The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maizanshaari, 2023-02-22 04:15:33

TASKA_Projek KREATIVITI KITAR SEMULA

TASKA_Projek KREATIVITI KITAR SEMULA

Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 1 MODUL 7 PROJEK KREATIVITI KITAR SEMULA PENGETAHUAN MENGENAI KITAR SEMULA (Untuk pendidik) 1.0 Konsep Kitar Semula (Recycle) Kitar semula ialah proses menghasilkan barangan baharu daripada barang-barang yang telah terpakai atau terbuang supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan dan pencemaran. Dalam projek ini pendidik hanya tumpukan kepada konsep kitar semula sahaja. Pendidik tidak perlu membincangkan konsep 3R iaitu kurangkan guna (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Kanak-kanak taska sukar memahami konsep 3R secara serentak, kerana ketiga-tiga konsep dalam 3R itu adalah berbeza: Reduce (kurangkan guna) – bermakna mengurangkan penggunaan bahan-bahan supaya mengelakkan pembaziran, atau barang buangan menjadi banyak. Reuse (guna semula) – bermakna menggunakan barangan itu semula dalam bentuk asalnya. Contoh: menggunakan botol mineral untuk mengisi air minuman, atau menggunakan bekas makanan plastik untuk mengisi pensil, krayon, pemadan dsb. Recycle (kitar semula) – bermakna menukar bentuk asal sesuatu barang yang sudah tidak berguna lagi (barang terbuang) untuk menghasilkan benda atau alat yang baru. Misalnya, memotong botol plastik untuk dijadikan pasu bunga, atau menukar fungsi tayar kereta menjadi alat tempat duduk, dsb. Dalam mempelajari konsep-konsep ini, kanak-kanak juga belajar mengenai penjagaan alam sekitar dan alam bahan (Bidang DPDP), bahasa dan literasi yang berkaitan, serta seni dan kreativiti (K&E). 1.0 Jenis-jenis Barang Buangan Sebelum melakukan aktiviti mengenai kitar semula, pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak belajar konsep-konsep yang diberikan dalam Kurikulum PERMATA Negara.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 2 Di bawah Bidang DPDP, tema yang paling relevan dengan tajuk projek ini ialah pembelajaran mengenai Alam Bahan dan Alam Sekitar atau Alam Semesta. Dalam alam sekitar kita terdapat pelbagai jenis bahan: bahan-bahan semulajadi dan bahan-bahan buatan manusia. Bahan semulajadi adalah tumbuh-tumbuhan, kayu, getah, tanah, batu, pasir, air, udara, minyak, besi, tembaga, aluminium, dan sebagainya. Bahanbahan buatan adalah semua jenis barang-barang yang digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari yang asalnya daripada bahan semulajadi atau bahan sintetik (dihasilkan di dalam makmal). Contohnya: kaca atau gelas dibuat daripada pasir (silikon), kertas diperbuat daripada palpa kayu, plastik dibuat daripada bahan kimia sintetik, tayar kereta dibuat daripada getah yang dicampur dengan bahan kimia sintetik, kotak polisterin dibuat daripada bahan kimia sintetik, bekas aluminium diperbuat daripada tin aluminium, dsb. Bahan-bahan buatan manusia ini sangat sukar untuk direputkan, maka bahan-bahan ini akan kekal dalam alam sekitar dan menyebabkan pencemaran. Pendidik hanya fokuskan kepada jenis-jenis bahan terbuang yang terdapat dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Tidak perlu terlalu detil.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 3 2.0 Pentingnya mengitar semula (i) Mengurangkan sampah sarap dan serangga pembawa penyakit Jika terdapat banyak barang-barang terbuang di sekitar tempat di tinggal kita, ia boleh menyebabkan bau yang busuk. Ia juga menjadi tempat lalat, nyamuk, tikus, ular, anjing liar dan haiwan-haiwan lain membiak dan berkeliaran di kawasan itu. Keadaan ini membahayakan dan boleh menyebabkan penyakit cepat merebak. Jika sampah sarap dibakar, ia bukan sahaja menyebabkan bau yang busuk, tetapi asap dari pembakaran itu adalah beracun dan boleh membuatkan kita sesak nafas. (ii) Mengurangkan pencemaran alam Barang-barang tidak terpakai yang dibuang di merata-rata tempat boleh menyebabkan pencemaran. Kekotoran ini juga menjadikan jijik mata kita memandang. Begitu juga, jika sungai kita kotor dan banyak bahan-bahan buangan, kita perlukan ramai pekerja untuk bersihkan sungai kita. Ini memerlukan upah yang besar kepada pekerja-pekerja tersebut. Ia sangat merugikan negara kita. Hidupan sungai pun tidak boleh hidup dalam air sungai yang kotor. Oleh itu kita kehilangan ikan-ikan yang dahulunya banyak terdapat di dalam sungai. Orang ramai juga tidak boleh mandi manda dan berkelah di tepi sungai lagi. (iii) Menjimatkan belanja Jika kita boleh guna semula bahan-bahan terbuang atau hasilkan barang baru dari barang terbuang tersebut, maka kita tidak perlu beli barang yang baru. Dengan itu kita dapat menjimatkan wang kita. Pendidik hendaklah juga memfokuskan projek ini kepada konsep penjagaan alam sekitar dan mengenali jenis-jenis bahan yang boleh dikitar atau diguna semula bagi menyemai sikap sayangkan alam sekitar dan suka memelihara alam sekitar daripada dicemar. (Tidak perlu merekacipta tong kitar semula). Aspek yang penting ialah menyelesaikan masalah: “Apa kita boleh buat dengan barang-barang terbuang yang banyak?”. Kanak-kanak dirangsang menghasilkan ciptaan-ciptaan kreatif mengikut idea mereka sendiri dengan bimbingan pendidik (bukan membuat objek atau rekacipta dari idea pendidik). KONSEP DAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI 1. Sains (Bidang DPDP) Jenis-jenis bahan semulajadi dan bahan buatan. Barang-barang terbuang boleh mencemarkan alam sekitar. Barang-barang terbuang boleh dikitar semula untuk menghasilkan barang baru. Pengelasan barang-barang terbuang.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 4 2. Matematik (Bidang AMPL) Menimbang berat barang-barang kitar semula menggunakan penimbang. Mengira bilangan dan jenis barang-barang yang dikumpulkan. Menggunakan ukuran berat dalam gram dan kilogram. 3. Teknologi (STEM) Teknologi kitar semula. Teknologi mengumpul barang-barang terbuang menggunakan tong kitar semula. Menggunakan alat-alat teknologi mudah seperti gunting, pisau, dsb. 4. Kejuruteraan (STEM) Membina pelbagai barangan baru yang praktikal dari barangan terbuang. Merekacipta barang mainan dan hiasan dari barang-barang terbuang. 5. Seni Dan Estetika (Bidang K&E) Melukis dan mewarnakan hasil rekacipta. Menghasilkan rekacipta yang kreatif menggunakan imaginasi sendiri. Sukakan keindahan dan kebersihan alam sekitar. Mengkagumi keindahan alam yang bersih dan segar, tanpa pencemaran. 6. Agama (Kerohanian) Membaca Bismillah setiap kali memulakan kerja, dan berdoa supaya semua kerja menjadi mudah. Mengucapkan Alhamdulillah selepas selesai kerja. Menjaga kebersihan diri dan tempat (amalan dalam semua agama dan budaya). Mensyukuri nikmat Tuhan yang mencipta alam dengan pelbagai bahan-bahan untuk kegunaan manusia. KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI (i) Kemahiran Saintifik dan Matematik o Menyelesaikan masalah mengenai bahan-bahan terbuang. Meramalkan masa hadapan jika banyak pencemaran. o Mengelas barang-barang terbuang. o Mengukur dan menimbang menggunakan penimbang tradisional dan digital. (ii) Kemahiran Bahasa, Komunikasi dan Literasi BAHASA MALAYSIA o Mempelajari kosa kata baru berkaitan jenis-jenis bahan, pencemaran, dan penjagaan alam sekitar. o Membaca, mengeja dan menulis kosa kata baru dalam buku latihan.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 5 o Berkomunikasi dengan pendidik dan rakan-rakan sepanjang projek dijalankan. o Mendengar cerita dan menyanyi lagu ‘Kitar Semula’. Video 1: Lagu ‘Kitar Semula’ https://www.bing.com/videos/search?q=lagu+kitar+semula&&view=detail&mid =3CEB8AF37095E7A907CC3CEB8AF37095E7A907CC&&FORM=VRDGAR Video 2: Cerita kitar semula https://www.bing.com/videos/search?q=lagu+kitar+semula&&view=detail &mid=63E3CA6FFD9F1DC0167F63E3CA6FFD9F1DC0167F&&FORM=VRD GAR BAHASA INGGERIS o Menyebut, membaca dan menulis perkataan baru dalam B. Inggeris: recycle, reuse, use again, waste materials, garbage, plastic bottles, boxes, old news papers, tin cans, aluminium cans, old tires, pollution, diseases, sickness, etc. (iii) Kemahiran manipulatif o Boleh mengendalikan alat-alat seperti gunting, pisau, gam, glue-gun, berus warna dll. untuk menghasilkan pelbagai rekacipta kitar semula yang kreatif. o Meningkatkan kecekapan pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata-tangan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. NILAI-NILAI MURNI YANG DITERAPKAN (Bidang SES) Sabar, bersopan santun dan berdisiplin. Menghargai alam sekitar yang bersih dan menjaga kebersihan diri dan ruang pembelajaran di taska dan di rumah. Mengamalkan amalan kitar semula. Berkerjasama, berkongsi alat dan bahan, tolong-menolong dan bertolak ansur dengan kawan-kawan. Menghormati ibu/bapa yang datang membantu dalam projek Kitar Semula. Bertanggungjawab dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. Menghargai ilmu dan berterima kasih kerana dapat belajar sesuatu yang baru. Bersimpati dengan orang-orang yang mengidap penyakit disebabkan pencemaran. HASIL PEMBELAJARAN Selepas menjalankan projek ini, kanak-kanak dapat: 1) Mengasing dan mengelaskan barang-barang terbuang mengikut jenis-jenisnya. 2) Mengeja dan menulis nama jenis-jenis bahan terbuang dan bahan untuk kitar semula.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 6 3) Berfikir dan menaakul bahawa barang-barang yang dibuang ini akan mencemar dan mengotorkan alam sekitar jika tidak dikitar semula. 4) Menghayati pentingnya ada tong kitar semula supaya barang-barang terbuang boleh dikumpulkan dalam tong-tong kitar semula. 5) Menerangkan bahawa pembuangan sampah di merata-rata tempat ialah punca berlakunya pencemaran alam sekitar. 6) Menyatakan rasa tidak suka jika kawasan persekitaran taska atau rumah sendiri kotor dan dicemari dengan sampah sarap. 7) Mengaitkan kekotoran dengan penyakit, misalnya: sampah sarap yang banyak boleh menyebabkan nyamuk membiak; udara yang tercemar dengan asap dari pembakaran boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan sakit mata; air yang tercemar boleh menyebabkan sakit perut, dan hidupan lain di dalam air mati. 8) Membaca nombor-nombor pada penimbang tradisional dan penimbang digital. 9) Membezakan berat sesuatu barang setelah ditimbang. 10) Mengenali ukuran pada penimbang ialah dalam unit gram dan kilogram. 11) Merekacipta pelbagai barang hiasan menggunakan bahan-bahan plastik. 12) Bekerjasama dengan rakan-rakan, berkongsi peralatan: pisau, gunting, cat warna, gam, glue-gun, benang, tali, dll. 13) Berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan dengan bersopan santun. 14) Bekerja dengan rajin dan tekun untuk menghasilkan rekacipta yang cantik 15) Menghayati alam sekitar yang bersih, segar dan indah. 16) Bersyukur kepada Allah kerana dapat belajar sesuatu yang baru bersama rakanrakan dan guru. 17) Bersyukur kerana ibu bapa sudi datang membantu taska kita melaksanakan projek kitar semula. 18) Bangga dapat menghasilkan rekacipta dari idea sendiri. 19) Berminat terhadap pembelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan berazam untuk menjaga alam sekitar daripada pencemaran. 20) Sayangkan ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru dan negara. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Menggunakan peralatan yang tajam/bahaya seperti gunting, pisau, glue gun dengan cara yang betul mengikut arahan guru. Mencuci tangan setiap kali selesai menjalankan aktiviti.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 7 PELAKSANAAN PROJEK STREAM 7 : KREATIVITI KITAR SEMULA Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh negara, iaitu terlalu banyak barang-barang terbuang berlonggokan di sana sini dan mencemarkan alam sekitar. Kanak-kanak diberikan peluang untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini melalui aktiviti kitar semula. Aktiviti Inkuiri 1: Apa Kami Tahu Tentang Barang-barang Terbuang dan Kitar Semula 1. Pendidik dan kanak-kanak memulakan projek dengan membaca Bismillah dan doa belajar bersama-sama. 2. Pendidik membawa kanak-kanak berjalan-jalan di sekitar kawasan taska untuk melihat pelbagai jenis sampah yang dibuang oleh orang yang lalu lalang di sana. 3. Apabila balik ke taska, pendidik menunjukkan gambar video mengenai sampah sarap yang terlalu banyak dan sangat menjijikkan di Malaysia. https://www.bing.com/videos/search?q=pembuangan+sampah+di+Malaysia&&vie w=detail&mid=C06A01B6175892121386C06A01B6175892121386&&FORM=VR DGAR (Pembuangan sampah di Malaysia) (0.58 saat) Timbunan sampah setinggi bukit FASA 1: INKUIRI


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 8 Padah membuang sampah sesuka hati, menjijikkan mata memandang. Terlalu banyak tayar yang terbuang dan dibiarkan menjadi tempat nyamuk membiak. 4. Selepas menonton video, pendidik bersama kanak-kanak membina Peta Minda 1: Apa kami tahu tentang barang-barang terbuang dan kitar semula. Peta minda ini disusun dalam bentuk mudah supaya kanak-kanak cepat memahaminya. 5. Dari peta minda ini pendidik boleh mengetahui bahawa kanak-kanak sudah tahu tentang barang-barang terbuang, tetapi mereka kurang tahu tentang kitar semula. 6. Peta Minda ini dilekatkan di sudut ruang projek untuk dirujuk apabila kanak-kanak meneroka mengenai kitar semula dalam fasa selanjutnya.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 9 Peta Minda 1: Apa Kami Tahu Tentang Barang-barang Terbuang dan Kitar Semula Aktiviti Inkuiri 2: Apa Kami Ingin Tahu Tentang Kitar Semula Barang Terbuang 1. Pendidik merangsang kanak-kanak bertanya, dengan menunjukkan gambar tong kitar semula yang terdapat di beberapa tempat di sekitar kawasan bandar. “Siapa pernah melihat tong kitar semula seperti ini? Apakah gunanya?” Contoh tong kitar semula (recycle bins) 2. Bagi kanak-kanak di kampung atau kawasan pendalaman, mungkin mereka tidak pernah melihat tong kitar semula. Oleh itu pendidik perlu menerangkan tujuan tong kitar semula dan apa yang berlaku kepada barang-barang terbuang yang dimasukkan ke dalam tong-tong tersebut. “Tong ini adalah untuk mengasingkan barang-barang buangan supaya mudah dibawa ke tempat pemprosesan, contohnya bahan kaca diasingkan dengan bahan plastik dan kertas, dan kemudian di bawa ke kilang kaca untuk dileburkan bagi menghasilkan botol-botol baru. 3. Dari pusat kitar semula, barang-barang tersebut ditimbang untuk dijual ke kilangkilang supaya boleh diproses menjadi barang-barang yang baru. APA KAMI TAHU TENTANG BARANG-BARANG TERBUANG Sampah yang lori angkat pergi buang Kotor dan busuk Buang dalam tong sampah Surat khabar dan kertas Botol air kosong Beg plastik APA KAMI TAHU TENTANG KITAR SEMULA Tong sampah kitar semula, buang kat sana Kertas lama buat lapik kucing tidur Tak tahu nak buat apa Kotak boleh isi barang Buat isi pensil Buat isi sampah


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 10 Sebuah Pusat Kitar Semula di Putrajaya Simbol Kitar Semula 4. Pendidik menayangkan video berikut: https://www.bing.com/videos/search?q=pembuangan+sampah+di+Malaysia&&view=detail&mi d=962F0C692288E10DFBB6962F0C692288E10DFBB6&rvsmid=FFEAFD85D01647BE750C FFEAFD85D01647BE750C&FORM=VDQVAP Dokumentari pelupusan sisa pepejal (3 minit) 5. Dari video tersebut, tanya kanak-kanak, “Apa kamu ingin tahu tentang kitar semula?” 6. Pendidik melukis Peta Minda 2: Apa Yang Kami Ingin Tahu Tentang Kitar Semula Bahan-bahan Terbuang. Peta Minda 2: Apa Kami Ingin Tahu Tentang Kitar Semula Bahan-bahan Terbuang. 7. Pendidik memberitahu kanak-kanak bahawa semua soalan mereka itu akan dijawab apabila mereka membuat aktiviti penerokaan kelak. 8. Pendidik melekatkan kedua-dua peta minda di sudut projek sebagai rujukan. 9. Pendidik memberitahu ibubapa mengenai projek STREAM yang akan dilakukan oleh kanak-kanak dalam masa 2-3 minggu akan datang. 10. Pendidik memesan kepada ibubapa untuk membawa barang-barang terpakai atau terbuang untuk projek kitar semula yang akan dijalankan oleh anak-anak mereka. APA KAMI INGIN TAHU MENGENAI KITAR SEMULA Apa nak buat dengan kotak? Botol plastik ni boleh buat apa? Apa tu kitar semula cikgu? Surat khabar lama pun boleh kitarkah? Basikal atuk dah lama tak pakai, boleh kitar jugakah? Macam mana nak buat kitar dengan kertas? Kitar tu apa cikgu?


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 11 Dalam fasa ini, kanak-kanak meneroka dan mempelajari konsep-konsep yang disenaraikan dalam Bidang DPDP (Sains) dan AMPL (Matematik). Semasa meneroka konsep-konsep ini, pendidik menerapkan nilai-nilai murni, kerohanian, kemahiran saintifik, kemahiran bahasa dan literasi (pembelajaran kosa kata baru, membaca, mengeja dan menulis) serta penghayatan keindahan alam sekitar yang bersih dari pencemaran. Aktiviti Penerokaan 1: Meneroka Jenis-Jenis Bahan Terbuang Hasil Pembelajaran i. Dapat mengasing dan mengelaskan barang-barang terbuang mengikut jenisjenis bahannya: Plastik: botol air minuman, bekas/pakej isi makanan, sudu plastik, straw, stairofom (styrofoam), botol cecair pencuci pinggan, besen, timba, dll Kertas: kotak, buku, surat khabar, kertas pembalut hadiah, kotak telur, kotak cereal, kotak kasut, kertas tulis, dll. Kaca: cawan, pinggan, gelas, botol kicap, botol sos, frame gambar, mentol lampu, dll Aluminium dan besi: tin aluminium, tin susu, tin milo, tin sardin, besi, paku, basikal lama, loceng lama, dsb Lain-lain jenis: terdiri daripada benda-benda yang tidak termasuk dalam kategori di atas, misalnya tayar, selipar, tikar getah, sarung tangan, dll ii. Dapat mengenali bahan asal yang digunakan untuk membuat barang-barang terbuang. iii. Boleh mengeja dan menulis nama jenis-jenis bahan. iv. Boleh berfikir dan menaakul bahawa barang-barang yang dibuang ini akan mencemar dan mengotorkan alam sekitar jika tidak dikitar semula. v. Menghayati pentingnya ada tong kitar semula supaya barang-barang terbuang boleh dikumpulkan dalam tong-tong kitar semula. Langkah-langkah PdP 1. Pendidik dan kanak-kanak memulakan pelajaran dengan membaca Bismillah dan doa belajar. 2. Pendidik berbincang dengan kanak-kanak jenis-jenis bahan terbuang dan menyenaraikan bahan-bahan tersebut: plastik, kertas, kaca, besi dan aluminium, getah dan lain-lain. FASA 2 : PENEROKAAN


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 12 3. Kemudian pendidik membawa kanak-kanak ke belakang taska di mana pendidik telah mengumpulkan barang-barang terbuang yang dibawa oleh ibubapa sehari sebelum aktiviti ini dijalankan. 4. Pendidik berbincang dengan kanak-kanak mengenai banyaknya barang-barang buangan yang dikumpulkan dari setiap keluarga. 5. Pendidik menyediakan 6 kotak kosong yang besar dan menyuruh kanak-kanak memasukkan barang-barang terbuang itu ke dalam kotak-kotak tersebut yang telah dilabel: PLASTIK, KERTAS, KACA, ALUMINIUM & BESI, GETAH dan LAIN-LAIN. 6. Kanak-kanak bekerjasama dan memastikan mereka telah mengasingkan semua barang-barang terbuang itu ke dalam kotak yang betul. 7. Pendidik memeriksa dan saling bersoal jawab dengan kanak-kanak mengapa mereka meletakkan barang tersebut ke dalam kotak berkenaan. 8. Kanak-kanak disuruh membasuh tangan dengan sabun setelah selesai aktiviti penerokaan ini dijalankan. Contoh barang-barang plastik (gambar internet) Contoh barang-barang dari kertas Contoh barang-barang jenis kaca


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 13 Contoh barang-barang aluminium dan besi Lagi contoh barang-barang jenis tin (besi dan aluminium) Contoh barang-barang berasaskan getah (sarung tangan, selipar, kasut, tikar getah) Contoh barang-barang kaca: pinggan dan pasu. Pembalut makanan dikategorikan sebagai kertas


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 14 Kanak-kanak mengelaskan barang-barang mengikut bahan asalnya. 9. Pendidik menyuruh kanak-kanak menerangkan perbezaan di antara 6 jenis barangbarang terbuang di atas kertas poster dan melabelkannya. Kanak-kanak melabel dan melekatkan barang-barang menjadi poster. 10. Pendidik memuji kanak-kanak kerana berminat belajar dan berjaya menyiapkan poster senarai barang-barang terbuang yang boleh dikitar semula. 11. Kanak-kanak mengucapkan terima kasih kepada pendidik yang mengajar mereka mengenai kitar semula.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 15 Aktiviti Penerokaan 2: Meneroka Punca-Punca Pencemaran Alam Hasil Pembelajaran 1) Boleh menerangkan bahawa pembuangan sampah di merata-rata tempat ialah punca berlakunya pencemaran alam sekitar. 2) Boleh menyatakan rasa tidak suka jika kawasan persekitaran taska atau rumah sendiri dicemari dengan sampah sarap. 3) Boleh mengaitkan kekotoran dengan penyakit, misalnya: sampah sarap yang banyak boleh menyebabkan nyamuk membiak; udara yang tercemar dengan asap dari pembakaran boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan sakit mata; air yang tercemar boleh menyebabkan sakit perut, dan hidupan lain di dalam air mati. 4) Menghayati alam sekitar yang bersih, segar dan indah. Langkah-langkah PdP 1. Pendidik menunjukkan video mengenai banyaknya sampah yang dibuang setiap hari di Malaysia. (Kos melupuskan sampah ialah RM2 bilion setahun. Jika kanak-kanak tidak tahu banyaknya jumlah RM2 bilion, tidak mengapa). https://www.bing.com/videos/search?q=pembuangan+sampah+di+Malaysia&&view=d etail&mid=C284EFF58E4DB0EDC4D9C284EFF58E4DB0EDC4D9&rvsmid=C06A01 B6175892121386C06A01B6175892121386&FORM=VDQVAP Berita Astro Awani: Sampah Malaysia Semakin Meningkat (3.13 minit) 2. Berdasarkan video di atas, pendidik berbincang dengan kanak-kanak dan bertanya pandangan mereka mengenai punca banyaknya sampah dibuang setiap hari. 3. Terangkan bahawa untuk menguruskan sampah-sampah itu, kerajaan perlu membelanjakan banyak wang untuk membayar gaji pekerja-pekerja yang mengangkat sampah dan mengangkut sampah ke tempat pembuangan. 4. Bincang dengan kanak-kanak mengenai punca-punca pencemaran udara, air dan tanah terutamannya disebabkan sampah-sampah yang dibuang. 5. Tuliskan di atas papan tulis, perkataan-perkataan yang disebut dalam perbincangan. 6. Bincang lagi dengan kanak-kanak mengenai kesan pencemaran terhadap kesihatan terutama kanak-kanak dan orang tua. 7. Minta pendapat kanak-kanak “Apa yang mereka boleh lakukan untuk mengurangkan pencemaran alam?” 8. Bincang dengan kanak-kanak mengenai projek yang akan dijalankan iaitu untuk mengitar semula atau mengguna semula supaya mengurangkan barang-barang buangan (sampah) di negara kita. 9. Bimbing kanak-kanak untuk menghayati alam sekitar yang bersih, indah, segar dan cantik mata memandang.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 16 10. Mengucap syukur kepada Allah yang mencipta alam sekitar yang indah dan bersih. 11. Pendidik bantu kanak-kanak membina azam untuk menjaga alam sekitar: “bahawa mereka tidak akan membuang sampah di merata-rata tempat dan akan mengingatkan ahli keluarga dan kawan-kawan supaya tidak membuang sampah di merata-rata bagi menjaga keindahan alam ini daripada tercemar”. Aktiviti Penerokaan 3: Menimbang dan Mengukur Berat Bahan Terbuang Hasil Pembelajaran 1) Boleh membaca nombor pada penimbang tradisional dan penimbang digital. 2) Boleh menyatakan bahawa semakin tinggi nombor pada penimbang, semakin berat benda yang ditimbang. 3) Mengenali ukuran pada penimbang dalam unit gram dan kilogram. 4) Bersyukur ada orang yang mencipta penimbang supaya kita boleh tahu berat sesuatu benda-benda, tidak mengira saiznya. Langkah-langkah PdP 1. Mulakan aktiviti dengan bacaan Bismillah dan doa belajar. 2. Perkenalkan kepada kanak-kanak 2 jenis penimbang: (i) penimbang yang digunakan di pasar; dan (ii) penimbang digital untuk barang yang besar. Tempat yang kotor biasanya dipenuhi dengan haiwan pembawa penyakit, berbanding tempat yang bersih dikelilingi dengan serangga yang cantik dan kicauan burung-burung.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 17 3. Beri peluang kanak-kanak berlatih menimbang dan membaca berat objek yang ditimbang. 4. Apabila kanak-kanak sudah tahu menggunakan penimbang, maka suruhlah mereka timbang berat barang-barang buangan yang dikumpulkan dalam setiap kotak dalam Aktiviti Penerokaan 1 yang lepas. Misalnya: Berat bahan-bahan plastik = 8 kilogram Berat bahan-bahan kertas = 10.5 kilogram Berat bahan-bahan tin, besi & aluminium = 12 kilogram. Berat bahan-bahan lain = 9.4 kilogram 5. Kanak-kanak menulis berat setiap kotak dan melekatkan di kotak tersebut bacaan beratnya. 6. Pendidik menyediakan Lembaran Kerja untuk kanak-kanak lengkapkan. Contoh Lembaran Kerja diberikan seperti di muka sebelah (dari sumber internet). Pendidik boleh menyedianya dalam Bahasa Malaysia. 7. Apabila kanak-kanak telah selesai membuat Lembaran Kerja mereka, pendidik memuji kanak-kanak kerana telah tahu cara menggunakan alat penimbang. 8. Pendidik bersama-sama kanak-kanak mengucapkan kesyukuran kerana dapat belajar cara menimbang berat sesuatu benda. Jenis-jenis penimbang


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 18 Contoh Lembaran Kerja mengenai timbangan (dipetik dari internet)


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 19 Dalam fasa ini kanak-kanak akan merekacipta pelbagai barang hiasan dari bahan-bahan terbuang yang mereka kumpulkan. Beberapa jenis bahan akan digunakan iaitu: plastik, kertas, dan tin/aluminium/tayar. Aktiviti rekacipta ini akan diadakan secara berasingan. Beberapa contoh rekacipta dari internet diberikan untuk mencetuskan ilham kepada pendidik dalam membimbing kanak-kanak dan ibu bapa menghasilkan rekacipta kreatif dengan bahan-bahan terbuang. Penglibatan ibu bapa adalah diperlukan dalam projek ini. Aktiviti Rekacipta 1: Menghasilkan Rekacipta Kreatif dari Bahan-Bahan Plastik Hasil Pembelajaran 1) Merekacipta pelbagai barang hiasan menggunakan bahan-bahan plastik. 2) Bekerjasama dengan rakan-rakan. 3) Berkongsi peralatan: pisau, gunting, cat warna, gam, glue-gun, benang, tali, dll. 4) Berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan 5) Bekerja dengan rajin dan tekun untuk menghasilkan rekacipta yang cantik. Langkah-langkah PdP 1. Pendidik menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan perhiasan yang boleh direkcipta oleh kanak-kanak. Mereka memilih barang hiasan yang ingin direkacipta. 2. Pendidik membimbing kanak-kanak membina rekecipta yang mereka ingin hasilkan. 3. Setiap kanak-kanak cuba menghasilkan rekacipta yang unik dan kreatif. Pendidik memuji daya imaginasi kanak-kanak dan memberikan ‘high-five’ kepada usaha kanak-kanak. Contoh rekacipta menggunakan bahan-bahan plastik (dari internet). Ciptaan gambar ikan menggunakan tudung botol, manik dan butang pelbagai saiz, dan rekaan bekas makanan burung (boleh masukkan tanah dan anai-anai atau biji-bijian). FASA 3: REKACIPTA


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 20 Rekacipta pasu bunga dan mobile yang berwarna warni dari botol plastik. 4. Setelah siap, semua rekacipta kanak-kanak dipamerkan di sudut projek. 5. Kanak-kanak melafazkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan. 6. Sepanjang projek dijalankan, pendidik mencatatkan taksiran pembelajaran dan usaha belajar setiap kanak-kanak. Aktiviti Rekacipta 2: Menghasilkan Rekacipta Kreatif dari Kertas Terbuang Hasil Pembelajaran 1) Dapat menghasilkan rekacipta yang kreatif menggunakan bahan-bahan terbuang dari kertas. 2) Bekerjasama dengan rakan-rakan dan bekerja dengan rajin dan gembira. 3) Berkongsi peralatan seperti pisau, gunting, cat warna, gam, glue-gun, benang, tali, dll. 4) Berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan 5) Bersyukur dapat mengitar semula bahan-bahan terbuang dari jenis kertas dan mengelakkan pencemaran. Langkah-langkah PdP 1. Pendidik menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan perhiasan yang boleh direkcipta oleh kanak-kanak. Mereka memilih barang hiasan yang ingin direkacipta. 2. Pendidik membimbing kanak-kanak membina rekacipta yang mereka ingin hasilkan. 3. Kanak-kanak digalakkan menggunakan imaginasi sendiri untuk membina rekacipta lain-lain yang mereka minati.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 21 Kanak-kanak tekun menghasilkan rekacipta masing-masing. Jam tangan dari kertas. Gambar bunga dari kertas. Hasil idea kanak-kanak mengitar semula kertas terbuang. 4. Semua hasil rekacipta kanak-kanak dipamerkan di sudut projek untuk dilihat oleh ibubapa. 5. Pendidik dan kanak-kanak melafazkan kesyukuran dan terima kasih di antara satu sama lain kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 22 Lain-lain contoh rekacipta kanak-kanak menggunakan kertas terbuang (gambar dari internet) Aktiviti Rekacipta 3: Menghasilkan Rekacipta Kreatif dari Bahan-Bahan Tin, Aluminum dan Getah Hasil Pembelajaran 1) Dapat menghasilkan rekacipta yang kreatif menggunakan bahan-bahan terbuang dari jenis tin, aluminium, besi, dan tayar kereta. 2) Bekerjasama dengan pendidik, ibu/bapa, dan rakan-rakan untuk menghasilkan rekacipta secara kumpulan. 3) Berkongsi peralatan: pisau, gunting, cat warna, gam, glue-gun, benang, tali, cangkul, pokok bunga, tanah baja, dll. 4) Berkomunikasi dengan guru, ibu/bapa dan rakan-rakan dengan hormat dan bersopan santun. 5) Bersyukur dapat mengitar semula bahan-bahan terbuang dari jenis tin, aluminium, besi, dan getah dan menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran. Bahan-bahan yang perlu disediakan: Tayar kereta lama/terbuang Rim kereta terbuang Tin susu terbuang Cat dan warna Berus untuk mengecat


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 23 Batang kayu/buluh atau batang besi buruk Gunting, pisau, dan alat-alat ‘gardening’ serta pokok bunga Sarung tangan Langkah-langkah PdP 1. Aktiviti ini melibatkan ibubapa. Terlebih dahulu pendidik berbincang dengan ibu bapa untuk mendapatkan idea dan pandangan mereka. Apabila telah dipersetujui rekacipta yang akan dibuat, pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak semuanya memakai pakaian yang sesuai untuk melaksanakan projek ini di taman taska. (i) Membina taman haiwan menggunakan tin susu dan span pencuci kereta (seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah yang dipetik dari internet). (ii) Membina taman bunga daripada tayar terpakai dan rim kereta terpakai


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 24 Hiasan dalam taman taska menggunakan rim kereta (sumber internet) (iii) Menghasilkan mobile daripada buku terpakai yang diwarnakan dan digantung di beranda taska. Caranya: Buku-buku lama dijahit pada setiap muka surat supaya terbuka, kemudian dispray dengan cat yang menarik dan digantung sebagai hiasan. (iv) Menghasilkan bekas tanaman sayur dari botol plastik yang diwarnakan dengan warna putih dan disusun di luar koridor taska. Apabila digantung dengan susunan seperti ditunjukkan akan menjadi hiasan yang begitu cantik sekali di taska disamping boleh menanam sayur-sayuran. Inilah contohnya rekacipta yang dihasilkan (gambar internet).


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 25 Dalam fasa ini, pendidik dan kanak-kanak mengingat kembali apa yang telah mereka dipelajari selama hampir 2 atau 3 minggu. 1. Pendidik menunjukkan Peta Minda 1 dan Peta Minda 2 kepada kanak-kanak dan mengingatkan Projek Kitar Semula yang mereka telah laksanakan. 2. Tanya kanak-kanak jika mereka sekarang faham apa makna kitar semula dan bagaimana mengitar semula barang-barang terbuang. 3. Kanak-kanak dengan dibimbing oleh pendidik cuba menjawab soalan-soalan yang kanak-kanak ingin tahu dalam Peta Minda 2. 4. Ingatkan kembali mengenai aktiviti menimbang dan mengelaskan bahan-bahan terbuang. 5. Minta pandangan kanak-kanak apa yang akan terjadi pada masa hadapan jika terlalu banyak sampah sarap dibuang setiap hari. Bincang mengenai masalah pencemaran sampah sarap, pencemaran sungai dan laut disebabkan terlalu banyak barang-barang plastik dibuang di sana sini. 6. Bincang mengenai apa yang kanak-kanak boleh buat untuk mengurangkan pencemaran sampah sarap di persekitaran kita. 7. Kanak-kanak juga diperingatkan perkataan-perkataan baru yang mereka pelajari iaitu kitar semula, pencemaran, bahan buangan, barang-barang terpakai, plastik, kertas, botol kaca, tin, aluminium, dan getah tayar kereta 8. Bincang dengan kanak-kanak mengenai keindahan alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan untuk dijaga oleh manusia, tetapi manusia telah merosakkannya. 9. Kanak-kanak diajar mengucapkan terima kasih kepada guru dan kawan-kawan yang sama-sama menghasilkan merekacipta kreatif dalam projek ini. Kanak-kanak juga diperingatkan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang turut menjayakan projek ini. 10. Kanak-kanak bersalaman bersama-sama kawan-kawan sambil mengucapkan tahniah dan Alhamdulillah. 11. Pendidik mempamerkan semua hasil kerja kanak-kanak di sudut pameran dan menjemput ibu bapa dan masyarakat tempatan untuk melihat usaha kanak-kanak mengitar semula. FASA 4 : REFLEKSI


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 26 Contoh pameran projek Kitar Semula di sebuah prasekolah (gambar internet) Contoh pameran projek Kitar Semula di sebuah prasekolah (gambar internet)


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 27 REFLEKSI PENDIDIK ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 1) Penilaian Pembelajaran Kanak-kanak Penilaian Pembelajaran Kanak-kanak dibuat berdasarkan 6 Bidang Perkembangan yang diberikan dalam Kurikulum PERMATA Negara, hasil pemerhatian yang dibuat oleh pendidik. sepanjang projek dijalankan. Ukuran pencapaian menggunakan skala 5 mata seperti berikut: 1: belum berkembang 2: kurang baik 3: sederhana 4: baik 5: sangat baik Nama kanakkanak BKLA Boleh sebut dan tulis 10 perkataan baharu AMPL Boleh mengira dan menulis nombor DPDP Faham konsep benda hidup,bhg-bhg tumbuhan, warna, bentuk SSEK Berdisiplin Peramah Suka menolong K&E Dapat menghasilkan ciptaan yang kreatif & unik F&P Menguasai kemahiran motor kasar & halus A 3 3 3 2 3 4 B C D E F


Projek KREATIVITI KITAR SEMULA / 28 2) Penilaian Pencapaian Kanak-kanak berkaitan Kemahiran STREAM 3) Penilaian Kendiri oleh Kanak-kanak Kanak-kanak boleh menilai diri sendiri dari segi minatnya terhadap STREAM berdasarkan Skala Perasaan seperti berikut. Setiap kanak-kanak diberikan gambar ini untuk ditandakan apa perasaan mereka sepanjang melaksanakan projek ini. Tidak rasa apa-apa. Gembira Tidak gembira CATATAN: ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -TAMATNama Kemahiran Saintifik Kemahiran Manipulatif Kemahiran Berkomunikasi Kerjasama Minat belajar Ketekunan berusaha A 2 3 4 3 4 4 B C D E F


Click to View FlipBook Version