The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizatdarius, 2022-01-12 10:47:50

CIKIBOM oleh Lindar Nor

CIKIBOM oleh Lindar Nor

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun

dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada pihak penerbit buku Koleksi Karangan SPM

CIKIBOM! Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.

ISBN 978-967-25541-0-3
©Cetakan Pertama 2022

©Koleksi Karangan SPM CIKIBOM!

Pereka Grafik:
Alias bin Derais@Idris
Haslindar Nor binti Ismail

Diterbit oleh:
Cidahalim Resources,
No 6, Jalan Desa Serang 15,
Taman Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan,

Selangor

Dicetak oleh:
Firdaus Press Sdn Bhd.

SSM- 986966-A
No. 26 & 28, Jalan PBS 14/4,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tel/Fax: 03 8940 5595
B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
2

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

ISI KANDUNGAN

Kertas 1 - Bahagian A

Cadangan Binaan Perenggan Isi dan Bilangan Patah 5

Perkataan

Cadangan Pemberian Markah Karangan A 5

Tinta Pesanan Sebagai Panduan Menggunakan Buku 8
CIKIBOM!

Contoh Binaan Perenggan Isi Menggunakan AT, AH, 9

AC, AK dan AP
TEMA INTERGRITI

Latihan 1 – Soalan Resume 11
TEMA KERJAYA

Latihan 2 – Soalan Tidak Berformat 14
TEMA KESIHTAN DAN KEBERSIHAN

Latihan 3 – Soalan E-mel
TEMA SUKAN DAN REKREASI DAN TEMA PERPADUAN 17

Latihan 4 - Soalan Tidak Berformat 22
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 25
27
Latihan 5 – Soalan Surat Kiriman Rasmi
TEMA PENDIDIKAN

Latihan 6 – Soalan Surat Kiriman Rasmi
TEMA SEJARAH DAN WARISAN

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
3

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

Kertas 1 - Bahagian B 30
31
Cadangan Binaan Perenggan Isi dan Bilangan Patah 33
Perkataan 35
37
Cadangan Pemberian Markah Karangan B 39

Latihan 1 – Soalan Format Surat Tidak Rasmi 41
TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 43
45
Latihan 2 – Soalan Tidak Berformat 47
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU 51
53
Latihan 3 – Soalan Format Pidato
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Latihan 4 – Soalan Format Syarahan
TEMA SEJARAH DAN WARISAN

Latihan 5 – Soalan Format Ucapan
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN & PENGURUSAN
KEWANGAN

Latihan 6 – Soalan Format Ceramah
TEMA JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Latihan 7 – Soalan Format Rencana
TEMA JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Latihan 8 - Soalan Format Wawancara
TEMA PENDIDIKAN

Latihan 9 - Soalan Format Laporan
TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Latihan 10 - Soalan Tidak Berformat
TEMA KESELAMATAN

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
4

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
5

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

TINTA PESANAN SEBAGAI PANDUAN MENGGUNAKAN
BUKU CIKIBOM!

Beberapa contoh karangan dalam buku CIKIBOM! ini menggunakan teknik mengarang seperti berikut:

Ayat Topik Ayat Topik (AT) ialah isi utama. Ayat ini mengandungi penyataan idea (isi) yang
bersesuaian dengan tugasan (kehendak) soalan.

Ayat Huraian Ayat Hurai (AH) ialah ayat yang menghuraikan ayat topik, isi utama atau idea
utama. AH mengandungi huraian (penerangan) terhadap idea (isi) yang telah
dinyatakan. Kaedah mudah bagi memahami AH ini ialah pelajar boleh bertanya
kepada diri sendiri MENGAPA atau KENAPA perkara ini berlaku atau
MENGAPA atau KENAPA perkara ini penting.

Ayat Contoh Ayat Contoh (AC) ialah ayat-ayat yang menghuraikan idea (isi) dengan lebih
spesifik atau terperinci. Dalam AC pelajar perlu menyatakan contoh-contoh yang
relevan bagi menyokong (menjelaskan) isi yang terdapat dalam AT. Contoh boleh
merupakan penyataan fakta berbentuk data, statistik dan peristiwa. Kaedah mudah
bagi memahami pembentukan (binaan) AC ialah pelajar boleh bertanya kepada diri
sendiri BAGAIMANA perkara ini berlaku. Selain itu, pelajar boleh bertanya kepada
diri sendiri SIAPA yang terlibat, DI MANA (tempat) dan BILA (masa) berkaitan
isi yang dihuraikan.

Ayat Kesan Ayat Kesan (AK) ialah ayat yang menerangkan implikasi terhadap idea yang sedang
dibincangkan. Pelajar boleh bertanya kepada diri sendiri APAKAH kesan yang
wujud terhadap idea yang telah dibincangkan sebelumnya. Kesan ini boleh menjadi
kesan positif atau kesan negatif. Sekiranya kesan positif, maka merujuk kepada
kebaikan, manfaat, kepentingan, dan kelebihan.

Ayat Ayat Penegasan (AP) ialah ayat yang menyimpulkan isi yang dihuraikan di atas. Cara
Penegasan yang mudah untuk menulis AP ialah ulang semula AT tetapi dalam struktur ayat
yang berbeza namun membawa maksud yang sama.

Perlu diingatkan bahawa bilangan patah perkataan Bahagian A tidak boleh melebihi 200 patah
perkataan. Pengguguran pada AP akan berlaku semasa membina isi karangan kerana untuk
mengelakkan pelajar menulis terlebih patah perkataan. Namun, sekiranya ayat pelajar pendek-pendek,
maka disarankan menulis AP supaya bilangan perkataan mencapai 200 patah kata.

Walau bagaimanapun, apa-apa pun teknik mengarang yang diberikan contoh, sebagai pelajar haruslah
berpegang teguh dengan teknik mengarang yang diajarkan oleh guru di sekolah.

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
6

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

CONTOH BINAAN PERENGGAN ISI MENGGUNAKAN AT, AH, AC, AK DAN AP
(TEMA INTERGRITI)

Susunan AT, AH, AC, AK dan AP boleh berubah-ubah mengikut kreativiti pelajar ketika mengarang.
Hal ini demikian dikatakan kerana, karangan cemerlang tidak boleh terlalu terikut-ikut susunan ayat
dalam jadual di atas. Baca dan teliti contoh rangka isi di bawah.

CONTOH 1 CONTOH 2 CONTOH 3 CONTOH 4 CONTOH 5
(Induktif)
Ayat Topik Ayat Topik Ayat Topik Ayat Topik
Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Huraian Ayat kesan Ayat Penegasan
Ayat Contoh Ayat Hurai Ayat kesan Ayat Contoh Ayat Kesan
Ayat Kesan Ayat Kesan Ayat Contoh Ayat Hurai Ayat Contoh
Ayat Penegasan Ayat Penegasan Ayat Penegasan Ayat Penegasan Ayat Huraian
Ayat Topik

ARAHAN SOALAN - Langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah

Ayat CONTOH 1
Topik Langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah ialah kerajaan hendaklah mengadakan
Ayat kempen secara besar-besaran, berterusan dan janganlah hangat-hangat tahi ayam.
Huraian Hal ini bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani amalan rasuah.
Ayat
Contoh Tamsilnya, kempen yang dilancarkan mestilah menggunakan media massa secara
menyeluruh seperti melalui televisyen, akhbar, Tik Tok, Instagram, Facebook dan Youtube
Ayat untuk memastikan semua lapisan masyarakat mengetahui dan ambil cakna tentang kempen
Kesan tersebut. Melalui kempen ini, kerajaan hendaklah menguar-uarkan ketegasan dalam
Ayat mendakwa semua pihak terlibat tanpa memilih bulu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya
Penegasan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat, menahan, mendakwa dan
menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira pangkat.
Kesannya, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
perbuatan keji ini lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mestilah mengambil inisiatif pragmatik dengan
mengadakan kempen bagi menghapuskan amalan rasuah yang semakin berleluasa ini.

123 patah perkataan

Ayat CONTOH 2
Topik Langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah ialah kerajaan hendaklah mengadakan
Ayat kempen secara besar-besaran, berterusan dan janganlah hangat-hangat tahi ayam.
Contoh Tamsilnya, kempen yang dilancarkan mestilah menggunakan media massa secara
menyeluruh seperti melalui televisyen, akhbar, Tik Tok, Instagram, Facebook dan Youtube
Ayat untuk memastikan semua lapisan masyarakat mengetahui dan ambil cakna tentang kempen
Hurai tersebut. Melalui kempen ini, kerajaan hendaklah menguar-uarkan ketegasan dalam
Ayat mendakwa semua pihak terlibat tanpa memilih bulu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya
Kesan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat, menahan, mendakwa dan
Ayat menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira pangkat.
Penegasan Usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani amalan rasuah.

Kesannya, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
perbuatan keji ini lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mestilah mengambil inisiatif pragmatik dengan
mengadakan kempen bagi menghapuskan amalan rasuah yang semakin berleluasa ini.

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
7

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

Ayat CONTOH 3
Topik Langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah ialah kerajaan hendaklah mengadakan
Ayat kempen secara besar-besaran, berterusan dan janganlah hangat-hangat tahi ayam.
Huraian Hal ini bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani amalan rasuah.
Ayat
kesan Kesannya, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
Ayat perbuatan keji yang membawa kehancuran ini .
Contoh Tamsilnya, kempen yang dilancarkan mestilah menggunakan media massa secara
menyeluruh seperti melalui televisyen, akhbar, Tik Tok, Instagram, Facebook dan Youtube
Ayat untuk memastikan semua lapisan masyarakat mengetahui dan ambil cakna tentang kempen
Penegasan tersebut. Melalui kempen ini, kerajaan hendaklah menguar-uarkan ketegasan dalam
mendakwa semua pihak terlibat tanpa memilih bulu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat, menahan, mendakwa dan
menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira pangkat.
Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mestilah mengambil inisiatif pragmatik dengan
mengadakan kempen bagi menghapuskan amalan rasuah yang semakin berleluasa ini.

Ayat CONTOH 4
Topik Langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah ialah kerajaan hendaklah mengadakan
Ayat kempen secara besar-besaran, berterusan dan janganlah hangat-hangat tahi ayam.
kesan Kesannya, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
Ayat perbuatan keji yang membawa kehancuran ini
Contoh Tamsilnya, kempen yang dilancarkan mestilah menggunakan media massa secara
menyeluruh seperti melalui televisyen, akhbar, Tik Tok, Instagram, Facebook dan Youtube
Ayat untuk memastikan semua lapisan masyarakat mengetahui dan ambil cakna tentang kempen
Hurai tersebut. Melalui kempen ini, kerajaan hendaklah menguar-uarkan ketegasan dalam
Ayat mendakwa semua pihak terlibat tanpa memilih bulu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya
Penegasan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat, menahan, mendakwa dan
menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira pangkat.
Hal ini bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani amalan rasuah.

Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mestilah mengambil inisiatif pragmatik dengan
mengadakan kempen bagi menghapuskan amalan rasuah yang semakin berleluasa ini.

Ayat CONTOH 5
Penegasan (Induktif)

Ayat Siang bagai hari terang bagi bulan kerajaan juga mestilah mengambil inisiatif pragmatik
Kesan dengan mengadakan kempen bagi menghapuskan amalan rasuah yang semakin berleluasa
Ayat ini.
Contoh
Melalui kempen ini para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba
Ayat melakukan perbuatan keji yang membawa kehancuran ini.
Huraian Tamsilnya, kempen yang dilancarkan mestilah menggunakan media massa secara
Ayat menyeluruh seperti melalui televisyen, akhbar, Tik Tok, Instagram, Facebook dan Youtube
Topik untuk memastikan semua lapisan masyarakat mengetahui dan ambil cakna tentang kempen
tersebut. Melalui kempen ini, kerajaan hendaklah menguar-uarkan ketegasan dalam
mendakwa semua pihak terlibat tanpa pilih bulu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat, menahan, mendakwa dan
menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira pangkat.

Kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam
menangani amalan rasuah.
Oleh itu, langkah-langkah untuk membanteras gejala rasuah ialah kerajaan hendaklah
mengadakan kempen secara besar-besaran, berterusan dan janganlah hangat-hangat tahi
ayam.

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
8

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

LATIHAN 4 (TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI)
BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan perkembangan teknologi maklumat. Huraikan pendapat anda
tentang perkembangan teknologi maklumat. Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200
patah perkataan.
Bahan 1

Laman sosial menjadi tapak bagi pengguna Internet bagi memperluas rangkaian kawan-kawannya.
Boleh dikatakan semua pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial.
Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan
semula rakan sekolah di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama
mereka.

Sumber: Internet

Bahan 2

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
9

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

RANGKA KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Pendahuluan
Teknologi terkini membolehkan masyarakat berhubung melalui laman sosial Facebook, Twitter,
Instagram, aplikasi Telegram dan WhatsApp – dalam alam maya. Persoalannya, apakah faedah
laman sosial dalam kalangan masyarakat?

Ayat topik Menambahkan kenalan
Ayat huraian Erat silaturahim
Ayat contoh Facebook menyediakan kemudahan carian kenalan, menerima kenalan baharu
ataupun menghantar permintaan untuk berkenalan dengan individu yang
Ayat kesan mempunyai akaun dengan Facebook.

Ayat mengeratkan hubungan antara rakan taulan yang berada di mana-mana sahaja
penegasan walaupun tidak bersua muka secara nyata.
Kewujudan laman sosial membolehkan sesuatu hubungan antara dua pihak akan
bermula, kembali terjalin atau menjadi semakin erat

Ayat topik menjana sumber pendapatan seseorang.
Ayat huraian mempromosikan barang jualan dengan cara yang mudah, berkesan tanpa
memerlukan modal yang besar.
Ayat contoh melalui laman sosial seperti Tik Tok dan Instagram. Barangan yang dijual - beg
tangan, perhiasan wanita, barangan kosmetik, pelbagai jenis makanan.
Ayat kesan berjaya menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan - di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
Ayat laman sosial merupakan platform terbaharu untuk menjana pendapatan atau
penegasan mendapatkan sumber rezeki.

Penutup
Kewujudan pelbagai laman sosial dalam alam maya pada masa ini banyak memberikan faedah
kepada masyarakat - semua pihak hendaklah berganding bahu bagi memastikan laman sosial ini
digunakan sebaiknya.

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
10

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Era globalisasi ini kita telah menyaksikan teknologi terkini
membolehkan masyarakat berhubung melalui laman sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan WhatsApp. Aplikasi ini
membolehkan kita berhubung tanpa sempadan umpama sepantas
kilat. Persoalannya, apakah faedah laman sosial kepada seseorang?

Isi utama yang tidak boleh di kesampingkan ialah seseorang itu
dapat menambahkan kenalan. Sebagai contoh, laman sosial Facebook
menyediakan kemudahan carian kenalan, menerima kenalan baharu
ataupun menghantar permintaan untuk berkenalan dengan individu
yang mempunyai akaun dengan Facebook. Selain dapat menambah
kenalan, seseorang itu juga dapat mengeratkan hubungan antara rakan
taulan yang berada di mana-mana sahaja walaupun tidak bersua muka
secara nyata.

Siang bagai hari terang bagai bulan manfaat aplikasi lamam sosial
adalah dapat menjana sumber pendapatan. Misalnya, seseorang itu
boleh mempromosikan barangan mereka laman sosial seperti Tik
Tok, Twiteer dan Instagram. Barangan yang dijual ialah beg tangan,
perhiasan wanita, barangan kosmetik, pelbagai jenis makanan.
Implikasinya, perniagaan dalam talian ini berjaya menjana
pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana pepatah ada
mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sudah terang lagi bersuluh, kewujudan pelbagai laman sosial pada
masa ini banyak memberikan faedah kepada seseorang. Oleh itu,
semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memastikan laman sosial ini digunakan sebaiknya. Kita sebagai
pengguna laman sosial hendaklah sentiasa menggunakannya secara
beretika dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini.

199 patah perkataan

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
11

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

LATIHAN 6 (TEMA SEJARAH DAN WARISAN)

BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang terletak di
Melaka Bandaraya Bersejarah. Anda sebagai pengerusi Persatuan Sejarah ingin membuat lawatan
ke memorial tersebut. Tulis sepucuk surat rasmi memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke
memorial tersebut kepada pengetua sekolah anda. Panjang surat rasmi hendaklah antara 150
hingga 200 patah

Bahan 1 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh
YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Pameran dalam bangunan ini meliputi Zaman
Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan
bahan artifak seperti cap mohor dan keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai
kemerdekaan. Memorial ini diwujudkan dalam usaha untuk mengenang kembali detik-detik
perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan sehinggalah ke detik paling bersejarah di Padang
Pahlawan, Bandar Hilir.

Sumber: Arkib Negara Malaysia dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Bahan 2

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
12

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
13

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
14

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

Latihan 1 (TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN)

SOALAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI

Tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap
berlaku pada masa ini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan
pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi
secara interpersonal. Tekanan menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan
seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang.
Banyak kajian yang dilakukan mendapati bahawa tekanan atau stres mempunyai hubungan
yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar.

Sumber: Internet

Petikan di atas menyatakan bahawa tekanan emosi yang dialami oleh seseorang akan
mengpengaruhi tingkah laku dan tubuh badan seseorang. Bagi seorang pelajar tekanan atau stres
akan mengpengaruhi pencapaian akademiknya

Sehubungan dengan itu, rakan anda telah mengutus surat kepada anda dan menyatakan dia ingin
menulis sebuah artikel tentang cara-cara menangani tekanan atau stres dalam kalangan pelajar.
Artikel ini akan dimuatkan dalam majalah sekolahnya. Namun rakan anda buntu untuk mencari
isi-isi penting artikelnya itu. Dia memohon pertolongan anda untuk memberikan idea untuk
penulisan artikalnya itu.

Balas surat rakan anda selengkapnya.

CONTOH PENULISAN KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

No 24 A,
Lorong Bukit Melulang,
Kampung Rembang Panas,
Juasseh, Negeri Sembilan.

23 Disember 2022

Menemui sahabatku Lindar yang dingati selalu. Semoga Lindar sekeluarga berada dalam keadaan sihat
dan sejahtera. Melalui surat Lindar sebelum ini ada menyatakan bahawa ingin menulis artikel tentang
cara-cara mengangani tekanan atau stres. Saya ada beberapa lontaran idea untuk membantu Lindar
menulis artikel itu nanti

Lindar Nor,
Pada pendapat saya, tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi
yang kerap berlaku pada masa ini. Lebih serius lagi masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah
kesihatan kedua yang paling serius selepas penyakit jantung bagi rakyat Malaysia. Jadi, semua pihak

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
15

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM
seharusnya memainkan peranan mereka bagi mengelakkan masalah emosi dan mental yang semakin
kerap berlaku dalam kalangan pelajar.

Sahabatku,
Siang bagai hari terang bagai bulan langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah

mental dan emosi ialah kita mestilah mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini dikatakan demikian kerana
hati kita akan berasa lebih tenang dan mudah untuk mengawal emosi. Contohnya, kita hendaklah
memperbaiki waktu solat kita dengan melakukan solat di awal waktu, maka kita dapat meluangkan
lebih banyak masa dengan Allah. Di samping itu, kita mestilah memperbanyak selawat dan beristigfar
kepada Allah agar sentiasa dipermudahkan urusan. Tidak lupa juga kita hendaklah mendengar tazkirah
daripada guru agama yang berpengalaman tentang agama Islam. Manfaatnya, kita dapat mengawal
mental dan emosi sekali gus dapat mengubah cara kehidupan kita supaya menjadi lebih baik dan
harmoni.

Lindar Nor,
Selain itu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata usaha ibu bapa juga sangat

penting untuk mengatasi masalah mental dan emosi anak-anak. Individu yang menderita akibat tekanan
biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran
berinteraksi secara interpersonal. Justeru, ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-
anak. Jadi ibu bapa perlulah mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
Tamsilnya, ibu bapa mestilah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dengan mendengar
masalah mereka dan cuba memberi nasihat atau menyelesaikan masalah mereka. Jika ibu bapa tidak
mampu untuk berbuat demikian, ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk dirujuk pada pakar psikitari
yang lebih arif tentang masalah mental dan emosi.

Sahabatku,
Sudah terang lagi bersuluh peranan pihak sekolah merupakan salah satu cara untuk

menangani masalah mental dan emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak kajian yang dilakukan
mendapati bahawa tekanan mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Guru kaunseling hendaklah mendengar masalah yang dihadapi oleh pelajar dan cuba
memberi pendapat atau pandangan untuk menyelesaikan masalah mereka. Tidak cukup dengan itu,
pihak sekolah haruslah melaksanakan kempen ‘Atasi Masalah Mental dan Emosi’ bagi pelajar yang
tidak mampu mengawal mental dan emosi mereka untuk mengelakkan pelajar daripada melakukan
perkara yang berbahaya seperti bunuh diri. Manfaatnya, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan
yang sangat berguna.

Lindar Nor,
Jelaslah bahawa terdapat usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi stres dalam

kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melangkah sederap ke
hadapan mengambil berat tentang masalah mental dan emosi seseorang agar hidup aman dan harmoni.
Secara tidak langsung, kita mampu mengurangkan tekanan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Sampai di sini sahaja coretan saya dalam warkah ini. Saya harap lontaran idea daripada saya
dapat membantu sedikit sebanyak Lindar Nor untuk menulis artikel itu nanti.

Yang benar,
Halim

(508 patah perkataan)

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
16

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

LATIHAN 8

SOALAN FORMAT WAWANCARA (TEMA PENDIDIKAN)

Soalan 2: Domain Pendidikan

Guru kesayangan tinggi akhlak, Guru kesayangan yang baik hati,
Tabah mendidik tak pernah jelak. Sentiasa refleksi dan muhasabah diri.

Guru kesayangan selalu aktif, Guru kesayangan tak pernah mengalah,
Apa jua situasi fikir positif. Andai berdepan pelbagai masalah.

Cikgu Lindar Nor – Rembang Panas

Gurindam di atas memaparkan ciri-ciri guru yang menjadi kesayangan semua. Sebagai seorang
setiausaha Majalah Permata, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang guru yang amat
disayangi oleh rakan-rakan anda kerana dia akan bersara pada tahun ini.

Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

Karangan berformat wawancara boleh menggunakan teknik mengarang AT, AH, AC, AK dan AP
apabila memberi isi dan menghuraikan soalan yang diajukan daripada pewawancara. Sila baca
dengan teliti rangka cadangan isi di bawah.

PENGALAMAN MANIS SEPANJANG PERKHIDMATAN

Ayat topik pengalaman manis telah menang inovasi peringkat antarabangsa
Ayat huraian pengetua di SMK Rembang Panas - sekolah di pedalaman. Sekolah pedalaman -
Ayat contoh berjaya dipersada antarabangsa

Ayat kesan Inovasi Nota Molekul 2 Ringgit - anugerah emas - dipertandingkan di Jepun. Kos
Ayat perbelanjaan murid dan guru pergi ke Jepun - dikumpul dengan kerjasama ibu bapa
penegasan dan guru mengutip dana. Terharu - kerjasama erat – bagai aur dengan tebing. Paling
manis - Menteri Pendidikan Yang Berhormat Dr Jidin - berkunjung ke sekolah -
mengucapkan tahniah - mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

buka mata masyarakat sekeliling - murid luar bandar - bakat dan potensi besar -
berjaya.

pengalaman yang tidak mungkin dilupakan - memenangi inovasi di peringkat
antarabangsa

Tip menulis format wawancara
1. Mulakan perbualan dengan memberi salam
2. Perkenalkan diri
3. Guna kata ganti nama yang sesuai
4. Maklumkan sebab diwawancara
5. Soalan disusun dengan baik
6. Akhiri wawancara dengan ucapan terima kasih.

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
17

KARANGAN CIKIBOM
Bahasa Melayu SPM

Buku Karangan CIKIBOM!
Harga Senaskhah
RM6.90

Imbas Kod QR untuk Pembelian

Sebarang pertanyaan sila
hubungi:

HAZIM
01921451

B e r k a tI l m u ,B e rj a y aD i r i mu |
18

73


Click to View FlipBook Version