2 Set Kertas Peperiksaan Akhir Sijil Pendidikan MRSM (SPMRSM) 2021 & 2022 2 Set Kertas Peperiksaan Intensif Sijil Pelajaran Malaysia KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN SPM BAHASA MELAYU MRSM Maktab Rendah Sains MARA EKSKLUSIF Diterbitkan secara dengan kerjasama Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) Digubal oleh panel lantikan dan Guru Cemerlang MRSM dengan izin Bahagian Pendidikan Menengah MARA PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN Skema Pemarkahan disediakan dalam Kod QR
1103/1 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 1103/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam (2 jam) MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2021 NOVEMBER 2021 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.
SULIT 1103/1 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT SULIT 14 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan pembelajaran secara dalam talian. Huraikan pandangan anda tentang pembelajaran secara dalam talian. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Guruku nadi bukannya seteru, Khidmatnya cemerlang tak pernah jemu; Belajar dalam talian norma baharu, Bukan penghalang mendalami ilmu. Manisnya kuih dibuat ibu, Disira dengan gula melaka; Belajar di rumah menambah ilmu, Asal pandai bahagikan masa. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Laman Facebook Perpustakaan Desa, Taman Mas Merah, Zon 7, Melaka Cabaran Pembelajaran Secara dalam Talian Pelbagai cabaran timbul dalam menjayakan usaha mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Pada peringkat awal pelaksanaan pembelajaran dalam talian, murid terkejar-kejar dengan jadual kelas yang padat dan menghadapi masalah ketidakseimbangan emosi. Capaian Internet yang tidak stabil selain terpaksa berkongsi peranti dengan adik-beradik turut mengganggu proses pembelajaran. Sumber: Dipetik dan ubah suai daripada “Mendepani Cabaran Pembelajaran Secara dalam Talian”, oleh Dr. Ehwan Ngadi, Tinta Minda BERNAMA Medium Pembelajaran dalam Talian Microsoft Teams zoom Google Classroom Quizizz
1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 1103/2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A dan Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit (2 1 2 jam) MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2021 NOVEMBER 2021 Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
SULIT 1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT SULIT 18 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang dapat memberikan kesedaran kepada seseorang sebagai persediaan bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Kini, amalan menyimpan wang di bank juga antara inisiatif yang efektif bagi memastikan wang tersebut terjaga dan disimpan dengan selamat. Sehubungan dengan itu, anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung ibarat peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya bagi menjauhi sikap boros. Jelaslah amalan ini dapat mendidik diri agar sentiasa berjimat. Dipetik dan diubah suai daripada “Menabung untuk Kemudahan Masa Hadapan”, oleh Nadia Akmar Ahmad, Dewan Siswa, Bil. 09/2020 [6 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Pendekatan Tunjang memperkenalkan lima jenis ayat mudah, iaitu ayat binaan, ayat tokoh, ayat sejarah, ayat semasa dan ayat tanya. Sebelum pendekatan yang hebat ini diperkenalkan, murid memulakan karangan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Jika murid tidak mempunyai pengetahuan tentang isu yang dibincangkan, mereka tidak akan mampu menjana idea. Pendekatan Tunjang dapat mengatasi permasalahan ini walaupun mereka mempunyai idea yang terhad. Dipetik dan diubah suai daripada “Pendekatan Tunjang dalam Penulisan”, oleh Mohd Salleh Haji Hassan Dewan Bahasa, Bil. 1/2020 [6 markah] 3 Dalam Bahan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa manakala Bahan 2 terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun berbagai program sepanjang 10 tahun dalam usaha kearah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030. Program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dipekenalkan bagi membentuk masyarakat berilmu yang bertahap dunia. Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut menyokong anjuran program membaca, pameran buku dan bengkel penulis untuk membudayakan amalan membaca. Melalui amalan membaca, seorang itu bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan, bahkan mampu menyuarakan maklumat dengan baik dan berkesan. Dipetik dan diubah suai daripada “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”, oleh Yusaida Yusof, Dewan Siswa, Bil. 04/2020 [7 markah]
1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 19 1103/2 Bahan 2 Seiring dengan peredaran masa yang pantas, perkembangan teknoloji maklumat kini juga mengalami perubahan dari setahun ke tahun. Situasi ini terbukti apabila penggunaan sosial media turut meningkat dengan pesat sehingga berupaya pengaruh gaya hidup masyarakat. Oleh itu, para pengguna seharusnya peka tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi supaya tidak sewenang wenangnya berkongsi maklumat peribadi mereka. Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan maklumat peribadi seseorang yang diperolehi daripada Internet untuk melakukan buli siber. Dipetik dan diubah suai daripada “Kawalan Kendiri Lindungi Maklumat Peribadi di Alam Maya”, oleh CMCF Malaysia, Dewan Siswa, Bil. 1/2019 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan dua peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Beberapa orang tokoh pemimpin muda di dunia telah membuktikan bahawa sesiapa pun boleh menjadi ketua tanpa mengira usia. Keterampilan dalam memimpin jika digilap dapat mempertajam daya kepemimpinan tanpa mengenal erti putus asa. Hal ini amat penting dalam usaha untuk mematangkan diri menjadi ketua yang berwibawa. Bagi melengkapkan diri sebagai ketua, remaja perlu banyak membaca buku dalam pelbagai bidang termasuk buku tentang pengurusan dan kepemimpinan supaya lebih matang dalam membuat keputusan. [4 markah]
SULIT 1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT SULIT 20 1103/2 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Setiap individu sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak perlu memiliki harga diri untuk menjadikan seseorang itu lebih percaya kepada diri sendiri. Harga diri ialah pandangan seseorang terhadap diri sendiri tentang keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Oleh itu, remaja perlu mempunyai tingkah laku yang baik untuk meletakkan dirinya pada landasan yang betul. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan remaja dengan berbekalkan pendidikan dan budi pekerti yang luhur. Dalam keinginan untuk mencapai matlamat, remaja seharusnya memiliki disiplin yang tinggi apabila diberikan sesuatu tugasan. Kemudian, remaja haruslah berusaha dengan sedaya upaya menjadikan tugasan tersebut sebagai dorongan untuk lebih berjaya dan cemerlang. Selain itu, kebiasaannya remaja yang cemerlang sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa kemas. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Perlu Mempunyai Harga Diri”, oleh Izani Haji Daud, Dewan Siswa, Bil. 1/2018 Bahan 2 Setiap remaja perlu mempunyai misi bahawa kecemerlangan dan memiliki harga diri amat penting untuk dicapai. Usaha untuk membina remaja yang cemerlang dari segala segi bermula pada peringkat awal. Menurut Dr. Aminuddin Mansor dalam artikelnya yang bertajuk ‘Disiplin Diri Pacu Kecemerlangan’, pembentukan disiplin dalam kalangan remaja seharusnya bermula dari rumah dan sekolah. Seterusnya, remaja perlu berusaha dengan sebaik mungkin untuk lebih mendisiplinkan diri ketika menyiapkan tugasan yang diberikan seperti menyiapkan kerja rumah, latihan dan kerja kursus pada tarikh yang ditetapkan. Selain itu, remaja perlu mengukuhkan kualiti diri dengan tingkah laku yang baik dan amalan berbudi bahasa. Kebiasaannya, remaja yang cemerlang akan mengelakkan diri daripada pelbagai gejala sosial agar mereka menjadi lebih fokus untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Cemerlang, Negara Terbilang”, oleh Khairul Anuar Harith Fadzillah, Dewan Siswa, Bil. 3/2018 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mencapai matlamat. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan ciri remaja yang memiliki harga diri yang cemerlang. [3 markah] (iii) Sekolah anda akan mengadakan kem jati diri untuk murid-murid tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan bagi mencapai matlamat program tersebut? [3 markah] (iv) Anda ingin menyertai kejohanan olahraga peringkat daerah. Namun, ibu bapa tidak membenarkan anda menyertai kejohanan tersebut kerana beranggapan bahawa kegiatan kokurikulum akan menjejaskan prestasi akademik. Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk meyakinkan ibu bapa bahawa pencapaian dalam bidang kokurikulum juga sangat penting demi kecemerlangan murid. [4 markah]
1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 21 1103/2 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya. “Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-baik.” Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.” Dipetik daripada “Cinta Ahmad Mutawakkil”, oleh Zainal Rashid dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 PANTUN BUDI Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud meluahkan pandangan. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan budi bahasa dalam kehidupan masyarakat. [4 markah]
SULIT 1103/2 © Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT SULIT 24 1103/2 Bahan 2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT ✥ Imej Malaysia meningkat – tangga ke-20 dalam pasaran e-sukan global tahun 2018. ✥ Komuniti e-sukan seramai 4.5 juta orang. ✥ Penggemar tegar e-sukan seramai 1.9 juta orang. PELUANG PEKERJAAN DALAM E-SUKAN Pengulas Pengurus media sosial Staf penyiaran Jurulatih permainan Pengurus atlet Penterjemah Penganalisis Atlet e-sukan
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 1103/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. PEPERIKSAAN INTENSIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam (2 jam) Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.
SULIT 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 26 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang pengurusan alam sekitar. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Gurindam Alam Sekitar Jika alam kita terpelihara, Hidup tenang hati gembira. Jika kita mampankan alam, Hidup kita tidaklah kelam. Jika alam kita cemari, Kelak bencana sukar dihindari. Jika kita beraja nafsu, Alam indah menjadi lesu. Jika alam tercemar sampah, Rezeki tidak lagi melimpah. Jika kita saling bersatu, Alam sekitar terjaga tentu. Jika alam menghijau damai, Jiwa tenang kasih tersemai. Jika amalkan kitar semula, Alam ceria nasib terbela. Jika alam bersih dan indah, Hidup selesa tiada gundah. Alias bin Derais Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Mengurus Sisa Elektronik Memperbanyak program kesedaran mengenai isu lambakan sisa elektronik terhadap alam sekitar Mengembalikan barangan elektronik yang tidak diperlukan kepada pengeluar Memperbanyak tong kitar semula sisa elektronik Menghantar sisa elektronik ke pusat kitar semula Untuk Mencapai Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi kini dan masa hadapan Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari
SULIT 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 28 1103/1 3 Pembelajaran dalam talian merupakan satu keperluan penting dalam pendidikan Revolusi Industri 4.0 untuk generasi sekarang. Oleh yang demikian, pertemuan bersemuka antara guru dan murid ketika pandemik COVID-19 melanda digantikan secara dalam talian melalui pelbagai aplikasi persidangan video menerusi Internet untuk menyokong pembelajaran norma baharu ini. Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), tuntutan pembelajaran secara dalam talian yang dituntut dalam norma baharu ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam pendidikan. Objektif PAK-21 adalah untuk melatih murid menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif dan kritis berfikir. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pembelajaran dalam Talian Sebagai Norma Baharu”, oleh Dr. Rosninawati Hussin, www.usim.edu.my Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat atau kebaikan. Kaedah ini membolehkan proses pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui pembelajaran dalam talian. 4 Tembakan-tembakan terus hebat. Pasukan komunis terus menyerang. Pasukan polis terus bertahan dengan gagahnya. Orang-orang kampung di bawah pimpinan Penghulu Ali masih belum dapat sampai ke destinasi yang ditujui. Penduduk Cina yang tinggal berhampiran dengan kompleks polis juga dalam ketakutan, rumah mereka telah menjadi sasaran peluru sesat tembakan kedua-dua pihak yang bertarung. Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 145: Dipetik dan diubah suai daripada Ismail Johari,”Bukit Kepong” Petikan di atas menggambarkan keperitan dan kesusahan semasa peperangan. Kini, pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan pertahanan awam memainkan peranan penting menjaga keselamatan negara. Generasi muda seharusnya menceburkan diri dalam kerjaya pasukan keselamatan untuk membantu memelihara keharmonian negara. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk menarik minat generasi muda memilih kerjaya sebagai anggota pasukan keselamatan negara. KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 31 1103/2 Bahan 2 [11 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian bina ayat daripada peribahasa tersebut. Peribahasa bagai itik mendapat air bermaksud kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai. Berdasarkan peribahasa tersebut, dapat dibayangkan betapa gembiranya itik tatkala berenang di dalam air. Begitulah juga dengan manusia. Bezanya, tidak pernah lagi kita temukan insiden itik lemas. Oleh itu, sentiasalah berawas kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah, dan kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Ambil langkah berjaga-jaga kerana peribahasa ada menggambarkan bahawa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Dipetik daripada “Menghidu Bahaya”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Ø Kelebihan kami ü Di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ü Tenaga pengajar bertauliah dan berpengalaman ü Sijil penyertaan disediakan dengan segera ü Kami boleh datang memberikan latihan ditempat anda dengan jumlah peserta lima orang (minimum) Ø Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Wajib bagi pengendali makanan untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan di sekolah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika sabit kesalahan, anda boleh di denda sehingga RM10 000 atau dua tahun penjara. KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN Ø Topik yang diajar ü Akta Makanan di Malaysia ü Pencemaran makanan ü Kebersihan makanan ü Keselamatan makanan ü Keracunan makanan dan cara pencengahan RM50 3 jam
SULIT 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 32 1103/2 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang mendapat zat yang diperlukan. Dipetik dan diubah suai daripada “Nilai Kesihatan”, oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016 Bahan 2 Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia. Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi dan osteoporosis. Dipetik dan diubah suai daripada “Pemakanan yang Sihat”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik. [3 markah] (iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri? [3 markah] (iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala ini mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah. Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakan anda ketika berhadapan dengan masalahnya itu. [4 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 33 1103/2 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Gelanggang Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat meyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Onn Malini Antologi Jaket Kulit Kijang, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu. CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN? NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
SULIT 39 1103/1 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan-akan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan. Tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga, sekali gus mendidik jiwa masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Budaya Unik Rumah Terbuka Wajar Diteruskan”, Berita Harian, 26 Julai 2015 Rumah terbuka kini telah menjadi amalan masyarakat pada musim perayaan. Huraikan kepentingan amalan rumah terbuka kepada masyarakat dan negara. 2 Stres – (desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu) • Boleh berlaku dari segi emosi dan juga fizikal. • Perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. • Merupakan cabaran emosi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. • Berlaku akibat perubahan luaran atau dalaman yang melebihi kemampuan individu. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Tangani Stres Anda”, www.moh.gov.my Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan atau stres dalam kehidupan. Tekanan yang dialami mungkin berpunca daripada masalah kerja, kewangan, pembelajaran, rakan sebaya atau keluarga. Oleh itu, setiap tekanan perlu diatasi dengan bijak agar kualiti kehidupan tidak terjejas. Sebagai remaja, huraikan langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk menangani tekanan atau stres.
SULIT 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 40 1103/1 3 Bilik darjah ialah perkara yang penting bagi setiap murid kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat mempengaruhi cara murid melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam suasana yang selesa. Untuk mendorong murid aktif semasa sesi pembelajaran, sesebuah bilik darjah perlulah mempunyai kelengkapan dari segi teknologi yang canggih, persekitaran yang baik serta penyampaian maklumat pengajaran yang berkesan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Ciri-ciri Bilik Darjah pada Masa Hadapan”, juriffahyen20.blogspot.com Sebagai seorang murid, anda sentiasa menginginkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan ketika berada di dalam kelas. Gambarkan ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan yang anda idamkan. Jelaskan gambaran anda selengkapnya. 4 Bidang keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Walau bagaimanapun, kebanyakan belia hari ini menganggap bidang ini agak sukar, berisiko dan merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin jika dibandingkan dengan bekerja makan gaji. Mereka juga tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Keusahawanan Sebagai Pilihan Kerjaya”, oleh Hartini binti Saari, Portal Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun, pelbagai ilmu dan kemahiran perlu dikuasai untuk menjadi seorang usahawan. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 1103/2 Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A dan Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. PEPERIKSAAN INTENSIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit (2 1 2 jam)
SULIT 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 42 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kemajuan teknologi media massa yang semakin berkembang pesat telah membentuk sebuah revolusi dunia tanpa sempadan. Keadaan ini menjadikan manusia lebih pantas menerajui masa dan zaman. Kemajuan ini juga telah menghasilkan pelbagai kemudahan capaian dan komunikasi seantero dunia. Apabila membicarakan perkembangan rantaian komunikasi dunia tanpa sempadan yang merentasi arus globalisasi dunia, perkembangan pesat teknologi penyampai maklumat seperti televisyen menjadikannya sebagai satu medium komunikasi yang paling berpengaruh. [6 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan tiga ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Kegiatan sukan mendatangkan banyak faedah kepada remaja. Aktiviti sukan dapat melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal ataupun mental. Sebagai contoh, aktiviti sukan dapat membantu remaja untuk membina tubuh badan yang sihat dan cergas seperti berbasikal, mendaki bukit, dan bermain bola sepak. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta membakar lemak berlebihan dalam badan. Badan yang sihat juga akan melahirkan minda yang cerdas dan mendorong kecemerlangan dalam pelajaran. Dipetik dan diubah suai daripada “Faedah Sukan kepada Remaja”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 3 Dalam Bahan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Bahan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir serta masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat muhibbah, saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 45 1103/2 (iv) Penglibatan para murid dalam bidang kokurikulum seperti sukan, badan beruniform, persatuan dan kelab di sekolah amat ditekankan oleh pihak sekolah. Murid-murid disarankan agar menyertai setiap kegiatan kokurikulum tersebut. Anda mendapati rakan anda tidak berminat untuk menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah anda. Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan bagi menarik minat rakan anda tersebut? [4 markah] 7 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.” “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ini. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azam. “Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.” Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan, antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Mata Farid terjegil. Diakah manusia pengecut yang mengugutnya dalam surat layang itu? “Gara-gara Mukhtar, kamu kelam-kabut,” ujar Inspektor Rusman kemudian. “Saya minta kamu membuat pengakuan bertulis yang menyatakan secara tidak langsung Mukhtar menunjukkan sifat-sifat perseteruan berpunca daripada pergeseran perniagaan dalam surat layang itu. Saya harap kamu dapat memberikan kerjasama demi mengukuhkan lagi fakta yang akan saya kemukakan kepada pendakwa raya.” Farid bersetuju. ‘Tindakan Mukhtar bukan suatu sendaan lagi,’ getus hatinya. Dia sudah melampau. Membakar bangunan dia sedar boleh mencederakan orang, kalaupun tidak membunuh. Dia tentu tahu dia boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Kanun Acara Jenayah) akibat keganasannya itu. Bila-bila masa dia akan menerima padahnya. Sekarang, Farid menyerahkan segala-galanya kepada polis. Dipetik daripada novel Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim, Kementerian Pendidikan Malaysia
SULIT 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 46 1103/2 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sifat-sifat perseteruan. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang menjadi mangsa penganiayaan. [3 markah] (iii) Kegiatan jenayah pasti akan memberikan impak negatif kepada sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang akan dihadapi oleh negara yang mempunyai kes jenayah yang tinggi? [4 markah] (iv) Pada suatu hari anda telah melihat tiga orang yang cuba untuk memecah masuk sebuah rumah di kampung anda. Anda merasakan tindakan perlu diambil dengan segera untuk menggagalkan rancangan pencuri tersebut. Sebagai rakyat yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut? [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Suasana perkampungan Pasir Panjang lengang seperti baru dilanda geroda. Di pangkalan Pasir Panjang, Adnan bertanggungjawab mengetuai pasukannya menghadapi serangan pihak musuh. Persiapan telah mula dilakukan. Kubu-kubu dibina lengkap dengan senjata. Anggota tentera membuat rondaan kawalan di persekitaran perkampungan dengan dibantu oleh pasukan pengawal yang ditubuhkan penduduk kampung. Pengawal kampung turut dibekalkan senjata api bagi melindungi diri daripada serangan. Dalam masa yang singkat itu, mereka dilatih cara-cara menggunakan senjata api dan beberapa taktik peperangan untuk memudahkan pergerakan mereka nanti. Adnan tersenyum bangga. Rupa-rupanya, banyak penduduk tempatan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air. Semangat mereka jelas kelihatan walaupun hanya berbekalkan sebilah parang. Pengawal kampung duduk berkumpul sambil memerhati keadaan sekeliling yang gelap gelita. Hanya cahaya andang menerangi kawasan sekitar. Senjata api tidak lekang daripada tangan. Tiada topik hangat yang diperkatakan melainkan kemaraan tentera Jepun. Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan strategi yang dilakukan untuk menangkis serangan pihak musuh di Pasir Panjang. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan dua sebab bahagian permulaan cerita tersebut menarik perhatian pembaca. [6 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 47 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Sejarah menunjukkan bahawa perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai sudah pasti dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan warganya. Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang. Sejak negara merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa murid. Dalam persekitaran di sekolah, usaha pemupukan semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Faktor sejarah telah menyaksikan bahasa Melayu dijadikan lingua franca di seluruh kepulauan di Nusantara hingga melayakkan bahasa Melayu dijulang sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan secara rasmi di negara ini. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dan diangkat sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa yang mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ada rasa prasangka. Perpaduan juga boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan, pengurusan kelab dan persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan ditingkatkan. Semua pihak harus mempunyai kesedaran dan sama-sama berganding bahu meningkatkan semangat perpaduan antara kaum dan mewujudkan masyarakat harmoni yang cinta akan negara dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Kaum: Sekolah sebagai Agen Penyatuan”, oleh Zulfazlan Jumrah, Dewan Siswa, Ogos 2017
SULIT 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 48 1103/2 Bahan 2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Langkah Memupuk Perpaduan Rakyat Malaysia Pupuklah perpaduan dengan kerjasama, tolong-menolong dan bertoleransi dalam masyarakat Setiap rakyat berbeza budaya, bangsa dan agama perlu saling mempercayai tanpa prasangka Seluruh rakyat Malaysia haruslah menjaga hati dan sensitiviti agar keharmonian terpelihara Amalkan budaya saling mengunjungi terutama semasa perayaan BANGSA MALAYSIA BANGSA BERSATU
: +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Soalan digubal oleh panel lantikan dan Guru Cemerlang MRSM Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Memantapkan kemahiran dan persediaan murid untuk menghadapi peperiksaan Soalan-soalan berkualiti tinggi setaraf dengan soalan peperiksaan SPM sebenar Skema pemarkahan disediakan Kelebihan siri ini ialah: KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM Maktab Rendah Sains MARA SPM BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM MATEMATIK MATEMATIK TAMBAHAN FIZIK KIMIA BIOLOGI Judul-judul dalam siri ini: KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM SPM BAHASA MELAYU Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM7.90 : RM8.60 9 786294 710092 ISBN 978-629-471-009-2