Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SEJARAH Tingkatan 3 Rosle bin Yasin 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Sejarah Sejarah 3 Tingkatan 9 786297 573250 ISBN 978-629-7573-25-0
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dari sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Sejarah 2 jam SET 4 UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 1 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-2 1 Bagi timbangan emas dan perak, orang Melayu menggunakan ukuran saga, mayam, bungkal dan kati. Daripada siapakah timbangan ini diambil? A Pedagang Arab C Pedagang China B Pedagang India D Pedagang Portugal 2 Istana berperanan sebagai tempat pendidikan formal dalam masyarakat Melayu. Apakah yang diajar di istana? A Hal pentadbiran negara C Mentaati raja dan pembesar B Ilmu falsafah dan agama D Ilmu berkaitan agama Islam 3 Tindakan mengatur sesuatu dengan cara bijaksana, mengambil kesempatan sesuatu perkara, sehingga dapat mencapai tujuan yang dikehendaki. Apakah strategi yang dimaksudkan dalam dasar perluasan kuasa? A Desakan C Tipu helah B Ugutan D Manipulasi 4 Pada tahun 1786, Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang. Mengapakah Sultan Abdullah bertindak demikian? A Mengatasi masalah kewangan C Memajukan bidang perdagangan B Menghapuskan ancaman lanun D Mendapatkan bantuan ketenteraan 5 Apakah kesan perjanjian yang ditandatangani antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada bulan Januari 1819 terhadap Singapura? A Masalah kewangan selesai C Pertapakan pengaruh British B Kuasa pembesar dimansuh D Pelaksanaan Sistem Residen 6 Perjanjian berikut telah ditandatangani pada tahun 1795 antara Raja Belanda dengan kerajaan British. Surat Kew Apakah kesan daripada perjanjian tersebut? A Perang Napoleon tamat B Perancis menguasai Belanda C British menduduki jajahan Belanda di timur D British memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu 7 Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British menguasai negara kita? I Bijih timah II Arang batu III Bijih besi IV Emas A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8 Pada tahun 1873, berlaku serangan ke atas kapal dagang British di Kuala Langat, Selangor. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Pembinaan rumah api C Menerima perlindungan British B Pembinaan kubu pertahanan D Meletus peperangan dengan lanun Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 2 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-3 9 Jadual berikut merujuk kepada masalah yang membuka peluang campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19. Negeri Masalah Perak X Selangor Perang Klang Pahang Pembunuhan pedagang Apakah X? A Perebutan takhta C Pertikaian hak kutipan cukai B Perselisihan sempadan D Peristiwa serangan kapal dagang 10 Apakah yang menyebabkan Raja-raja Melayu tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Sistem Residen? I Raja dipaksa menerima nasihat Residen II Residen mengamalkan sikap pilih kasih III Residen berkuasa menggubal undang-undang IV Raja hanya berkuasa dalam agama dan istiadat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 11 Siapakah pembesar kerajaan yang bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan Sultan Johor? A Dato’ Seri Amar Diraja C Dato’ Paduka Raja B Dato’ Bentara D Dato’ Setia Diraja 12 Rajah berikut menunjukkan siri Perjanjian British-Siam yang melibatkan Negeri-negeri Melayu Utara. X Perjanjian Bangkok Perjanjian Sulit 1897 Perjanjian 1902 Apakah X? A Perjanjian Burney C Perjanjian British-Kedah B Perjanjian Sempadan D Perjanjian Pengisytiharan Kedah 13 Mengapakah berlakunya penentangan Datuk Patinggi Ali terhadap wakil Kesultanan Brunei di Sarawak pada tahun 1837? A Pelaksanaan sistem serah C Perebutan kawasan perlombongan B Pencerobohan kawasan pertanian D Pengenalan cukai yang tinggi 14 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan Piagam Diraja yang dianugerahkan oleh kerajaan British kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah? A Menjalinkan hubungan B Menjamin keselamatan C Mendapat kuasa mentadbir D Menambah modal perniagaan 15 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis tanaman tradisional di negeri Sarawak. • Giat diusahakan oleh masyarakat Melanau • Ditanam di Sungai Igan, Mukah dan Bintulu Apakah tanaman tersebut? A Sagu C Gambir B Kelapa D Tembakau UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 3 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-4 16 Apakah tujuan pembinaan landasan kereta api pada tahun 1900 yang menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan Tenom? A Membawa penumpang ke pedalaman B Perkembangan perusahaan antimoni C Sistem jalan raya yang tidak baik D Pembukaan ladang getah 17 Apakah bukti yang menunjukkan Dato’ Siamang Gagap berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah bangsa? A Menyokong Yamtuan Antah B Tegas dalam membuat keputusan C Menentang askar British di Bukit Putus D Bersetuju Yamtuan Antah berdamai dengan British 18 Mengapakah Tok Janggut, seorang tokoh pejuang tempatan menentang British di Kelantan? A Pemecatan pembesar B Pengenalan cukai tanah C Pengambilan buruh paksa D Penangkapan pengikut setia 19 Apakah moto pasukan Rejimen Askar Melayu? A Taat Setia B Bersatu Bersetia C Bersetia Berkhimat D Bersekutu Bertambah Mutu 20 Maklumat berikut tentang cara Kedah menghadapi pengaruh British. Tokoh Peristiwa Tunku Mahmud – Cuti umum hari Jumaat – Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi – Penggunaan kalendar Hijrah – Mengutamakan perlantikan orang Melayu dalam pentadbiran Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan peristiwa di atas? A Berhemah C Toleransi B Diplomasi D Jati diri UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 4 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-5 1 Selepas serangan Portugis, Belanda berusaha meluaskan kuasanya di negara kita. (a) Senaraikan strategi yang digunakan oleh Belanda untuk menguasai negara kita. (i) (ii) [2 markah] (b) Huraikan strategi yang digunakan oleh Belanda dalam 1 (a). [4 markah] (c) Sebagai seorang pemimpin negara, apakah langkah-langkah yang dapat anda lakukan bagi menghadapi ancaman kuasa asing yang berusaha untuk menguasai negara kita? [4 markah] 2 British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (a) Senaraikan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh British dengan Siam sehingga menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Mengapakah British menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu? [3 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 5 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-6 (c) Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak menerima Perjanjian 1909 antara British dengan Siam? [4 markah] 3 Jadual berikut menunjukkan carta organisasi pentadbiran Sarawak. Carta Organisasi Pentadbiran Sarawak X Y Daerah Kampung Raja Majlis Tertinggi Majlis Negeri (a) Nyatakan: X: Y: [2 markah] (b) Apakah langkah yang diambil oleh Dinasti Brooke di Sarawak bagi membolehkan pentadbiran berjalan dengan berkesan? [4 markah] UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 6 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-7 (c) Pada pendapat anda, apakah usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah untuk memantapkan sistem pentadbiran mereka? [4 markah] 4 Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di negara kita merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka. (a) Nyatakan cara penentangan mereka terhadap pentadbiran British di negara kita. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan matlamat perjuangan masyarakat tempatan menentang kuasa British di negara kita. [3 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada sejarah perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan kuasa asing? [4 markah] UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 7 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita pada zaman British. SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH • Sekolah Vernakular Melayu • Sekolah Vernakular Cina • Sekolah Vernakular Tamil • Sekolah Inggeris (a) Berdasarkan sumber di atas, jelaskan sistem pendidikan di negara kita pada zaman British. [8 markah] (b) Apakah tujuan British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 dan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim pada tahun 1922? [6 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu? [6 markah] 6 Para pembesar negeri berusaha bergandingan dengan pemerintah negeri dalam proses pembangunan dan pemodenan demi kesejahteraan rakyat tempatan. (a) Jelaskan pembangunan sosioekonomi yang dilakukan oleh Long Jaafar dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. [8 markah] (b) Huraikan tentang kepimpinan Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi di Sarawak. [6 markah] (c) Andaikan anda seorang pemimpin, cadangkan cara untuk mewujudkan sistem pentadbiran negara Malaysia yang lebih cemerlang. [6 markah] UASA Sej Tg3 (4) 4th.indd 8 4/19/23 2:39 PM
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dari sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Sejarah 2 jam SET 3 UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 1 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-2 1 Apakah kaedah tradisional yang digunakan oleh orang Melayu ketika melombong bijih timah? I Pam kelikir II Mendulang III Melampan IV Lombong dedah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2 Apakah kesan pembinaan terusan Suez dan penciptaan kapal berkuasa wap ke atas Alam Melayu? A Permintaan yang tinggi terhadap rempah B Penguasaan ekonomi oleh kuasa Barat C Taraf hidup penduduk meningkat D Peningkatan pendidikan moden 3 Bagaimanakah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786? A Melalui tipu muslihat C Memonopoli hasil bumi B Menghantar penasihat D Melantik pemerintah baru 4 Apakah kesan daripada perjanjian di antara John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824? I Sultan Hussein kehilangan kuasa II Johor menerima seorang penasihat British III Temenggung memindahkan pusat pentadbiran IV Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5 Mengapakah Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan di bawah satu pentadbiran pada tahun 1826? A Memajukan perhubungan C Menjimatkan perbelanjaan B Mengurangkan kuasa raja D Menamatkan pemberontakan 6 Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Sahabudin Riayat Syah telah menganugerahkan daerah Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut? A Dato’ Maharajalela C Dato’ Sagor B Tengku Kudin D Long Jaafar 7 Mengapakah pertikaian hak untuk menjadi raja di Perak berlaku? A Perkongsian kuasa B Perubahan jawatan C Pengenalan Sistem Residen D Sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi 8 Apakah tugas Majlis Mesyuarat Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1909? A Meluluskan undang-undang B Menasihati raja-raja Melayu C Mengawal kewangan negeri D Melantik Residen Jeneral Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 2 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-3 9 Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan sehingga Johor mengalami zaman pemodenan pada zaman Baginda. Siapakah tokoh tersebut? A Maharaja Abu Bakar B Sultan Mahmud Shah C Temenggung Daeng Ibrahim D Sultan Alauddin Riaayat Shah 10 Jadual berikut merujuk kepada persaingan kuasa-kuasa Eropah antara tahun 1897 hingga tahun 1909. Kuasa Tempat Perancis Segenting Kra Jerman Pulau Langkawi Rusia Ujong Salang Bagaimanakah British menghadapi persaingan kuasa-kuasa tersebut? A Meminta bantuan Sultan B Menambah bilangan tentera C Membahagikan kawasan pengaruh D Menandatangani perjanjian dengan Siam 11 Apakah tujuan Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan di negeri Terengganu? A Membantu pentadbiran British B Menasihati Sultan dalam pentadbiran C Melaksanakan pentadbiran kerajaan D Mengawal keselamatan raja 12 Apakah kerajaan Melayu yang terdapat di negeri Sarawak? I Bidayuh II Kalaka III Sewaku IV Melanau A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 13 Siapakah tokoh yang menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada tahun 1865 selama 10 tahun? A T.B. Harris C W.H. Treacher B J.W. Torrey D Charles Lee Moses 14 Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu? A Mengekalkan hak milik B Mempelbagaikan jenis tanaman C Meneruskan ekonomi tradisional D Memperkenalkan sistem perladangan 15 Mengapakah pihak British memajukan sistem pengangkutan seperti berikut? • Perkhidmatan kereta api • Jaringan jalan raya A Menyediakan kemudahan awam B Melancarkan perjalanan penduduk C Memindahkan penduduk ke bandar D Mengeksploitasi kekayaan ekonomi UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 3 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-4 16 Pada tahun 1876, Yamtuan Antah telah berunding dengan Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois untuk berdamai. Apakah kesan perundingan tersebut ke atas kedudukan Yamtuan Antah? A Diberi gaji tetap B Diberi kuasa memungut cukai C Diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti D Dikembalikan semula kuasanya oleh Dato’ Kelana 17 Jadual berikut berkaitan dengan kekejaman yang dilakukan penjajah British terhadap pejuang kedaulatan tanah air. Pejuang Kekejaman British Dato’ Maharaja Lela Dijatuhi hukuman bunuh Sultan Abdullah, Raja Ismail Dibuang negeri Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kekejaman tersebut? A Berwaspada terhadap anasir luar B Menghargai warisan budaya bangsa C Berbangga terhadap keupayaan sendiri D Bersama menegakkan undang-undang 18 Pada kurun ke-20, berlaku kebangkitan Tani di Telemong pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Mengapakah kebangkitan tersebut berlaku? A Pembinaan balai polis B Pengenalan peraturan tanah C Pengharaman sistem perhambaan D Pemansuhan jawatan pembesar tempatan 19 Mengapakah Sultan Kelantan tidak bersetuju dengan perlantikan J.S. Mason sebagai Penasihat British? A Menggugat kedaulatan negeri B Menyekat aktiviti perdagangan C Mencabul adat istiadat Melayu D Menjejaskan hubungan dengan Siam 20 Gambar berikut menunjukkan Duli Yang Mulia Sultan Abu Bakar, pemerintah yang menyumbang kepada pemodenan negeri Johor pada kurun ke-19. Bagaimanakah baginda menangani tekanan British? A Melantik pegawai Barat dalam pentadbiran B Memperkenalkan perlembagaan negeri C Mengadakan perjanjian D Amalan berdiplomasi UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 4 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-5 1 Perjanjian London 1824 yang ditandatangani oleh British dan Belanda memberi kesan terhadap Alam Melayu. (a) Senaraikan syarat Perjanjian London 1824 ke atas British. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Senaraikan syarat Perjanjian London 1824 ke atas Belanda. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-raja Melayu sebagai pemerintah kerajaan Alam Melayu. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut? [4 markah] 2 Pembesar memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran tradisi kerajaan Kesultanan Melayu seperti negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (a) Nyatakan peranan pembesar di peringkat jajahan atau daerah. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan sistem pentadbiran Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. [3 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 5 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-6 (c) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi asas kemajuan kesultanan tersebut. [4 markah] 3 Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan oleh kerajaan British. (a) Apakah tujuan kolej ini ditubuhkan? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Nyatakan kelebihan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah Inggeris. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tamadun manusia? [4 markah] UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 6 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-7 4 Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar telah memasyhurkan perlembagaan negeri yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. (a) Jelaskan tentang latar belakang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. [3 markah] (b) Senaraikan isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor? [4 markah] UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 7 4/19/23 2:39 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5 Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895. (a) Nyatakan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). [4 markah] (b) Jelaskan faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran yang sistematik dapat mewujudkan sebuah negara yang stabil? [8 markah] 6 Sebelum kedatangan kuasa-kuasa luar, masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan yang berkesan. (a) Jelaskan sistem kesukuan yang diamalkan di Sabah sebelum kedatangan kuasa-kuasa luar. [6 markah] (b) Huraikan sistem pentadbiran di negeri Sabah. [6 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah kelebihan sistem pentadbiran Ketua Bebas di Sabah? [8 markah] UASA Sej Tg3 (3) 4th.indd 8 4/19/23 2:39 PM
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dari sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Sejarah 2 jam SET 2 UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 1 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-2 1 Apakah peranan Ketua Kampung, iaitu Penghulu atau Penggawa dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu? A Menyampaikan arahan raja C Mengetuai upacara keagamaan B Menyelesaikan pertikaian tanah D Memimpin upacara rasmi 2 Kerajaan British di London membuat keputusan untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu demi menjaga kepentingan ekonomi British. Siapakah yang dihantar untuk menjayakan misi tersebut? A Harry Ord. C Frank Swettenham B Andrew Clarke D J.G. Davidson 3 Rajah berikut menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pemimpin Kedah pada tahun 1770-an. Kedah X Ancaman Siam Serangan Bugis Apakah X? A Kegiatan perlanunan C Pergaduhan kongsi gelap B Kemerosotan ekonomi D Perebutan takhta kerajaan 4 Stamford Raffles dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian pada bulan Januari 1819. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Singapura? A Penyelesaian masalah kewangan C Pelaksanaan Sistem Residen B Pemansuhan kuasa pembesar D Pertapakan pengaruh British 5 Persengketaan Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar telah menyebabkan British campur tangan di Sungai Ujong. Mengapakah pembesar tersebut bersengketa? A Pertikaian sempadan daerah C Penguasaan kawasan pertanian B Perebutan hak mengutip cukai D Percanggahan undang-undang adat 6 Apakah tujuan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896? A Mengukuhkan kedudukan sultan C Menyeragamkan sistem pentadbiran B Memantapkan pengaruh pembesar D Memajukan ekonomi sara diri negeri Melayu 7 Apakah strategi yang digunakan oleh Sultan Muhammad I di Kelantan bagi mengelakkan ancaman Terengganu? A Menjalinkan hubungan dengan China C Membuat persetiaan dengan Siam B Menghantar bunga emas ke Burma D Meminta bantuan tentera Kedah 8 Apakah muslihat British menandatangani Perjanjian Sulit pada 6 April 1897? A Menghalang kemaraan kuasa Barat lain B Melindungi kedaulatan negeri-negeri Melayu C Mengukuhkan monopoli ekonomi di Tanah Melayu D Mengukuhkan ketuanan Siam ke atas negeri-negeri Melayu Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 2 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-3 9 Dalam sistem pemerintahan sistem kesukuan Sarawak, apakah gelaran untuk ketua masyarakat Kenyah? A Kelunan Maren C Tuai Kapung B Tuai Rumah D Peran Lepo 10 Pembesar tempatan turut menganggotai Majlis Tertinggi Sarawak di bawah pentadbiran James Brooke. Mengapakah orang tempatan masih dilibatkan dalam pentadbiran Brooke? A Dasar terbuka James Brooke B Desakan pemimpin tempatan C Kekurangan pegawai Eropah D Menjimatkan perbelanjaan 11 Apakah syarat penganugerahan Piagam Diraja kepada SBUB? I Memerintah dengan adil II Memelihara kedaulatan Sabah III Mengiktiraf pentadbiran tradisional IV Menggalakkan kemasukan pelabur asing A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 12 Gambar berikut merujuk kepada H.N.Ridley. Apakah usaha tokoh tersebut untuk menggalakkan penanaman getah? A Membina landasan kereta api B Pemodenan kaedah torehan C Membawa masuk buruh asing D Penubuhan pusat penyelidikan getah 13 British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang di bawah Ordinan VIII pada tahun 1897. Apakah kesan peristiwa berikut? A Nilai mata wang merosot B Mata wang tradisional terhapus C Pinjaman wang sukar diperoleh D Penggunaan mata wang asing dibenarkan 14 Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada abad ke-19? A Mengimbangi komposisi kaum B Menambah bilangan penduduk C Melicinkan pentadbiran kerajaan D Memaksimumkan keuntungan 15 Pada tahun 1831, dalam Perang Naning Pertama, Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British. Apakah faktor kejayaan Dol Said? A Permuafakatan pembesar C Risikan berkesan B Bantuan tentera Melaka D Senjata moden UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 3 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-4 16 Mengapakah siri perjuangan Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara (SBUB) di Sabah berakhir di Tambunan? A Dijatuhi hukuman buang negeri B Terkorban dalam pertempuran C Ditawar jawatan pentadbiran D SBUB memberi pampasan 17 Apakah tindakan James Brooke yang menyebabkan Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur menentangnya? A Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke B Membersihkan kawasan petempatan C Membawa masuk kaum imigran D Membina pusat pentadbiran 18 Apakah isi kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang diisytiharkan pada 14 April 1895? I Raja dipilih melalui sistem giliran II Cukai tanah dikuatkuasakan III Islam sebagai agama rasmi IV Raja mestilah berbangsa Melayu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 19 Senarai berikut merupakan pemimpin yang berwibawa di Johor. • Dato’ Jaafar bin Hj. Muhammad • Dato’ Abdul Rahman bin Andak Apakah persamaan pemimpin tersebut? A Memajukan sekolah Inggeris B Melaksanakan Sistem Kangcu C Mengekalkan kedaulatan negeri D Menggubal perlembagaan negeri 20 O.K.K Haji Mohammad Arshad dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah. Apakah tugas Ketua Anak Negeri? A Menjaga kebajikan buruh B Mentadbir jabatan kerajaan C Menjamin keamanan rakyat D Menyelaras bidang pendidikan UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 4 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-5 1 Pada abad yang ke-16, orang Eropah perlu mendapatkan barangan mewah dari negara China. (a) Senaraikan barangan mewah tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Mengapakah kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai pelabuhan persinggahan di Alam Melayu pada abad yang ke-16? [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kuasa Barat berminat untuk menguasai negara kita? [4 markah] 2 Kekayaan hasil bumi seperti bijih timah telah menarik minat British untuk menguasai negeri-negeri Melayu. (a) Nyatakan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan tentang kegiatan melombong bijih timah di peringkat awal pada abad ke-15. [4 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 5 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-6 (c) (Sumber: Mohd Zamberi Abdul Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia) Berdasarkan maklumat di atas dan pengetahuan sejarah anda, berikan ulasan anda. [4 markah] 3 Kekayaan Sarawak menarik minat James Brooke meluaskan kuasa di Sarawak. (a) Nyatakan kekayaan Sarawak sehingga menarik minat James Brooke untuk meluaskan kuasa. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Nyatakan strategi yang digunakan oleh James Brooke untuk mencapai matlamatnya meluaskan kuasa. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Terangkan tentang strategi ugutan yang digunakan oleh James Brooke untuk menguasai Sarawak. [4 markah] “Che Long Jaafar telah membuka sebuah daripada jajahan negeri Perak yang dinamakan Larut dan segala sungai-sungai telah dijadikan lombong bijih timah. Segala pekerjaan itu telah dibuatnya dengan usaha dan belanjanya sendiri. Oleh itu, dengan sukacita beta menyerahkan jajahan Larut kepadanya dan anak cucunya bolehlah menerima jajahan itu seperti hak miliknya.” UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 6 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-7 4 Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan British bertujuan untuk mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh kuasa luar. (a) Jelaskan sebab penentangan Tok Janggut terhadap pentadbiran British di Kelantan. [2 markah] (b) Huraikan peristiwa penentangan Tok Janggut terhadap pentadbiran British. [4 markah] (c) Mengapakah semangat perjuangan menentang penjajahan British oleh Tok Janggut wajar dicontohi generasi muda masa kini? [4 markah] UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 7 4/19/23 2:38 PM
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5 Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat (NNS). (a) Jelaskan kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British. [6 markah] (b) Huraikan faktor pemindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London. [6 markah] (c) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kedaulatan negara kita? [8 markah] 6 Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menarik perhatian British untuk menguasainya. (a) Jelaskan faktor perluasan kuasa British di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. [8 markah] (b) Nyatakan strategi perluasan kuasa British di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah tindakan anda untuk menghadapi kemaraan kuasa asing? [6 markah] UASA Sej Tg3 (2) 4th.indd 8 4/19/23 2:38 PM
Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SEJARAH Tingkatan 3 Rosle bin Yasin 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Sejarah Sejarah 3 Tingkatan 9 786297 573250 ISBN 978-629-7573-25-0