BAHASA MELAYU Ditulis oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP KSSM 5 TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI Video Jawapan Bahan digital Berdasarkan Format SPM Terkini KOD QR Berdasarkan Tema Buku Teks Tip Menjawab Soalan Kertas Model SPM
iii 1 KERTAS Bahagian A: Penulisan Respons Terhad Perincian Format dan Item Soalan 1 5 Tip Menjawab Soalan Bahagian A (Murid Kategori Cemerlang) 1 MASTERI 1 Tema 1 : Anda Bersih, Anda Sihat 2 MASTERI 2 Tema 3 : Kerjaya Meniti Jaya 5 MASTERI 3 Tema 1 : Anda Bersih, Anda Sihat 8 MASTERI 4 Tema 8 : Melancong Mencari 11 Makna MASTERI 5 Tema 11 : Dunia Selamat Milik Kita 14 MASTERI 6 Tema 1 : Anda Bersih Anda Sihat 17 MASTERI 7 Tema 10 : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 21 MASTERI 8 Tema 8 : Melancong Mencari Makna 24 1 KERTAS Bahagian B: Penulisan Respons Terbuka 5 Tip Menjawab Soalan Bahagian B (Murid Kategori Cemerlang) 27 MASTERI 1 Tema 4 : Bersatu Kita Teguh (Domain Awam) 27 MASTERI 2 Tema 15 : Industri Cemerlang, Negara Gemilang (Domain Awam) 31 MASTERI 3 Tema 2 : Sukan dan Rekreasi (Domain Peribadi) 34 MASTERI 4 Tema 13 : Jati Diri, Warganegara Patriotik (Domain Peribadi) 37 MASTERI 5 Tema 5 : Pendidikan untuk Semua (Domain Pendidikan) 40 MASTERI 6 Tema 5 : Pendidikan untuk Semua (Domain Pendidikan) 43 MASTERI 7 Tema 9 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan (Domain Kerjaya) 46 MASTERI 8 Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi (Domain Kerjaya) 49 MASTERI 9 Tema 4 : Bersatu Kita Teguh 52 MASTERI 10 Tema 16 : Integriti 55 2 KERTAS Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa SOALAN 1 MORFOLOGI MASTERI 1 58 MASTERI 2 59 MASTERI 3 60 MASTERI 4 61 MASTERI 5 62 MASTERI 6 62 MASTERI 7 63 MASTERI 8 64 SOALAN 2 SINTAKSIS MASTERI 1 65 MASTERI 2 65 MASTERI 3 66 MASTERI 4 66 MASTERI 5 67 MASTERI 6 67 MASTERI 7 68 MASTERI 8 68 SOALAN 3 PENYUNTINGAN MASTERI 1 69 MASTERI 2 70 MASTERI 3 71 MASTERI 4 72 MASTERI 5 73 MASTERI 6 74 MASTERI 7 75 MASTERI 8 76 SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD MASTERI 1 77 MASTERI 2 77 MASTERI 3 78 MASTERI 4 78 KANDUNGAN
1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 1 Penulisan Respons Terhad KERTAS BAHAGIAN A Bil. Perkara Perincian Format & Item 1103/ 1 (2021) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A (30 markah) Satu (1) soalan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Bahagian B (70 markah) Empat (4) soalan esei dengan kombinasi bahan maklumat/ petikan teks (Pilih dan jawab satu daripada empat soalan) 4 Jumlah markah 100 markah 5 Tempoh Peperiksaan 2 jam 6 Cadangan Agihan Masa Bahagian A – 30 minit Bahagian B – 90 minit 7 Konstruk Kemahiran: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta Perincian Format dan Item Soalan VIDEO bit.ly/3QISBE Penulisan Kertas 1 1 Perlu menguasai semua format penulisan – Mulai 2021, Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (KSSM), format soalan tidak terhad kepada karangan tidak berformat seperti soalan format lama, iaitu tahun 2020 dan sebelumnya. 2 KBAT – Soalan yang dikemukakan memerlukan calon meneliti dan menganalisis bahan rangsangan/ grafik yang diberikan. Calon perlu mengenal pasti fokus huraian isi berdasarkan kata tugas soalan dan maklumat dalam bahan rangsangan/ grafik. 3 30 markah dan peruntukan masa 30 minit – Calon berkategori cemerlang sepatutnya berupaya menulis karangan untuk bahagian ini dengan wacana lengkap, sekurang-kurangnya 3 isi, huraian lengkap/ bernas dengan jumlah perkataan maksimum (200 patah perkataan atau lebih). 4 Penulisan karangan yang sifar kesalahan bahasa – Ambil masa 3 - 4 minit untuk proses penyuntingan. Jangan dedahkan hasil penulisan anda dalam situasi bahaya – sekali imbas tulisan nampak kemas/ cantik, malangnya apabila dibaca tanggapan pemeriksa semakin menurun kerana banyak kesalahan bahasa. 5 Kosa kata dan ayat dinamik – Untuk menjadikan penulisan karangan anda dinamik, berikan keutamaan penggunaan jenis-jenis ayat gabungan seperti peribahasa (wajib setiap perenggan), petikan kata tokoh, ayat fakta (nombor atau kata nama khas) dan ayat persoalan. 5 Tip Menjawab Soalan Bahagian A (Murid Kategori Cemerlang)
11 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 MASTERI 4 TEMA 8: Melancong Mencari Makna Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan tempatan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Faedah Melancong dalam Negara Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 96 Kalau melancong dalam negeri, Ekonomi meningkat tidak terperi. Kalau melancong bersama keluarga, Silaturahim akan sentiasa terjaga. Kalau melancong bersama kawan, Gunung yang tinggi dapat ditawan. Kalau melancong sambil belajar, Banyak ilmu dapat dikejar. Penganjur dibenarkan memohon lebih daripada satu penganjuran program/ acara pada tahun semasa (2022), tetapi setiap permohonan PERLU MEMPUNYAI KONSEP DAN PENGISIAN YANG BERBEZA. Dipetik dan diubah suai daripada “Garis Panduan Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) 2022”, https://www. motac.gov.my/geran-panduan Mekanisma Pelaksanaan: Memberikan fokus kepada penganjuran program/ acara pelancongan domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula. GERAN SEPADAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia SILING PERUNTUKAN
17 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 MASTERI 6 TEMA 1: Anda Bersih Anda Sihat Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Nota: • Bilangan sajian dikira berdasarkan 1500 hingga 2300 kcal. • Piramid ini adalah untuk populasi berumur 7 tahun dan ke atas sahaja; bagi populasi 7 tahun ke bawah, rujuk saranan pengambilan makanan dalam Malaysian Dietary Guidelines (MDG) for children and Adolescents. • Bagi remaja berumur 13 hingga 15 tahun, cadangan sajian bagi buah-buahan adalah 2-3 sajian serta susu dan produk tenusu 2-3 sajian. • Bagi remaja berusia 16 hingga < 18 tahun, cadangan sajian bagi buah-buahan adalah 2-3 sajian, susu dan produk tenusu 2-3 sajian serta nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijiran penuh dan ubiubian 3-6 sajian. Termasuk ultra-processed foods yang mengandungi bahan-bahan tiruan seperti pewarna, pemanis, penambah perisa, pengawet dan bahan tambahan yang lain. Panduan Pengambilan Makanan HARIAN Anda * Hadkan pengambilan lemak, minyak, gula dan garam Ikan: 1 sajian Ayam/ telur/ daging: 1 – 2 sajian Legum: 1 sajian Nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian: 3 – 5 sajian Buah-buahan: 2 sajian Susu dan produk tenusu: 2 sajian Air kosong: 6 – 8 gelas 1 gelas – 250 ml Sayur-sayuran: > 3 Sajian AMALAN HIDUP SIHAT Berkebun Mengemas rumah Bersukan Menaiki tangga Bersenam Berjalan
27 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 1 Penulisan setiap isi perlu seimbang – Mulai 2021, Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (KSSM), format soalan tidak terhad kepada karangan tidak berformat seperti soalan format lama, iaitu tahun 2020 dan sebelumnya. 2 Pastikan setiap perenggan ada peribahasa, fakta angka/ KNK dan petikan kata tokoh – Soalan yang dikemukakan memerlukan calon meneliti dan menganalisis bahan rangsangan/ grafik yang diberikan. Calon perlu mengenal pasti fokus huraian isi berdasarkan kata tugas soalan dan maklumat dalam bahan rangsangan/ grafik. 3 Buat penyuntingan supaya sifar kesalahan ejaan dan kesalahan bahasa – Calon berkategori cemerlang sepatutnya berupaya menulis karangan untuk bahagian ini dengan wacana lengkap, sekurang-kurangnya 3 isi, huraian lengkap/ bernas dengan jumlah perkataan maksimum (200 patah perkataan atau lebih). 4 Penggunaan bahasa bervariasi dan laras bahasa bersesuaian dengan tema penulisan – Ambil masa 3 - 4 minit untuk proses penyuntingan. Jangan dedahkan hasil penulisan anda dalam situasi bahaya – sekali imbas tulisan nampak kemas/ cantik, malangnya apabila dibaca tanggapan pemeriksa semakin menurun kerana banyak kesalahan bahasa. 5 Pastikan hasil penulisan anda untuk dibaca oleh pemeriksa adalah yang terbaik/ kelompok terbaik – Bilangan perkataan maksimum (500 patah perkataan), bilangan isi 4 – 5, ditulis kemas dan bersih dan mudah dibaca (tidak terganggu dengan tulisan terlalu kecil atau kabur). Nota: Calon boleh menggabungkan Tip Bahagian A dan Bahagian B untuk menghasilkan karangan yang cemerlang. 1 Penulisan Respons Terbuka KERTAS BAHAGIAN B 5 Tip Menjawab Soalan Bahagian B (Murid Kategori Cemerlang) TEMA 4: Bersatu Kita Teguh (Domain Awam) MASTERI 1 SENTUHAN DIPLOMASI NEGARA A Penyelesaian konflik melalui perundingan dan menolak pendekatan secara kekerasan serta paksaan. A Mengamalkan pendekatan jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara-negara lain. A Mendukung prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta berpegang pada prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan serta keutuhan sesebuah wilayah melalui pendekatan tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Dipetik dan diubah suai daripada "Sentuhan Diplomasi Negara", Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 44 Petikan di atas menunjukkan pendekatan Malaysia untuk mengelakkan konflik antara negara-negara di dunia dan negara-negara serantau. Tanpa penekanan terhadap sentuhan diplomasi memungkinkan negara terdedah kepada ancaman keselamatan. Huraikan kesan-kesan yang mungkin boleh berlaku kepada negara sekiranya tidak ada pendekatan diplomasi.
69 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 SOALAN 3 PENYUNTINGAN MASTERI 1 Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala dalam petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Usaha membanteras aktiviti vandalisma memerlukan kerjasama semua pihak supaya generasi akan datang tidak mewarisi sikap negatif ini. Rasa-rasanya tidak terlaluan jika dikatakan bahawa remaja yang sering bersikap atau mengamalkan salah laku ini seolah-olah berhasrat untuk “menghidupkan” gulungan barbarian yang tidak bertamadun. Sehubungan dengan itu, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai otak kelas pertama yang tahu menghayati dan menyantuni harta benda awam. Semoga pada tahun ini kita berjaya mendepani cabaran semasa tanpa perlu menghadapi perbuatan yang tidak bertamaddun ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Jadilah Generasi Mengenang Budi” Dewan Siswa, Disember 2020 Petikan 2 Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak dari tahun 1986 lagi. Menerusi program RIMUP ini, KPM menyediakkan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Bermacam aktiviti dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi lima elimen, iaitu akademik, khidmat masharakat, jati diri dan patriotisme, kebudayaan dan kesenian, serta sukan dan permainan. Dipetik dan diubah suai daripada “RIMUP”, Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 42 Petikan 1 Salah Betul Petikan 2 Salah Betul
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 74 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 Pada masa kini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing terhadap murid-murid. Sejak dari sekolah rendah, mereka sudah mempelajari mata pelajaran ini. Walau bagaimana pun, terdapat murid yang beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan sedangkan banyak faedah yang dapat diperolehi melalui mata pelajaran ini. Sejarah dapat mengelakkan kita dari mengulangi sesuatu kesilapan. Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil ikhtiar daripada sejarah. Kesilapan yang telah dilakukan oleh kita dahulu sepatutnya menjadi ajaran, manakala kebaikan yang dicapai kita teruskan. Bak kata pepatah Melayu, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kesilapan ini tidak harus diulangi oleh jenerasi kini. Sebaliknya, kita mesti mempertahankan dan membangun negara. MASTERI 6 Dalam petikan tersebut terdapat sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Salah Betul Petikan 2 Salah Betul
75 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 Petikan 1 Kad pengenalan Tanah Melayu yang pertama terbentuk kertas diperkenal oleh kerajaan British untuk melindungi negara dari ancaman komunis. Penggunaan kad ini dilaksanakan di seluruh Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960. Kad pengenalan ini tidak bersalut serta mengandungi gambar hitam putih, cap jari kanan sahaja, makluman asal penduduk, dan tiada tahap kewarganegaraan. Dipetik dan diubah suai daripada “Evolusi Kad Pengenalan” Buku Teks Tingkatan 4, hlm. 119 MASTERI 7 Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala dalam petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Salah Betul Petikan 2 Modul Pengajian Tinggi disusun untuk golongan yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun yang sedang menjalankan pendidikan selepas tamat sekolah menengah. Tujuan modul ini dibangunkan ialah untuk memberikan pendidikan kepada golongan tersebut agar bertanggung jawab terhadap waktu hadapan kewangan mereka sendiri. Dipetik dan diubah suai daripada “Fahami Celik Wang” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 110 Petikan 1 Salah Betul
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 94 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 MASTERI 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SOALAN 7 PETIKAN SASTERA Bahan 2 Dahlia mengetap bibir. Hati, sabarlah. Manusia memang mudah berkata-kata, tetapi untuk berkongsi derita, apalagi takungan air mata, tiada yang sudi. “Emak saya sakit. Tak ada sesiapa nak jaga adik.” “Dengan mengetepikan pelajaran, awak mahu sakit seperti emak awak?” Bibit-bibit kebencian mula bersarang di dada Dahlia. Mengapa orang lain tidak mahu mengerti? Dia tidak pernah berkelakuan seperti ini. Mustahil tanpa sebab perangainya berubah. Benci! “Cikgu tak faham…,” kata-kata Dahlia terputus-putus. Air mata, keluarlah untuk mencairkan ketulan derita. Malangnya sudah tidak mampu keluar lagi. “Susah macam ini,” luah Cikgu Salwani, bosan. “Cakap sahaja masalah awak, biar saya senang ambil keputusan. Awak, bolehlah berfikir, sama ada hendak terus tinggal di asrama atau tidak.” “Biarlah saya keluar sahaja, cikgu….” Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 1 Tiada Alasan Untuk Kejayaan Ombak cabaran kuharungi lembah dugaan kutempuhi hutan kesulitan kurentasi gunung harapan kudaki. Nur Syakila binti Mohd Isa Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 61 Demi sebuah piala kejayaan halangan bukan alasan kendala bukanlah rintangan diatasi dengan pedoman. Bahan 3 Gurindam Hati Waja Jika teguh azam dan cita, Yang dibuat menjadi nyata. Jika kausah potensi diri, Yang diusahakan pasti menjadi. Jika ilmu penuh di dada, Idea terbaik sentiasa ada. Jika semangat tersemat di dada, Hasil kaudapat berlipat ganda. Alias bin Deris Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hlm. 51 Jika tabah juga semangat, Tidak rugi menumpah keringat. Jika bekerja utamakan muafakat, Semua usaha membawa berkat. Jika idea sungguh kreatif, Kelak kaudapat pelbagai insentif. Jika hidup selalu berbakti, Namamu harum tersemat di hati.
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 104 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 MASTERI 6 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Syair Alam Alam ternoda dek kerakusan. Penebangan pokok tanpa batasan, Kononnya pembangunan itu alasan, Kejamnya manusia tiada perasaan. Jika datang nafsu dan hajat, Kita seperti binatang dihambat, Bermacam pekerjaan hendak dijabat, Alam yang indah tiada selamat. Jika dunia diinginkan sentosa, Keamanan datang tanpa dipaksa, Tetapi perang dan perebutan kuasa, Tajuk utama tak kira masa. Dipetik daripada “Syair Alam Sekitar” Internet Bahan 2 Pantun Alam Sekitar Dari emas biarlah permata. Dalamnya digali berbatu-batu, Alam ternoda di depan mata, Masihkah saja dibiar begitu? Hembus pawana bayu terasa, Hati kehendak merasa sepi, Indah buana ciptaan Esa, Mengapa tidak dijaga rapi? Terang malam kerana bulan, Pucuk paku delima batu, Indah alam ciptaan Tuhan, Kemusnahan berlaku mengapa begitu? Dipetik daripada “Pantun Alam Sekitar” Internet (i) Apakah maksud rangkap pertama syair dalam Bahan 1 di atas? _______________________________________________ __________________________________
111 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Silir Daksina karya Nizar Parman (b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (c) Tirani karya Beb Sabariah (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama beserta contoh. Perwatakan watak utama: Novel: Watak Perwatakan
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 114 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Silir Daksina karya Nizar Parman (b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (c) Tirani karya Beb Sabariah (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua peristiwa yang menunjukkan perasaan kasih sayang dalam novel tersebut. Dua peristiwa yang menunjukkan perasaan kasih sayang: Novel: Peristiwa 1 Peristiwa 2
115 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 1 Mesti menyasarkan pengesanan 8 isi terbaik – Sekiranya terdapat lebih daripada 8 pilihan isi, pilih isi yang ayatnya jelas dan ringkas (tidak banyak perkataan). 2 Kenal pasti penanda wacana ayat isi – Dalam petikan teks, terdapat frasa penanda isi seperti – Salah satu, tambahan pula, juga dan di samping itu. Terdapat juga sesetengah petikan teks ayat isinya menggunakan imbuhan 'me-…' seperti melaporkan, memusnahkan dan menyertai. 3 Jangan sesekali tertinggal perkataan dalam ayat isi – Amat rugi jika situasi ini berlaku kerana isi akan dianggap salah kerana perkataan yang tertinggal akan menjejaskan maksud ayat . 4 Pastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan – Sebagai pemahaman mudah, sekiranya anda menulis 130 patah perkataan (lebih 10 patah perkataan) anda akan kehilangan markah kesimpulan (2m) dan juga markah bahasa (1m). 5 Wacana rumusan perlu lengkap untuk memperoleh markah penuh – Rumusan anda mesti ada pendahuluan, isi (Fokus 1 dan Fokus 2) dan kesimpulan. Penulisan rumusan yang tidak lengkap akan menjejaskan markah. 2 Rumusan KERTAS BAHAGIAN C 5 Tip Menjawab Soalan Rumusan MASTERI 1 TEMA 4: Bersatu Kita Teguh Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi agar mereka membesar dengan menghargai warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka, serta berusaha untuk menjadikan Malaysia yang terbaik dalam semua aspek. Patriotisme boleh ditanam dalam kalangan murid melalui sistem pendidikan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa bangga akan negara menerusi hubungan yang padu dalam kalangan murid pelbagai kaum. Selain itu, rasa kepunyaan ialah unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam diri muridmurid. Hanya dengan rasa kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan matang serta menjadi pemimpin pada masa hadapan. Biarkan anak-anak membesar bersama-sama agar mereka dapat mengenali, memahami dan menghayati rakan mereka yang berbeza warna kulit, budaya dan agama. Generasi muda mesti didoktrinkan dengan konsep perpaduan nasional sebagai pegangan hidup. Keakraban hubungan generasi muda yang pelbagai kaum menjadi tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Oleh hal yang demikian, murid perlu terlibat dengan aktiviti berkumpulan seperti kokurikulum dan sukan supaya dapat berinteraksi dengan akrab lantas membina persahabatan yang erat. Bagi menyokong usaha ini, pihak
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 122 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 MASTERI 4 TEMA 16: Integriti Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Mengapakah belia terlibat dengan rasuah? Hal ini demikian kerana kedua-dua pihak sama ada penerima atau pemberi rasuah mempunyai kepentingan. Punca gejala rasuah yang melibatkan golongan belia antaranya mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri terhadap pemberi rasuah tersebut. Penerima rasuah pula boleh mendapatkan atau memudahkan sesuatu perkara yang diingini pemberi rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali mendedahkan sejumlah 275 orang belia berusia antara 18 hingga 30 tahun ditangkap atas kesalahan membabitkan rasuah sejak 2020 sehingga Jun 2022. Daripada jumlah itu, seramai 21 orang berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 orang lagi berusia antara 24 hingga 30 tahun. Selain itu, rasuah diterima oleh golongan belia juga berpunca daripada gaji yang rendah mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menampung kos sara diri di samping keinginan untuk menjalani gaya hidup mewah. Apabila kurang kemampuan dari segi kewangan, maka segelintir golongan tersebut terpaksa mencari jalan lain yang lebih mudah iaitu rasuah untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan. Hendak mencari pekerjaan kedua mungkin sukar dalam keadaan sekarang. Maka mereka mencari alternatif yang mudah iaitu dengan menerima rasuah untuk mendapatkan duit. Mengulas mengenai bentuk rasuah yang diterima, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengatakan daripada pengalaman beliau semasa menerajui SPRM, kebanyakan mereka hanya menerima wang untuk mendapatkan apa-apa yang diidamkan. Bentuk rasuah yang diambil majoritinya hanyalah berbentuk duit. Jarang yang melibatkan salah guna kuasa kerana mereka hanya mahu duit untuk kehidupan mewah. Penerapan ilmu rasuah bagi orang muda masih kurang dan ramai yang tidak sedar bahawa rasuah boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja dan sekali gus menghancurkan masa depan. Kerajaan perlu memikirkan alternatif yang lebih efektif bagi menerapkan dalam diri anak muda berkenaan pendidikan antirasuah melalui pembelajaran di sekolah mahupun universiti. Tambahan pula, pembelajaran berkaitan dengan rasuah sudah pun terdapat di sekolah-sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, cuma sekarang ini perlu diberikan penekanan yang lebih mendalam. Dipetik dan diubah suai daripada “Gaji Rendah Punca Ramai Belia Terjebak Rasuah”, oleh Nazrin Zulkafli, Sinar Harian, 7 Jun 2022 Bahan 2 Orang Awam: A Melaporkan segala insiden rasuah kepada pihak berkuasa. A Tidak memberikan sebarang rasuah, hadiah, “wang pelincir”, atau menerima rasuah dalam sesuatu urusan. A Mendidik anak tentang integriti dan bahaya rasuah. Organisasi: A Melaksanakan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional. A Menjauhi segala amalan tidak telus dan haram di sisi undang-undang. A Melaporkan rasuah kepada pihak berkuasa. A Membudayakan integriti dan toleransi sifar terhadap rasuah. Sumber: https://www.facebook.com/commedumacc/ “BERSAMA MEMERANGI RASUAH” Apakah peranan kita?
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 124 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 2 MASTERI 5 TEMA 8: Melancong Mencari Makna Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi negara ialah sektor pelancongan. Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan pelancong khususnya pelancong asing kerana kekayaan alam semula jadi yang terdapat di serata negara. Di samping menikmati keindahan alam yang tidak didapati di negara lain, mereka boleh melakukan aktiviti seperti mendaki gunung, memancing, berkhemah dan pelbagai aktiviti yang lain lagi. Malaysia juga memiliki pulau-pulau dan pantai-pantai yang cantik yang membolehkan pelancong berjemur di tengah panas dan melakukan aktiviti selam skuba. Antara pulau yang menjadi pilihan pelancong ialah Pulau Tioman, Redang dan Perhentian. Malaysia juga menjadi pilihan pelancong disebabkan oleh kemudahan infrastruktur yang kondusif. Sebelum memilih destinasi pelancongan, mereka tentunya mencari kaedah pengangkutan yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta bertaraf dunia. Pelancong juga berasa selesa untuk melancong dan sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat. Jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel juga menyenangkan mobiliti para pelancong. Selain itu, nilai mata wang yang berpatutan juga menjadi sebab tarikan pelancong dunia ke negara Malaysia. Seterusnya, pelancong-pelancong gemar melancong di Malaysia kerana kekayaan budaya dan sejarah masyarakat berbilang kaum yang kita miliki. Sikap rakyat yang ramah dan mesra turut menjadi tarikan pelancong ke Malaysia. Umum sedia maklum bahawa kemajmukan masyarakat Melayu, Cina, India dan lainlain hidup bersama-sama dan sentiasa beramah mesra antara satu sama lain. Bagi memajukan lagi sektor pelancongan, kerajaan berusaha membangunkan tempat-tempat menarik sebagai pusat pelancongan yang dapat menggamit kedatangan pelancong asing. Kerajaan juga menggerakkan semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan sektor pelancongan agar bekerjasama untuk membangunkan sektor pelancongan sejajar dengan pembangunan negara. Oleh itu, semua pihak perlu menempuhi pelbagai cabaran demi masa depan negara untuk menikmati faedah daripada perkembangan sektor pelancongan. Dipetik dan diubah suai daripada “Sebab-sebab Memilih Malaysia Sebagai Tempat/ Destinasi Pelancongan”, www.ipendidikan.my. Bahan 2 Mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia Menyediakan kemudahan yang mencukupi Memelihara dan memulihara bangunan bersejarah Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan di Negara Kita
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 132 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM Kertas Model SPM KERTAS 1 Bahagian A [30 markah] Maklumat di bawah berkaitan dengan kepentingan memiliki keluarga bahagia. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia A Melahirkan generasi muda yang berketerampilan A Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga A Mengurangkan kes jenayah A Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat A Mampu menjamin keamanan negara A Menyumbang kepada pembangunan negara
133 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM Bahagian B [70 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 350 patah perkataan. SOALAN 1 Lambakan teknologi digital dan peranti di seluruh dunia sememangnya memberikan banyak manfaat kepada setiap masyarakat. Namun demikian, terdapat juga kesan negatif akibat penggunaannya terhadap perkembangan kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak yang sibuk menggunakan peranti sebagai alat ganti permainan akan hilang fokus, kurang kemahiran komunikasi, lemah kemahiran berbahasa dan berkemungkinan menjejaskan penguasaan akademik. Kanak-kanak juga mungkin tidak mempunyai kreativiti kerana penumpuan lebih diberikan kepada skrin. Justeru, tidak hairan apabila ketagihan dan kebergantungan pada peranti dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar menjadikan tanggungjawab keibubapaan dalam era teknologi digital ini semakin sukar dan mencabar. Dipetik dan diubah suai daripada “Ibu Bapa Perlu Tegas Pantau Ketagihan Anak Guna Peranti”, oleh Prof. Madya Dr. Melati Sumari Berita Harian, 7 Mac 2023 Maklumat di atas berkaitan dengan ketagihan peranti dalam kalangan kanak-kanak sehingga menjejaskan perkembangan mereka dalam pelbagai aspek dan bidang. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk mengelakkan ketagihan peranti dalam kalangan anakanak. SOALAN 2 Jenayah penipuan dalam talian terus berlaku saban tahun. Pihak kerajaan masih lagi membanteras jenayah ini dengan cara konvensional seperti penguatkuasaan dan ceramah. Jadi, wujud keperluan agar kerajaan dapat mencari kaedah lain supaya jenayah ini dapat dikekang sejak awal. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan didikan awal pada peringkat sekolah. Murid perlu diberi pendedahan tentang kaedah-kaedah penipuan yang dilakukan oleh penjenayah yang memang mahir menipu. Didikan ini boleh menjadi benteng awal bagi masyarakat khususnya orang Melayu yang diketahui mudah ditipu kerana pengurusan kewangannya sangat lemah. Dipetik dan diubah suai daripada “Wujud Subjek Anti Penipuan di Sekolah”, oleh Meja Rencana, Utusan Malaysia, 8 Mac 2023 Maklumat di atas berkaitan dengan jenayah penipuan dalam talian dan usaha kerajaan dalam membanteras jenayah ini. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jenayah penipuan dalam talian terhadap masyarakat?
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 136 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. SOALAN 3 PENYUNTINGAN Petikan 1 Ekoran ledakkan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak mesti sentiasa cakna terhadap perubahan dan bersedia untuk mendalamkan ilmu. Jika kita tidak cakna terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh kerana saban hari berbagai teori, pertemuan dan ciptaan yang canggih dihasilkan oleh manusia di seantero dunia. Dipetik dan diubah suai daripada “SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan” oleh Jasmin binti Kamarul, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hlm. 227 Petikan 2 Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAM ini terbukti bila sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara. Mereka merampas kemenangan dalam pertandingan yang diadakan semasa Kongres Serantau Mencari Saintis Muda SEAMEO kali ke11 (SSYS 2018). Begitu juga dengan program SEAMEO Science Olympiad 2019 telah berjaya menarik minat murid untuk menjadi saintis. Teruskan usaha anda di SEAMEO RECSAM. Kepakaran anda ditagih oleh negara demi untuk melahirkan anak warga bervisi tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada “SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan” oleh Jasmin binti Kamarul, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hlm. 227 SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asal petikan tersebut. Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda. “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] [6 markah] [5 markah]
137 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM SOALAN 5 PERIBAHASA Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Zaim dan Naim ialah adik-beradik kembar yang tidak seiras. Tidak seperti adik-beradik kembar lain yang sangat akrab, Zaim dan Naim pula seperti anjing dengan kucing. Puas ibu bapa mereka menasihati agar mereka sentiasa berbaik-baik namun nasihat itu cuma masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Keadaan ini berubah apabila Naim masuk ke sekolah berasrama. Zaim selalu termenung merindui kembarnya itu. Hubungan mereka ibarat jauh bau bunga, dekat bau tahi. [4 markah] Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SOALAN 6 PETIKAN UMUM Bahan 1 Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, tanah adat dan tanah rizab Melayu yang terbiar juga dikategorikan sebagai tanah bermilik dan pembangunannya sama ada melalui sewaan atau pajakan, tertakluk pada perundangan sedia ada. Sementara itu, beliau berkata bahawa, Kerajaan Persekutuan juga mengadakan beberapa program untuk lepasan graduan seperti projek pertanian bagi sekuriti makanan dan perniagaan dengan objektif mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pengeluaran tanaman makanan negara. Tanah terbiar itu juga dicadang untuk disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan sebagai usaha meningkatkan kawasan pertanian dan memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan belia termasuk graduan untuk menjana pendapatan. Dipetik dan diubah suai daripada “Majukan Tanah Terbiar Jana Ekonomi”, Berita Harian, 17 November 2021 Bahan 2 Bagi meningkatkan penghasilan makanan, kerajaan berhasrat memanfaatkan tanah terbiar milik FELDA, FELCRA dan RISDA untuk tanaman makanan. Seterusnya bagi meningkatkan tahap kemandirian pengeluaran (SSL) dan menggalakkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian, kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk Skim Agrofood BNM pada kadar 3.5 peratus untuk membantu pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran dengan dana RM1bilion. Dipetik dan diubah suai daripada “Kerajaan Manfaat Tanah Terbiar Tingkat Penghasilan Makanan”, Berita Harian, 8 Oktober 2022 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 138 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SOALAN 7 PETIKAN SASTERA Bahan 1 Sumpah Anak Merdeka Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Inginku bela nasib bangsa Dipetik daripada sajak Sumpah Anak Merdeka [Facebook] karya Serunai Faqir, https://bit.ly/3mjSMe3 Aku anak bangsa Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang gegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Bahan 2 Pahlawan dan Tanah air Pahlawan sejati, Dalam hatinya bernyanyi Tanah ini dan bangsa Di mana terpaut cinta mulia Untukmu darah ini mengalir Padanya jasad cair Usman Awang 1958 Dipetik daripada "Pahlawan dan Tanah Air" karya Usman Awang, Buku Teks Tingkatan 4, hlm. 98 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata menjana pendapatan. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah rancangan pihak kerajaan untuk memanfaatkan tanah terbiar? [3 markah] (iii) Sektor pertanian masih lagi menjadi penyumbang kepada ekonomi negara tetapi kadar pengeluaran agak rendah. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian? [3 markah] (iv) Anak muda di kampung anda ramai yang menganggur sedangkan terlalu banyak tanah kosong yang terbiar di kampung anda. Tanah tersebut patut diusahakan dengan projek pertanian. Sebagai ketua pemuda kampung, bagaimanakah anda hendak menarik minat anak muda kampung anda mengusahakan pertanian? [4 markah]
139 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM SOALAN 8 NOVEL (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku pun diam. Akan tetapi, otakku masih memikirkan hal itu hingga petang. Tanpa aku sedari datuk keluar rumah dan nenek telah pun menyiapkan setin keropok ikan goreng ketika aku termenung di pangkal halaman. Aroma tumisan lada kering mengejutkan khayalanku. Bayangan terung dicampur ikan masin bersambal membuatkan aku melompat naik ke atas rumah, sebelum nenek membuat keputusan apa-apa yang hendak dimasaknya untuk makan malam nanti. Cerita Che Jah tenggelam dalam khayalanku buat seketika apabila di dapur nenek memberitahuku bahawa Mak Cik Letchumi akan berkunjung esok hari. Aku terkenang akan Geetha, dan fikiranku menjadi lapang ketika membayangkan kami akan berjalan pada subuh hari untuk melihat matahari terbit. Mungkin esok atau lusa atau sebelum aku meninggalkan kampung ini. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Mengapakah cerita Che Jah tiba-tiba tenggelam daripada khayalanku buat seketika? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Silir Daksina karya Nizar Parman (f) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (g) Tirani karya Beb Sabariah (h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan dua novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang memberikan teladan kepada pembaca dalam novel tersebut. [6 markah] (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata petualang negara. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah perkara yang perlu dilakukan untuk tanah air tercinta? [3 markah] (iii) Semangat patriotisme dalam kalangan remaja perlu dipupuk sejak kecil lagi agar remaja sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan pejuang tanah air. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak muda hari ini? [4 markah] (iv) Sebahagian besar murid di sekolah anda kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Mereka juga tidak mengambil tahu tentang pengorbanan pejuang tanah air dalam memerdekakan negara tercinta. Sebagai Pengerusi Persatuan Sejarah sekolah anda, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk menarik minat murid-murid agar meminati sejarah? [4 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 140 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas Model SPM Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. SOALAN 9 RUMUSAN [30 markah] Bahan 1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur untuk mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku dalam kalangan murid. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan melalui perbincangan yang lebih kerap dan mesyuarat tahunan PIBG. Selain itu, PIBG boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para murid di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para murid, termasuklah sumbangan kepada murid miskin, yatim dan yang ditimpa kemalangan. Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para murid di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberikan kesedaran dan semangat kepada murid untuk terus belajar dan berjaya. Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Ibu bapa digalakkan sentiasa memberikan kerjasama apabila ada aktiviti di sekolah sama ada aktiviti akademik mahupun aktiviti kekeluargaan. Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotongroyong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan murid, malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Dipetik dan diubah suai daripada “Peranan PIBG dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan”, https://bit.ly/3y4yg3G Bahan 2 Murid mendapat pelbagai faedah: A Mendapat gred yang lebih baik A Menunjukkan tingkah laku yang lebih baik A Mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik A Dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah di sekolah Apabila ibu bapa terlibat… Mengapakah ibu bapa perlu terlibat dengan aktiviti PIBG?
9 Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 MODUL & AKTIVITI SUPERB 2.0 SBP BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 Siri SUPERB 2.0 SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ialah buku yang digubal oleh kumpulan Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP. Kandungan buku ini ditulis berdasarkan format SPM terkini dan tema buku teks. Latihan disusun mengikut bahagian soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu SPM. Latihan ini juga bagi membiasakan murid dengan format SPM sekaligus sebagai persediaan menghadapi peperiksaan sebenar. BAHASA MELAYU 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI SUBJEK TINGKATAN TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu English Matematik Sejarah Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi 9 786294 710771 ISBN 978-629-471-077-1