The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-05-29 04:53:18

K. Pep Akhir Thn Tg 4 BM

K. Pep Akhir Thn Tg 4 BM

Cover Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.pdf 1 31/5/2023 9:45:12 AM


SENARAI KEDUDUKAN 10 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TERBAIK SPM 2021 Kedudukan Nama Sekolah GPS 2021 1 Sekolah Tun Fatimah (STF) 0.84 2 Sekolah Sri Puteri (SSP) 0.97 3 SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) 1.06 4 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1.09 5 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1.16 6 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1.21 7 Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) 1.37 8 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) 1.40 9 Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) 1.47 10 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) 1.49 SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SELURUH MALAYSIA PERLIS MELAKA SM Sains Tuanku Syed Putra SM Sains Muzaffar Syah KEDAH SBP Integrasi Selandar SM Sains Sultan Abdul Halim JOHOR SM Sains Pokok Sena SM Sains Muar SM Sains Sultan Muhammad Jiwa SM Sains Johor SBP Integrasi Kubang Pasu Sekolah Tun Fatimah SM Sains Kubang Pasu SM Sains Sembrong Akademi Sains Pendang SM Sains Kota Tinggi PULAU PINANG SM Sains Sultan Iskandar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin SM Sains Batu Pahat SM Sains Kepala Batas PAHANG PERAK SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah SM Sains Raja Tun Azlan Shah SM Sains Tengku Abdullah Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah The Malay College Kuala Kangsar SMA Persekutuan Bentong SM Sains Teluk Intan SBP Integrasi Tun Abdul Razak SM Sains Bagan Datoh SBP Integrasi Kuantan SM Sains Tapah SBP Integrasi Temerloh SBP Integrasi Gopeng TERENGGANU WILAYAH PERSEKUTUAN SM Sains Sultan Mahmud SM Sains Alam Shah SM Sains Kuala Terengganu SM Sains Seri Puteri SM Sains Dungun SM Sains Selangor SM Sains Setiu SELANGOR SBP Integrasi Batu Rakit Kolej Islam Sultan Alam Shah SM Sains Hulu Terengganu SBP Integrasi Gombak KELANTAN SM Sains Kuala Selangor SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra SM Sains Hulu Selangor SM Sains Machang SMA Persekutuan Kajang SM Sains Pasir Puteh SBP Integrasi Rawang SM Sains Gua Musang SBP Integrasi Sabak Bernam SM Sains Jeli SM Sains Banting SABAH NEGERI SEMBILAN SM Sains Sabah SM Agama Persekutuan Labu SM Sains Lahad Datu Kolej Tunku Kurshiah SM Sains Labuan SM Sains Tuanku Aishah Rohani SARAWAK Sekolah Dato’ Abdul Razak SM Sains Kuching SM Sains Tuanku Munawir SM Sains Miri SM Sains Tuanku Jaafar SM Sains Kuching Utara SBP Integrasi Jempol PUTRAJAYA & CYBERJAYA SM Sains Rembau Sekolah Sultan Alam Shah Sekolah Seri Puteri Naskhah Contoh SBP SPM BM (IFC).indd 1 29/5/2023 11:15:54 AM


1 72 muka surat 48 muka surat 168 muka surat 112 muka surat 176 muka surat 144 muka surat 72 muka surat 72 muka surat 136 muka surat 144 muka surat 56 muka surat KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 1 31/5/2023 10:07:18 AM


2 • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Sejarah • Pendidikan Islam • Matematik (Dwibahasa) • Matematik Tambahan (Dwibahasa) • Fizik (Dwibahasa) • Kimia (Dwibahasa) • Biologi (Dwibahasa) • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah • Pendidikan Syariah Islamiah Judul-judul dalam siri ini Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP dengan Izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia EKSKLUSIF CI RI -CIRI ISTI MEWA BU KU Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 2 31/5/2023 10:07:18 AM


3 Menepati Format Instrumen Peperiksaan SPM 2021 FORMAT Buku ini mengandungi • 1 Set Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 SBP 2021 (SEBENAR) • 4 Set Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 SBP • Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Disediakan dalam Kod QR di: • Halaman Kandungan • Belakang Kulit Buku SKEMA PEMARKAHAN CI RI -CIRI ISTI MEWA BU KU Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 3 31/5/2023 10:07:19 AM


4 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iii Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iv Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 1 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 – 12 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 2 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 3 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Kertas Model Peperiksaan Tingkatan 4 Set 4 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2021 Kertas 1 49 – 52 Kertas 2 53 – 60 SKEMA PEMARKAHAN KANDUNGAN KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (Kan) 2nd.indd 1 5/25/23 1:08 PM KANDUNGAN Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 4 31/5/2023 10:07:20 AM


5 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) iii Kertas Bahasa Melayu SPM KSSM mengandungi: 1 Kertas 1 (1103/1) Kemahiran Menulis – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: 1 soalan – kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan (30 markah) Bahagian B: 4 soalan (Jawab 1 soalan) – (70 markah) Tempoh Ujian 2 jam 2 Kertas 2 (1103/2) Kemahiran Membaca – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan (9 soalan) Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa – 5 soalan (35 markah) Bahagian B: Pemahaman – 3 soalan (70 markah) Bahagian C: Rumusan – 1 soalan (30 markah) Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 3 Kertas 3 (1103/3) Kemahiran Bertutur – Jumlah Markah [70 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertutur Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: Individu (40 markah) 1 petikan/ bahan rangsangan Bersoal jawab dengan pentaksir Bahagian B: Kumpulan (30 markah) 1 tajuk daripada 8 tema umum untuk perbincangan Perbincangan dalam kumpulan Tempoh Ujian Individu : 3 - 5 minit Kumpulan : 12 -15 minit 4 Kertas 4 (1103/4) Kemahiran Mendengar – Jumlah Markah [30 markah] Jenis Instrumen Ujian Mendengar (Pentaksiran Pusat) Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Objektif Pelbagai Bentuk Subjektif Respons Terhad Bilangan Soalan 4 – 6 petikan Mengandungi 20 – 25 soalan Jawab semua soalan (30 markah) Tempoh Ujian 30 minit Format Instrumen Kertas Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Mulai Tahun 2021 00_KMP SPM SBP BM (pre)2nd.indd 3 4/13/22 10:22 AM FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 5 31/5/2023 10:07:20 AM


6 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) iv PANDUAN UMUM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN (KARANGAN A) 1 Semua bahan yang diberikan terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada jadual, grafik, teks/ petikan, dan bahan-bahan ini perlulah digunakan dalam penulisan. 2 Tema untuk semua bahan perlu dikenal pasti dengan tepat. 3 Calon perlu memahami tugasan soalan yang diberikan. 4 Calon dikehendaki menulis tidak kurang daripada 150 patah perkataan dan tidak lebih daripada 200 patah perkataan. 5 Dalam konstruk kemahiran menulis, calon perlu mengaplikasi, menganalisis dan menilai setiap bahan yang diberikan (sama ada 2 bahan atau lebih bergantung pada tugasan) PANDUAN UMUM KARANGAN RESPONS TERBUKA (KARANGAN B) 1 Karangan Bahagian B ialah karangan respons terbuka. Bahagian ini memperuntukkan 70 markah dengan peruntukan masa selama 90 minit. Panjang karangan Bahagian B antara 350 hingga 500 patah perkataan. 2 Calon diberikan empat pilihan soalan dan dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 3 Terdapat empat domain dikemukakan iaitu domain awam, domain peribadi, domain pendidikan dan domain kerjaya. 4 Terdapat dua bentuk soalan iaitu soalan berformat dan soalan tidak berformat. 5 Kenal pasti tema yang telah diberikan. 6 Calon perlu memahami tugasan soalan yang diberi berdasarkan stimulus bahan dan soalan yang dikemukakan. TEKNIK PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN Memilih Soalan untuk Dijawab 1 Pemilihan soalan karangan yang tepat akan membolehkan calon menghasilkan karangan yang baik. 2 Pilihlah satu tajuk karangan yang tepat dan sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman calon. 3 Fahami kehendak soalan betul-betul untuk mengelakkan karangan yang dihasilkan terpesong isi atau tafsiran yang boleh menjejaskan pemberian markah. 4 Pastikan calon memahami jenis-jenis karangan dan kehendak soalan. Calon perlu memastikan soalan yang dipilih itu karangan berformat ataupun karangan tidak berformat. 5 Sekiranya calon memilih karangan berformat, calon mesti mematuhi format yang ditetapkan. 6 Karangan berformat yang dibuat tanpa mengikut format yang ditetapkan akan menjejaskan markah. Rangka Karangan 1 Langkah awal dalam proses penulisan karangan adalah dengan membuat rangka karangan. 2 Rangka karangan ialah calon menyenaraikan sebanyak mungkin isi untuk menjawab soalan karangan itu. 3 Selepas memperoleh semua isi, calon perlu menyusun isi mengikut keutamaan. Hal ini dikatakan demikian kerana isi yang paling penting perlu menjadi isi utama semasa menulis karangan nanti. Kemudian, diikuti oleh isi-isi lain. 4 Rangka karangan boleh dibuat dalam bentuk peta minda ataupun sekadar menyenaraikan isi mengikut urutan nombor. 5 Rangka karangan ini biasanya sekadar menyenaraikan poin isi sahaja tanpa disertakan huraian atau contoh. Namun begitu, sekiranya terdapat huraian atau contoh yang terlintas di fikiran calon ketika itu, calon boleh mencatatkannya pada isi yang berkaitan. 6 Rangka karangan dapat membantu calon mengelak daripada menghasilkan karangan yang terpesong sehingga menjejaskan markah. Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu 00_KMP SPM SBP BM (pre)2nd.indd 4 4/13/22 10:22 AM TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 6 31/5/2023 10:07:20 AM


7 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 50 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri. Huraikan pendapat anda tentang penjagaan kesihatan diri. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020 Panduan Pengambilan Makanan Harian Anda ✓ Meningkatkan kecergasan badan ✓ Menguatkan otot jantung dan paru-paru ✓ Membaiki sistem penghadaman ✓ Meningkatkan daya tahan badan ✓ Mengekalkan kekuatan otot dan tulang ✓ Mencapai berat badan unggul ✓ Membaiki peredaran darah ✓ Membantu tidur lebih lena Kekalkan kesihatan diri anda dan ahli keluarga anda KEBAIKAN SENAMAN Lakukan Pemeriksaan Berkala nasi, bijirin, produk berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian 3-5 sajian buah-buahan 2 sajian susu dan produk tenusu 2 sajian hadkan pengambilan lemak, minyak, gula dan garam ikan, telur, ayam, daging 1-2 sajian sayur-sayuran 3 atau lebih sajian air kosong 6-8 gelas KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 50 5/25/23 9:49 AM Kertas 1 KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP 2021 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 7 31/5/2023 10:07:21 AM


8 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 51 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan sektor pelancongan dalam negara. MOTAC akan meneruskan kerjasama dengan penggiat-penggiat industri dan semua kerajaan negeri untuk membangunkan serta menawarkan pakej-pakej pelancongan baharu yang menarik melalui platform digital, di samping mempromosikan destinasi pelancongan di luar bandar kerana pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “MOTAC Rangka Pelbagai Program Rancakkan Sektor Pelancongan”, oleh Azie Yahaya, Sinar Harian, 10 Disember 2020. Petikan di atas menunjukkan maklumat tentang program pelancongan di Malaysia. Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tentang “Faedah-faedah Melancong”. Tulis rencana itu selengkapnya. 2 Tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap program kesukarelawanan perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan tanpa pengetahuan, pendedahan dan sokongan masyarakat setempat pastinya tidak memenuhi matlamat serta objektif utama, iaitu melahirkan masyarakat yang berempati. Oleh itu, Institut Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif melaksanakan tinjauan dalam talian bagi mengenal pasti tahap kesedaran, pengetahuan dan juga pembabitan rakyat Malaysia terhadap aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan NGO, kerajaan, agensi dan individu. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Publisiti Program Kesukarelawanan Wajar Diperhebat”, oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, Berita Harian, 29 Jun 2020. Sebagai respons terhadap kandungan teks di atas, anda amat bersetuju dengan sokongan pelbagai pihak, khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan program kesukarelawanan dan amat berminat untuk menyertainya. Huraikan kebaikan-kebaikan yang akan anda peroleh jika menyertai program ini. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 51 5/25/23 9:49 AM Kertas 1 KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP 2021 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 8 31/5/2023 10:07:21 AM


9 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 54 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tatkala tiba di jeti Kuala Tahan, kami mulai memunggah barang-barang ke dalam bot panjang yang akan membawa kami ke seberang. Ketika itu, hujan halau mentua pun turun. Kak Long kelam-kabut cuba menyelamatkan beg sandangnya daripada terkena air hujan. Tanpa banyak soal, adik mengambil beg plastik yang agak besar lalu menyarungkan beg Kak Long ke dalamnya. Kak Long berasa kagum dengan tindakan adik. Dipetik daripada “Panggilan Tahan”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019. [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut. Subjek : Predikat: Remis ialah sejenis moluska bercengkerang. Hidupan ini mudah ditemui di kawasan pantai yang berlumpur dan berpasir. Bentuk remis seakan-akan lala, namun saiznya lebih kecil. Kulit remis berwarna hitam, putih dan coklat. Pada kulit remis, terdapat pelbagai corak yang unik. Walau bagaimanapun, terdapat juga remis yang tidak mempunyai sebarang corak. Cara paling mudah untuk mencari remis adalah dengan mengorek pasir yang mempunyai lumpur dengan cangkul kecil. Dipetik dan diubah suai daripada “Pesta Cari Remis dalam Pasir” oleh Noor Hidayah Tanzizi, Harian Metro, 13 September 2016. [6 markah] 3 Dalam petikan 1 terdapat lapan kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap soalan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Permainan video ialah antara aktiviti masa lapang yang popular di dalam kalangan masyarakat dan sesuai untuk segenap lapisan umur. Kini, permainan video seolah-olah sudah sebati dalam diri mereka ditambah pula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu yang mentuntut masyarakat duduk di rumah. Ketagih terhadap permainan video tidak boleh dipandang remeh atau dianggap tidak penting terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana selain pemainnya kurang bergaul, perkara yang lebih membimbangkan ialah ketagihan ini mendorong mereka bersikap ganas, kurangnya rasa kasihan belas dan tidak berniat untuk membantu orang lain. Jika kanak-kanak taksub terhadap permainan video, dikhuatiri perangai mereka akan berubah apabila dewasa nanti. Masyarakat tidak dapat melihat kesan negetifnya dalam jangka masa pendek. Namun permainan video boleh mendatangkan manafaat jika sekadar untuk menghilangkan stress atau sesuai pada waktunya serta meningkatkan daya kretiviti. [8 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 54 5/25/23 9:49 AM Kertas 2 KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP 2021 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 9 31/5/2023 10:07:21 AM


10 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 58 1103/2 (i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud sumbang saran. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. [4 markah] (iii) Terdapat segelintir masyarakat yang meminggirkan bahasa Melayu sehingga menjejaskan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan di negara ini. Pada pendapat anda, apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya bahasa Melayu terus dipinggirkan oleh generasi pada masa ini? [3 markah] (iv) Anda sering meluangkan masa membaca artikel di Internet untuk mengetahui isu terkini yang berlaku di negara kita. Namun begitu, anda berasa amat kecewa apabila mendapati terdapat banyak kesalahan bahasa dalam beberapa artikel yang dibaca. Sebagai seorang remaja, cadangkan langkah-langkah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah ini daripada berlanjutan. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. ‘Hanya lapan peratus yang berkata polis cekap menjalankan tugas,’ Zahid memperincikan lagi isi artikel tersebut. ‘45 peratus mengatakan sederhana dan 51 peratus mengatakan bahawa polis tidak cekap. Satu tamparan buat Bukit Aman,’ gesit Zahid. Statistik ini sedikit sebanyak menjejaskan imej negara. Zahid mengeluh panjang. Risiko kemalangan jalan raya pula satu hal. Zahid menggeleng lagi. Warta maya itu mencatat 83 peratus risiko kemalangan berbanding dengan negara asal pelancong. Zahid teringat akan ungkapan puisi seorang deklamator sempena Hari Bandar Raya baru-baru ini dikaca tv… . Zahid tersenyum sinis. Dia teringat akan ucapan seorang menteri pembangunan yang berkata, Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama, namun rakyatnya masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga. Kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran sivik. Dipetik daripada novel Tirani karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan punca-punca yang boleh menjejaskan imej negara. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan sebab-sebab peleraian cerita dalam novel tersebut dapat menarik minat pembaca. [6 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (PAT) 3rd.indd 58 5/25/23 9:49 AM Kertas 2 KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP 2021 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 10 31/5/2023 10:07:21 AM


11 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 2 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat dan gambar di bawah berkaitan dengan industri pertanian negara. Huraikan pendapat anda tentang industri pertanian negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. • Sumber pendapatan negara • Menyediakan peluang pekerjaan • Sumber bahan mentah untuk sektor pembuatan • Bekalan makanan ruji penduduk Malaysia iaitu beras • Menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan • Memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian PENGELUARAN BAHAN MENTAH Sektor pertanian mengeluarkan bahan mentah untuk diproses oleh industri. Jenis hasil Bahan mentah Produk Tanaman komoditi Padi Getah Kelapa Beras Tayar Minyak masak Kepentingan Kegiatan Pertanian kepada Negara KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 2 5/25/23 9:49 AM Kertas 1 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SBP SET 1 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 11 31/5/2023 10:07:22 AM


12 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 3 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Permainan yang menjadi identiti negara semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutama generasi muda. Hal ini berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya yang membuatkan mereka lebih menjiwai permainan berasaskan komputer dan digital. Permainan rakyat atau tradisional memerlukan interaksi di alam realiti dan bukannya alam maya yang akan mewujudkan sebarang sikap tidak prejudis mahupun perkauman. Ramuan utama perpaduan dan jati diri negara dapat dibentuk melalui permainan warisan ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Permainan Tradisional Jangan Dilupakan”, oleh Aiman Sadiq Abdullah, Sinar Harian, 23 Disember 2018 Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. 2 KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjalankan satu kaji selidik berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah di negara ini. Kaji selidik itu merangkumi data murid yang mengalami masalah seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang boleh menjurus kepada hasrat membunuh diri. Aspek ini perlu diberikan perhatian khusus demi membentuk anak yang lebih kental dan tabah dari segi emosi, sukar menyerah, bijak menangani permasalahan, sekali gus menjadikan mereka berdaya saing pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada “KKM, KPM Kaji Tahap Kesihatan Mental Pelajar”, Sinar Harian, 26 Julai 2020 Petikan akhbar di atas menerangkan isu kesihatan mental yang dialami oleh para murid di Malaysia. Anda menerima sepucuk surat daripada seorang rakan yang meminta pandangan dan nasihat tentang langkahlangkah untuk mengurangkan tekanan kerana gagal dalam pelajaran. Balas surat rakan anda selengkapnya. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 3 5/25/23 9:49 AM Kertas 1 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SBP SET 1 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 12 31/5/2023 10:07:22 AM


13 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 6 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tekanan dalam pelajaran merupakan antara punca yang menyebabkan masalah stres dalam kalangan murid. Sesetengah murid menghadapi tekanan apabila mereka gagal atau keputusan peperiksaan mereka tidak memuaskan dan bimbang untuk menunjukkan keputusan itu kepada ibu bapa. Kesannya, murid yang mengalami tekanan dalam pelajaran akan menghadapi kemurungan dan berkemungkinan besar akan melakukan perkara di luar kawalan. Hal ini menimbulkan perasaan cemas dan bimbang kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Dipetik dan diubah suai daripada “Tekanan”, hbmngaifen.blogspot.com [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Sistem pengangkutan awam di negara ini masih belum setanding dengan negara-negara maju. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pengangkutan di negara ini masih tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden terutamanya di bandar-bandar besar. Pembinaan sistem pengangkutan awam yang moden masih tidak menyeluruh di seluruh negeri. Hal ini menyebabkan orang ramai lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja atau ke sesuatu destinasi. Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Dipetik dan diubah suai daripada “Dilema Pengangkutan Awam”, oleh Jafri bin Husin, Dewan Siswa, Julai 2018 [6 markah] 3 Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Akhbar berbahasa Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1876 di Singapura ialah Jawi Peranakan. Akhbar ini dikeluarkan dalam empat halaman pada setiap hari Isnin dengan jumlah cetakan sekitar 250 naskah. Bagi tahun pertama, penerbit menggunakan alat litogeraf tetapi setelah mesin cetak Melayu (Jawi) diperolehi dari England, akhbar ini dicetak dengan gaya cetakkan yang jelas dan mudah. Antara tokoh penting dalam terbitan akhbar ini termasuklah Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin yang berasal dari Pulau Pinang. Dipetik dan diubah suai daripada “Akhbar Berbahasa Melayu Pertama”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 6 5/25/23 9:49 AM Kertas 2 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SBP SET 1 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 13 31/5/2023 10:07:22 AM


14 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 11 1103/2 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (b) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja untuk bebas daripada penyakit. Dalam hal ini, pendekatan yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari maklumat tentang kesihatan daripada pelbagai sumber, termasuklah Internet, buku-buku ilmiah atau majalah tentang kesihatan. Remaja hari ini mengabaikan kesihatan kerana leka dengan pelbagai alat peranti moden. Selain itu, remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Tindakan bertanya amat digalakkan sebelum remaja terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya atau penyakit berjangkit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Remaja memerlukan pemikiran yang positif supaya kehidupan seharian mereka tidak terbelenggu dengan kekusutan fikiran. Malangnya, kesihatan diri sering diabaikan kerana kurangnya kesedaran tentang pentingnya kesihatan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini penting bagi memastikan diri mereka disenangi oleh orang lain, malahan tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. Remaja perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk menjaga kesihatan. Selain dapat mencegah penyakit lebih awal, remaja berpeluang untuk membuat persediaan dari segi kewangan. Aspek ini juga sering diabaikan lantaran alasan kesibukan tugas di tempat kerja dan sekolah. Aktiviti sihat tidak hanya berfokus pada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak atau minda remaja juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif, seperti menagih dadah dan merokok. Namun begitu, ada segilintir remaja yang tidak mengendahkannya. Remaja mudah terpengaruh dengan budaya negatif tersebut tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan. Lebih buruk lagi, remaja membiarkan tekanan dan stres melanda diri tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu, tidak hairanlah pelbagai penyakit berbahaya dihidap oleh golongan remaja pada masa ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Prihatin Remaja Sihat” Dewan Siswa, September 2011. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (1) 4th.indd 11 5/25/23 9:49 AM Kertas 2 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SBP SET 1 Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 14 31/5/2023 10:07:22 AM


15 J1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) KERTAS MODEL PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 SET 1 KERTAS 1 BAHAGIAN A (Karangan Tidak Berformat – Pendapat tentang industri pertanian negara) Pendahuluan • Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi primer yang penting kepada negara. • Sektor pertanian seperti getah, kelapa dan padi merupakan sumber utama yang menghasilkan pelbagai bahan sekunder. • Terdapat pelbagai kepentingan kegiatan pertanian yang dapat membantu ekonomi negara. Isi/ Idea Kepentingan aktiviti pertanian: • Sumber utama pendapatan negara – mampu menjana pendapatan negara dan para petani. • Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. • Sebagai sumber bahan mentah utama atau membekalkan bahan asas untuk menghasilkan produk di kilang-kilang. • Menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. Pembukaan kawasan ladang biasanya melibatkan kawasan pedalaman atau kawasan yang belum dimajukan. Situasi ini membawa tindakan kerajaan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan di kawasan tersebut untuk memastikan hasil ladang dapat dikeluarkan dengan sistematik. • Memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian. Kajian terhadap jenis tanaman, racun perosak, baja dan teknik penanaman akan dilaksanakan oleh penyelidik tempatan. Penutup • Sektor pertanian perlulah dimajukan dengan beberapa strategi yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia. • Slogan “Pertanian Satu Perniagaan” perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam. • Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor pertanian ini. • Kita juga wajar menjadikan kejayaan negaranegara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi pada masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. BAHAGIAN B SOALAN 1 (Karangan Tidak Berformat) Pendahuluan • Permainan tradisional diwarisi daripada nenek moyang kita. Antara contoh permainan ini ialah congkak, dam, gasing dan wau yang masih lagi dimainkan oleh masyarakat kita. • Permainan tradisional yang menjadi identiti negara semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutama generasi muda berikutan perkembangan pesat teknologi digital. • Ramuan utama perpaduan dan jati diri negara dapat dibentuk melalui permainan warisan ini. • Pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional. Isi/ Idea Peranan pelbagai pihak memartabatkan permainan tradisional: • Ibu bapa membelikan anak-anak alat permainan tradisional sebagai hadiah atau buah tangan seperti congkak dan gasing. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain permainan tradisional. • Pihak sekolah boleh mewujudkan kelab permainan tradisional supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Pihak sekolah boleh mengadakan acara dan pertandingan menarik yang boleh disertai oleh murid dan guru. • Pihak media massa boleh menghebahkan aktiviti permainan tradisional melalui media cetak, media elektronik dan media sosial. • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat mengekalkan permainan tradisional dengan mengadakan pesta atau karnival permainan tradisional peringkat negeri dan kebangsaan. Penutup • Semua pihak perlu bersungguh-sungguh untuk memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman. KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (Ans) 4th.indd 1 5/25/23 9:50 AM SKEMA PEMARKAHAN Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 15 31/5/2023 10:07:23 AM


16 J4 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) 3 menghadapi 1 m Murid yang ingin berjaya perlu berani menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. 1 m 4 memuaskan 1 m Peniaga di kedai runcit itu berjaya memuaskan hati semua pelanggannya. 1 m 5 menunjukkan 1 m Prestasi ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih sepenuhnya. 1 m 6 melakukan 1 m Ramai pengguna jalan raya melakukan kesalahan kerana tidak mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. 1 m Kata Adjektif 1 gagal 1 m Orang ramai yang gagal menunjukkan surat kebenaran daripada pihak polis untuk merentas negeri akan dikenakan kompaun. 1 m 2 besar 1 m Rumah besar di atas bukit itu kepunyaan seorang ahli korporat terkenal. 1 m 3 cemas 1 m Orang yang melakukan kesalahan akan berasa cemas apabila berhadapan dengan pihak berkuasa. 1 m 4 bimbang 1 m Kami sekeluarga berasa bimbang apabila abang masih tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah lewat malam. 1 m Soalan 2: 1 Masih belum setanding dengan negara-negara maju, sistem pengangkutan awam di negara ini. 2 m 2 Masih tidak menyeluruh di seluruh negeri, pembinaan sistem pengangkutan awam yang moden. 2 m 3 Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan. 2 m Perlu dilaksanakan pelbagai pendekatan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Soalan 3 Petikan 1 Bil. Kesalahan bahasa Pembetulan 1 dikeluarkan diterbitkan 1 m 2 naskah naskhah 1 m 3 litogeraf litograf 1 m 4 diperolehi diperoleh 1 m 5 cetakkan cetakan 1 m 6 terbitan penerbitan 1 m KM Peperiksaan Tg4 SBP 2023 (Ans) 4th.indd 4 5/25/23 9:50 AM SKEMA PEMARKAHAN Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.indd 16 31/5/2023 10:07:23 AM


Nama: _____________________________________________ No. Telefon: ________________________________________ Nama Sekolah: ______________________________________ Poskod: ____________________________________________ Daerah: ____________________________________________ E-mel: _____________________________________________ PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 ½, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7772 7800 Faks: +603 7785 1800 E-mel: [email protected] Penerbit Mahir Sdn. Bhd. NO ISBN JUDUL HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH WM HARGA (RM) SM 1 978-967-0045-74-0 BAHASA MELAYU 7.90 8.60 2 978-967-0045-75-7 BAHASA INGGERIS 9.90 10.80 3 978-967-0045-76-4 SEJARAH 7.90 8.60 4 978-967-0045-77-1 PENDIDIKAN ISLAM 5.90 6.50 5 978-967-0045-78-8 MATEMATIK (Dwibahasa) 14.90 16.40 6 978-967-0045-79-5 MATEMATIK TAMBAHAN (Dwibahasa) 14.90 16.40 7 978-967-0045-80-1 FIZIK (Dwibahasa) 15.90 17.50 8 978-967-0045-81-8 KIMIA (Dwibahasa) 14.90 16.40 9 978-967-0045-82-5 BIOLOGI (Dwibahasa) 14.90 16.40 10 978-967-0045-83-2 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 7.90 8.60 11 978-967-0045-84-9 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 7.90 8.60 Cop & Nama Ejen Jualan: BORANG PESANAN KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SBP PESANAN MELALUI DALAM TALIAN Imbas Kod QR ini Naskhah Contoh SBP Tg4 (IBC).indd 1 31/5/2023 9:39:15 AM


Cover Naskhah Contoh SBP Tg4 BM.pdf 1 31/5/2023 9:45:12 AM


Click to View FlipBook Version