7 TOKOH YANG 1
MEMPERTAHANKAN DAN
MENGHARUMKAN NAMA
NEGARA
Emmanuel Yuvandass
6 Angsana
SK Sri Petaling
Pendidikan Moral
Mr. Raj
ISI KANDUNGAN
Tokoh Mukasurat
Datuk Lee Chong Wei 2
Datuk Nicol Ann David 3
Pandelela Rinong 4
Azizulhasni Awang 5
Julian Yee 6
Ziyad Zolkefli 7
Latif Romly 8
Kesimpulan 9
2
DATUK LEE CHONG WEI
Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat
sukan tanah air. Selain memenangi beberapa kejohanan dunia seperti
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya
menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama
349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan
di persada dunia termasuk memenangi pingat emas dalam acara
Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan
2018 serta memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008,
London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Beliau telah mengumumkan
persaraan dari sukan itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas
faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia
(Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik
Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen
yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang
ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam
bidang yang ingin diceburi.
3
DATUK NICOL ANN DAVID
Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional
kebanggaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau adalah
antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman
bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun.
Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memegang gelaran
pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-turut. Beliau telah
mengecapi kesemua kejayaan dalam karier beliau, termasuk bergelar
juara dunia sebanyak lapan kali, selain memenangi lima pingat
emas di Sukan Asia, dua pingat emas di Sukan Komanwel dan 81
gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Setelah
membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam
Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas, Datuk Nicol
akan terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis
muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama
jurulatih yang sedia ada.
4
PANDELELA RINONG
Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini merupakan
atlet terjun Malaysia pertama yang berjaya memenangi
pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10
meter platform individu wanita, selain menjadi pembawa
bendera wanita pertama Malaysia dalam upacara
pembukaan Sukan Olimpik tersebut. Pandelela
juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10
meter bersama Cheong Jun Hoong di SSukan Olimpik Rio de
Janeiro 2016 di Rio de Janeiro, sekaligus menjadi pasukan
wanita negara pertama untuk memenangi pingat perak di
Sukan Olimpik. Tambahan pula, beliau merupakan penerima
Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia
Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016 serta pemegang
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti
Malaya. Lebih menarik lagi, nama beliau telah diabadikan di
Sarawak dengan penamaan semula “Pusat Akuatik Petra
Jaya” sebagai “Pusat Akuatik Pandelela Rinong”.
5
AZIZUL HASNI AWANG
Dikenali sebagai The Pocket Rocketman, atlet kelahiran
Dungun, Terengganu ini telah mencipta sejarah sebagai
pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di
Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Antara kejayaan
lain beliau termasuk memenangi pingat emas dalam
Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong
Kong, pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam
kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010
dalam kategori keirin. Selain itu, beliau juga dinamakan
sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah
Sukan Negara 2017 serta menjadi pembawa bendera Jalur
Gemilang dalam acara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di
Kuala Lumpur. Beliau akan menyahut cabaran dalam
penyumbangan emas pertama negara di Sukan Olimpik yang
akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun hadapan!
6
JULIAN YEE
Julian Yee bukan sahaja telah meraih kejayaan
dalam memenangi pingat emas dalam acara
luncur ais berirama lelaki di Sukan SEA 2017 Kuala
Lumpur, malah beliau merupakan atlet luncur ais
pertama negara mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik
Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan!
Atlet kelahiran Petaling Jaya tersebut telah
menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi
CS Nebelhorn ke-49 di Jerman pada tahun 2017
yang melayakkan beliau ke Pyeongchang 2018
selain menjadi atlet pertama negara yang
berjaya menyertai Kejohanan Luncur Ais Berbunga
Dunia (World Figure Skating Championships).
Tambahan pula, Julian telah meraih kejayaan
sebagai juara sebanyak lima kali dalam kejohanan
negara sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA
2017.
7
ZIYAD ZOLKEFLI
Setelah Ridzuan Puzi meraih kemenangan pingat emas
pertama untuk negara, tiba pula Ziyad Zolkefli mencipta
sejarah sukan negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau
bukan sahaja berjaya menyumbang pingat emas
kedua negara dalam acara lontar peluru F20 (masalah
pembelajaran), malah sekaligus berjaya memecahkan rekod
dunia dengan catatan 16.84 meter berbanding rekod
dunia sejauh 16.29 meter yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts
dari Australia pada Sukan Paralimpik London 2012! Pada
tahun berikutnya, Ziyad sekali lagi berjaya memecahkan rekod
dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London
dengan melakukan lontaran sejauh 17.29 meter. Kehidupan
sebagai peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul
Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa
gigih tanpa kenal erti lelah demi mencapai impian
menjadi atlet Paralimpik bertaraf dunia. Melampaui batas
fizikal, beliau telah berjaya memperoleh kemenangan yang
membanggakan serta mengharumkan nama negara di
temasya sukan antarabangsa.
8
LATIF ROMLY
Semangat #KitaLuarBiasa di pentas Sukan Paralimpik
Rio 2016 diteruskan oleh kehebatan Latif Romly dengan
satu lagi pencapaian luar biasa untuk negara di
temasya sukan tersebut. Beliau telah berjaya
menghadiahkan pingat emas ketiga negara dalam
acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya
intelektual), setelah menewaskan pesaing-pesaing lain
dengan catatan 7.60 meter dalam lompatan kelima.
Dengan kejayaan tersebut juga, terciptanya rekod
dunia baharu, mengatasi rekod lama yang juga milik
beliau iaitu 7.35 meter yang dicatat pada Kejohanan
Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada tahun 2015.
Ramalan telah ditepati kerana Latif merupakan antara
atlet yang disebut-sebut sebagai prospek untuk
memenangi pingat dalam Sukan Paralimpik 2016 selain
mencatat kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma)
2016 di Sarawak.
9
SAYA MENDAPATKAN
SEMUA MAKLUMAT INI
DARIPADA ….
https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/08/06/10-atlet-kebangsaan-
mengharumkan-nama-malaysia-di-persada-
dunia/
10
KESIMPULANNYA…
11
TERIMA KASIH
12