The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-05-26 23:33:34

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 2

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 2

Bahasa Melayu 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Jasni Majed Tingkatan KSSM 2 Format Terkini UASA UJIAN AKHIR


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 1 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 2 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-2 Soalan 1 Lengkapkan ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Apabila terdengar bunyi besi bergesel, saya berasa sangat . A ngeri B ngilu C gayat D seram Soalan 2 dan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 2 Beberapa orang sukarelawan yang membantu mangsa banjir di kampung itu terdiri daripada mahasiswa A B C sebuah universiti tempatan. Tiada kesalahan. D 3 Lawatan yang kami lakukan ke tempat-tempat bersejarah dalam negeri Melaka baru-baru ini mendatangkan A B C pelbagai manfaat. Tiada kesalahan. D Soalan 4 dan 5 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 4 I Rasa buah itu sangat kilat sehingga tidak boleh dimakan. II Tangan pencuri itu kami kilat ke belakang sehingga dia tidak boleh melarikan diri. III Kilat yang memancar di langit menandakan hujan akan turun. IV Dengan sepantas kilat pihak polis berjaya menangkap peragut itu. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 5 I Dua belas tahun yang lalu, keluarga Pak Ismail berpindah ke kampung kami. II Sikap belas kasihan yang ditunjukkan oleh penduduk taman itu terhadap mangsa kebakaran di kampung berhampiran amat disanjungi. III Kain yang dibasuh oleh emak tadi sudah saya belas. IV Budak belas tahun itu dikagumi kerana menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas di dalam sungai. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-3 Soalan 6 dan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 6 Majlis yang disambut dengan secara terang-benderang itu berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. A dengan secara gilang-gemilang C secara gilang-gemilang B secara terang-benderang D dengan secara terang-benderang 7 Hanya dua orang murid sahaja yang berada di dalam makmal sains semasa kebakaran kecil itu berlaku. A dua-dua murid sahaja C dua orang murid B kedua orang murid D dua orang murid sahaja Soalan 8 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 8 Sebaik sahaja selesai memberikan ceramah, Encik Kamarul membenarkan hadirin untuk mengemukakan soalan kepadanya tentang perkara yang tidak difahami. A Kebenaran diberi oleh Encik Kamarul kepada hadirin untuk mengemukakan soalan yang tidak difahami selepas selesai memberikan ceramah. B Perkara-perkara yang tidak difahami oleh hadirin selepas ceramah diadakan, diminta oleh Encik Kamarul supaya dikemukakan soalan kepadanya. C Hanya hadirin yang tidak memahami ceramah dibenarkan bertanya oleh Encik Kamarul selepas beliau memberikan ceramah. D Encik Kamarul membenarkan hadirin yang tidak memahami sesuatu perkara mengemukakan soalan kepadanya selepas beliau selesai memberikan ceramah. Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang betul. 9 I Semasa kami pergi ke Pahang baru-baru ini, kami telah menyaksikan kemalangan jalan raya yang sangat ngeri. II Encik Muniandy berada di Melaka semasa kejadian pecah rumah berlaku di rumahnya. III Amalan menabung digalakkan dalam kalangan anak-anak supaya mereka berjimat cermat. IV Generasi muda diseru supaya mencintai tanah air demi untuk masa depan negara. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Aminuddin tidak mahu bertanggungjawab atas tindakannya yang telah merosakkan kerusi di sekolah, malah dia berpura-pura tidak tahu. 10 Peribahasa yang manakah paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Enggang lalu ranting patah B Seperti kaca terhempas ke batu C Lempar batu sembunyi tangan D Seperti harimau menyembunyikan kuku


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-4 Soalan 11 hingga 15 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di Rimba saja. Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan anak-anaknya itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat aniaya ke atasnya. Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya. Seketika lagi hari pun siang. Memerang laki bini lepas makan maka ia pun pergilah menghadap Nabi Allah Sulaiman. Kepada masa itu, Nabi Allah Sulaiman pun bersemayam di atas takhta singgahsana kerajaan di hadapan menteri hulubalang rakyat tentera tiada tepermanai banyaknya. Dipetik daripada “Pelanduk Mengajar Memerang”, Antologi Baik Budi Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Perkataan aniaya dalam petikan di atas bermaksud A penyeksaan. B pergaduhan. C pertengkaran. D penipuan. 12 Mengapakah memerang menangis sebaik sahaja pulang ke tempatnya? A Melihat anak-anaknya sedang dipijak oleh Syah Alam di Rimba B Melihat anak-anaknya tiada di dalam lubang C Melihat anak-anaknya sedang bergaduh D Melihat semua anaknya mati 13 Apakah punca memerang mengesyaki anak-anaknya mati disebabkan Syah Alam di Rimba? A Memerang ternampak perbuatan Syah Alam di Rimba B Memerang melihat ada bekas kaki Syah Alam di Rimba C Memerang diberitahu oleh anaknya yang masih hidup D Memerang memang mengetahui sikap Syah Alam di Rimba yang suka menganiaya binatang 14 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang petikan prosa tradisional tersebut? A Anak-anak memerang mati pada waktu petang B Memerang laki bini sangat sayang akan anak-anaknya C Memerang laki bini keluar mencari makanan untuk anak-anaknya D Memerang laki bini ingin bermesyuarat dengan Nabi Allah Sulaiman pada malam itu juga 15 Berikut merupakan perwatakan bagi memerang, kecuali A berani. B penyayang. C bertanggungjawab. D sombong.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-5 Bahagian B [30 markah] Jawab semua soalan. 1 Dalam iklan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. PERHIMPUNAN BELIA DAERAH KUBANG PASU Perhimpunan akan diadakan seperti yang tercatit di bawah: • Tarikh: 8 Mac 202_ • Tempat: Komplek Kebudayaan Belia dan Sukan Kubang Pasu, Jitra • Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Belia diseluruh daerah dan negeri dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Pelbagai acara disediakan seperti persembahan kebudayaan, ceramah, sukan mini dan pameran. MAJULAH BELIA UNTUK NEGARA Salah Betul (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kemiskinan keluarga itu menyebabkan beberapa orang anak mereka tidak dapat melangsungkan pelajaran ke universiti. Salah Betul (ii) Pihak berkuasa bersungguh-sungguh berusaha menangani masalah pencemaran sungai di kampung itu kerana telah menyebabkan pendapatan penduduk terjejas. Salah Betul [2 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-6 3 Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal. (i) Pihak berkuasa sedang membuat rondaan di kawasan itu untuk membanteras kejadian jenayah. Ayat tunggal 1 Ayat tunggal 2 (ii) Fazil dan Swee Mee meminjam beberapa buah buku di perpustakaan petang semalam. Ayat tunggal 1 Ayat tunggal 2 [4 markah] 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-7 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Terpaku aku melihat indahnya bumiku air sungai jernih mengalir tenang ikan-ikan berenang riang di celahan batu-batuan. Segarnya pohon hijau merimbun menaungi kitaran kehidupan dimeriahkan unggas yang berterbangan riuh berbicara tentang limpahan rezeki di sebalik daunan di dada bumi. Terpukau aku melihat bersih dan indahnya kotaku bangunan mencakar menujah langit dilingkari jalan pelbagai arah warga berhemah, berbudaya, peramah mengimbangi pembangunan lahiriah batiniah. Aduhai adikku kakak berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran. Kempen kebersihan bersama dihayati, Udara nyaman pasti dinikmati, Sihat badan wajah berseri, Negara aman hidup harmoni. Tatkala kebersihan memenuhi ruang hati keindahan bertakhta di fikiran mengenali Yang Maha Pencipta mensyukuri nikmat dan pemberian-Nya melimpahkan kembali budi membangunkan bumi tercinta biar kekal indah dipandang mata. Zamir Alzima, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera. Air sungai mengalir damai, Ombak berlagu memukul pantai, Unggas bernyanyi suasana permai, Di hari minggu kita bersantai. Dipetik daripada syair “Cintai Alam Sekitar”, oleh Rafe’ah A. Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 2 (i) Nyatakan persamaan keadaan sungai dan tumbuh-tumbuhan dalam Bahan 1 dan Bahan 2. [3 markah] Mensyukuri Nikmat Cintai Alam Sekitar


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-8 (ii) Berdasarkan Bahan 1, apakah dua perkara yang membuatkan ‘aku’ berasa terpukau? [3 markah] (iii) Tindakan mencemarkan alam sekitar sangat dikesali. Pada pendapat anda, wajarkah hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pesalah alam sekitar? Kemukakan dua alasan anda. [4 markah] 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (ii) Meniti Impian karya Osman Ayob (iii) Jejak Monpus karya Zulaikha Paikon (iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani Kebiasaannya, penulis akan mengetengahkan beberapa sifat positif yang boleh diteladani melalui watak utama. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga sikap positif watak utama dan peristiwa yang berkaitan dengannya. [10 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-9 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang budaya keselamatan pengguna jalan raya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dalam tempoh enam tahun belakangan ini, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia telah meningkat secara mendadak dengan purata lebih 500 000 kemalangan setiap tahun. Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya amat penting untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan terutamanya ketika musim perayaan. Tahun ini, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Us’ bermula dari 21 April 2022 lalu hingga 31 Mei 2022. Dengan slogan “Keselamatan Bermula Dengan Kita”, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia memainkan peranan dalam mempraktikkan amalan berhemah semasa di jalan raya. Kempen yang dianjurkan bersempena dengan pergerakan pulang Hari Raya Aidilfitri ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya memastikan keselamatan di jalan raya. Kempen ini juga mendidik pengguna jalan raya untuk memahami punca kemalangan jalan raya. Selain itu, kempen ini turut memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya tentang kecuaian penunggang motosikal yang kerap mengundang kemalangan di jalan raya. Tidak ketinggalan, penekanan turut diberikan terhadap cara pemanduan sesetengah pengguna jalan raya yang berbahaya serta kesan nahas jalan raya terhadap masyarakat, ekonomi dan negara. Pelaksanaan langkah yang boleh mempengaruhi tingkah laku pengguna jalan raya dengan berkesan sememangnya diterima di seluruh dunia dan menjadi asas untuk merangka aktiviti keselamatan jalan raya. Sehubungan dengan itu, kempen ini dirangka bagi memberikan kesedaran serta menerapkan konsep ‘keselamatan’ dalam minda masyarakat di Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Kempen US Cipta Budaya Keselamatan Pengguna Jalan Raya”, Harian Metro, 6 Mei 2022 Bahagian C [15 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 10 B 30 Jumlah 40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 1 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 2 Bahasa Melayu Kertas 2 1 jam


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-12 Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN mengurangkan import peluang pekerjaan kegunaan tempatan


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 SET 1-14 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Sektor pelancongan sangat penting di negara ini kerana mendatangkan pelbagai manfaat. Jelaskan manfaat-manfaat tersebut. 2 Anda mendapati masih banyak masalah yang berlaku dalam sektor pelancongan di negara ini. Sebagai ketua editor majalah sekolah, anda dikehendaki menulis sebuah rencana mengenai perkara tersebut. Tulis rencana anda selengkapnya. 3 Anda dikehendaki untuk menyampaikan satu ceramah di sebuah kawasan pelancongan. Tajuk ceramah itu ialah ‘Peranan Orang Ramai untuk Memajukan Sektor Pelancongan’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.


Semenanjung Malaysia : RM6.90 Sabah & Sarawak : RM7.60 Bahasa Melayu Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Islam Judul-judul dalam siri ini: 1 2 3 Judul / Tingkatan UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU Tingkatan 2 UJIAN AKHIR 9 786294 852754 ISBN 978-629-485-275-4


Click to View FlipBook Version