The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PBD Si Cilik Plus Bahasa Melayu Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by datastore, 2023-11-02 04:42:26

Modul PBD Si Cilik Plus Bahasa Melayu Tahun 5

Modul PBD Si Cilik Plus Bahasa Melayu Tahun 5

BAHASA MELAYU SI CILIK PLUS • Latihan dan aktiviti PBD pelbagai bentuk • Menepati buku teks & DSKP terkini • Ujian Formatif • Ujian Pertengahan Tahun • Ujian Akhir Sesi Akademik KSSR UASA Joey Tan Chun Lee hung Josephine Joeyna EKSTRA Bahan dalam Kod QR • Tatabahasa • Jawapan _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________________________________________ HALAMAN EKSTRA Halaman ekstra disediakan


JADUAL PENTAKSIRAN MURID BAHASA MELAYU TAHUN 5 V–X TEMA 1 Kemasyarakatan T1–1 TEMA 2 Kesihatan dan Kebersihan T2–13 TEMA 3 Keselamatan T3–25 UJIAN FORMATIF 1 F1–39 TEMA 4 Perpaduan T4–43 TEMA 5 Jati Diri, Patriotisme T5-57 dan Kewarganegaraan UJIAN PERTENGAHAN TAHUN UP–69 TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi T6-77 KANDUNGAN


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–2 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat. SP 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. UNIT 1: MASYARAKAT PENYAYANG Tema 1: Kemasyarakatan PBD 2 Membaca Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai penduduk yang terjejas dari segi ekonomi dan kewangan. Persatuan Taman Mawar telah bersetuju untuk menyediakan gerobok rezeki bagi membantu penduduk yang miskin dan susah. Gerobok rezeki ini akan diletakkan di dewan komuniti dan di surau. Pelbagai barang makanan dan barang keperluan asas akan diletakkan di gerobok itu. Barangan itu dibeli menggunakan wang sumbangan yang dikumpul oleh persatuan penduduk. Selain itu, sesiapa yang bermurah hati juga boleh meletakkan barangan di gerobok itu. Para penduduk yang tidak berkemampuan dan menghadapi kesempitan hidup boleh mengambil barang di gerobok itu secara percuma. Mereka dinasihatkan agar mengambil barang sekadar yang perlu supaya orang lain yang turut memerlukan dapat mengambilnya. Secara tidak langsung, program gerobok rezeki ini dapat meningkatkan perasaan belas kasihan terhadap para penduduk yang kesusahan. Seterusnya, hubungan kejiranan juga dapat dieratkan. Maklumat Tersurat Respons Menyediakan gerobok rezeki bagi membantu penduduk yang miskin dan susah. Sebagai penduduk berkemampuan, kita mestilah memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Barangan itu dibeli menggunakan wang sumbangan yang dikumpul oleh persatuan penduduk. Kita tidak boleh tamak dengan mengambil semua bantuan tanpa memikirkan keperluan orang lain yang turut susah. Penduduk yang miskin dan susah perlulah dibantu bagi meringankan bebanan mereka. Mereka dinasihatkan agar mengambil barang sekadar yang perlu supaya orang lain yang turut memerlukan dapat mengambilnya. 1 2 3 Glosari Gerobok – almari


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–4 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. UNIT 2: KERJASAMA ERATKAN HUBUNGAN Tema 1: Kemasyarakatan PBD 4 Membaca Penduduk Kampung Kenanga mahu menghidupkan tradisi yang telah lama hilang, iaitu gotong-royong memindahkan rumah. Idea ini tercetus apabila Pak Andak menyatakan hasratnya mahu memindahkan rumahnya. Jarak tapak rumah ke lokasi baharu kira-kira 400 meter. Rumah Pak Andak merupakan rumah kayu tradisional yang sederhana besar. Berdasarkan saiz rumah itu, tenaga seramai 100 orang lelaki dewasa diperlukan untuk mengangkat dan memindahkannya. Perkakas rumah perlu dikeluarkan sebelum usaha pemindahan dilakukan. Setelah bermesyuarat, akhirnya penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Pak Andak pada hujung minggu. Mereka bergotong-royong menjayakan tradisi itu. Sebahagian penduduk menolong mengeluarkan perkakas, ada yang menebang batang pinang untuk digunakan bagi mengusung rumah dan sebahagian lagi bekerjasama menyediakan makanan. Setelah rumah itu dikosongkan, 100 orang lelaki bersedia untuk memindahkan rumah. Penduduk yang lain turut memberikan kata-kata semangat sepajang proses pemindahan. Suasana itu turut dirakam oleh wartawan dari sebuah stesen penyiaran. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya. Tandakan (✓) pada respons yang betul bagi maklumat tersirat di bawah. 1 Tradisi gotong-royong memindahkan rumah dihidupkan semula supaya generasi muda kampung itu tahu amalan tersebut. Generasi muda dapat membiasakan diri dengan amalan bergotong-royong. Generasi muda dapat memindahkan semua rumah di kampung tersebut. 2 Perkakas rumah dikeluarkan untuk mengurangkan berat rumah sebelum usaha pemindahan dilakukan. Proses mengangkat dan memindahkan rumah menjadi lebih mudah kerana rumah itu kosong. Rumah yang kosong tidak menjadi rosak semasa diangkat. 3 Suasana itu dirakam oleh wartawan untuk disiarkan sebagai tatapan masyarakat seluruh negara. Tradisi memindahkan rumah ini dapat dihidupkan semula oleh masyarakat moden di bandar. Masyarakat akan mengetahui dan menghargai tradisi memindahkan rumah ini.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–6 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. UNIT 3: MASYARAKAT CELIK ILMU Tema 1: Kemasyarakatan PBD 6 Membaca Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan maklumat tersurat dan tersirat. Persatuan Penduduk Kampung Permai mengadakan mesyuarat di dewan orang ramai. Para penduduk yang mempunyai kelapangan digalakkan menghadiri mesyuarat itu. Mesyuarat itu membincangkan usaha untuk menyediakan perpustakaan mini bagi kemudahan penduduk kampung. Mereka telah bersetuju untuk mengubah suai sebahagian daripada ruang di dalam dewan itu menjadi perpustakaan mini. Bahan-bahan bacaan pula disumbangkan oleh Datuk Hamdi bin Ahmad, seorang usahawan yang berjaya. Beliau sebenarnya berasal dari kampung itu dan seorang yang sangat pemurah serta suka menderma. Perpustakaan mini itu nanti dapat menggalakkan penduduk kampung membaca buku terutamanya bagi anak-anak kampung yang bersekolah. Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan pengetahuan mereka. Selesai bermesyuarat, para penduduk kampung bergotong-royong mengubah suai ruang di dalam dewan itu. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing demi kesejahteraan kampung mereka. Maklumat tersurat Maklumat tersirat Perenggan 2 Membincangkan usaha untuk menyediakan perpustakaan mini bagi kemudahan penduduk kampung Perenggan 3 Seorang yang sangat pemurah serta suka menderma. Perenggan 4 Menggalakkan penduduk kampung membaca buku terutamanya bagi anak-anak kampung yang bersekolah. Glosari kelapangan – waktu lapang ruang – bahagian yang kosong


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T2–15 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Langkah-langkah Mencegah COVID-19 Koronavirus atau dikenali dengan nama COVID-19 telah menyebabkan pandemik di seluruh dunia dengan jutaan nyawa terkorban. Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang turut berdepan dengan COVID-19. Antara gejala yang mungkin dihidapi oleh pesakit ialah batuk, demam dan sesak pernafasan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi mencegah penyakit COVID-19. Apabila kita batuk atau bersin, kita mestilah menutup mulut dan hidung menggunakan tisu. Selepas itu, tisu-tisu yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam tong sampah. Selain itu, kita perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri dengan mandi. Cuci tangan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan untuk membunuh kuman di tangan. Kita juga wajarlah memakai pelitup muka semasa berada di luar dengan cara yang betul. Kita perlu memastikan keseluruhan mulut dan hidung ditutup dengan rapat. Pelitup muka yang telah digunakan perlu dibuang dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyebaran virus. Kita juga tidak boleh menggunakan pelitup muka yang sama berulang-ulang kali. Analisis petikan di bawah, kemudian catatkan maklumat dalam carta. COVID-19 UNIT 4: BAHAYA DALAM SENYAP Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PBD 3 Menulis SP 3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat, dan didengar. Gejala Langkah-langkah Imbas Saya Glosari pandemik – wabak penyakit yang tersebar luas hingga seluruh wilayah, benua atau dunia


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T2–16 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 5: KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PBD 4 Membaca SP 2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Baca petikan dan jawab soalan yang berikutnya. Hana dan Mira di kedai runcit untuk membeli ubat gigi. Terdapat beberapa jenis ubat gigi yang dijual di situ. Mereka meneliti maklumat yang terdapat pada ubat gigi. Buat pertimbangan dan keputusan kamu mengenai ubat gigi yang sesuai dibeli oleh Hana dan Mira. Pertimbangan Keputusan Hana Mira UBAT GIGI DESI ➢ Mengandungi pudina yang memberikan rasa berangin dan segar ➢ Mengandungi flourida untuk melindungi enamel gigi ➢ Menguatkan gigi ➢ Mengelakkan kaviti ➢ Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa UBAT GIGI WINI ➢ Berperisa strawberi ➢ Mengandungi flourida untuk melindungi enamel gigi ➢ Tanpa pudina dan tidak berasa pedas ➢ Menguatkan gigi ➢ Mengelakkan kaviti ➢ Khas untuk kanak-kanak 200 gram 170 gram RM6.00 RM5.50 ✥ Hana merupakan anak tunggal dalam keluarganya. ✥ Mira pula mempunyai abang dan kakak yang bersekolah menengah.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T2–19 Bina draf karangan berdasarkan maklumat di bawah, kemudian tulis karangan lengkap. Menangani Tekanan Peperiksaan Pendahuluan Yang saya hormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Langkah-langkah Menangani Tekanan Peperiksaan”. Hadirin yang saya hormati, Penutup Tuntasnya, murid perlu bersedia untuk menangani tekanan yang muncul semasa peperiksaan. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Sekian, terima kasih. Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 menguruskan masa belajar menjaga kesihatan mental memastikan tempat belajar kondusif memastikan pemakanan seimbang UNIT 6: MINDA SIHAT Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PBD 7 Menulis


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ UNIT 7: BIJAK BERTINDAK T3–27 Tema 3: Keselamatan PBD 3 Menulis Bina draf karangan berdasarkan urutan gambar. Kemudian, tulis karangan lengkap. Ragut Membawa Padah Pendahuluan Sesi persekolahan pada hari itu telah tamat. Laila menunggu bas di perhentian bas untuk pulang ke rumah. Isi 1 Isi 2 Isi 3 Penutup Pihak polis mengucapkan terima kasih dan syabas atas usaha Laila dan tiga orang lelaki itu. Keberanian dan kepantasan mereka telah berjaya menyelamatkan wanita itu daripada diragut.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T3–29 Bina draf karangan berdasarkan urutan gambar. Kemudian, tulis karangan yang lengkap berdasarkan draf yang dibina. Loceng telah berbunyi, Rizal dan abangnya hendak pulang ke rumah mereka. Pecutan Membawa Padah Pendahuluan Sesi persekolahan pada hari itu telah tamat. Rizal membonceng basikal abangnya ketika pulang ke rumah. Penutup Akhirnya, abang Rizal menyedari kesilapannya dan menyesali tindakannya itu. Dia berjanji akan lebih berhati-hati semasa menunggang basikal pada masa yang akan datang. Isi 1 Isi 3 Isi 4 Isi 2 UNIT 8: AWASI LANGKAHMU Tema 3: Keselamatan PBD 4 Menulis


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ UNIT 9: BERINGAT SEBELUM TERKENA T3–34 Tema 3: Keselamatan PBD 8 Seni Bahasa SP 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak. Lafazkan sajak di bawah dengan nada dan intonasi yang sesuai. Kemudian, berikan maksud sajak tersebut. Keselamatan Diutamakan Berjalan kaki setiap pagi mencari ilmu memenuhi dada sibuk jalan kereta menderu hati-hati melintas toleh kiri kanan jangan sampai mendapat bala. Menunggang basikal mesti waspada ikut laluan yang telah ditetapkan usah bersaing usah berlawan kelak nanti badan merana. Bahaya ada di mana-mana di rumah, di jalan dan di sekolah sentiasa beringat mesti selamat hidup senang setiap masa. Maksud Sajak Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–77 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 17: MESRA TEKNOLOGI Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 1 Mendengar dan Bertutur SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara. Bersoal jawab untuk menjanakan idea berdasarkan maklumat di bawah. Kepentingan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Bidang Pendidikan Teknologi komunikasi dan maklumat (TMK) merupakan medium sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang mudah dan cepat untuk diperoleh. Penggunaan komputer dan Internet dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, TMK juga penting bagi Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika sekolah-sekolah terpaksa ditutup akibat pandemik. Jawapan (1): Jawapan (2): Jawapan (3): Bagaimanakah kita boleh membantu murid luar bandar yang tidak memiliki komputer agar dapat mengikuti pembelajaran di rumah, Siva? Hafiz, bagaimanakah kamu mengikuti pengajaran guru di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan? Adakah penggunaan komputer dan Internet dapat membantu kamu dalam pembelajaran di sekolah, Aina? Saya mengikuti pengajaran (2) ... Ya, cikgu. Saya (1) ... Kita boleh membantu dengan (3) ...


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–78 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 16: SAINS DAN KEHIDUPAN Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 2 Membaca SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. SP 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya. Sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada 9 Mac 2016. Fenomena gerhana matahari umumnya boleh berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas, iaitu bumi, bulan, dan matahari berada pada kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad bulan berupaya menutupi jasad matahari lantas mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa. Sebaliknya matahari kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya. Di lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena gerhana matahari penuh. Pada 9 Mac, negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena gerhana matahari penuh. Bagi penduduk di Malaysia, mereka hanya dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena ini dikenali sebagai gerhana matahari separa. Cerakinkan ayat tunggal dengan peluasan predikat. 1 Seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena matahari separa pada 9 Mac 2016. Ayat Tunggal Peluasan Predikat Seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena matahari separa 2 Jasad bulan menutupi jasad matahari di langit. Ayat Tunggal Peluasan Predikat di langit 3 Jasad matahari hilang keseluruhannya di lokasi-lokasi tertentu. Ayat Tunggal Peluasan Predikat


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–79 Tulis karangan berdasarkan draf karangan. Pendahuluan • gerhana bulan dan gerhana matahari • fenomena dalam sistem solar • gerhana bulan berlaku lebih kerap Isi 1 – gerhana bulan • bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi • berlaku hanya ketika bulan purnama • matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan sama Isi 2 – gerhana bulan • cahaya matahari ke bulan terhalang oleh bumi • gerhana bulan penuh, gerhana bulan separa, gerhana bulan penumbra Penutup • melihat gerhana matahari dengan mata kasar memudaratkan mata • gerhana bulan tidak membahayakan • pancarannya lebih malap daripada bulan purnama Isi 3 – gerhana matahari • kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari • menutup cahaya separa/sepenuhnya • gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana matahari cincin Draf Fenomena Gerhana UNIT 16: SAINS DAN KEHIDUPAN Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 3 Menulis


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–83 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 18: INOVASI BERTAMBAH MUTU Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 6 Membaca SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Kreativiti dan inovasi sangat diperlukan dalam kehidupan manusia sama ada berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya. Kreativiti dan inovasi mampu memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang mahupun organisasi. Oleh itu, sektor kerajaan dan swasta perlu menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan inovasi. Kreativiti ialah keupayaan mencipta sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu dan asli. Seterusnya, kreativiti pula mampu mencetuskan inovasi untuk menambah baik sesuatu proses atau kaedah lama menjadi lebih efektif, berkesan dan lebih menarik. Dalam erti kata lain, kita perlu menggunakan kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan inovasi. Daya kreativiti dan inovasi turut mempengaruhi kemajuan negara. Masyarakat yang kreatif dan inovatif akan menghasilkan perkhidmatan, produk dan modal insan berkualiti yang mampu berdaya saing untuk memajukan negara. Baca petikan di bawah, kemudian cari makna perkataan menggunakan kamus. Perkataan Maksud 1 bidang 2 impak 3 organisasi 4 sektor 5 efektif 6 imaginasi 7 produk 8 berkualiti


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T7–96 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan. UNIT 20: SELAMATKAN ALAM KITA Tema 7: Kelestarian Alam PBD 4 Membaca Gadis manis anak Pak Buang, Duduk bersama anak Cik Nyonya; Sampah sarap harus dibuang, Namun sungai bukan tempatnya. Kelat manis si buah salak, Tidak mudah untuk dapatkannya; Penebangan hutan harus dielak, Rancanglah pembangunan sebijaknya. Sungguh cantik pepohon buluh, Ada ditanam di rumah Cik Zara; Banjir melanda tanah pun runtuh, Semua itu membawa sengsara. Bunga di taman kembang mewangi, Dibawa pedagang naik bahtera; Alam sekitar harus kita sayangi, Agar hidup kekal sejahtera. Baca pantun di bawah, kemudian lengkapkan rumusan. RUMUSAN Berdasarkan pantun di atas, kita dapat rumuskan bahawa alam sekitar perlu dipelihara agar kehidupan kita (1) . Sampah sarap perlu dibuang dengan betul dan bukannya dibuang ke (2) . Pembangunan harus dirancang (3 tanpa menebang hutan. ) Penebangan hutan boleh menyebabkan banjir dan (4) yang akan menyulitkan kehidupan manusia.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ UNIT 21: TEKNOLOGI HIJAU T7–100 Tema 7: Kelestarian Alam PBD 8 Seni Bahasa SP 4.2.1 Melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuai serta menyatakan idea keseluruhan syair. Lafazkan syair di bawah dengan nada dan intonasi yang sesuai. Kemudian, berikan maksud syair tersebut. Dengar ini pesanan nenda Nasihat pegangan buat anak bangsa Kebersihan bumi perlu dijaga Selamatlah generasi selamalamanya Jangan membuang sampah merata Jangan dilupa tanggungjawab semua Bumi bersih majulah negara Elak penyakit rakyat sejahtera Maksud Syair Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4 Lautan biru nampak dasarnya Tempat orang bermandi-manda Tanah yang indah membawa bahagia Lambang keutuhan sebuah negara Indah buana ciptaan Esa Pelihara alam hidup selesa Ayuh jaga kebersihan bersama Amalan mulia tuntutan agama


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T8–107 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca kisah di bawah, kemudian ceritakan kisah tersebut kembali di dalam kelas. Pengusaha Keropok Lekor Puan Hasnah terlibat dalam industri kecil dan sederhana. Beliau membuka perusahaan keropok lekor di kampungnya. Beliau mendapatkan bekalan ikan untuk menghasilkan keropok lekornya daripada para nelayan di kampungnya. Beliau menggunakan ikan-ikan yang segar dalam pembuatan keropok lekor. Beliau juga mengupah beberapa orang penduduk kampung untuk bekerja dengannya. Secara tidak langsung, perusahaan beliau menjadi sumber pendapatan kepada sebahagian penduduk di kampungnya. Keropok yang telah diproses akan dihantar ke kedai-kedai dan pasar raya di daerahnya untuk dijual. Beliau juga mempromosikan keropok lekornya menerusi media sosial. Lantaran itu, keropok lekornya semakin dikenali ramai. Ramai pelanggan dari seluruh negara membeli keropok lekornya secara dalam talian. Kini, perusahaan Puan Hasnah semakin maju. UNIT 23: USAHAWAN BERWAWASAN Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan PBD 1 Mendengar dan Bertutur SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul intonasi serta gaya yang sesuai.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T8–110 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 23: USAHAWAN BERWAWASAN Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan PBD 4 Membaca SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Puan Haslina berminat membuat kek dan biskut sejak kecil apabila sering membantu ibunya menyiapkan tempahan para pelanggan. Ibunya menjual kek dan biskut secara kecil-kecilan untuk memperoleh pendapatan sampingan. Puan Haslina memulakan usahanya dengan mengambil tempahan kek dan biskut daripada pelanggan yang merupakan kenalan dan jiran tetangga. Seperti ibunya dahulu, Puan Haslina juga menyiapkan tempahan pelanggannya di rumah sahaja. Kek yang dibuat oleh Puan Haslina kian mendapat sambutan. Hal ini demikian kerana Puan Haslina membuat promosi di Internet terutamanya menerusi media sosial. Ekoran itu, Puan Haslina mendapat tempahan yang banyak pada setiap hari lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah dan musim perayaan. Puan Haslina berhasrat membuka kedai keknya sendiri. Dia mengumpulkan wang dan memohon pembiayaan perniagaan di institusi kewangan. Puan Haslina juga mengikuti kursus untuk mempelajari cara-cara membuka perniagaan. Akhirnya, Puan Haslina berjaya membuka kedai keknya sendiri dan semakin maju dari hari ke hari. Kini, dia ada beberapa cawangan kedai kek dan biskut. Baca petikan di bawah, kemudian cari makna perkataan menggunakan kamus. Perkataan Maksud 1 tempahan 2 pelanggan 3 tetangga 4 sambutan 5 promosi 6 berhasrat 7 institusi 8 kursus


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T8–111 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 23: USAHAWAN BERWAWASAN Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan PBD 5 Menulis SP 3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat, dan didengar. Analisis petikan di bawah, kemudian catatkan maklumat dalam carta. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, yang dihormati guru-guru dan rakan sekalian. Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang untuk berucap dalam majlis ini. Di sini, saya ingin menyampaikan ucapan tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Hadirin sekalian, Ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah kita tidak boleh berputus asa. Walaupun kita mengalami banyak kerugian namun kita tidak boleh mengalah. Kerugian bukanlah satu kegagalan sebaliknya menjadi ujian untuk kita berusaha lebih keras sebagai usahawan. Usahawan juga harus pandai bertolak ansur dan mencari peluang seperti sentiasa mengambil hati pelanggan dengan memberikan layanan yang baik. Usahawan juga perlu berani bertindak untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Akhir sekali, kita perlu mendahulukan pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu mempunyai ciri-ciri tersebut untuk berjaya dalam bidang yang diusahakan. Sekian, terima kasih. CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ UNIT 24: PINTAR KEWANGAN T8–114 Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan PBD 8 Seni Bahasa SP 4.3.2 Mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun secara separa berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif. Secara berkumpulan, ubah suai cerita di bawah. Kemudian, sampaikan cerita tersebut dengan gaya penyampaian yang kreatif. Aku ialah sebuah kasut sukan. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Selepas melepasi pemeriksaan kualiti, aku dibungkus dan dihantar ke sebuah kedai di Kuala Selangor. Aku dipamerkan di ruang pameran bersama dengan rakanrakan yang lain. Aku dikunjungi dan diperhatikan oleh seorang remaja perempuan. Dia juga melihat rakan-rakanku yang lain dan membandingkan harga. Harga aku lebih berpatutan daripada rakan-rakanku. Remaja itu berbual dengan ayahnya. Mereka berbincang tentang harga dan kualiti badan aku. Akhirnya, mereka membeli aku. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Kini aku mempunyai tuan baharu. Tuan aku menggunakan aku ketika bersenam dan bersukan. Tuan aku juga pemain bola jaring sekolahnya. Aku bersyukur kerana tuan aku menjaga aku dengan baik. Dia akan membasuh badan aku apabila kotor. Aku berasa bangga dapat berbakti kepadanya. Aku Sebuah


SI CILIK PLUS BAHASA MELAYU 9 786294 851146 ISBN 978-629-485-114-6 Semenanjung Malaysia : RM10.90 Sabah & Sarawak : RM11.90 Menguasai kemahiran pembelajaran melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menepati Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Peta Pemikiran dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Tahun Matematik Sains Sejarah Bahasa Melayu Subjek Tahun English (CEFR-Aligned) Subjek 1 2 3 4 5 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI 4 5 6 mODUL PBD Si CiLiK PLUS BAHASA MELAYU TAHUN 5


Click to View FlipBook Version