2.0 Hanijah Selamat BAHASA MELAYU KOD QR Maklumat Tambahan Pengetahuan Am Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT CIRI EKSKLUSIF UASA TINGKATAN 1 TINGKATAN1BAHASAMELAYUMODULEPERFECT20BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ii Jadual Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 1 iv TEMA 1 Amalan Gaya Hidup Sihat 1-10 UNIT 1 Sihat Membawa Kebahagiaan 1 UNIT 2 Amalan Kesejahteraan Hidup 6 TEMA 2 Beringat Supaya Selamat 11-19 UNIT 3 Sayangi Nyawa Anda 11 UNIT 4 Keselamatan di Mana-mana 16 TEMA 3 Cahaya Perpaduan 20-29 UNIT 5 Serasi Bersama 20 UNIT 6 Perpaduan 25 TEMA 4 Seni Bersendikan Budaya 30-38 UNIT 7 Citra Bangsa 30 UNIT 8 Tautan Seni Subur Harmoni 34 TEMA 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan 39-48 UNIT 9 Rakyat Berjasa Negara Terbilang 39 UNIT 10 Jasamu Pemimpin 44 TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi 49-57 UNIT 11 Sinar Masa Depan 49 UNIT 12 Sains Merentas Kehidupan 53 TEMA 7 Teknologi Amalan Hijau 58-66 UNIT 13 Lestarikan Kehijauan Bumi 58 UNIT 14 Selamatkan Bumi Kita 63 TEMA 8 Sektor Pertanian Pesat Membangun 67-76 UNIT 15 Pertanian Satu Perniagaan 67 UNIT 16 Dunia Baharu Tani 72 TEMA 9 Ekonomi dan Pengurusan Kewangan 77-86 UNIT 17 Pengurusan Wang Berhemat 77 UNIT 18 Urus Tadbir Kewangan 83 KANDUNGAN
49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 1.5.3 Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila TP Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 11 SINAR MASA DEPAN TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Rujuk halaman 62 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Lengkapkan dialog di bawah, kemudian lakonkan temu bual. Rozita : Terima kasih Encik Isa kerana sudi ditemu ramah. Sebelum kita mulakan, bolehkah Encik Isa memperkenalkan diri? Encik Isa : Sama-sama, Rozita. Saya ialah pegawai di Jabatan Meteorologi Malaysia. Antara cabang tugas saya ialah melakukan proses pembenihan awan. Rozita : Berapakah kaedah yang digunakan untuk melakukan pembenihan awan? Encik Isa : Ada dua kaedah yang digunakan untuk (1) melakukan pembenihan awan iaitu kaedah basah dan kering . Rozita : Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan dalam proses pembenihan awan? Encik Isa : Proses pembenihan awan dimulakan dengan (2) mengesan lokasi pembentukan awan kumulus menara dan kandungan wap air yang berpotensi menghasilkan hujan. . Rozita : Saya difahamkan pembenihan awan ini menggunakan larutan garam. Bagaimanakah penyediaan larutan garam itu dibuat? Encik Isa : Penyediaan larutan garam memerlukan (3) 200 kilogram garam bagi setiap 1500 liter air . Kemudian, larutan itu dimasukkan ke dalam tangki khas. Rozita : Apakah tindakan seterusnya? Encik Isa : Tangki-tangki itu akan dimasukkan ke dalam pesawat udara. Kemudian, larutan garam akan disembur (4) ke dalam awan pada altitud ketinggian 1500 meter hingga 2500 meter dari permukaan bumi . Rozita : Encik Isa, ini soalan terakhir. Apakah yang berlaku setelah larutan garam disembur ke dalam awan? Encik Isa : Larutan garam akan (5) bertindak balas dengan wap air di dalam awan . Selepas itu hujan pun turun. Rozita : Baiklah Encik Isa, sampai di sini sahaja temu ramah kita. Terima kasih. Encik Isa : Sama-sama.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 50 Hasilkan skrip cerita Acik dan Demok berdasarkan bahan pada halaman 64 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. KBAT SP 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis TP Kemahiran Menulis Demok: Miau…miau (Demok berpusing-pusing di kaki Acik) Acik : Saya Acik. Ini kucing saya, Demok. Mari sini, Demok. (Acik mendukung dan memeluk Demok) Adegan 1 (Acik memegang tonik herba di dalam makmal) Acik : Tonik herba ini sudah hampir siap sepenuhnya. Tinggal sedikit sahaja lagi ujian yang perlu dilakukan. (Acik berkata dalam suara yang perlahan) Demok: Miau…miau (Demok masuk melalui pintu yang terbuka sedikit) Adegan 2 (Demok melompat ke atas meja) Acik : (Acik terkejut.) Demok!! Apa yang awak buat ni? (bikar sampel terlepas dari tangan Acik. Herba tumpah) Habislah projek saya, Demok. Adegan 3 (Demok menjilat-jilat tumpahan tonik) Acik : Demok, jangan jilat. Jangan jilat! (Acik menjerit dan cuba Adegan 4 menghalang Demok daripada menjilat tumpahan tonik itu.) (Acik menghalau Demok dari meja makmal.) Acik : Demok, pergi dari sini! (Demok berubah sedikit demi sedikit menjadi besar di atas lantai) Demok!!! Demok!!! (Acik terkejut) Adegan 5 Skrip cerita
51 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan dengan betul, tepat dan mengikut konteks A B Senaraikan perbandingan semacam yang terdapat dalam petikan pada halaman 65 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Nyatakan perbandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar. 1 Nipis seperti kertas 4 Busuk macam bangkai 2 Adil seperti hakim 5 Rajin macam semut 3 Bebas seperti burung 6 Garang macam harimau Perbandingan Semacam seperti 1 Malas seperti keldai 2 Berputar ligat seperti gasing 3 Lambat seperti siput 4 Jernih seperti cermin 5 Gagah seperti gergasi macam 6 Besar macam gajah 7 Berat macam batu Aspek Seni Bahasa
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 52 SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks A B Senaraikan kata adjektif warna, bentuk, perasaan, dan waktu yang terdapat dalam petikan pada halaman 66 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong. Aspek Tatabahasa 1 Setelah menunggu, akhirnya Encik Samad berjaya menangkap seekor ikan yang besar. pantas suntuk lama 2 “Glob itu berbentuk ,” kata Puan Hanani kepada murid-murid tadika itu. sfera bujur leper 3 Anak-anak Encik Syamil berasa sangat apabila mereka dibawa ke taman tema air. kagum cemas seronok 4 “Epal itu berasa masam tidak seperti epal merah yang manis,” kata Suhaili kepada adiknya. hitam hijau oren 5 Puan Aina berasa sangat apabila suaminya masih belum pulang ke rumah walaupun sudah pukul 2.00 pagi. risau senang duka Kata Adjektif Warna • merah • hitam • hijau Kata Adjektif Bentuk • bengkang-bengkok • melengkung • lurus • aerodinamik Kata Adjektif Perasaan • teruja • seronok • gembira • kecewa • kagum • puas Kata Adjektif Waktu • awal • seketika • baharu
53 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.6.1 Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan betul dan jelas menggunakan ayat yang gramatis TP UNIT 12 SAINS MERENTAS KEHIDUPAN Terangkan cara membeli buku secara dalam talian berdasarkan bahan pada halaman 67 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Klik pada pautan http://bukudbp.com Klik pada buku yang hendak dibeli Sahkan maklumat Pilih kategori buku Sahkan buku yang dipilih Buat pembayaran Pilih jenis buku Isikan maklumat dan alamat Mula-mula kita perlu klik pada Berdasarkan jawapan murid Saya ingin membeli sebuah buku terbitan DBP tetapi tidak ada dijual di kedai buku. Mahu meminjam di perpustakaan ini juga tiada buku itu. Awak boleh beli buku itu secara dalam talian. Mudah sahaja. Nanti saya terangkan kepada awak. Bagaimana caranya? Beli sahaja di kedai buku DBP tetapi jauhlah dari tempat kita ini.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 54 SP 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan imbasan TP Kemahiran Membaca Baca dan fahami petikan pada halaman 68 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah. 1 Apakah maksud rangkai kata bahan terbuang? Maksud rangkai kata bahan terbuang ialah barang yang tidak digunakan lagi. 2 Apakah kelebihan filem X-ray dalam pembuatan kompang? Kelebihan filem X-ray dalam pembuatan kompang ialah filem ini sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, kompang yang menggunakan filem ini tidak perlu dikeringkan jika terkena air dan tidak perlu disedak dengan rotan apabila kendur. 3 Bagaimanakah Encik Suman mendapat ilham untuk mencipta kompang X-ray? Encik Suman mendapat ilham untuk mencipta kompang X-ray apabila beliau ingin membantu persatuan kompang di kampungnya membaik pulih kompang yang rosak. 4 Pada pendapat anda, apakah lagi inovasi yang boleh dibuat menggunakan filem X-ray? KBAT Berdasarkan jawapan murid. 5 Gambar di bawah merupakan bahan yang sering kali dibuang. Botol minuman yang dibuat daripada plastik boleh merosakkan alam kerana mengambil masa yang lama untuk dilupuskan dan terurai. Nyatakan tiga inovasi yang boleh dibuat menggunakan botol minuman plastik. KBAT Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid
55 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks TP Kemahiran Menulis A B Tulis makna perkataan di bawah dengan merujuk kamus, berdasarkan bahan pada halaman 69 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi. Perkataan Maksud 1 oftalmologi kajian tentang mata dan penyakit mata 2 astigmatisme kekaburan penglihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea 3 kornea selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata 4 laser alat untuk menerbitkan dan menguatkan gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang amat kuat dan tertumpu pada satu hala 5 rabun kurang terang atau kurang jelas penglihatannya 6 tumbesaran tumbuh dan membesar 7 diabetes kencing manis 8 sihat tidak menghidap sebarang penyakit; sembuh daripada sakit 9 hormon bahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain 1 kornea Pemakaian kanta sentuh dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan kornea mata terluka. 2 rabun Datuk saya membaca surat khabar begitu hampir dengan mukanya kerana dia rabun dekat. 3 diabetes Encik Razak menghidap diabetes kerana dia gemar makan makanan yang manis-manis. 4 sihat Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya diri kita terhindar daripada pelbagai penyakit kronik.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 56 SP 4.3.1 Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan kerangka penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik Aspek Seni Bahasa Berdasarkan kerangka penulisan pada halaman 70 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, tulis sebuah karya fiksyen. KBAT Tiba-tiba Ojan merasa keranjang bakul yang dinaikinya bergegar. Ojan mendapati bahawa belon panas yang membawa keranjang bakul itu ditarik oleh satu objek besar. Tarikan itu sungguh laju. Ojan memegang keranjang itu dengan kuat supaya tidak terjatuh. Dia telah dibawa ke satu daerah yang asing. Tidak lama kemudian, keranjang yang dinaikinya telah berada di atas tanah. Ojan mendapati dia berada di suatu tempat yang asing. Ojan berasa sukar untuk bernafas di situ. Tiba-tiba seekor burung datang menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai Oxzar. Ojan diberikan ubat agar dapat bernafas di Planet Nuto iaitu tempat tinggal Oxzar. Ojan memakan ubat itu. Ojan berasa susah hati kerana tidak tahu akan cara untuk pulang ke bumi. Belon panasnya telah rosak teruk. Oxzar menyuruh Ojan naik ke atas badannya. Oxzar membawa Ojan terbang menuju ke Benua Axi. Namun, mereka telah diserang oleh Doizer, sejenis raksasa yang ganas. Dalam pertempuran itu, Oxzar berjaya menyelamatkan Ojan. Akhirnya, Oxzar menghantar Ojan kembali ke bumi. Ojan mengucapkan terima kasih kepada Oxzar kerana telah menyelamatkan nyawanya.
57 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Aspek Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat dengan betul mengikut konteks A B Kenal pasti ayat yang mengandungi kata pembenar dan kata pangkal ayat dalam petikan pada halaman 71 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian salin ayat itu semula. Jawab soalan di bawah. KBAT Ayat yang mengandungi kata pembenar 1 Benar, tuanku. 2 Ya, tuanku. 3 “Ya, boleh, tuanku,” sembah tukang Lancang Jita. Ayat yang mengandungi kata pangkal ayat 1 Alkisah bermula dengan Raja Rawa yang memiliki kerajaan yang mewah dan terkaya di benua itu. 2 Syahadan, sedang baginda duduk-duduk sambil memerhatikan ombak, maka terlintas dalam fikiran baginda mahu meneroka samudera pula. 3 Kalakian, pertandingan membina pesawat yang boleh menyelam ke dasar laut telah diadakan. 4 Sebermula itu, ramailah cerdik pandai membina bermacam-macam bentuk kapal selam. 5 Hatta, sampai masa pemilihan kapal selam, baginda telah memilih kapal yang diberi nama Lancang Jita. 6 Adapun, kapal ini berbentuk ikan bagi memudahkan pergerakan. 7 Kalakian, Lancang Jita baginda mula menyelam ke dasar laut. 8 Syahadan, Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat pemandangan yang lebih jauh. “Adakah binaan ini membolehkan beta melihat pemandangan di bawah air? “Ya, boleh, tuanku,” sembah tukang Lancang Jita. …. Syahadan, Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat pemandangan yang lebih jauh. Kagum benar baginda melihatnya. Pada pendapat anda, apakah kepentingan teropong kepada kapal selam selain melihat pemandangan? Berdasarkan jawapan murid.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 106 SP 1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun TP Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 23 JASMANI CERGAS TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI A B Berbual dengan rakan tentang aktiviti yang lasak dan mencabar berdasarkan gambar pada halaman 134 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian, cari maklumat tentang dua sukan lasak lain yang digemari oleh remaja. KBAT Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid Sukan lasak: Sukan lasak: Memupuk keyakinan diri Meningkatkan daya fikir Memupuk keberanian Mengatasi rasa takut Meningkatkan daya tahan diri Merangsang kreativiti Meningkatkan daya saing
107 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Pak Ajin membeli ikan, Terlihat unggas di pohon kerdas; Gigih dan rajin dalam bersukan, Jasmani cergas minda cerdas. Orang yang rajin bersukan akan mempunyai badan yang cergas dan otak yang cerdas. 1 Burung belatuk di pohon turi, Mematuk selesa di balik suria; Sukan membentuk motivasi diri, Disiplin sentiasa cergas ceria. Sukan boleh memberikan motivasi kepada seseorang agar lebih berdisiplin serta diri akan sentiasa cergas dan ceria. 2 Tersusun indah bunga dahlia, Bunga dilihat di Kuala Kemuju; Sukan riadah amalan mulia, Rakyat sihat negara maju. Amalan bersukan dan riadah akan menjadikan rakyat lebih sihat seterusnya dapat memajukan negara. 3 Bunga matahari hias sepekan, Mata melihat dengan selesa; Elak diri malas bersukan, Agar hidup sihat sentiasa. Kita hendaklah melawan perasaan malas untuk bersukan supaya hidup kita sentiasa sihat. 4 Kemahiran Membaca SP 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai TP Lafazkan pantun pada halaman 135 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, jelaskan maksud bagi rangkap pantun di bawah. KBAT Pantun Sebutan 5 Intonasi 5 Rangkap Pantun Maksud
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 108 SP 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang tepat TP Kemahiran Menulis Tulis kerangka penulisan di bawah berdasarkan petikan teks pada halaman 136 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Idea 1 Maksud riadah • Rekreasi kegiatan yang menyeronokkan • Menyegarkan badan, melapangkan fikiran, menghiburkan hati • Kesibukan bukan alasan • Memperoleh pelbagai manfaat Pendahuluan • Kata alu-aluan • Nyatakan tujuan ucapan • Nyatakan tajuk syarahan Penutup • Akhir kata, kesedaran pentingnya berekreasi • Jadikan amalan dalam kehidupan harian • Negara maju, masyarakat sihat dan cergas Idea 2 Menyihatkan tubuh • Berjoging, berbasikal, mendaki gunung • Lemak di dalam badan dikurangkan • Badan berpeluh • Penyakit berbahaya dapat dihindari Idea 3 Mengurangkan stres • Aktiviti riadah pemangkin untuk mengurangkan tekanan • Keletihan, beban bekerja menyebabkan kemurungan, lesu • Prestasi kerja merosot, menimbulkan pelbagai impak negatif • Boleh hilang pekerjaan Idea 4 Mengeratkan hubungan kekeluargaan • Ibu bapa sekarang sibuk bekerja • Kurang masa dengan anak • Melakukan riadah bersama-sama keluarga • Ibu bapa boleh menasihati anak semasa riadah Rekreasi Dapat Memberikan Manfaat kepada Masyarakat
109 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan betul, rasional dan penuh penghayatan Maksud Aspek Seni Bahasa Lagukan syair pada halaman 137 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, nyatakan rangkap syair bagi maksud syair di bawah. Jika kita sentiasa melakukan riadah, kita akan mudah melakukannya kerana sudah menjadi kebiasaan. Hidup kita juga akan selesa, ceria dan bahagia. Rangkap 3 Kesihatan menjadi pelindung diri daripada pelbagai penyakit. Jika kita beriadah pada setiap hari, badan akan menjadi sihat tanpa kita sedari. Rangkap 5 Ibu berpesan supaya tidak bosan melakukan riadah. Kesibukan bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk beriadah. Dengan beriadah hidup akan sihat dan mempunyai wawasan. Rangkap 1 Ibu berpesan supaya jangan malas bersukan dan jangan culas beriadah. Kita hendaklah ikhlas melakukannya dan akan mendapat balasan yang baik kelak. Rangkap 4 Ibu mengajak anak-anak beriadah kerana riadah dapat memudahkan kehidupan. Kita akan gelisah sekiranya mendapat penyakit disebabkan tidak mengendahkan kesihatan. Rangkap 2 Syair Nada 5 Intonasi 5
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 110 SP 5.3.1 Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata nama dengan betul mengikut konteks Senaraikan perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akiran yang terdapat dalam dialog pada halaman 138 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Aspek Tatabahasa IMBUHAN AWALAN DAN AKHIRAN Imbuhan awalan Imbuhan akhiran di- – -an – meN- me-; mem-; men-; meng-; menge- -kan – peR- pe-; pel-; per- -i – teR- te-; ter- pinjaman -wan; -wati; -isme; -man beR- be-; ber-; belke- – peN- pe-; pem-; pen-; peng-; pengese- – memper- – diper- – pinjaman maha-; juru-; anti-; poli-; autoPerkataan Berimbuhan peserta terlibat pesara pekedai petani menjadi tersebut bersemi mengambil diperoleh menyertai memperluas menarik juruacara mahaguru golongan sukarelawan patriotisme olahragawan olahragawati bahagian jaringan rangkaian Awalan Akhiran
111 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat TP UNIT 24 CERGAS AKTIF TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI A B Baca petikan pada halaman 140 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, berikan maksud perkataan berikut. Bina ayat dengan menggunakan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Perkataan Maksud 1 emosi perasaan jiwa yang kuat 2 balet tarian klasik Barat yang lemah gemalai 3 polo permainan bola di atas padang dengan menggunakan kayu pemukul sambil menunggang kuda 4 lombol salah satu acara dalam gimnastik 5 lasak selalu bergerak dan cergas 6 stamina daya tahan atau keupayaan untuk membolehkan seseorang itu bekerja kuat 7 otot tisu yang terdiri daripada berkas sel-sel memanjang yang boleh ditegangkan dan dikendurkan untuk menghasilkan pergerakan 8 tangkas cepat gerak-geri, cekatan, cergas, cepat, pantas 1 emosi Emosi kakak saya terganggu sejak ikatan pertunangannya terputus seminggu yang lalu. 2 balet Tarian balet sukar dipelajari jika tidak dilatih sejak kecil dengan bimbingan jurulatih yang profesional. 3 lasak Sukan lasak kian mendapat tempat dalam hati golongan muda kerana sukan ini mencabar diri mereka. 4 stamina Seseorang yang hendak menyertai sukan lasak haruslah mempunyai stamina yang tinggi. 5 tangkas Ahli sukan yang tangkas beraksi di padang akan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kemahiran Membaca
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 112 SP 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat TP Kemahiran Menulis Rujuk halaman 141 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, kemudian tulis maklumat diri tokoh tersebut dalam perenggan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi dilahirkan pada 27 September 1987 di Kampung Sertik, Karak, Pahang. Beliau membesar di Padang Besar, Perlis. Ibunya bernama Lailah binti Salleh. Bapanya pula bernama Mohamad Puzi bin Mat Isa. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas di Bukit Dumar Ria, Lancang, Pahang. Beliau telah memperoleh pingat emas dalam acara olahraga 100 meter bagi kategori T36 dalam Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Beliau juga memperoleh pingat emas dalam acara olahraga 100 meter dan 200 meter bagi kategori T36 dalam Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura. Selain itu, beliau memperoleh pingat emas dalam acara olahraga 100 meter bagi kategori T36 dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 di Doha, Qatar. Di samping itu, beliau memperoleh pingat emas dalam acara olahraga lompat jauh, perak dalam acara 100 meter dan 200 meter bagi kategori T36 dalam Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Beliau berjaya dalam bidang ini kerana mempunyai minat yang mendalam. Tambahan pula, beliau mendapat dorongan daripada ibu bapa dan keluarga serta jurulatih. Beliau juga tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai halangan untuk berjaya dan beliau tidak mudah mengalah. Beliau berharap akan terus memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama negara. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi
113 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Pengulangan Kata Aspek Seni Bahasa Teliti petikan halaman 142 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, salin ayat yang mengandungi pengulangan serta gariskan pengulangan itu dan senaraikan singkatan kata. SP 4.1.3 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi dari aspek pengulangan kata dan singkatan kata dengan betul dan penuh penghayatan Contoh pengulangan dalam ayat yang berbeza: “Janganlah kecewa, Azizan. Kita tak boleh nak mengelakkan perkara yang sudah berlaku,” kata Cikgu Nordin. “Janganlah kecewa, Azizan,” celah Cikgu Rosman pula. Pengulangan kata dalam ayat yang berbeza. “Awak boleh memperhatikan strategi perlawanan pihak lawan dan merangka perubahan strategi pasukan awak nanti,” kata Cikgu Nordin. “Awak boleh bertindak sebagai pengurus pasukan,” celah Cikgu Rosman. “Walaupun awak tak boleh bermain bola, awak boleh memainkan peranan yang lain,” kata beliau lagi. Pengulangan kata dalam ayat yang sama. “Perlawanan ini bukanlah perlawanan persahabatan yang terakhir,” katanya lagi untuk memujuk Azizan. Pengulangan kata dalam ayat yang sama dan ayat yang berbeza. “Main tetap main. Lawan tetap lawan,” sambungnya menyuntik semangat juang. “Ya, main tetap main, lawan tetap lawan,” bisik hati kecil Azizan, penuh semangat. Singkatan kata tak; nak ; depan
15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. 9 786297 573793 ISBN 978-629-7573-79-3 2.0 Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 2.0 MGF1