The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2022-02-23 20:08:16

MyVisa A+ Premium BM Ting 4

MyVisa A+ Premium BM Ting 4

BONUS GURU

Suplemen Guru

e-RPH

kandungan

Kertas 1 Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan...................................................... 1
Kertas 1 Bahagian B Karangan Umum............................................................................................. 13
Kertas 2 Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa............................................................................ 61
Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Umum]....................................................................... 111
Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Sastera]....................................................................... 120
Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Novel]...................................................................................... 140
Kertas 2 Bahagian C Rumusan ....................................................................................................... 162
Kertas Model 1 .................................................................................................................................... 184
Kertas Model 2 .................................................................................................................................... 194
Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat ..................................................................................... 204
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Lampiran Jawapan

KERTAS 1 KARANGAN BERDASARKAN
BAHAN RANGSANGAN
BAHAGIAN A

DSKP TINGKATAN 4 GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD Markah

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 30 [200]
1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta = 15.00%

hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan KEMAHIRAN MENULIS
bermakna. 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan
1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat
daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan
1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dengan betul mengikut konteks.
dalam perbualan santai secara bertatasusila. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca,
1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi
masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu menggunakan ayat yang gramatis.
atau kelompok secara bertatasusila. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai
1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta bahan mengikut situasi dan keperluan.
memberikan respons yang betul secara berhemah dan 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan
bertatasusila. menganalisis isi penting secara terancang.
1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang
kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai
kerjaya dengan yakin. dan gramatis.
1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan
bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas kritis menggunakan bahasa yang gramatis.
dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan
1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan
bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara ungkapan yang menarik.
bertatasusila. 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana
1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan
dan rasional menggunakan bahasa yang santun. yang menarik.
1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang
jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam
kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
ayat yang betul dan gramatis. 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam
pelbagai teks.
KEMAHIRAN MEMBACA
2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks ASPEK SENI BAHASA
4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait
daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada maksudnya dengan betul mengikut konteks.
4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif
pelbagai bahan teks dengan betul.
2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan serta bahasa yang indah dan bertatasusila.

dengan betul. ASPEK TATABAHASA
2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal

secara rasional. dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks.
2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata

rasional. terbitan dengan betul mengikut konteks.

Pengenalan 4 Soalan ini diperkenalkan untuk membantu calon
memperoleh markah yang tinggi dalam bahagian
1 Karangan berdasarkan bahan rangsangan atau karangan.
karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis
karangan telah disediakan dan calon diminta 5 Sebanyak 30 markah akan diberikan.
mengembangkan idea asas (berdasarkan gambar) 6 Kepanjangan karangan sekitar 150 patah perkataan
untuk menjadi sebuah karangan yang lengkap.
hingga 200 patah perkataan.
2 Bahan berpandu berdasarkan gambar (satu atau 7 Masa yang dicadangkan untuk menjawab ialah 30
beberapa gambar), graf, data, kartun, dialog, petikan
rencana, atau berita daripada surat khabar. minit.

3 Soalan ini akan diajukan dalam Kertas 1, Soalan Cara Menjawab
Bahagian A. Hanya satu soalan diberikan dan calon
wajib menjawabnya. 1 Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu
sebelum menulis karangan di Bahagian B.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1

2 Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti kata Skor Cemerlang
kunci yang diberikan. Maklumat yang terdapat
dalam bahan perlu disertakan. [26 hingga 30 markah]
1 Karangan menepati tema bahan rangsangan.
3 Calon dicadangkan menulis lima perenggan dan 2 Bahasa gramatis dari segi kata dan juga ayat. Ejaan
setiap perenggan sebanyak 40 patah perkataan.
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan
4 Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan kosa kata luas dan tepat.
dalam bahagian penutup. 3 Wacana lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik
5 Karangan ini seperti karangan biasa yang seperti peribahasa, hadis, dan petikan ucapan.
memerlukan pendahuluan, isi, dan penutup. 4 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan
dihuraikan dengan jelas dan matang.
6 Letakkan sekurang-kurangnya satu slogan,
peribahasa, ataupun kata-kata hikmat.

MODEL GRED A GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHDTema 1: Merealisasikan Impian

Pantun dan grafik di bawah berkaitan dengan aktiviti sukan.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti sukan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Program Satu Murid Pisang berangan dibuat pengat,
Satu Sukan Sangat enak apabila dimakan;
Ibu bapa memberikan semangat,
Sekolah Menengah Mendorong anak-anak bersukan.
Kebangsaan Sentosa
Mencari rotan di dalam hutan,
Perhatian kepada semua Rotan dijual di tengah pekan;
murid! Komuniti setempat juga berperanan,
Sediakan gelanggang untuk bersukan.
Semua murid diwajibkan
menyertai sekurang-kurang Aktiviti Sukan

satu acara sukan.

[Pendahuluan] Penyertaan murid dalam aktiviti sukan menjadikan mereka memiliki badan Guna semua fakta
cergas otak cerdas. Hal ini demikian kerana badan akan berpeluh apabila bersukan sekali yang terdapat
gus mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Perjalanan darah ke seluruh tubuh dalam semua
menjadi lancar seterusnya diri akan lebih sihat. bahan.

[Idea 1] Program Satu Murid Satu Sukan bertujuan memastikan setiap murid mengambil

bahagian dalam aktiviti sukan di sekolah seterusnya membudayakan murid dalam bidang sukan.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika murid tidak mencuba, tidak mungkin bakat dalam

diri mereka dapat digilap.

[Idea 2] Ibu bapa pula hendaklah memberikan semangat kepada anak-anak dalam bidang sukan. Belikanlah mereka

pakaian dan kasut sukan yang sesuai. Sikap ibu bapa ini akan mendorong anak untuk lebih serius dalam sukan yang

diminati. Sekiranya anak gagal meraih kemenangan, ibu bapa perlu terus memberikan semangat kerana gagal sekali

bukan gagal selama-lamanya.

[Idea 3] Setiap komuniti kawasan perumahan perlu menyediakan gelanggang yang sesuai untuk remaja bersukan

seperti bermain badminton, bola keranjang atau sepak takraw. Selain mereka memanfaatkan masa yang terluang,

mereka juga dapat memupuk semangat muhibah. Oleh itu, masa mereka tidaklah terbuang sia-sia.

[Penutup] Sebagai kesimpulannya, semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak

mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan. Slogan Majulah Sukan untuk Negara harus dipegang oleh setiap

lapisan masyarakat di Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendapat tempat dalam jiwa rakyat.

[201 patah perkataan]

2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

Praktis 1 MuLus Tema 2: Insan Terdidik Negara Sejahtera

E-mel di bawah meminta penjelasan tentang penguasaan bahasa Melayu.
Balas e-mel tersebut dengan menghuraikan penguasaan bahasa Melayu.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada [email protected]

Kepada

Perkara Memartabatkan bahasa Melayu

Salam sejahtera sahabatku yang berada di Kuala Lumpur.
Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk memartabatkan bahasa Melayu, antaranya:
(i) Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu,
(ii) Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf nasional, dan
(iii) Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu.
Saya berharap saudara dapat membantu saya menghuraikan idea-idea di atas.
Sekian, terima kasih.
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
MuLus: Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.

mengutamakan dilaksanakan lingua lapisan berpijak
kegemilangan menggembleng
dipinggirkan agenda ditingkatkan

Daripada

Kepada [email protected]

Perkara Memartabatkan bahasa Melayu

[Pendahuluan] Salam sejahtera sahabatku, Atiqah. Sejak abad ketujuh Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa

kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan (1) lingua franca di rantau Kepulauan

Melayu semasa kerajaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, bahasa Melayu mencapai puncak

(2) kegemilangan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa perdagangan dan bahasa ketatanegaraan.
[Idea 1] Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar

bahasa secara bersepadu perlu dilaksanakan. Semua urusan rasmi dan majlis rasmi pada peringkat kebangsaan mesti

(3) mengutamakan penggunaan bahasa Melayu. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat

dalam undang-undang negara hendaklah dihormati oleh semua (4) lapisan masyarakat.

[Idea 2] Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf nasional amat penting. Semua kementerian, jabatan,

agensi dan perbadanan kerajaan termasuklah pihak swasta hendaklah secara aktif menyertai program pemasyarakatan

bahasa kebangsaan yang dirancang dan (5) dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Melalui usaha

ini, bahasa dan persuratan Melayu tidak (6) dipinggirkan oleh masyarakat.

[Idea 3] Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu hendaklah dimantapkan. Usaha ini perlu

(7) ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah . Selain

itu, agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam (8) agenda
pembangunan negara melalui belanjawan tahunan negara.

[Penutup] Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah (9) menggembleng sinergi untuk meledakkan
darjat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian. Oleh hal yang demikian, marilah kita

(10) berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. [209 patah perkataan]

Sekian. Terima kasih.

Aktiviti PAK21

Fikir, Pasang dan Kongsi
1 Guru mengemukakan isu tentang MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.
2 Setiap ahli kumpulan diberikan masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya secara berpasangan dalam kumpulan.
3 Semua ahli kumpulan pula diminta berkongsi jawapan tentang penyelesaian masalah.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3

Praktis 2 MuLus Tema 3: Memetik Bintang

Sajak dan grafik di bawah berkaitan dengan potensi diri seorang remaja.
Huraikan pendapat anda tentang potensi diri remaja.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Setiap insan itu istimewa Kejayaan Datuk Dr. Sheikh Saya pula amat mengagumi
punyai potensi tersembunyi Muszaphar menjadi inspirasi Datuk Nicol Ann David
yang harus digali, diasah kepada saya untuk menceburi dan Tan Sri Syed Mokhtar
digilap agar menyinar bidang aeroangkasa. Albukhary.

Sinar itu perlukan pengorbanan Syed Mokhtar
keperitan, kepayahan, kegagalan
bukan alasan untuk berputus asa Nicol David
bangkitlah dan teruslah melangkah
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Hidup penuh liku cabaran Sheikh Muszaphar
yang perlu kita tempuhi
dengan perjuangan sebenar
demi sebuah kejayaan

Potensi Diri

[Pendahuluan] Ramai antara kita yang tidak mengenali potensi diri sendiri. Hal ini tentu amat

(1) merugikan kerana potensi diri sangat membantu seseorang untuk lebih maju. Namun, potensi diri perlu

dikembangkan dengan sungguh-sungguh kerana yang bulat tidak datang (2) bergolek , yang pipih

tidak datang melayang.

[Idea 1] Potensi diri boleh berkembang apabila kita mencuba melakukan pelbagai perkara. Kita hanya akan

mengetahui potensi dan bakat kita lebih menyerlah dalam sesuatu permainan itu apabila kita mencuba banyak jenis

permainan. Kemudian bakat tersebut boleh terus digilap dengan mendapatkan bimbingan daripada jurulatih yang

(3) berwibawa .

[Idea 2] Kita juga perlu mencontohi tokoh yang berjaya untuk mengembangkan potensi diri. Kita boleh

membaca kisah-kisah kejayaan tokoh atau memanfaat (4) media sosial untuk mengikuti

perkembangan mereka dalam pelbagai bidang. Kita boleh menjadikan usaha mereka menempa kejayaan bagai lebah

(5) menghimpun madu sebagai (6) inspirasi .

[Idea 3] Seterusnya, potensi diri boleh dikembangkan jika berani menghadapi kegagalan. Kegagalan dianggap

cabaran bagi mereka yang (7) bersemangat waja untuk terus menggilap potensi diri. Pada waktu yang sama,

kita tidak perlu mempedulikan kata-kata yang boleh (8) meruntuhkan semangat demi kejayaan yang lebih
bermakna.

[Penutup] Sebagai kesimpulannya, setiap remaja sebenarnya boleh (9) mengembangkan potensi diri.
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sesungguhnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan

sesekali (10) mengalah sebelum potensi diri dapat dikembangkan sehingga mengecapi bunga-bunga
kejayaan. [202 patah perkataan]

Aktiviti PAK21

Sama dan Berbeza
1 Guru menimbulkan isu tentang MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI dalam bidang sukan.
2 Dua orang murid dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua keping gambar yang ada pada setiap orang

daripada mereka.
3 Kemudian, mereka membandingkan jawapan mereka.
4 Akhir sekali, tukar pasangan dalam kumpulan.

4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

KERTAS 2 sistem dan aplikasi
bahasa
BAHAGIAN A

DSKP TINGKATAN 4 Markah

Standard Kandungan 35 [200]
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang. = 17.50%

Standard Pembelajaran
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut

konteks.
5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.
5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut konteks.

GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHDBENTUK KATA

Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan yang terdiri daripada satu morfem atau beberapa morfem.
Bentuk Kata

Kata Tunggal Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda

Kata Tunggal
1 Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses pemajmukan atau penggandaan.

(a) Satu suku kata: yu, am, wang, draf, skru, straw
(b) Dua suku kata: aku, ais, usang, angka, ombak
(c) Tiga suku kata: cuaca, ziarah, urea, mulia, tempua
(d) Empat suku kata dan lebih: anugerah, universiti

Kata Majmuk
1 Kata majmuk merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang khusus.
2 Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit, iaitu kata majmuk tidak boleh menerima sebarang

penyisipan unsur lain.
3 Terdapat beberapa kategori kata majmuk, iaitu:

(a) Kata majmuk rangkai kata bebas. Contohnya: jam tangan, nasi minyak, bom tangan, meja tulis, kipas angin, gambar
rajah, luar biasa, tengah hari, kapal terbang, bandar raya, alat tulis, terima kasih, jalan raya, merah muda

Kategori ini termasuk juga gelaran seperti: Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor,
Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara

(b) Kata majmuk istilah khusus. Contohnya: garis pusat, kertas kerja, cari gali, segi tiga, pita suara, reka bentuk, atur
cara, model linear, mata pelajaran, kanta lekap, kemas kini

(c) Kata majmuk kiasan (peribahasa). Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, duit kopi, kaki bangku, makan angin, buah
tangan, manis mulut, anak emas, buah hati, berat tangan

4 Namun begitu, terdapat 15 kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja sebagai satu perkataan.

KATA MAJMUK MANTAP [DITULIS RAPAT]
Dijadikan Petikan Memudahkan Menghafal

(1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas arahan (3) PESURUHJAYA, membuat catatan, kemudian
(4) TANDATANGAN borang lalu (5) BERITAHU semua (6) KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA
menjalankan (8) TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9) WARGANEGARA dalam kalangan (10) BUMIPUTERA.
Seterusnya, (11) JAWATANKUASA memutuskan peserta (12) OLAHRAGA berlatih secara (13) SUKARELA di bawah
cahaya (14) MATAHARI untuk pemilihan peringkat (15) ANTARABANGSA.

Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis,
gambargambar rajah, balai-balai raya, kapal-kapal terbang, Menteri-menteri Besar, suku-suku kata, garis-garis pusat

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 61

Penggandaan Kata Majmuk Mantap
Melibatkan penggandaan keseluruhan perkataan. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya, warganegara-warganegara,
tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa, setiausaha-setiausaha

Pengimbuhan Kata Majmuk
1 Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya: campur aduk (bercampur aduk), ambil alih (mengambil alih), daya serap (daya serapan), ulang kaji (mengulang

kaji)
2 Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya: campur aduk (mencampuradukkan), ambil alih (pengambilalihan), daya serap (kedayaserapan), ulang kaji

(pengulangkajian)

Pengecualian
Selain kata majmuk, terdapat sebilangan perkataan yang bukan kata majmuk tetapi secara lazimnya dieja bercantum.
Contohnya:
Kata nama: peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
Kata adjektif: sukacita, dukacita
Kata sendi nama: kepada, daripada
Kata hubung: apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
Kata tanya: bagaimana
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Praktis MuLus

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata majmuk yang sesuai.

makmal sains bilik darjah jalan raya bola sepak
nasi ayam pilihan raya air mata roti canai

1 Satu pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan itu setelah kematian wakil rakyatnya.

2 Keadaan jalan raya menjadi lengang daripada kenderaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

akibat COVID-19.

3 Air mata yang mengalir di pipi abang sewaktu diumumkan sebagai juara pidato peringkat negeri
menggambarkan kegembiraannya.

4 Pertandingan bola sepak tujuh sebelah bawah 17 tahun akan bermula pada bulan hadapan.

5 Saya suka makan roti canai yang garing setiap kali bersarapan di Restoran Haji Salam.

6 Murid-murid wajib mematuhi peraturan di makmal sains kerana terdapat banyak kaca dan bahan kimia.

Praktis SPM@2023

1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Peserta konvoi yang akan melalui lebuh raya diingatkan supaya berhemah ketika memandu. Kerjasama daripada
setiap peserta amatlah dikehendaki. Penyelaras konvoi kemudiannya memberitahu bahawa peserta akan berehat di
Hentian Rehat dan Rawat Pagoh, kemudian meneruskan perjalanan menuju utara. Cuaca agak panas dan matahari
pula di atas kepala, jadi peserta perlu membiasakan diri dengan keadaan cuaca sebegitu.

(i) Lebuh raya: Keadaan jalan di lebuh raya yang luas memudahkan saya untuk pulang ke kampung.

62 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

(ii) Kerjasama: Setiap pekerjaan akan mudah dilaksanakan apabila penduduk kampung menjadikan kerjasama
sebagai amalan.
(iii) Memberitahu: Pengetua memberitahu semua murid agar bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan
bermula pada hari Isnin minggu depan.

2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sepak raga ialah permainan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Permainan itu dimainkan oleh anak
muda ketika senggang pada waktu petang. Pada waktu tengah hari, anak muda biasanya menghabiskan masa
di rumah sahaja. Sambil bermain, mereka berbual-bual tentang hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Permainan ditamatkan apabila hari hampir senja lalu pulang ke rumah masing-masing.

(i) Sepak raga: Sekumpulan murid bermain sepak raga di gelanggang sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan.

(ii) Anak muda: Anak muda perlu bersemangat waja untuk mengharungi cabaran hidup yang getir, apatah lagi
pada waktu ini sukar untuk mencari pekerjaan.
(iii) Tengah hari: Pada waktu tengah hari, saya akan melelapkan mata sekitar 10 minit ketika rakan-rakan saya berehat.
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
KATA TERBITAN

1 Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan.
2 Kata terbitan terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar sama

ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau imbuhan sisipan.

Kata Nama Terbitan
1 Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata nama terbitan iaitu, awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

(a) Awalan kata nama iaitu, peN-, pe-, peR-, ke- dan juru-.

Bentuk Varian Contoh

pe- penyanyi, pemandu, pelayan, perampas

pem- pembuka, pemfatwa, pemproses, pemvaksin

peN- pen- pencuri, pendakwa, penziarah, pentadbir
peng- / penggubal, penghantar, pengukir, pengolah
penge- pengecat, pengelap, pengemop, pengesah

pel- pelajar

pe- pe- pesara, pekilang, peserta, pekedai

peR- per- pertapa, perbara, perasap, perburu

ke- ke- kemudi, kekasih, kehormat, kehendak

juru- juru- juruazan, jurubahasa, jurujual, jurucakap

(b) Akhiran kata nama cuma ada satu, iaitu –an.
Contohnya: makanan, minuman, tanaman, bualan, daratan, hujahan
(c) Apitan kata nama iaitu, peN-…-an, pe-…-an, peR-…-an, dan ke-…-an.

Bentuk Varian Contoh

pe-...-an pemanduan, penyaraan, perasaan, pelayaran

pem-...-an pembacaan, pembabitan, pemberian, pemprosesan

peN-...-an pen-...-an pencarian, pendustaan, penstabilan, pentadbiran

peng-...-an / penggalian, penghakiman, pengindahan, pengkritikan
penge-...-an pengecatan, pengelapan, pengeboman, pengesahan

pel- pelajaran, pelunjuran

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 63

Bentuk Varian Contoh
pe-...-an pe-...-an
pesisiran, peperangan, peperiksaan, pekarangan
peR-...-an per-...-an
pertandingan, permakaman, percakapan, perguruan
ke-...-an ke-...-an perumahan, peruncitan, perundingan, peratuan (dua r yang bergabung
menjadi satu r)

kedatangan, kedaulatan, kekuatan, kemampuan

(d) Sisipan kata nama terdapat tiga bentuk, iaitu -el-, -er- dan -em-.

Bentuk Contoh

-el- kelupas, kelangkang, telunjuk, gelanggang

-er- keruping, gerigi, seruling, cerucuk

-em- kemuning, kemuncup, cemerlang, gemilang

Kata Kerja Terbitan
1 Kata kerja terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan sama ada bergabung dengan imbuhan awalan, akhiran, apitan

dan sisipan.

(a) Awalan kata kerja iaitu, meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- dan dipeR-.
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Bentuk Varian Contoh

me- merampas, memukul, menyanyi, mewangi

meN - mem- membaling, memvaksin, memfitnah, membolot
men- mencuri, mendabik, menjaja, mentakrif

meng- / mengadu, mengubat, mengkategori, mengklon
menge- mengekod, mengebom, mengetin, mengecat

beR - ber- / berdarah, berkebun, bersembunyi, berdengkur
be- berantai, berasa, beramah, berupa (dua r yang bergabung menjadi satu r)

pengecualian: belajar, belunjur

teR- ter- / terkata, terambil, terbeli, tersepak
te- terendam, terasa, terancang (dua r yang bergabung menjadi satu r)

di- di- dipilih, disokong, dibaca, ditumbuk

mempeR- mempeR- memperluas, memperoleh, memperbesar

dipeR- dipeR- diperluas, diperoleh, diperbesar, diperalat

(b) Akhiran kata kerja iaitu, -kan dan -i yang digunakan dalam ayat pasif atau ayat suruhan.

Bentuk Contoh

-kan carikan, bukukan, lahirkan, sertakan

-i contohi, baiki, alami, tangisi

(c) Apitan kata kerja iaitu, meN-...-kan, beR-...-kan, beR-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, mempeR-...-kan, mempeR-...-i,
ke-...-an, dipeR-...-kan dan dipeR-...-i.

Bentuk Contoh

meN-...-kan memayungkan, menterjemahkan, memberikan, mengehadkan

beR-...-kan beralaskan, berumahkan, berpandukan, beristerikan

beR-...-an berebutan, berkiriman, bersalaman, berkilauan

di-...-kan diberikan, disabitkan, dihapuskan, dilaksanakan

meN-...-i menduduki, membatasi, mengungguli, melindungi

di-...-i dialami, dipelopori, diyakini, dimesrai

mempeR-...-kan memperisterikan, memperlihatkan, mempersembahkan, memperbahaskan

mempeR-...-i memperingati, memperkawani, memperakui, mempersetujui, memperhalusi, memperdalami
(tidak begitu memperisteri, mempersuami (pengguguran satu huruf i)
produktif)

ke-...-an kedengaran, kesejukan, kehujanan, kehancuran

dipeR-...-kan diperisterikan, dipersendakan, dipertunjukkan, diperdengarkan

dipeR-...-i dipersuami, diperisteri, dipersetujui, diperhalusi

64 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

Kertas Model 1

KERTAS 1 Masa: 2 jam

Arahan:
Anda dikehendaki menjawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

Bahagian A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan Internet.
Huraikan pendapat anda tentang Internet.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Mencari terendak di luar kota, Di hujung halaman pohon bidara,
Hendak dibawa balik ke rumah; Angin bertiup daunnya gugur;
Internet memudahkan hidup kita, Internet tingkatkan ekonomi negara,
Boleh berurusan hanya di rumah. Perniagaan asing mudah melabur.

Nenek di dapur menanak nasi,
Datuk di laman menarik galah;
Internet mudahkan kita komunikasi,
Menjadi wadah penyelesaian masalah.

⎧ Pembelian dalam talian






⎨ Pembelajaran maya





⎪ Perbankan Internet


184 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

Bahagian B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.

1 DOMAIN AWAM

Jadual perlawanan padat menanti atlet badminton kebangsaan dengan sebahagiannya mungkin berada di luar
negara hingga akhir tahun ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membentangkan perancangan
kejohanan yang kebanyakannya berlangsung berturut-turut. Atlet hanya ada masa tiga tahun untuk menghadapi
Olimpik Paris 2024. Atlet memerlukan masa untuk meningkatkan ranking masing-masing dan perlu bermain
di kejohanan lebih tinggi tahapnya. Jadi kita mahu bermula seawal mungkin, bermakna mereka perlu mula
bertanding tahun ini juga.

Dipetik dan diubah suai daripada
“Olimpik Paris 2024: Jadual Padat Menanti Skuad Badminton Negara”,

Sinar Harian, 19 September 2021 [sumber rujuk lampiran]
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
SOALAN
Maklumat di atas berkaitan dengan keseriusan skuad sukan negara kita untuk meraih kejuaraan di pentas dunia.
Walaupun saban tahun jutaan ringgit dicurahkan untuk kemajuan sukan negara, namun mutu sukan negara belum
begitu membanggakan.
Bincangkan pendapat anda mengenai langkah-langkah meningkatkan mutu sukan negara agar atlet Malaysia lebih
banyak meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

2 DOMAIN PERIBADI

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat, Cahaya olehmu akan isteri,
Yang boleh dijadikan ubat. Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan guru, Cahari olehmu akan kawan,
Yang boleh tahukan tiap seteru. Pilih segala orang setiawan.

Sumber: Antologi Harga Remaja, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009.

SOALAN
Gurindam di atas menekankan keperluan kita mencari sahabat. Sehubungan dengan itu, sahabat anda yang berlainan
agama dan budaya telah mengundang anda menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya.
Ceritakan pengalaman anda semasa majlis tersebut.

3 DOMAIN PENDIDIKAN

STEM ialah akronim kepada Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan) dan
Mathematics (Matematik). Dalam sistem persekolahan, murid menengah atas diberi peluang untuk memilih
aliran mengikut kecenderungan mereka. STEM merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam
konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan
meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke arah
membudayakan amalan STEM.

Sumber: Pengenalan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021

SOALAN
Dalam menangani cabaran Industri 4.0, STEM penting untuk melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang
teknologi pada masa hadapan, sekali gus melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi
cabaran teknologi yang lebih kompleks.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menarik murid mengikuti aliran sains dan teknologi sejak
di bangku sekolah lagi.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 185

KERTAS 2 Masa: Dua jam tiga puluh minit

Arahan:
Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diajukan.

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sudah panjang hayat sastera Melayu pascamoden yang bermula sejak 1970-an. Pascamodenisme lahir hasil
penentangan terhadap modenisme yang gagal mentadbir manusia dan mengakibatkan berlakunya dua peperangan
dunia. Manusia kehilangan harapan, sejarah dan masa depan, lalu mengimpikan anjakan dunia baharu, maka lahirlah
zaman pascamoden. Konsep pascamoden yang menjadi teras ialah penentangan total terhadap aliran realisme. Hal
ini merupakan sanggahan terhadap falsafah modenisme. Karya yang mementingkan gagasan, pemikiran dan falsafah
seperti konsep keberadaan dan eksistensi manusia mampu melahirkan manusia yang cakna dan berwawasan.

Dipetik dan diubah suai daripada Menghargai Sastera Melayu Pascamoden
oleh Mana Sikana, Sinar Harian, 20 September 2020

[8 markah]

Soalan 2
Tukar ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD
Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki dan perempuan semakin meningkat. Pelbagai program kesedaran
tentang bahaya merokok nampaknya tidak berkesan, malahan peratusan murid merokok semakin bertambah. Mereka
semakin berani merokok di khalayak ramai dengan memakai uniform sekolah.

[6 markah]

Soalan 3
Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Remaja merupakan aset pembangunan negara di masa hadapan kerana merekalah pelapis kepemimpinan hari ini

yang akan mengetuai negara ke arah negara maju. Oleh itu, persiapan ke arah ketinggian ilmu, akhlak dan pelbagai
ilmu pengetahuan perlu dilakukan bermula daripada sekarang. Murid yang merupakan generasi muda berperanan
untuk mencari ilmu pengetahuan agar kejadian manusia yang berilmu pengetahuan serta menjadi modul insan yang
berkualiti.

[6 markah]

Petikan 2
Sabah merupakan salah sebuah negeri yang mengada penduduk berbilang-bilang kaum. Antara setengah kaum

peribumi di sana adalah orang Kadazan, Bajau dan Murut. Seperti negeri-negeri di Semenanjung, Sabah juga tidak
ketinggalan daripada menikmati kejayaan yang pesat selepas mencapai kemerdekaan.

[5 markah]

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 187

KATA-KATA HIKMAT DAN PERIBAHASA SEJAGAT
[Manfaatkan dalam Karangan]

1 AKHLAK DAN ADAB GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD (b) Janganlah takut bahawa hidup anda 6 CITA-CITA
(a) Dalam kalangan masyarakat kera akan berakhir tetapi takutlah bahawa (a) Hidup ini tidak akan berguna jika
tidak terdapat manusia, tetapi hidup anda tidak pernah dimulakan. tidak ditujukan kepada cita-cita luhur.
terdapat banyak kera dalam kalangan Jose Rizal (1861 – 1896),
manusia. John Henry Newman (1801 – 1890), negarawan ulung dari Filipina
sasterawan tersohor dari London
George Bernard Shaw (1856 – 1950), (b) Cintailah pelajaranmu sebagaimana
sasterawan kelahiran Republik Ireland 4 BANGSA DAN NEGARA engkau mencintai seseorang kerana
(a) Bangsa yang tidak percaya akan pelajaran akan bersama-sama ketika
(b) Pembohong akan membohongi kekuatan dirinya sebagai suatu sedih dan gembira.
orang lain buat pertama kalinya dan bangsa, tidak dapat berdiri sebagai
akhirnya akan menipu diri sendiri. suatu bangsa yang merdeka. Lord Chesterfield (1694 – 1773),
Soekarno (dari 1945 hingga 1967), tokoh politik yang masyhur dari Britain
Griffith Taylor (1880 – 1963), Presiden pertama Indonesia
pakar antropologi kelahiran England (c) Cita-cita atau kemahuan seperti
(b) Tidak ada manusia yang berhati batu beliung yang tajam, dapat membuat
(c) Semikin-miskin manusia ialah hingga tidak sedikit pun mencintai jalan melalui hutan rimba.
mereka yang kekurangan budi tanah tumpah darahnya.
pekerti. Charles Dickens (1812 – 1870),
Tun Dr. Mahathir Mohamad, sasterawan terkenal dari London
Prof. Dr. Hamka (1908 – 1981), ulama Perdana Menteri Malaysia
dan sasterawan tersohor dari Indonesia yang keempat dan ketujuh (d) Orang yang tidak mempunyai cita-
cita bagaikan burung tanpa sayap.
(d) Orang yang budiman ialah orang (1981-2003 dan 2018-2020)
yang mengakui akan kelebihan Pepatah Inggeris
kawannya. (c) Apabila sesuatu bangsa tidak
mempercayai diri sendiri, maka 7 ILMU PENGETAHUAN
Confucius (551 SM – 479 SM), sudah tentu bangsa itu akan kekal (a) Fikiran hanya tumbuh jika digunakan
ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang dalam kehinaan. dan surut kalau dibiarkan begitu
sahaja.
termasyhur dari China Tun Dr. Mahathir Mohamad, Imam Syafie (767 – 820),
Perdana Menteri Malaysia pengasas mazhab Syafii
(e) Jika anda dalam keadaan marah, yang keempat dan ketujuh
janganlah anda menginginkan (b) Orang yang tidak mengasah
kebijaksanaan. (1981-2003 dan 2018-2020) mindanya dengan membaca terlepas
banyak peluang dalam hidup.
Ibnu Sina (980 – 1037), filsuf, ilmuwan, (d) Orang yang tidak mencintai tanah
dan doktor dilahirkan di Persia (kini Iran) airnya sendiri tidak akan mencintai Thomas Edison (1847 – 1931),
apa-apa. pereka dan usahawan Amerika Syarikat
(f) Untuk kebahagiaan hidup, seseorang
itu mestilah menolak godaan. Bryron Lord (1788 – 1824), (c) Semakin banyak kita belajar, semakin
penyair Inggeris yang berperanan insaflah kita betapa sedikitnya yang
Mahatma Gandhi (1869 – 1948), kita ketahui.
pemimpin spiritual dan tokoh politik dalam kemerdekaan Yunani
Confucius (551 SM – 479 SM),
tersohor dari India (e) Apabila sesuatu bangsa itu menghina ahli fikir dan ahli falsafah sosial
dirinya, ketika itulah bangsa lain turut
(g) Hamba-hamba Allah yang jahat ialah menghinanya. yang termasyhur dari China
mereka yang sentiasa membuat fitnah
dan memecahbelahkan persaudaraan. Meng Tze (372 SM – 289 SM), (d) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak
seorang filsuf dari Tiongkok dibakar tidak akan berbau [Seseorang
Nabi Muhammad SAW (570 – 632), yang ada ilmu jika tidak digunakan
rasul yang terakhir umat Islam (f) Jangan tanya apa yang dibuat oleh tidak akan mendatangkan faedah.]
negara untukmu, tetapi tanyalah apa
(h) Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang boleh kamu buat untuk negara. Pepatah Melayu
yang diberikan oleh seorang ayah
kepada anaknya selain daripada Abraham Lincoln, (e) Jika seseorang itu membaca buku
tunjuk ajar dan budi pekerti yang Presiden Amerika Syarikat ke-16 tetapi tidak mengamalkan pengajaran
baik. daripada buku itu, orang itu ibarat
(dari 1861 hingga 1865) tidak tahu membaca.
Imam Al-Tirmidzi (822 – 892),
ahli hadis dan pengarang kitab agama (g) Beri aku sepuluh orang pemuda, Pepatah Cina
nescaya akan aku menggoncangkan
yang masyhur dunia. 8 KOMUNIKASI
(a) Kata-kata yang ditulis dapat
2 AGAMA Soekarno (dari 1945 hingga 1967), memenangi hati lebih banyak orang
(a) Agama tanpa ilmu ibarat buta, ilmu Presiden pertama Indonesia jika dibandingkan dengan kata-kata
tanpa agama menjadi lumpuh. yang diucap. Setiap gerakan yang
Albert Einstein (1879 – 1955), (h) Hujan emas di negeri orang, hujan besar di dunia lebih terhutang budi
pakar fizik kelahiran Jerman batu di negeri sendiri, lebih baik di kepada tokoh-tokoh penulis daripada
negeri sendiri [walau bagaimana tokoh-tokoh pidato.
(b) Agama apabila benar-benar dihayati, mewah dan baik negara orang Adolf Hitler (1889 – 1945),
membuat manusia menjadi pengawas berbanding dengan negara sendiri, diktator Jerman Nazi
dirinya sendiri. lebih baiklah berada di negara
sendiri.] (b) Bagi orang muda, perkara yang
Soekarno (dari 1945 hingga 1967), paling penting ialah jangan berhenti
Presiden pertama Indonesia Pepatah Melayu bertanya.

(c) Agama menjadi sendi hidup, pengaruh 5 CINTA DAN KASIH SAYANG Albert Einstein (1879 –1955),
menjadi penjaganya. Jika tidak (a) Membenci orang adalah seperti pakar fizik kelahiran Jerman
bersendi, runtuhlah hidup dan jika membakar rumah sendiri untuk
tidak berpenjaga, binasalah hayat. mendapat kebebasan daripada tikus. (c) Cintailah musuhmu kerana mereka
Henry Emerson (1856 – 1936), akan menunjukkan kesalahanmu.
Pepatah Arab fotografi terkenal kelahiran Britain
Benjamin Franklin (1705 – 1790),
3 BAKTI (b) Sayangkan anak tangan-tangankan, sasterawan tersohor Amerika Syarikat
(a) Hidup seperti pohon kayu yang kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, [jangan terlampau memanjakan
dilempar orang dengan batu, tetap orang yang disayangi.]
dibalas dengan buah.
Abu Bakar As-Siddiq (572 – 634), Pepatah Melayu
khalifah Islam pertama

204 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

(d) Manusia lebih mengingati musuh GLOBAL MEDIHAASKTRCIEPETTASDN BHD (b) Kemalangan merupakan cubaan 12 KEJAYAAN
daripada mengingati sahabat. untuk melakukan keberanian. (a) Rahsia kejayaan ialah mengetahui
sesuatu yang orang lain tidak tahu.
Thomas Robert Bugeaud (1784 – 1849), Pepatah Perancis Aristotle ((384 SM – 322 SM),
tokoh politik dari Perancis ahli falsafah Yunani
(c) Tiada yang mustahil bagi orang yang
(e) Orang yang menyisihkan dirinya berani mencuba. (b) Kegagalan itu adalah asas
daripada pergaulan tidak akan kemenangan.
mencapai kemajuan kerana pergaulan Iskandar Agung (356 – 323 Sebelum
mencerdaskan dan menajamkan Masihi), penakluk dunia yang terkenal Lao Tzu (570 SM – 470 SM), ahli falsafah
ingatan. yang tersohor pada zaman Dinasti Zhou
(d) Musuh yang paling bahaya ialah
Alfred Adler (1870 – 1937), rasa takut dan ragu, tetapi teman (c) Rahsia utama menuju kejayaan ialah
pakar perubatan dari Austria yang paling menguntungkan ialah percaya pada diri sendiri.
keyakinan dan keberanian.
(f) Bercakap tanpa berfikir seperti Ralph Waldo Emerson (1803 – 1882),
menembak tanpa sasaran. Andrew Jackson, Presiden Amerika penyair tersohor dari Amerika Syarikat
Syarikat ketujuh (dari 1829 hingga 1837)
John Bird Fuller (1816-1845), (d) Penaklukan diri sendiri itu ialah
usahawan tersohor dari London (e) Berani kerana benar, takut kerana kemenangan yang paling besar.
salah [berani bersuara atau bertindak
(g) Lebih banyak anda bercakap tentang kerana berada di pihak yang benar.] Plato (427 SM – 347 SM),
diri sendiri, lebih banyak peluang filsuf dan pakar matematik Yunani
anda untuk berbohong. Pepatah Melayu
(e) Untuk menjadi seorang pemenang,
Tyron Edwards (1809 – 1894), (f) Tidak ada pahlawan tanpa luka. anda mestilah mula berfikir sebagai
pengarang tersohor dari London pemenang.
Pepatah Bulgaria
(h) Air setitik dilautkan, tanah sekepal Dr. Walter Doyle Staples (1913),
digunungkan [memperbesar perkara 11 KEBIJAKSANAAN pengarang buku motivasi tersohor
yang kecil.] (a) Orang yang bijaksana ialah orang
yang dapat menguasai dirinya sendiri. dari Amerika Syarikat
Pepatah Melayu Jean Cocteau (1889 – 1963),
sasterawan tersohor dari Perancis (f) Ubahlah fikiran-fikiran anda, maka
(i) Keris pedang tiada tajam, lebih tajam anda akan mengubah dunia anda.
mulut manusia [kata-kata kadang- (b) Orang yang bijaksana sentiasa
kadang lebih tajam daripada senjata.] dilanda kebimbangan. Norman Vincent Peale (1898 – 1993),
pengarang buku motivasi tersohor
Pepatah Melayu Zhuangzi (369 SM – 286 SM), dari Amerika Syarikat
filsuf tersohor pada pertengahan
(j) Mulut tempayan boleh ditutup, mulut Zaman Negara Berperang Tiongkok (g) Menguasai diri ialah anak kunci
manusia bagaimana menutupnya kepada segala kemajuan dan
[rahsia yang sudah diketahui orang (c) Si bodoh yang belajar hanya bodoh kebahagiaan.
akan tersebar ke mana-mana sahaja.] seketika tetapi si bodoh yang tidak
Pepatah Melayu mahu belajar akan bodoh selama- Hazrat Inayat Khan (1882 – 1927),
lamanya. pengasas Ordo Sufi Inayati dari India
(k) Jika engkau menggunakan kata-kata
untuk menjelaskan, akan ada salah. Jean-Baptiste Poquelin (1622 – 1673), (h) Saya belajar dan bersedia, maka
Jawapan paling lengkap ada dalam dramatis tersohor dari Perancis kesempatan akan datang.
pertanyaan itu sendiri.
(d) Kebijaksanaan yang matang hanya Abraham Lincoln, Presiden Amerika
Pepatah Cina dimiliki oleh orang yang sabar, Syarikat ke-16 (dari 1861 hingga 1865)
sederhana, dan tanpa dosa.
(l) Lebih baik menghindari perdebatan (i) Tangan kanan yang menggayun
dengan orang bodoh. Henry Wadsworth Longfellow buaian itu dapat menggoncangkan
(1807 – 1882), sasterawan tersohor dunia dengan tangan kirinya.
Pepatah Inggeris
dari Amerika Syarikat Napolean Bonaparte (1769 – 1821),
9 KEBENARAN DAN KEJUJURAN Jeneral Revolusi dan Maharaja Perancis
(a) Hasad dengki itu memakan kebaikan (e) Belakang parang kalau diasah
seperti api memakan kayu api. nescaya tajam juga [bagaimana yang tersohor
Nabi Muhammad SAW (570 – 632), bodoh sekalipun seseorang itu, jika
rasul yang terakhir umat Islam diajar akhirnya dia akan pandai juga.] (j) Apabila mahukan kejayaan,
janganlah hanya mengira anak-anak
(b) Katakanlah yang benar walaupun Pepatah Melayu tangga tetapi panjatlah anak-anak
pahit. tangga itu satu-persatu.
(f) Jauhari juga yang mengenal manikam
Russell Conwell Hoban (1925 – 2011), [orang yang bijaksana juga yang Aristotle (384 SM –322 SM),
penulis tersohor dari London mengetahui kelebihan sesuatu.] ahli falsafah Yunani

(c) Dalam menjalankan tugas dan Pepatah Melayu (k) Kejayaan lebih bererti jika lebih
tanggungjawab kita sehari-hari banyak untuk dunia daripada apa-apa
kepada rakyat, kejujuran dan (g) Kalau pandai meniti buih, selamat yang dilakukan dunia untuk anda.
keikhlasan hendaklah diletakkan atas badan sampai ke seberang [orang
segala kepentingan yang lain. yang pandai membawa diri, hidupnya Henry Ford (30 Julai 1863 – 7 April
akan selamat.] 1947), pengusaha kenderaan Ford
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri
Malaysia ketiga (dari 1976 hingga 1981) Pepatah Melayu (l) Berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit
(d) Intan itu jika terbenam di pelimbahan (h) Kita baru mencapai pengayuh, orang dahulu, bersenang-senang kemudian
sekali pun, tidak akan hilang sudah tiba ke seberang [orang yang [menempuh kesusahan dahulu
cahayanya [kebenaran atau kebaikan bijaksana selalu memperoleh sesuatu sebelum mendapat kesenangan.]
akan terserlah juga walaupun lebih dahulu atau lebih cepat daripada
disembunyikan.] orang lain.] Pepatah Melayu

Pepatah Melayu Pepatah Melayu (m) Jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya [hendaklah
(e) Kemalangan merupakan cubaan (i) Jika anda tidak memiliki sesuatu yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu
untuk melakukan keberanian. anda inginkan, anda harus menyukai yang dihajati.]
apa-apa yang anda miliki.
Pepatah Perancis Pepatah Melayu
Pepatah Perancis
10 KEBERANIAN (n) Biarpun jatuh kali ketujuh, bangunlah
(a) Tidak ada yang perlu kita takuti (j) Orang yang tidak mahu membuka untuk kali kelapan.
kecuali ketakutan itu sendiri. matanya harus membuka dompetnya.
Franklin D. Roosevelt, Pepatah Jepun
Presiden Amerika Syarikat yang ke-32 Pepatah Jerman
(dari 1933 hingga 1945) (o) Banyak orang gagal kerana terlalu
(k) Burung rajawali tidak akan percaya pada kejayaan yang pertama.
menunjukkan kukunya [orang
yang pandai biasanya tidak akan Pepatah Cina
mempamerkan kepandaiannya.]
(p) Berhati-hati pada saat awal, bertindak
Pepatah Jepun dengan waspada, merupakan kunci
menuju kejayaan.

Pepatah Cina

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 205

MGT4


Click to View FlipBook Version