The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-06-06 23:53:34

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2 Set Kertas Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia 3 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2021, 2022 dan 2023 Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Format SPM TERKINI Skema Pemarkahan Disediakan dalam KOD QR Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia HAK CIPTA EKSKLUSIF KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN PENERBIT MAHIR SDN BHD


FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU iv Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2023 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 - 12 Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2022 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2021 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 Kertas 1 49 – 52 Kertas 2 53 – 60 SKEMA PEMARKAHAN https://rb.gy/uucpx4 PENERBIT MAHIR SDN BHD


FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU Kertas Bahasa Melayu SPM KSSM mengandungi: 1 Kertas 1 (1103/1) Kemahiran Menulis – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: • 1 soalan – kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan • 30 markah Bahagian B: • 4 soalan – jawab 1 soalan • 70 markah Tempoh Ujian 2 jam 2 Kertas 2 (1103/2) Kemahiran Membaca – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan (9 soalan) Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] Soalan 1: Morfologi Soalan 2: Sintaksis Soalan 3: Penyuntingan Soalan 4: Bahasa Melayu standard Soalan 5: Peribahasa Bahagian B: Pemahaman [35 markah] Soalan 6: Berdasarkan petikan umum Soalan 7: Berdasarkan petikan sastera Soalan 8: Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C: Rumusan [30 markah] Soalan 9: Menulis rumusan berdasarkan bahan Tempoh Ujian 2 jam 30 minit iv PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 3 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan sahaja. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Masalah kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah didapati semakin membimbangkan dengan bilangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun untuk membunuh diri meningkat kepada 13.1% pada tahun 2022 berbanding 10% lima tahun sebelumnya. Tekanan akademik dan pengaruh gaya hidup moden dikatakan menjadi punca yang mempengaruhi kesihatan mental murid. Di samping itu, masalah keluarga juga merupakan punca masalah ini. Dipetik dan diubah suai daripada Laman Web Rasmi Kementerian Keselamatan Negara Berdasarkan petikan di atas, bincangkan punca-punca tersebut. 2 Masalah alam sekitar yang semakin membimbangkan seperti penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran sungai dan pencemaran udara semakin serius di negara kita. Masalah ini dianggap sebagai kesan yang tidak boleh dielakkan sekiranya masyarakat ingin mencapai pembangunan dan kemajuan di sesebuah kawasan. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah ini dapat dibendung. Dipetik dan diubah suai daripada “Teliti Semula Dasar Pembangunan Negara Elak Krisis Alam Sekitar”, oleh Prof Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Berita Harian, 25 Ogos 2022 Huraikan usaha yang terdapat dalam petikan serta usaha-usaha lain untuk membendung masalah tersebut. PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 4 1103/1 3 KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 kes buli berlaku di sekolah-sekolah di negara ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2022. Situasi ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka di sekolah kerana buli boleh memberikan kesan negatif yang berpanjangan dalam kehidupan kanak-kanak yang mengalaminya. Dipetik dan diubah suai daripada “38 Kes Buli di Sekolah dalam Tempoh 4 Bulan”, oleh Muhammad Afham Ramli, Sinar Harian, 24 Mei 2020 Bincangkan kesan-kesan tersebut. 4 Pada tahun 2021, hanya sekitar 15 peratus sahaja belia di negara ini terlibat dalam bidang pertanian dan hanya sekitar empat peratus sahaja pelajar di universiti yang berminat menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya mereka. Hal ini memberikan gambaran bahawa golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut kerana mereka lebih berminat untuk kerja makan gaji. Dipetik dan diubah suai daripada “Meremajakan Sektor Pertanian Negara”, Universiti Putra Malaysia Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, bincangkan tindakan pelbagai pihak untuk menarik golongan muda bekerja dalam bidang tersebut. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 10 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT (i) Berdasarkan rangkap 1 Bahan 3, bagaimanakah keadaan kijang seperti digambarkan dalam sajak di atas? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, berikan tindakan tuannya terhadap haiwan yang dipeliharanya. [3 markah] (iii) Kebelakangan ini, banyak kucing jalanan terbiar di sekitar kawasan perumahan dan pasar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menangani masalah ini? [4 markah] (iv) Anda sedang berehat di kantin sekolah dan terpandang beberapa orang murid sedang memukul seekor kucing terbiar di bawah sepohon pokok. Sebagai murid yang prihatin, kemukakan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan bagi menyelamatkan kucing yang malang itu. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nurul Hafsa mula memarahi dirinya kerana tidak dapat mengesyaki kaitan antara dua beranak itu. Nurul Hafsa memerhatikan yang rambut hitam pekat Muhammad Taufik diwarisi daripada bapanya. Sedang, ikal rambut lelaki itu diwarisi daripada ibunya yang berambut coklat beralun. Iris Muhammad Taufik masih berwarna coklat pekat seperti bapanya. Kulitnya cerah seperti kulit Puan Wickham, namun kelihatan subur dan sihat seperti kulit orang Melayu-Jawa. Namun, akibat selalu berjemur kerana menyiapkan projek rumah mesra alamnya, wajah Muhammad Taufik ada kesan terpanggang dek sinar mentari. Hidungnya mancung sederhana dan tubuhnya tegap serta tinggi lampai. Kombinasi ciri-ciri fizikal ibu dan ayahnya. Yang terbaik dari dua dunia, getus hati kecil Nurul Hafsa. Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan ciri-ciri fizikal Muhammad Taufik seperti yang digambarkan oleh Nurul Hafsa. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 11 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Ekopelancongan ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi seperti hutan, pantai, tasik, sungai dan sebagainya. Kegiatan ekopelancongan akan meningkatkan kepekaan dan pemahaman penduduk tempatan terhadap alam sekitar. Kehadiran pelancong menimbulkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang sebelum ini dianggap tidak penting. Mereka juga perlu memulihara alam sekitar dan budaya asal mereka agar kehadiran pelancong berterusan. Ekopelancongan membolehkan penduduk tempatan mendapat peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka mendapat peluang secara langsung atau tidak langsung melalui penyediaan keperluan ekopelancongan dan perkhidmatan seperti pemandu pelancong. Jabatan Perhutanan Negeri perlu memainkan peranan untuk memelihara dan memulihara habitat flora dan fauna bagi memajukan ekopelancongan. Hutan yang diteroka perlu ditanam semula untuk mengekalkan jumlah keluasan kawasan hutan di negara ini. Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal seperti Taman Negara dan Hutan Simpan Belum. Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan. Oleh itu, kelestarian hutan simpan kekal dapat memajukan kegiatan ekopelancongan. Ekopelancongan juga memberikan sumbangan dalam pertumbuhan ekonomi negara kerana aktiviti ini mampu menjanakan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Oleh itu, penyelidikan dan pembangunan perlu dilakukan untuk memajukan ekopelancongan. Sebagai contoh, penyelidikan tentang hidupan liar dan kayu-kayan dapat memastikan elemen ekopelancongan berjaya menarik minat pelancong. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu bagi memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu. Akta dan peraturan yang ada perlu dikuatkuasakan untuk membanteras kegiatan pemburuan haram dan pembalakan haram. Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberi kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan. Dipetik dan diubah suai daripada “Ekopelancongan”, http://perigibakti.blogspot.com PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT BAHASA MELAYU Kertas 2 1103/2 2 1 2 Jam Dua jam tiga puluh minit PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM AKRAM TAHUN 2022 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 2 Jam Dua jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM AKRAM TAHUN 2021 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dan tulisan Rumi atau Jawi. PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 31 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT Petikan 2 Peningkatan jumlah warga emas yang menyebabkan negara tercapai status negara tua juga berpunca dari berbagai-bagai faktor sosio ekonomi termasuklah peningkatan tahap pendidikan, pekerjaan, penjagaan kesihatan, penurunan kadar kematian dan kelahiran, serta peningkatan jangka masa individu. Hal ini merupakan realiti dan fenomena semulajadi yang perlu ditangani secara bijaksana, khasnya merujuk cabaran mengurus warga tua yang bakal negara hadapi. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengurus Warga Tua Menjelang 2030”, oleh Ahmad Ibrahim, Dewan Masyarakat, Bil 6/ 2021 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Kraf tangan merupakan satu cabang seni yang unik dan menjadi lambang sesebuah negeri. Kraf tangan sentiasa diminati dan digunakan sepanjang zaman kerana hasilnya (i) . Oleh itu, pameran kraf tangan perlu diadakan oleh pelbagai pihak agar warisan budaya ini dikenali dan disayangi oleh setiap masyarakat kerana kalau (ii) . Usaha untuk mempopularkan kraf tangan sehingga peringkat global perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh kerana (iii) . [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 32 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Warisan dan budaya negara merupakan khazanah yang tidak ternilai dan amat penting dalam pembentukan identiti bangsa dan negara. Warisan budaya ini mesti dipelihara supaya kita dapat mengenali asal usul kepelbagaian masyarakat Malaysia. Adat resam dan kepelbagaian budaya bangsa juga memberikan satu identiti kukuh yang dapat memperkasakan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana kemurnian warisan budaya yang kita miliki akan menjadi benteng agar masyarakat Malaysia, terutamanya generasi muda tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Baru-baru ini, kita menyaksikan tokoh dunia korporat dan pencinta budaya bergerak sehala untuk memastikan warisan budaya dapat dikekalkan dan dipelihara. Kerjasama ini merupakan satu langkah yang amat diperlukan kerana masyarakat perlu sedar bahawa nilai warisan budaya bukanlah satu penghalang pemodenan, tetapi semakin tinggi warisan budaya sesuatu bangsa, semakin bertambah majulah bangsa tersebut. Usaha menanam minat dan kecintaan masyarakat terhadap warisan budaya perlu dipupuk seawal peringkat sekolah rendah lagi kerana pendedahan ini mampu menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Pulihara Warisan Budaya Tugas Bersama”, oleh Julia M, Berita Harian, 2 Oktober 2019 Bahan 2 Pada era Revolusi Industri 4.0 ini, pelbagai aspek pemodenan telah dikecapi oleh negara. Di sebalik perubahan dimensi tamadun tersebut, warisan dan budaya yang menjadi peninggalan tamadun silam tidak harus dipinggirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana warisan dan budaya ini menjadi elemen pengajaran dan pembelajaran kepada masyarakat, khususnya generasi muda. Baru-baru ini, sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018, penulis bersama-sama rakan media tempatan telah dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk melawat lima muzium, iaitu dua daripadanya di Melaka dan tiga lagi di Negeri Sembilan. Muzium-muzium ini penuh dengan pelbagai koleksi warisan budaya yang menjadi rujukan penting kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Sebenarnya, pengalaman berkunjung ke muzium di Malaysia bukanlah sesuatu yang membosankan. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian konsep lebih daripada 200 muzium di Malaysia mampu menerangkan pelbagai cerita terdahulu kepada pengunjung. Kebanyakan pengunjung memilih muzium di negara ini sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi kerana tertarik dengan warisan budaya masyarakat yang ditonjolkan di situ. Mereka dapat memahami keunikan warisan dan budaya masyarakat yang menjadi cerminan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengenali Budaya Warisan”, oleh Hafiz Ithnin, Harian Metro, 2 Oktober 2018 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud destinasi menarik. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan warisan budaya kepada masyarakat Malaysia. [3 markah] (iii) Media massa amat berperanan dalam usaha memelihara dan mengekalkan warisan budaya di negara ini. Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam usaha mengekalkan warisan tersebut? [3 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 38 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara tentang aktiviti pelancongan di Malaysia. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Apakah yang menarik minat anda untuk bercuti di Malaysia? Kemudahan pengangkutan awam Mempunyai pelbagai budaya Bajet yang murah Mempunyai lokasi yang cantik dan menarik 13% 35% 35% 17% TAHUN MELAWAT MALAYSIA PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 39 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan sahaja. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 KUALA LUMPUR - Menurut Kementerian Sumber Manusia, antara punca utama siswazah di negara ini gagal mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian kerana terlalu memilih lokasi tertentu untuk memohon pekerjaan dan kemahiran komunikasi yang lemah. Selain itu, kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kursus yang dimiliki juga menyumbang kepada masalah tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada “Terlalu Pilih Lokasi Kerja antara Punca Siswazah Menganggur” Sinar Harian, 15 September 2022 Berdasarkan petikan, bincangkan punca-punca masalah tersebut. 2 Dr. Fauziah Hanim Abd. Jalal, pakar psikologi, menyatakan bahawa faktor ekologi (persekitaran) menyebabkan berlakunya perubahan pemikiran dan tingkah laku yang mengundang risiko individu tertentu untuk menjadi pembuli. Gangguan personaliti ini menyebabkan seseorang itu berasa tidak bersalah untuk melakukan kesalahan, termasuklah membuli. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 3/ 2018 Selain faktor yang terdapat dapat petikan, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala tersebut dalam kalangan murid. PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 45 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bangkitlah Anakku Termenung mengenang sejarah lalu masa keris dan lembing tak dapat membenteng kemaraan orang-orang Portugis menghujani kota Melaka dengan peluru dan memaksa sultan lari ke hulu. Belajar dari sejarah wahai anakku! yang mengajar kita keberanian pejuang dahulu berani bertempur tanpa mengira musuh berani menentang biar nyawa jadi taruhan. Wahai anakku! sejarah itu kenangan silam yang penuh iktibar jadilah panduan masa mendatang hargailah tokoh pejuang tanpa mereka tiadalah kebebasan tanpa mereka tiadalah kemajuan yang kau kecapi sekarang. Ayuh bangkitlah anakku jangan dibiar lenamu berpanjangan. Kasnurin Huda Dewan Siswa, Bil.3/ 2018 Bahan 2 Para wartawan mengerumuni Haikal dan rakan-rakannya menanyakan perkara yang menjadi inti pati dan inspirasi pemuda berusia 18 tahun itu untuk menjadi penyelamat negara. Haikal dengan selamba memberitahu bahawa semangat kepahlawanan Dol Said yang mengalir dalam dirinya menjadi faktor kejayaannya menyelamatkan negara. Seterusnya, Haikal digelar ‘Prof. Dol’ kerana kebijaksanaannya menemukan penawar tersebut dengan bertunjangkan semangat pahlawan Dol Said. Keempat-empat rakan Haikal turut diberikan pengiktirafan oleh kerajaan. Dol Said menasihatkan para pemuda supaya jangan membelakangkan sejarah yang menjadi tunjang keagungan bangsa. Dia juga meminta bangsa Malaysia bersatu padu dan berdiri tegak di bawah pemimpin semasa. Haikal menyanjungi sumbangan Dol Said dan turut menghayati perjuangan pemimpin-pemimpin negara yang terpaksa mengharungi pelbagai liku cabaran dalam tugas mereka demi menjaga keamanan negara dan ketenteraman bangsa Malaysia. Dipetik daripada cerpen Prof Dol, oleh Nur Hamisha Mohamed Bakarudeen, Dewan Siswa, April 2021 PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 46 1103/2 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahan 3 Pantun Sejarah Gegak gempita bunyinya guruh, Tanda hujan menjengah tiba; Ilmu sejarah terpahat kukuh, Buat pedoman hari muka. Enak sungguh si buah berangan, Enak dimakan bersama kuah; Sejarah Melayu dilupa jangan, Agar belia tegak bermaruah. (i) Berdasarkan Bahan 2, mengapakah Haikal digelar Prof. Dol? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan mempelajari sejarah. [4 markah] (iii) Kebanyakan murid pada hari ini kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah walaupun prasyarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu lulus dalam mata pelajaran tersebut. Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang murid tidak berminat dengan mata pelajaran tersebut? [3 markah] (iv) Ketika anda mengunjungi salah satu tempat bersejarah, anda mendapati tempat tersebut terbiar dan dipenuhi sampah sarap. Situasi ini amat mengecewakan anda kerana kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Uwang berasa kian lama kian rimas dengan perlakuan para pesakit yang mengaku diri mereka sebagai pegawai-pegawai perubatan yang sangat hebat itu. Di samping itu, mereka berebut-rebut untuk membelek dan menyentuh tubuhnya seraya cuba meneka-neka jenis penyakit yang menyerang Uwang itu. Mereka sibuk menggunakan alat rawatan masing-masing di dalam bilik bedah itu, ke atas tubuh Uwang. ‘Berhenti, berhenti, berhenti!’ Uwang cuba untuk membantah, tetapi suara hatinya hanya bergema dalam dada dan terhenti di kerongkongnya. Namun, para pegawai perubatan itu terus sibuk merawatnya. Ada yang menyuluh anak mata Uwang dengan cahaya lampu daripada oftalmoskop, ada yang cuba memukul dengan lembut pergelangan tangan dan siku serta lututnya yang tercedera parah itu dengan tukul khas bagi menguji refleks. Dipetik daripada novel Pantai Kasih, karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah yang dilakukan oleh pegawai perubatan ke atas Uwang? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 52 1103/1 3 Cuti sekolah yang berjaya sudah tentu memerlukan perancangan agar masa murid dapat diisi dengan kegiatan bermanfaat sepanjang tempoh tersebut. Sudah menjadi trend sejak beberapa tahun belakangan ini, sebaik-baik sahaja tiba musim cuti sekolah, kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke kem motivasi atau kem jati diri. Hal ini memerlukan usaha yang jitu daripada pihak penganjur agar murid-murid dapat mengisi masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya. Dipetik dan diubah suai daripada “Ikuti Kem Motivasi Trend Terkini” oleh Fazurawati Che Lah, Harian Metro, 25 November 2019 Bincangkan usaha-usaha untuk menarik minat murid menyertai program-program tersebut. 4 Kesungguhan kerajaan mewujudkan fasiliti 5G terbaik menjelang 2021 meningkatkan keyakinan orang ramai khususnya usahawan untuk terus berkecimpung dan mengendalikan urusan perniagaan mereka secara dalam talian. Hal ini terbukti melalui kewujudan gedung maya yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Namun begitu, kewujudannya semakin hari semakin gah dan menjadi perhatian ramai pengguna Internet terutamanya dalam kalangan mereka yang gemar membeli-belah secara dalam talian. Dipetik dan diubah suai daripada “Internet dan Masa Depan Perniagaan dalam Talian” oleh Suara Sinar, Sinar Harian, 21 Februari 2020 Huraikan ciri-ciri perniagaan tersebut yang mampu memajukan urus niaga. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT BAHASA MELAYU Kertas 2 1103/2 2 1 2 Jam Dua jam tiga puluh minit PEPERIKSAAN PROGRESIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 PENERBIT MAHIR SDN BHD


1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 59 1103/2 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Trauma ialah pengalaman individu yang unik tentang suatu peristiwa atau keadaan yang kekal seperti keupayaan individu untuk mengintegrasikan pengalaman dan emosi, atau terharu dengan suatu pengalaman yang luar biasa seperti rangsangan yang kuat dan berbahaya. Trauma meninggalkan kesan yang sangat menakutkan. Pesakit trauma mengalami gangguan mental akibat ketegangan psikologi dan fisiologi serta kebanyakan pesakit sukar tidur kerana insomnia yang serius. Dalam jangka masa panjang, pelbagai kesan lain akan ditanggung oleh pesakit trauma. Dari sudut yang lain pula, pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap semua perkara yang dilakukan. Hal ini menyebabkan perkara yang dibincangkan akan terhakis daripada fikiran mereka. Pada masa yang sama, individu yang mengalami trauma akan mudah terkejut, cepat marah dan panik dalam semua situasi. Dalam situasi yang berbeza pula, pesakit sering berasa sedih dan bersalah dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, menjejaskan aktiviti normal seseorang. Dalam hal ini, terapi kognitif tingkah laku perlu dijalani oleh pesakit, selain mengambil ubat antikemurungan seperti Prozac dan Zoloft untuk membantu pesakit. Masyarakat juga perlu dididik agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya mencari jalan penyelesaian supaya dapat keluar daripada kepompong permasalahan yang membelenggu minda mereka. Tegasnya, pesakit perlu berkongsi masalah yang berkaitan dengan trauma bersama-sama ahli keluarga supaya proses pemulihan dapat dipercepat. Dipetik dan diubah suai daripada “Trauma Mengganggu Emosi” oleh Rehanah Mohd Zain, Dewan Kosmik, Januari 2016 PENERBIT MAHIR SDN BHD


SULIT 60 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT Bahan 2 Keperibadian yang lemah/ kurang mempercayai diri sehingga berasa diri tidak mampu mengatasinya dan menyalahkan diri sendiri. Terjadinya konflik sosial akibat daripada adanya norma yang berbeza antara dirinya dengan orang lain. Pemahaman yang salah terhadap sesuatu perkara sehingga memberikan reaksi berlebihan terhadap kehidupan sosial. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Kenapa anda TRAUMA? PENERBIT MAHIR SDN BHD


KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU AKRAM BAHASA MELAYU Dengan Kerjasama: Semenanjung Malaysia : RM8.50 Sabah & Sarawak : RM8.90 Siri Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan SPM Terengganu yang dihasilkan ini digubal berdasarkan format SPM terkini dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kertas Percubaan SPM ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Matematik Tambahan Sains Fizik Kimia Biologi Sejarah Geografi Pendidikan Moral Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Bahasa Arab Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Judul-judul dalam siri ini: Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN 9 786294 711464 ISBN 978-629-471-146-4 PENERBIT MAHIR SDN BHD


Click to View FlipBook Version