Peneraju Kertas Peperiksaan Peneraju Kemahiran Berfikir Aras Tinggi BAHASA MELAYU KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN disediakan dalam SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP KOD QR EKSKLUSIF Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Terkini Format SPM Sekolah Berasrama Penuh Pentaksiran Diagnostik Akademik Tingkatan KSSM Pra-SPM SBP 4 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] BAHASA MELAYU KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Sekolah Berasrama Penuh Pentaksiran Diagnostik Akademik Tingkatan KSSM Pra-SPM SBP 4 Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM7.90 : RM8.60 ISBN 978-967-0045-74-0 Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM MATEMATIK (Dwibahasa) MATEMATIK TAMBAHAN (Dwibahasa) FIZIK (Dwibahasa) KIMIA (Dwibahasa) BIOLOGI (Dwibahasa) PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH Imbas Kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan 9 789670 045740 Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan cemerlang Memantapkan persiapan murid dengan pembelajaran Tingkatan 4 sebelum memasuki Tingkatan 5 Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ KELEBIHAN SIRI INI IALAH: KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP BAHASA MELAYU COVER KKPAT Pra-SPM Tg4 SBP BM (Mahir).pdf 1 22/5/2023 3:21:21 PM
© Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iii Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iv Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 1 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 – 12 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 2 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 3 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 4 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2021 Kertas 1 49 – 52 Kertas 2 53 – 60 SKEMA PEMARKAHAN KANDUNGAN KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (Kan) 2nd.indd 1 5/25/23 1:08 PM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 1 1103/1 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SET 1 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 1 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 2 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat dan gambar di bawah berkaitan dengan industri pertanian negara. Huraikan pendapat anda tentang industri pertanian negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. • Sumber pendapatan negara • Menyediakan peluang pekerjaan • Sumber bahan mentah untuk sektor pembuatan • Bekalan makanan ruji penduduk Malaysia iaitu beras • Menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan • Memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian PENGELUARAN BAHAN MENTAH Sektor pertanian mengeluarkan bahan mentah untuk diproses oleh industri. Jenis hasil Bahan mentah Produk Tanaman komoditi Padi Getah Kelapa Beras Tayar Minyak masak Kepentingan Kegiatan Pertanian kepada Negara KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 2 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 3 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Permainan yang menjadi identiti negara semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutama generasi muda. Hal ini berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya yang membuatkan mereka lebih menjiwai permainan berasaskan komputer dan digital. Permainan rakyat atau tradisional memerlukan interaksi di alam realiti dan bukannya alam maya yang akan mewujudkan sebarang sikap tidak prejudis mahupun perkauman. Ramuan utama perpaduan dan jati diri negara dapat dibentuk melalui permainan warisan ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Permainan Tradisional Jangan Dilupakan”, oleh Aiman Sadiq Abdullah, Sinar Harian, 23 Disember 2018 Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. 2 KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjalankan satu kaji selidik berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah di negara ini. Kaji selidik itu merangkumi data murid yang mengalami masalah seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang boleh menjurus kepada hasrat membunuh diri. Aspek ini perlu diberikan perhatian khusus demi membentuk anak yang lebih kental dan tabah dari segi emosi, sukar menyerah, bijak menangani permasalahan, sekali gus menjadikan mereka berdaya saing pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada “KKM, KPM Kaji Tahap Kesihatan Mental Pelajar”, Sinar Harian, 26 Julai 2020 Petikan akhbar di atas menerangkan isu kesihatan mental yang dialami oleh para murid di Malaysia. Anda menerima sepucuk surat daripada seorang rakan yang meminta pandangan dan nasihat tentang langkahlangkah untuk mengurangkan tekanan kerana gagal dalam pelajaran. Balas surat rakan anda selengkapnya. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 3 5/25/23 9:49 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 12 1103/2 Bahan 2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Doktor Muda kamilah doktor muda memberi khidmat menabur jasa bantu rakan semua jaga kesihatan hidup bermakna mari rakan semua berkongsi ilmu menjana minda otak cergas kesihatan terjaga sejahtera hidup selamanya usah buang masa lagi bersamalah kita berpadu usaha kesihatan diri fokus utama hubungan mesra hidup ceria harga diri terpelihara maju bangsa maju negara jangan leka, berubah segera cergas ke arah jaya diri cemerlang hidup sempurna KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 12 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 13 1103/1 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SET 2 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (2) 3rd.indd 13 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 14 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pengurusan kebersihan pakaian Pengurusan tekanan/ stres Pengurusan kebersihan tubuh Pengurusan tahap kesihatan Pengurusan berat badan Pengurusan pemakanan yang sihat Aspek Pengurusan Kesihatan Diri Orang menuai padi huma, Dibawa ke baruh dengan rakit; Mencuci tangan amalan utama, Penyakit tidak akan berjangkit. Duduk di anjung meraut lidi, Sambil meraut makan keria; Bersihkan diri dengan mandi, Badan segar wajah ceria. Kelat-kelat rasa buah salak, Dijual orang di tepi jalan; Makanan ringan perlu dielak, Diet seimbang jadikan amalan. Kembang bunga di dalam taman, Mekar kembangnya elok dijaga; Pastikan badan bebas kuman, Agar kesihatan sentiasa terjaga. Sumber: Diubah suai daripada pantun “Menjaga Kebersihan diri” kelasaqilah.blogspot.com Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama kepada kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Kesihatan bukan sekadar soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi. Selain pemakanan tidak seimbang, merokok dan minuman beralkohol, masalah emosi dan tekanan juga merupakan punca kesihatan merosot seterusnya mendatangkan penyakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa kesihatan yang baik turut merangkumi kesihatan mental, bukan fizikal semata-mata. Kebijaksanaan mengawal tekanan juga menjadikan kehidupan individu lebih sihat. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat” Sinar Harian, 21 Februari 2020 KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (2) 3rd.indd 14 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 15 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Saban hari kita mendengar berita tentang salah laku masyarakat yang terlibat dalam kes jenayah sama ada rompak, ragut, dan culik. Hal ini menyebabkan wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak. Biarpun berada di tempat awam, keselamatan tetap perlu dijaga. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Tips Keselamatan ketika Berada di Tempat Awam” www.kertaspaper.com Isu keselamatan di tempat awam khususnya bagi golongan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana golongan ini mudah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua pihak memainkan peranan penting untuk melindungi kanak-kanak yang akan mewarisi generasi pelapis kelak. Huraikan langkah-langkah mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak di tempat awam. 2 Budi bahasa merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap individu kerana budi bahasa melambangkan peribadi dan sahsiah diri seseorang. Namun sayangnya pada masa ini, budi bahasa tidak lagi dianggap sebagai elemen penting yang menyempurnakan peribadi seseorang. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ Melalui Aplikasi Media Sosial” Laman Web Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Berdasarkan petikan di atas, budi bahasa amat penting dan besar nilainya yang menggambarkan keperibadian seseorang individu. Namun begitu, elemen budi bahasa semakin diabaikan dalam kehidupan moden hari ini. Jelaskan peranan ibu bapa untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (2) 3rd.indd 15 5/25/23 9:49 AM
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 16 1103/1 3 Pendidikan alam sekitar dapat didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan bagi menyelamatkan alam sekitar daripada terus dirosakkan. Hal ini penting bagi membendung kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar seperti mencemarkan air dan udara menggunakan bahan yang sukar dilupuskan serta menebang hutan tanpa kawalan. Oleh hal yang demikian, pendidikan alam sekitar dilihat sebagai satu senjata ampuh yang mampu mengubah sikap manusia supaya menyayangi alam sekitar daripada terus dieksploitasi sewenang-wenangnya. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Langkah Menerapkan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah” tinta-kencana.blogspot.com Pencemaran alam yang berleluasa telah membuatkan banyak pihak sedar akan kepentingan pendidikan alam sekitar dalam kehidupan. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menerapkan pendidikan alam sekitar di sekolah. 4 Pada ketika ini, keusahawanan merupakan salah satu bidang utama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Malaysia. Langkah kerajaan memberikan alternatif kepada belia dan graduan bagi menceburi bidang keusahawanan akan membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Setiap usahawan yang ingin berjaya perlu memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Cabaran Usahawan Muda Kembangkan Perniagaan” oleh Dr. Anuar Shah Bali Mohamed, econ.upm.edu.my Bidang keusahawanan amat digalakkan oleh kerajaan untuk diceburi oleh para belia. Bincangkan persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya. KERTAS SOALAN TAMAT KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (2) 3rd.indd 16 5/25/23 9:49 AM
SULIT 36 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2 Inisiatif MyRail5, pas perjalanan bulanan tanpa had 30 hari (RM5) bagi murid sekolah/ golongan OKU (RM115 juta) Subsidi perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak (RM209 juta) Program transformasi bas hentihenti (RM78 juta) Pas perjalanan bas dan rel tanpa had RM50 sebulan (RM3.6 juta) Program dana bantuan sementara bas henti-henti (RM80 juta) Subsidi tren tidak ekonomik sektor wilayah timur (RM33 juta) RM518.6 JUTA BAJET 2022 INSENTIF KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (3) 3rd.indd 36 5/25/23 9:48 AM
SULIT 37 1103/1 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SET 4 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 37 5/25/23 9:48 AM
SULIT 38 1103/1 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat dan gambar di bawah berkaitan dengan pembuangan sisa domestik di kawasan kediaman. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan hal tersebut. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sisa domestik ialah sampah sarap yang dibuang dari rumah kediaman yang terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik juga boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan bukan organik. Sisa domestik atau sampah sarap dari rumah yang dibuang secara merata-rata akan menyebabkan pencemaran dan memudaratkan alam sekitar serta kesihatan. Di Malaysia, masalah pembuangan sisa domestik sangat kritikal terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “10 Punca Pembuangan Sisa Domestik, Kesannya serta Langkah untuk Mengatasinya” oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria, ilabur.com KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 38 5/25/23 9:48 AM
SULIT 39 1103/1 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 1 Perpaduan selalu menjadi perhatian sejak awal kemerdekaan. Perkara ini semakin penting susulan tragedi 13 Mei 1969. Oleh itu, perjalanan lima dekad lalu mewujudkan desakan untuk mengutamakan kepentingan melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan menitikberatkan integrasi rakyat pelbagai kaum dan etnik. Dasar Perpaduan Negara diwujudkan bagi membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi dan menghormati. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Perlu Jadi Agenda Utama Setiap Tindakan”, oleh Dr. Irmohizam Ibrahim, Berita Harian, 10 Mac 2021. Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi. Oleh itu, semangat nasionalisme yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit mesti dipupuk menerusi perpaduan kaum. Bincangkan kepentingan mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. 2 Sukar untuk menafikan bahawa media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan hampir semua remaja pada zaman ini. Dengan adanya pelbagai aplikasi media sosial sememangnya menyebabkan remaja agak leka kerana platform komunikasinya yang interaktif, bebas dan rangkaiannya melangkau segenap benua. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Banyak Kajian Bukti Media Sosial Punca Isu Kesihatan”, oleh Azimah Ghazali, Sinar Harian, 12 Jun 2019. Petikan akhbar tersebut berkait rapat dengan isu media sosial dalam kalangan remaja di Malaysia. Walaupun terdapat kesan-kesan negatif, tidak dapat dinafikan media sosial banyak membantu remaja dalam kehidupan seharian. Huraikan kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh seorang remaja daripada penggunaan media sosial. BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 39 5/25/23 9:48 AM
SULIT 40 1103/1 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT 3 Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara. Dengan adanya pendidikan, seseorang individu atau sesebuah keluarga mampu keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan erti kata lain, semakin tinggi pengetahuan pendidikan yang dicapai, semakin terbuka luas peluang pasaran untuk seseorang itu menjawat pelbagai jawatan dan mendapat pulangan yang lumayan. Kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan Sempurna Penting untuk Pembangunan Negara”, oleh Hartini Binti Saari, ikim.gov.my Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini, ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan dalam pelbagai bidang amat penting bagi kehidupan seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. 4 Penulis sering dianggap sebagai seorang manusia yang bijak dan unik kerana berupaya menerangkan sesuatu aspek kehidupan, perkara, peristiwa atau apa-apa dengan mudah tetapi berkesan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata hikmat, “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”. Kerjaya sebagai penulis dianggap popular terutama apabila hasil penulisan seseorang penulis itu berjaya dijual dengan banyak. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Cara-cara untuk Menjadi Penulis yang Baik”, heyziq.wordpress.com Anda amat meminati bidang penulisan dan berhasrat untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya yang profesional pada suatu hari nanti. Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk merealisasikan impian anda ini. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 40 5/25/23 9:48 AM
SULIT 41 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SET 4 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 41 5/25/23 9:48 AM
SULIT 42 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Bagi sesetengah orang, menulis merupakan salah satu cara untuk meredakan tekanan yang dihadapi. Biasanya, segala peristiwa yang dialami sendiri oleh penulis dapat dizahirkan secara langsung melalui penulisan. Melalui cara ini, sebilangan karya dikatakan lebih “hidup” dan dapat memberikan kesan yang mendalam kerana ilham itu mengalir terus dari jiwa ke atas kertas. Hal ini secara langsung mencuri hati pembaca. Seluruh perasaan dan penghayatan dicurahkan melalui lakaran pena dan kadangkalanya pembaca dapat membaca maksud yang tersirat sebalik tulisan itu. Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Komunikasi”, oleh Yusaida Yusof, Tunas Cipta, Julai 2021. [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Darurat dan keganasan komunis telah banyak memberikan impak negatif terhadap perkembangan ekonomi di Malaysia. Bebanan yang ditanggung kerajaan dari segi kewangan bagi menghadapi zaman darurat antara tahun 1948 sehingga 1960 turut membawa kerugian kepada pembangunan negara. Beribu-ribu orang penduduk terpaksa berpindah ke kawasan tertentu supaya keselamatan mereka terjamin daripada ancaman pengganas komunis. Sementara itu, peperangan selama 12 tahun ini turut menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban untuk mempertahankan tanah air tercinta. Ramai perajurit negara yang gugur mempertahankan tanah air tercinta. Dipetik dan diubah suai daripada “Pengisytiharaan Tamat Darurat”, oleh Siti Khadijah Baharudin, Dewan Siswa, Julai 2019. [6 markah] 3 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ambilan makanan kesihatan tambahan yang mempunyai kimia beracun menjadi punca banyak mangsa menderita pelbagai penyakit. Dari siasatan KKM, biasanya produk tersebut mempamerkan lebel yang menjanjikan pelbagai khasiat yang mampu dipulihkan berbagaibagai jenis penyakit. Hal ini menjadi kebanyakan pengguna berasa yakin yang hanya dengan mengambil produk tersebut segala masalah mereka akan tamat. Kebanyakan individu yang mengambil ubat-ubatan tidak berdaftar ialah mereka yang enggan mendapatkan perawatan di klinik atau di hospital. Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas, pekerja buruh dan penduduk di pendalaman. Pasukan ini lebih mudah mendapatkan produk tersebut tanpa bertemu dengan pegawai perubatan yang bertauliah. Dipetik dan diubah suai daripada “Akta Lindungi Kesihatan Pengguna”, Dewan Masyarakat, Disember 2018. [11 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 42 5/25/23 9:48 AM
SULIT 43 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Dipetik daripada“Burung Terbang Dipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Ketika melancong di luar negara, kita perlu membuat pelbagai persediaan termasuklah wang yang mencukupi, perubatan dan mengambil tahu serba sedikit tentang negara tersebut. Hal ini penting sebagai persiapan menghadapi pelbagai perkara yang tidak dijangka mungkin berlaku kerana (i) . Pada masa yang sama, kita juga perlu memahami cara hidup masyarakat di negara yang dikunjungi serta mematuhi segala peraturan atau undang-undang di sana supaya tiada masalah akan timbul. Peribahasa (ii) perlu difahami dan dihayati. Setelah segala persiapan disediakan dan budaya masyarakat telah difahami, kita pasti dapat melancong dengan hati yang tenang dan menikmati segala keindahan dan pengalaman di sana seperti yang terungkap dalam peribahasa (iii) . [6 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (4) 3rd.indd 43 5/25/23 9:48 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 53 1103/2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2021 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 53 5/25/23 9:49 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 54 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tatkala tiba di jeti Kuala Tahan, kami mulai memunggah barang-barang ke dalam bot panjang yang akan membawa kami ke seberang. Ketika itu, hujan halau mentua pun turun. Kak Long kelam-kabut cuba menyelamatkan beg sandangnya daripada terkena air hujan. Tanpa banyak soal, adik mengambil beg plastik yang agak besar lalu menyarungkan beg Kak Long ke dalamnya. Kak Long berasa kagum dengan tindakan adik. Dipetik daripada “Panggilan Tahan”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019. [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut. Subjek : Predikat: Remis ialah sejenis moluska bercengkerang. Hidupan ini mudah ditemui di kawasan pantai yang berlumpur dan berpasir. Bentuk remis seakan-akan lala, namun saiznya lebih kecil. Kulit remis berwarna hitam, putih dan coklat. Pada kulit remis, terdapat pelbagai corak yang unik. Walau bagaimanapun, terdapat juga remis yang tidak mempunyai sebarang corak. Cara paling mudah untuk mencari remis adalah dengan mengorek pasir yang mempunyai lumpur dengan cangkul kecil. Dipetik dan diubah suai daripada “Pesta Cari Remis dalam Pasir” oleh Noor Hidayah Tanzizi, Harian Metro, 13 September 2016. [6 markah] 3 Dalam petikan 1 terdapat lapan kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap soalan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Permainan video ialah antara aktiviti masa lapang yang popular di dalam kalangan masyarakat dan sesuai untuk segenap lapisan umur. Kini, permainan video seolah-olah sudah sebati dalam diri mereka ditambah pula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu yang mentuntut masyarakat duduk di rumah. Ketagih terhadap permainan video tidak boleh dipandang remeh atau dianggap tidak penting terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana selain pemainnya kurang bergaul, perkara yang lebih membimbangkan ialah ketagihan ini mendorong mereka bersikap ganas, kurangnya rasa kasihan belas dan tidak berniat untuk membantu orang lain. Jika kanak-kanak taksub terhadap permainan video, dikhuatiri perangai mereka akan berubah apabila dewasa nanti. Masyarakat tidak dapat melihat kesan negetifnya dalam jangka masa pendek. Namun permainan video boleh mendatangkan manafaat jika sekadar untuk menghilangkan stress atau sesuai pada waktunya serta meningkatkan daya kretiviti. [8 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 54 5/25/23 9:49 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 55 1103/2 Petikan 2 Prem : Hui Meng, malangnya banyak mangsa-mangsa COVID-19 yang terkorban di Indonesia. Hui Meng : Warganegara Malaysia patut bersyukur kerana virus itu dapat dikawal di negara kita di atas kerja sama semua pihak. Prem : Benar, kita perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang kerajaan tetapkan. Kita pun perlu sentiasa memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak sosial antara satu sama lain. Jangan sekali-sekala lalai. Hui Meng : Kita perlu mengamalkan norma baharu untuk menghadapi pendemik yang telah mengubah corak kehidupan. [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan yang sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan. Senaraikan dua peribahasa tersebut. Kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa tersebut. Hubungan Maya dan adiknya, Hana dingin setelah kekasih Hana beralih kasih kepada Maya. Namun demikian, perbalahan mereka tidak kekal lama kerana carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua sesuai untuk menjelaskan keadaan ini. Sebenarnya, hubungan Maya dan adiknya menjadi retak sebelum ini kerana ada musuh dalam selimut yang cuba memporak-perandakan hubungan mereka berdua sehingga Hana mengambil keputusan untuk merantau. Semasa di perantauan, Hana sentiasa mengikuti aturan di tempat tersebut, bak kata peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. [6 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 55 5/25/23 9:49 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 59 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak yang tidak normal atau berlebihan dan boleh memudaratkan kesihatan. Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak di negara ini ialah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan di Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus. Di Malaysia, masalah ini berkait rapat dengan kegagalan ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat di rumah. Ibu bapa juga gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam atas alasan tidak sempat untuk memasak. Pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi dalam makanan segera juga menyumbang kepada obesiti. Bayangkan, si kecil telah didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi. Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa obesiti boleh menjejaskan kehidupan seharian anak-anak mereka termasuk sering tercungap-cungap, berasa gelisah atau mengalami masalah tidur. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengawal pemakanan anak-anak. Akhir sekali, corak pemakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan mereka lebih gemar sajian yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti donat manis, kek, dan coklat. Penurunan aktiviti fizikal lantaran terlalu menumpukan perhatian terhadap aktiviti lain di samping kurang bersenam juga turut menyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak bersenam atau melakukan banyak aktiviti fizikal. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah. Obesiti bukan masalah peribadi atau individu itu semata-mata tetapi turut menjejaskan pembangunan negara. Obesiti boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak yang berperanan sebagai generasi muda negara pada masa hadapan. Sumber: Internet KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 59 5/25/23 9:49 AM
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 60 1103/2 Bahan 2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Ibu bapa dan anak memperbanyak pengambilan sayur, buah dan bijirin penuh Makan hidangan berkhasiat bersama-sama keluarga sekerap mungkin Aktif secara fizikal Hadkan makanan dan minuman yang tinggi gula dan lemak Ambil sarapan setiap hari Sayangi keluarga dan berikan sokongan CEGAH OBESITI KANAK-KANAK KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 60 5/25/23 9:49 AM
Peneraju Kertas Peperiksaan Peneraju Kemahiran Berfikir Aras Tinggi BAHASA MELAYU KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN disediakan dalam SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP KOD QR EKSKLUSIF Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Terkini Format SPM Sekolah Berasrama Penuh Pentaksiran Diagnostik Akademik Tingkatan KSSM Pra-SPM SBP 4 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] BAHASA MELAYU KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Sekolah Berasrama Penuh Pentaksiran Diagnostik Akademik Tingkatan KSSM Pra-SPM SBP 4 Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM7.90 : RM8.60 ISBN 978-967-0045-74-0 Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM MATEMATIK (Dwibahasa) MATEMATIK TAMBAHAN (Dwibahasa) FIZIK (Dwibahasa) KIMIA (Dwibahasa) BIOLOGI (Dwibahasa) PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH Imbas Kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan 9 789670 045740 Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan cemerlang Memantapkan persiapan murid dengan pembelajaran Tingkatan 4 sebelum memasuki Tingkatan 5 Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ KELEBIHAN SIRI INI IALAH: KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP BAHASA MELAYU COVER KKPAT Pra-SPM Tg4 SBP BM (Mahir).pdf 1 22/5/2023 3:21:21 PM