INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
(EDUP2083D)
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAMA DISEDIAKAN OLEH:
SABIRAH BINTI MOHD NOR
ANGKA GILIRAN 2021192380041
NOMBOR KAD PENGENALAN 770217115150
KUMPULAN PDPM PAK 2
EDUP2083D ASAS PSIKOLOGI
KOD DAN NAMA KURSUS
PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA 11 DISEMBER 2021
MAKLUM BALAS DAIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN 1
NO. PERKARA MUKASURAT
1.0 Pengenalan 2
2.0 Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak 2
3
2.1 Perbezaan perkembangan kanak-kanak secara individu 4
2.2 Pembentukan Personaliti 6
2.3 Konsep Kendiri 7
4.0 Penutup 6
5.0 Rujukan
2
1.0 Pengenalan
Perkembangan seseorang berlaku samada dalam segi fizikal dan psikologi. Perkembangan
paling aktif berlaku ketika kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dikategorikan kepada enam
bidang perkembangan iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian, perkembangan
bahasa dan literasi awal, perkembangan awal matematik, perkembangan fizikal dan
perkembangan daya kreativiti dan estetika. Ciri-ciri kanak-kanak ini dapat dilihat dalam aspek
sahsiah, kemahiran berbahasa atau komunikasi, kompeten belajar, berdikari dan kreativiti.
Setiap kanak-kanak berbeza dengan kemampuan dan kelebihan masing-masing. Big Idea
‘mengupayakan kompetensi, merentas dimensi’ dapat direalisasikan sekiranya kelebihan kanak-
kanak ini dapat dibimbing dan dikembangkan potensi mereka seterusnya akan memberi
manafaat kepada mereka dan masyarakat. Keluarga, warga sekolah sekolah, rakan sebaya,
media massa dan masyarakat memainkan penanan dalam kemenjadian seseorang murid atau
kanak-kanak supaya kanak-kanak ini mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
2.0 Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak
Peringkat perkembangan kanak-kanak ini bermula sejak lahir lagi. Sifat asas manusia terselarlah
ketika sejak lahir sehingga umur dua tahun. Pada umur tiga hingga lapan tahun akan kelihatan
perkembangan fizikal (psikomotor) yang lebih pesat. Seterusnya kanak-kanak ini akan mula
menjalin hubungan dengan kawan-kawan sebaya dan mula bergaul.
Menurut temubual dengan Encik Mohd Harjazi, iaitu seorang pensyarah psikologi dan kaunseling
mengatakan tahap perkembangan umum fizikal seorang kanak-kanak sejak lahir akan mula dari
baring seterusnya meniarap, mengengsot, merangkak, duduk, berjalan dan akhirnya mampu
berlari. Peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini perlu mengikut aturan umum
yang sedia ada dan tidak boleh melangkaui perkembangan mereka atau dipercepatkan.
Perkembangan awal kanak-kanak ini tidak perlu dilatih tetapi tidk boleh disekat. Jika bayi atau
kanak-kanak ini meninggalkan fasa perkembangan umum ini, akan ditakuti akan menganggu
aspek perkembangan yang lain.
3
2.1 Perbezaan perkembangan kanak-kanak secara individu
Seseorang indvidu adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. Perkembangan antara
individu juga berbeza. Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau
suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut
perkataan mengikut peringkat umur. Perkembangan kanak-kanak berlaku dari segi jasmani,
emosi, mental, rohani dan sosial. Seorang ahli falsafah Greek bernama Plato mengatakan
bahawa tiada dua orang yang sama. Setiap orang berbeza dari segi bakat, potensi dan
kebolehan. Setiap individu adalah sesuai untuk satu pekerjaan sahaja.
Susunan perkembangan kanak-kanak adalah sama tetapi kadar perkembangan sesoerang
kanak-kanak atau individu adalah berbeza. Ia bergantung kepada genetik atau baka dan
persekitaran.
Aspek perkembangan jasmani apabila bertambah kemahiran dalam menggunakan anggota
badan seperti merangkak, berjalan, berlari atau melompat. Perkembangan mental iaitu apabila
berlaku pertambahan keupayaan berfikir termasuk perkar subjektif. Ia melibatkan kemahiran
menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul dan analisis.
Perkembangan emosi iaitu perasaan seronok, gembira, sedih atau takut. Kanak-kanak dapat
mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Dari segi perkembangan sosial, kanak-kanak
dapat meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain. Kemahiran
mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan. Merujuk Ajeng et. al (2020) menyatakan
Hurlock (1978) mengatakan bahwa perkembangan sosial adalah kemampuan seseorang
dalam bersikap atau berperilaku dalam berinteraksi dengan unsur sosialisasi di masyarakat
yang sesuai dengan tuntutan sosial. Perkembangan sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. kemampuan sosial anak dapat diperoleh dari berbagai
kesempatan dan pengalaman bergaul dengan orang-orang dilingkungannya. Bayi sudah
mampu untuk berinteraksi dengan orang lain telah dirasakan sejak usia enam bulan, ketika ini
bayi sudah mampu mengenal lingkungannya.
Dengan adanya kombinasi atau hubungkait antara setiap perkembangan tersebut menjadikan
ciri fizikal dan psikologi yang berbeza antara setiap individu.
4
2.2 Pembentukan Personaliti
Azizi et.al (2006) menyebut personaliti adalah susunan unsur akal dan jiwa yang menentukan
perbezaan tingkah laku atau tindakan individu. Konsep personaliti merupakan konsep yang
begitu luas sehingga menjadi suatu yang amat penting.
Sigmund Freud mendifinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri
seseorang individu iaitu merujuk tentang tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain
atau merujuk kepada perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.
Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang iaitu faktor
baka/genetik dan persekitaran. Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Baka ibu bapa
akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka contohnya dari segi bentuk badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anak mereka.
Menurut seorang ahli psikologi Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitan
rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia
kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri
personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara
bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.
Menurut Azizi Yahya (2006), mengatakan Gerart Heymans membahagikan personaliti
manusia berdasarkan tujuh unsur iaitu gapasioneerden iaitu orang yang hebat,kuat, aktif,
bersikap keras egois dan patriot yang baik dia suka menolong orang yang lemah, cholerici
iaitu orang yang garang, aktif tetapi lemah, tetapi kuat bekerja, periang dan mereka suka
kemewahan dan sering bertindak tanpa berfikir, sentimental iaitu orang perayu yang aktif
emosional dan sering mengikut kata hati dan suka menjauhi diri dari kebisingan dan
keramaian, nerveuzen iaitu orang penggugup tidak aktif, lemah tidak sabar dan tidak mahu
berfikir panjang dalam menyelesaiikan masalah, flegmaciti iaitu orang yang tenang, tidak aktif,
tekun bekerja, berpandangan luas, rajin dan sering memberi dan membantu orang
lain,sanguinci iaitu orang keanak-anakan yang tidak aktif, ragu-ragu bertindak, pemurung,
pendiam, berpegang teguh pada pendirian dan tidak gila kuasa, amorfem iaitu orang tak
berbentuk yang tidak aktif, lemah tidak bercampur gaul dengan orang dan mengharapkan
bantuan dari orang lain.
5
Personaliti seserang dibentuk dan dilihat dari sifat, pengalaman mereka. Oleh itu ia jelas
menggambarkan situasi individu itu dalam menghadapi kehidupan. Setiap fizikal seseorang
dapat di lihat dari pebagai aspek kehidupannya. Pengukuran personaliti dibentuk adalah
bertujuan mengetahui corak personaliti secara terperinci dengan mengetahui corak atau jenis
personaliti seseorang menjadi lebih sempurna. Ia dapat di ukur dengan persoalan dan kajian
serta instrumen yang betul. Terdapat pelbagai cara dalam mengukur atau menyelidik
personaliti iaitu secara pemerhatian langsung, wawancara atau melalui Inventori personaliti.
Inventori personaliti adalah dengan menyoal seseorang dengan soalan yang mendorong
individu untuk memahami situasi dan peraaan masing-masing.
Personaliti kanak-kanak adalah ciri-ciri pada seseorang kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak
yang petah, mudah mesra, extrovert (peramah, tidak mudah risau, suka bermain aktif),
introvert (pemalu, sensitif, sentiasa berfikir sebelum bertindak) atau ambivert (kombinasi
extrovert dan introvert). Personaliti ini masih boleh dibentuk atau melalui latihan. Contohnya
kanak-kanak diajak bergaul atau bermain dalam kumpulan untuk membentuk perkembangan
sosial kanak-kanak.
Untuk mengupayakan kompetensi kanak-kanak dan jadikan perkembangan mereka merentasi
dimensi, personaliti baik kanak-kanak ini perlu dibentuk sejak dari kecil. Keluarga dan pendidik
memainkan peranan penting dalam bimbingan dan pembentukan personaliti kanak-kanak.
Sebagai contoh di akhir gerak kerja atau aktiviti pembelajaran, perlu menjadi rutin untuk
menerapkan nilai-nilai murid yang diperolehi daripada hasil pembelajaran tersebut. Pendidik
perlu menyebut atau menerap nilai-nilai murid yang kanak-kanak ini perolehi semasa aktiviti
berlangsung.
Keluarga yang mewujudkan lingkungan yang penuh rasa hormat dan kasih sayang akan
membentuk personaliti kanak-kanak yang positif. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan
bermain, bercakap dan memilih apa yang ingin dimiliki bagi membina keyakinan dan
seterusnya memiliki perkembangan personaliti yang positif.
Peranan media yang berleluasa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai sikap ingin tahu dan ingatan yang
tinggi mudah menyerap masuk maklumat yang disampaikan oleh media massa. Ketika ini
6
peanan ibu bapa sangat penting untuk menerangkan implikasi atau asbab yang betul dalam
maklumat yang diterima dari media massa.
2.3 Konsep Kendiri
Konsep kendiri bermaksud penilaian seseorang ke atas dirinya. Ia melibatkan jasmani dan
psikologi. Menurut Mustaffa Hashim (2016) mengatakan Rogers (1951) berpendapat bahawa
konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang
lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya. Contohnya, jika
seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila
berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang
sepatutnya diberikan kepada orang baik.
Cara berfikir dan tingkah laku seseorang pelajar dipengaruhi oleh konsep kendirinya. Konsep
kendiri yang positif akan menghasilkan keyakinan diri yang tinggi, dan mempengaruhi
kejayaan diri seseorang pelajar. Namun, sebahagian pelajar kurang berkeyakinan dan
menunjukkan sikap yang pasif sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Untuk mencapai kejayaan yang tinggi, seseorang seharusnya memiliki konsep kendiri yang
baik. Untuk memiliki konsep kendiri yang baik, seharusnya kanak-kanak itu mempunyai
sahsiah mulia, mampu berkomunikasi dengan baik, kompeten dalam belajar, yakin, berdikari
dan kreatif .
Konsep kendiri seseorang kanak-kanak mempengaruhi pemikiran dan perbuatan mereka
dalam sesuatu perkara. Tanpa disedari konsep kendiri ini juga boleh berubah-ubah dalam
suatu jangka waktu tertentu. Konsep kendiri dipengaruhi oleh faktor persekitarannya seperti
ibu bapa, keluarga, guru, rakan sebaya dan juga masyarakat sekeliling. Seseorang kanak-
kanak, mereka mula belajar berpikir dan merasakan dirinya seperti apa yang telah ditentukan
oleh orang lain dalam lingkungannya. Contohnya pandangan ibu bapa meraka terhadap diri
mereka. Jika berlaku penceraian dalam sesebuah keluarga, peristiwa ini mungkin
meningggalkan kesan negatif ke atas diri seseorang. Kesannya ia mengubah konsep kendiri
seseorang seterusnya mengubah personalitinya kepada personaliti yang baru. Pembelajaran
juga akan turut terjejas disebabkan peristiwa tersebut.
7
Pendidik juga memainkan peranan dalam konsep kendiri kanak-kanak. Pendidik seharusnya
bijak dengan apa yang dikatakan dan dilakukan pada kanak-kanak sehingga tidak membuat
kanak-kanak merasa dihargai dan bermakna buat mereka. Ini akan menjadikan anak lebih
dapat mengembangkan keterampilannya yang akan mempengaruhi harga dirinya.
Konsep diri yang rendah dan peranan keluarga yang rendah berhubungkait dengan
kecenderungan kenakalan seseorang kanak-kanak. Sebaliknya konsep diri dan keharmoniaan
suatu keluarga yang tinggi berhubungkait dengan rendahnya tahap kenakalan seseorang
kanak-kanak. Lingkungan keluarga dan masyarakat yang kondusif serta penuh nilai positif
mampu membantu pembentukan konsep diri positif yang diperlukan oleh kanak-kanak yang
sememangnya mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
Menurut Azizi et al (2010) ada mengatakan Teori Hierarki Keperluan Maslow Sebagai Model
Kajian Konsep Kendiri yang menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi
kesemua keperluan asas iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih
sayang sebelum memenuhi keperluan penghargaan kendiri dan mencapai kesempurnaan
kendiri. Jika keperluan asas telah dipenuhi, seseorang individu akan lebih yakin pada diri dan
seterusnya membina konsep kendiri yang positif.
4.0 Penutup
Semua entiti disekeliling kanak-kanak memainkan peranan dalam membentuk personaliti dan
konsep kendiri kanak-kanak. Proses mengenalpasti keupayaan diri yang berbeza antara kanak-
kanak, memberi bimbingan dan sokongan akan menjadi semangat dan keyakinan untuk
seseorang kanak-kanak untuk terus mengembangkan bakat dan keupayaan diri mereka
menjangkau dimensi kurikulum yang ada.
Adalah sangat penting keluarga, sekolah dan komuniti sedar untuk bekerjasama melengkapkan
diri kanak-kanak dengan personaliti positif dan konsep kendiri yang baik. Diharap dengan
pembentukan perkembangan yang baik pada setiap kanak-kanak ini dapat menjadikan mereka
warga masyarakat yang matang dan mampu bersaing di peringkat global.
8
1666 patah perkataan.
5.0 Rujukan
Ajeng Rahayu Tresna Dewi1, Mira Mayasarokh2 & Eva Gustiana. (2020). Perilaku Sosial
Emosional Anak Usia Dini
Azizi Hj. Yahaya. (2008). Pembentukan Personaliti Remaja. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia,Johor.
Azizi Bin Yahaya & Norlaily Binti Ahmad. (2010). Teori-Teori Konsep Kendiri. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya & Shahrin Hashim. (2006). Mengenal Personaliti Remaja.
Beatriks Novianti Kiling & Indra Yohanes Kiling. (2015). Tinjauan Konsep Diri Dan Dimensinya
Pada Anak Dalam Masa Kanak-Kanak Akhir
Mustaffa Hashim. (2014). Pengertian Konsep Kendiri.
Yudrik Jahja. (2011). Psikologi Perkembangan.