BUKU PANDUAN
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
Disediakan oleh:
Cik Fatihah
Cik Faizah
Cik Khairunisa
PENGENALAN
Buku panduan ini adalah bertujuan untuk
menjadi rujukan kepada bakal kaunselor bagi
menjalankan sesi kaunseling bersama klien
yang berbeza bangsa dan budaya.
Buku ini dihasilkan daripada idea dan
pengalaman kaunselor pelatih sepanjang
menjalankan internship kaunseling yang
melibatkan isu kaunseling pelbagai budaya.
Buku ini diharapkan dapat membantu bakal
kaunselor untuk memperolehi sesi yang efektif
walaupun terdapat perbezaan bangsa.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan ............................................................ 2
Pendahuluan ......................................................... 4
Model RESPECTFUL................................................ 5
Panduan Kemahiran Asas Kaunseling
Mengikut ;
i. Kaum Melayu ................................................... 6
ii. Kaum India ......................................................... 7
iii.Kaum Cina .......................................................... 8
iv.Lain-lain Kaum ................................................. 9
v. Borang Maklumat Pelajar ............................ 10
vi. Link Rujukan Bahasa Asas .......................... 11
vii. Aplikasi cadangan penterjemahan
Bahasa ..................................................................... 12
PENDAHULUAN
Menurut Corey, Corey dan Callanan (2010), kaunseling
pelbagai budaya merupakan apa sahaja perhubungan
kaunseling antara kaunselor dan klien dari kelompok budaya
yang berbeza, pegangan kepada andaian yang berbeza
mengenai realiti sosial dan pandangan dunia.
Elemen-elemen dalam budaya.
Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur
kehidupan seharian. Antara elemen-elemen yang terdapat
dalam budaya ialah :
i. Bahasa – dalam sesebuah Negara mungkin ada lebih
daripada satu Bahasa yang digunakan untuk bertutur.
ii. Norma – norma adalah peraturan sosial yang
menentukan tingkahlaku yang boleh diterima dan tidak
boleh diterima dalam sesuatu situasi.
iii. Nilai dan kepercayaan– merupakan andaian dan
penilaian yang dilakukan terhadap bahan, matlamat atau
keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai.
iv. Kawalan – ganjaran atau hukuman ke atas tingkah laku
bersabit dengan norma sosial.
v. Pengalaman yang serupa atau dipelajari
MODEL RESPECTFUL
R - Religious/spiritual identity
E - Economic class background
S - Sexual identity
P - Level of psychological maturity
E - Ethnic/racial identity
C - Chronological/ developmental challenges
T - Threats to well-being and trauma
F - Family background and history
U- Unique physical characteristics
L - Location of residence and language differences
PANDUAN kEMAHIRAN ASAS
KAUNSELING
(kEMAHIRAN VERBAL)
KAUM MELAYU
Kaunselor pelatih (KP) perlu mengetahui
sekurang-kurangnya dialek asas bagi negeri
yang akan KP laksanakan internship.
KP perlu berkomunikasi berdasarkan topik
yang bersesuaian dengan ;
status ekonomi
latar belakang keluarga
keunikan diri murid-murid
KAUM INDIA
KP perlu menurunkan laras bahasa ketika
berkomunikasi di dalam sesi mengikut
kemampan klien dalam menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
KP perlu mengenalpasti tahap
penguasaan Bahasa Melayu klien.
KP perlu berkomunikasi berdasarkan
topik yang bersesuaian dengan ;
status ekonomi
latar belakang keluarga
keunikan diri murid-murid
KP digalakkan menggunakan bahasa
mudah atau bahasa pasar
KP perlu mengambil tahu tentang minat
klien yang tidak melampaui kepercayaan
agama dan kepercayaan klien.
KAUM CINA
KP perlu menggunakan laras bahasa yang
rendah dan bersesuaian dengan tahap
pengetahuan klien dalam penguasaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris
KP digalakkan menggunakan bahasa mudah atau
bahasa pasar
KP perlu bijak mencari topik yang diminati untuk
menarik klien bercerita seperti berbual tentang
bisnes, tentang orang yang disukai dan
sebagainya.
KP perlu berkomunikasi berdasarkan topik yang
bersesuaian dengan ;
status ekonomi
latar belakang keluarga
keunikan diri murid-murid
KP perlu mengambil maklum klien Cina
kebiasaannya akan lebih mudah memberontak
dan penerimaan ibu bapa jugak agak kurang
memberi sokongan terhadap kaunseling sekolah
LAIN-LAIN KAUM
KP perlu menggunakan bahasa yang
mudah atau bahasa pasar
KP perlu mengikut kesesuaian budaya
klien dan menjaga sensitiviti.
KP perlu berkomunikasi berdasarkan
topik yang bersesuaian dengan ;
status ekonomi
latar belakang keluarga
keunikan diri murid-murid
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
Nama : _____________________________________________________
Umur : _____________________
Jantina : _____________________
Kaum : ____________________
Agama : ____________________
Tempat Tinggal : __________________________________________
Pekerjaan ibu bapa : ______________________________________
Pendapatan ibu bapa : ___________________________________
Bahasa pertuturan :
Kelebihan diri saya :
1.
2.
3.
liNK RUJUKAN PEMBELAJARAN
BAHASA ASAS
APLIKASI CADANGAN UNTUK
PENTERJEMAHAN BAHASA