The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gpm.smkda, 2022-08-03 22:56:22

CINTA UNTUK JEJAKA MUALAF

CINTA UNTUK JEJAKA MUALAF

CINTA UNTUK JEJAKA
MUALAF

OLEH
NUR FATHIAH SHAFIYYAH BINTI ISMAIL

SMK DANG ANUM

JULAI 2022

CINTA UNTUK JEJAKA MUALAF

NAMA aku, Puteri Azlisya Binti Daniel Harris. Aku adalah anak yatim piatu yang
tidak mempunyai ibu bapa malah saudara-mara atau lebih dikenali sebagai sebatang
kara. Aku merupakan anak tunggal tanpa adik-beradik. Ibu aku meninggal dunia
sewaktu melahirkan aku manakala ayah aku pula meninggal dunia ketika aku
menginjak umur 15 tahun akibat membunuh diri kerana depresi. Sedih? Kecewa?
Penat? Semua perasaan negatif tersebut telah aku hadap sejak pemergiaan ayah
sehinggalah umur aku cukup matang untuk menerima qada’ dan qadar Allah. Hidup
mestilah diteruskan.

Aku bukanlah lahir dari keluarga yang berada. Setiap hari, selepas tamat
persekolahan, aku akan melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menyara kehidupan
aku terutamanya yuran persekolahan, makanan dan minuman, bil elektrik dan bil air.
Namun begitu, aku cukup bersyukur dikurniakan akal fikiran yang cerdik dan tubuh
badan yang aktif bersukan. Banyak anugerah yang telah aku capai sepanjang diri aku
bergelar pelajar sekolah.

Bukan itu sahaja, disebabkan keputusan SPM aku yang cemerlang, aku ditawarkan
untuk menyambung pelajaran di University Of Oxford, London. Alhamdulillah, yuran
pembelajaran aku juga ditampung sepenuhnya oleh kerajaan. Ibu. Ayah. Lisya janji,
Lisya akan pulang dengan segulung ijazah ditangan. Lisya akan buat ibu dan ayah
bangga!

“Puteri Azlisya!” Terhinjut bahu aku dek terjahan seseorang dari belakang. Aku
mengurut dada yang seperti mahu terkeluar jantung dari badan.

“Kau ini kenapa? Tak reti panggil elok-elokkah? Aku simbah muka kau dengan air
panas ini nanti, sia-sia hidup!” Erina berdecit sebelum menggulingkan biji mata.

“Wahai Puteri Azlisya Binti Daniel Harris, aku dah panggil kau hampir 20 kali
tahu tak? Macam nak pecah suara aku jerit nama kau! Muka saja cantik tapi pekak!”
Aku menolak pipi dalam menggunakan lidah, cuba menahan geram kerana
mempunyai sahabat yang mulut tiada insurans seperti Erina ini!

“Kau nak apa?”
“Kelas kau start pukul berapa hari ini?”
“Pukul 10 sampai satu. Asal?” Aku bertanya seraya menjungkitkan kening sebelah.
“Lecturer aku nak buat test esok, so aku nak stay rumah Crystal malam ini. Nak
buat study group. Kau tinggal seorang malam ni, boleh?” Aku menganggukkan kepala.
“Sure?” Aku mengangguk lagi.
“Satu hari sajakan? Aku dah besarlah. Pandailah aku jaga diri. Kau fikir aku ini
kanak-kanak ribena ke? Kau taknak balik pun takpe, lagi aku suka! Tak payah aku
dengar kau bebel 24 jam!”
“Ishh, kecil besar kecil besar saja aku tengok kau ini! Cium nanti baru tahu!” Aku
menjelirkan lidah ke arahnya sebelum tawa kami berdua terletus.

>>>>>

“OKAY! Today, I want you guys to find a partner to complete this task together. This
drawing must be submitted within the next two weeks. The theme of this painting is
Industry, Invention, and Progress in the 19th Century. Any question?”

“NO, PROF!” Jawab semua pelajar sebagai balasan kepada pertanyaan Professor
William. Setelah beliau mengucapkan terima kasih, aku memandang pemergiannya

sehinggalah dia hilang dari pandangan mata. Kemudian, aku mengeluh kecil tatkala
melihat rakan-rakan sekelas aku yang lain semuanya sudah mempunyai pasangan
masing-masing. Aku saja yang tiada.

Setiap kali kerja berkumpulan, mesti aku yang selalu dipinggirkan. Sejujurnya, aku
tidak mempunyai kawan lain selain Erina. Kami berdua juga tidak mengambil jurusan
yang sama. Dia mengambil bidang peguam manakala aku pula bidang lukisan.

Bukan tidak mahu berkawan, cuma aku seorang yang introvert. Aku lebih suka
bersendiri lebih-lebih lagi di negara orang yang minoritinya beragama Islam. Aku
tidak mahu tersilap langkah. Bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.

“Excuse me?” Aku yang sedang mengemas peralatan lukisan, menoleh ke arah
seorang lelaki yang menegur aku.

“Sorry for disturbing you, can I ask you a something?”
“Oh, sure!”
“Do you have partner? If not, can you be my partner cause I have no friends here.”
Aku diam seketika sambil memikirkan tawaran tersebut. Tidak silap aku, aku tidak
pernah melihat lelaki ini dalam kelas sebelum ini. Pelajar baharu ke?
“If you don’t want to, it’s okay. I--”
“Nevermind! Let’s do this task together since I have no friends too.” Celahku
sebelum dia sempat menghabiskan kata-kata. Dia terdiam melihat aku manakala aku
hanya menayangkan senyuman sumbing kepadanya. Mahu atau tidak, terpaksalah aku
bekerjasama dengan lelaki yang baru aku kenal hari ini. Aku berharap sangat tugasan
ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

“SO…what’s your name? I’m Bangchan Christ. You can call me, Christ or Chan.
Nice to meet you!” Lelaki itu memperkenalkan dirinya seraya menghulurkan tangan
untuk bersalaman. Aku tersenyum tanpa menyambutnya.

“I’m Puteri Azlisya. Nice to meet you too.” Balasku. Christ berdehem apabila
salamnya tidak bersambut. Tangannya ditarik semula.

Baru saja dia mahu menyambung kata, seorang pelayan restoran tiba sambil
menatang sedulang makanan. Makanan-makanan yang dipesan kami dihidangkan di
atas meja sebelum wanita tersebut mempamitkan diri.

“Enjoy your foods.” Ucapnya sebelum beredar pergi.
“So…you’re from Malaysia?” Kepala dianggukkan.
“Really? My mom was also from there but my family moved here at my father’s
request. At that time I was 14 years old. She’s chinese and my dad’s, british.” Christ
mula membuka cerita berkenaan latar belakang keluarganya. Aku terpegun. Patutlah
handsome! Anak kacukan rupanya!
“Can you speak Malay?” Soalku.
“Boleh tapi tak fasih sangat.” Jawabnya sedikit pelat. Aku tergelak kecil.
“Boleh saya tanya?”
“Dah banyak soalan awak tanya. Tanya sajalah, tak perlu minta izin.”
“Erm.. kain apa yang lilit di kepala awak itu? Tak panaskah?” Aku menggelengkan
kepala.
“Ini tudung. Setiap wanita muslim perlu memakainya tak kisahlah musim panas ke,
musim sejuk ke atau musim hujan sebab rambut wanita ini adalah aurat. Bukan
sebarang lelaki boleh tengok.”
“Aurat itu apa? Saya pun tak boleh tengok rambut awak?” Aku menggeleng lagi.

“Aurat itu maksudnya setiap muslim perlu tutup anggota badan mereka daripada
dilihat oleh orang lain. Aurat lelaki dan aurat perempuan berbeza. Aurat lelaki dari
pusat hingga lutut manakala aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali
muka dan tapak tangan. Awak kata pernah duduk Malaysia. Takkan tak tahu?” Christ
mengangkat bahu.

“Jiran-jiran saya dulu majoriti kaum cina. Sekolah saya pun sama. Saya cuma
pernah nampak tapi tak pernah tanya. Tapi, saya peliklah.. ada saja wanita muslim
yang tak bertudung. Bolehkah?”

“Kalau ikutkan tak boleh sebab tutup aurat itu wajib. Apa yang saya boleh cakap
semoga mereka dikurniakan hidayah--”

“Hidayah itu apa pula?”
“Hidayah itu maksudnya petunjuk Allah SWT ke arah kebenaran. Eh, awak ni
banyak tanyalah! Zaman sekarangkan dah moden. Semua maklumat di hujung jari.
Rajin-rajinkan diri buat research ya?” Christ membuat mimik muka apabila ditegur
aku.
“Malas.” Aku fikir orang Melayu saja ada penyakit ini. Rupa-rupanya, dia pun dua
kali lima saja! Haih!

>>>>>

CHRIST melangkah masuk ke dalam kondominium miliknya. Kasut yang tersarung
pada kaki ditanggalkan lalu dicampak ke tepi. Beg lukisan pula dicampak ke atas sofa.

Ketika dia mahu masuk ke dalam bilik, dia terlihat rakan serumahnya iaitu Hazeeq
sedang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Kemudian, dia pun
melangkah masuk ke dalam bilik Hazeeq dan melompat ke atas katil lelaki tersebut.

“Aamiin yaa rabbal ’aalamiin…” Selesai saja berdoa, Hazeeq berpaling ke
belakang memandang Christ. Baru saja dia mahu bersuara, tiba-tiba Christ
mengangkat tangan kanannya sejajar dengan wajah si sahabat.

“Assalammualaikum…” ucap Christ tanpa mematikan senyuman.
“Waalaikumussalam. Are you drunk again?” Tanya Hazeeq sambil mengemas
sejadah yang telah digunakan.
“Takdelah. Nampak macam muka aku ini tengah mabukkah?”
“Nampak. Nampak sangat. Eh, kau cakap dengan aku dalam bahasa Melayu tiba-
tiba ini kenapa? Buang tabiat?” Christ tersengih lagi.
“Saja. Aku jumpa perempuan cantik tadi. Dia orang Malaysia. Pakai tudung.”
“So?”
“Kau percaya tak kalau aku cakap aku dah jatuh cinta pada pandangan pertama?”
Hazeeq menatap wajah lelaki itu lama sebelum dia tergelak. Terus riak wajah Christ
berubah.
“Asal gelakkan aku? Lawak sangatkah?”
“Nothing. Sudah-sudahlah berangan, Christ... kau itu baru putus cinta dengan
Anna minggu lepas. Tiba-tiba jatuh cinta lagi?” Christ menggulingkan bebola mata
sebelum berdecit.
“Anna lain. Lisya lain. Aku tak pernah tengok perempuan bertudung secara dekat.
Kali pertama aku tengok Lisya tadi, aku rasa macam nampak bidadari syurga tau? Dia
bercahaya…” Hazeeq menghelakan nafas berat.
“Pada pandangan aku, aku rasa lebih baik kau lupakan perasaan cinta itu. Kau
dengan dia berbeza--”
“Terlebih minum ketumkah kau ini? Memanglah aku dengan dia berbeza. Aku
lelaki. Dia perempuan.”

“Maksud aku, agama kau dengan agama dia berbeza. Mustahil--”
“Takde yang mustahil, Zeeq. Aku tengok ramai saja orang berkahwin walaupun
berbeza agama. What’s the problem?” Hazeeq terdiam. Dia mengeluh. Itulah, orang
suruh belajar pasal Islam tidak mahu. Tidak sudah-sudah dengan clubbing dan botol-
botol arak itu!
“Kalau kau betul-betul cintakan perempuan itu, belajar agama dia betul-betul.
Kalau aku cakap pun ibarat mencurah air ke daun keladi. Kau takkan dengar.” Ujar
Hazeeq sebelum dia menapak keluar dari bilik untuk mengisi perut di dapur. Christ
terdiam. Sejadah yang terlipat di atas meja kecil di penjuru bilik ditatap lama.

>>>>>

TANPA sedar, masa berjalan begitu pantas. Aku tidak sangka, kini sudah tujuh bulan
sejak perkenalan pertama kami di University Of Oxford. Hubungan aku dan Christ
sebagai rakan sekuliah semakin rapat. Meskipun dia dan aku mempunyai banyak
perbezaan, dia tetap menghormati aku sebagai seorang wanita bergelar muslim. Cuma,
kadang-kadang lelaki itu boleh dikatakan luar jangkaan. Tapi, alhamdulillah…
sepanjang kami berkawan, tiada apa-apa yang buruk berlaku.

“Awak, jom pergi makan.” Ajak Christ sambil mengusap perutnya yang mulai
berkeroncong.

“Boleh, tapi saya nak pergi solat dulu.”
“Ala…tak bolehkah kita pergi makan dulu? Saya laparlah…” Christ merungut
sambil membuat riak wajah meminta simpati.

“Tak elok melambat-lambatkan solat. Kalau awak nak makan, awak pergi makan dulu.
Saya menyusul kemudian.” Tegasku dalam berkata-kata. Christ meraup wajahnya
sebelum sepasang bibirnya ditarik menjadi senyuman kecil.

“Okay. Saya tunggu awak dalam restoran itu.” Akhirnya, lelaki itu mengalah jua.
Bibirnya dijuihkan ke arah sebuah restoran empat bintang yang terletak berdekatan
Central Oxford Mosque.

“Thanks.” Baru saja aku membuka pintu kereta, tiba-tiba riak wajah Christ berubah
cemas.

“Awak! Ada apa dekat muka awak itu?!”
“Apa dia??” Gelabah aku dibuatnya. Seluruh wajah aku diraba sebelum aku melihat
cermin. Tiada apa-apa pun!
“Situlah…” Christ memuncungkan bibir ke arah wajah aku.
“Mana??”
“Situ! Saya nampak bidadari syurga depan mata saya. Dahlah cantik, taat agama
pula itu. Untung bakal suami awak nanti dapat isteri macam awak.” Christ tersenyum
ala kerang busuk. Aku memejam mata seraya menarik nafas dalam.
“Ish, gatallah awak ini!” Aku fikir ada benda melekat di muka aku tadi, rupanya dia
nak bagi pickup line! Christ tergelak besar, seronok mengusik aku sebegitu.
Ketika aku ingin menutup pintu kereta, nama aku diseru sekali lagi oleh lelaki
bermulut manis tersebut.
“Azlisya!”
“Apa lagi?”
“I love you.” Aku berdecit sebelum pintu kereta ditutup sedikit kuat. Menyampah!
Hakitkatnya, luaran saja kata menyampah tapi dalaman? Dipenuhi taman bunga! Aku
tersenyum sambil memegang jantung yang berdegup laju.

Namun, senyuman yang indah tadi perlahan-lahan mengendur. Alangkah bagus
kalau kami berdua seagama? Aku berpaling ke belakang, memandang Christ yang
sudah keluar dari perut kereta menuju ke arah Restoran Ashmolean Rooftop. Dia
terlihat bahagia. Mungkinkah disebabkan aku?

Sedang aku leka melihatnya, tanpa sedar dia turut berpaling memandang aku. Kami
bertatapan sebelum dia melambaikan tangan kepada aku bersama senyuman besar
yang memperlihatkan barisan giginya yang putih. Aku membalas senyumannya.
Lambaian kecil diberikan sebelum aku melangkah masuk ke dalam masjid.

Setelah selesai mengerjakan solat, telekung dan sejadah yang aku gunakan tadi
dikemas semula. Kemudian, aku melangkah keluar dari perkarangan masjid. Aku
mendongakkan kepala. Cuaca mendung seperti mahu hujan. Anginpun bertiup kuat.
Tanpa membuang masa, lantas aku berlari masuk ke dalam restoran dimana Christ
sedang menunggu aku.

Sampai saja ke dalam restoran, aku meliarkan pandangan mencari kelibat lelaki
tersebut. Setelah kelibatnya dijumpai, aku berjalan sedikit pantas menuju ke arahnya.
Kerusi ditarik dan melabuhkan punggung di atas perabot itu.

"Kenapa tak makan lagi?" Tegur aku. Christ yang sedang bermain permainan video,
terus menutup telefonnya dan mencapai sudu serta garfu dan mula menikmati
makanannya.

"Tunggu awaklah. Kan saya cakap nak makan sama-sama." Katanya sambil
tersenyum. Aku mengangguk sebelum mula menikmati makanan aku yang mulai
sejuk.

"Lisya."
"Ya?"

"Dalam banyak-banyak baju, baju apa yang paling cantik dan mesti diingati sampai
bila-bila?"

"Baju Gucci?"
"Salah."
"Erm...H&M?"
"Salah juga." Aku mengangkat bahu tidak tahu.
"Baju apa?" Christ senyum. Mamat kacuk ini memang suka senyum ke apa? Tidak
penatkah mulut itu asyik senyum saja?
"Baju nikah kita. Cia cia cia!" Aku mengemam bibir, cuba menahan tawa yang
ingin meletus. Mat Salleh pun pandai buat pickup line eh?
"One more. Erm... alphabets start with a,b,c. Numbers start with 1,2,3. But... can
love start with you and me?" Christ menutup wajahnya tatkala melihat kedua-dua pipi
aku mula merona merah.
"Sebelum saya cucuk mata awak dengan garfu ini, lebih baik awak makan cepat."
Christ membuat mimik muka membuatkan aku rasa mahu baling saja pinggan ini ke
wajah dia yang handsome itu! Tapi, disebabkan kami berdua di tempat awam, aku
tanamkan saja niat itu dalam hati.
Suasana hening antara kami. Kami menikmati makanan masing-masing tanpa
membuka sebarang suara setelah selesai bergelak tawa tadi. Tanpa aku sedari, Christ
sedang menatap aku sambil menongkat dagu.
"Awak."
"Hm?" Aku mendongakkan kepala memandangnya.
"Awak cantiklah. Macam bakal isteri saya."
"Bakal isteri awak?" Muka aku berubah keruh tiba-tiba. Jadi, selama ini Christ
mempunyai hati yang perlu dijaga? Aku terdiam tidak terkata. Adakah aku

mengganggu hubungan cinta dia dan wanita lain selama ini? Adakah dia curang
dengan teman wanitanya sekarang dan keluar dengan aku?

"I'm-- I'm sorry." Ucapku lemah. Kolam mata aku mulai panas dengan cecair jernih.
Aku mengemamkan bibir. Aku tidak sangka, selama ini aku mencintai bakal suami
orang. Kenapa dia tidak jujur dengan aku selama ni? Kenapa harapan aku untuk
melihat dia menjadi mualaf, tinggi?

"Lisya." Baru saja aku mahu beredar pergi, tiba-tiba Christ melutut satu kaki di
hadapan aku membuatkan aku terkebelakang satu langkah. Apa semua ini?

"Chan..."
"I think this is the right time to move on to the next step. We have known each other
for a long time, Lisya. Good things don’t have to be delayed, right? So... will you
marry me?" Aku terdiam sekali lagi apabila sekotak cincin dihulurkan kepada aku.
Christ menunggu jawapan aku dengan sabar.
"Chan, saya..."
"Saya betul-betul serius nak jadikan awak isteri saya. Saya cinta dan sayangkan
awak melebihi diri saya sendiri. Please, Lisya... awak tak sayangkan sayakah?"
"Maafkan saya. Tapi, saya tak boleh." Senyuman di bibir Christ mulai lenyap
apabila aku menolak lamarannya. Segera aku mencapai beg tangan lalu berlari keluar
dari restoran tersebut. Di luar, gerimis hujan mulai turun.
"PUTERI AZLISYA, WAIT!!" Pantas lengan aku disambar Christ.
"Jangan sentuh saya!" Lantas tangannya aku tepis. Pelanggan-pelanggan yang
berada di dalam restoran mula memandang kami berdua. Pandangan mereka langsung
kami endahkan.
"Why? Saya ada buat salahkah? Saya fikir hubungan kita ini serius atau selama ini
saya hanya bertepuk sebelah tangan?"

"Saya bukan tak cintakan awak, tapi--"
"Tapi agama kita berbeza? Sebab itu awak tolak lamaran saya?" Christ meneka.
Aku mendiam.
"Lisya... zaman dah berubah. Zaman sekarang ini ramai saja yang berkahwin
berbeza agama. Awak jangan terikut sangat fikiran nenek moyang awak dulu, boleh
tak? Awak pernah cakap dengan saya, aurat itu wajib. Tapi, ramai lagi perempuan
muslim diluar sana tak menutup aurat. Samalah dalam hubungan percintaan. Awak
kata syarat utama seseorang muslim itu mahu berkahwin, pasangan dia juga mestilah
beragama Islam juga. Tapi, boleh sajakan kita langgar? Cuma satu syarat saja? Saya
cuba faham awak. Saya tak sentuh makanan-makanan haram itu sebab awak. Saya tak
sentuh botol-botol arak sebab awak. Saya tak jejakkan kaki lagi di kelab-kelab malam
sebab awak. Kalau saya boleh faham awak, takkan awak tak boleh faham yang saya
cintakan awak?"
"Apa yang awak faham tentang saya dan agama Islam?" Air mata jernih mula
mengalir membasahi pipi aku. Aku terasa dengan kata-kata dia yang seolah-olah
ambil ringan tentang agama Islam.
"Dah berapa kali saya cerita pada awak tentang Islam? Takkan awak tak faham lagi?
kalau awak betul-betul mahu kahwini saya, tukar agama awak kepada agama Islam."
"Kalau saya taknak?"
"Hubungan kita sampai sini saja. Saya nak kita buat haluan masing-masing mulai
sekarang." Ujarku membuat kata putus. Tanpa membuang masa, lantas aku berpaling
dan beredar dari situ.
Christ menggelengkan kepala. Buku limanya dikepal sebelum dia berlari
mendapatkan aku semula.

"Kalau macamtu, biar saya tukar agama saya sekarang juga. Saya nak masuk
Islam." Langkahku mati secara tiba-tiba tatkala Christ mengucapkan kata-kata itu.
Aku berpaling dan berjalan ke arahnya.

"Awak fikir nak masuk Islam ini semudah abc-kah? Awak nak masuk Islam sebab
saya atau sebab niat awak kepada Allah?" Christ bengang. Giginya diketap.

"Apa yang complicated sangat dengan agama Islam ini? Sama sajakan dengan
agama lain? Semua benda tak boleh! Makan daging babi tak boleh! Minum arak tak
boleh! Clubbing pun tak boleh! Bukan saya ajak berzina, saya ajak kita kahwinkan?--
"

PANGG!!
Wajah lelaki tersebut terteleng ke tepi apabila menerima tamparan hebat daripada
aku.
"Jangan awak berani hina agama saya, Bangchan Christ! You're too much!" Air
mata aku seka kasar sebelum aku pergi dari situ dengan amarah yang membara. Nama
aku yang diseru berkali-kali, tidak aku endahkan tanpa menoleh memandangnya lagi.

>>>>>

HAZEEQ melangkah masuk ke dalam kondominium setelah kelasnya pada malam
itu selesai. Otot-ototnya yang lenguh diregang-regangkan sehingga kedengaran bunyi
tulang-tulang patah. Perutnya mula berkeroncong minta diisi. Mana tidaknya, waktu
terakhir dia mengisi perut adalah waktu sarapan, itupun dia cuma alas perut dengan
dua keping sandwich dan secawan teh 'O' panas.
PRANGG!!

Terhinjut bahunya apabila kedengaran bunyi kaca pecah. Segera Hazeeq berlari ke
arah dapur dan mendapati bahawa rakan serumahnya sedang mabuk. Dia mengeluh
kecil. Beg sandang berwarna hitam diletakkan di atas meja kaca lalu dia melangkah
ke arah Christ.

Lelaki itu terlihat tidak terurus. Beberapa botol kaca yang sudah kosong, pecah di
atas lantai. Apa yang terjadi sebenarnya? Sepanjang mereka berdua bergelar rakan
serumah, tidak pernah lagi dia melihat Christ seperti ini.

"Christ.. kau janji dengan aku takkan minum arak lagikan?" Hazeeq bertanya
dengan nada suara yang tenang. Kaca-kaca yang bersepah di atas lantai, dikutip satu
persatu dan dimasukkan ke dalam bakul sampah.

"Aku rindu nak minum benda ini... kau nak sikit?" Soal Christ dalam keadaan
mabuk. Kedua-dua pipinya kemerah-merahan. Riak wajahnya juga berubah-ubah.
Sekejap gelak, sekejap sedih, sekejap marah. Bajunya pula hilang entah kemana,
tertayang beberapa lukisan tatu di bahagian dada, lengan atas serta otot trapezius di
antara leher dan bahu.

"Are you okay?" Hazeeq bertanya lagi. Seketika, tangisan Christ mula kedengaran.
Botol arak yang berada di tangannya dibaling ke dinding sehingga pecah berderai.

PRANGG!!
"Kenapa dia buat aku macam ini?... Kenapa dia reject aku? Apa kurangnya aku?
Dia nak duit? Aku boleh bagi dia duit! Belikan dua rumah banglo untuk dia pun boleh!
tskk.. Aku cuma nak kahwin dengan dia...aku nak jadi suami dia... salahkah? Atau dia
ada lelaki lain? Sebab itu dia tolak aku?" Tangisan Christ semakin kuat kedengaran.
Dia mencengkam rambutnya sebelum menumbuk meja sekuat hati sehingga
tangannya mengeluarkan cecair merah darah.
"Lisya reject kau?"

"BETINA ITULAH! SIAPA LAGI KALAU BUKAN DIA?!" Jerit lelaki itu.
Hazeeq menarik nafas dalam. Dia perlu menahan sabar memandangkan emosi
rakannya itu tidak stabil sekarang.

"Aku dah pesan dengan kau dulu. Kalau kau betul-betul cintakan dia, belajar pasal
agama dia betul-betul. Aku dah tolong kau mana yang aku mampu tapi kau masih
keras kepala. Agama Islam dan agama-agama lain berbeza. Kau tak boleh samakan
peraturan-peraturan agama kau dalam agama Islam. Mula-mula memang susah untuk
tinggalkan perkara-perkara yang kau selalu buat, tapi percayalah pengorbanan kau
Allah akan tengok di akhirat nanti."

Ujar Hazeeq panjang lebar membuatkan Christ terdiam. Lelaki itu mengemamkan
bibir.

"Kalau kau masih dengan pendirian kau, aku minta tolong sangat... jangan hina
agama Islam. Aku bukan nak paksa kau pindah agama dan aku Ini pun bukanlah alim
sangat cuma aku nak tengok kau dalam syurga nanti. Percayalah, syurga yang Allah
janjikan pada kita lebih indah dari syurga dunia yang kau tengah hadap sekarang.
Dunia Ini sementara tapi akhirat selamanya..."

"Dosa aku terlalu banyak. Dah berapa banyak benda haram masuk dalam badan
aku, Allah masih terimakah amalan aku?" Hazeeq menarik senyuman kecil.

"Sekali kau ucap dua kalimah syahadah, automatik kau jadi seorang muslim yang
bersih dari dosa. Tapi, niat kau juga kena betul. Niat pada Allah yang kau betul-betul
nak berubah jadi seorang muslim yang taat pada agama. Tinggalkan semua perkara
haram yang kau selalu buat. InsyaAllah, kau akan jadi seorang muslim yang berjaya."

Air mata Christ mengalir lagi. Kali ini, kata-kata yang diucapkan Hazeeq
memberikan tamparan hebat kepadanya. Dia mahu berubah menjadi yang lebih baik.
Dia mahukan ketenangan.

"Boleh kau tolong aku macam mana nak masuk Islam?" Hazeeq tersenyum manis
kepada Christ sebelum dia menganggukkan kepala.

"Mestilah boleh."

>>>>>

HARI demi hari, Hazeeq melihat Christ betul-betul ingin menjadi seorang muslim
yang taat pada agama Islam. Setiap hari, dia akan mengajar lelaki itu cara-cara untuk
bersolat dan membaca Iqra'. Dia juga mengajar lelaki tersebut untuk berpuasa dari
separuh hari ke sepenuh hari.

"Ajar aku ucap dua kalimah syahadah." Pinta Christ.
"Sebelum aku ajar, keluarga kau dah tahu yang kau nak masuk Islam?" Tanya
Hazeeq. Christ menggelengkan kepala.
"Tak payahlah bagitahu."
"Mana boleh. Restu mak ayah itu penting."
"Penting tapi tak wajibkan?" Hazeeq merenung wajah Christ lama membuatkan
lelaki itu mengalah.
"Fine."
Hazeeq mengangguk sambil mengeluarkan ibu jari ke atas kepada Christ.
Kemudian, stereng kereta dipusing ke kiri dan masuk ke dalam lorong rumah banglo
tiga tingkat sehingga kereta yang dipandunya berhenti tepat di hadapan sebuah rumah
berwarna kelabu cair. Christ menoleh memandang lelaki itu, tidak percaya.
"Sekarangkah?"

"Ya, sekarang. Alang-alang kita belum balik, apa salahnya melawat keluarga kau
kan?" Christ meraup wajahnya kasar. Mahu atau tidak terpaksalah dia keluar juga.
Lagipun, sudah masuk lima bulan dia tidak melawat keluarganya.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut setelah enjin
kereta dimatikan.

"Baru muncul? Mummy ingat you dah lupa jalan balik." Christ dan Hazeeq mati
langkah di hadapan pintu rumah. Christ mengeluh kasar.

"Where's daddy?"
"Outstation. Why are you here? For money?" Christ menggelengkan kepala. Dia
menoleh ke arah Hazeeq. Lelaki itu hanya diam.
"I don't want to argue with you. I just come here to tell you that I want to convert to
Islam." Terbeliak biji mata Puan Bang apabila mendengar ucapan tersebut keluar
daripada mulut satu-satunya anak lelakinya.
"What?! Are you crazy?! My answer is NO! I'll never allow you to convert!"
"My life, my choice. I don't want to get your permission. Zeeq, jom balik." Tanpa
membuang masa, Christ berpaling ke belakang untuk keluar daripada rumah banglo
tersebut diikuti Hazeeq.
"HAZEEQ!" Jerit Puan Bang membuatkan Hazeeq berpaling ke arah wanita itu
semula.
PANGG!!
"Apa yang kau dah hasut anak aku sampai dia melawan cakap aku ha?! Agama kau
ajar orang derhaka pada ibu bapa sendirikah?!!" Marah Puan Bang semahunya.
Hazeeq memegang pipinya yang ditampar wanita separuh baya itu. Dia merengus
kasar.

"Aunty cakap apa ini? Saya tak pernah ajar anak aunty perkara yang bukan-bukan.
Sekali lagi aunty hina agama saya, saya takkan teragak-agak untuk buat report. Watch
your mouth."

"Jangan kurang ajar dengan aku! Mak bapak kau tak pernah ajar kau cara hormat
orang tuakah?--"

"MUMMY!" Lantas tangan kanan Puan Bang yang hampir menampar pipi Hazeeq
buat kali kedua, disambar. Terhinjut bahu wanita itu tatkala dijerit oleh anak sendiri.

"Who are you to slap my friend in the face?"
"I'm your mom!"
"Try to respect others if you want them to respect you." Terus tangan Puan Bang
yang dicengkam Christ dilepaskan dengan kasar. Baru saja dia dan Hazeeq ingin
beredar keluar, Puan Bang bersuara lagi.
"Sekali kau jejakkan kaki keluar daripada rumah ni, kau bukan anak aku lagi dan
semua harta aku dan bapak kau, jangan harap kau akan dapat walau satu sen pun! Aku
harap kau excident sampai mampus!--"
"AUNTY!!" Hazeeq menjadi semakin bengang. Namun, bahunya terus ditepuk
Christ. Lelaki itu menggelengkan kepala.
"Biarkan. Jom kita balik." Ajak Christ sekali lagi. Kali ini nada suaranya
kedengaran perlahan dan sayu. Mereka berdua beredar keluar dalam kadar segera.
"Christ, kau dengar tak yang mak kau sendiri doakan kau bukan-bukan? Dia dah
gilakah apa?" Hazeeq cuba untuk menahan amarah yang semakin membuak dalam
dirinya. Christ masih terlihat tenang. Sepasang bibirnya tersungging senyuman kecil.
"Biarkan. Emosi dia tak betul sekarang. Tapi, kalau aku mati pun, apa salahnya?
Sekurang-kurangnya aku mati dalam keadaan agama aku, agama Islam. Betul tak?"
Hazeeq terdiam tidak terkata apabila Christ memberikan jawapan sebegitu kepadanya.

>>>>>

AKU melangkah keluar daripada kedai serbaneka 7E setelah selesai membeli
beberapa makanan ringan beserta secawan kopi panas segera. Cuaca pada malam ini
sedikit sejuk berbanding malam-malam sebelumnya.

Drttt... Drttt...
Aku mengeluarkan telefon pintar daripada poket baju sejuk yang aku pakai tatkala
deringan telefon berbunyi tanpa henti. Nama yang tertera pada skrin aku pandang
lama. Chan.
Selepas kami berdua bergaduh dua bulan yang lepas, lelaki itu terus menyepikan
diri tanpa khabar berita. Kelas pun dia tidak masuk. Kadang-kadang aku terfikir, apa
yang sedang dia lakukan sekarang? Sihat atau tidak? Masih marahkan akukah? Jika
difikirkan semula, aku juga ada buat salah kepadanya.
Drtt... Drtt...
Aku menarik nafas dalam sebelum panggilan diangkat.
"Assalammualaikum." Ucap Chan memberi salam dari dalam talian. Aku yang
sedang berjalan, terus berhenti.
"Waalaikumussalam."
"Lisya, boleh kita bercakap sekejap? Saya ada di seberang jalan." Refleks, kepala
aku terpusing ke kiri dan mendapati Christ sedang melambai ke arah aku sambil
menayang senyuman manis.

"AWAK marahkan saya lagikah?" Christ bertanya dalam nada serba-salah. Aku
menggelengkan kepala. Sepasang mata aku kekal melihat keindahan pantai pada
waktu malam.

"Past is past. Saya tak suka berdendam."
"Saya minta maaf sebab lukakan hati awak. Saya tiada niat pun nak hina agama
Islam. Mungkin saya terlalu ikutkan emosi sebab awak tolak lamaran saya hari itu."
Aku menggeleng tanda tidak mengapa.
"Sekurang-kurangnya awak sedar kesilapan awak." Kataku, lembut. Christ
tersenyum.
"By the way, saya ada berita baik nak bagitahu awak. Saya dah masuk Islam.
Selepas kita bergaduh dua bulan lepas, saya dan Hazeeq tinggal di rumah arwah
nenek saya di Bibury dan belajar pasal Islam. Seronok. Hati saya pun makin tenang
bila dengar surah-surah dari dalam Al-Quran. Hazeeq banyak tolong saya. Saya
banyak terhutang budi pada dia..."
Sepasang mata aku mula berkaca-kaca. Tidak sangka, doa aku untuk melihat dia
menjadi mualaf dikabulkan oleh Allah SWT. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku
berpaling dan memandangnya dari tepi.
"Tahniah, Chan..." Ucapku sambil menyeka air mata kegembiraan.
"Jangan panggil saya Chan. Panggil nama Islam saya, Taufiq. Muhammad Taufiq
Bin Abdullah." Aku menekup mulut bersama tangisan kecil yang mula kedengaran.
Taufiq menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku.
"Lisya...boleh tak saya nak minta satu permintaan?"
"Apa dia?"
"Saya nak awak gantikan tempat Hazeeq, ajar saya pasal Islam lebih dalam lagi.
Siang dan malam. Saya nak awak sentiasa ada disisi saya dan kalau boleh... saya nak

awak jadi makmum dan ibu kepada bakal anak-anak saya nanti. Itupun kalau awak
sudi--"

"Saya sudi." Jawabku tanpa berhelah lagi. Aku dan Taufiq memandang antara satu
sama lain sebelum tawa kecil kami terletus. Tidak sangka, impian aku untuk
melihatnya menjadi suami aku yang sah akan tercapai suatu hari nanti. Semoga
hubungan cinta kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

NUR FATHIAH SHAFIYYAH BINTI ISMAIL
SMK DANG ANUM


Click to View FlipBook Version