Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM6.90 Sabah & Sarawak : RM7.60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Jasni Majed 3 Tingkatan 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Bahasa Melayu Bahasa Melayu 9 786297 573137 ISBN 978-629-7573-13-7
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit SET 4 NAMA: KELAS: SEKOLAH: UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 1 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 4-4 Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Hanida tidak berkira-kira untuk membeli barangan elektrik yang berjenama dan mahal asalkan kualitinya bagus dan tahan lama. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. B alah menang tak tahu, bersorak boleh. C murah di mulut, mahal di timbangan. D alah membeli, menang memakai. Soalan 11 hingga 15 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikianlah halnya Si Miskin itu. Maka hari pun petanglah. Maka Si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia tidur. Maka hari pun sianglah. Maka pagi-pagi hari maka Si Miskin pun pergi berjalan dua laki isteri maka bertemulah dengan orang. Maka dilihatnya Si Miskin itu segera mereka mengambil kayu. Maka dilontarnya dan dipalunya Si Miskin dua laki isteri itu. Maka ia pun larilah membawa dirinya dengan berlumuran darah. Maka kata isterinya, “Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku.” Dipetik daripada “Bahagia Sesudah Derita”, Antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Frasa tiada undur dalam petikan di atas bermaksud A tidak mengalah. B tidak beredar. C tidak berada. D tidak tahan. Maka ia pun berhentilah ia di situ. 12 Mengapakah Si Miskin dan isterinya berhenti di tempat pembuangan sampah? A Untuk berehat dan tidur di tempat itu B Untuk makan ketupat nasi dan buku tebu C Untuk mencari apa-apa yang boleh dimakan D Untuk berlindung daripada dipukul oleh orang UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 4 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 4-5 Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikianlah halnya Si Miskin itu. 13 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah latar masyarakat yang paling tepat dengan pernyataan tersebut? A Masyarakat yang hidup melarat B Masyarakat yang tidak berani C Masyarakat yang sering berusaha D Masyarakat yang tolong-menolong 14 Peristiwa-peristiwa berikut merupakan nasib malang bagi Si Miskin suami isteri, kecuali A tidur di merata-rata tempat. B makan makanan yang sudah basi. C selalu diusir dan dipukul oleh orang ramai. D terpaksa bekerja mengutip dan membuang sampah. 15 Antara berikut, yang manakah benar tentang petikan prosa tradisional tersebut? A Si Miskin suami isteri menemukan makanan di tempat sampah B Ketupat basi dan buku tebu diberikan oleh orang kepada Si Miskin C Si Miskin melawan orang yang cuba mencederakan dia dan isterinya D Isteri Si Miskin berasa simpati terhadap suami yang dipukul orang UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 5 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 4-7 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Pesan Ibu Beribu-ibu Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu. Rahman Shaari Antologi Bintang Hati Kementerian Pendidikan Malaysia UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 7 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 4-9 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya. (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim. (iii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah. (iv) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar. Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang berkaitan dengan persoalan sikap bertanggungjawab dalam novel tersebut. [10 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca pengangguran siswazah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pengangguran siswazah di negara kita melebihi tiga peratus pada tahun 2018. 50 peratus daripada mereka ialah siswazah universiti awam dan 47 peratus lagi dari universiti swasta. Pengangguran dalam kalangan siswazah bukan hanya berlaku di negara kita tetapi juga di negara-negara lain. Salah satu punca pengangguran dalam kalangan siswazah disebabkan oleh kadar pertumbuhan pekerjaan yang agak perlahan. Berlakunya ketidaksepadanan kehendak pasaran dengan kelulusan yang dimiliki oleh siswazah. Di samping itu, kekurangan kemahiran insaniah turut menjadi penyebab graduan terpaksa menganggur dalam jangka masa yang panjang. Dalam pada itu, graduan yang kurang menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi turut menyukarkan mereka memperoleh pekerjaan sedangkan majikan mementingkan aspek ini dalam meniti arus kemajuan bidang pekerjaan. Dalam persaingan yang sengit antara para pencari kerja, tidak boleh dinafikan bahawa kekurangan kemahiran bekerja secara berpasukan menjadi penyebab kesukaran golongan siswazah memperoleh pekerjaan. Selain itu, majikan selalunya mengingini pekerja yang memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pekerjaan. Namun hal inilah yang kurang dimiliki oleh golongan siswazah di negara kita. Hal ini ditambah lagi dengan sikap sesetengah siswazah yang terlalu memilih pekerjaan sehingga mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk memperoleh pekerjaan. Jelaslah bahawa kelayakan akademik sahaja belum mampu untuk menempuh arus pekerjaan yang semakin mencabar. Bahagian C [15 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 9 7/10/23 4:51 PM
Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Bahagian Markah penuh Markah diperoleh A 10 B 30 ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 2 1 jam SET 4 NAMA: KELAS: SEKOLAH: UASA BM Tg3 (4) 4th.indd 11 7/10/23 4:51 PM
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit SET 3 NAMA: KELAS: SEKOLAH: UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 1 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-2 Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. Soalan 1 Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Sebagai seorang pecut sekolah, Azman sentiasa berlatih untuk mengekalkan staminanya. A pelarian B larian C pelari D berlari Soalan 2 dan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 2 Sektor pertanian di negara kita mesti dimajukan supaya bekalan bahan mentah negara sentiasa mencukupi. A B C Tiada kesalahan. D 3 Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling hormat-menghormati supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman A B C dan harmoni. Tiada kesalahan. D Soalan 4 dan 5 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 4 I Soalan Matematik itu sangat mudah dijawab oleh Kamarul kerana dia sudah bersedia. II Kita tidak boleh memandang mudah keburukan media sosial yang mampu mempengaruhi golongan remaja. III Budak itu masih mudah dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang rumit itu. IV Internet akan mudah murid-murid untuk membuat rujukan dalam pelajaran. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 2 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-3 5 I Fazlina tidak lalu makan nasi kerana badannya demam dan tekaknya sakit. II Puan Mei Ling masuk ke rumah lalu menuju ke dapur untuk minum. III Budak itu biasanya akan lalu di depan rumah saya untuk ke sekolah. IV Walaupun sudah lalu sepuluh tahun, peristiwa itu masih diingatinya. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV Soalan 6 dan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 6 Kampung yang berada jauh ke kawasan pendalaman itu akan dimajukan tidak lama lagi. A di kawasan pedalaman B ke kawasan pedalaman C di kawasan pendalaman D ke kawasan pendalaman 7 Kamil mengenengahkan pendapatnya dalam mesyuarat itu dan pendapatnya diterima. A mengetengahkan pendapatannya B mengetengahkan pendapatnya C mengenengahkan pendapatannya D mengenengahkan pendapatnya Soalan 8 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 8 Selepas pulang dari luar negara, Aiman diterima bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di bandar. A Aiman diterima bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di bandar selepas dia pulang dari luar negara. B Oleh sebab ditawarkan bekerja di bandar, Aiman pulang dari luar negara dan bekerja sebagai eksekutif pemasaran. C Sebaik sahaja pulang dari luar negara, Aiman memohon bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di bandar. D Oleh sebab sebuah syarikat yang menawarkan pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran, Aiman terus pulang dari luar negara. Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang betul. 9 I Goreng pisang yang masih panas itu enak sekali. II Malik dan Zainal pergi di sekolah dengan menaiki bas. III Amri yang baru tiba itu dipelawa oleh Razali untuk makan tengah hari bersama-sama. IV Puan Raiha bertugas sebagai jururawat di klinik kesihatan itu sejak dua tahun yang lalu. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 3 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-6 Dalam iklan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. Temu Duga Terbuka Kilang Pakaian Ema Sdn. Bhd. menawarkan pekerjaan sebagai kerani. Temuduga akan dijalankan pada Hari: Isnin Tarikh: 22 Februari 202_ Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat: Blok Pengurusan Kilang Pakaian Ema Sdn. Bhd., Puchong Perdana, Selangor Calun dikehendaki membawa resume, salinan kad pengenalan, serta sekeping gambar berukuran paspot. Salah Betul (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Aswan memberitahu wartawan yang abangnya masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu. Salah Betul (ii) Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa hujan lebat akan turun secara berterusan bermula pada malam ini di beberapa buah negeri-negeri di utara tanah air. Salah Betul [2 markah] 3 Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud ayat. (i) Kerja yang berat itu dilakukan oleh Encik Hamdan dengan mudah. (ii) Novel yang bertajuk “Purnama” dipinjam oleh Zaidi di perpustakaan semalam. [4 markah] Bahagian B [30 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 6 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-7 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Nasibmu Badak Kalau hendak tuju ke seberang, Kala ketam cari kemangi; Populasi badak kian berkurang, Masih terancam walau dilindungi. Kala ketam cari kemangi, Hujung tepian angin menderu; Masih terancam walau dilindungi, Tanpa ihsan kejam diburu. Hujung tepian angin menderu, Lebat berbuah ranum bidara; Tanpa ihsan kejam diburu, Pelihara khazanah berharga negara. Lebat berbuah ranum bidara; Lalu dipetik raga diisi; Pelihara khazanah berharga negara, Spesies unik tatapan generasi. Lalu dipetik raga diisi, Makin luak buat rincisan; Spesies unik tatapan generasi, Terus dibiak elak kepupusan. Saripah binti Khalit, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kementerian Pendidikan Malaysia UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 7 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-9 [10 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan berjimat cermat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dalam keadaan sekarang, ramai orang memperkatakan soal berjimat cermat. Seseorang yang mempunyai simpanan yang cukup akan dapat mengharungi situasi sukar dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Dalam soal ini, amalan berjimat cermat perlu diberikan perhatian kerana amalan ini mendatangkan banyak manfaat. Amalan ini dapat membentuk sikap berdikari dalam diri seseorang. Lantaran itu, setiap orang akan berusaha menangani sendiri pelbagai perkara tanpa terlalu bergantung pada orang lain. Seterusnya, amalan berjimat cermat juga akan menambah simpanan wang seseorang. Contohnya, jika kita berjimat menggunakan wang pendapatan kita pada setiap bulan dengan menabung, secara tidak langsung akan meningkatkan simpanan. Dalam soal ini, jelaslah bahawa berjimat cermat akan mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dalam soal pengurusan kewangan dan pendapatan mereka. Orang ramai juga tidak akan bersikap boros dalam perbelanjaan harian. Jika semua pihak berjimat cermat dalam menggunakan keperluan asas seperti air, elektrik dan tenaga asas lain, maka negara akan mendapat faedah yang besar. Hasil penjimatan ini akan dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan. Walaupun rakyat memperoleh bantuan daripada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun mereka harus menggunakannya secara berhemah dan jimat cermat. Sebaik-baik cara berbelanja adalah dengan cara sederhana. Rakyat mestilah membeli barang yang betul-betul diperlukan sahaja dan mengutamakan barangan tempatan kerana lebih murah daripada barangan import. Dipetik dan diubah suai daripada “Berjimat Tanda Kita Bersyukur”, oleh Dr. Nor Hazrul Mohd Salleh, myMetro, 29 Oktober 2021 Bahagian C [15 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 9 7/10/23 4:51 PM
Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Bahagian Markah penuh Markah diperoleh A 10 B 30 ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 2 1 jam SET 3 NAMA: KELAS: SEKOLAH: UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 11 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-14 Bahagian B [30 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Hubungan kejiranan sangat penting dalam hidup bermasyarakat. Jelaskan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan. 2 Anda dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman anda. Sediakan laporan itu selengkapnya. 3 Jiran sangat penting dalam kehidupan seseorang. Jelaskan kepentingan-kepentingan tersebut. UASA BM Tg3 (3) 3rd.indd 14 7/10/23 4:51 PM
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit SET 2 NAMA: KELAS: SEKOLAH: UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 1 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-2 Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. Soalan 1 Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Tikar mengkuang yang oleh Mak Leha sangat cantik dan kemas. A diadun B ditenun C dianyam D diraut Soalan 2 dan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 2 Masih terdapat beberapa orang murid yang bermain di padang bola walaupun hujan sudah mula turun. A B C Tiada kesalahan. D 3 Kepintaran Zairi dalam sukan badminton telah menaikkan nama sekolahnya kerana dia telah berjaya mewakili A B C negeri sejak tahun lepas. Tiada kesalahan. D Soalan 4 dan 5 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 4 I Cikgu Kamariah menolak markah karangan Fazil kerana terdapat banyak kesalahan ejaan. II Hashim menolak bongkah batu yang agak besar itu ke bahu jalan supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya. III Salmi terpaksa menolak ajakan Kamariah untuk pergi ke perpustakaan kerana dia demam panas. IV Saya dan keluarga akan menolak ke Pahang untuk melawat saudara yang sakit di sana. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 2 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-5 Beluntung diam sahaja. Buat apa bertumbuk, fikir Beluntung. Kalau mahu lawan, lawanlah siapa dapat markah tinggi? 13 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai murni yang paling tepat dengan pernyataan tersebut? A Kerjasama B Kejujuran C Baik hati D Rasional 14 Berikut merupakan sebab-sebab Beluntung ke sekolah menggunakan kerbau, kecuali A jalan ke sekolahnya berlumpur. B kerbau berjalan laju meredah lumpur. C dia dapat ke sekolah dengan menarik kerbaunya. D dia tidak dapat ke sekolah tanpa menggunakan kerbau. 15 Antara berikut, yang manakah benar tentang petikan cerpen tersebut? A Beluntung lebih suka bersaing dalam pelajaran B Kawan-kawan Beluntung sangat menyukainya C Badan Beluntung gemuk dan pendek D Beluntung suka bergaduh UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 5 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-7 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Gurindam Ilmu Menuntut ilmu sangat penting, Amat berguna pada saat genting. Tuntutlah ilmu jangan lena, Agar menjadi bijak laksana. Tuntutlah ilmu dengan niat, Agar hati lembut tak liat. Tuntut ilmu jangan bertangguh, Jati diri mengakar teguh. Tuntut ilmu jangan jemu, Lubuk akal tepian ilmu. Tuntut ilmu dunia akhirat, Hidup bahagia tiada melarat. Tuntut ilmu mengisi dada, Jika diamalkan akan berganda. Ilmu dituntut umpama air, Selama diamalkan pahala mengalir. Ilmu itu penyuluh kehidupan, Agar berjaya masa hadapan. Tanpa ilmu fikiran dikurung, Bagai katak di bawah tempurung. Zanariah Abdul, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia. UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 7 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-8 Bahan 2 Ilmu Diri laksana kolam kontang kekeringan memberikan kesan perlu diisi jernih air ilmu agar menjadi insan dituntut. Ilmu bagaikan cahaya Menerangi kegelapan Menghindar daripada terbabas Ke lembah larangan. Mulianya insan kerana ilmu baiknya amal bertunjangkan ilmu andai rosaknya ilmu segala amalan menjadi sia-sia. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan tentang kepentingan ilmu. [3 markah] (ii) Berdasarkan rangkap ketiga Bahan 2, jelaskan dua nasihat pengarang tentang ilmu. [3 markah] (iii) Orang yang tidak berilmu berkemungkinan menghadapi masalah pada masa hadapan. Pada pandangan anda, apakah masalah-masalah tersebut? [4 markah] UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 8 7/10/23 4:51 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-9 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya. (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim. (iii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah. (iv) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar. Nilai murni merupakan aspek penting yang turut diterapkan dalam novel. Nilai murni termasuklah perlakuan, perangai atau tindakan yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang memperlihatkan nilai baik hati dalam novel yang anda pilih. [10 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan Internet dalam kehidupan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sejak belakangan ini, Internet sudah menjadi satu keperluan terutamanya dalam kalangan belia. Masyarakat seantero dunia teruja dengan adanya Internet dalam kehidupan mereka dan Internet sudah menjadi satu keperluan. Salah satu kepentingan Internet ialah ia dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu kerana masyarakat boleh mendapatkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan tanpa batas sempadan. Oleh itu, masyarakat mampu memperoleh maklumat terkini dengan pantas dan mudah. Bidang perniagaan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Internet. Para peniaga boleh mempromosikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menerusi Internet. Sesiapa yang menggunakan Internet sudah terlepas daripada tanggapan ibarat katak di bawah tempurung kerana mereka sudah celik maklumat dan teknologi. Tidak ketinggalan juga, penggunaan Internet merupakan pencetus revolusi atau perubahan dalam bidang pendidikan. Menerusi Internet, murid boleh berhubung dengan guru secara maya walaupun tiada di dalam kelas. Murid juga boleh menambah pengetahuan am mereka menerusi Internet. Maklumat diperoleh melalui hujung jari sahaja. Apa-apa pun, ibu bapa mesti memantau anak-anak mereka agar tidak menyimpang daripada tujuan asal anak-anak mereka melayari Internet. Biasanya, setiap kebaikan ada juga keburukannya. Dipetik dan diubah suai daripada “Kemaslahatan Internet”, Dewan Siswa, 2016 Bahagian C [15 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Tg3 (2) 4th.indd 9 7/10/23 4:51 PM
Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM6.90 Sabah & Sarawak : RM7.60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Jasni Majed 3 Tingkatan 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Bahasa Melayu Bahasa Melayu 9 786297 573137 ISBN 978-629-7573-13-7