The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurisma Muhammad, 2024-01-07 19:44:07

koleksi cerita rakyat sandakan

koleksi cerita rakyat sandakan

PENGHARGAAN Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pengajian Sejarah Kesusasteraan Melayu kami iaitu Cik Fatin Najla Binti Omar dan Prof. Madya. Dr. Zainul Anwar kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar selama proses menyediakan dan menyiapkann tugasan individu ini. Setiap nasihat dan teguran yang diberi oleh mereka telah memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang dikehendaki ini. Selain itu, terima kasih juga kedapa ibubapa dan rakan sekelas saya kerana banyk membantu dari segi kewangan dan ilmu tambahan. Tanpa mereka saya tidak akan berhasil menyiap tugasan ini. Segala jasa dan usaha mereka sangat saya hargai i


PRAKATA Syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah selesai menyiapkan tugasan individu bagi khusus Sejarah Kesusasteraan Melayu yang telah dikehendaki ini. Tugasan ini dihasilkan adalah untuk menarik minat remaja untuk membaca buku sastera melayu ini yang mengfokuskan pada cerita rakyat berbentuk dongeng. Penghasilan buku ini mempunyai banyak cabaran dan dugaan dalam menceritakan cerita rakyat. Buku ini dapat memberi pengajaran dan nilai murni dalam hidup pembaca yang boleh dijadikan teladan. Saya juga telah melaksanakan buku ini dengan bersungguh-sungguh tetapi saya merasa terdapat beberapa kekurangan dalam penghasilan tugasan ini. Segala kelemahan mohon dimaafkan. ii


ISI KANDUNGAN 1. Penghargaan i 2. Prakata ii 3. Isi kandungan iii 4. Cerita 1: Batu Berkaki Tiga 1-20 5. Cerita 2: Buaya dengan Nenek Tua 21-40 6. Pengajaran iv 7. Biodata Penulis v 8. Biodata Informen vi iii


Pada suatu hari, terdapat seekor sapi yang hidup bahagia di sebuah kampung yang bernama Kampung Bahagia. Sang Sapi dipelihara oleh Tuannya sejak dia lahir lagi dan Tuannya yang merupakan ketua kampung di kampung tersebut. 1


Pada suatu hari, terdapat seekor sapi yang hidup bahagia di sebuah kampung yang bernama Kampung Bahagia. Sang Sapi dipelihara oleh Tuannya sejak dia lahir lagi dan Tuannya yang merupakan ketua kampung di kampung tersebut. 1


Sang Sapi berasa sangat disayangi kerana dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Setiap pagi, Tuan danSang Sapi akan pergi ke sawah bersama. Sang Sapi akan diberi makan rumput manakala Tuan akan melakukan pekerjaan harian dengan mencantas padi. 2


Kehidupan Sang Sapi sangatlah bahagia bersama Tuannya kerana dia tidak mempunyai teman sejak dia kehilangan ibunya. Tuannya pula merupakan seorang yang hidup dengan sebatang kara dan bergantung dengan haiwan peliharaannya sahaja. 3


Sang Sapi sering dibawa kemana-mana pun oleh Tuannya kerana dia dijadikan sebagai haiwan tunggangan jika ingin ke suatu tempat. Sang Sapi sanggup berkorban tenaga demi membawa Sang Tuan ke mana sahaja ia mahu pergi. 4


Keesokan harinya, berlaku satu peristiwa di mana terdapat seekor buaya besar muncul dari laut ke permukaan darat. Kampung Bahagia menjadi huru-hara selepas munculnya Sang Buaya dan penduduk di kampung itu berasa ketakutan. 5


Sang Sapi terkejut mendengar kabar berita tentang buaya yang muncul secara tiba-tiba. Tuan pening dengan situasi yang berlaku di kampung itu dan mencari cara untuk menyelesaikan isu kedatangan binatang buas di Kampung Bahagia. 6


Sebagai ketua Kampung Bahagia, Tuan mengadakan mesyuarat tergempar di Balai Raya bersama penduduk kampung untuk membincangkan tentang kehadiran buaya yang mampu mengancam keselamatan nelayan di laut. 7


Mereka pelik dengan kehadiran Sang Buaya kerana buaya tidak pernah hidup di lautan yang masin dan mereka berfikir bahawa kedatangan buaya itu merupakan petanpa buruk bakal berlaku terhadap kampung tersebut. 8


Sang Sapi keliru dengan Sang Buaya yang muncul di lautan sedangkan habitan seekor buaya adalah di sungai yang tawar. Lalu, Sang Sapi pun pergi bertemu dengan Sang Buaya dengan mendekati lautan dan memanggil buaya. 9


Sang Sapi berpura-pura minum air laut untuk memanggil Sang Buaya yang tahu akan kehadirannya di tepi laut kerana Sang Sapi sedar bahawa buaya adalah pemangsa yang memakan semua haiwan di daratan mahupun lautan. 10


Lalu, timbul Sang Buaya secara tiba-tiba kerana ingin membaham Sang Sapi. Namun, Sang Buaya tidak berjaya memakan Sang Sapi. Kemudian, Sang Sapi menahan Sang Buaya daripada melarikan diri kerana mahu bercakap dengan Sang Buaya. 11


Sang Buaya yang gerun ingin menakutkan Sang Sapi tetapi diketawakan oleh Sang Sapi kerana dia tidak dapat memakannya. Sang Sapi memberitahu Sang Buaya untuk pergi jauh dari kampung itu dan jangan datang kembali. 12


Namun, Sang Buaya tidak ingin pergi dari kawasan tersebut kerana di situ terdapat banyak sumber makanan. Sang Sapi memaksa Sang Buaya untuk menjauhi kampung itu kerana penduduk kampung takut akan kehadirannya. 13


Sang Sapi menakutkan Sang Buaya dengan menyatakan bahawa dia akan ditangkap dan dibunuh oleh penduduk kampung kerana tuan Sang Sapi telah membuat perancangan untuk memasang jerat yang besar dan panjang di setiap kawasan perairan. 14


Setelah itu, Sang Buaya pun berlalu pergi dengan rasa geram kerana dia tidak ingin pergi dari kawasan kampung itu. Dengan ini, Sang Sapi beranggapan bahawa Sang Buaya akan pergi meninggalkan kampung tersebut kerana takut. 15


Tetapi malangnya setelah Sang Sapi pulang ke rumah Tuannya, dia tidak menjumpai Tuan dan pergi mencari di sawah padi belakang rumah. Semasa Sang Sapi mencari tuannya, penduduk kampung tibatiba berlarian ke arah laut. 16


Sang Sapi pun hairan dan mengikuti penduduk kampung ke laut dan melihat Tuan telah terbaring di tepi sungai. Tuan mengalami pendarahan yang banyak kerana digigit oleh buaya semasa memasang umpan di dalam jerat buaya. 17


Sang Sapi terkejut melihat keadaan Tuannya dan sedih kerana rancangannya untuk menghalau buaya tersebut tidak berhasil malah menjadi lebih buruk. Tuan dihantar ke hospital berdekatan dan diberikan rawatan selanjutnya. 18


Sang Sapi berlari mencari Sang Buaya di tepi laut dan melihat Sang Buaya terampung dengan santainya. Kemudian Sang Sapi berlari masuk ke dalam laut untuk melawan Sang Buaya kerana telah mengigit tuannya. 19


Pergelutan antara mereka dilihat oleh penduduk kampung kerana peristiwa itu tidak pernah berlaku dan menjadikan penduduk kampung tertarik melihatnya. Ketika Sang Sapi dan Sang Buaya berlawan, petir dari langit telah menyambar mereka sehingga menjadi batu. 20


BUAYA DENGAN NENEK TUA SASTERA RAKYAT SABAH NURISMALYA


22 ORANG KAMPUNG SENANG DENGAN KEHADIRAN NENEK TUA I TU KERANA SI FATNYA YANG BAIK HAT I DAN PEMURAH. NENEK TUA SERING MENJUAL HASI L TANGKAPANNYA SET IAP PAGI DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN. SETELAH SELESAI BERJUALAN DI PASAR, NENEK TUA PUN PULANG KE RUMAH UNTUK BEREHAT .


23 KEESOKAN HARINYA, CUCU LELAKI NENEK I TU DATANG UNTUK MENZIARAHINYA. LALU, NENEK TUA PUN GEMBIRA AKAN KEHADIRAN CUCU SULUNGNYA DAN MENYAMBUT KEDATANGANNYA DENGAN PENUH KASIH SAYANG. NENEK TUA I TU SANGGUP MENANGKAP IKAN, SOTONG, UDANG DAN KETAM DI SUNGAI UNTUK DIMASAK DIRUMAH. CUCU SULUNGNYA YANG BERNAMA ARI F SANGAT MENYUKAI MAKANAN LAUT .


24 SELEPAS MEREKA MAKAN TENGAHARI BERSAMA, ARI F MEMINTA IZIN PERGI UNTUK PULANG KE BANDAR KERANA MEMPUNYAI BANYAK KERJA YANG BELUM DI SELESAIKAN. NAMUN, NENEK MENYURUH ARI F UNTUK MENGINAP DAN T IDUR SEMALAMAN DI RUMAH I TU. ARI F PUN MENDENGAR KATA IBUNYA DAN BEREHAT SEHARIAN DI RUMAH.


25 HARI PUN MULAI GELAP, ARI F PUN MEMANDANG KE ARAH SUNGAI YANG BERADA DI HADAPAN RUMAHNYA. DIA MEMERHAT I ADA PERGERAKKAN DI TEBING SUNGAI. LALU, ARI F PUN MENYULUH KE ARAH TEBING SUNGAI DAN MELIHAT SEEKOR BUAYA YANG BESAR SEDANG TERDAMPAR. BUAYA TERSEBUT PUN BERLARI MASUK KE DALAM SUNGAI KERANA ARI F MENYULUH CAHAYA KE MATA BUAYA I TU.


26 ARI F BERGEGAS MASUK KE DALAM RUMAH DALAM MENCARI NENEKNYA DAN MEMBERI TAHU ADA BUAYA. NENEK TUA TERKEJUT DENGAN APA YANG DICERI TAKAN OLEH ARI F DAN ARI F MENAS IHAT I NENEKNYA UNTUK T IDAK TURUN KE SUNGAI LAGI. NENEK BERANGGAPAN BAHAWA ARI F HANYA MEREKA-REKA CERI TA KERANA SELAMA DIA KE SUNGAI, NENEK T IDAK PERNAH MENJUMPAI BUAYA.


27 NENEK BERASA DIRINYA SELAMAT TURUN KE SUNGAI DAN AKHIRNYA PERGI MENCARI HAS IL TANGKAPAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBER MAKANAN PERDAPATAN HARIAN. NENEK MENYURUH CUCUNYA ARI F UNTUK PULANG KE BANDAR AGAR DIA BOLEH TURUN KE SUNGAI. SETELAH ARI F PULANG, NENEK TUA I TU BERGEGAS TURUN KE SUNGAI UNTUK MENANGKAP IKAN LAGI.


28 SEMASA DALAM PERJALANAN KE HULU SUNGAI, NENEK TERSEREMPAK DENGAN SEBUAH BOT YANG BERHENT I DI TEBING SUNGAI. NENEK BERASA HAIRAN DAN TERUS MELIHAT APA YANG BERLAKU. RUPA-RUPANYA, SEORANG NELAYAN TELAH DIGIGI T OLEH BUAYA DAN KEHILANGAN KAKI KIRINYA. NENEK PUN BERASA TERKEJUT KERANA TERINGAT AKAN CERI TA YANG DICERI TAKAN OLEH CUCUNYA ARI F .


29 KEADAAN DI KAMPUNG MAWAR MENJADI HURUHARA SELEPAS BERLAKU SERANGAN BUAYA. PENDUDUK KAMPUNG BERASA TAKUT UNTUK TURUN KE SUNGAI KERANA TAKUT AKAN KEHADIRAN SANG BUAYA. AKAN TETAPI, NENEK TUA T IDAK TAKUT AKAN KEHADIRAN BINATANG BUAS I TU. DIA TETAP INGIN TURUN KE SUNGAI UNTUK MENCARI SUMBER REZEKI DAN SUMBER MAKANAN HARIANNYA.


30 NENEK PUN BERS IAP UNTUK MENANGKAP IKAN DAN TURUN KE SUNGAI UNTUK MEMASANG PERANGKAP JALA. SETELAH BEBERAPA MINI T DI SUNGAI, NENEK MELIHAT ADA SEEKOR BUAYA YANG SEDANG BERUSAHA MELEPASKAN DIRI DARI TERPERANGKAP DI AKAR POKOK BAKAU. TANPA BERF IKIR PANJANG NENEK TUA I TU PUN, MENDEKAT I BUAYA I TU.


31 NENEK TUA PUN MENOLONG BUAYA DAN MEMOTONG AKAR POKOK KAU MENGGUNAKAN PARANG BESAR. BUAYA I TU PUN DENGAN LAJU MENINGGALKAN NENEK TUA I TU. NENEK TUA BERASA PELIK KERANA BUAYA I TU T IDAK MENYERANGNYA SEDANGKAN BUAYA ADALAH HAIWAN PEMANGSA YANG PALING GANAS . SETELAH I TU, NENEK TUA PUN PULANG KE RUMAH UNTUK BEREHAT .


32 PADA MALAM HARI, NENEK BERMIMPI TERJUMPA DENGAN BUAYA YANG DIA JUMPA TADI S IANG DAN NENEK PUN TERJAGA DARI T IDURNYA. KEESOKKAN HARINYA, DIA TERF IKIR AKAN MIMPINYA SEMALAM DAN BERF IKIR UNTUK MENGETAHUI TENTANG MAKSUD MIMPINYA YANG MI S TERI I TU.


33 NENEK PUN BERGEGAS KE SEBUAH RUMAH BOMOH YANG MAMPU MENTAF S I F MIMPI SESEORANG. NENEKPUN BERJUMPA DENGAN PENTAF S I F MIMPI DAN MEMBERI TAHU TENTANG AP YANG DIA ALAMI SEMASA DI DALAM MIMPINYA I TU.


34 PENTAF S IR MIMPI I TU PUN TERKEJUT DENGAN MIMPI YANG DIALAMI OLEH NENEK TUA KERANA DIA DIDATANGI SEEKOR BUAYA JADIAN YANG SANGAT GANAS . PENTAF S IR MIMPI PUN MEMBERI TAHU NENEK TUA BAHAWA BUAYA TERSEBUT INGIN BERJUMPA DENGAN NENEK SEBAGAI TANDA TERIMA KAS IH MENOLONGNYA.


35 NENEK BERASA TAKUT UNTUK BERJUMPA DENGAN BUAYA TERSEBUT KERANA DIA T IDAK INGIN DIMAKAN OLEH BINATANG BUAS I TU. NAMUN, PENTAF S IR MIMPI MENYURUH NENEK TUA UNTUK MEMBAWA MAKANAN KE SUNGAI JIKA INGIN BERJUMPA DENGAN SANG BUAYA.


36 LALU, NENEK TUA PULANG KE RUMAH UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN MENTAH SEPERT I AYAM UNTUK BUAYA. NENEK TUA PUN MENAIKI PERAHU DAN MENUNGGU DI TEPI SUNGAI SAMBIL MEMANGGIL SANG BUAYA. BEBERAPA MINI T KEMUDIAN, MUNCUL SEEKOR BUAYA BESAR KE PERMUKAAN AIR.


37 SANG BUAYA TERSEBUT MALAH T IDAK MENAKUTKAN NENEK TUA DAN RUPANYA DIA MAMPU BERCAKAP DENGAN NENEK TUA. BUAYA I TU MENGUCAPKAN TERIMA KAS IH KEPADA NENENK TUA KERANA TELAH MELEPASKAN DIA DARIPADA TERJERAT DI AKAR POKOK BAKAU. NENEK TUA I TU PUN TERSENYUM DAN MEMBERI MAKAN KEPADA SANG BUAYA.


38 SEBELUM NENEK TUA PERGI UNTUK PULANG KE RUMAH, SANG BUAYA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN NENEK BAHAWA DIA T IDAK AKAN MEMBAHAM ATAU MENGIGI T KETURUNAN NENEK TUA I TU SEBAGAI GANJARAN TELAH MENYELAMATKANNYA. NENEK PUN GEMBIRA MENDENGAR APA YANG DIPERKATAKAN OLEH BUAYA I TU.


39 SETELAH I TU, NENEK BERASA TENANG DAN SELAMAT UNTUK TURUN KE SUNGAI KERANA PERJANJIAN YANG DIBUAT ANTARA DIA DAN SANG BUAYA SANGAT BENAR. NENEK TUA I TU BERANI TURUN KE SUNGAI SENDIRIAN TANPA WAS-WAS AKAN BINATANG BUAS I TU. DIA PUN MEMULAKAN HARINYA SEBAGAI SEORANG NELAYAN DENGAN BIASA.


40 SEHINGGA KINI, BELUM PERNAH KETURUNAN SUNGAI DIGIGI T OLEH BUAYA KERANA NENEK TUA I TU BERKETURUNAN SUNGAI.


PENGAJARAN 1. Kita haruslah saling bantu-membantu antara satu sama lain ketika melihat orang dalam kesusahan. 2. Kita hendaklah menghormati jika berapa di tempat orang agar masyarakat kampung senang dengan kehadiran kita. 3. Kita mestilah merendahkan diri dengan berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita ketika dalam kesusahan 4. Kita juga haruslah menyayangi haiwan serta melayan haiwan dengan baik kerena mereka juga merupakan makhluk yang mempunyai perasaan. iv


Nama diberi adalah Nur’Ismalya Binti Mohamad Mostamam. Berumur 21 Tahun dan berasal dari daerah Sandakan, Sabah. Merupakan anak kedua daripada lima adik beradik ini kini telah menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah dalam Jurusan Seni Kreatif. BIODATA PENULIS v


Nama: Aluyah Binti Hassan Umur: 69 Tahun Tarikh Lahir: 1 Januari 1955 Nombor telefon: 019-5720724 . BIODATA INFORMEN vi


Buku ini merupakan cerita rakyat yang diceritakan oleh nenek moyang terdahulu yang terdapat di daerah Sandakan. Setiap penceritaan yang dihasilkan di dalam buku ini ada sejarah mitos yang berlaku pada zaman dahulu.


Click to View FlipBook Version