The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Ramadhan Edisi 1 SMK Dato' Penggawa Timur 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eni, 2023-04-05 12:40:47

Buletin Ramadhan Edisi 1

Buletin Ramadhan Edisi 1 SMK Dato' Penggawa Timur 2023

Buletin Ramadhan Edisi 1 DISEDIAKAN OLEH: AJK MAKDIS SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR


AJK BULETIN YANG TERLIBAT: 1. Aini Sofea binti Zaifor 2. Ainul Shazwani binti Ahmad Shaiful 3. Nur Aishah binti Mohd Aris 4. Nurul Husna Nadiah binti Hisamudin 5. Nurhaliza binti Sabri


Isi Kandungan - Tujuan Ramadhan - Amalan terbaik dalam Ramadhan - Permasalahan dalam Ramadhan


Kenapa orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan? Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya: ْي ُكُم ال ِ صيَ َمنُوا ُكتِ َب َعلَ ِذي َن آ َّ َها ال يُّ يَاأ ِذي َن ِم ْن َ َّ ُم َكَما ُكتِ َب َعلَى ال ْبِل ُكْم ا قَ ُكْم تَتَّقُو َن َّ لَعَل “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah:183) 1. Ia membantu seseorang untuk lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan. 2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. 3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian.


Amalan Terbaik Dalam Ramadhan 2 1 BERSEDEKAH TADARUS AL-QURAN


➢ Sedekah merupakan amalan kebajikan yang sangat besar di sisi Allah. Seseorang itu boleh melakukan ibadah sedekah dalam banyak cara seperti memberi makanan kepada fakir miskin atau memberi makanan kepada orang yang mahu berbuka puasa. ➢ Sedekah menjadikan hati seseorang itu lembut dan rendah diri. ➢ Ini kerana Bulan Ramadan juga dinamakan bulan berkasih sayang. Oleh sebab itu kita diminta untuk sentiasa mengingati orang yang lebih susah daripada kita yang mana mungkin ada di antara mereka yang tidak ada makanan. ➢ Bersedekah bukannya dari segi wang ringgit sahaja. Walaupun sekadar sebiji tamar dan seteguk air untuk orang lain berbuka puasa, ia sudah memadai. ➢ Bersedekah semampu kita yang penting ianya ikhlas dari hati. BERSEDEKAH Rasulullah SAW sendiri tidak akan melepaskan peluang untuk bersedekah pada bulan ramadhan seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam al-bukhari : Maksudnya: “Adalah Nabi seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW sangat menekankan kepada kita untuk perbanyakan amalan bersedekah khususnya pada bulan Ramadhan kerana ganjarannya sangat hebat: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi) .


TADARUS AL-QURAN Maksud : Pembacaan Al-Quran secara berkumpulan Boleh dilakukan sama ada seorang diri ataupun secara berjemaah dengan kita membaca atau mendengar daripada Surah Al-Fatihah sehingga Surah An-Nas untuk mengkhatamkan sebuah Al Quran. Oleh yang demikian kita perlu menjadikan Bulan Ramadan bulan kita memperbanyakkan lagi bacaan Al Quran. Kalimah Tadarus berasal dari درس yang bermakna belajar, meneliti, memahami & mengkaji. Kemudian ditambah di hadapan kalimah itu dengan huruf Ta’. Maka jadilah ia تدارس yang bermakna saling belajar, saling meneliti, saling memahami & saling mengaji. Kemudian apabila digabungkan menjadi TADARUS ALQUR’AN, maka maknanya menjadi saling mempelajari,memahami & meneliti Ilmu Al-Qur’an.


Permasalahan Dalam Ramadhan 1. Hukum Merasa Makanan Ketika Berpuasa Ragu-ragu tentang hukum-hakam sesuatu perkara berkaitan amalan ketika berpuasa? Mari kita bersama hayati dan mengambil manfaat daripadanya. Jika merasa di bahagian lidah dan tidak menelannya, maka puasa tidak terbatal. Ini hendaklah dengan kuantiti yang sedikit. Digalakkan kita untuk berkumurkumur setelah merasa makanan untuk membuang sisa makanan yang dirasa.


2. Hukum Berus Gigi Semasa Berpuasa? Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di sekolah? Nabi s.a.w bersabda: ال ِم ْس ِك ِ َ ْطيَ ُب ِعْن َد ََّّللاِ ِم ْن ِريح ِم ال َّصائِِم أ ُو ُف فَ لَ ُخل “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menggosok gigi selepas zohor ketika berpuasa dihukumkan makhruh kerana ia boleh menghilangkan dahaga dan menghilangkan bau mulut orang yang berpuasa. Jadi, sebaiknya untuk dielakkan supaya pahala berpuasa tidak berkurangan.


Click to View FlipBook Version