MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENSYARAH: PUAN NURUL AIN BINTI MUDREH
NAMA: NO.MATRIKS:
ALDO BEDE 07DEP21F1006
MOHAMMAD HAZIZI 07DEP21F1026
MOHAMAD ADIFASHLA BIN 07DEP21F1032
MOHD ASLY 07DTK21F1024
HAZIM BIN MASRI
PENGENALAN/APAKAH ITU PERPADUAN?
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat.
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara
Perpaduan antara rakyat Malaysia memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju.
Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan
budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada
pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. semangat perpaduan perlu dipupuk di
dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati
diri. di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem
pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai
wargangara yang matang lagi bertanggungjawab.
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan
kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati
dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka
untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama.
Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan
keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah
antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara.
KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat yang harmoniI dan isu perkauman ataupun
'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat membantu kerajaan untuk
mencapai aspirasi seperti Transformasi Nasional.
Perpaduan juaga dapat mengamankan negara dan ini dapat mengelakkan pergaduhan ataupun
perbalahan seperti peristiwa huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13
Mei.
Di samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana peduduk Malaysia yang
hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara
untuk datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia.
Perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung.
Perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia.
Perpaduan dan keharmonian kaum adalah amat penting bagi memastikan kestabilan politik dalam
sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang seperti Malaysia. Isu khat
tidak harus diperdebatkan lagi. Seni tulisan bahasa lain seperti dalam Bahasa Iban iaitu Tulisan
Dunging juga boleh diketengahkan dalam mata pelajaran Bahasa Iban yang boleh dipelajari oleh
semua kaum. Itu adalah hakikat kita tinggal di negara yang penduduknya pelbagai kaum yang perlu
kita raikan. Kaligrafi tulisan cina juga boleh diperkenalkan di peringkat sekolah rendah kebangsaan
untuk dipelajari oleh semua pelajar.
Malahan, kini ramai ibu bapa daripada kaum lain seperti Melayu, India, Iban, Bidayuh dan sebagainya
turut menghantar anak mereka belajar di sekolah aliran Cina. Kenapa nak berbalah berkenaan dengan
khat? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan adalah memastikan nasib rakyat terbela dengan
menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto semasa PRU 14 lepas. Kini, rakyat makin
matang dalam menilai prestasi kerajaan dan akan membuat keputusan sama ada terus menyokong atau
tidak sesebuah kerajaan pada pilihan raya seterusnya.
USAHA MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen.
Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya,
isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi
memupuk perpaduan kaum di negara kita.
Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu
bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi
contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat- menghormati terhadap jiran berbilang
kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran
tetangga.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya,
masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai
murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah
kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk
perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu
perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan
kaum. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum
secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di
kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan
bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.
Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan.Halini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program
yang bolehmemupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program
yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap
individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.