LATIHAN & AKTIVITI PBD BAHASA MELAYU Haslinda Tahir Marissa Ahmad KSSR 4 Menepati buku teks & DSKP terkini Latihan & aktiviti PBD pelbagai bentuk Uiian Formatif, Uiian Pertengahan Tahun & Uiian Akhir Sesi Akademik (UASA)
JADUAL PENTAKSIRAN MURID v-x BAHASA MELAYU TAHUN 4 TEMA 1 Kemasyarakatan T1-1 TEMA 2 Kesihatan dan Kebersihan T2-9 TEMA 3 Keselamatan T3-17 UJIAN FORMATIF 1 F1-24 TEMA 4 Kebudayaan, Kesenian T4-29 dan Estetika TEMA 5 Jati Diri, Patriotisme T5-37 dan Kewarganegaraan KANDUNGAN
T1– 3 Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 1 : JIRAN TETANGGA PBD 3 Menulis Tema 1: Kemasyarakatan Jiran kamu bakal melangsungkan perkahwinan. Ibu kamu menyuruh kamu menulis ucapan selamat pengantin baharu pada sekeping kad untuk dilekatkan pada hadiah. Salin ucapan di bawah dengan menggunakan tulisan berangkai. Tahniah! Selamat pengantin baharu. Kami mendoakan agar kalian berbahagia selalu. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. SP 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Kepada Fazliani dan suami,
T1– 4 Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA PBD 4 Membaca Tema 1: Kemasyarakatan Baca dan fahami petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KAMPAR, Rabu – Sebuah rumah telah terbakar di Kampung Pasir. Kejadian berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Kebakaran itu disedari oleh seorang penduduk kampung, Encik Bakri yang kemudian menghubungi pihak bomba. Kemudian, Encik Bakri menghubungi Encik Kamal, pemilik rumah tersebut yang ketika itu berada di pekan bersama dengan keluarganya. Beberapa orang penduduk kampung membantu memadamkan kebakaran menggunakan baldi. Tidak lama kemudian, pihak Bomba dan Penyelamat Kampar tiba untuk memadamkan kebakaran. Ketika Encik Kamal dan keluarganya sampai, sebahagian besar rumah mereka telah terbakar. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian. 1 Padankan pernyataan dengan nilai murni yang sesuai. 2 Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam petikan berdasarkan kategori. Tempat Hari Manusia Institusi (a) Encik Bakri menghubungi pihak bomba apabila melihat rumah jirannya terbakar. (b) Penduduk kampung memadamkan rumah Encik Kamal yang terbakar. (c) Pihak bomba memadamkan api kebakaran sehingga padam. Kerajinan Tanggungjawab Kerjasama Rasional SP 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (ii) kata nama khas. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan
T1– 8 Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ Baca dialog di bawah, kemudian senaraikan peribahasa yang terdapat dalam dialog tersebut. Kasihan Puan Siti. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Benar, saya baru melawatnya semalam. Saya dapat tahu Puan Siti sedang sakit. Benarkah? Baiklah, Pak Cik Lim. Saya akan tolak dengan cermat. Hati-hati tolak kereta sorong itu, Akim. Jangan laju-laju. Biar lambat asal selamat. Nanti terjatuh. Saya juga rasa bangga, Encik Saya sangat gembira melihat kerjasama yang diberikan oleh penduduk di taman kita ini, Encik Jarjit. Karim. Para penduduk di sini saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa mengira bangsa. UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA PBD 8 Seni Bahasa Tema 1: Kemasyarakatan SP 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. 1 2 3
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 6 : PILIH GAYA HIDUP SIHAT T2 –16 PBD 8 Seni Bahasa Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Lafazkan sajak di bawah dengan nada dan intonasi yang sesuai. Kemudian, berikan maksud sajak tersebut. Datang seperti ribut pergi seperti semut begitulah ibaratnya penyakit Datangnya tiba-tiba sembuhnya mengambil masa rasa sakit sering menyeksa diri adakala sehingga berhari-hari Wahai kawan-kawan jagalah kesihatan dirimu janganlah sampai ditimpa penyakit amalkanlah gaya hidup yang sihat Makanlah yang berkhasiat amalkan diet yang seimbang kebersihan pula jangan dialpa cergaskan diri dengan bersenam itulah kunci kesihatan tubuh kita Maksud Sajak Rangkap 1 SP 4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak. Rangkap 2
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 7 : WASPADA SELALU T3 –17 PBD 1 Mendengar dan Bertutur Tema 3: Keselamatan Arahan: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Berdasarkan maklumat di atas, lakonkan situasi di bawah dengan memberikan respons terhadap soalan yang diberikan. PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodin, ubat antiseptik, kapas, gunting, plaster, pin dan pembalut luka. Peti pertolongan cemas sepatutnya perlu ada di setiap rumah, di pejabat, di sekolah, di makmal dan di bengkel. Peti ini penting sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil ataupun kecederaan ringan. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. • Bersihkan luka dengan antiseptik. • Sapukan iodin pada luka. • Balut luka dengan kain kasa dan plaster. Sekiranya jari terluka Murid-murid, apakah yang kamu tahu tentang peti pertolongan cemas? Apakah yang perlu kamu lakukan apabila jari kamu mengalami luka kecil? Peti pertolongan cemas penting Dalam peti itu perlu ada Jika jari terluka kita perlu SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 11 : INDAH SENI SEPANJANG ZAMAN T4 –29 PBD 1 Mendengar dan Bertutur Tema 4: Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Arahan: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. SP 1.2.1 Bertutur untuk menilai, dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Kepentingan Kraf Tangan Tempatan Kraf tangan boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Terdapat pelbagai jenis kraf tangan tempatan seperti anyaman, tenunan, tempaan, ukiran, seni tembikar, kayu dan logam. Bertutur dengan ahli kumpulan dan memberikan alasan tentang perkara di bawah. Catatkan alasan di sini Mengapakah kita perlu membeli barangan kraf tangan tempatan? Apakah barangan kraf tangan yang pernah kamu atau keluarga kamu beli? Mengapa? Menambahkan pendapatan penduduk desa Membuka lebih banyak peluang pekerjaan jika dikomersialkan Memperkenalkan kesenian tempatan kepada pelancong
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 10 : SEMARAKKAN BUDAYA KITA T4 –31 PBD 3 Menulis Tema 4: Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Edit teks dari aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. Catatan Pertandingan Tarian Tradisional Sekolah Kebangsaan Seri Selasih Khamis, 12 Ogos 2021 8.00 pagi Semua murid dan guru berada di tapak perhimpunan untuk mesambut kedatangan tetamu kehormat dengan memalu kompang. Kami semua memakai pakaian tradisional kaum masing masing seperti baju Melayu, sari dan ceongsam. 1 menyambut 8.30 pagi Tetamu kehormat diiringi oleh Guru Besar masuk ke dalam dewan dan diikuti oleh murid-murid. Semua murid duduk dengan tartib. Kemudian, tetamu kehormat dijemput menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan pertandingan ini. 2 9.00 pagi Pertandingan tarian tradisional dimulakan. Sebanyak semilan kumpulan mempersembahkan tarian yang begitu memukau dan mengasyikan. Antara tarian yang dipersembahkan seperti tarian inang, tarian zepin, tarian kipas, tarian ngajat dan tarian khatak. 3 11.45 pagi Semua kumpulan selesai mengadakan persembahan. penonton dihidangkan dengan persembahan boria oleh Kumpulan Budaya Seri Selasih sementara juri perkiraan markah. Dewan agak gamat dengan gelak tawa penonton yang geli hati dengan lawat jenaka oleh persembahan boria itu. 4 12.00 tengah hari Saad yang paling menebarkan bagi setiap kumpulan apabila keputusan diumumkan. Kumpulan Purnama menjadi johan, tempat kedua pula ialah Kumpulan Tandak dan Kumpulan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiah telah menyampaikan oleh tetamu kehormat. 5 SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan ayat dari aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 13 : JADIKAN INSPIRASI T5 –39 PBD 3 Menulis Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tulis peribahasa berdasarkan maksudnya dengan menggunakan tulisan berangkai. • Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya • Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa • Seperti lebah mengumpulkan madu • Ringan tulang, berat mulut Hari ini kita belajar peribahasa yang dapat dijadikan inspirasi seperti berikut. Adakah kalian tahu maksud setiap peribahasa tersebut? SP 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha, akhirnya akan terlaksana cita-citanya 1 Tidak tercapai maksud kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah 2 Jika rajin dan tekun berusaha melakukan kerja, maka murahlah rezekinya 3 Hidup di dunia ini mestilah berbuat baik dan berjasa kepada orang lain 4
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 15 : AKU ANAK WATAN T5 –42 PBD 6 Membaca Tema 5: Jati Diri, Patriotisme, dan Kewarganegaraan Baca petikan di bawah dengan gaya penyampaian yang sesuai, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. 1 Nyatakan bukti-bukti kemajuan negara berdasarkan petikan di atas. 2 Senaraikan dua ayat tunggal dan satu ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di atas. Ayat tunggal Ayat majmuk Negara kita merdeka pada tahun 1957. Usaha untuk mencapai kemerdekaan bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak darah dan air mata yang mencurah semata-mata mahu membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Pada hari ini setelah lebih enam dekad negara kita merdeka, banyak kemajuan yang telah dicapai oleh negara. Pencakar langit tercacak di merata-rata. Pusat beli-belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan pembangunan melimpah hingga luar bandar. Semua kejayaan ini hasil daripada perpaduan dan semangat rakyat Malaysia yang bersama-sama berusaha memajukan negara. Lantaran itu, semua pihak harus menjaga perpaduan ini supaya tidak mudah dirobek oleh musuh. Hayati maksud pantun ini sebagai renungan kepada kita untuk terus memelihara perpaduan negara. Putih berseri si bunga melati, Harumnya tersebar merata-rata; Seluruh rakyat bersatu hati, Memajukan watan yang tercinta. Glosari watan – tanah air/ negara dirobek – dikoyak/ dibolosi SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan karya bukan sastera. SP 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Bukti kemajuan negara ⎧ ⎪ ⎪ ⎨ ⎪ ⎪ ⎩
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ T5 –44 SP 4.3.2 Mengubah suai cerita secara berpandu, dan mempersembahkannya secara kreatif. Secara berkumpulan, ubah suai cerita di bawah. Kemudian, sampaikan cerita tersebut dengan gaya penyampaian yang kreatif. UNIT 15 : AKU ANAK WATAN PBD 8 Seni Bahasa Tema 5: Jati Diri, Patriotisme, dan Kewarganegaraan Aku Mahu Menjadi Aku mahu menjadi seorang pemain badminton profesional. Aku ingin mengharumkan nama negara dengan menjuarai pelbagai pertandingan antarabangsa. Aku menjadikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei sebagai inspirasi. Beliau ialah idolaku. Aku mahu berjaya seperti beliau dalam arena sukan badminton. Aku juga gemar menonton siri animasi Anak-anak Sidek. Animasi itulah yang membangkitkan minat dan semangat aku untuk bermain badminton. Setiap hari, aku akan berlatih bermain badminton sama ada di sekolah mahupun di rumah. Cikgu Ishak merupakan jurulatihku yang sangat tegas dan berkaliber. Kini aku berjaya memenangi pertandingan peringkat daerah. Aku berharap aku mampu berjaya pada peringkat negeri.
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ T6 –45 SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 17 : TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN PBD 1 Mendengar dan Bertutur Tema 6: Sains, Teknologi, dan Inovasi Arahan: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Murid boleh mendapatkan maklumat tambahan menerusi pelbagai bahan bacaan atau Internet dengan pantauan guru. Bersoal jawab dalam kumpulan untuk mendapatkan penjelasan tentang teknologi yang memudahkan kehidupan seharian. Bagaimanakah teknologi memudahkan kehidupan seharian terutamanya di rumah? Penjelasan Penjelasan Penjelasan Penjelasan Penjelasan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 16 : KEHEBATAN SAINS T6 –47 PBD 3 Menulis Tema 6: Sains, Teknologi, dan Inovasi Bina draf karangan berdasarkan maklumat yang diberikan, kemudian tulis karangan lengkap. Pendahuluan Sempena Minggu Sains, Teknologi dan Inovasi, sekolah Aiman akan mengadakan pertandingan reka cipta. Aiman ingin menyertai pertandingan tersebut. Dia mahu mencipta model gunung berapi yang boleh meletus. Letusan Gunung Berapi Isi 1 Isi 2 Isi 3 Penutup Semua model reka cipta yang dihasilkan oleh peserta dinilai oleh para hakim. Aiman telah dinobatkan sebagai juara kerana model gunung berapinya berjaya meletus dengan sempurna. Aiman berasa sangat gembira dan bersyukur.
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 18 : INOVASI UNTUK KITA T6 –51 PBD 6 Membaca Tema 6: Sains, Teknologi, dan Inovasi Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya. Tukarkan ayat susunan biasa di bawah menjadi ayat susunan songsang. 1 Ayat biasa Dron hampir digunakan dalam semua sektor. Ayat songsang 2 Ayat biasa Dron keluaran syarikatnya menepati kriteria kepenggunaan. Ayat songsang 3 Ayat biasa Dron milik kami sangat bersesuaian untuk kegunaan industri. Ayat songsang KUALA LUMPUR, Khamis – Jika sedekad lalu, pesawat tanpa juruterbang atau dron boleh dianggap mustahil untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai tugasan. Namun kini, dron digunakan hampir dalam semua sektor seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pantas. Pengurus Kanan Syarikat Dron Malaysia, Mariam Majid berkata, syarikatnya mula memperkenalkan dron untuk kegunaan industri pada 2017. Beliau berkata, dron keluaran syarikatnya menepati kriteria kepenggunaan dalam sektor pembinaan, pertanian, pemeriksaan, tenaga dan keselamatan awam. “Dron milik kami sangat bersesuaian untuk kegunaan industri kerana dilengkapi dengan perisian penerbangan,” katanya. Tambah Mariam, pihaknya percaya penggunaan teknologi ini dapat mengharmonikan sektor yang berkaitan. Glosari kriteria – dasar atau ukuran untuk menilai sesuatu perisian – program/ atur cara komputer SP 2.3.2 Membaca karya sastera, dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. SP 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 20 : MARI BERTANI T7–57 PBD 1 Mendengar dan Bertutur Tema 7: Pertanian dan Penternakan SP 1.3.1 Bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Arahan: Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk mereka jalan cerita tentang perkara di bawah sebelum murid bercerita di hadapan kelas. Ceritakan perkara di bawah dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Catatkan jalan cerita di sini Siram dan baja Jual kepada peraih Memetik hasil tanaman Berehat Setiap pagi Pak Mat akan ke kebun sayur
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 20 : MARI BERTANI T7–61 PBD 5 Menulis Tema 7: Pertanian dan Penternakan Analisis petikan di bawah, kemudian catatkan maklumat dalam carta. SP 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Pegaga ialah sejenis ulaman yang popular dalam masyarakat Melayu. Pegaga dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya wangi dan manis. Pegaga kaya dengan vitamin A, C dan zat besi. Biasanya seluruh bahagian pegaga, iaitu daun, tangkai, batang, bunga, buah dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Ada pendapat yang mengatakan bahawa seseorang akan kelihatan awet muda sekiranya makan pegaga pada setiap hari. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf pegaga sebagai herba yang menjana kecerdasan berfikir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun pegaga boleh dimakan selalu tetapi perlu dalam jumlah yang sedikit kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif. Selain itu, penduduk di Indonesia percaya bahawa bunga dan buah pegaga yang dimakan dengan banyak akan menjadi punca reumatisme. Khasiat Mudarat Pokok Pegaga
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ T7–64 Sebut huruf-huruf dalam simpulan bahasa di bawah. Ringan Tulang nga lam wau ta nun nga ya ra Rujuk buku teks halaman 133 UNIT 21 : TERNAKAN JANA PENDAPATAN PBD 8 Seni Bahasa Tema 7: Pertanian dan Penternakan SP 4.4.1 Mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut seni khat dalam simpulan bahasa dan mempersembahkannya dalam bentuk tulisan.
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 24 : PENGURUSAN PERBELANJAAN T8 –65 PBD 1 Mendengar dan Bertutur Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Arahan: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Murid boleh mendapatkan maklumat tambahan menerusi pelbagai bahan bacaan atau Internet dengan pantauan guru. Bertutur dalam kumpulan untuk memberikan alasan tentang tip membeli-belah di atas. Tip 1 Tip 2 Tip 3 Tip 4 Tip Membeli-belah Membuat senarai barangan Membeli-belah semasa jualan murah Membuat perbandingan Membeli barang mengikut keperluan Catatkan alasan di sini SP 1.2.1 Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 22 : MENJANAKAN EKONOMI T8 –66 PBD 2 Membaca Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan SP 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks. Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya. Senarai tiga perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam petikan. Glosari promosi – usaha untuk meningkatkan jualan • Promosi jualan Membina laman web atau menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaan. • Sediakan belanjawan yang secukupnya Buat kira-kira dengan teliti dari segi modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan. • Dapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar Rujuk atau mintalah nasihat daripada mereka yang telah lama makan garam dalam bidang perniagaan makanan. • Kenal pasti makanan yang ingin dijual Tentukan jenis makanan yang ingin dijual dengan mengutamakan kualiti makanan kerana dapat mempengaruhi hasil jualan. • Rancang perniagaan dengan teliti Buat perancangan yang rapi untuk menentukan hala tuju perniagaan. TIP BERNIAGA MAKANAN DARI RUMAH Awalan Apitan Akhiran Perkataan Berimbuhan
Nama: __________________ Kelas: ______________________ Tarikh:__________________ UNIT 22 : MENJANAKAN EKONOMI T8 –67 PBD 3 Menulis Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Bina draf karangan berdasarkan maklumat di bawah, kemudian tulis karangan autobiografi yang lengkap. Pendahuluan Aku sebatang pokok getah. Aku dan rakanku hidup subur di sebuah kebun milik seorang pekebun kecil. Aku dan rakanku berbakti kepada tuan aku sebagai sumber pendapatannya. Setiap pagi, tuan aku yang ringan tulang akan menoreh kulitku. Penutup Aku berasa bangga kerana dapat membantu memudahkan kehidupan manusia. Di samping menjadi pelbagai barangan yang sangat berguna, aku juga menjadi sumber pendapatan kepada manusia. Seterusnya, ekonomi negara dapat meningkat. Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 Aku Sebatang Pokok Getah
LATIHAN & AKTIVITI PBD Semenanjung Malaysia: RM7.90 Sabah & Sarawak : RM8.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] bahasa melayu 4 PBD LATIHAN & AKTIVITI Siri Modul Latihan & Aktiviti PBD ini digubal berdasarkan kandungan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Latihan & aktiviti di dalam buku ini terdiri daripada soalan-soalan PBD pelbagai bentuk supaya murid dapat menguasai semua kemahiran pembelajaran dalam topik yang dipelajari. Pelbagai elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan latihan berpandukan peta pemikiran turut diterapkan selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Matlamat penghasilan buku ini agar muridmurid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran pembelajaran melalui kaedah PBD dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Judul-judul dalam siri ini SUBJEK TAHUN 1 2 3 4 5 6 Matematik Sejarah Sains Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Moral Tilawah Al-Quran Pendidikan Islam Bahasa Arab Jawi Bahasa Melayu 9 786294 710870 ISBN 978-629-471-087-0