* SULIT FIQH MUNAKAHAT
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL - INSANIAH
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
(KPTI)
PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 2
NAMA :
TARIKH :
MATAPELAJARAN : FIQH MUNAKAHAT
MASA :
TEMPOH : 2 JAM
PENSYARAH :
(KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI SEMBILAN (9) MUKA SURAT BERCETAK
TERMASUK MUKA DEPAN DENGAN TIGA (3) BAHAGIAN SOALAN)
ARAHAN KEPADA CALON
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.
JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN A, B, DAN TIGA (3) SOALAN BAHAGIAN C
DALAM BUKU JAWAPAN YANG DISEDIAKAN.
SEBARANG PENIPUAN ATAU PERCUBAAN MENIRU ADALAH SATU
KESALAHAN YANG SERIUS DAN JIKA ANDA DIDAPATI BERSALAH ANDA AKAN
DIKELUARKAN DARIPADA MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI.
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL - INSANIAH
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
BAHAGIAN A: OBJEKTIF
JAWAB SEMUA SOALAN. PILIH JAWAPAN YANG BETUL.
1. Berikut adalah hukum kahwin mengikut mazhab Hanbali KECUALI;
I. Wajib kahwin kerana khuatir melakukan zina
II. Sunat bagi lelaki atau perempuan yang ingin kahwin tapi tidak khuatir akan melakukan
zina
III. Makruh bagi orang yang berhajat kahwin
IV. Harus bagi orang yang tidak mempunyai keinginan nafsu
A. I dan II
B. II dan III
C. III sahaja
D. I dan IV
2. Perkahwinan merupakan urusan pembangunan dan kemajuan hidup manusia. Hikmah
perkahwinan ialah ______________________.
A. mengikut hawa nafsu
B. mententeramkan jiwa manusia
C. membiakkan keturunan dan menjalin tali persaudaraan
D. memenuhi keperluan manusia untuk saling berpasangan
3. Berikut adalah syarat peminangan dalam Islam KECUALI;
A. tidak harus meminang seorang perempuan kecuali yang boleh dipinang pada masa itu
dengan tujuan berkahwin.
B. jangan meminang perempuan yang dihukumkan haram dikahwini selama-lamanya
C. meminang perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya
D. jangan melamar perempuan yang dihukumkan haram sementara kepadanya.
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 2
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
4. Sighah ialah______________________.
A. hibah
B. ibahah
C. ijab dan qabul
D. sarih
5. Syarat-syarat bagi seorang suami ialah _______________.
A. Lelaki yang tidak haram dinikahi, bebas memilih, mengetahui perempuan itu halal
baginya dan lelaki yang ditentukan
B. Lelaki yang tidak haram dinikahi, bebas memilih, tidak mengetahui perempuan itu halal
baginya dan lelaki yang ditentukan
C. Lelaki yang bebas memilih, tidak mengetahui perempuan itu halal baginya dan lelaki
yang ditentukan
D. Lelaki yang tidak haram dinikahi, bebas memilih dan lelaki yang ditentukan
6. Halangan menjadi wali ialah ____________________________________.
I. Kanak-kanak
II. Orang cacat penglihatan
III. Orang yang ditahan daripada mentadbir dirinya sendiri kerana kebodohannya
IV. Hamba
A. I dan II
B. II dan III
C. III sahaja
D. Semua di atas
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 3
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
7. Perempuan yang diharamkan kahwin disebabkan hubungan persemendaan ialah
____________________________.
A. anak-anak perempuan, emak, isteri
B. anak-anak isteri, emak-emak isteri, isteri-isteri bapa dan isteri-isteri anak
C. emak-emak isteri, isteri-isteri bapa dan isteri-isteri anak
D. anak-anak perempuan
8. Pengharaman sementara iaitu pengharaman perkahwinan dengan seseorang perempuan tetapi
apabila sebab-sebab pengharamannya hilang maka hilanglah haramnya. Perempuan yang
tergolong dalam kategori ini ialah __________________________.
I. dua orang perempuan bersaudara
II. perempuan yang bersuami
III. perempuan musyrikah
IV. perempuan yang bertunang
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. Semua di atas
9. Syarat sah khulu bagi seorang suami adalah seperti berikut KECUALI;
A. Baligh
B. Berakal
C. Mabuk
D. Mukhtar atau bebas melakukan dan bukan dipaksa
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 4
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
10. Rukun cerai meliputi ___________________________________.
A. Suami, isteri dan sighah
B. Suami, isteri, sighah dan qasad
C. Suami dan isteri
D. Sighah
(JUMLAH: 20 MARKAH)
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 5
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
BAHAGIAN B: PENYATAAN BETUL SALAH
JAWAB SEMUA PENYATAAN DI BAWAH SAMA ADA BETUL ATAU SALAH
1. Syariat Islam mewajibkan lelaki melihat perempuan terlebih dahulu sebelum membuat ikatan
pertunangan
(Betul / Salah)
2. Kebanyakan para fuqaha berpendapat bagi pinangan yang belum diterima atau belum ditolak,
sekiranya cenderung untuk menerima maka orang lain tidak boleh meminangnya. Jika
cenderung untuk menolak maka hukumnya harus meminangnya.
(Betul / Salah)
3. Apabila suami menceraikan isterinya sebelum bersetubuh gugurlah separuh maharnya dan
pemberian mahar hanya wajib bagi baki yang separuh lagi.
(Betul / Salah)
4. Suami tidak berhak melarang isterinya keluar dari rumah atau menziarahi orang lain dan isteri
berhak memasuki rumah orang lain tanpa kerelaan suaminya.
(Betul / Salah)
5. Syarat menyamakan atau adil memberi giliran tidur ada tiga perkara iaitu isteri yang berakal,
suami yang sudah remaja atau hampir baligh dan isteri itu tidak derhaka.
(Betul / Salah)
6. Talak Bid’ie ialah talak yang menepati kehendak syarak merangkumi cara menjatuhkan talak
dan keadaan isteri pada masa suami menjatuhkan talak itu.
(Betul / Salah)
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 6
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
7. Hendaklah ditakliqkan kepada perkara yang belum ada atau belum berlaku pada masa
menyebut kata-kata takliq dan perkara itu kemungkinan akan berlaku merupakan syarat-
syarat jatuh cerai secarai takliq.
(Betul / Salah)
8. Imam Hanafi menyatakan Mut’ah ialah sesuatu yang diberi oleh suami kepada isterinya
selepas berlaku penceraian antara mereka seperti pakaian atau seumpamanya untuk
mengurangkan tekanan perasaan isteri (yang diceraikan) dan sebagai bayaran gantian
kesepian isteri oleh sebab penceraian yang berlaku antara mereka berdua.
(Betul / Salah)
9. Iddah menurut mazhab Hanafi ialah tempoh masa yang ditunggu oleh seseorang perempuan
untuk menyakinkan kekosongan rahimnya daripada mengandung.
(Betul / Salah)
10. Ihdad atau berkabung ialah tidak berhia-hias diri atau bersolek yang mendorong kepada
keghairahan. Hukumnya wajib dalam masa iddah kematian suami.
(Betul / Salah)
(JUMLAH: 20 MARKAH)
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 7
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
BAHAGIAN C: ESEI
Jawab TIGA (3) soalan sahaja.
1. Perkahwinan bererti jihad dalam mengawal dan mentadbir, menunaikan hak – hak
keluarga, bersabar menghadapi tingkah laku dan akhlak wanita, memimpin keluarga ke jalan
yang diredhai Allah s.w.t. Perkahwinan merupakan tangungjawab yang berat bagi semua
pasangan.
a. Berikan pengertian kahwin menurut bahasa dan istilah (4 markah)
b. Nyatakan hukum berkahwin menurut mazhab Syafi’e (10 markah)
c. Jelaskan faedah berkahwin menurut al-Sheikh Abdul Samad al-Falimbani.
(6 markah)
2. Rukun perkahwinan meliputi sighah, suami, isteri, dua orang saksi dan wali. Dalam
perkahwinan, perwalian ialah kuasa syarak yang diberikan kepada wali untuk menguruskan
akad nikah dan mengadakan akad yang sah.
a. Berdasarkan kenyataan di atas berikan syarat-syarat pada wali. (10 markah)
b. Jelaskan syarat – syarat bagi seorang bapa yang ingin mengahwinkan anaknya yang
masih gadis tanpa keizinan. (10 markah)
3. Penceraian di antara suami isteri mempunyai beberapa bahagian yang mana setiap
bahagian mempunyai perbezaan. Bahagian penceraian terbentuk kepada dua iaitu talak dan
fasakh.
a. Jelaskan perbezaan antara penceraian talak dan fasakh (8 markah)
b. Nyatakan keadaan fasakh yang disebabkan oleh kecacatan yang berserta dengan akad
(8 markah)
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 8
* SULIT FIQH MUNAKAHAT
c. Jelaskan pendapat Ulama mengenai tuntutan cerai seorang isteri kerana suami tidak
mampu memberi nafkah. (4 markah)
4. Islam telah menggariskan panduan hak penjagaan anak sekiranya berlaku penceraian
dalam seseuah institusi perkahwinan. Hal ini bertujuan menjaga kebajikan anak-anak bagi
pasangan yang bercerai.
a. Berikan pengertian hadanah pada syarak (10 markah)
b. Jelaskan 5 syarat-syarat bagi seorang pengasuh mengikut mazhab Shafi’e
(10 markah)
(JUMLAH: 100 MARKAH)
- SOALAN TAMAT -
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 9