BAHASA MELAYU Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP EKSKLUSIF dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Kertas Percubaan SPM TERBAHARU 2023 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI 3 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2023, 2022 & 2021 (SEBENAR) 2 Set Kertas Model Peperiksaan SPM SBP Teknik Menjawab Peperiksaan SPM SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP KOD QR KOD QR PENERBIT MAHIR SDN BHD
KANDUNGAN JAWAPAN rb.gy/gmcg3s Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iii Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iv Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 - 12 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 Kertas 1 49 – 52 Kertas 2 53 – 60 SKEMA PEMARKAHAN PENERBIT MAHIR SDN BHD
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) viii 2 Bentuk soalan (a) Skop item/ soalan: Susunan ayat, binaan ayat, ragam ayat (subjek – predikat; pola ayat; ayat susunan biasa – susunan songsang; ayat aktif – ayat pasif; ayat cakap ajuk – cakap pindah dan lain-lain). (b) Soalan terdapat dalam petikan dan mengikut tema. (c) Jumlah soalan bergantung pada arahan dalam soalan. (d) Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan. (e) Bentuk skema pemarkahan ialah analitik. 3 Panduan menjawab soalan (a) Baca dan fahami arahan soalan. (b) Calon hanya perlu merujuk pada ayat/ frasa yang diuji dalam petikan sama ada digaris atau dicondongkan ayat/ frasa tersebut. (c) Pastikan tiada kesalahan ejaan. (d) Semak jawapan semula untuk memastikan calon telah akur dengan kehendak soalan. Soalan 3 (Penyuntingan) 1 Panduan menjawab soalan (a) Soalan penyuntingan mengikut bahan yang diberikan sama ada teks tunggal, teks bersambung atau teks pelbagai. (petikan, dialog, iklan, kad ucapan dan lain-lain) (b) Panjang teks soalan adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. (c) Jumlah kesalahan bahasa bergantung pada jumlah markah dalam soalan. (d) Calon perlu membaca bahan yang diuji untuk mengenal pasti kesalahan bahasa berpandukan kehendak soalan. (e) Calon akan diminta untuk menyenaraikan kesalahan yang diperlukan dan membetulkan kesalahan tersebut dengan menulis jawapan yang betul. Calon tidak perlu menyalin bahan yang diberikan. (f) Jenis kesalahan yang diuji: ejaan, imbuhan, tanda baca, istilah, tatabahasa, dan lain-lain. (g) Jumlah markah tidak tetap iaitu bergantung pada kehendak soalan. (h) Bentuk skema pemarkahan ialah analitik. Selayang Pandang Tatabahasa (Soalan Penyuntingan) 1 Kesalahan ejaan boleh diuji dari segi penggunaan vokal dalam bahasa Melayu iaitu huruf a, e, i, o dan u. Contoh perkataan: kampong – kampung. 2 Kesalahan imbuhan meliputi imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Contohnya: Kebanyakkan hidupan liar tidak lagi wujud kerana mengalami pupus. kebanyakkan – kebanyakan pupus – kepupusan 3 Kesalahan tanda baca pula melibatkan penggunaan tanda noktah, koma, huruf besar dan huruf kecil, tanda soal dan lain-lain. 4 Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan perkataan. Perkataan tersebut mungkin tidak sesuai digunakan berdasarkan situasi atau kehendak ayat. Sebagai contoh: Ali menetap di tapak perumahan tersebut. tapak – kawasan 5 Kesalahan tatabahasa melibatkan kesalahan penggunaan frasa, kesalahan hukum DM, penggunaan kata ganti nama diri dan lain-lain. Soalan 4 (Bahasa Melayu Standard) Panduan menukarkan bahasa petikan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu Standard. 1 Calon perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu standard. 2 Baca keseluruhan petikan sehingga faham. 3 Gariskan perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik yang boleh ditukar. 4 Jangan menokok tambah butir-butir lain yang tiada dalam petikan bahasa Melayu klasik. 5 Nama-nama khas jangan ditukar. 6 Ketahui perbezaan antara bahasa Melayu klasik dengan bahasa istana (tidak perlu tukar). PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 10 1103/2 (i) Berdasarkan Bahan 1, gambarkan kehidupan petani yang terdapat dalam rangkap kedua sajak tersebut? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kehidupan yang dilalui oleh nelayan dan keluarga mereka. [3 markah] (iii) Nelayan sering mendapat hasil yang banyak dan pulangan yang lumayan jika mereka menjual hasil tangkapan mereka. Namun begitu, kehidupan nelayan sering dibelenggu dengan kemiskinan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan nelayan sering dibelenggu dengan kemiskinan? [4 markah] (iv) Dalam Bahan 2, penulis menyatakan satu demi satu rumah nelayan dirobohkan. Hal ini sudah pasti akan menjejaskan kehidupan para nelayan yang terlibat. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu kebajikan nelayan dan keluarga mereka. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai mengancam pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada berterusan. Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia Senaraikan punca kelip-kelip pupus. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd. Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca bagi setiap novel. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 11 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Aura ialah istilah yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang membawa maksud, angin atau nafas. Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan perkataan ini sebagai suasana atau perasaan halus yang menyelebungi seseorang atau sesuatu. Artikel hasil tulisan Shafinaz Sheikh Maznan berjudul, ‘Aura Positif dan Negatif’ menerangkan bahawa aura sebagai suatu medan tenaga hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Beliau menerangkan bahawa individu yang mempunyai aura positif perlulah sentiasa berfikiran positif dalam apa-apa jua keadaan. Hal ini dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam tubuh. Shafinaz Sheikh Maznan berpendapat bahawa aura positif ini penting kepada remaja kerana berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Kita akan berasa tidak selesa sekiranya aliran tenaga yang keluar bersifat negatif. Hal ini boleh dimanifestasikan dalam bentuk raut wajah seseorang yang tidak berseri. Namun demikian, jika aura positif yang terpancar sudah tentu raut wajah yang menarik dan keyakinan yang tinggi dapat diperhatikan. Individu ini juga akan senang didekati oleh orang lain. Dipertik dan diubah suai daripada “Aura Positif Remaja”, oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Bil. 6/2018 Bahan 2 Aura positif yang bermula dari dalam diri berupaya menentukan penampilan luaran seseorang. Dr. Ridzuan Noor menyatakan bahawa aura boleh menjadi positif atau negatif bergantung pada keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian seseorang. Semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif seperti marah, sedih, berputus asa, gelisah, hasad dengki dan stres dapat menukarkan aura positif kepada negatif. Oleh itu, remaja disarankan mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial atau jenayah. Sebaliknya, individu yang memiliki kombinasi emosi positif seperti sabar, tenang, fokus dan berkasih sayang mampu menukarkan aura negatif kepada positif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Sebaliknya, aktiviti bersenam dapat meningkatkan aura positif seseorang. Secara tidak langsung, individu yang sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit dapat dilahirkan. Selain itu, remaja perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh agar aura positif dapat direalisasikan. Individu yang beraura positif berpotensi mencapai kejayaan yang konsisten dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian, keperluan untuk memahami konsep aura perlu diperkukuh dalam kalangan masyarakat. Dipertik dan diubah suai daripada “Membina Aura dan Pesona Diri Positif”, oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Utusan Malaysia, 2014. PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 17 1103/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 18 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata nama terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Hutang seperti pinjaman dan pembiayaan peribadi, kereta, rumah, barangan dan sebagainya boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan. Jika individu bijak menguruskan kewangan dengan teliti dan sistematik, hutang boleh membantunya untuk memenuhi kehendak dan keperluan peribadi. Individu juga perlu mempunyai pengetahuan kewangan untuk membantu pengurusan kredit yang berhemat dan tingkah laku kewangan yang positif. Oleh itu, dengan merancang perbelanjaan dan kewangan, tidak mustahil anda juga boleh mencapai kebebasan kewangan. Dipetik dan diubah suai daripada “Pengurusan Kewangan Bijak”, oleh Mahanum Abdullah, Dewan Masyarakat, Bil. 7/2017 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti tiga ayat aktif, kemudian tukarkan ayat-ayat aktif tersebut menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Pihak kerajaan telah mengisytiharkan tarikh 31 Ogos sebagai cuti umum pada setiap tahun sempena Hari Kebangsaan. Pelbagai persembahan dirancang bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. Pihak penganjur turut membabitkan lebih 20 ribu orang peserta dalam acara perarakan. Penyertaan daripada semua lapisan masyarakat amat menggalakkan dalam perarakan tersebut. Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma untuk orang awam bagi kemudahan rakyat yang ingin menyaksikan sambutan tersebut. Sambutan Hari Kebangsaan ini menjadi manifestasi perpaduan kaum daripada masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Kehadiran Rakyat Rai Hari Kebangsaan 2022 Luar Biasa”, Ahmad Suhael Adnan dan Fahmy Azril Rosli, Berita Harian Online, 31 Ogos 2022 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut semula. Bahan 1 Laporan Kegiatan Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Delima, Jerteh, Terengganu Persatuan Matematik dan Sains ditubuhkan pada tahun 2012. Ahli persatuan ini berjumlah 55 orang. Mereka terdiri daripada murid tingkatan satu hingga tingkatan enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2021. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang dijalankan adalah pertandingan menulis esei tentang sains. Sambutan yang diberikan terhadap pertandingan ini adalah sangat menggalakkan. Kami juga menganjurkan ceramah tentang inovasi dan aeroangkasa. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selain daripada itu, kami turut mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindah kawasan lanskap di hadapan pejabat sekolah dengan menanam berbagai-bagai jenis pokok bunga dan melabelkan pokok-pokok tersebut mengikut istilah sains. PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 24 1103/2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2 Bahan 3 Pantun Pengangkutan Awam Dayung dikayuh menjala ikan, Lumrah nelayan orang Seletar; Usaha kerajaan dihenti jangan, Kempen kesedaran wajar disebar. Naik bahtera pergi belayar, Singgah seketika di Pulau Lokan; Pengangkutan di kota perlu dibayar, Penumpang selesa sepanjang jalan. Pergi menyelam di lautan biru, Sebelum ke darat berjual beli; Pengangkutan awam semakin maju, Stesen berpusat cadangan diberi. Isu pengangkutan awam di negara kita ialah masa perjalanannya yang tidak tetap. Ya, betul. Syarikat pengangkutan awam perlu menyediakan jadual perjalanan yang tetap dan sistematik. PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 32 1103/2 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Silat ditakrifkan sebagai pergerakan dua tangan, dua kaki dan akal yang waras untuk membela diri. Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang mencapai kegemilangannya ketika zaman kerajaan Melayu Melaka. Silat Melayu mula berkembang di persada dunia pada tahun 1980-an apabila beberapa orang tokoh telah membawa silat pada peringkat antarabangsa. Seni bela diri ini menitikberatkan penggunaan keris yang menjadi lambang jati diri Melayu dan satusatunya senjata khusus orang Melayu. Seni ini dicipta untuk mempertahankan akidah, maruah dan pusaka bangsa daripada dijarah penceroboh. Oleh sebab itu, silat menerapkan ilmu spiritual atau keagamaan untuk memperkukuh aspek rohani pengamalnya. Selain itu, silat juga menekankan adab dan budaya Melayu yang menjadi teras kepada peradaban dan jati diri Melayu. Hingga kini, terdapat ribuan aliran dan perguruan silat di Tanah Melayu dan di serata dunia. Dipetik dan diubah suai daripada “Silat di Persada Dunia” oleh Tengku Nara Paduka, Dewan Budaya, Bil. 04/ 2021 Bahan 2 Tarian inai atau dikenali juga sebagai terinai, merupakan sejenis tarian unik dan popular dalam kalangan masyarakat di Kelantan, khususnya penduduk di daerah Pasir Mas. Kampung Kubang Binjal merupakan satu daripada kampung yang amat popular dengan tarian inai dalam kalangan masyarakatnya, berbanding dengan persembahan tarian tradisional lain. Tarian ini telah wujud kira-kira abad ke-18, terutamanya dalam persembahan tarian makyung. Penggunaan inai dalam tarian ini penting sebagai simbolik untuk meraikan anak gadis dalam majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Berdasarkan catatan sejarah, tarian inai wujud pada awal tahun 1940-an yang dibawa dan diperkenalkan oleh Tuan Sulong. Tarian inai ini menggabungkan gerak seni silat, makyung dan sendo, dengan gerakan perlahan dan terkawal. Tarian inai merupakan karya unik yang seharusnya dipertahankan oleh generasi akan datang. Dipetik dan diubah suai daripada “Tari Inai: Tradisi Unik yang Hampir Pupus” oleh Muhammad Safwan Subaidin, Dewan Budaya, Bil. 07/ 2021 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud karya unik. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri yang terdapat dalam seni mempertahankan diri silat dan tarian inai. [3 markah] (iii) Arus kemajuan dan perubahan zaman telah menyebabkan warisan bangsa semakin lenyap. Pada pendapat anda, apakah kepentingan masyarakat Malaysia mengekalkan warisan bangsa? [3 markah] (iv) Sekolah anda telah mengadakan Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Persembahan kebudayaan setiap kaum diadakan pada hari tersebut. Semasa kumpulan tarian membuat persembahan, terdapat beberapa orang murid mentertawakan murid-murid yang membuat persembahan dengan melakukan aksi yang kurang sopan. Selaku ketua pengawas sekolah, nyatakan tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan untuk memastikan situasi tersebut tidak berulang. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 38 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Membudayakan Amalan Membaca di Rumah MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM Dirasmikan oleh: Tuan Haji Ramli bin Osman Tempat: Dewan Bitara Masa: 9.00 pagi Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka KEMPEN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2021 – 2030 #malaysiamembaca Menjadikan Malaysia sebagai negara membaca serta bangsa Malaysia yang berilmu dan bertaraf dunia menjelang tahun 2030. Kepelbagaian program membaca Penganjuran pesta buku Capaian buku digital/ e-buku PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 39 1103/1 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pelbagai langkah penguatkuasaan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya khususnya pada musim perayaan. Namun begitu, kadar kemalangan dan kematian tidak banyak berubah walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak berkuasa. Peningkatan ini didorong oleh kegagalan penguatkuasaan dan sikap pengguna jalan raya yang mengabaikan peraturan jalan raya. Keadaan fizikal jalan raya turut menjadi penyumbang peningkatan kadar kemalangan. Dipetik dan diubah suai daripada “Faktor manusia punca utama kemalangan maut – Miros”, oleh Mohamad Hisyamuddin Ayub, www.sinarharian.com.my, 16 Mac 2024 Berdasarkan petikan, bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya. 2 Semangat cinta akan negara merupakan satu nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya para remaja. Rasa cinta ini akan mendorong seseorang itu untuk berkhidmat demi kemajuan negara. Pelbagai cara boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menzahirkan rasa cinta akan negara termasuklah menuntut ilmu pengetahuan, menghormati simbol negara, menyokong produk tempatan dan mematuhi undang-undang negara. Sumber: Internet Berdasarkan petikan di atas, huraikan cara-cara untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 45 1103/2 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Punita baru enam bulan berjiran dengannya. Sebelum Punita, sudah ada lapan buah keluarga lain yang menyewa di rumah yang diduduki oleh Punita sekarang. Puan Ainun cukup senang dengan jirannya itu dan hubungan mereka cukup mesra. Dia tidak pernah keberatan untuk menolong jirannya. Kalau sesekali Punita pulang ke kampungnya selama beberapa hari, Puan Ainunlah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah jirannya itu. Dia juga menolong jirannya itu mengawasi rumah agar sentiasa berada dalam keadaan selamat selama Punita di kampung. “Jiran ialah saudara yang terdekat dengan kita. Hidup berjiran mesti pandai bertimbang rasa dan saling menghormati,” kata Puan Ainun kepada anak-anaknya. Kini, anak-anaknya itu melakukan perbuatan seperti yang selalu dipesan kepada mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Budi Semangkuk Daging’’ oleh Amy Suzani Ainuddin, Antologi Harga Sebuah Lukisan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Gurindam Hidup Berjiran Jika kamu masam kepada jiran, Di situlah mula bercelaru fikiran. Jika prasangka bermaharajalela, Di situlah permusuhan akan bermula. Jika tangan dihulur kepada lawan, Di situlah musuh menjadi kawan. Jika sombong sanggup direndah, Di situlah bermula hidup yang indah. Jika hubungan sentiasa dipererat, Di situlah kehidupan menjadi berkat. Azahar bin Bahari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud prasangka bermaharajalela. [2 markah] (ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan ciri-ciri jiran yang baik. [3 markah] (iii) Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kini semakin luntur. Pada pendapat anda, mengapakah perkara tersebut boleh berlaku? [3 markah] (iv) Anak remaja jiran anda sering mengajak kawan-kawannya melepak di halaman rumahnya hingga larut malam. Mereka selalu membuat bising hingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran yang lain. Sebagai jiran, apakah tindakan-tindakan anda untuk mengatasi masalah tersebut? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 46 1103/2 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Sampai bila kita akan dibelenggu orang asing hinggakan semuanya diatur mengikut rentak dan acuan yang mereka inginkan? Kita ini diibaratkan boneka yang boleh dilakukan sesuka hati,” kata Cikgu Osman ketika mereka berkumpul pada suatu petang bagi membincangkan permasalahan tersebut. “Susah kalau orang asing pegang ekonomi. Tengoklah hasil bumi kita seperti bijih timah dan getah dieksport keluar. Kita tak dapat apa-apa pun, yang untung mereka dan yang rugi pula kita. Kita hanya membiarkan mereka bermaharajalela mengaut keuntungan hak milik kita untuk memperkaya negara mereka sendiri. Lagi satu tentang penubuhan pasukan pertahanan, mereka juga yang putuskan. Kuasa diraja seperti harimau hilang taring. Kita tidak ada kuasa untuk mentadbir tanah air sendiri,” Cikgu Salleh berucap penuh perasaan. Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan keburukan-keburukan penjajahan kepada negara kita. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang memberikan inspirasi kepada pembaca. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 59 1103/2 Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu sehingga dapat menarik minat pembaca. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] Bahan 1 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya. Namun begitu, remaja yang tidak menghiraukan gaya hidup sihat sering menghidapi masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes. Kaedah yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari informasi tentang kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya kepada pakar kesihatan. Remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Kecenderungan remaja untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat hingga menyebabkan obesiti. Lebih memburukkan keadaan, mereka terdedah dan tertarik dengan iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari. Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Remaja memerlukan lebih kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan lemak dalam badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini demikian kerana badan remaja akan berbau apabila tidak menjaga kebersihan diri malah mereka juga terdedah kepada sebarang punca penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif seperti menagih dadah dan merokok yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Selain itu, aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja untuk hidup lebih sihat ialah mereka perlu mempunyai masa rehat yang cukup. Dalam menjalani kehidupan yang sihat, keseimbangan dalam hidup sangat penting. Pendek kata, cara hidup sihat bukan sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang, tetapi dapat memberikan keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Prihatin Remaja Sihat”, Dewan Siswa, Bil 9/2011 PENERBIT MAHIR SDN BHD
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 60 1103/2 Amalan Gaya Hidup Sihat KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2 Pemakanan yang seimbang Senaman dan riadah Pemeriksaan kesihatan berkala Bersukan PENERBIT MAHIR SDN BHD
BAHASA MELAYU SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI Imbas kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan Semenanjung Malaysia : RM8.90 Sabah & Sarawak : RM9.80 Kelebihan Siri Ini: Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan yang cemerlang Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Matematik Tambahan (Dwibahasa) Fizik (Dwibahasa) Kimia (Dwibahasa) Biologi (Dwibahasa) Sejarah Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Ekonomi Prinsip Perakaunan Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) 9 786294 711648 ISBN 978-629-471-164-8 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP BAHASA MELAYU PENERBIT MAHIR SDN BHD