OLEH
NURFATHIAH SHAFIYYAH BINTI ISMAIL
4 STEMKOMPUTER
21 JUN 2021
AUTISM
“ YANA! Kau keluar sekarang! Kau tengok apa anak kau dah buat pada anak aku!” Sedang Puan
Dayana sedang memasak makanan tengah hari untuk anak-anaknya, Izuan dan Taufiq, tiba-tiba
kedengaran bunyi bising diluar rumahnya. Segera api dapur gas ditutup dan berlari keluar dari
rumah dalam keadaan tergopoh-gapah.
“Ada apa ni, Jah? Anak aku buat masalah lagi ke? Dia buat apa?” Soal Puan Dayana bertalu-
talu. Makcik Khatijah atau lebih dikenali sebagai Makcik Jah menarik tangan anak lelakinya yang
berumur enam tahun itu ke hadapan Puan Dayana. Lengan kiri budak kecil itu ditarik keluar,
menunjukkan kesan gigitan yang dilakukan oleh anak autism wanita itu.
“Kau tengok apa anak cacat kau tu dah buat! Dia gigit tangan anak aku sampai berdarah tahu
tak?! Bukan tu je, kalau boleh semua budak dalam kampung ni dia nak belasah! Kau ni pandai
jaga anak ke tak pandai?!” Marah Makcik Jah. Dia bercekak pinggang. Orang-orang kampung juga
turut datang memarahinya kerana membiarkan Taufiq bebas berkeliaran keluar rumah sehingga
menimbulkan masalah dalam kampung ni.
Puan Dayana mengeluh kecil. Dia duduk bercangkung di hadapan anak Makcik Jah yang
bernama Naufal itu. Lengan kiri budak kecil itu diraih lembut.
“Naufal, maafkan anak makcik ya? Nanti makcik marah dia tau?” Pujuk Puan Dayana. Naufal
kembali menangis dengan kuat. Tangannya direntap kasar lalu berlari ke belakang Makcik Jah.
“Ei perempuan! Kau dengar sini baik-baik ya, sekali lagi budak cacat tu buat masalah dalam
kampung ni, aku nak keluarga miskin korang ni keluar dari kampung ni! Jangan sesekali balik
kesini semula! Hidup menyusahkan orang je!” Sambung Makcik Jah lagi sebelum berlalu pergi
dari kawasan perumahan rumah Puan Dayana.
Puan Dayana melepaskan keluhan berat. Semua orang kampung disini langsung tidak menyukai
keluarganya gara-gara sikap Taufiq yang kuat melenting apabila diusik sedikit. Dia tahu anaknya
itu ada masalah otak dan fizikal sejak lahir lagi.
“Ibu..ibu okay?” Tanya Izuan lembut sambil menatap wajah ibunya kasihan. Dia baru saja
pulang dari sekolah dan ternampak ibunya sedang termenung jauh. Mesti sebab Taufiq lagi.
Lamunan Puan Dayana terhenti. Dia menoleh ke arah anak sulungnya itu kemudian dua ulas
bibirnya naik mengukir senyuman tipis.
“Ibu okay sayang..Iz dah makan? Kalau belum, ibu dah masakkan makanan tengah hari. Nanti
lepas mandi, solat pergi dapur. Kita makan sama-sama.” Izuan menganggukkan kepala. Lantas dia
berlari masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri.
Puan Dayana merenung anak istimewanya yang sedang menikmati makanan tengah hari dalam
keadaan yang gelojoh.
“Fiq…janganlah makan gelojoh sangat.” Tegur Puan Dayana. Taufiq berhenti makan. Dia
tersenyum sebelum meminta maaf menggunakan isyarat tangan. Butiran-butiran nasi yang
terkeluar dari pinggan dikutip satu persatu masuk ke dalam pinggan semula.
“Fiq…Fiq buat apa dekat Naufal tadi? Fiq gigit tangan dia lagi eh?”
‘Naufal yang mulakan dulu, ibu. Dia pecahkan belon Fiq…’ Adu Taufiq lirih seraya isyarat
tangan dilakukan. Air mata kanak-kanak itu mula bertakung di tubir mata. Lantas Izuan menarik
tubuh adiknya masuk ke dalam dakapan. Belakang badan adiknya ditepuk-tepuk.
“Berapa kali ibu cakap? Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Fiq tahu tak, disebabkan
Fiq semua orang kampung bencikan kita?” Soal Puan Dayana bertubi-tubi. Taufiq terus menangis
tersedu-sedan. Dia berlari mendapatkan ibunya lalu tubuh wanita tersebut didakap erat.
Disebabkan dia bisu, dia tidak mampu untuk meminta maaf melalui percakapan. Oleh sebab itu,
dia melakukannya melalui perbuatan.
Pada keesokan harinya, perkara yang sama berulang lagi. Buat kali kedua, tangan Naufal digigit
kerana dia dan rakan-rakannya membuli Taufiq membuatkan kana-kanak autism itu marah dan
menggigit serta memukul mereka menggunakan kayu. Walaubagaimanapun, tuah masih lagi
menyebelahi mereka apabila seorang lelaki dewasa datang dan menghentikan kelakuan Taufiq
yang agresif.
“KAU NI KAN YANA! DAH BERAPA KALI AKU BAGI AMARAN SURUH JAGA ANAK
CACAT KAU TU BETUL-BETUL?! NASIB BAIK BUDAK-BUDAK NI TAK MATI LAGI
TAU!!” Jerit Makcik Jah melampiaskan amarahnya.
“KAU FIKIR KAMI NI ADA BANYAK DUIT KE NAK BELI UBAT UNTUK BUDAK-
BUDAK NI?! DISEBABKAN BUDAK CACAT TU DAH BUAT ANAK KAMI MACAMNI,
AKU NAK KAU GANTI RUTI SEKARANG JUGAK!” Marah Makcik Aisyah pula.
Puan Dayana memohon maaf berulang-ulang kali. Dia betul-betul kesal dengan sikap Taufiq
yang selalu mencetuskan masalah dalam kampung ini. Sejak suaminya meninggal dunia setahun
lepas akibat lemas semasa pergi menangkap ikan di tengah laut, perangai Taufiq semakin menjadi-
jadi menyebabkan satu kampung membenci keluarganya.
Taufiq menggigil ketakutan dibelakang seorang lelaki yang menghentikan pergaduhannya
dengan Naufal dan rakan-rakannya tadi. Lelaki berlingkungan 20-an yang bernama Asyraf itu
menghelakan nafas kecil sebelum membuka suara menceritakan hal yang sebenarnya berlaku
tetapi tetap juga kesalahan masih diletakkan ke atas Taufiq kerana kanak-kanak itu yang mula
melepaskan serangan dahulu.
“SUDAH! SUDAH! SUDAH! KORANG SEMUA MEMANG BENCIKAN ANAK AKU
KAN?! BAIKLAH. AKU IKUT CAKAP KORANG SEMUA. AKU MINTAK MAAF
DISEBABKAN ANAK CACAT AKU NI, SEMUA ORANG BENCIKAN KELUARGA AKU!
MULAI HARI INI… AKU JANJI AKU AKAN JAGA ANAK AKU NI BETUL-BETUL!!”
Puan Dayana menjerit lantang bersama linangan air mata yang membanjiri pipinya. Lantas dia
bergerak pergi ke belakang rumah kemudian mencapai rantai besi serta mangga untuk mengikat
Taufiq agar tidak terlepas lagi.
Semua orang yang berada disitu tergamam tidak bersuara apabila wanita tersebut merentap
tangan Taufiq yang dipegang Asyraf lalu menyeret budak itu ke beranda rumah. Kedua-dua kaki
Taufiq dimanggakan pada tiang rumah.
Taufiq menjerit tidak mahu sambil meraung kuat. Kedua-dua kaki ibunya dipeluk kuat dan
memohon agar dirinya dilepaskan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya lagi. Namun,
apa yang dia dapat adalah penampar dari si ibu.
“Yana..janganlah buat macamtu dekat anak kau. Kesian dia. Dia kan budak lagi.”
“DIAMLAH! AKU DAH JANJIKAN NAK JAGA ANAK AKU NI BETUL-BETUL?! JADI,
TOLONG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN KELUARGA AKU LAGI!!” Jerit Puan
Dayana lantang sebelum masuk ke dalam rumah. Daun pintu dihempas kuat tanda protes.
Orang kampung terkedu dan terdiam. Masing-masing membuat wajah simpati terhadap Taufiq
yang tergari kakinya pada tiang di beranda luar rumah. Baru sekarang mereka menyesal dengan
apa yang baru saja mereka katakan tadi.
“Puas? Makcik-makcik semua puas tak lepas budak cacat tu kena gari dengan mak sendiri?
Makcik-makcik ni kenapa suka pentingkan diri sendiri? Saya nampak semuanya apa yang berlaku.
Anak-anak makcik yang mulakan pergaduhan mereka dengan Taufiq! Kenapa makcik suka
letakkan kesalahan pada orang lain sedangkan anak makcik bukannya baik mana pun! Semua itu
hipokrit je! Makcik…makcik tu dah tua tahu tak? Kubur tu dah memanggil-manggil dah. Jadi,
saya rasa lebih baik makcik perbanyakkan buat amalan baik dari amalan buruk yang makcik suka
lakukan ini. Ingat ya, berdosa tau menganaiya anak istimewa seperti Taufiq itu.”
*****
“ARGGGHHH!!” Taufiq mula meronta-ronta seraya menghentakkan kakinya pada lantai yang
diperbuat daripada papan kayu. Berkali-kali dia menjerit seperti orang gila memanggil ibunya
kerana tidak memberinya makan. Dia kelaparan yang teramat disebabkan seharian tidak mengisi
perut dan terpaksa tidur di luar rumah dalam cuaca yang sejuk.
“Diamlah budak! Kau ni memekak je tahu!” Marah Puan Dayana sambil menatang sepinggan
nasi dan air suam. Dia melutut dua kaki di hadapan anak istimewanya itu lalu pinggan yang berisi
nasi putih dan ikan goreng serta air suam diletakkan di hadapan Taufiq.
Taufiq memandang makanan tersebut penuh berselera. Terus tangannya yang kotor itu
menggenggam nasi lalu dimasukkan ke dalam mulut dengan gelojoh sekali.
“Makan tu janganlah gelojoh sangat. Cuba jadi macam abang kau tu..sopan je makan?” Kata
Puan Dayana seraya menjeling Taufiq. Taufiq tersengih kecil. Butir-butir nasi yang berada diatas
lantai dikutipnya lalu dimasukkan ke dalam mulut. Jangan buang. Membazir tu kan amalan
syaitan.
‘Terima kasih ibu!’ Taufiq mengukirkan senyuman manis buat ibunya. Pinggan yang sudah licin
diberikan kepada ibunya kembali bersertakan gelas yang sudah kosong. Baru saja Puan Dayana
ingin masuk ke dalam rumah semula, tiba-tiba pergelangan kaki kanannya ditarik Taufiq. Dia
menggulingkan biji mata sebelum berpaling malas memandang kanak-kanak tersebut.
‘Nak basuh tangan?’
“Basuh tangan guna air liur kau tu je. Malas aku nak ambil kunci buka rantai besi lepastu mangga
balik. Buang masa je. Sudahlah, aku nak tidur. Kau pun dah kenyangkan?” Taufiq menganggukkan
kepala sambil menghisap jari-jemarinya, ingin membersihkan tangan yang kotor setelah makan.
“Nah, ambil selimut ni. Nanti kena hujan menyusahkan aku pulak nak bawa kau pergi klinik.”
Kata Puan Dayana. Sehelai selimut dan sebiji bantal dicampakkan ke arah Taufiq sebelum pintu
rumah ditutup. Taufiq tersenyum gembira. Segera dia berlari ke arah pintu rumah lalu tubuh
dibaringkan di atas lantai kayu yang sejuk. Selimut yang diberikan ibunya digunakan untuk
menyelubungkan diri kerana tidak tahan dengan kesejukan malam.
“Assalammualaikum, puan.” Ucap Asyraf memberi salam. Puan Dayana yang sedang menyapu
sampah di halaman rumah menoleh ke arah Asyraf sambil mengukir senyuman manis.
“Waalaikummussalam. Cari siapa ya?” Tanya Puan Dayana. Penyapu yang berada dipegangan
disandarkan ke dinding. Dia mengiringi lelaki itu naik kerumahnya.
“Saya cari puan. Boleh kita berborak sekejap?”
“Mestilah boleh. Berborak pasal apa?” Soalan dibalas soalan.
“Pasal Taufiq.” Sebut sahaja nama Taufiq, terus riak muka Puan Dayana bertukar marah.
Senyuman yang menghiasi wajahnya lesap serta-merta.
“Kenapa dengan dia? Dia ada buat masalah lagi ke? Aku dah ikat dia, halang dia dari keluar
rumah. Orang-orang kampung pun dah takde datang rumah aku mengadu itu ini disebabkan budak
itu. Puas hati aku sekarang!” Ujar Puan Dayana sedikit marah. Dia mengerling Taufiq yang sedang
tidur di beranda rumah.
“Puan, Puan tak sepatutnya buat Taufiq macamtu. Dia kecil lagi. Sepatutnya puan jaga dia elok-
elok. Didik dia dari kecil bukannya gari dia pada tiang macamtu. Kesian dia puan, tidur malam
kesejukan. Lantai sejuk, banyak nyamuk..”
“Eh! Yang kau sibuk jaga tepi kain keluarga aku ni kenapa eh? Kau takde anak ke? Kalau ada
pergi jaga sendirilah!” Bentak Puan Dayana lantang. Panas hatinya apabila orang lain menyebelahi
Taufiq berbanding dirinya. Salahkah apa yang dia lakukan? Kenapa orang lain suka menentang
apa yang dia lakukan kepada Taufiq?!
“Saya bukannya nak busy body. Dalam diri saya masih ada perasaan simpati dan kasihan
terhadap Taufiq. Diakan autism. Jadi, itu bukanlah keputusan yang baik untuk didik dia dengan
cara macamtu. Dia pun tidak mahu dilahirkan seperti itu. Tapi, ia ketentuan Allah, bukan? Ramai
lagi orang diluar sana mahukan anak. Tapi puan? Puan pukul dia, hina dia, seksa fizikal dan mental
dia.”
“Kau tak perlu nak ceramah akulah. Aku tahu nak jaga anak aku macam mana. Kau takde anak
cacat macam Taufiq, kan? Kau apa tahu? Terseksa hati aku ni nak jaga dia tahu? Kalau diikutkan
hati akulah nak je aku campak si cacat tu masuk gaung biar mampus! Sekarang juga, aku nak kau
berambus dari rumah aku! Jangan datang kesini lagi kalau kau nak cakap pasal budak cacat tu!
Aku tak sudi nak dengar mukadimah kau! Balik!” Halau Puan Dayana. Tubuh Asyraf ditolak
keluar dari rumahnya.
Asyraf mengeluh kecil. Takde guna dia bercakap dengan orang seperti ini.
“Puan kena ingat sesuatu, budak cacat yang puan keji dan hina tu lah yang akan mendoakan puan
masuk ke syurga nanti. Izuan tu pun belum tentu akan buat perkara sama kepada puan. Manusia
sentiasa berubah. Kalau dia lihat perangai ibunya seperti ini, tidak mustahil dia akan buat perkara
yang sama pada puan. Saya pulang dulu. Assalammualaikum.”
Titip Asyraf sebelum mempamitkan diri. Dia masuk ke dalam perut kereta kemudian enjin
dihidupkan. Selepas itu, kenderaan beroda empat tersebut mula meluncur laju membelah jalan
meninggalkan kawasan perumahan Puan Dayana.
Puan Dayana menghantar pemergian Asyraf melalui ekor mata. Nafas kasar dilepaskan seraya
tubuh berpaling ke belakang untuk masuk ke dalam rumah.
Namun, pergerakannya terbantut apabila melihat Taufiq yang sedang duduk ditangga sedang
mengalirkan air mata jernihnya. Segala kata-kata si ibu ditelan bulat-bulat walaupun perit rasanya.
*****
20 tahun kemudian…
PUAN DAYANA melabuhkan punggung di sofa ruang tamu setelah selesai mengemas rumah.
Nafas dalam ditarik kemudian dihembuskan. Beberapa minit kemudian, telefon rumah yang berada
diatas meja kecil diambil lalu nombor seseorang didail.
Tutt tutt..
Setelah beberapa minit menunggu barulah talian telefon bersambung. Riak letih di wajah wanita
separuh baya itu bertukar gembira setelah mendengar suara anak sulungnya yang sudah lama tidak
pulang ke kampung.
“Assalammualaiku, Iz. Iz sihat?” Tanya Puan Dayana. Setelah lama tidak mendengar suara
Izuan, akhirnya dapat juga mereka berkomunikasi memandangkan Izuan sedang bekerja di bandar
membuatkan sukar sekali untuk mereka bertemu.
“Iz bila nak balik rumah? Tak rindu ibu ke?”
“Iz sibuklah ibu. Macam-macam Iz tengah fikir hal kerja ni. Ibu nak apa call Iz malam-malam
buta macam ni? Tak reti nak tidur ke?!” Terdiam Puan Dayana dibuatnya tatkala mendengar
jerkahan si anak. Dadanya diurut berkali-kali sambil mengukir senyuman nipis.
‘Mungkin anak aku letih sangat bekerja agaknya…’ Fikirnya.
“Ibu nak Iz balik esok boleh? Ibu sakitlah Iz… Fiq tak boleh nak hantar ibu pergi hospital. Boleh
ya Iz?” Pinta Puan Dayana berpura-pura sakit. Tujuan dia berbuat demikian cuma satu, mahu
anaknya pulang semula ke istana mereka yang tidak seberapa ini.
Izuan menggulingkan biji mata seraya berdengus kecil.
“Yelah yelah! Esok Iz hantar ibu pergi hospital. Tapi sekejap saja lepastu Iz kena balik KL
semula, ada banyak kerja yang Iz nak kena selesaikan…” Tanpa sempat Puan Dayana membalas
kata-kata Izuan, talian sudah dimatikan terlebih dahulu.
Wanita itu menghelakan nafas kecil. Sedikit terasa dengan kata-kata si anak namun hatinya cuba
ditenangkan dan berhusnuzon sahaja. Mungkin anaknya kerja kuat untuk menyaranya nanti…
Pada keesokan harinya, kereta BMW X2 berwarna hitam tiba diperkarangan rumah Puan
Dayana. Izuan melangkah keluar dari kereta lalu mengucapkan salam. Puan Dayana yang sedang
memasak di dapur terus berlari keluar mendapatkan anaknya bersama wajah yang gembira.
“Dah siap belum?” Soal Izuan dingin. Puan Dayana mengangguk tanpa mematikan senyuman
manisnya manakala Taufiq pula hanya diam memerhati sambil tangannya memegang penyapu lidi.
Kerjanya terbantut setelah melihat kepulangan si abang.
“Kalau dah siap, masuk kereta cepat. Iz hantar pergi hospital. Ibu sakit apa sampai buat call
emergency dengan Iz malam-malam buta?”
“Sebenarnya ibu tak sakit pun. Ibu saja je call Iz suruh balik. Iz dah lama tak makan masakan
ibu kan? Jomlah naik! Ibu dah masakkan makanan favourite Iz tau!” Kata Puan Dayana dengan
nada girang. Izuan mengerutkan dahi sebelum merengus geram.
“What?! Ibu tak sakit pun?! Ibu tahu tak ibu dah buang masa Iz dari KL ke Melaka semata-mata
nak bawa ibu pergi hospital?! Ibu! Iz ada banyak benda lagi nak kena selesaikan dekat KL tahu
tak?!” Marah Izuan. Bengang dia apabila dengan selambanya ibunya menjawab bahwa dia tidak
sakit. Puan Dayana tergamam. Mana sikap hormat Izuan terhadapnya?
“Iz! Lama lagi ke kita dekat sini? Aku dah berpeluh dah ni! Panas tahu tak?” Soal seorang lelaki
berambut sedikit perang, Hariz Ariyan yang merupakan kawan rapat Izuan sewaktu mula bekerja
di Kuala Lumpur tiga tahun lepas.
“Sabarlah, Riz. Kita dah kena tipu dengan orang tua ni. Sia-sia saja datang sini semata-mata
disuruh makan masakan dia.” Sekali lagi Puan Dayana terpempan. Izuan yang dia jaga seperti
menatang minyak yang penuh selama ini, bersikap kurang ajar dengan dirinya?
“What?! Makan? Kat sini? Seriously, Iz? Teruknya taste kau nak makan dalam rumah usang ni.
Dah lah kotor, kampung pulak tu! Dah lah aku nak balik. Jom bla!” Ajak Hariz sambil mengipas
wajahnya kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas dan terik.
“Iz…”
“Ibu… rumah ni tak sesuailah untuk bagi Riz masuk makan dalam rumah ni. Sudahlah kotor,
tikus merata-rata. Malulah Iz kalau Riz masuk rumah ibu yang tak seberapa ni.” Kata Izuan
perlahan seperti berbisik. Puan Dayana menekup mulutnya bersama air mata jernih yang berjuraian
jatuh ke pipi.
PAP!
Wajah Izuan terteleng ke tepi setelah menerima tamparan hebat dari si ibu. Dia mengetap
rahangnya menahan amarah yang membuak-buak di dalam hati. Hariz pula hanya diam melihat
adegan tidak menarik yang terpapar di hadapan mata.
“Ei perempuan! Kau ni kan…”
BUKK!!
Baru sahaja Izuan mahu melepaskan tamparan ke pipi Puan Dayana, tiba-tiba Taufiq berlari ke
arahnya lalu satu tumbukan dilepaskan ke pipinya pula membuatkan dia jatuh tersembam ke tanah.
Sejurus itu, terus tubuh wanita paruh baya tersebut dipeluk erat oleh Taufiq.
“APA MASALAH KAU NAK TUMBUK AKU, BUDAK CACAT?!” Dengan bengangnya
Izuan bangun dari tanah dan berura-ura ingin membalas tumbukan dari adik yang tidak disukainya
itu. Namun begitu, niatnya terbantut apabila Hariz menghalangi perbuatannya.
Puan Dayana menangis tersedu-sedan. Dia membalas pelukan anak istimewanya itu. Jujur,
hatinya begitu sakit dan kecewa dengan apa yang dilakukan Izuan terhadapnya. Anak sulung yang
paling dia sayang dari kecil, melayaninya seperti dia terlalu hina sekarang. Adakah ini kifarah yang
Allah telah tunjukkan kepadannya?
“Iz tak sayangkan ibu lagi ke? Sampai hati Iz buat ibu macam ni…”
“Siapa sayang kau orang tua tak sedar diri? Anak cacat kau ni kan ada nak jaga kau. Jaga orang
tua macam kau ni menyusahkan aku tahu tak? Tch. Mulai hari ini aku bukan lagi anak kau. Kau
tak penting lagi dalam hidup aku. Kau dengan anak cacat kau ni boleh pergi mampus!”
Usai berkata begitu, kereta BMW X2 berwarna hitam tersebut terus meluncur laju membelah
jalan tar meninggalkan Puan Dayana dan Taufiq yang sudah menangis teresak-esak di atas tanah.
Hancur hati mereka apabila Izuan membuang mereka tanpa rasa bersalah.
Sudahkah Izuan lupa siapa yang bersusah-payah melahirkan dan menjaganya sejak kecil
sehingga menjadi insan yang berjaya sekarang? Adakah dia tidak tahu bahawa syurganya dibawah
tapak kaki ibunya?
“MUHAMMAD IZUAN BIN NAZMAN! JANGAN BUAT MACAM NI PADA IBU, NAK!!
HIKS..” Jerit Puan Dayana sekuat mungkin. Tiba-tiba jantungnya dirasakan sakit yang teramat.
Nafasnya mula bergerak tidak teratur. Taufiq yang melihat keadaan ibunya yang semakin lemah
membuatkan dia takut dan gelisah.
“TOLONGGG!!” Jerit Taufiq sekuat mungkin. Air matanya semakin deras jatuh ke pipi apabila
genggaman tangan Puan Dayana semakin longgar serta tubuhnya menjadi semakin lemah dan
tidak bermaya.
Ketua kampung termasuk orang-orang kampung yang lalu-lalang di hadapan rumah Puan
Dayana, lantas berlari ke arah mereka sejurus jeritan Taufiq meminta pertolongan kedengaran.
Salah seorang daripada mereka segera menelefon pihak hospital apabila melihat keadaan Puan
Dayana yang tiba-tiba kaku tidak bergerak.
“IBUUUU!!!”
*****
“KENAPA kau buat mak kau macam tu, Iz? Tak rasa berdosa ke? Aku yang tengok pun kesian..”
“Diamlah kau. Yang kau sibuk sangat kenapa?” Soal Izuan seraya berdengus kecil. Sepasang
matanya kekal fokus pada jalan raya yang sedikit lengang dengan kenderaan. Disebabkan hujan
lebat yang tiba-tiba turun membasahi bumi Malaysia membuatkan fokusnya sedikit terbatas.
“Aku bukan nak sibuk. Bila kau buat macamtu kan, aku teringat dekat arwah mak aku. Dia
meninggal sebab aku. Masa tu aku nak beli dadah tapi takde duit so aku curi duit mak aku diam-
diam tapi terkantoi waktu aku nak keluar dari bilik dia. Dia marah aku, pukul aku sampai kesabaran
aku capai tahap maksimum. Waktu tu aku dah tak fikir apa-apa, aku terus ambil pasu dan hentak
dekat kepala dia sampai pecah. Kau tahu tak apa yang lawak, Iz? Aku gelak lepas tengok dia mati.
Semua duit dan rantai emas dia aku kebas sebelum aku lari keluar dari rumah tu…”
Cerita Hariz panjang lebar. Nada suaranya kedengaran seperti ingin menangis. Dia menyesal
dengan apa yang dia telah lakukan terhadap arwah ibunya beberapa tahun lepas namun dia tidak
tahu mengapa dia masih tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik, lebih-lebih lagi setelah dia
bertemu dengan Izuan yang membawa pengaruh buruk kepadanya.
Riak wajah Izuan terlihat semakin marah. Stereng kereta digenggam kuat seraya pedal minyak
ditekan. Tanpa dia sedari, kolam matanya mula bertakung dengan air mata.
“Iz…slow lah sikit bawa kereta tu. Kau tak nampak ke sekarang tengah hujan lebat?! Nanti
accident macam mana?” Soal Hariz bengang apabila Izuan menekan lagi pedal minyak sehingga
ke tahap yang maksima. Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan lebih kencang kerana dia seperti
dapat merasakan akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
“MUHAMMAD IZUAN BIN NAZMAN! STOP THE CAR NOW!!” Jerit Hariz sekuat yang
mungkin. Izuan hanya memekakkan telinganya sahaja. Hariz berdengus kasar apabila Izuan buat
tidak tahu dengan suruhannya. Tanpa membuang masa, terus stereng kereta dipegang membuatkan
kereta yang dinaiki mereka bergegar ke kiri dan ke kanan.
PONN!! PONN!! PONN!!
Bunyi hon kereta yang berlarutan langsung tidak menarik perhatian mereka berdua.
“Lepaskan akulah! Kau buta ke aku tengah bawa kereta?!”
“Aku cakap berhentikan kereta sekarang!!”
AWAS! JALAN MATI DI HADAPAN
Izuan dan Hariz membulatkan biji mata apabila perasan di hadapan mereka merupakan jalan
mati. Segera brek kecemasan ditekan berkali-kali namun ia langsung tidak berfungsi. Hariz
meneguk liurnya kelat. Kenapa tidak boleh berfungsi ni?! Siapa yang putuskan brek kecemasan?!
Sekali lagi, brek kecemasan ditekannya namun hampa. Kereta masih lagi bergerak dengan kadar
yang sangat laju. Mereka berdua melihat ke arah cermin kereta hadapan sebelum biji mata masing-
masing membulat besar.
“HARIZ! GAUNG!!”
BOOMM!!!
Kedengaran bunyi kereta yang dinaiki mereka menghasilkan letupan yang sangat kuat di dalam
gaung. Api yang marak menjadi semakin besar dan besar dibawah bulan mengambang pada waktu
malam tersebut...
-TAMAT-
PENULIS : NUR FATHIAH SHAFIYYAH BINTI ISMAIL
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DANG ANUM