The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hhafizahwork, 2024-01-09 11:22:26

TEKS UCAPAN PERASMI MAG PRA 2023/2024

TEKS UCAPAN

1 PRA SSAz, Be Better Towards The Best TEKS UCAPAN PERASMIAN


2 Bismillahirahmanirrahim.. (RUJUK SALUTASI) Barisan guru prasekolah, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid, Ibu bapa dan anak-anak prasekolah yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam SSAz “Be The Best, Moving Foward” Salam Pra SSAz “Be Better Towards The Best” Pertama sekali, mari kita sama-sama memanjatkan sepenuh kesyukuran kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini untuk satu tujuan iaitu bagi meraikan murid-murid prasekolah sesi 2023/2024 yang telah berjaya menamatkan persekolahan prasekolah mereka. Terlebih dahulu saya juga ingin mengambil kesempatan di ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola atas jemputan untuk merasmikan Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah SK Sultan Abdul Aziz sesi 2023/2024 pada petang ini.


3 Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak prasekolah yang hadir pada petang ini. Sememangnya hari ini merupakan hari yang tidak dapat dilupakan bagi anak-anak prasekolah kerana masingmasing telah berjaya menempuh segala cabaran untuk menamatkan persekolahan prasekolah sesi 2023/2024 tidak lama lagi dan bakal melangkah ke Tahun 1 pada sesi persekolahan akan datang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebenarnya kejayaan seorang murid bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Tuan-puan sebagai ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak kita supaya sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Saya percaya, Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah yang di adakan pada hari ini selari dengan matlamat dan tujuan untuk memberi dorongan dan memotivasikan anak-anak prasekolah agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Semoga majlis pada petang ini dapat dijadikan asas permulaan untuk menjadikan anak-anak kita seorang Anak Yang Baik Lagi Cerdik.


4 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah yang tanpa mengenal lelah dan penat, mendidik murid-murid ini dengan penuh kasih sayang. Bayangkan kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam melayan karenah anak-anak ini yang masih kecil. Tanpa kesabaran dan tekad, tidak mungkin kita dapat berjumpa pada petang ini untuk melihat kejayaan murid-murid ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Barisan Pentadbir dan seluruh warga sekolah SK Sultan Abdul Aziz yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kejayaan anak-anak prasekolah ini. “TERIMA KASIH CIKGU” Tidak lupa juga kepada semua pihak, sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung, bagi memastikan majlis yang penuh bermakna ini menjadi lebih bermakna. Jasa tuan-tuan dan puan-puan semua hanya Allah yang dapat membalasnya. Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua murid prasekolah SK Sultan Abdul Aziz atas kejayaan anda.


5 Diharapkan murid-murid semua dapat menggunakan dan mengamalkan apa sahaja yang telah dipelajari sebagai bekalan untuk ke Tahun 1 nanti. Marilah sama-sama berdoa agar semua anak-anak prasekolah ini mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun hadapan. Jejaran mengkudu bias kesuma, Di celah angsana di Kuala Sedeli, Akhir di sini nokhtah bersama, Di lain masa bersua kembali. Akhir kata dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Saya merasmikan Majlis Apresiasi Gemilang Prasekolah SK Sultan Abdul Aziz sesi 2023/2024. Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Click to View FlipBook Version