalui industri pelancongan kesihatan. Pihak kerajaan dan swasta
haruslah berganding bahu agar industri pelancongan kesihatan ini menjadi kenyataan.
[6 markah]
Soalan 2: Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Amalan membaca sangat penting untuk mendidik intelektual, rohani dan emosi. Pembacaan dapat mengukuhkan
kemahiran berkomunikasi seseorang untuk menyampaikan idea masing-masing kepada orang lain. Seseorang
dapat mempertajam daya fikir menerusi kemahiran menganalisis. Seseorang akan lebih memahami perkara yang
kompleks bagi membantu menyelesaikan masalah hidup. Oleh itu, sudah tentulah seseorang itu memerlukan
pembacaan yang luas dan pelbagai bagi mendapatkan lebih banyak fakta dan maklumat.
[6 markah]
Soalan 3: Penyuntingan
Dalam Bahan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa manakala Bahan 2 terdapat enam kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Roti canai berupa hidangan sarapan paling popular yang di nikmati oleh masyarakat Malaysia. “Canai”
sebenarnya berasal daripada perkataan “saanai” dalam bahasa Tamil yang bermaksud sejenis kueh bulat yang
sudah dimasak. Kini, roti canai dipunyai pelbagai variasi seperti roti canai telur, roti canai sadin, roti canai
banjir dan roti canai telur bawang di kedai pemakanan pada seluruh negara.
Bahan 2
Keperluan kenderaan berteknologi hijau dalam sektor otomotif semakin diutamakan. Atas keperihatinan itu,
bilangan kenderaan berteknologi hijau dalam pasaran global meningkat oleh sektor permotoran. Pelbagai usaha
berlaku oleh Malaysia untuk dikuasai teknologi pembuatan kenderaan altenatif ini.
[13 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT
SULIT 19 1103/2
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang
harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku membakar dan mengamuk, kerana
harta orang Melaka itu pun habis aku curi.”
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[4 markah]
Soalan 5: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.
Pada hakikatnya, semua pelajar sama ada Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada
kesungguhan. Hal ini dibuktikan oleh seorang anak muda kampung yang berjaya menempatkan dirinya
dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurutnya,
faktor cemburu melihat rakan sebaya lain yang cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam
pelajaran. Baginya, jika orang lain boleh berjaya, tentu beliau juga boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang.
Berkat kesungguhannya, beliau beroleh kejayaan dan mahu melanjutkan pelajarannya pada peringkat yang
lebih tinggi.
[6 markah]
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 20 1103/2
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]
Soalan 6: Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kunci pemakanan sihat merangkumi tiga komponen utama, iaitu kepelbagaian, keseimbangan, dan kesederhanaan.
Kepelbagaian bermaksud makan pelbagai jenis makanan yang dapat membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang
diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberikan semua tenaga, nutrien dan komponen
makanan yang kita perlukan. Komponen kedua ialah keseimbangan, iaitu mengambil makanan yang seimbang
daripada kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
Kumpulan makanan ini ialah buah-buahan, bijirin, daging atau ayam, ikan serta kekacang dan susu atau
produk tenusu. Komponen terakhir ialah kesederhanaan, iaitu makan dalam kuantiti yang sederhana dan tidak
berlebihan mengikut saranan Pinggan Sihat Malaysia dengan konsep ‘suku suku separuh’ yang membolehkan
kita makan pelbagai jenis kumpulan makanan dalam kuantiti yang disarankan. Selain itu, masyarakat juga
disarankan mengambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayuran setiap hari.
Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
Bahan 2
Banyak kajian sudah dijalankan mendapati terdapat perkaitan secara langsung antara pengambilan gula dengan
peningkatan berat badan. Gula antara penyumbang utama kepada pertambahan kalori yang tidak perlu. Gula
hanya membekalkan tenaga dan tiada kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula seharusnya kurang daripada 10 peratus daripada jumlah
pengambilan kalori (tenaga) sehari. Contohnya, jika keperluan kalori sehari seseorang itu ialah 2000 kilokalori,
pengambilan kalori daripada gula seharusnya tidak melebihi 200 kilokalori, iaitu bersamaan dengan 10 sudu
teh gula sehari termasuklah gula yang ditambah dalam makanan dan minuman.
Walau bagaimanapun, pengambilan gula kurang lima peratus daripada jumlah pengambilan tenaga harian
adalah lebih baik. Masyarakat diingatkan sentiasa berwaspada dalam penggunaan krimer manis atau susu pekat
untuk minuman panas seperti teh tarik, kopi, mahupun kuih-muih. Oleh itu, pengguna disarankan memilih
buah-buahan sebagai alternatif kepada makanan manis untuk pemakanan yang lebih sihat.
Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud komponen utama. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah pengambilan pemakanan sihat yang perlu
diamalkan oleh masyarakat. [3 markah]
(iii) Pemilihan makanan yang kurang baik dan tidak seimbang akan menyumbang kepada risiko kesihatan tubuh
badan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya masyarakat tidak menitikberatkan penjagaan kesihatan?
[4 markah]
(iv) Makanan yang berzat amat diperlukan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Kanak-kanak sering kali
dilihat memilih makanan kurang berzat seperti minuman manis dan berkarbonat, nuget, keropok dan gula-
gula sebagai makanan rutin mereka sekiranya tiada pemantauan daripada ibu bapa.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu menangani masalah ini?
[4 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT
SULIT 21 1103/2
Soalan 7: Petikan Sastera
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
“Habis tu, bagaimana pula penjual itu akan tertipu?”
“Biasanya, apabila pembeli sudah menunjukkan bukti pembayaran, penjual akan terus mengepos barang
yang dibeli. Sebaik pembeli menerima barang tersebut, mereka akan membatalkan bayaran berjadual itu secepat
mungkin. Maka meloponglah si penjual kerana barang sudah dipos sedangkan wang bayaran tidak diperoleh.”
“Wah, licik betullah! Bagaimanakah awak dapat mengesan penipuan pembeli ini?”
“Saya rasa pelik apabila pembeli ini terlalu menggesa saya untuk mengepos barangan yang ditempah
dengan segeranya selepas dia mengemukakan resit bank sebagai bukti bayaran. Kemudian, saya membuat
semakan pada akaun saya. Terkejut saya dibuatnya. Bayaran yang dinyatakan oleh pembeli ini belum masuk
ke dalam akaun saya.”
“Nasib baik awak menyemak akaun awak terlebih dahulu. Kalau tidak, awak pun turut sama melopong.”
Kedua-dua rakan itu tertawa kecil. Namun, di sebalik kejadian ini, ada iktibar buat si peniaga muda.
Berwaspadalah selalu, ya!
Dipetik daripada “Waspada Selalu” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
Bahan 2
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya, “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba
ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba
ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa
malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla;
dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan
sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal.
Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan
tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah
daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya kepada
orang itu, “Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu.”
Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun” diselenggara oleh Abdul Rahman Kaeh
dalam antologi Harga Remaja, Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, bagaimanakah penjual boleh ditipu oleh pembeli? [2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah perbezaan bidang perniagaan yang dijalankan pada zaman
dahulu dengan zaman sekarang? [3 markah]
( iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anda tertipu apabila melibatkan diri dengan
perniagaan secara dalam talian? [3 markah]
(iv) Baru-baru ini anda telah membeli barangan secara dalam talian. Namun, barangan tersebut tidak sampai
dalam tempoh yang telah dijanjikan oleh syarikat tersebut walaupun sudah dua minggu berlalu sedangkan
anda telah membuat bayaran harga barangan tersebut. Situasi tersebut amat membimbangkan anda.
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah tersebut? [4 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 22 1103/2
Soalan 8: Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Sampai bila kita akan dibelenggu orang asing hinggakan semuanya diatur mengikut rentak dan acuan yang
mereka inginkan? Kita ini diibaratkan boneka yang boleh dilakukan sesuka hati,” kata Cikgu Osman ketika
mereka berkumpul pada suatu petang bagi membincangkan permasalahan tersebut.
“Susah kalau orang asing pegang ekonomi. Tengoklah hasil bumi kita seperti bijih timah dan getah dieksport
keluar. Kita tak dapat apa-apa pun, yang untung mereka dan yang rugi pula kita. Kita hanya membiarkan
mereka bermaharajalela mengaut keuntungan hak milik kita untuk memperkaya negara mereka sendiri. Lagi
satu tentang penubuhan pasukan pertahanan, mereka juga yang putuskan. Kuasa diraja seperti harimau hilang
taring. Kita tidak ada kuasa untuk mentadbir tanah air sendiri,” Cikgu Salleh berucap penuh perasaan.
Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
karya Abdul Latip Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Nyatakan keburukan-keburukan penjajahan kepada negara kita.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Dalam setiap novel, terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan oleh penulis untuk mengukuhkan tema.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua persoalan yang menarik minat anda sebagai pembaca.
[6 markah]
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT
SULIT 23 1103/2
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
Soalan 9: Rumusan
Baca kedua-dua petikan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah
negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan
pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah
tamadun bangsa. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga. Dalam konteks semasa,
mata mata pelajaran Sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan
yang seimbang.
Menerusi mata pelajaran Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem
pendidikan kebangsaan mempunyai nilai patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai
pendekatan terbaik untuk menyemai sikap bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal
ini dikatakan demikian kerana kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi. Banyak tokoh ilmuwan
Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malahan
mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini dikatakan demikian kerana kesinambungan kedua-dua
bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih
menyeluruh.
Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa
yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku
dan menambah baik setiap tindakan demi masa depan. Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969,
mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa
apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyah dan negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir. Kesannya turut mempengaruhi ekonomi negara.
Dalam pada itu, pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan
membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai
kedamaian akan memberikan dorongan untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana. Oleh itu,
remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan negara
dan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Kepentingan Mempelajari Sejarah”
Dewan Siswa, Januari 20
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 24 1103/2
Bahan 2 – Petikan
Musibah Lupa Sejarah
Mengambil iktibar peristiwa lalu, Mempelajari sejarah juga dapat
kepentingan mempelajari sejarah menimbulkan rasa patriotisme dalam
dan mereka yang tidak mempelajari kalangan rakyat, namun kita sudah terlalu
sejarah berkemungkinan jauh dari era perjuangan yang dilakukan
mengulanginya dan membawa oleh nenek moyang kita untuk menggarap
kepada kegelinciran institusi kemerdekaan negara.
sesebuah negara.
Kesilapan orang terdahulu
sewajarnya diambil berat kerana
kesannya amat memedihkan
dan ini terbukti sewaktu zaman
pendudukan Jepun, orang kita
terdahulu hidup dalam keadaan
tidak selesa.
PENERBIT MHAAHKIRCISPTDAN. BHD.
Dipetik dan diubah suai daripada “Musibah Lupa Sejarah”,
oleh Mejar (B) Ramli Abdul Rahim, Harian Metro, 16 November 2016
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT SULIT
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P)