The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INSPIRASI PENDIDIKAN YaPEIM 2021 BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizatdarius, 2021-11-12 07:42:04

INSPIRASI PENDIDIKAN YaPEIM 2021 BAHASA MELAYU

INSPIRASI PENDIDIKAN YaPEIM 2021 BAHASA MELAYU

ii

ii ii

iv iv

SPM MODUL
2021
Inspirasi Pendidikan YaPEIM 2021
Sijil Pelajaran Malaysia

CETAKAN 2020

v

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

1 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 2

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

PANDUAN MENGARANG
BAHAGIAN A

• Ayat Tema / Masa ISI • Ayat Kesimpulan
•Ayat Huraian @ • Ayat Harapan
Ayat Contoh 4 AYAT • Ayat Cadangan
•Ayat Arahan
• 2 Isi atau 3 isi PENUTUP
• PENDAHULUAN • 4 Ayat (3 Isi) 5 Ayat (2 Isi) 3 AYAT
3 AYAT •Ayat Topik / Isi
•Ayat Huraian
•Ayat Contoh
•Ayat Kesan
•Ayat Penegas

PANDUAN MENGARANG
BAHAGIAN B

• Ayat Tema / Masa ISI • Ayat Kesimpulan
• Ayat Huraian • Ayat Cadangan
• Ayat Contoh 5 AYAT • Ayat Pendapat
• AYAT Tanya (Pilihan) • Ayat Harapan
• Ayat Arahan • 3 Isi @ 4 Isi
•Ayat Topik / Isi PENUTUP
PENDAHULUAN •Ayat Huraian
•Ayat Contoh 4 AYAT
5 AYAT •Ayat Kesan
•Ayat Penegas

3 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.
Soalan 1

Budi Bahasa Budaya Kita merupakan satu slogan kebanggaan negara. Budi bahasa ialah norma
kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya.
Kepentingan mengamalkan budaya berbudi bahasa ialah seseorang itu akan dihormati, perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dan pelancong akan seronok melancong di negara
kita.

Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana amalan berbudi bahasa dapat melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
Tulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Kepentingan Budi Bahasa dalam Kalangan Masyarakat’.
Soalan 2:

Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi muda yang dapat mengelakkan diri daripada mengulangi
kesilapan. Kesilapan yang telah berlaku dahulu sepatutnya dijadikan pengajaran. Penghayatan sejarah
juga dapat menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Sumber: Internet

Sebagai respons terhadap kandungan petikan di atas, kita hendaklah mempelajari mata pelajaran Sejarah
kerana kita mendapat pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.
Bincangkan kebaikan-kebaikan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

5 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021 SET 1

KERTAS 2
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan dan
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Jam telah menunjukkan pukul sembilan pagi. Jalan raya masih lengang dan beberapa kenderaan
yang lalu boleh dikira dengan jari. Keadaan ini memang luar biasa kerana selalunya jalan ini sesak
sehingga kenderaan tersekat berjam-jam lamanya. Bandar raya menjadi kosong. Sesekali kedengaran
bunyi deruman lori membawa muatan. Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyahut seruan kerajaan
supaya duduk diam-diam di rumah. Itulah penangan wabak pandemik COVID-19 yang telah melanda
seluruh dunia. Kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah mematuhi saranan kerajaan demi kebaikan
bersama.

Sumber: Internet
[8 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 16

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 2: Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa
mengubah maksud asalnya.

Lindar : Apakah yang sedang awak menungkan? Selalunya awak ceria sahaja.
Halim : Saya sedang pening memikirkan masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah saya.
: Apakah masalahnya, Halim?
Lindar : Macam-macam masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah ini, Lindar.
Halim : Nah, baca ini! Majalah keluaran ANGKASA ini banyak memaparkan maklumat
Lindar
tentang kejayaan koperasi sekolah. Hendak jadi usahawan perlu banyak ilmu.
Halim : Terima kasih, Lindar.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4
[6 markah]

17 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 3: Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Pelancong pasti akan tertarik untuk melancong ke Malaysia sebab adanya warisan sejarah
negara yang boleh dilawati. Secara tidak lansung bangunan bersejarah dapat dijadikan sumber
makluman sejarah pada generasi akan datang. Golongan muda akan lebih mendidik dan akan
timbul kesedaran di dalam diri mereka tentang faedah menjaga keamanan negara kelak. Kerajaan
perlu memperuntukan belanjawan khas untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah.
Selain dari itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini, kepentingannya
adalah kita dapat menarik pelancong asing melancong ke negara kita. Setiap-tiap bangunan
bersejarah mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri.

Sumber: Internet
[9 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 18

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi
berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun
berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan
semuanya datang mengadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’,
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

19 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 5: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Lindar ingin membeli telefon pintar namun dia belum dapat membelinya kerana harga telefon pintar
itu sangat mahal. Dia berazam untuk membelinya walaupun mahal kerana dia percaya telefon ini tahan
lama dan banyak kegunaannya. Dia mula menyimpan wang. Walaupun sedikit demi sedikit wang
disimpannya, dia percaya dengan wang simpanannya dia dapat membeli telefon tersebut. Dia sentiasa
berjimat cermat semasa berbelanja demi merealisasikan impiannya untuk membeli telefon pintar tersebut.

[6 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 20

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 7: Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Jeram Tangga memang disayangi oleh semua penghuni rimba. Mereka selalu ke sini untuk
meminum airnya yang jernih. Badak Gedempol kagum dengan keindahan alam sekitar di jeram
itu. Gabungan aliran air yang jernih, batu-batu yang pejal pelbagai bentuk dan saiz, tumbuhan
yang menghijau dan buang-bunga rimba yang berwarna-warni menjadikan suasana di sekitar
Jeram Tangga amat cantik dan mendamaikan fikiran. Agak lama juga Badak Gedempol terpegun
melihat keindahan alam di depannya. Kemudian, satu keluhan yang panjang dilepaskan.
Wajahnya beransur-ansur muram. Dia sedar bahawa Jeram Tangga yang indah itu juga sedang
terancam.

Dipetik dan diubah suai daripada novel
Tragedi Rimba Melulang,

Kusni Ahad, 2014, DBP Kuala Lumpur

Bahan 2 Bahan 3

Kail mengena ikan gelama, ALAM
kail diikat bersama tali;
Hijaumu sejak azali
alam dijaga bersama-sama, riang lambaian pohonan menghijau
bayu nyaman indah sekali. sejuk menjadi halwa mata.

Lingkar-berlingkar seni ukiran, Jernih tasik kilau-kemilau mentari
beranjung cantik rumah Pak Malau; ikan-ikan bermain leka
lumut cantik lumut menari-nari
menjaga sungai jadi amalan, oh, indahnya ciptaan-Mu!
airnya jernih kilau-kemilau.
Rakus sang manusia tanpa belas
Anak kucing bermain jerami, pohon rebah menyembah bumi.
bermain jerami bersama si belang,

jika semua menjaga bumi;
pasti indah alam terbentang.

Lindar Nor Lindar Nor
Mempaneh Mempaneh

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mendamaikan fikiran. [2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, senaraikan keindahan alam sekitar yang terdapat dalam semua
bahan?
[4 markah]

23 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 8: Novel

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Tangki air hampir menyimbah Dawood. Kecoh bahagian housekeeping. Eda keluar dari sini terus ke
bilik itu,” cepat Waheeda membiaskan anggapan serong suaminya, bagaikan kereta api ekspres laju
meluru, sementara Zahid melempar pandangan tajam. Risi Waheeda dibuatnya.

Keramahannya sering menimbulkan riak-riak cemburu kecil pada kedamaian rumah tangga mereka.
Telahan lagi keanggunan semakin menyerlah. Wajah bujur sirih, hidung mancung bak seludang mayang
dan potongan badan yang masih menarik walaupun sedang mengandung empat bulan sering membuat
sesiapa sahaja yang memandangnya akan menoleh berkali-kali. Zahid perasan apabila sesekali
terserempak dengan pandangan pelanggan terhadap isterinya, Pengarah Urusan Tajau Emas itu.
Kecantikan dan keterampilan Waheeda seolah-olah kini milik masyarakat. Zahid dihantui bimbang.
Cemburunya memang bertempat.

Dipetik daripada Tirani
Karya Beb Sabariah,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan sebab-sebab Zahid cemburu terhadap isterinya, Waheeda. [4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menimbulkan
keinsafan apabila anda membacanya.

[6 markah]

25 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]

Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1: Petikan

Perancangan penubuhan jawatankuasa khas oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi
memperhalus masalah pengangguran dalam kalangan belia, khususnya siswazah di negara ini
jelas menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menangani masalah ini. Pengangguran
yang tinggi dalam kalangan belia disebabkan pekerjaan tidak sepadan dengan kemahiran
mereka. Hal ini disebabkan, majoriti peluang pekerjaan yang ada di pasaran adalah dalam
kategori kemahiran rendah dan sederhana, iaitu kurang sesuai untuk graduan baharu. Bagi
menangani isu ini, kerajaan perlu meningkatkan kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh
universiti tempatan dan harus bertindak sebagai majikan sementara untuk graduan menganggur.
Hal ini membolehkan mereka dilatih dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang mampan.

Kadar pengangguran yang meningkat dalam kalangan belia di negara ini disebabkan
oleh kekurangan kemahiran untuk bekerja dan penawaran kadar gaji yang rendah. Golongan
belia, khususnya siswazah, seharusnya lebih proaktif untuk memajukan diri dengan mencipta
sendiri peluang pekerjaan. Para siswazah perlu lebih berdaya saing dalam sektor perusahaan
kecil dan sederhana. Secara tidak langsung, hal ini dapat memberikan peluang pekerjaan
kepada orang lain yang masih menganggur dan memajukan diri sendiri dalam bidang
keusahawanan. Oleh hal yang demikian, para siswazah, terutamanya yang masih menganggur,
seharusnya lebih berani untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui sektor
perusahaan dan perniagaan.

Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan untuk melahirkan mahasiswa yang
berkemahiran dan berdaya saing, seiring dengan keperluan industri yang memerlukan tenaga
kerja yang berkualiti dan bermotivasi tinggi. Pelaburan untuk belia hari ini adalah pelaburan
untuk masa depan negara. Jika siswazah gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan
dengan pendapatan yang setimpal maka harapan Malaysia untuk mencapai status negara maju
sukar terlaksana.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Siswazah Berdaya Saing Mampu Atasi Pengangguran’,

oleh Muhammad Lutfi Zahid,
Dewan Siswa Bil. 10, 2018.

27 Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Bahan 2: Grafik
KERANGKA RUMUSAN

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 28

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]

Soalan 6: Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Muzium Warisan Baba Nyonya terletak di Bandar Melaka dan dibuka pada tahun 1985. Muzium ini
mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di negeri Melaka iaitu etnik campuran Cina-Melayu.

Keturunan Baba Nyonya berjaya memelihara ciri-ciri dan perabot asal rumah ini. Justeru, tempat ini
dijadikan sebuah destinasi ideal kepada sesiapa yang berminat untuk belajar tentang kaum peranakan ini.
Keistimewaan kaum Baba Nyonya ialah mereka fasih berbahasa Melayu, mengenakan kebaya ketat bertatahkan
keronsang berlian di dada, menyarungkan kasut manik malah merdu mengalunkan lagu dondang sayang.

Muzium ini merupakan muzium persendirian empat generasi yang mempamerkan pelbagai barangan,
pakaian, barang kemas dan peralatan kaum Baba Nyonya. Muzium ini merupakan sebuah kediaman milik Baba
Chan Cheng Siew sejak tahun 1865 hingga 1919 dan kini dikendalikan oleh generasi yang ke-4 sebagai muzium
persendirian dan dibuka untuk pelancong.

Sumber: https://www.caridestinasi.com

Bahan 2

Muzium Pinang Peranakan merupakan tempat bersejarah di Pulau Pinang yang boleh dikunjungi oleh
pelancong. Muzium ini memang satu destinasi yang sangat ideal untuk mengenali sejarah dan budaya
masyarakat Peranakan di Pulau Pinang. Muzium ini merupakan sebuah rumah agam yang terletak di Lebuh
Gereja, Georgetown dan mempamerkan koleksi barangan kebudayaan Peranakan iaitu barangan kemas, hiasan
dalaman, perabot, pakaian dan infografik berguna tentang kebudayaan mereka.

Rumah agam Peranakan ini telah dibuka sekitar abad ke-19 dan merupakan replika Baba Nyonya Pulau
Pinang yang dibangunkan dengan ciri-ciri panel kayu berukir tulisan Cina, jubin lantai Inggeris dan kerja logam
dari Scotland. Keistimewaan keluarga Baba Nyonya ialah mereka sangat mementingkan kekayaan kerana
pemilikan harta yang banyak melambangkan kerajinan dan ketekunan seorang lelaki dalam memajukan
kehidupan.

Sumber: https://www.bharian.com.my

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud destinasi ideal. [2 markah]

ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan peralatan yang dipamerkan di dalam kedua-dua
muzium tersebut.
[3 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 32

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 7: Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Emak : Faris, Faris! Amboi, asyik merenung skrin telefon saja kerjanya!
Faris
Emak : Ya, mak. (acuh tidak acuh menyahut panggilan emak sambil melihat skrin telefon)

Faris : Cuba Faris keluar dari rumah. Berehat di laman. Boleh juga bergaul atau berkawan dengan budak-

Emak budak kampung. Ini tidak, berjam-jam asyik berkepit dengan telefon.

Faris : Emak, Faris sedang mencari maklumat untuk menyiapkan projek Sains. Cuba emak tengok ni. Ini
Emak
kawan baik Faris di Facebook. Kami sedang berbincang. (emak menghampiri Faris

dan melihat gambar di telefon pintar)

: Kawan baik? Cute Bear namanya? Pelik benar namanya itu. Nampak rupanya seperti orang dari
Afrika. Faris pernah berjumpa dengannya?

: Kami tak pernah berjumpa kerana kami berkenalan dan berkawan di Internet sahaja.
: Hati-hati, Faris. Emak bimbang Faris ditipu sahaja nanti. Banyak kes penipuan di media sosial.
Lagipun, kalau berkawan baik, mengapa perlu pula gunakan nama samaran?

Karya: Alias Derais

Bahan 2

Seloka Sahabat Zaman Ini

Pemuda-pemudi zaman sekarang,
Gaya hidup sungguh berbeza, Ada
sahabat beribu-ribu,
Hanya sekadar di media sosial,
Peranti pintar jadi medium, Tempat
bertemu teman sejati, Masa berlalu
tidak kausedar, Siang pergi malam
bertandang, Konon dunia canggih
dan maju, Tidak seperti zaman
dahulu, Sahabat sejati di muka
buku, Sekalipun belum pernah
bertemu.

Alias Derais
Shah Alam.

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud nama samaran. [2 markah]

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan penggunaan media sosial dalam

kalangan remaja. [3 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 44

Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan 8: Novel

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bungkam seketika. Tidak tahu perkara yang harus dibualkan. Pertama kali bertentang mata, lidah
kelu tidak terkata, meskipun hati mencuit-cuit minta untuk bicara.

“Saya tidak pernah pun menjejakkan kaki di Terengganu, negeri yang terkenal dengan pantai dan
pulau yang indah. Tentu seronok kan?” ujar See Hwa. “Dulu, cikgu Abdullah selalu bercerita kepada
saya tentang negeri Terengganu. Penyu-penyu yang bertelur di Rantau Abang dan tentang kehalusan
sutera dan batik di Pasar Payang.

Haiqal tersenyum. Fasih See Hwa berbahasa Melayu. Tidak kedengaran pelat Cinanya. “Johor
pun apa kurangnya, kan? Negeri yang telah melahirkan ramai pejuang bangsa macam Dato’ Onn ...
negeri yang kaya dengan kebudayaannya.”

Dipetik daripada Novel
Silir Daksina, karya Nizar
Parman,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan ciri-ciri negeri Terengganu seperti yang diperkatakan oleh See Hwa.
[4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa
yang memberikan inspirasi kepada kehidupan anda.

[6 markah]

Terus Melonjak Memacu Kejayaan 64




Click to View FlipBook Version