The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-12-08 04:04:33

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 3

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 3

KSSM BAHASA MELAYU Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi BERTERASKAN DSKP PRAKTIS MUDAH LULUS (MuLus) NOTA KOMSAS Memudahkan PdPc SET 1 (UASA) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK MySOLUSI MySOLUSI 2.0 S E LANGKAH DI HADAPA N KHAIRUDDIN AYIP TINGKATAN 3 KHAIRUDDIN AYIP SHAHARUDDEN KALAM HAFIZUDDIN HUSSIN HASFARIZA ABDUL HAMID HAK CIPTA NUSAMAS


Bahagian 1 Sistem Bahasa ............................................................................................................. 1 Bahagian 2 KOMSAS Antologi Bintang Hati .............................................................................. 37 Bahagian 3 Pemahaman Bahan Rangsangan ................................................................................ 60 Bahagian 4 Novel ......................................................................................................................... 67 Bahagian 5 Ringkasan & Ulasan .................................................................................................. 86 Bahagian 6 Karangan Pendek .................................................................................................... 117 Bahagian 7 Karangan Umum ..................................................................................................... 129 Ujian Akhir Sesi Akademik ............................................................................................................... 143 Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat ..................................................................................... 155 KANDUNGAN Jawapan HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 BAHAGIAN 1 SISTEM BAHASA NOTA CERDIK Kata Nama Am 1 Kata nama am merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. 2 Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 3 Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. 2 Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Golongan Kata Nama Praktis 1 Kata Nama Am & Kata Nama Khas Baca petikan berita di bawah. Kemudian, senaraikan lima kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut dalam jadual di bawah. KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER – Persekitaran Menara Kuala Lumpur telah ditanam dengan pokok nanas bagi mengelakkan tempat itu daripada terus menjadi bahan jenaka orang ramai ekoran tiada sepokok nanas pun di kawasan tersebut walhal tempat tersebut bernama Bukit Nanas. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan menara tersebut mendapati buah-buah nanas telah diambil oleh monyetmonyet yang telah menghuni kawasan hutan simpan berkenaan sejak sekian lama untuk dijadikan makanan. Ada dua spesies monyet yang tinggal di kawasan hutan itu. Salah satu daripada spesies monyet itu sering mendapat perhatian pelancong kerana fesyen rambut monyet itu menyerupai potongan rambut bekas pemain bola sepak dunia yang terkenal, David Beckham. Ekoran itu, pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur terpaksa menanam pokok-pokok nanas semula. Kata Nama Am Kata Nama Khas pokok nanas menara monyet hutan Kuala Lumpur September Menara Kuala Lumpur Bukit Nanas David Beckham NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Diri 1 Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2 Ada tiga jenis kata ganti nama diri: (a) Kata ganti diri pertama, iaitu perkataan yang menggantikan nama orang yang bercakap. Contoh: aku, saya, hamba, patik, dan kita. (b) Kata ganti diri kedua, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang yang dilawan bercakap. Contoh: awak, anda, engkau, kamu, encik, tuan, saudari, kalian, dan awak semua. (c) Kata ganti diri ketiga, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. Contoh: dia, beliau, ia, baginda, nya, dan mereka. HAK CIPTA NUSAMAS


2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Tanya 1 Kata ganti nama tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. 2 Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa (merujuk orang), apa (merujuk benda atau perkara), dan mana (merujuk benda atau orang). 3 Kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tak tentu atau untuk penegasan, iaitu siapa-siapa, apa-apa, mana-mana. Praktis 3 Kata Ganti Nama Tanya Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang sesuai. 1 Apakah barang yang awak bawa itu? 2 Bekas biskut tadi awak letak di mana ? 3 Awak pergi ke Perigi Hang Tuah bersama dengan siapa ? 4 Kain sarung yang labuh itu awak potong dengan apa ? 5 Dia belum makan apa-apa lagi sejak petang semalam. 6 Saya tidak akan ke mana-mana pada petang ini kerana menunggu kedatangan saudara saya. 7 “Mintalah siapa-siapa datang menemani awak tidur pada malam ini,” kata Kumari kepada rakannya. 8 “Jangan ke mana-mana sehingga ayah sampai,” pesan Encik Nazir kepada anaknya. Praktis 2 Kata Ganti Nama Diri Betulkan penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat-ayat di bawah, kemudian tulis ayat itu semula. 1 “Cikgu, izinkan aku keluar sekejap,” kata Azizul. “Cikgu, izinkan saya keluar sekejap,” kata Azizul. 2 Saya dan Halimah tinggal sekampung. Kita selalu ke sekolah bersama-sama. Saya dan Halimah tinggal sekampung. Kami selalu ke sekolah bersama-sama. 3 “Tahniah, akhirnya beliau berjaya menggenggam piala yang menjadi rebutan ini!” kata Hariz kepada rakannya. “Tahniah, akhirnya awak/ kamu/ engkau berjaya menggenggam piala yang menjadi rebutan ini!” kata Hariz kepada rakannnya. 4 “Ampun tuanku, hamba ini dagang merantau. Hamba mohon limpah perkenan tuanku untuk tinggal di negeri ini,” sembah Damak. “Ampun tuanku, patik ini dagang merantau. Patik mohon limpah perkenan tuanku untuk tinggal di negeri ini,” sembah Damak. 5 Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke luar negara atas urusan rasmi. Baginda turut ditemani isteri tercinta, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke luar negara atas urusan rasmi. Beliau turut ditemani isteri tercinta, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 NOTA CERDIK Kata Ganti Nama Tunjuk 1 Kata ganti nama tunjuk berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda, atau tempat. 2 Kata ganti yang merujuk perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). 3 Kata ganti tunjuk tempat terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh). Praktis 4 Kata Ganti Nama Tunjuk Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang betul. 1 Peristiwa hitam itu berlaku kira-kira sepuluh tahun yang lalu. 2 Kanak-kanak itu sudah boleh berjalan walaupun baru berusia lapan bulan. 3 “Tolong jaga bayi ini sekejap. Saya mahu pergi membeli susu untuknya,” kata Norlina. 4 Murid yang pintar itu ialah anak Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati. 5 “Dari sini , kita boleh melihat panorama di bawah sana ,” kata Hajar kepada rakannya. 6 “Danish, cepat datang ke sini ,” kata Puan Zaiton kepada anaknya agar datang ke tempatnya. 7 Mereka akan singgah di sini dahulu petang ini sebelum bertolak ke Melaka pada pagi esok. 8 “Pak cik duduk di sini sekejap,” kata gadis itu sambil memberikan sebuah kerusi kepada Pak Cik Wong. 9 “Hakim, jangan bermain di situ !” jerit Puan Mala apabila melihat anaknya bermain di tepi longkang. 10 “ Ini ibu saya. Yang berbaju merah itu pula kakak saya. Mereka berada di sini untuk meraikan hari lahir saya,” kata Allan Yap. NOTA CERDIK Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan. 2 Contoh: batang, biji, buku, cebis, ekor, naskhah, pintu, puntung, tandan, ulas, dan utas. 3 Walau bagaimanapun, ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama dengan kata bilangan. Contoh: semua pekerja, bukannya semua orang pekerja. 4 Penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Contoh: satu abad. Praktis 5 Penjodoh Bilangan Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1 Zakiah dikehendaki menulis beberapa perkataan pada papan tulis. A batang C butir B patah D biji 2 David membeli dua sabun mandi di kedai runcit itu. A buah C buku B sikat D butir 3 Emak saya sedang membuat se kek coklat. A lembar C buah B bidang D biji HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 37 BAHAGIAN 2 KOMSAS ANTOLOGI BINTANG HATI Aspek Sastera Sinopsis Ringkasan tentang perkara-perkara dalam sesebuah cerita. Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat tema, persoalan, mesej, nilai dan latar sesebuah karya. Tema dan Persoalan 1 Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. 2 Persoalan pula merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang ada kaitannya dengan tema. 3 Antara tema dan persoalan yang sering dikemukakan dalam sesebuah karya termasuklah kasih sayang, kegigihan, patriotisme, pembangunan, dan pengorbanan. 4 Dalam sesebuah cerita, terdapat beberapa persoalan tetapi hanya ada satu tema. Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cerita. 2 Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan manusia. Biasanya yang disentuh ialah usia, pendidikan, dan latar belakang. 3 Perwatakan pula ialah cara pengarang melukiskan watak, contohnya baik hati, jujur, dan rajin. Watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita dapat dihuraikan dengan melihat sifat-sifat luaran dan dalaman watak. 4 Istilah yang berkaitan dengan watak dan perwatakan adalah seperti berikut: Watak utama: Watak penting yang menggerakkan cerita. Watak sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil berbanding dengan watak utama. Watak antagonis: Watak jahat/ buruk. Watak pratagonis: Watak yang mempunyai nilainilai murni dan sentiasa melakukan kebaikan. Watak bundar: Watak yang mempunyai sifat kompleks. Watak dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran. Watak statik: Watak yang tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita. Latar 1 Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan masa, tempat, dan masyarakat. (a) Latar masa menunjukkan tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita. (b) Latar tempat menunjukkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. (c) Latar masyarakat menggambarkan keadaan masyarakat sesuatu peristiwa itu yang merangkumi agama, kepercayaan, pekerjaan, dan nilai. 2 Bagi drama, latar dimaksudkan dengan gambaran yang tersedia di belakang prop yang diwujudkan. Plot 1 Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cerita sebagaimana yang digambarkan oleh seseorang pengarang. 2 Perkembangan plot ini berdasarkan hukum sebab dan akibat. 3 Perkembangan plot melalui beberapa peringkat, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks (puncak), dan peleraian. 4 Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak mengikut kronologi. Teknik Plot 1 Teknik plot ialah cara seseorang pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya dapat menarik perhatian pembaca. 2 Teknik plot boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Dialog: Pertuturan antara dua watak atau lebih. Menerusi dialog, tergambar sikap dan fikiran watak. Monolog: Pengucapan watak secara bersendirian untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan fikiran. Monolog dalaman: Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Imbas kembali: Teknik ini bertujuan mengenang semula peristiwa yang pernah dialami. Imbas muka: Cara pengarang memberikan gambaran awal atau ramalan akan kemungkinan terjadinya sesuatu peristiwa. Saspens: Penceritaan yang menimbulkan ketegangan dan situasi mendebarkan dalam kalangan pembaca. Konflik: Pertentangan dua pihak dalam satu urutan plot. Konflik juga boleh berlaku dalam jiwa watak ketika membuat sesuatu keputusan. Konflik boleh digambarkan melalui perbezaan pendapat. HAK CIPTA NUSAMAS


38 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kejutan: Perubahan sesuatu peristiwa secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Kebiasaannya berlaku kerana sesuatu peristiwa itu berbeza dengan ramalan pembaca. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi 1 Gaya bahasa dikenali juga sebagai cara penggunaan bahasa yang digunakan oleh pengarang, terutama dalam melahirkan sajak. 2 Gaya bahasa digunakan sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap persoalan yang dikemukakan. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Penerangan Aliterasi • Pengulangan bunyi konsonan iaitu huruf-huruf selain bunyi vokal. Contohnya: derup derap. Anafora • Pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Contohnya: Pergilah kedukaan Pergilah kesedihan Asonansi • Pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u). Contohnya: Baik sedikit tetapi berjimat (perulangan vokal i). Diksi • Pemilihan kata-kata oleh pengarang dalam sebuah karya yang harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej. • Pemilihan kata memberikan gambaran sesuatu peristiwa dan mampu menghidupkan watak. Epifora • Pengulangan perkataan pada akhir baris atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat yang berturutan. • Bertujuan mencapai kesan stilistik tertentu. Contohnya: Maafkan kami wahai ibuku! Janji ini kukotakan, ibuku! Hiperbola • Ungkapan atau kiasan yang berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan daripada maksud sebenar untuk memperoleh kesan tertentu. Contohnya: kemarahan meletupkan gunung Metafora • Pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar. • Tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan persis. Contohnya: kota terpenjara, hati mewangi Personifikasi (Perorangan) • Pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni. • Pengarang memberikan sikap manusia dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda mati. Contohnya: Jiwaku melonjak keriangan, angin bernyanyi riang Repetisi • Kata-kata atau peristiwa yang sama diulang-ulang dalam sesuatu karya. Contohnya perulangan frasa: Kita mudah lupa dalam baris atau rangkap berlainan. Responsi • Perulangan kata pada bahagian tengah ayat, baris, atau bahagian ayat. Contohnya: Keriangan kian terputus Kerinduan kian terhapus Rima • Keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris. • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir. Simile • Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu dengan orang, benda, atau haiwan. Contohnya: Menggunakan perkataan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan persis. Sinkope • Pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata di tengah kata-kata itu. Contohnya: tak (tidak), saja (sahaja) Inversi • Pembalikan susunan kata-kata dalam ayat. Contohnya: Semalam aku keresahan sepatutnya Aku keresahan semalam. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 39 Nilai 1 Aspek nilai boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebaikan yang dilakukan seseorang. 2 Pada asasnya, nilai dibahagikan kepada 16 (ditambahkan lima lagi berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang baharu) iaitu: (a) Baik hati (b) Berdikari (c) Hemah tinggi (d) Hormat-menghormati (e) Kasih sayang (f) Keadilan (g) Kebebasan (h) Keberanian (i) Kebersihan fizikal dan mental (j) Kejujuran (k) Kerajinan (l) Kerjasama (m) Kesederhanaan (n) Kesyukuran (o) Rasional (p) Semangat bermasyarakat (q) Keyakinan (r) Tanggungjawab (s) Patriotik (t) Menghargai (u) Ketekunan Murid boleh menambahkan nilai lain yang difikirkan sesuai. Pengajaran 1 Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan pengajaran dan panduan kepada pembaca. 2 Dalam pengajaran perlu mempunyai nilai murni. Pengajaran tiada beza dengan nilai murni, cuma terdapat frasa “kita hendaklah”. Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. 1 2 3 4 5 6 7 8 Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Bintang Hati, 2016. Sudut Bahasa hemat – tidak boros daif/ nista/ nistawan – cacat, hina, lemah masyghul/ gundah/ walang – dukacita nin – ini sahifah – muka surat kari – bersisa, baki PRAKTIS 1 Syair Burung Nuri Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Nota KOMSAS halaman 50 HAK CIPTA NUSAMAS


60 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 3 PEMAHAMAN BAHAN RANGSANGAN Keperluan Peperiksaan 1 Soalan ini membawa 10 markah. 2 Setiap soalan akan diberikan dua atau tiga bahan. 3 Bahan tersebut terdiri daripada prosa, puisi atau iklan. 4 Soalan (a) dan (b) yang membawa 3 markah setiap satu merujuk terus daripada bahan. Soalan (c) membawa 4 markah berdasarkan KBAT. Pemarkahan 1 Walaupun idea daripada bahan banyak, namun memadai memberikan 2 idea untuk memperoleh markah maksimum. 2 Sila gunakan ayat yang gramatis untuk memastikan markah tidak ditolak. ModEl contoh Keluarga Bahagia Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sebagai nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan, ibu bapa memikul obligasi yang berat untuk memastikan mahligai yang dibina berada dalam kebahagiaan. Peranan ibu bapa yang dominan ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Sebagai contohnya, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di bahu mereka untuk memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Pengetahuan keibubapaan ini penting untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa atau pasangan yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan terutamanya kepada pasangan yang masih mentah. Bahan 2 Keluarga bahagia menyebabkan anak berasa disayangi dan dihargai. Anak-anak lebih menghormati ibu bapa menyebabkan mereka akur setiap nasihat. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 61 1 Berdasarkan Bahan 1, apakah peranan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga yang bahagia? Untuk mewujudkan keluarga bahagia, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Seterusnya ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan. [3 markah] 2 Bahan 2 menyentuh mengenai kebaikan keluarga bahagia. Nyatakan kelebihan tersebut. Keluarga bahagia menyebabkan anak berasa disayangi dan dihargai. Malah, anak lebih menghormati ibu bapa mereka. [3 markah] 3 Anak memainkan peranan untuk mewujudkan keluarga bahagia. Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dilakukan oleh anak? Untuk mewujudkan keluarga bahagia, setiap anak perlu berhemah apabila berkomunikasi dengan ibu bapa untuk memastikan ibu bapa berasa dihargai. Malah, anak-anak perlu mencari ruang membantu ibu bapa dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan memasak. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] PRAKTIS 1 Sukan Lasak Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Sesetengah aktiviti sukan yang lasak seperti gusti, tinju, karate dan ski boleh dianggap mencabar, berbahaya serta berisiko tinggi. Hal ini terbukti apabila terdapat atlet yang mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan seperti dalam sukan tinju dan gusti. Isu pengambilan dadah oleh sesetengah atlet untuk menguatkan otot juga merupakan satu tindakan yang melanggar undang-undang. Mereka sanggup menggunakan dadah yang mengandungi bahan steroid demi wang ringgit dan kemasyhuran. Sukan juga boleh membawa permusuhan dan pergaduhan. Peristiwa pergaduhan dapat dilihat dalam arena sukan bola sepak apabila penyokong pasukan yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan. Keadaan ini menimbulkan perasaan dendam dan pergaduhan kerana masing-masing inginkan kemenangan. Sedia menghadapi risiko Menguji kesabaran Bersemangat waja HAK CIPTA NUSAMAS


62 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 Seiring dengan peredaran masa, remaja kini lebih gemar mengambil bahagian dalam sukan lasak. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan alasan tersebut. Sukan lasak menjadi pilihan kerana dapat menguji kesabaran ketika ingin mencapai sesuatu matlamat. Seterusnya diri dilatih untuk menghadapi risiko terhadap setiap kemungkinan dan berhati-hati menghadapi rintangan. [3 markah] 2 Berdasarkan Bahan 2, apakah impak negatif sukan lasak? Impak negatif sukan lasak ialah aktiviti yang berbahaya serta berisiko tinggi kerana atlet boleh mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan. Seterusnya terdapat atlet yang mengambil dadah untuk menguatkan otot dengan tujuan meraih kejuaraan. [3 markah] 3 Tidak semua sukan menyebabkan risiko kecederaan, namun sesetengah ibu bapa tidak mengizinkan anak mereka mengambil bahagian dalam setiap aktiviti sukan di sekolah. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa bersikap demikian? Ibu bapa menghalang anak mengambil bahagian dalam aktiviti sukan kerana menganggap masa untuk bersukan terlalu lama sedangkan waktu itu lebih baik digunakan untuk mengulang kaji pelajaran atau membantu mereka di rumah. Seterusnya ibu bapa mengenali sikap anak mereka yang gagal mengawal diri apabila bersama-sama rakan menyebabkan mereka boleh terjebak dalam gejala sosial. [Dua isi dengan ayat yang gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT PRAKTIS 2 Gejala Rasuah Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 KESALAHANAN RASUAH Mana-mana orang yang gagal melaporkan kegiatan rasuah tanpa alasan munasabah boleh didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Laporkan segera menerusi talian 1-800-88-6000 HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 67 BAHAGIAN 4 NOVEL Pengenalan 1 Hanya satu soalan diajukan. 2 Soalan berbentuk esei dan wajib dijawab. 3 Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji dan markah yang diperuntukkan ialah 10 markah. Teknik Menulis Jawapan 1 Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. 2 Garis kata kunci dalam soalan yang secara jelas menunjukkan aspek-aspek penting. 3 Senaraikan isi penting secara kasar sebelum anda menulisnya dalam bentuk esei. 4 Setiap isi jawapan perlu dikemukakan dengan contoh yang tepat. 5 Jumlah isi berdasarkan kehendak soalan. Jika tidak dinyatakan jumlah isi, anda dicadangkan mengemukakan tiga isi berserta contoh. Cadangan Pemarkahan 1 Kriteria markah isi [6 markah]: Penilaian Markah (a) Maksimum 3 isi 3 (b) Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai 2 (c) Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai 1 2 Kriteria markah bahasa [4 markah]: Markah Keterangan Cemerlang 04 • Bahasa yang digunakan baik dan lancar. • Penggunaan ayat yang gramatis. • Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Baik 02 – 03 • Penggunaan bahasa masih baik dan lancar. • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi mempunyai kesalahan yang minimum. • Terdapat kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca tetapi agak minimum. Penguasaan Minimum 01 • Bahasa yang cekap. • Ayat tidak gramatis. • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. HAK CIPTA NUSAMAS


68 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. Isi tempat kosong dengan ayat, frasa atau bukti yang sesuai. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Sinopsis Novel yang saya kaji ialah , karya . Novel ini mengisahkan . Cerita bermula apabila watak utama, telah . Selepas itu, dia . Watak utama novel ini mengalami konflik apabila dia . Walau bagaimanapun, dia . Dia telah berjaya . Novel ini mencapai puncaknya apabila . Di samping itu, . Akhirnya, novel ini berkesudahan dengan peristiwa . . Selain itu, . Tema Novel yang saya kaji ialah , karya . Tema novel ini ialah . Peristiwa pertama yang ada kaitan dengan novel ini ialah peristiwa . Selain itu, kejadian juga ada kaitan dengan novel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana . Praktis MuLus HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 69 Seterusnya, tema novel ini juga diperkuat dengan peristiwa . Peristiwa ini menyebabkan . Oleh hal yang demikian, tema novel ini amat sesuai dengan kejadian yang berlaku sepanjang plot novel ini. Persoalan/ Nilai Murni/ Pengajaran Novel yang saya kaji ialah , karya . Persoalan/ Nilai murni/ Pengajaran pertama yang dapat saya peroleh daripada novel ini ialah . Buktinya, . Selain itu, persoalan/ nilai murni/ pengajaran juga dapat saya temukan dalam novel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana . Sementara itu, persoalan yang seterusnya ialah persoalan/ nilai murni/ pengajaran . Buktinya, . Watak utama/ watak sampingan novel karya ialah . Dalam novel ini, watak utama seorang yang . Buktinya, . Selain itu, watak utama/ watak sampingan seorang yang . Buktinya, . Di samping itu, watak utama/ watak sampingan seorang yang . Buktinya, . Sementara itu, watak utama/ watak sampingan seorang yang . Buktinya, . Seterusnya, watak utama/ watak sampingan seorang yang . Buktinya, . Watak Utama / Watak Sampingan Watak utama/ watak sampingan dalam novel , karya ialah . Dalam novel ini, watak utama/ watak sampingan ialah seorang yang __________ . Buktinya, . HAK CIPTA NUSAMAS


86 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN 5 RINGKASAN & ULASAN Format Penaksiran 1 Soalan diajukan dalam Kertas 1, Bahagian C. 2 Anda akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan. 3 Soalan ini membawa 15 markah. 4 Anda akan diberikan sebuah petikan sekitar 250 hingga 300 patah perkataan. 5 Anda diminta meringkaskan petikan tidak melebihi 100 patah perkataan. Panduan Menjawab 1 Calon diminta menggaris kata kunci yang diberikan dan fahami maksud kata kunci tersebut. Biasanya, kata kunci berbunyi “sebab-sebab”, “faedah-faedah”, “keistimewaan”, “cara-cara”, dan “faktor-faktor”. 2 Kemudian anda perlu membaca sekurang-kurangnya dua kali. Jika menemui idea berdasarkan kata kunci yang diberikan dalam setiap pembacaan, sila garis ayat tersebut. 3 Seterusnya anda diminta menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 4 Elakkan daripada memberikan idea sendiri. 5 Anda tidak perlu menyertakan pendahuluan dan penutup. 6 Kebiasaannya, setiap petikan mengandungi sekitar 5 idea. Anda digalakkan supaya menulis lebih idea, asal sahaja tidak melebihi 100 patah perkataan. 7 Selepas selesai meringkaskan petikan dan mengira jumlah perkataan, anda hendaklah membaca sekali lalu untuk memastikan tiada kesalahan ejaan. 8 Akhir sekali, catatkan jumlah perkataan di bahagian bawah di sudut kanan. Perkataan yang Dikira sebagai Satu Perkataan Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk atur cara Kata depan “di” dan “ke” di belakang/ ke rumah Tarikh 10 Julai 2023 Kata ganda bersama-sama Angka yang ditulis dalam perkataan lima ratus tujuh puluh dua Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemarkahan 1 Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan. 2 Bahasa dinilai secara gambaran keseluruhan. Peringkat Markah Huraian Bahasa Cemerlang 04 – 05 • Bahasa baik dan lancar. • Menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata yang tepat dan ayat gramatis. • Penanda wacana yang sesuai. • Ejaan dan tanda baca yang betul. Baik 02 – 03 • Bahasa baik dan lancar. • Masih berupaya menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat dan ayat masih gramatis. • Penanda wacana masih sesuai. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Memuaskan 00 – 01 • Bahasa kurang lancar. • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan, dan tanda baca. • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. Ringkasan HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 87 Model Ringkasan Pengangkutan Awam Model Jawapan Lengkap Antara usaha menggalakkan masyarakat menggunakan kemudaan awam ialah kerajaan perlu melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli. Seterusnya, harga tiket perlu dikawal. Pada waktu yang sama kerajaan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Pengangkutan rel pula haruslah mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Malah, pemasangan televisyen di dalam bas ekspres perlu digalakkan. Kemudahan dalam pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Manakala pengendali pengangkutan awam perlulah menyediakan kemudahan hiliran. Kita juga mengharapkan sekolah menerangkan kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud ayat asal. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan awam seperti bas dan pengangkutan rel termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), komuter dan monorel, kerajaan perlu melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Malah, harga tiket perlu dikawal. Seterusnya, pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan tren atau bas haruslah ditingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan. Selain itu, pengangkutan rel haruslah mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai kerana dapat menghiburkan penumpang dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Kemudahan dalam pengangkutan awam perlu ditingkatkan seperti alat pendingin hawa bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Pihak pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini seperti tempat letak kenderaan di tempat lain yang sesuai. Pihak sekolah pula dicadangkan supaya memberikan penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep kepada murid akan kebaikan menaiki pengangkutan awam. 8 Idea 1 Kerajaan perlu melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli. 2 Harga tiket perlu dikawal. 3 Meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. 4 Pengangkutan rel haruslah mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. 5 Menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres. 6 Kemudahan dalam pengangkutan awam perlu ditingkatkan. 7 Pengendali pengangkutan awam perlulah menyediakan kemudahan hiliran. 8 Sekolah menerangkan kebaikan-kebaikan menggunakan pengangkutan awam. HAK CIPTA NUSAMAS


88 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 1 Mendapat Tidur yang Lena Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara untuk mendapat tidur yang lena. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud ayat asal. Mengikut kajian, keperluan tempoh masa tidur individu berbeza-beza mengikut gen, mekanisme badan, umur dan jantina. Sesetengah individu mudah terlelap, manakala sebahagian lagi sangat sukar untuk tidur dengan lena. Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi orang dewasa dalam lingkungan enam hingga lapan jam. Untuk memastikan kita mendapat tidur yang cukup, kita perlu tidur mengikut masa yang tetap pada setiap hari. Katakanlah biasanya kita masuk ke dalam bilik tidur pada pukul 11.00 malam, maka waktu tersebut perlu menjadi amalan. Untuk kita mudah tidur lena pula, pada waktu siang kita perlu melakukan aktiviti olahraga secara teratur dengan peruntukan waktu sebanyak 30 minit sehari atau empat kali seminggu agar segala ketegangan atau kekusutan yang dialami dapat dihilangkan. Bagi yang sibuk dengan tugasan harian, cukuplah sekadar melakukan senaman ringan. Kita juga perlu berusaha mewujudkan ketenangan di dalam bilik tidur. Kita boleh mendengar muzik sentimental atau muzik yang lembut sambil membaca bahan bacaan ringan. Kita juga perlu mengelakkan tidur ketika perut terlalu kenyang. Elakkan makan dua jam sebelum tidur. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan yang dimakan sebelum tidur membuatkannya sukar dihadam. Jika berasa lapar, makanlah buah-buahan yang rendah kalori seperti epal dan mangga. Pada waktu yang sama, kita perlulah menenangkan minda dengan mengelakkan daripada terlalu banyak berfikir. Penggunaan wangian aromaterapi boleh dilakukan untuk memastikan kita mendapat tidur yang lena. Wangian aromaterapi dititiskan ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar untuk membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut. Ada yang berendam di dalam tab di bilik mandi untuk beberapa minit bagi memastikan kita mudah untuk mendapat tidur berkualiti. Hal ini demikian kerana perbuatan berendam dengan menggunakan air hangat akan membuat tubuh berasa segar. Selain itu, dicadangkan meminum susu panas kerana susu memiliki asid amino yang boleh mendorong seseorang itu tidur lebih nyenyak. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 129 BAHAGIAN 7 KARANGAN UMUM Format Penaksiran 1 Soalan karangan akan diajukan dalam Kertas Bahasa Melayu 2, Bahagian B. 2 Anda akan diberikan bahan grafik dan diajukan tiga soalan dan anda diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut. 3 Anda diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 4 Karangan umum membawa 30 markah. Bentuk dan Jenis Karangan 1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/ syarahan/ ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Jika tidak mematuhi format yang ditetapkan, anda akan kehilangan tiga markah. Persediaan Awal Sebelum Menulis Karangan 1 Sebagai persediaan awal, anda perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. 2 Anda sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik. Setiap kali anda memperoleh maklumat yang berkaitan dengan topik, anda boleh memasukkannya ke dalam fail tersebut. 3 Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, dan perindustrian. 4 Anda juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh dan memperlihatkan kematangan menulis. Strategi Menulis Karangan 1 Memilih Soalan yang Tepat (a) Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Anda perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan difahami. 2 Menyediakan Rangka Karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberikan perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. 3 Perenggan Pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya. 4 Perenggan Idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberikan kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan idea. (b) Setiap idea perlu ada penanda wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. 5 Perenggan Penutup (a) Penutup perenggan berupa kesimpulan, di samping pendirian tentang sesuatu tajuk. (b) Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya dengan pendahuluan dan idea. HAK CIPTA NUSAMAS


130 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Pemarkahan Kriteria Menilai/ Kemahiran Menilai Kriteria Deskripsi Bahasa • Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) • Ejaan dan tanda baca • Kosa kata Idea Penghuraian idea Pengolahan • Penghuraian • Pemerengganan • Format • Unsur keindahan bahasa/ ungkapan yang menarik Peringkat Kriteria Cemerlang 20 – 30 markah Idea • Idea releven dengan tugasan. • Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. • Penanda wacana yang tepat. • Kesalahan bahasa yang minimum. Pengolahan • Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai. • Format menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Baik 15 – 19 markah Idea • Idea masih releven dengan tugasan. • Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. Pengolahan • Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai. • Format masih menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana masih sesuai. Penguasaan Minimum 10 – 14 markah Idea • Idea kurang releven dengan tugasan. • Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. Pengolahan • Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan dengan pemerengganan yang kurang sesuai. • Format kurang menepati kehendak tugasan. • Penggunaan penanda wacana kurang sesuai. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 09 markah Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 131 Model 1 Cerita NOTA CERDIK 1 Karangan cerita terbahagi kepada tiga bentuk: (a) Berdasarkan pengalaman (b) Menggambarkan suasana atau gambaran (c) Menyudahkan cerita 2 Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej. 3 Urutan cerita sebaik-baiknya mempunyai perasaan ingin tahu di hati pembaca (pemeriksa) dengan mewujudkan unsur saspens. 4 Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, puncak (klimaks), dan peleraian. 5 Seboleh-bolehnya anda mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. 6 Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik. 7 Anda digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. 8 Watak tidak semestinya manusia; boleh benda atau binatang. 9 Letakkan dialog untuk menunjukkan kemahiran berbahasa, tetapi dialog yang penting sahaja. Anda dan rakan-rakan ke dusun datuk anda yang terletak di hujung kampung. Dalam suasana keseronokan, tiba-tiba berlaku tragedi yang tidak diingini. Ceritakan pengalaman anda melalui saat genting tersebut. Dusun di Hujung Kampung Musim buah-buahan kali ini jatuh pada musim cuti persekolahan. Cuti selama dua minggu terasa begitu panjang. Jika berterusan membaca buku dan menghadiri kelas tambahan, perasaan boleh tertekan. Oleh itu, aku mengajak rakanrakan memikirkan sesuatu untuk memanfaatkan waktu cuti ini. Ada yang mencadangkan kami pergi memancing, berbasikal mengelilingi kampung dan berkelah di pantai. Sedang kami berbincang, Allan Yap mencadangkan kami ke dusun datukku yang terletak di hujung kampung. “Kita bukan makan banyak. Datuk kamu tentu benarkan. Masakan datuk kamu hendak jual semua buah itu,” kata Allan Yap. “Tak ada masalah. Petang ini juga kita pergi,” balasku. Lalu, pada pukul 2.34 petang, setelah meminta izin daripada ibu bapa masing-masing, aku, Allan Yap, Vijay dan Faizal berbasikal ke rumah datukku, Tok Ram yang terletak di hujung kampung. Sambil berbasikal kami melihat penorama alam semula jadi yang belum tercemar. Ketika kami tiba, nenek memberitahu bahawa Tok Ram berada di dusun. Tanpa berlengah, kami berjalan ke dusun yang jaraknya 15 minit jika berjalan kaki. Pokok rambutan, duku, manggis, rambai dan mangga bagaikan melambailambai kedatangan kami. “Kamu semua memang langkah kanan, tetapi sebelum makan, tolong Tok Ram kutip buah manggis. Peraih datang selepas asar nanti,” kata Tok Ram yang menyedari kedatangan kami. “Sambil mengutip buah, bolehkah kami makan, Tok Ram?” tanya Faizal yang selalunya lurus bendul. “Makanlah seberapa banyak yang kamu hendak, asal sahaja jangan perut meletup sudah,” kata Tok Ram. Kerja-kerja juga, tetapi peluang menikmati kelazatan buah-buahan tempatan tidak kami sia-siakan. Oleh sebab banyak tangan, kerja mengutip buah manggis dapat kami selesaikan dalam masa tidak sampai 30 minit. Kemudian kami makan bersama-sama Tok Ram. Sambil makan, Tok Ram menceritakan kisah silamnya menghadapi saat getir ketika Perang Dunia Kedua dahulu. “Ketika negara dijajah, hidup rakyat begitu susah. Beras tak ada, jadi kami makan ubi kayu. Ramai yang mati kerana sakit. Kami berasa senang hati apabila negara merdeka. Oleh sebab itulah Tok Ram mahu kamu semua, Melayu, Cina dan India berbaik-baik supaya negara aman. Kamu perlu mempertahankan negara dengan ilmu pengetahuan dan keamanan,” kata Tok Ram. Sedang kami berbual dan menikmati buah-buahan, tiba-tiba angin bertiup kencang. Tanpa diduga, sebatang kayu kering menghempap tubuh Allan Yap. “Ya Allah!” jerit Tok Ram. Suasana yang mulanya tenang, kini bertukar menjadi tegang. Tok Ram segera mengetepikan dahan kayu daripada dada Allan Yap. Allan Yap yang terbaring di tanah mengerang kesakitan. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 143 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 3 Bahasa Melayu (02/1) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 HAK CIPTA NUSAMAS


144 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah] Soalan 1 dan 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Kita semua hendaklah selalu ________ orang yang dalam kesusahan. A membantu C memberi B mengambil D menolak 2 Puan Azmah menjual ________ jenis pakaian di butiknya. A seluruh C pelbagai B separuh D setengah Soalan 3 dan 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Botol itu penuh dengan air. II Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang penuh terhadap anak mereka. III Maria mendapat markah penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. IV Fikirannya penuh runsing memikirkan kejadian yang berlaku kelmarin. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV 4 I Rumah berkembar dua tingkat itu mempunyai halaman yang dewasa. II Jangan awak lupa akan nasihat ibu bapa apabila sudah dewasa. III Dewasa ini, kebanyakan keluarga memiliki lebih daripada sebuah kereta. IV Semakin hari saya semakin dewasa dengan cabaran hidup di rantau orang. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Soalan 5 dan 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Kawan Zahid yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumahnya pada hari raya yang lalu. A bermacam lapisan masyarakat B kebanyakan lapisan masyarakat C para-para lapisan masyarakat D pelbagai lapisan masyarakat 6 Para-para penduduk kampung itu bersyukur kerana mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. A Para penduduk-penduduk kampung B Para-para penduduk kampung-kampung C Para penduduk kampung D Para-para penduduk kampung Soalan 7 dan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Mereka pergi ke tempat kerja dengan menaiki bas kilang. II Hasnah gemar membaca novel pada waktu pagi. III Orang tua itu menanam sayur pada belakang rumahnya. IV Pak Uda menjaja rebus jagung daripada rumah ke rumah. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV 8 I Bayi itu sudah lama menangis. II Perangai budak itu berubah menjadi baik. III Badan saya sudah bertambah sihat sekarang. IV Dia menjual goreng pisang di simpang tiga. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal. 9 Keputusan peperiksaan sekolah di luar bandar itu semakin meningkat kerana kepimpinan pengetua sekolah yang baharu. A Keputusan peperiksaan sekolah di kawasan pedalaman itu semakin baik kerana kebijaksanaan pengetua yang baharu. B Pentadbiran sekolah dan pengetua yang baik akan menjamin keputusan peperiksaan yang baik. C Semua pengetua sekolah di kawasan pedalaman yang baik akan menjamin keputusan yang baik juga. D Daya kepimpinan seseorang pengetua bertambah baik jika prestasi peperiksaan sekolah meningkat. Soalan 10 Pilih jawapan yang paling sesuai. 10 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berikan maksud peribahasa di atas. A Membuat sesuatu perbuatan perlu fikirkan baik dan buruknya. B Jangan menunjuk-nunjuk ketika melakukan sesuatu pekerjaan. C Melakukan sesuatu yang tidak elok ada hadnya dan jangan berlebihan. D Jika hendak membuat kebaikan, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya. HAK CIPTA NUSAMAS


146 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) BAHAGIAN B [30 markah] 1 Dalam ayat di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Indastri perabot semakin mendapat perhatian di Malaysia menyebabkan permintaan terhadap bahan mentahnya semakin meningkat. Oleh sebab itu, sumber bahan mentahnya perlu dipelbagaikan untuk menampung bekalan yang diperlukan dalam industri pembuatannya. Namun begitu, tiada sesiapa menduga bahawa batang pokok spesis palma digunakan untuk membuat perabot. (i) Indastri sepatutnya Industri (ii) spesis sepatutnya spesies [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Banjir lebih buruk dijangka melanda daerah Kuala Selangor berikutan gejala air pasang besar dengan hujan lebat yang luar biasa. gejala sepatutnya fenomena (ii) Nasib pelarian itu teramat sedih sekali apabila mereka sanggup merentasi lautan untuk berhijrah ke negara lain. teramat sedih sekali sepatutnya teramat sedih/ amat sedih sekali [2 markah] 3 Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Semua baju kotor kami cuci di kedai dobi kerana hujan turun pada setiap hari. Kami mencuci semua baju kotor di kedai dobi kerana hujan turun pada setiap hari. (ii) Anaknya, Uqail diizinkan oleh Kamil berkelah di pantai bersama dengan rakan-rakannya. Kamil mengizinkan anaknya, Uqail berkelah di pantai bersama dengan rakan-rakannya. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata-kata hikmat yang sesuai. (i) Malang tidak berbau (ii) Yang tua dihormati, yang muda disayangi [2 markah] HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 147 5 Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 (i) Berdasarkan Bahan 1, bandingkan keadaan negara sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Sebelum negara memperoleh kemerdekaan, masyarakat telah dibezakan dengan kedudukan sosioekonomi hingga mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan bangsa. Selepas kemerdekaan, negara telah semakin maju dalam pelbagai aspek terutamanya perkembangan ekonominya yang menjadikan Malaysia sebagai pusat perdagangan utama di rantau Asia [3 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sikap pemimpin yang boleh diteladani. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimpin telah berjaya membawa kemajuan dalam pelbagai segi terutamanya dalam perkembangan ekonomi. Selain itu, pemimpin juga semakin mempunyai pendirian sendiri dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran. [3 markah] (iii) Kemerdekaan negara telah mengubah kehidupan masyarakat. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada negara jika masih belum merdeka dan masih lagi dijajah oleh kuasa besar? Jika negara kita belum memperoleh kemerdekaan, Malaysia kekal menjadi negara pertanian yang hidup dalam serba kekurangan. Pendidikan rakyat masih terkebelakang menyebabkan negara tidak maju, sebaliknya terus mundur. [Dua isi dengan ayat gramatis akan memperoleh markah maksimum]. [4 markah] Sambutan Hari Kebangsaan bertujuan meraikan pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat hari ini tidak akan menjadi realiti sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh daripada penjajah. Hal ini demikian kerana semasa zaman penjajahan, masyarakat telah dibezakan dengan kedudukan sosioekonomi hingga mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan bangsa. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimpin dan masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dalam pelbagai segi terutamanya perkembangan ekonomi yang menjadikan Malaysia sebagai pusat perdagangan utama di rantau Asia. Kemampuan tenaga kerja tempatan telah menarik pelabur-pelabur asing untuk merancakkan kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk kehidupan yang lebih baik. Dipetik dan diubah suai daripada, “Kepentingan Hari Kemerdekaan”, ipendidikan.my Pantun Pemimpin Berwibawa Hijau menguning padi di sawah, Tunduk berisi bagai nak rebah; Pendirian kukuh tidak goyah, Menghadap cabaran tidak gelabah. Kuala Lipis di negeri Pahang, Jauh dari Tasik Bera; Jangan ditakut jantannya orang, Hidup mati di tangan yang Esa. Berdayung mudik ke Kuala Sepat, Kolek bocor dikayuhi juga; Kalau menimbang sama berat, Kalau mengukur sama tepat. Dipetik dan diubah suai daripada, “Pantun untuk Para Pemimpin Melayu”, oleh Kamarilham, Oktober 2008 HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 151 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4 Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Tingkatan 3 Bahasa Melayu (02/2) 1 jam 30 minit Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 HAK CIPTA NUSAMAS


152 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Warga Emas warga emas – 60 tahun ke atas – patut dihormati – dilayan dengan baik – hati yang mudah tersentuh – datuk, nenek, ataupun ibu bapa – telah berjasa – hidup seperti roda – anak-anak dan cucu – menghargai kita pula Warga emas merupakan mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Sesuai dengan usia mereka yang sudah lanjut, mereka patut dihormati dan dihargai atau dengan kata lain, mereka patut dilayan dengan baik. Sesungguhnya, warga emas mempunyai hati yang mudah tersentuh. Mereka mungkin sahaja datuk, nenek, ataupun ibu bapa kita. Mereka telah berjasa kepada kita, maka kita hendaklah membalasnya dengan memberikan kasih sayang dan perhatian. Hidup seperti roda, apabila kita menjadi warga emas kelak, anak-anak dan cucu kita akan menghargai kita pula. [80 patah perkataan] HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 153 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PERKHEMAHAN 1 Anda telah mengikuti aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Guru penasihat telah meminta anda menulis laporan tentang aktiviti tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya. 2 Rakan-rakan yang menyertai perkhemahan telah tidur. Saya masih belum dapat melelapkan mata. Tiba-tiba saya mendengar satu jeritan yang amat kuat. Tanpa membuang masa, saya... Mulakan karangan anda dengan “Tanpa membuang masa, saya ....” 3 Melalui aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, anda dapat mengenali jenis-jenis kawan yang boleh dijadikan sahabat atau sekadar teman tertawa sahaja. Tulis sebuah karangan berkaitan dengan ciri-ciri sahabat sejati. HAK CIPTA NUSAMAS


154 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 155 1 AKHLAK DAN ADAB (a) Dalam kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi terdapat banyak kera dalam kalangan manusia. George Bernard Shaw (1856 –1950), sasterawan kelahiran Republik Ireland (b) Pembohong akan membohongi orang lain buat pertama kalinya dan akhirnya akan menipu diri sendiri. Griffith Taylor (1880 – 1963), pakar antropologi kelahiran England (c) Semikin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi pekerti. Prof. Dr. Hamka (1908 – 1981), ulama dan sasterawan tersohor dari Indonesia (d) Orang yang budiman ialah orang yang mengakui akan kelebihan kawannya. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (e) Jika anda dalam keadaan marah, janganlah anda menginginkan kebijaksanaan. Ibnu Sina (980 – 1037), filsuf, ilmuwan, dan doktor dilahirkan di Persia (kini Iran) (f) Untuk kebahagiaan hidup, seseorang itu mestilah menolak godaan. Mahatma Gandhi (1869 – 1948), pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India (g) Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecahbelahkan persaudaraan. Nabi Muhammad SAW (570 – 632), rasul yang terakhir umat Islam (h) Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Imam Al-Tirmidzi (822 – 892), ahli hadis dan pengarang kitab agama yang masyhur 2 AGAMA (a) Agama tanpa ilmu ibarat buta, ilmu tanpa agama menjadi lumpuh. Albert Einstein (1879 – 1955), pakar fizik kelahiran Jerman (b) Agama apabila benar-benar dihayati, membuat manusia menjadi pengawas dirinya sendiri. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia KATA-KATA HIKMAT DAN PERIBAHASA SEJAGAT [Manfaatkan dalam Karangan] (c) Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan jika tidak berpenjaga, binasalah hayat. Pepatah Arab 3 BAKTI (a) Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Abu Bakar As-Siddiq (572 – 634), khalifah Islam pertama (b) Janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah bahawa hidup anda tidak pernah dimulakan. John Henry Newman (1801 – 1890), sasterawan tersohor dari London 4 BANGSA DAN NEGARA (a) Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (b) Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (c) Apabila sesuatu bangsa tidak mempercayai diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (d) Orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. Bryron Lord (1788 – 1824), penyair Inggeris yang berperanan dalam kemerdekaan Yunani (e) Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Meng Tze (372 SM – 289 SM), seorang filsuf dari Tiongkok (f) Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16 (dari 1861 hingga 1865) (g) Beri aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku menggoncangkan dunia. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (h) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri.] Pepatah Melayu 5 CINTA DAN KASIH SAYANG (a) Membenci orang adalah seperti membakar rumah sendiri untuk mendapat kebebasan daripada tikus. Henry Emerson (1856 – 1936), fotografi terkenal kelahiran Britain (b) Sayangkan anak tangantangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.] Pepatah Melayu 6 CITA-CITA (a) Hidup ini tidak akan berguna jika tidak ditujukan kepada cita-cita luhur. Jose Rizal (1861 – 1896), negarawan ulung dari Filipina (b) Cintailah pelajaranmu sebagaimana engkau mencintai seseorang kerana pelajaran akan bersama-sama ketika sedih dan gembira. Lord Chesterfield (1694 – 1773), tokoh politik yang masyhur dari Britain (c) Cita-cita atau kemahuan seperti beliung yang tajam, dapat membuat jalan melalui hutan rimba. Charles Dickens (1812 – 1870), sasterawan terkenal dari London (d) Orang yang tidak mempunyai cita-cita bagaikan burung tanpa sayap. Pepatah Inggeris 7 ILMU PENGETAHUAN (a) Fikiran hanya tumbuh jika digunakan dan surut kalau dibiarkan begitu sahaja. Imam Syafie (767 – 820), pengasas mazhab Syafii (b) Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup. Thomas Edison (1847 – 1931), pereka dan usahawan Amerika Syarikat HAK CIPTA NUSAMAS


156 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) (c) Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (d) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah.] Pepatah Melayu (e) Jika seseorang itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran daripada buku itu, orang itu ibarat tidak tahu membaca. Pepatah Cina 8 KOMUNIKASI (a) Kata-kata yang ditulis dapat memenangi hati lebih banyak orang jika dibandingkan dengan kata-kata yang diucap. Setiap gerakan yang besar di dunia lebih terhutang budi kepada tokohtokoh penulis daripada tokoh-tokoh pidato. Adolf Hitler (1889 – 1945), diktator Jerman Nazi (b) Bagi orang muda, perkara yang paling penting ialah jangan berhenti bertanya. Albert Einstein (1879 –1955), pakar fizik kelahiran Jerman (c) Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahanmu. Benjamin Franklin (1705 – 1790), sasterawan tersohor Amerika Syarikat (d) Manusia lebih mengingati musuh daripada mengingati sahabat. Thomas Robert Bugeaud (1784 – 1849), tokoh politik dari Perancis (e) Orang yang menyisihkan dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan kerana pergaulan mencerdaskan dan menajamkan ingatan. Alfred Adler (1870 – 1937), pakar perubatan dari Austria (f) Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran. John Bird Fuller (1816-1845), usahawan tersohor dari London (g) Lebih banyak anda bercakap tentang diri sendiri, lebih banyak peluang anda untuk berbohong. Tyron Edwards (1809 – 1894), pengarang tersohor dari London (h) Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [memperbesar perkara yang kecil.] Pepatah Melayu (i) Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [katakata kadang-kadang lebih tajam daripada senjata.] Pepatah Melayu (j) Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja.] Pepatah Melayu (k) Jika engkau menggunakan katakata untuk menjelaskan, akan ada salah. Jawapan paling lengkap ada dalam pertanyaan itu sendiri. Pepatah Cina (l) Lebih baik menghindari perdebatan dengan orang bodoh. Pepatah Inggeris 9 KEBENARAN DAN KEJUJURAN (a) Hasad dengki itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu api. Nabi Muhammad SAW (570 – 632), rasul yang terakhir umat Islam (b) Katakanlah yang benar walaupun pahit. Russell Conwell Hoban (1925 – 2011), penulis tersohor dari London (c) Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sehari-hari kepada rakyat, kejujuran dan keikhlasan hendaklah diletakkan atas segala kepentingan yang lain. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga (dari 1976 hingga 1981) (d) Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekali pun, tidak akan hilang cahayanya [kebenaran atau kebaikan akan terserlah juga walaupun disembunyikan.] Pepatah Melayu (e) Kemalangan merupakan cubaan untuk melakukan keberanian. Pepatah Perancis 10 KEBERANIAN (a) Tidak ada yang perlu kita takuti kecuali ketakutan itu sendiri. Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat yang ke-32 (dari 1933 hingga 1945) (b) Kemalangan merupakan cubaan untuk melakukan keberanian. Pepatah Perancis (c) Tiada yang mustahil bagi orang yang berani mencuba. Iskandar Agung (356 – 323 Sebelum Masihi), penakluk dunia yang terkenal (d) Musuh yang paling bahaya ialah rasa takut dan ragu, tetapi teman yang paling menguntungkan ialah keyakinan dan keberanian. Andrew Jackson, Presiden Amerika Syarikat ketujuh (dari 1829 hingga 1837) (e) Berani kerana benar, takut kerana salah [berani bersuara atau bertindak kerana berada di pihak yang benar.] Pepatah Melayu (f) Tidak ada pahlawan tanpa luka. Pepatah Bulgaria 11 KEBIJAKSANAAN (a) Orang yang bijaksana ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. Jean Cocteau (1889 – 1963), sasterawan tersohor dari Perancis (b) Orang yang bijaksana sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuangzi (369 SM – 286 SM), filsuf tersohor pada pertengahan Zaman Negara Berperang Tiongkok (c) Si bodoh yang belajar hanya bodoh seketika tetapi si bodoh yang tidak mahu belajar akan bodoh selama-lamanya. Jean-Baptiste Poquelin (1622 – 1673), dramatis tersohor dari Perancis (d) Kebijaksanaan yang matang hanya dimiliki oleh orang yang sabar, sederhana, dan tanpa dosa. Henry Wadsworth Longfellow (1807 – 1882), sasterawan tersohor dari Amerika Syarikat (e) Belakang parang kalau diasah nescaya tajam juga [bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diajar akhirnya dia akan pandai juga.] Pepatah Melayu (f) Jauhari juga yang mengenal manikam [orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu.] Pepatah Melayu (g) Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat.] Pepatah Melayu (h) Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [orang yang bijaksana selalu memperoleh sesuatu lebih dahulu atau lebih cepat daripada orang lain.] Pepatah Melayu (i) Jika anda tidak memiliki sesuatu yang anda inginkan, anda harus menyukai apa-apa yang anda miliki. Pepatah Perancis (j) Orang yang tidak mahu membuka matanya harus membuka dompetnya. Pepatah Jerman (k) Burung rajawali tidak akan menunjukkan kukunya [orang yang pandai biasanya tidak akan mempamerkan kepandaiannya.] Pepatah Jepun 12 KEJAYAAN (a) Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu. Aristotle ((384 SM – 322 SM), ahli falsafah Yunani HAK CIPTA NUSAMAS


MySOLUSI MySOLUSI 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM11.90 : RM12.90 MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Praktis dalam buku ini disediakan untuk memudahkan murid menguasai kemahiran Bahasa Melayu secara menyeluruh. Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan. Praktis berteraskan DSKP dan tema buku teks Praktis MuLus turut disediakan Soalan KBAT untuk menguji kefahaman murid CIRI-CIRI ISTIMEWA CIRI-CIRI ISTIMEWA 9 786297 573694 ISBN 978-629-7573-69-4 1 set Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Disusun berdasarkan format Ujian Akhir Sesi Akademik UASA) MGF3 HAK CIPTA NUSAMAS


Click to View FlipBook Version