KSSM BAHASA MELAYU Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi BERTERASKAN DSKP PRAKTIS MUDAH LULUS (MuLus) NOTA KOMSAS AKTIVITI PAK-21 MySOLUSI MySOLUSI 2.0 S E LANGKAH DI HADAPA N KHAIRUDDIN AYIP KHAIRUDDIN AYIP HASFARIZA ABDUL HAMID TAN CL HASLINDAR NOR ISMAIL TINGKATAN 5 Berdasarkan Format SPM Terkini Memudahkan PdPc 2 SET KERTAS MODEL SPM HAK CIPTA NUSAMAS
Kertas 1 Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ..................................................... 1 Kertas 1 Bahagian B Karangan Umum............................................................................................ 16 Kertas 2 Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa ........................................................................... 55 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Umum] ...................................................................... 110 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Sastera]...................................................................... 122 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Novel]..................................................................................... 137 Kertas 2 Bahagian C Rumusan ...................................................................................................... 162 Kertas Model SPM 1 ......................................................................................................................... 180 Kertas Model SPM 2 ......................................................................................................................... 190 Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat .................................................................................... 201 KANDUNGAN Jawapan HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 KERTAS 1 BAHAGIAN A KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1. Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2. Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1. Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 1.5.1. Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.5.2. Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan kebolehpasaran diri secara bertatasusila. 1.6.1. Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. 1.7.1. Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolakhujah secara rasional dan bertatasusila. 1.7.2. Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.8.1. Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. 1.8.2. Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1. Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul. berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.2. Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.3. Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.4. Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul dan tepat menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.5. Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.4.1. Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1. Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1. Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1. Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. 3.4.1. Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 3.4.2. Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. 3.4.3. Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. 3.5.1. Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. 3.5.2. Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 3.6.1. Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. ASPEK SENI BAHASA 4.2.1. Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks. ASPEK TATABAHASA 5.1.1. Mengimplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.1.2. Mengimplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.2.1. Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.3.1. Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.3.2. Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks. 5.3.3. Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 5.3.4. Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. Pengenalan 1 Karangan berdasarkan bahan rangsangan atau karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis karangan telah disediakan dan calon diminta mengembangkan idea asas (berdasarkan bahan) untuk menjadi sebuah karangan yang lengkap. 2 Bahan berpandu berdasarkan gambar (satu atau beberapa gambar), graf, data, kartun, dialog, petikan rencana, atau berita daripada surat khabar. 3 Soalan ini akan diajukan dalam Kertas 1, Soalan Bahagian A. Hanya satu soalan diberikan dan calon wajib menjawabnya. 4 Soalan ini diperkenalkan untuk membantu calon HAK CIPTA NUSAMAS
2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) MODEL GRED A Tema 1: Anda Bersih, Anda Sihat Pantun dan dialog di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan penjagaan kebersihan dan kesihatan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. [Pendahuluan] Kebersihan sebahagian daripada iman. Kita perlu mengakui bahawa amalan menjaga kebersihan masih belum menjadi budaya masyarakat Malaysia. Nilai kebersihan ini tidak boleh diambil mudah kerana akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. [Idea 1] Amalan menjaga kebersihan dan kesihatan dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seharian. Murid dapat memberikan fokus terhadap pelajaran. Pekerja dapat menyiapkan tugasan seperti yang diarahkan. Kerja menjadi lebih kreatif dan profesional. Kehidupan sebuah keluarga menjadi lebih harmoni. memperoleh markah yang tinggi dalam bahagian karangan. 5 Sebanyak 30 markah akan diberikan. 6 Kepanjangan karangan sekitar 150 patah perkataan hingga 200 patah perkataan. Cara Menjawab 1 Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu sebelum menulis karangan di Bahagian B. 2 Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti kata kunci yang diberikan. Maklumat yang terdapat dalam bahan perlu disertakan. 3 Calon dicadangkan menulis lima perenggan dan setiap perenggan sebanyak 40 patah perkataan. 4 Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup. 5 Karangan ini seperti karangan biasa yang memerlukan pendahuluan, isi, dan penutup. 6 Letakkan sekurang-kurangnya satu slogan, peribahasa, ataupun kata-kata hikmat. Skor Cemerlang [26 hingga 30 markah] 1 Tema/ Tugasan: Karangan menepati tema bahan rangsangan. 2 Idea: Idea relevan dengan bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. 3 Bahasa: • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. • Penggunaan ungkapan menarik yang sesuai dan tepat (peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis, maksud ayat al-Quran). • Ejaan betul mengikut Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. • Pengolahan menarik dan berkesan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Wacana lengkap. • Pemerengganan sesuai. Sudah tibanya musim durian, Gugur buahnya ditunggu dijaga; Semakin produktif kehidupan seharian, Jika kebersihan dan kesihatan dijaga. Pantun Kebersihan dan Kesihatan Ada sebab Cikgu Azizah marah. Walaupun sudah berulang kali diingatkan, sampah tetap bertabur di bawah meja. Saya faham perasaan cikgu Azizah itu. Jika amalan menjaga kebersihan menjadi budaya, sudah pasti dapat membentuk jiwa yang berdisiplin. Tangkas geraknya sukar ditahan, Gerun musuh menentang perkasa; Perlu utamakan menjaga kebersihan, Kehidupan menjadi lebih selesa. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 Praktis 1 MuLus Tema 2: Sukan dan Rekreasi Grafik dan dialog di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sukan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kebaikan sukan kepada setiap individu. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. MuLus: Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan. rintangan mengekalkan menguatkan mengurangkan berlatih infrastruktur digalakkan fizikal tekanan melancarkan [Pendahuluan] Sukan ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan (1) fikizal , kemahiran serta tenaga. Seseorang itu bersukan dengan pelbagai tujuan sama ada untuk mengisi masa lapang, mahu mengekalkan stamina atau (2) berlatih untuk menyertai pertandingan. Kita perlu membiasakan diri bersukan kerana alah bisa tegal biasa. [Idea 2] Apabila amalan menjaga kebersihan menjadi keutamaan, penyakit berjangkit dapat dibendung. Penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh pelbagai patogen, seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Sekiranya kita tidak mementingkan aspek kebersihan, penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan, makanan atau air yang tercemar dan gigitan serangga. [Idea 3] Seterusnya, penjagaan kebersihan dan kesihatan yang diterapkan dalam kehidupan akan membentuk disiplin diri. Hal ini demikian kerana kita perlu mendisiplinkan diri untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat hingga perkara ini menjadi kebiasaan. Secara tidak langsung, kesihatan akan terjamin apabila aspek kebersihan dijaga. [Penutup] Sesungguhnya, penjagaan kebersihan dan kesihatan perlu menjadi budaya hidup masyarakat. Hal ini penting seperti yang diungkapkan dalam pantun di bawah. Merahnya lada sudah dilihat, Dibuat sambal amatlah pedas; Negara bersih, rakyat sihat, Badan cergas, otak cerdas. [201 patah perkataan] Jom Sertainya Beramai-ramai! Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam Tarikh: 14 Julai 202_ Masa: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Badan Sihat, Minda Cerdas PESTA SUKAN RAKYAT ZAHID : Kebanyakan masyarakat hari ini lebih banyak menghabiskan masa terluang dengan melayari Internet. Dengan gaya hidup seperti ini sukar untuk melahirkan masyarakat yang sihat. ALLAN: Saya tidak nafikan kata-kata awak. Ramai yang tidak gemar bersukan sedangkan aktiviti sukan baik untuk meningkatkan komposisi badan secara menyeluruh. ZAHID : Sukan juga mengurangkan risiko kita diserang penyakit kronik kerana ketahanan diri telah dibina semasa bersukan. ALLAN: Jangan lupa, sukan juga mempengaruhi mental dan emosi kita menjadi lebih baik. Jadi kita kenalah mengubah gaya hidup kita supaya lebih aktif. HAK CIPTA NUSAMAS
16 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KARANGAN UMUM DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1. Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2. Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1. Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 1.5.1. Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.5.2. Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan kebolehpasaran diri secara bertatasusila. 1.6.1. Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. 1.7.1. Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan bertatasusila. 1.7.2. Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.8.1. Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. 1.8.2. Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1. Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.2. Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.4. Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul dan tepat menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.5. Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.4.1. Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1. Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1. Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 2.3.1. Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. 3.4.1. Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 3.4.2. Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. 3.4.3. Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. 3.5.1. Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. 3.5.2. Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 3.6.1. Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. ASPEK BAHASA 4.2.1. Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks. ASPEK TATABAHASA 5.1.1. Mengimplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.1.2. Mengimplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.2.1. Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.3.1. Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.3.2. Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks. 5.3.3. Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 5.3.4. Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. KERTAS 1 BAHAGIAN B HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 17 Keperluan SPM 1 Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian (B) mengandungi empat soalan dan calon diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut. 2 Calon diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Calon tidak boleh melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan (pemeriksa akan menyemak sehingga 500 patah perkataan dan ayat terakhir yang membawa makna). Bentuk dan Jenis Karangan 1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan tidak berformat 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/ syarahan/ ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Persediaan Awal Sebelum Mengarang 1 Sebagai persediaan awal, calon perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. 2 Sejak tingkatan empat lagi, calon sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan setiap kali memperoleh maklumat yang berkaitan, calon perlu memasukkan ke dalam fail tersebut. 3 Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, perindustrian, isu semasa, dan halhal berkaitan dengan antarabangsa. 4 Calon juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh, sekali gus memperlihatkan kematangan calon berfikir. Strategi Mengarang 1 Memilih soalan yang tepat (a) Soalan yang hendak dipilih bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Calon perlu memahami kehendak soalan berdasarkan petikan yang diberikan dan arahan soalan. Kemudian, cari kata kunci dalam soalan. (c) Contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan. (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digarisi agar kehendak soalan difahami. 2 Menyediakan rangka karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan pada kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberikan perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. 3 Perenggan pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan ini amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa agar terus membacanya. (c) Pelbagai bentuk pendahuluan boleh ditulis untuk menarik perhatian pemeriksa. (d) Dicadangkan menulis enam perenggan (pendahuluan, empat idea dan penutup). Had minimum idea ialah tiga idea. Calon boleh menulis lebih daripada empat idea, tetapi penghuraian idea akan kurang padat. 4 Perenggan idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam satu perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Masukkan peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan puisi. (b) Setiap idea perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. 5 Menyemak karangan (a) Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa, calon perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu. (b) Pastikan tiada idea-idea penting tertinggal dan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian. (c) Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat. HAK CIPTA NUSAMAS
18 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) FORMAT KARANGAN [MAKSIMUM DITOLAK 2 MARKAH] Bil Jenis Karangan Format 1 Wawancara (a) Tanpa keterangan awal ditolak 2 markah (b) Tanpa keterangan akhir ditolak 2 markah 2 Ucapan Syarahan Ceramah Perbahasan (Pertandingan) (a) Tanpa kata-kata penghadap majlis ditolak 2 markah (b) Tanpa lafaz hadirin di tengah-tengah ayat ditolak 1 markah (c) Tanpa kata-kata penutup ditolak 1 markah 3 Rencana Ulasan (Buku) Laporan (a) Tanpa tajuk ditolak 2 markah (b) Tanpa nama penulis ditolak 2 markah 4 Surat Kiriman Rasmi (a) Tanpa alamat di sebelah kiri ditolak 1 markah (b) Tanpa tarikh ditolak 1 markah (c) Tanpa penghadap surat ditolak 1 markah (d) Tanpa perkara ditolak 1 markah (e) Tanpa penutup ditolak 1 markah (f) Tanpa tandatangan ditolak 1markah 5 Surat Kiriman Tidak Rasmi (a) Tanpa alamat di sebelah kanan ditolak 1 markah (b) Tanpa penghadap surat ditolak 1 markah (c) Tanpa perenggan ditolak 1 markah (d) Tanpa penutup ditolak 1 markah (e) Tanpa tandatangan ditolak 1 markah FORMAT [Pada dasarnya kesalahan format akan ditolak 4 markah. Namun, kadang-kadang Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan kesalahan format ditolak 2 markah sahaja.] PENILAIAN BAHASA KRITERIA DESKRIPSI BAHASA (Mekanis) Kegramatisan – kata (morfologi), ayat (sintaksis), tanda baca, dan ejaan LARAS (Dinamis) Pemilihan kosa kata IDEA Tema, idea utama, pengembangan (huraian/ bahasa/ hujahan/ contoh), dan kerelevanan PENGOLAHAN Wacana, logik, pemerengganan, dan format GAYA BAHASA Keindahan bahasa, ungkapan, dan peribahasa CEMERLANG [membawa 64 hingga 70 markah] (68 – 70) dan (64 – 67) Tugasan • Karangan menjawab tugasan. Idea • Idea relevan mengikut tugasan. • Huraian jelas dan matang. • Contoh yang sesuai. Bahasa • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis. • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Ejaan dan tanda baca yang betul. • Penggunaan unsur bahasa bervariasi. • Gaya bahasa amat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Pengolahan • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. • Pemerengganan yang sesuai dan seimbang. • Wacana lengkap dan terdapat keseimbangan idea yang jelas antara perenggan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 55 DSKP TINGKATAN 5 Standard Kandungan Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang. Standard Pembelajaran Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. BENTUK KATA Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan yang terdiri daripada satu morfem atau beberapa morfem. Kata Tunggal 1 Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses pemajmukan atau penggandaan. (a) Satu suku kata: yu, am, wang, draf, skru, straw (b) Dua suku kata: aku, ais, usang, angka, ombak (c) Tiga suku kata: cuaca, ziarah, urea, mulia, tempua (d) Empat suku kata dan lebih: anugerah, universiti Kata Majmuk 1 Kata majmuk merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang khusus. 2 Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit, iaitu kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 3 Terdapat beberapa kategori kata majmuk, iaitu: (a) Kata majmuk rangkai kata bebas. Contohnya: jam tangan, nasi minyak, bom tangan, meja tulis, kipas angin, gambar rajah, luar biasa, tengah hari, kapal terbang, bandar raya, alat tulis, terima kasih, jalan raya, merah muda Kategori ini termasuk juga gelaran seperti: Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara (b) Kata majmuk istilah khusus. Contohnya: garis pusat, kertas kerja, cari gali, segi tiga, pita suara, reka bentuk, atur cara, model linear, mata pelajaran, kanta lekap, kemas kini (c) Kata majmuk kiasan (peribahasa). Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, duit kopi, kaki bangku, makan angin, buah tangan, manis mulut, anak emas, buah hati, berat tangan 4 Namun begitu, terdapat 15 kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja sebagai satu perkataan. KATA MAJMUK MANTAP [DITULIS RAPAT] Dijadikan Petikan Memudahkan Menghafal (1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas arahan (3) PESURUHJAYA, membuat catatan, kemudian (4) TANDATANGAN borang lalu (5) BERITAHU semua (6) KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA menjalankan (8) TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9) WARGANEGARA dalam kalangan (10) BUMIPUTERA. Seterusnya, (11) JAWATANKUASA memutuskan peserta (12) OLAHRAGA berlatih secara (13) SUKARELA di bawah cahaya (14) MATAHARI untuk pemilihan peringkat (15) ANTARABANGSA. Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis, gambargambar rajah, balai-balai raya, kapal-kapal terbang, Menteri-menteri Besar, suku-suku kata, garis-garis pusat Kata Tunggal Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda Bentuk Kata KERTAS 2 BAHAGIAN A SISTEM DAN APLIKASI BAHASA HAK CIPTA NUSAMAS
56 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis MuLus (a) Gariskan kata majmuk yang paling sesuai dalam ayat-ayat di bawah. 1 (Titik buta, Sel kering, Deria sentuh, Kanta tangan) digunakan untuk melihat objek yang halus. 2 Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi (bahasa pasar, berat mulut, buah mulut, alih bahasa) penduduk kampung. 3 Kami menaiki (kereta api, kereta kebal, kereta sorong, kapal terbang) elektrik dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar kerana tiket bas sudah habis. 4 Premis itu telah (berurus niaga, menunjuk ajar, mengubah suai, mengambil alih) semula sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan COVID-19. 5 Kemalangan di (kaki lima, lalu lintas, jalan raya, simpang tiga) jalan itu berlaku semasa hujan lebat apabila salah sebuah kenderaan membelok tanpa memberikan isyarat. 6 Setiap hari, Amir akan menyimpan sebahagian daripada (wang hantaran, duit kopi, mata duitan, wang saku) yang diberikan oleh ayahnya ke dalam tabung. (b) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas. 1 air mata Air mata Syafiqah mengalir ketika menonton babak yang menyedihkan dalam drama kegemarannya itu. 2 ganti rugi Ganti rugi yang diterima oleh Encik Halim digunakan untuk membesarkan ladang ternakan ayam yang diusahakannya. 3 aman damai Encik Roslan dan isteri memilih untuk tinggal di kampung halaman yang tenang dan aman damai selepas mereka bersara nanti. Penggandaan Kata Majmuk Mantap Melibatkan penggandaan keseluruhan perkataan. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya, warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa, setiausaha-setiausaha Pengimbuhan Kata Majmuk 1 Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya: campur aduk (bercampur aduk), ambil alih (mengambil alih), daya serap (daya serapan), ulang kaji (mengulang kaji) 2 Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum. Contohnya: campur aduk (mencampuradukkan), ambil alih (pengambilalihan), daya serap (kedayaserapan), ulang kaji (pengulangkajian) Pengecualian Selain kata majmuk, terdapat sebilangan perkataan yang bukan kata majmuk tetapi secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya: Kata nama: peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang Kata adjektif: sukacita, dukacita Kata sendi nama: kepada, daripada Kata hubung: apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala Kata tanya: bagaimana HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 57 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Semua atlet olahraga berlatih bersungguh-sungguh di Stadium Nasional Bukit Jalil. Komitmen dan kerjasama daripada pihak pengurusan menaikkan semangat para atlet untuk berlatih. Walaupun di bawah panas terik matahari, mereka terus berlatih sebelum pemilihan pertandingan pada peringkat antarabangsa diadakan. Semua atlet berkeyakinan tinggi untuk meraih banyak pingat, sekali gus mengharumkan nama negara. (i) Walaupun latihan olahraga pada petang itu ditangguhkan, para atlet tetap berlatih bersendirian untuk mengekalkan stamina. (ii) Kerjasama yang ditunjukkan oleh anak-anaknya semasa membersihkan persekitaran rumah amat membanggakan Pak Othman. (iii) Prof. Adnan Hamid membentangkan kertas kerjanya di seminar antarabangsa yang berlangsung di Universiti London. 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Walaupun sudah diberitahu sejak awal, masih terdapat beberapa orang calon yang datang lewat untuk temu duga. Urus setia terpaksa meminta mereka hadir pada sesi petang. Namun, mereka diingatkan supaya berdisiplin dan menepati masa sekiranya mahu menjadi kakitangan di syarikat itu. Mereka akur dengan ingatan itu dan berjanji tidak akan lewat untuk hadir pada sesi petang. (i) Semua murid diberitahu tentang kepentingan peperiksaan percubaan sebagai kayu ukur pencapaian peperiksaan yang sebenar. (ii) Pihak urus setia telah bersetuju untuk memberikan hadiah kepada peserta yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat. (iii) Penularan COVID-19 menyebabkan kakitangan hospital terpaksa bertugas lebih masa demi memastikan semua pesakit yang dijangkiti dapat dirawat. Praktis @SPM 4 iri hati “Usah menaruh perasaan iri hati atas kejayaannya, sebaliknya kamu mesti berusaha agar sama-sama berjaya,” pesan Puan Fatimah kepada anak gadisnya. 5 cantik jelata Rupa paras yang cantik jelita hendaklah diserikan dengan kecantikan budi pekerti, barulah diri akan dihormati dan disenangi ramai. 6 gagah perkasa Hang Nadim berasa gerun apabila pihak Majapahit menurunkan pahlawan yang gagah perkasa untuk melawannya. HAK CIPTA NUSAMAS
110 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) FORMAT PEPERIKSAAN 1 Calon akan diberikan dua petikan yang mempunyai tema yang hampir sama. 2 Petikan akan diambil daripada majalah, akhbar dan Internet. 3 Calon akan diajukan empat soalan. Kemungkinan soalan ialah: (a) Maksud frasa (b) Persamaan dan perbezaan daripada dua petikan (c) Soalan KBAT (pemikiran kritis) berdasarkan petikan (d) Soalan KBAT, (penyelesaian masalah) berdasarkan petikan PANDUAN MENJAWAB 1 Calon akan diajukan empat soalan yang membawa sama ada 12 markah dengan pecahan [2:3:3:4] atau 13 markah dengan pecahan [2:3:4:4]. 2 Calon diminta membaca petikan dan membuat perbandingan sebelum menjawab soalan yang diajukan. 3 Calon perlu melihat markah untuk menentukan jumlah isi yang patut disertakan. 4 Sekiranya 3 markah, perlu kemukakan dua isi. Sekiranya 4 markah, perlu kemukakan empat isi atau 2 isi (dengan huraian). Huraian yang baik perlu menyatakan SUKA (supaya / untuk / kerana / agar). 5 Pemarkahan bahasa akan dinilai secara impression. 6 Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, calon hanya mendapat separuh daripada markah yang diperuntukkan. KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Petikan Umum] DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 1.5.1 Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.5.2 Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan kebolehpasaran diri secara bertatasusila. 1.6.1 Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan bertatasusila. 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.8.1 Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.4 Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul dan tepat menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. 3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 111 Praktis 1 MuLus Pertanian Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kegagalan pesawah yang masih sukar untuk meningkatkan hasil padi kerana membabitkan tiga perkara asas iaitu melibatkan isu tanah yang elok dan subur, sistem pengairan dan amalan pertanian yang baik. Dalam hal ini, teknologi atau pemodenan pertanian sangat penting untuk dipraktikkan oleh para pesawah. Sebagai contohnya, tanah yang dalam dan lembut banyak memberikan masalah kepada urusan kerja awal dan kerja menuai. Penggunaan jentanam mampu menggemburkan tanah keras dan lembut kerana kedudukan tanah lembut lebih dalam. Padi yang ditanam dengan sekata oleh jentanam terbukti mampu menghasilkan pertumbuhan anak padi yang lebih banyak, penyerapan nutrien yang lebih sekata, risiko untuk penyakit merebak lebih rendah dan pokok padi tidak mudah rebah menjelang tuaian. Perkara ini perlu diteliti kerana rata-rata petani berkeinginan untuk menggunakan jentanam moden ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Hasil Padi Rendah: Tiga Perkara Asas Utama Masih Gagal Selesai” oleh Mohd. Hafiz Abd. Mutalib, www.utusan.com.my, 18 Mei 2023 Bahan 2 Program biak baka dan pembangunan varieti padi oleh MARDI bermula dengan menggunakan sumber bahan tanaman yang diperoleh dari Jabatan Pertanian. Pada awalnya, fokus utama pembangunan varieti baharu adalah untuk menghasilkan varieti yang sesuai dengan keadaan dan masalah pada masa tersebut. Varieti padi yang dihasilkan rintang terhadap penyakit dan perosak utama padi serta mampu meningkatkan hasil tanaman. Amalan penanaman padi juga telah berubah dari satu musim tanaman kepada dua musim tanaman dalam setahun. Varieti-varieti ini telah banyak membantu para pesawah meningkatkan hasil mereka. Varieti MR 10 diperkenalkan pada tahun 1979, selepas itu terdapat beberapa varieti yang popular dan mendominasi liputan dalam jelapang seperti MR 84, MR 167 dan MR 219. Varieti-varieti ini mendapat penerimaan yang sangat baik dalam kalangan pesawah berdasarkan keperluan semasa dan telah ditanam lebih 95 peratus di jelapang padi negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Enam Varieti Padi Popular MARDI”, Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 01– 10 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata fokus utama. Rangkai kata fokus utama bermaksud perhatian paling penting. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelebihan pemodenan dalam penanaman padi. Kelebihan pemodenan dalam penanaman padi ialah penggunaan jentanam yang mampu menggemburkan tanah keras dan lembut sekali gus anak padi tumbuh lebih banyak, penyerapan nutrien lebih sekata, penyakit tidak mudah merebak dan pokok padi tidak mudah rebah menjelang tuaian . Selain itu, pembangunan varieti padi oleh MARDI menghasilkan varieti padi yang rintang terhadap penyakit dan perosak utama padi serta mampu meningkatkan hasil tanaman. [2 isi mencukupi untuk markah maksimum merangkumi kedua-dua bahan]. [3 markah] (iii) Teknologi atau pemodenan pertanian penting untuk memudahkan urusan pesawah mengusahakan tanaman padi. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya kerajaan tidak menekankan teknologi moden dalam penanaman padi? Sekiranya kerajaan tidak menekankan teknologi moden dalam urusan penanaman padi, pengeluaran padi tidak meningkat menyebabkan taraf hidup petani tidak berubah. Seterusnya, krisis makanan boleh berlaku apabila pengeluaran padi tidak mencukupi untuk menampung permintaan beras dalam negara . Akhir sekali, kerajaan terpaksa mengimport beras dalam jumlah yang banyak untuk memenuhi permintaan. [3 isi dengan ayat yang gramatis boleh memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT HAK CIPTA NUSAMAS
112 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) (iv) Zabidi memiliki berpuluh-puluh relung sawah. Namun, dia mahu bertukar kepada tanaman sawit atau buah-buahan kerana dia merasakan bahawa tanaman padi tidak menguntungkan. Jika anda di tempat Zabidi, apakah yang akan lakukan untuk memastikan penanaman padi dapat diteruskan dan menguntungkan? Jika saya di tempat Zabidi, saya akan anda berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk mencari solusi agar tanaman padi saya memberikan pulangan yang menguntungkan. Saya juga akan memohon skim subsidi baja padi untuk mengurangkan kos penyelenggaraan penanaman. Saya akan menggunakan varieti padi yang berkualiti serta memanfaatkan kaedah moden agar hasil padi meningkat. Pada waktu yang sama, sistem saliran air di sawah sentiasa menepati masa untuk memastikan anak-anak padi hidup subur. [3 isi dengan ayat yang gramatis memperoleh markah maksimum]. [4 markah] Praktis 2 @SPM Pemanasan Global Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan tubuh kekurangan air dan masalah kesihatan seperti strok haba ekoran cuaca panas ketika ini. Pakar kesihatan persekitaran dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, cuaca panas ini perlu disusuli dengan meminum air sekurang-kurangnya 2.5 liter atau enam gelas air sehari. Sekiranya tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia boleh mengakibatkan kekejangan dan keletihan yang boleh menyumbang kepada strok haba. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu pengsan sehingga berisiko berhadapan dengan kematian. Masyarakat disarankan berada di kawasan yang terlindung daripada gelombang panas dan mempunyai pengudaraan yang baik. Sebelum ini, pakar klimatologi meramalkan fenomena El Nino akan melanda negara pada Jun ini berikutan kehadiran Monsun Barat Daya dengan cuaca bercirikan kering dan panas. Dipetik dan diubah suai daripada “Cuaca Panas, Pakar Nasihat Kurangkan Aktiviti Luar Elak Strok Haba”, selangorkini.my, 2 Mei 2023 Bahan 2 Malaysia kini berdepan dengan fenomena gelombang haba melalui peningkatan ekstrem suhu persekitaran dan secara relatifnya mengalami kekurangan taburan hujan akibat pengaruh El Nino. Semua individu yang terdedah kepada cuaca panas berisiko mengalami penyakit berkaitan dengan haba. Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan kesan kesihatan ringan seperti kesan terbakar dan ruam. Oleh itu, gunakan krim pelindung matahari yang mengandungi faktor pelindung matahari (SPF) 30 ke atas. Sekiranya pendedahan kepada cuaca panas diikuti dengan kehilangan air badan yang banyak, ia boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti kekejangan otot dan kelesuan haba. Peringkat paling teruk adalah apabila sistem badan gagal mengawal suhu badan menyebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga terjadinya strok haba. Bagi mengurangkan rasa panas, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan berwarna lembut. Dipetik dan diubah suai daripada “Persiap Fizikal, Mental Hadapi Fenomena Gelombang Haba” oleh Dr. Haliza Abdul Rahman, www.bharian.com.my, 21 Julai 2023 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata peningkatan ekstrem. Rangkai kata peningkatan ekstrem bermaksud kenaikan melampau. [2 markah] KBAT HAK CIPTA NUSAMAS
122 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Petikan Sastera] Format Peperiksaan 1 Calon akan diberikan dua atau tiga petikan yang mempunyai tema yang hampir sama. 2 Petikan akan diambil daripada antologi, majalah, akhbar dan Internet. 3 Calon akan diajukan empat soalan. Kemungkinan soalan ialah: (a) Maksud frasa (b) Soalan berdasarkan semua petikan (c) Soalan KBAT (pemikiran kritis) berdasarkan petikan (d) Soalan KBAT (penyelesaian masalah) berdasarkan petikan Panduan Menjawab 1 Calon akan diajukan empat soalan yang membawa sama ada 12 markah dengan pecahan [2:3:3:4] atau 13 markah dengan pecahan [2:4:3:4]/ [2:3:4:4]. 2 Calon diminta membaca petikan dan membuat perbandingan sebelum menjawab soalan yang diajukan. 3 Calon perlu melihat markah untuk menentukan jumlah isi yang patut disertakan. 4 Sekiranya 3 markah, perlu kemukakan dua isi. Sekiranya 4 markah, perlu kemukakan empat isi atau 2 isi (dengan huraian). Huraian yang baik perlu menyatakan SUKA (supaya/ untuk/ kerana/ agar). 5 Pemarkahan bahasa akan dinilai secara impression. 6 Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, calon hanya mendapat separuh daripada markah yang diperuntukkan. DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. ASPEK SENI BAHASA 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. ASPEK TATABAHASA 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks. 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. NOTA KOMSAS HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 123 Gurindam Beberapa Petua Hidup, karya Za’ba Rangkap Maksud Fikir dan Kata 1 Manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya. 2 Manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa-apa supaya dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan. 3 Manusia yang suka memarahi orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang lain. 4 Manusia yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah. Silang Sengketa 1 Manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan. 2 Kita jangan sengaja bergaduh dengan orang lain tetapi jika berlaku perselisihan, jangan kita cuba melarikan diri tanpa berusaha menyelesaikannya. Ilmu 1 Ilmu mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat memberikan manfaat kepada kita. 2 Ilmu pengetahuan boleh kita miliki asal sahaja kita rajin belajar. Dunia Pergaulan 1 Kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya. 2 Seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan juga melalui kawan-kawannya. 3 Sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama-sama di manamana sahaja. Sifat-sifat yang Baik 1 Seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat. 2 Seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat. 3 Seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan. Perbuatan yang Baik 1 Seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa. 2 Kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain. Sifat-sifat yang Jahat Kajian Teks Antologi Sejadah Rindu 1 Kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik, tetapi berhati busuk. 2 Seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu, karya Za’ba Rangkap Maksud 1 Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, pawang raja telah mengerahkan rakyat untuk bekerja keras dengan empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang. Projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti. 2 Pembinaan istana baginda itu mengambil masa selama tujuh bulan sehinggalah lengkap dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi. 3 Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bersambung dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya. 4 Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina. 5 Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri. HAK CIPTA NUSAMAS
124 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Sajak Sejadah Rindu, karya Mohd. Haikal Aminuddin Rangkap Maksud 1 Penyajak menangis sewaktu sujud di atas sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam solat yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersolat berasa insaf di hatinya kerana penyajak teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dahulu. 2 Dengan penuh keinsafan di hati, penyajak tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penyajak juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya. 3 Sewaktu bersujud di atas sejadah, penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penyajak juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam solat yang didirikan. Pada masa yang sama, penyajak berasa sebak atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini. 4 Hati penyajak begitu sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas sejadah yang lusuh. Penyajak meminta maaf dengan bersungguhsungguh daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya. 5 Penyajak berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang mentaati agama. Selain itu, penyajak juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak lupa bahawa hidup di dunia untuk sementara waktu sahaja. Sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus, karya Sazalee Yacob Rangkap Maksud 1 Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penyajak mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai seorang mahasiswa. 2 Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman hidupnya. Penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan. Penyajak juga berharap pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa depan. 3 Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya. Walau bagaimanapun, penyajak juga tahu bahawa banyak pengaruh negatif tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya waima pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar. 4 Penyajak berharap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar, terutamanya apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Namun, penyajak tidak mahu anaknya berputus asa lalu pulang ke pangkuannya dalam keadaan gagal meraih kejayaan. Penyajak mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian. Sajak Erti Hidup Bererti, karya Teo Wei Sing Rangkap Maksud 1 Penyajak berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Dengan keluhan, penyajak meluahkan kesunyiannya pada usia tua dengan harapan hari-hari tuanya akan menjadi lebih bermakna. 2 Penyajak hanya dapat membayangkan ketenangan hidup dan kesegaran usia muda yang pernah dilaluinya dahulu. Pada usia tua yang semakin terbatas, penyajak meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkan mereka. Hal ini demikian kerana anak-anaknya tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu sakit waima meneruskan hidupnya. 3 Penyajak merasakan dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anakanak kandungnya. Penyajak juga berharap agar anak-anaknya insaf akan kesilapan yang dilakukan dan mereka tidak terus menjadi anak yang derhaka. Penyajak ingin menegaskan HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 137 KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Novel] Format Peperiksaan 1 Calon akan diajukan dua soalan: (a) Soalan (i) pemahaman berdasarkan petikan yang membawa 4 markah (b) Soalan (ii) pemikiran kritis berdasarkan novel yang dikaji yang membawa 6 markah 2 Soalan (i) tidak bergantung pada novel, sebaliknya terikat dengan petikan. Tidak boleh menyertakan jawapan daripada pemahaman terhadap keseluruhan novel yang dibaca. 3 Untuk menjawab Soalan (ii), calon perlu menguasai topik penting yang berkaitan dengan novel seperti sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, unsur saspens dan kejutan, nilai murni/kemanusiaan, dan pengajaran. Panduan Menjawab 1 Untuk Soalan (i), calon perlu membaca soalan terlebih dahulu, kemudian membaca petikan. Calon perlu menyertakan 3 isi untuk memperoleh markah maksimum. 2 Untuk Soalan (ii), calon perlu memahami kehendak soalan dan menulis jawapan sekitar 50 hingga 100 patah perkataan. 3 Bagi kedua-dua soalan, markah bahasa akan dinilai secara impression. DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. ASPEK SENI BAHASA 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. NOTA NOVEL HAK CIPTA NUSAMAS
138 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Soalan (i) Petikan Novel [4 markah] Zon 1 Songket Berbenang Emas Praktis 1 MuLus Praktis 2 @SPM Saleha terus menceceh. Dahlia kadang-kadang tidak faham apa-apa yang dituturkan. Dipandang emaknya yang berpakaian basah kuyup, rambut berjuntai melepasi bahu, dan kain yang diangkat hingga paras lutut. Tidak pernah emaknya berkelakuan seperti ini. Tidak pernah. Air dari celahan daun pokok getah jatuh membasahi pipi berbaur dengan air mata. Dia memejamkan mata untuk mencari kekuatan. Apabila matanya dibuka, emaknya sudah di pokok getah lain. Emak membongkok menarik getah sekerap. “Mak ...!” jeritnya. Dahlia segera mendapatkan perempuan berusia 39 tahun itu. “Emak ... siapa emak?” tanya Saleha kehairanan seraya menguis rambut yang berjuntai di muka. “Ini Lia! Ini Dahlia, anak sulung emak!” “Dahlia? Aku tak tanam bunga dahlia. Aku tanam bunga orkid, untung kalau jual! Bunga dahlia siapa yang nak?” Dahlia terus memeluk emaknya. Dipeluk erat-erat. Biar tidak lepas. Tetapi si emak meronta-ronta lalu menolak Dahlia sehingga terjatuh ke tanah yang becak. Dahlia mendapati emaknya berkelakuan pelik. Nyatakan sikap pelik emak Dahlia. Sikap pelik emak Dahlia ialah emaknya mengangkat kain hingga paras lutut . Selain itu, emaknya tidak mengenali Dahlia sebagai anaknya . Malah, apabila Dahlia memperkenalkan dirinya, emaknya tidak mengingati nama Dahlia, sebaliknya emaknya mengatakan bahawa dia tidak menanam pokok bunga dahlia. Kelewatan sampai ke asrama ialah satu kesalahan. Tetapi dia tidak berupaya membendung masalah ini. Kelewatan ini berpunca daripada tangisan Anggerik. Tadi pun begitu. “Macam mana dengan adik ni, bah?” “Bawa sini Anggerik, biar abah dukung,” arah Embong, seraya mengambil anaknya dari pangkuan Dahlia. Anak berusia setahun setengah itu diagah tetapi tangisannya semakin menjadi-jadi. Dahlia berat hati hendak meninggalkan adiknya. “Pergilah ke sekolah. Abah tahulah uruskan.” Dahlia menyepi. Ilmu memang boleh dicari dan pada saat remaja inilah waktunya tetapi ikatan kasih sayang tidak sanggup terungkai begitu sahaja. Tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri. “Pergilah Lia ... jangan hampakan harapan abah... .” Sebak dada Dahlia mendengar ungkapan itu. Alangkah berat pengharapan yang disandarkan di bahunya. Berikan bukti Dahlia seorang anak yang prihatin terhadap keluarganya. Bukti Dahlia seorang yang prihatin terhadap keluarganya terlihat menerusi tindakannya menguruskan adiknya dahulu sebelum pulang ke asrama sehingga dia lewat tiba di asrama. Dahlia juga berat hati untuk meninggalkan adiknya. Malah, dia tidak mahu ikatan kasih sayang terhadap keluarganya terputus disebabkan sikap mementingkan diri sendiri. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 139 Praktis 3 @SPM Praktis 4 @SPM “Bagus. Akak masih ingat yang Mawar berjanji depan emak nak dapatkan keputusan cemerlang. Bukan senang nak dapat sekolah berasrama penuh.” Dahlia meraup muka dengan telapak tangan kanan. Gugusan kalimat yang diutarakan petang semalam masih basah di ingatan. Setelah didesak, barulah Mawar sanggup ke asrama semula. Dia tidak tahu perasaan adiknya itu setelah mengetahui kedudukan sebenar keluarganya. “Ya Allah, berilah kekuatan kepada adikku menghadapi pelajaran!” desis hatinya. Dia melihat jam di pergelangan tangan kanan. Jam menunjukkan ke angka 3.41 petang. Masih lama lagi dia perlu duduk di sini, sebelum dibenarkan masuk melawat abahnya. Hari ini dia tidak ke sekolah kerana menjaga Anggerik. Petang nanti Melati pula tidak ke sekolah agama untuk menjaga adiknya itu. Dengan itu, dia berpeluang datang ke hospital ini. Melati dan Kiambang sanggup bergilir-gilir tidak ke sekolah bagi menjaga Anggerik tetapi dia tidak membenarkannya. Biarlah dia mengalah. Biarlah dia menjaga Anggerik. Berikan bukti bahawa Dahlia seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Bukti Dahlia seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya menerusi tindakannya menasihati adiknya, Mawar agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, dia melawat abahnya di hospital. Akhir sekali, dia sanggup tidak ke sekolah untuk menjaga adiknya, Anggerik. “Kita tak boleh buat apa-apa kalau nenek nak jual kepada orang lain. Patutnya kita beli, tapi manalah nak cari duit sebanyak tu.” Embong terdiam. “Sebab itulah Lia bercadang untuk bekerja di kilang.” “Bukankah abah dah kata, engkau perlu belajar, jangan fikir yang lain!” Marah betul Embong apabila hal itu dibangkitkan. Dia tidak mahu dengar alasan Dahlia lagi. “Biar kita papa, tapi jangan miskin dengan pelajaran! Abah tak mahu anak-anak abah macam orang kampung yang sanggup terkejar-kejar duit hingga menyuruh anak berhenti belajar! Biar kita tak makan tapi jangan sesekali berhenti sekolah!” Dahlia terkejut dengan kata-kata abahnya yang keras. Embong bingkas. Emak mentuanya mahu menjual tanah yang diinjak, dia tidak meradang tetapi sikap anaknya yang mahu berhenti sekolah cukup membakar perasaannya. “Lia cuma nak bantu abah.” “Nak bantu abah, belajar hingga universiti! Kalau tak ada duit, gadai barang kemas emak engkau!” Nyatakan sikap Embong terhadap pelajaran anak-anaknya. Sikap Embong terhadap pelajaran anak-anaknya dapat dilihat apabila dia berasa marah terhadap Dahlia yang ingin bekerja kerana dia mahu anaknya itu belajar. Selain itu, Embong mengingatkan anaknya walaupun mereka miskin dan tidak makan tetapi tidak boleh sesekali berhenti sekolah supaya tidak miskin dengan pelajaran. Akhir sekali, dia mahu anaknya belajar hingga universiti dan jika tiada wang dia akan menggadaikan barang kemas isterinya. HAK CIPTA NUSAMAS
162 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS 2 BAHAGIAN C RUMUSAN DSKP TINGKATAN 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. KEMAHIRAN MENULIS 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. ASPEK TATABAHASA 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks STRATEGI MENJAWAB 1 Calon diberikan dua atau tiga bahan. Calon perlu menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. 2 Bahan 1: Baca petikan untuk mencari dua fokus yang berlainan tetapi daripada tema yang sama. Fokus utama mengandungi empat hingga lima isi. 3 Bahan 2: Biasanya isi tambahan berdasarkan fokus sampingan daripada Bahan 1. 4 Bahan 3: Boleh sahaja isi tambahan daripada fokus Bahan 1 atau Bahan 2. 5 Tulis isi dengan ayat yang lengkap untuk memperoleh 2 markah. MENULIS PENDAHULUAN [2 MARKAH] 1 Pendahuluan rumusan ditulis dalam sebaris ayat sahaja. 2 Pendahuluan menulis tentang fokus utama dan fokus sampingan yang terdapat daripada Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 (jika tiga bahan). MENULIS ISI (16 MARKAH) 1 Calon perlu mengambil sekurang-kurangnya 1 isi daripada setiap fokus dan daripada setiap bahan. 2 Jumlah isi maksimum yang diterima daripada semua fokus dan semua bahan ialah 8 isi sahaja (calon boleh menulis lebih, tetapi pemeriksa akan mencari isi yang betul). MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN 1 Tulis cadangan dan kesan daripada cadangan (dengan perkataan agar atau supaya). 2 Cadangan tidak boleh sama dengan fokus. Panduan Mengira Perkataan Nama khas Gelaran Perkataan berganda Penanda wacana Penggunaan kata sendi “di” dan “ke” Angka yang ditulis dengan nombor atau Tarikh perkataan HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 163 PEMARKAHAN ASPEK BAHASA Peringkat Markah Bahasa Huraian Bahasa Cemerlang 08 – 10 markah • Kesinambungan ayat sangat baik. • Bahasa sangat gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. Baik 05 – 07 markah • Kesinambungan ayat baik. • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat. • Pengolahan masih menarik dan berkesan. Sederhana 03 – 04 markah • Kesinambungan ayat kurang baik. • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata kurang luas dan tepat. • Pengolahan kurang menarik dan berkesan. Lemah 01 – 02 markah • Pada keseluruhannya serba kekurangan / tidak memuaskan / kurang atau tidak difahami. Nota ✥ Jika menjawab dalam bentuk poin/ fakta, markah bahasa diletakkan pada peringkat lemah. ✥ Jika markah isi 6 markah dan ke atas, markah bahasa perlu dinilai seperti biasa. ✥ Jika markah isi 5 markah dan ke bawah tetapi sangat baik, markah maksimum bahasa ialah 5 markah. ✥ Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang 120 patah perkataan, beri 0 markah bahasa. ✥ Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa dinilai seperti biasa. HAK CIPTA NUSAMAS
164 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Salah satu keunikan Malaysia ialah rakyatnya yang majmuk meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun termasuklah Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Aktiviti kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti. Kunci kepada perpaduan kaum yang dikecapi selama ini adalah apabila rakyat saling menghormati tanpa mengira kaum. Oleh hal yang demikian, kerajaan terus berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecahbelahkan masyarakat. Sesungguhnya, perpaduan antara kaum mampu mewujudkan negara yang aman damai. Secara tidak langsung, perpaduan kaum akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya. Perpaduan antara kaum boleh juga dipupuk dengan memperkasakan aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Oleh itu, pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang boleh dilakukan oleh komuniti seperti sukan rakyat dan hari keluarga. Sesungguhnya, perpaduan kaum tidak akan dapat direalisasikan sekiranya rakyat Malaysia hanya mementingkan diri dan kaum masing-masing. Kita tidak boleh menjadi seperti enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing. Dipetik dan diubah suai daripada “Saling Menghormati Kunci Perpaduan Kaum” oleh Hussaini Amran, malaysiagazette.com, 13 April 2023 Bahan 2 Praktis 1 MuLus Perpaduan Kaum Di tepi perigi tumbuh mengkudu, Sudah berbuah pohon kuini; Jika rakyat sentiasa berpadu, Sejahtera hidup dalam harmoni, Mekar mawar tiadalah lama, Harumnya usahlah engkau persia; Perpaduan kaum tunjang utama, Terasa indah hidup di Malaysia. Meriah sungguh sambutan Hari Kebangsaan di sekolah kita. Murid-murid bersemangat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Usaha pihak sekolah selalu menjadi kenyataan kerana murid-murid pelbagai kaum saling bekerjasama dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Bahan 3 HAK CIPTA NUSAMAS
190 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kertas Model SPM 2 KERTAS 1 Masa: 2 jam Arahan: Anda dikehendaki menjawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Maklumat di bawah berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang penjagaan kesihatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Jika melihat fakta terkini, Malaysia masih kekal sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk obesiti paling tinggi di Asia sejak tahun 2015. Kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia juga menunjukkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak negara ini adalah kedua tertinggi di Asia selepas Brunei. Untuk memastikan masyarakat dalam keadaan sihat, mahu tidak mahu masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat, melakukan aktiviti sukan dan riadah, dan menitikberatkan makanan seimbang. Dipetik dan diubah suai daripada “Formula Sihat Tahun 2020” oleh Siti Farah Eliani Solleh, Sinar Harian, 22 Januari 2020 HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 191 Bahagian B [70 markah] Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Perunding keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar berkata semangat patriotik perlu dipupuk sejak kecil untuk melahirkan generasi yang bangga akan tanah air sendiri dan sentiasa mencari peluang untuk menyumbang demi kebaikan negara. Semangat patriotik dalam diri anak-anak banyak bergantung pada orang dewasa di sekeliling mereka dan pendedahan yang diberikan sama ada secara langsung ataupun melalui media. Sekiranya mereka membesar dalam persekitaran yang sentiasa mengagungkan tanah air sendiri dan memartabatkan identiti nasional, maka mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Semai Semangat Sejak Kecil”, oleh Muhamaad Razis Ismail www.hmetro.com.my, 30 Ogos 2023 Merujuk maklumat di atas, semangat patriotik dalam diri anak-anak bergantung pada penekanan orang dewasa termasuklah ibu bapa. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. 2 Stres atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental yang berkaitan dengan cara hidup. Stres ialah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Bebanan tersebut boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran atau apaapa perubahan dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik dan ada tekanan perasaan yang buruk. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Stres dan Kesihatan” oleh Dr Izzat Hazmir Ismaal, kl.utm.my Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan perasaan atau stres. Tekanan mungkin berpunca daripada masalah pembelajaran, rakan sebaya atau masalah remaja. Sebagai remaja, huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk menangani masalah stres. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 193 KERTAS 2 Masa: Dua jam tiga puluh minit Arahan: Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diajukan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Anak muda perlu akur bahawa diet yang seimbang dan senaman perlu seiring dengan kecantikan dan kesihatan. Tiada gunanya remaja cantik tetapi tidak sihat. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), amalan cara hidup yang sihat merupakan kunci untuk kita kekal sihat dan cantik secara dalaman dan luaran. Definisi cantik bukan hanya bermaksud memiliki paras rupa yang menawan tetapi kesihatan diri yang lebih diutamakan. Apabila tubuh badan dalam keadaan sihat, kita akan menjadi lebih proaktif untuk melaksanakan kerja seharian. Hindari diri daripada mengambil jalan pintas untuk cepat cantik tetapi kesihatan diabaikan. Jauhilah lambakan produk di pasaran yang mengandungi bahan terlarang (racun berjadual). Cantik tidak semestinya sihat tetapi sihat semestinya cantik. Ubat-ubatan tidak boleh mengambil alih makanan yang berkhasiat. Dipetik dan diubah suai daripada “Sihat Semestinya Cantik” oleh Mohamad T. Abdullah, Dewan Siswa, Julai 2020 [8 markah] 2 Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah. “Nak ke mana kamu ni, tergesa-gesa saja Azam?” tanya emak. “Mak, saya nak ke makmal komputer sekarang, ada tugasan yang diberi cikgu semalam,” beritahu Azam kepada emak. “Lama kamu di sekolah nanti?” tanya emak kembali. “Tak lama, siap saja tugasan saya baliklah,” balas Azam. “Baguslah, kalau tak lama, petang nanti ayah kamu mahu kita balik kampung,” jelas emak. “Oh begitu, baiklah! Saya pergi dahulu mak. Nanti lewat pula,” balas Azam. [6 markah] 3 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Uzbekistan sudah lama terbuka pintunya kepada pelawat dari seluruh dunia sejak negara itu mencapai kemerdekaan di tahun 1991. Akhir-akhir ini, rakyat Malaysia tidak terkecuali dari mengunjungi negara itu. Bagi warga negara Malaysia, lawatan ke Uzbekistan tidak memerlukan permit dan boleh tinggal di sana selama 30 hari. Uzbekistan mempunyai keluasan 449 000 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 34 juta orang. Uzbekistan merupakan negara yang mengalami empat cuaca. Aktiviti ekonomi utamanya ialah pertanian di samping eksport utamanya kapas, gas dan emas. Kami memilih untuk berada di Tashkent pada musim luruh kerana cuacanya yang dingin dan pemandangan semulajadi yang menarik. Oleh kerana itu, kami tidak melepaskan peluang mengunjungi Pergunungan Chimgan, yang terletak lebih kurang 80 kilometer di luar Tashkent. Sepanjang perjalanan, kami melihat deretan kampung orang Uzbekistan, kebun buah-buah seperti pear, pic dan epal, serta kebun bunga ros yang berwarna-warna. Kami menaiki HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 195 Bahagian B: Pemahaman [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kesan perubahan iklim semakin dirasai di Malaysia yang kini mengalami fenomena cuaca ekstrem seperti hujan lebat yang berterusan, panas membahang serta penurunan suhu di kawasan tertentu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Situasi ini mencetuskan pelbagai bencana termasuk banjir kilat pada skala besar serta kejadian tanah runtuh yang berlaku tanpa mengira musim. Oleh itu, tanggungjawab menjaga dan melindungi alam sekitar bukan dipikul oleh kerajaan semata-mata, tetapi menjadi tugas masyarakat keseluruhannya. Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian. Konsep kehidupan lestari ini akan memberikan impak besar terhadap perubahan iklim. Seterusnya, masyarakat juga boleh menyertai organisasi rakan alam sekitar tempatan atau cawangan kumpulan pemuliharaan negara. Dengan menyertainya, masyarakat dapat berkongsi matlamat untuk menjalankan projek lestari atau memperjuangkan isu-isu alam sekitar. Dipetik dan diubah suai daripada “Semarak Kelestarian Alam Sekitar dengan Komuniti”, oleh Dr Rasidah Hamid, www.hmetro.com.my, 6 Jun 2023 Bahan 2 KOTA BHARU – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri untuk menangani isu alam sekitar. Kerajaan komited untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk pengurusan bencana banjir, perhutanan dan alam sekitar, menangani konflik hidupan liar dengan manusia, serta pengurusan bekalan air. Pelbagai agenda pembangunan serta perancangan pelaksanaan program yang dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat. Komitmen kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri akan terus ditingkatkan melalui beberapa inisiatif yang diumumkan. Selain itu, kerajaan komited menjalankan projek berkaitan dengan tebatan banjir serta saliran mesra alam dalam usaha mengurangkan risiko banjir. Dipetik dan diubah suai daripada “Agensi Persekutuan Bantu Negeri Atasi Isu Alam Sekitar” oleh Syaherah Mustafa, www.bharian.com.my, 11 Mei 2023 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mengalami fenomena. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha-usaha untuk melestarikan alam sekitar. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, selain dinyatakan dalam petikan, apakah tugas masyarakat untuk melestarikan alam sekitar? [3 markah] (iv) Di tepi jalan masuk ke rumah Faizal telah dicemari dengan longgokan sampah. Sebilangan penduduk yang tidak bertanggungjawab selalu melonggokkan sampah di situ walaupun papan tanda “Dilarang Membuang Sampah” telah diletakkan. Sekiranya anda Faizal, apakah tindakan yang akan anda lakukan? [4 markah] Oleh itu, tanggungjawab menjaga dan melindungi alam sekitar bukan dipikul oleh kerajaan semata-mata, tetapi menjadi tugas masyarakat keseluruhannya. HAK CIPTA NUSAMAS
196 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Soalan 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikian kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud di bibir saja. Hanya wujud pada nama saja. Nama saja tidak membawa makna apa-apa. Yang penting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa, Pak Haji memiliki apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya. PAK HAJI: Azmir, mengucap Azmir. AZMIR: Apa? Pak Haji fikir saya sebodoh itu? Tak tahu mengucap? Saya sudah mengucap lama dahulu. Pak Haji jangan hendak membodohkan saya. Saya bukan tidak percaya kepada Tuhan. Saya cuma tidak percaya kepada manusia. Lebih-lebih lagi manusia-manusia seperti Pak Haji ni. Manusia yang bercakap lain, tapi buat lain. Sudahlah. Lebih baik Pak Haji beredar dari sini sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku. Pergi ... pergi ... pergi. Aduuuh! (AZMIR meraung kesakitan. PAK HAJI hanya melihat tanpa perasaan belas kasihan dan beransur-ansur meninggalkan pentas). Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif Shaary, dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia “Ayah sibuk dengan epal-epal ni juga. Sedarlah ayah dah tua. Mengapa ayah masih mempertahankan kebun ini? Mengapa ayah masih degil?” Buchanan menahan pedih. Hatinya berketai-ketai kini hancur remuk. Bagaikan kaca terhempas ke batu lalu berderai kecil. “Kalian tidak sedar bahawa epal-epal ni sangat bererti. Kebun ini pusaka. Nostalgia. Nenek moyang kalianlah yang mempertahankan epal golden grimes satu ketika dahulu. Kalau tidak kerana usaha mereka itu kalian tidak akan dapat mengecapi keenakan gravenstein, maiden blush, balwin, ribston atau red astrachan.” Buchanan menjerkah anak-anaknya. Kecewa menjalar laju dalam urat-urat di tubuhnya. Lagipun mendiang ibu kalian sangat menyayangi kebun ini. Dipetik daripada cerpen “Kerana Manisnya Epal” oleh Faisal Tehrani, dalam Antologi Anak Laut, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 1 Bahan 2 HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 199 Rumusan [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri telah membentangkan data terkini yang membabitkan belia dalam masalah sosial serta kesihatan. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Majlis Sosial Negara membuat keputusan untuk memulihkan 10 kawasan tegar dengan gejala sosial di sekitar Lembah Klang. Untuk menangani gejala sosial, keadaan fizikal di sesuatu kawasan itu perlu dipulihkan segera bagi meminimumkan pengulangan gejala yang sama. Apabila persekitaran sudah dipulihkan, maka kebejatan sosial dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Kita sendiri sedia maklum bahawa keadaan ini turut disebabkan oleh sikap negatif ibu bapa. Terdapat ibu bapa di kawasan rumah pangsa yang tidak mementingkan kebersihan turut mempengaruhi sikap remaja. Malahan ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak muda mengganggu ketenteraman para penduduk. Untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan persekitaran fizikal bagi membendung masalah gejala sosial, kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat diperlukan. Tanggungjawab pemulihan ini perlu dipikul secara holistik oleh semua pihak, bukan sekadar kerajaan atau majlis perbandaran, bahkan masyarakat dan setiap individu. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk menjaga kebersihan dan mewujudkan rasa tanggungjawab apabila menggunakan kemudahan awam dengan memberikan contoh terbaik kepada mereka. Misalnya, ajar mereka tidak membuang sampah sesuka hati, dan lebih baik lagi ajar mereka mengamalkan kitar semula sampah untuk tujuan lain yang lebih baik. Dipetik dan diubah suai daripada “KKM, KDN Diminta Sedia Data Belia dan Masalah Sosial, Kesihatan” oleh Mohd Iskandar Ibrahim, www.bharian.com.my, 20 Mac 2023 Bahan 2 Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membarah. Setiap hari terdapat paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara. Antara faktor penyebabnya termasuklah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja. Oleh sebab kesibukan tersebut, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. HAK CIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 201 1 AKHLAK DAN ADAB (a) Dalam kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi terdapat banyak kera dalam kalangan manusia. George Bernard Shaw (1856 –1950), sasterawan kelahiran Republik Ireland (b) Pembohong akan membohongi orang lain buat pertama kalinya dan akhirnya akan menipu diri sendiri. Griffith Taylor (1880 – 1963), pakar antropologi kelahiran England (c) Semikin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi pekerti. Prof. Dr. Hamka (1908 – 1981), ulama dan sasterawan tersohor dari Indonesia (d) Orang yang budiman ialah orang yang mengakui akan kelebihan kawannya. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (e) Jika anda dalam keadaan marah, janganlah anda menginginkan kebijaksanaan. Ibnu Sina (980 – 1037), filsuf, ilmuwan, dan doktor dilahirkan di Persia (kini Iran) (f) Untuk kebahagiaan hidup, seseorang itu mestilah menolak godaan. Mahatma Gandhi (1869 – 1948), pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India (g) Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecahbelahkan persaudaraan. Nabi Muhammad SAW (570 – 632), rasul yang terakhir umat Islam (h) Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Imam Al-Tirmidzi (822 – 892), ahli hadis dan pengarang kitab agama yang masyhur 2 AGAMA (a) Agama tanpa ilmu ibarat buta, ilmu tanpa agama menjadi lumpuh. Albert Einstein (1879 – 1955), pakar fizik kelahiran Jerman (b) Agama apabila benar-benar dihayati, membuat manusia menjadi pengawas dirinya sendiri. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia KATA-KATA HIKMAT DAN PERIBAHASA SEJAGAT [Manfaatkan dalam Karangan] (c) Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan jika tidak berpenjaga, binasalah hayat. Pepatah Arab 3 BAKTI (a) Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Abu Bakar As-Siddiq (572 – 634), khalifah Islam pertama (b) Janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah bahawa hidup anda tidak pernah dimulakan. John Henry Newman (1801 – 1890), sasterawan tersohor dari London 4 BANGSA DAN NEGARA (a) Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (b) Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (c) Apabila sesuatu bangsa tidak mempercayai diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (d) Orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. Bryron Lord (1788 – 1824), penyair Inggeris yang berperanan dalam kemerdekaan Yunani (e) Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Meng Tze (372 SM – 289 SM), seorang filsuf dari Tiongkok (f) Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16 (dari 1861 hingga 1865) (g) Beri aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku menggoncangkan dunia. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (h) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri.] Pepatah Melayu 5 CINTA DAN KASIH SAYANG (a) Membenci orang adalah seperti membakar rumah sendiri untuk mendapat kebebasan daripada tikus. Henry Emerson (1856 – 1936), fotografi terkenal kelahiran Britain (b) Sayangkan anak tangantangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.] Pepatah Melayu 6 CITA-CITA (a) Hidup ini tidak akan berguna jika tidak ditujukan kepada cita-cita luhur. Jose Rizal (1861 – 1896), negarawan ulung dari Filipina (b) Cintailah pelajaranmu sebagaimana engkau mencintai seseorang kerana pelajaran akan bersama-sama ketika sedih dan gembira. Lord Chesterfield (1694 – 1773), tokoh politik yang masyhur dari Britain (c) Cita-cita atau kemahuan seperti beliung yang tajam, dapat membuat jalan melalui hutan rimba. Charles Dickens (1812 – 1870), sasterawan terkenal dari London (d) Orang yang tidak mempunyai cita-cita bagaikan burung tanpa sayap. Pepatah Inggeris 7 ILMU PENGETAHUAN (a) Fikiran hanya tumbuh jika digunakan dan surut kalau dibiarkan begitu sahaja. Imam Syafie (767 – 820), pengasas mazhab Syafii (b) Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup. Thomas Edison (1847 – 1931), pereka dan usahawan Amerika Syarikat HAK CIPTA NUSAMAS
MySOLUSI MySOLUSI 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM12.90 : RM13.90 Praktis berteraskan DSKP dan tema buku teks Praktis MuLus turut disediakan Soalan KBAT untuk menguji kefahaman murid CIRI-CIRI ISTIMEWA CIRI-CIRI ISTIMEWA 9 786297 573717 ISBN 978-629-7573-71-7 2 set Kertas Model SPM Aktiviti PAK-21 untuk menjana kemahiran berfikir secara kritis dalam suasana yang kreatif MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Praktis dalam buku ini disediakan mengikut format SPM terkini sebagai persediaan murid-murid menghadapi peperiksaan sebenar. Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan. MGF5 HAK CIPTA NUSAMAS