© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 49 10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan 2 Maklumat di bawah mengenai kemunculan pemerintahan tempatan. Masyarakat di Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan yang tersusun dan wujud berdasarkan kawasan geografi. (a) Nyatakan dua buah kerajaan yang wujud di kawasan lembah sungai di Sarawak. (i) (ii) [2 markah] (b) Terangkan peranan pemimpin berikut di Sabah. (i) Wakil raja (ii) Bobohizan [4 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran negara? KBAT [4 markah] 10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah 3 Gambar berikut menunjukkan kawasan petempatan dan kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah. Kawasan Pedalaman Lembah Sungai Pesisir Pantai Kawasan pedalaman Lembah Sungai Pesisir Pantai Sarawak Sabah (a) Namakan dua kaum yang terlibat dalam perusahaan sagu di Sarawak. (i) (ii) [2 markah] ms Buku Teks 180-183 ms Buku Teks 184-185 PT Sejarah Tkt 2-Bab 9-10-F.indd 49 21/09/2020 9:43 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 50 (b) Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah di lembah sungai. (i) (ii) [2 markah] (c) Senaraikan tiga kegiatan ekonomi dijalankan oleh kaum Murut di pedalaman Sabah. (i) (ii) (iii) [3 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah kebaikan sarang burung layang-layang? KBAT (i) (ii) (iii) [3 markah] 10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah 4 Maklumat berikut menunjukkan keunikan masyarakat bumiputera Sarawak dan Sabah. Penduduk Sarawak dan Sabah yang berbilang kaum dan budaya menyebabkan kawasan ini memiliki keunikan tradisi dan warisan yang tersendiri. (a) Namakan kaum-kaum yang ada di Sarawak dan Sabah. (i) Sarawak (ii) Sabah [2 markah] (b) Nyatakan kegunaan hasil kesenian yang dilakukan oleh masyarakat Sarawak dan Sabah. Hasil Kesenian Kegunaan (i) Pua kumbu (ii) Sintung Duduk (iii) Terendak (iv) Tayen (v) Buan [5 markah] ms Buku Teks 186-201 PT Sejarah Tkt 2-Bab 9-10-F.indd 50 21/09/2020 9:43 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 51 (c) Apakah nilai murni yang boleh diterapkan dalam masyarakat yang berbilang kaum? KBAT [3 markah] C Soalan Esei Jawab soalan di bawah. 1 Gambar berikut menunjukkan sungai menjadi nadi kehidupan masyarakat di Sarawak dan Sabah. (a) Jelaskan kepentingan sungai dalam kehidupan masyarakat di Sarawak dan Sabah. [8 markah] (b) Terangkan punca-punca berlakunya pencemaran sungai pada masa kini. KBAT [6 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan kepentingan sungai di negara kita? KBAT [6 markah] 2 Masyarakat di Sarawak dan Sabah mempunyai sejarah pembinaan rumah yang unik. (a) Jelaskan keunikan pembinaan rumah panjang di Sarawak. [6 markah] (b) Huraikan keunikan rumah panjang di Sabah. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kehidupan masyarakat Sabah dan Sarawak? KBAT [6 markah] ms Buku Teks 190 ms Buku Teks 198-201 PT Sejarah Tkt 2-Bab 9-10-F.indd 51 21/09/2020 9:43 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J1 JAWAPAN BAB 1 Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 D 5 A 6 A 7 A 8 C 9 A 10 B Bahagian B 1.1 Konsep Alam Melayu 1 (a) Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu (b) (i) Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina. (ii) Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand. (c) Bahasa Melayu (d) • Bahasa Alam Melayu serumpun • Sifat bahasa Melayu yang sederhana • Mudah dipelajari • Mudah difahami [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu 2 (a) (i) Kedah Tua (ii) Gangga Negara (b) (i) Lokasi: Lembah Sungai Mekong Pusat kerajaan: Vyadhapura (ii) Lokasi: Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur Pusat kerajaan: Kota Trowulan (c) • Tanah di kawasan lembah sungai subur, sesuai untuk pertanian. • Kemudahan mendapatkan bekalan air dari sungai untuk pertanian dan kegunaan harian. • Kemudahan untuk membina sistem pengairan. • Sungai sebagai sistem pengangkutan dan perhubungan yang penting. • Sumber protein seperti ikan. • Kawasan di lembah sungai lebih rata, sesuai untuk petempatan. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Mashyur 3 (a) Indrapura (b) (i) Fa Shih-man berjaya menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra (ii) Berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra (c) Timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku. (d) (i) Bertanggungjawab (ii) Tegas dan mempunyai ciri kepimpinan (iii) Seorang yang bertimbang rasa (iv) Prihatin terhadap kebajikan rakyat [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman 4 (a) Kerajaan Abbasiyah,Empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola (b) Asoka menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha (c) (i) Funan (iii) Angkor (ii) Srivijaya (iv) Majapahit (d) • Menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. • Meraikan pelbagai perayaan kaum lain di Malaysia. • Menganjurkan Hari Komuniti. • Mengelakkan diskriminasi dan tidak menyentuh sensitiviti kaum. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] Bahagian C 1 (a) Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. Beliau berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet, di samping mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. Usaha beliau ini diteruskan pula oleh Jayavarman VII yang telah meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam. Beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital. Selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mula lemah. Serangan Siam pada tahun 1594 telah melemahkan kerajaan Angkor. (b) (i) Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. Pedagang dari timur dan barat datang untuk menjalankan kegiatan perdagangan dengan penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain. Seiring dengan kemajuan perdagangan ini, kerajaan Kedah Tua juga menjadi pusat keagamaan agama Buddha. Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua ini menyebabkan kerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua. (ii) Kemasyhuran kerajaan Gangga Nagara bermula pada abad kesembilan. Sejak abad kelima, kerajaan Gangga Nagara sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Kerajaan Gangga Nagara juga berjaya mempertahankan PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 1 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J2 kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 M. (c) • Semangat cinta akan negara dengan mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara. • Taat setia kepada raja dan negara dengan mematuhi rukun negara dan tidak berkongsi maklumat rahsia negara kepada negara lain. • Bekerja keras dan gigih berusaha untuk mengharumkan negara dalam pelbagai bidang – sukan, akademik. • Menjalinkan hubungan erat sesama anggota masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. • Bercita-cita tinggi dengan berkongsi maklumat dan idea pemikiran dengan negara luar. • Sentiasa bekerjasama dalam menjaga keselamatan negara di dalam negara mahupun di perairan negara. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) Kedudukan yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain. Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam. Penyebaran agamaagama ini mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kerajaan Alam Melayu juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan India untuk mengukuhkan kedudukan dan membuka jalan kepada perkembangan perdagangan. (b) Funan menghantar utusan ke China pada abad ketiga. Tujuannya ialah memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet. Champa juga menghantar utusan ke China pada abad ketiga. Tujuannya ialah memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet. China menghantar utusan pada abad ketujuh dan bertujuan mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan. Selain itu, Kedah Tua menghantar utusan pada ketujuh untuk memperkukuh hubungan perdagangan. Kerajaan Angkor pula menghantar utusan pada ke-12 untuk memperkukuhkan persahabatan dan perdagangan. Kerajaan Majapahit menghantar utusan pada abad ke-14 untuk menjalinkan persahabatan. (c) • Mengekalkan kedaulatan negara yang tercinta. • Menjamin keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman musuh. • Meningkatkan kegiatan perdagangan dengan aktiviti eksport barangan negara ke luar negara. • Menggalakkan pertukaran teknologi dengan negaranegara maju yang lain seperti Jepun. • Menggalakkan kemasukan pelancong asing ke negara untuk mengenali lebih dekat tentang kebudayaan negara. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] BAB 2 Bahagian A 1 B 2 C 3 C 4 B 5 D 6 B 7 B 8 D 9 D 10 C Bahagian B 2.1 Sistem Pemerintahan 1 (a) (i) Maharaja (ii) Sri Maharaja (iii) Sri Bathara (b) Kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradatuan kerajaan Srivijaya (c) Berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan (d) • Bertanggungjawab dalam memerintah dan mentadbir negara. • Meningkatkan pendapatan rakyat melalui aktiviti perdagangan. • Menjadikan rakyat yang berilmu, iaitu menyediakan tempat pembelajaran kepada mereka. • Memperkuatkan pertahanan negara daripada ancaman lanun atau musuh. • Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara – negara lain. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. (b) Dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. (c) (i) Kedatuan ditadbir oleh Datu berketurunan raja. (ii) Pradatuan ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja. (d) • Raja sebagai lambang perpaduan rakyat. • Lambang keutuhan negara. • Sebagai ketua negara/ negeri. • Mengekalkan keharmonian negara. • Taat setia rakyat kepada raja. • Ketua agama Islam. • Warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2.2 Kegiatan Ekonomi 3 (a) Untuk menyara diri (b) Baray berfungsi untuk menyimpan air dan daik dibuat daripada tanah untuk menahan air dan mencegah banjir. (c) (i) Mengusahakan tanaman seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan. (ii) Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. (iii) Berusaha mendapatkan kulit kura-kura. PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 2 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J3 (d) • Menggunakan teknologi moden seperti jentera moden. • Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. • Memberi khidmat dan nasihat kepada petani. • Memberi bantuan benih dan baja. • Mengadakan kempen pertanian. • Menarik minat golongan muda untuk menceburkan diri dalam pertanian. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 4 (a) Hasil hutan (i) Gaharu (ii) Sarang burung layanglayang (ii) Rotan (iv) Kapur barus Hasil laut (i) Gamat (ii) Rumpai laut (iii) Mutiara (b) Digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. (c) (i) Sumber makanan (ii) Ubatan (iii) Wangian (iv) Perhiasan (v) Bahan binaan (d) (i) Mempromosikan tempattempat yang mempunyai hasil hutan dan hasil laut di dalam Internet. (ii) Menjual perabot daripada rotan dengan harga yang berpatutan. (iii) Memberi penerangan kepada pelancong asing tentang kebaikan gamat. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] Bahagian C 1 (a) Raja-Raja Funan menggunakan pelbagai gelaran. Antaranya termasuklah Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat. Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah. Ketua wilayah terdiri daripada putera-putera raja. Mereka digelar sebagai Raja Kecil. (b) Sistem pemerintahan kerajaan Champa Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva. Raja Champa dibantu oleh para pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada lima wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati, Vijaya dan Panduranga. Sistem pemerintahan kerajaan Angkor Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebagai dewa. Kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan ialah Permaisuri dan Raja Muda. Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan. Pada peringkat wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung. (c) • Bijaksana dalam menjalankan tugas. • Berwawasan demi kemajuan negara. • Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. • Mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri. • Bersikap cekap, bersih dan amanah dalam memimpin sebuah negara. • Berpegang teguh kepada ajaran agama yang kukuh. • Mementingkan rundingan dalam memutuskan sesuatu dasar. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) Barangan dari Alam Melayu menjadi tarikan pedagang luar. Selain itu, kedudukan Alam Melayu di tengahtengah laluan perdagangan timur dan barat, dan adanya kemudahan pelabuhan telah membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju hasil kegiatan perdagangan dengan pedagang luar. Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli. (b) Pedagang luar yang sering berdagang dengan Alam Melayu adalah dari China, India, Arab dan Parsi. Pedagang-pedagang China membawa pelbagai barangan dari China seperti sutera, tembikar, pinggan dan mangkuk, payung, gula dan gendang untuk mendapatkan barangan terutama yang mempunyai nilai perubatan dari Alam Melayu. Pedagang India pula membawa kain kapas, tembikar dan pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian untuk dijual kepada penduduk tempatan. Mereka mendapatkan kain sutera dari China dan pelbagai jenis barang dari Alam Melayu seperti rempah, gaharu dan kapur barus. Pedagang Arab dan Parsi membawa pelbagai jenis tembikar, minyak wangi, barangan kaca dan manik yang didagangkan dengan kerajaan Alam Melayu. Di Alam Melayu, mereka membeli rempah dan kayu wangi untuk didagang semula ke Tanah Arab dan Rom. (c) • Perdagangan akan meningkatkan ekonomi dan memajukan negara. • Memberi peluang pekerjaan terutama kepada golongangolongan muda. • Memberi keuntungan yang lumayan kepada pedagang Malaysia. • Kadar pertukaran mata wang asing mengalir masuk ke negara kita. • Sekatan perdagangan PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 3 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J4 antarabangsa dapat diatasi dengan hubungan perdagangan serantau. • Hubungan perdagangan dua hala, menjalin kerjasama ekonomi dan menjamin kestabilan ekonomi dan politik. • Hubungan perdagangan dapat membantu Malaysia dalam perkongsian modal, teknologi dan kemahiran dengan negara luar. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] BAB 3 Bahagian A 1 A 2 D 3 C 4 A 5 C 6 A 7 B 8 C 9 B 10 D Bahagian B 3.1 Bahasa dan Tulisan 1 (a) (i) Alat komunikasi utama (ii) Menyimpan rekodrekod pemerintahan, perundangan, perdagangan dan keagamaan (b) (i) Cina (ii) Arab (iii) Parsi (c) (i) Seluar (ii) Gusti (d) • Mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. • Menganjurkan aktiviti kebahasaan. • Menjalankan bengkel untuk memantapkan bahasa Melayu. • Menjalankan aktivitiaktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu seperti bercerita. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 3.2 Persuratan 2 (a) (i) Karang Brahi (ii) Palas Pasemah (b) (i) Akayet Indra Patra (ii) Akayet Deva Mano (c) (i) Sebelum kedatangan agama Islam (ii) Selepas kedatangan agama Islam (d) • Kisah kehidupan nabinabi seperti Hikayat Nabi Bercukur • Karya epik pahlawan Islam seperti Hikayat Amir Hamzah [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 3.3 Seni Bina 3 (a) Lembah Bujang (b) (i) Agama Hindu (ii) Agama Buddha (c) (i) Candi Bukit Choras (ii) Candi Bukit Pendiat (iii) Candi Bukit Meriam (iv) Candi Bukit Batu Pahat (v) Candi Bendang Dalam (d) • Menjalankan projek impak tinggi bagi menjaga warisan. • Menjaga khazanah arkeologi. • Mendapatkan pengiktirafan dunia terhadap warisan negara. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 3.4 Struktur Sosial 4 (a) X: Bangsawan Y: Rakyat merdeka Z: Hamba (b) Mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi kerajaan. (c) Kelas atasan memainkan peranan menjaga dan melindungi rakyatnya, manakala kelas bawahan memberikan taat setia kepada golongan pemerintah. (d) • Terdiri daripada kelas atasan, kelas menengah, kelas pekerja dan kelas bawahan. • Terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] Bahagian C 1 (a) (i) Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh. Batu bersurat ini memerihalkan pengukuhan kerajaan terutama kepentingan taat setia terhadap raja. (ii) Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang ditulis dalam bahasa Jawa Kuno bertulisan Kawi. Selain itu, ditemukan bukti persuratan dalam bentuk manuskrip. Karya sejarah termasyhur ialah Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapanca pada tahun 1365. Karya lain yang terkenal ialah Pararaton dan Tantu Panggelaran. (b) Apabila Islam tersebar ke Alam Melayu, sastera Islam yang berbentuk syair, gurindam, cerita hikayat dan nazam mula mempengaruhi persuratan Melayu. Kisah kehidupan nabi-nabi seperti Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW ditulis ke dalam bahasa Melayu. Antara karya kisah nabi yang terkenal termasuklah Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Yusof. Karya epik pula banyak mengisahkan perjuangan pahlawan Islam diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Kemudian, tokoh Islam seperti nabi dan pahlawan ini menjadi elemen yang mempengaruhi persuratan Melayu. (c) • Bersikap kreatif dan inovatif kerana masyarakat ketika itu bijak menggunakan alam sekeliling untuk memperkembang persuratan. • Berfikiran rasional dan tidak bertindak secara melulu sebelum melakukan perkara atau perkerjaan. • Bersedia menerima cabaran dan risiko yang mendatang semasa mencipta persuratan. • Tidak mudah berputus asa walaupun mendapat kritikan daripada orang PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 4 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J5 sekeliling mengenai tulisan yang ditulis. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) Masyarakat kerajaan Funan mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan. Mereka juga terkenal dengan perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang. Sistem pengairan dibina untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian. Candi telah dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat. Tinggalan candi masyarakat kerajaan Funan yang ditemukan ialah Candi Go Cay Thi di Oc Eo. (b) Masyarakat kerajaan Angkor mempunyai seni bina yang berkait rapat dengan kegiatan pertanian. Mereka membina baray berukuran 2 × 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi sekitarnya. Seni bina kerajaan Angkor yang masyhur ialah Angkor Wat dan Angkor Thom. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12. Angkor Wat dibina dengan keluasan 208 hektar. Binaan menara utama di tengah-tengah candi ini ialah setinggi 65 meter. Masyarakat kerajaan Angkor turut membina kapal untuk kegunaan perdagangan dan peperangan. (c) • Dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutama kepada remaja hari ini. • Dapat menarik pelancong sama ada pelancong luar negara atau pelancong tempatan. • Memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya kepada para pelajar dan penyelidik. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] BAB 4 Bahagian A 1 C 2 D 3 C 4 D 5 C 6 A 7 B 8 B 9 B 10 A Bahagian B 4.1 Agama dan Kepercayaan 1 (a) (i) Merupakan suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan. (ii) Merupakan pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan. (b) (i) Animisme (ii) Dinamisme (c) • Mewarisi daripada nenek moyang. • Tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. • Kurang pengetahuan agama • Disebabkan faktor adat yang sering diamalkan dalam masyarakat. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) (i) Peranan mubaligh (ii) Peranan pemerintah (iii) Perkembangan perdagangan antarabangsa (b) (i) Candi Go Cay Thi (ii) Candi Po Nagar dan Candi Dong Duong (c) Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039. (d) • Pengaruh dalam bahasa dan pertuturan • Pengaruh dalam ejaan • Pengaruh dalam adat resam 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 3 (a) (i) Berasaskan keturunan dan pembesar mengesahkannya. (ii) Dipilih daripada golongan tentera seperti dalam kerajaan Funan dan Champa. (iii) Wanita keturunan diraja boleh dilantik seperti dalam kerajaan Majapahit. (b) Mengingkari raja dianggap mengingkari tuhan dan perbuatan tersebut adalah menderhaka. (c) (i) Bagi menggambarkan kebesaran kuasa seperti Raja di Gunung. (ii) Diberi gelaran mengikut identiti dan kerajaan mereka. (d) • Sultan merupakan ketua agama di negeri masingmasing. • Merupakan nilai bangsa bumiputera yang masih mengekalkan budaya seperti pemakaian tanjak. • Rakyat yang menderhaka kepada sultan akan mendapat tulah. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 4 (a) Menjalankan pelbagai kegiatan pertanian di lembahlembah sungai. (b) Untuk memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian. (c) (i) Pelabuhan pembekal (ii) Pelabuhan kerajaan (iii) Pelabuhan entrepot (d) • Menjadi sekuriti makanan yang cukup kepada masyarakat. • Mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara dan petani. • Dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. • Dapat mengembangkan industri desa. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] Bahagian C 1 (a) • Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. Animisme berkait dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang. Penyembahan nenek moyang penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia. • Dinamisme berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 5 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J6 juga dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Contohnya, upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak. (b) Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi dalam kalangan masyarakat kerajaan Majapahit. Hayam Wuruk telah menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha yang dipanggil Tripaksa pada abad ke-14. Antara candi tinggalan kerajaan Majapahit yang masyhur termasuklah Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu. Agama Islam tersebar di Majapahit sejak abad ke-14. Buktinya, Wu Ping, pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit. Gan Eng Chou, pegawai yang beragama Islam juga pernah dilantik sebagai ketua kaum Cina di Tuban (kota pelabuhan Majapahit). Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16. (c) • Dapat menjadikan manusia berakhlak mulia dan boleh membezakan perbuatan baik dan buruk. • Membentuk jiwa dan diri yang bersih iaitu sentiasa tenang dalam menghadapi ujian hidup. • Dapat mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup dengan melakukan ibadat kepada Tuhan. • Dapat menyedari tanggungjawab manusia di atas dunia ini iaitu beribadah kepada Tuhan. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] 2 (a) Bentuk hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh pemerintah kerajaan Alam Melayu ialah hubungan persahabatan. Kerajaan Srivijaya mengirimkan utusan persahabatan ke China pada abad ketujuh. Kerajaan Majapahit menjalinkan persahabatan dengan China pada abad ke-14. Selain itu, bantuan ketenteraan atau senjata. Maharaja Chola dari India menghantar bantuan tentera ke Srivijaya untuk membantu menyelesaikan pemberontakan pada abad ke-11. Bentuk hubungan diplomatik seterusnya ialah perkahwinan. Contohnya perkahwinan pemerintah Majapahit, Raden Wijaya dengan puteri kerajaan Singhasari pada abad ke-13. (b) • Masyarakat kerajaan Alam Melayu mengamalkan sifat terbuka dalam amalan beragama. Kepercayaan awal disesuaikan dengan penyebaran agama Hindu dan Buddha. Islam juga tersebar secara aman. Kesannya, keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu tergambar melalui anutan pelbagai agama. • Sifat toleransi merupakan keunikan dalam amalan beragama masyarakat kerajaan Alam Melayu. Penganut agama Hindu membina Candi Prambanan berdekatan dengan Candi Borobudur tempat ibadat penganut agama Buddha di Jawa Tengah. • Golongan agama diberi tempat dan status yang istimewa dalam kerajaan. Mereka dilantik sebagai pentadbir dan penasihat pemerintah, misalnya dalam kerajaan Funan, Srivijaya dan Angkor. Warisan ini diteruskan oleh kerajaan lain di Alam Melayu. • Apabila agama Islam tersebar, masjid pula dibina sebagai pusat ibadat, pendidikan dan kebajikan. Keunikan sistem pendidikan Islam melalui institusi pondok atau madrasah merupakan warisan yang diteruskan hingga hari ini. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] (c) • Kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan-badan dunia untuk mewartakan bangunan bersejarah sebagai warisan dunia. • Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur binaan bangunanbangunan supaya keunikan dapat dikekalkan. • Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa. • Pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah. • Ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak ke tempat yang menarik seperti melawat bangunan bersejarah. [Mana-mana jawapan yang sesuai diterima] BAB 5 Bahagian A 1 C 2 C 3 B 4 B 5 D 6 A 7 D 8 A 9 A 10 C Bahagian B 5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 1 (a) Di muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka. (b) (i) Laluan perdagangan (ii) Bentuk muka bumi (iii) Benteng pertahanan (iv) Terlindung angin monsun (c) (i) Sebagai benteng pertahanan (ii) Pelindung semula jadi yang sukar ditembusi musuh (d) • Memerintah dengan adil dan saksama. PT Sejarah Tkt 2-Jawapan-F.indd 6 3/3/2023 8:48:33 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
PRAKTIS TOPIKAL Semenanjung Malaysia: RM6.30 Sabah & Sarawak : RM6.90 TINGKATAN 2 DSKP terkini Praktis mengikut topik Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan lengkap KBAT SEJARAH PRAKTIS TOPIKAL PLATINUM PRAKTIS TOPIKAL Bahasa Inggeris Sains Sejarah Matematik SUBJEK TINGKATAN 1 2 3 Siri PRAKTIS TOPIKAL PLATINUM merupakan sumber praktis terbaik yang ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelbagai bentuk aktiviti dalam buku ini disusun mengikut topik bagi membantu murid-murid mengukuhkan pemahaman dalam subjek yang dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. 9 789670 057095 ISBN 978-967-0057-09-5 ADNAN HASSAN SEJARAH SEJARAH 2 KSSM TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini: GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.