The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Seri, 2025-03-04 20:33:00

Buku Log Pandu Puteri

Buku Log Pandu Puteri

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN MPU3441a KOKURIKULUM - UB PASUKAN PANDU PUTERI KADET I Nama No. K/P Angka Giliran Program Ambilan Unit Nama Pensyarah Tarikh Hantar : : : : : : : : WAN SERI SOFEA BINTI WAN MOHD KHAIRUL AIMAN 040424-06-0338 2022242440110 PISMP OGOS 2022 Y3 PUAN AZIZAH BINTI ALIAS 1 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR PEMERIKSA MODERATOR Markah Tandatangan Cop Tarikh Markah Tandatangan Cop Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 1 MAC 2025 Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


BUKU LOG DIGITAL Unit Beruniform Pandu Puteri


NAMA: WAN SERI SOFEA BINTI WAN MOHD KHAIRUL AIMAN NO KAD PENGENALAN : 040424-06-0338 ANGKA GILIRAN : 2022242440110 KUMPULAN/UNIT Y3 KOD KURSUS MPU3441a - KOKOKURIKULUM UB PASUKAN PANDU PUTERI KADET I NAMA PENSYARAH PUAN AZIZAH BINTI ALIAS TARIKH HANTAR 1 MAC 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150, IPOH, 31150 TANJUNG RAMBUTAN, PERAK. MPU3441a - Kokurikulum UB Pasukan Pandu Puteri Kadet I Tugasan 1 : Buku Log (Penulisan)


Senarai Kandungan PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN PRINSIP ASAS PANDU PUTERI SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH


Pengurusan & Pentadbiran Pasukan


PENDAFTARAN AHLI Pendaftaran ahli baru: • Melalui sistem e-daftar di Sekolah/Daerah/Cawangan. Ahli seumur hidup: 1. Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM.) 2. Yuran: RM250.00 sekali bayar sahaja. 3. Kelayakan: Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. 4.Cetak / scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula: 1. Isi Borang Pendaftaran Pasukan / Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. 2. Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran


FOLIO/ BUKU LOG / LAPORAN DEFINISI FOLIO Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Folio bermaksud sukatan besar buku laitu satu lembar kertas cetak yang dilipat dua sehingga mempunyai empat muka dan lembar terdiri daripada muka kiri dan kanan yang mempunyai satu nombor. Dengan itu, nombor halaman tersebut haruslah yang tercetak. Lembaran kertas lebih besar dari ukuran asal seperti ukuran A4. Folio mempunyai ukuran 8.5 x 13 in (21,6 x 33 cm). Digunakan dalam pelbagai konteks iaitu berkaitan dengan penyusunan dokumen, laporan dan sebagainya. DEFINISI BUKU LOG Sebuah buku atau catatan yang digunakan untuk mencatat informasi atau maklumat tertentu secara teratur dan sistematik. Mengandungi catatan rekod yang dapat dijadikan laporan, panduan dan pengesahan terhadap penglibatan. Contohnya, seseorang ahli dalam Unit Beruniform. Buku log mempunyai format tertentu sebagai rekod kerja atau rekod kemajuan sesuatu program. Buku log juga merupakan satu teknik catatan kerja yang digunakan oleh individu secara rasmi atau peribadi. DEFINISI LAPORAN AKTIVITI Satu bentuk penyataan yang mengandungi bahagian-bahagian, tajuk dan subtajuk. Laporan boleh berbentuk pendek dan panjang dalam format informal atau formal.


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI IPGM KAMPUS IPOH YANG DIPERTUA CAWANGAN IPG DR HAJAH NOOR HABIBAH BINTI KADERAN PESURUHJAYA KAMPUS CIK NIK NOOR NAJMI BINTI MD IBRAHIM PEMIMPIN PUAN SAHALIZA BINTI HALIM PEMIMPIN PUAN AZIZAH BINTI ALIAS


PAKAIAN SERAGAM BAJU KURUNG BERPESAK Baju rasmi adalah baju kurung berpesak biru dan baju kebaya berwarna biru. Baju kurung mestilah berpesak buluh/tradisional. Kain polos biru perlu dibeli dari kedal Ibu Pejabat PPPM. Tudung PPPM: Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada. Tudung sutera segiempat PPPM: Penampang di pakai pada tudung, tudung Tidak boleh digayakan seperti shawi iaitu dililit ke atas kepala. Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya. "Shoulder flashes" dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Labuh baju kurung 5cm bawah paras lutut. Kocek tersembunyi adalah pilihan sendiri. Lisu kain baju kurung disusun sebelah kiri. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak.


PAKAIAN SERAGAM BAJU KURUNG KEBAYA Kebaya rasmi adalah kebaya kelepet pendek. Bajunya memiliki potongan puteri dari bahu hingga hujung baju. Labuh baju sama paras genggaman tangan. Tudung PPPM: Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada. Tudung sutera segiempat PPPM: Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri, Klip emas di kenakan pada tudung. Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl. Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan kurung kebaya. "Shoulder flashes" dijahit rapat pada kelim baju kanan dan kiri. Kain baju kebaya di lipat depan sebelah kiri tanpa belah. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak.


BAJU PERJALANAN / AKTIVITI Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan "princess cut" dipakai ketika perjalanan dan aktiviti. 1 "slit" belakang baju di bahagian punggung adalah belah bertindih. Topi "bowler" pemimpin: Tall warna emas -pemimpin, Tali warna perak - persuruhjaya. Jika bertudung, tudung perlu berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. Klip PPPM berwarna emas dipakai bersama skal pemimpin. "Shoulder flashes" dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah Beg hitam kosong. PAKAIAN SERAGAM


BAJU PERKHEMAHAN / AKTIVITI Baju T PPPM berwarna biru. lanya perlu dibeli dari kedai Ibu Pejabat PPPM. Bagi mereka yang bertudung: Tudung hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam. Kasut hitam. Stokin hitam. Baju ini diguna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri. Vest hanya boleh dipakai bersama dengan baju T PPPM. Skaf tidak perlu dipakai bersama baju T PPPM PAKAIAN SERAGAM


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS ANUGERAH TOPAZ I ANUGERAH TOPAZ II ANUGERAH TOPAZ III ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KPC ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KP TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI SUKAN PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Syarat utama: • Fahami dan Patuhi Persediaan dan Undang-Undang Pandu Puteri. Tugas awal pemimpin: • Menubuhkan kumpulan berenam. • Memilih, melantik dan membentuk Ketua Pasukan, Ketua Berenam dan Pen. Ketua Berenam. • Menasihati Majlis Ketua Berenam. • Merujuk kepada Pesuruhjaya Daerah, Negeri bagi mendapat nasihat serta pandangan. • Mendaftarkan jawatankuasa bagi pengendalian kumpulan dan bekerjasama dengan pemimpin lain. Tugas awal pemimpin: • Merancang aktiviti tahunan, semester, mingguan. • Menyediakan bilik untuk kumpulan / latihan • Menyimpan alatan latihan kumpulan. • Merancang aktiviti bersama JK kumpulan bagi mendapatkan sumber kewangan. • Merancang bersama JK kumpulan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakat mengembara serta lain-lain berkhemah/ Merekodkan semua aktiviti di dalam Buku Log


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Mewujudkan unit beruniform dengan kerja kerja penubuhan (bagi yang bahahru) Mencari ahli baharu Mengemaskini pendaftaran, mendaftar ahli baharu dan membuat bayaran keahlian Melaksanakan aktiviti mengikut takwim yang ditetapkan Menyediakan fail dan merekod semua pelaksanaan aktiviti


Prinsip asas pandu puteri


DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM DAN PEMIMPIN PIAGAM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: • Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti. • Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber. Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni. • Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna. Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apaapa ganjaran. ASAS PROGRAM Perkembangan diri, sahsiah, dan intelek. Minat dan hobi. Gaya hidup sihat. Khidmat. ELEMEN PROGRAM Perkembangan jasmani. Perkembangan emosi. Perkembangan kerohanian. Perkembangan kogniti


Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan Menerangkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, shat dan berguna sebagai warganegara PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MATLAMAT OBJEKTIF Menerajui Perkembangan Potensi Gadis dan Wanita Untuk Membawa Perubahan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja, dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran, dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa, dan antarabangsa VISI MISI


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya terhadap Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri PERSETIAAN PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI • Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. • Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. • Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. • Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. • Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. • Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. • Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. • Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. • Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. • Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


COGAN KATA LAMBANG Pandu Puteri mestilah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti kecemasan.


ISYARAT PANDU PUTERI DIGUNAKAN SEMASA: Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri Semasa ahli Pandu Puteri memperbaharui ikrar. CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI: 1) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. 3) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. 4) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1. TUJUAN: • Dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. • Ia juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara pengibaran bendera. ISYARAT HORMAT PANDU PUTERI


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan ialan tanda persahabatan bagi Pandu Puteri Pandu Puteri berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri dengan ahli lain Berjabat tangan dengan tangan kiri mempunyai kaitan dengan perlakuan puak Zulu di Afrika Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan Pandu Puteri Kaum ini sering memegang senjata di tangan kanan hingga tidak boleh meletakkannya sebentar. Hanya tangan kiri diguna untuk berjabat tangan Pandu Puteri guna kedua-dua tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang tidak berpakaian seragam


ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN ISYARAT WISEL (TIUPAN PENDEK & PANJANG) Isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Isyarat wisel akan digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai ISYARAT WISEL YANG DIGUNAKAN BAGI PASUKAN PANDU PUTERI ISYARAT TANGAN Isyarat tangan digunakan untuk memberi arahan menggantikan suara atau arahan lisan


LAGU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Lagu Dunia Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.


LAGU TAPS SIANG LAGU TAPS MALAM Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi, hidup kami Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, god is nigh Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, From the sky, all is well Safely rest, god is nigh Siantan datang berkawan, berani macam pahlawan LAGU KUMPULAN BERENAM Melur taat dan setia berusaha setiap masa Kami bernama kenanga berjasa bertenaga Bunga teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka bersuka ria Menolong orang duka


BENDERA MALAYSIA Anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara, Malaysia Dikenali sebagai Jalur Gemilang Kuning melambankan kedaulatan raja berpelembagaan Merah melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan Biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysa yang berbilang kaum


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI Dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, angsaan, negeri, daerah, sekolah dan di Pejabat Puteri kebangsaan atau negeri Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persatuan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


BENDERA DUNIA Tiga blok jingga menyereng sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. Bahagian putih dipenjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia


Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES & GIRL SCOUTS (WAGGGS) Pada 1909, di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan Lord Robert BadenPowell telah menamakan kumpulan perempuan ini sebagai Girl Guides Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara pada 1912. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi berkongsi prinsi yang sama Oleh kerana pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli pada 1919, Olaven Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dibentuk. Persatuan Biro Dunia (World Bureau) bertempat di London dan berfungsi sebagai urus setia Perkembangan ini terus berkembang dengan pesat. Pada 1931, keahlian persatuan melebihi satu juta


Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. PERKEMBANGAN WAGGGS Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).


Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1917 SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1920 an 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang


1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang Puan P.M Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya 1925 Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgt 1928 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Keda ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam Bahasa Melayu 1932 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada 1924


1934 Ketua pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya 1937- 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948- 1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967- 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti- aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.


1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM '98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel '98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8-15 Febuari - Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20-26 November - Aktiviti Antarabangsa; 'Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers' (Program Pertukaran Malaysia China) 2001 7-12 September Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia00:57 AM Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia


2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21-23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16-17 April Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah


2006 Januari - Perubahan nama bahagian alam PPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1-6 April Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April-1 Mei-Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.


2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April-PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3-9 Jun Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "gth Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli 6 September Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6-12 Julai Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17-22 Ogos Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN


Penaung Yang Dipertua cawangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjaya Bahagian Pesuruhjaya Perkembangan PJ Bahagian Tunas PJ Bahagian Klover PJ Trefoil Guild PJ Keahlian PJ Latihan & PJ Kampus PJ Program PJ Antarabangsa PJ Struktur PJ Kemasyarkatan PJ Dana STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM


YANG DIPERTUA CAWANGAN IPG DR HAJAH NOOR HABIBAH BINTI KADERAN PESURUHJAYA KAMPUS CIK NIK NOOR NAJMI BINTI MD IBRAHIM PEMIMPIN PUAN SAHALIZA BINTI HALIM PEMIMPIN PUAN AZIZAH BINTI ALIAS JAWATAN KUASA PERSATUAN PANDU PUTERI IPGM KAMPUS IPOH


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah


PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS (PPT) Terbahagi kepada 2 bahagian: 1. Prinsip Asas Pandu Puteri. 2.Skim Lencana Kecekapan. Program Pendidikan Pandu Puteri Tunas menawarkan lencanalencana kecekapan yang dikategorikan mengikut lima elemen iaitu: 1.Budaya dan Kreativiti. 2.Cabaran dan Kecergasan 3.Sains dan Teknologi. 4.Agen Perubahan; dan 5.Hubungan Keluarga dan Masyarakat PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah Mengetahui, menghayati dan mengamalkan Persetiaan; Undang undang, Cogan Kata; Isyarat dan Hormat, dan Berjabat Tangan. Mengetahui dan memahami Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia. Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri. Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas. Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita.


ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencanalencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz 1: Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan.. Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu. Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan Satu Lencana Suistanable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2,7, 13, 14 atau 15; dan Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan Kreativiti. ANUGERAH TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II: Lencana Kecekapan Pereka Alat Permainan. Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga. Lencana Kecekapan Pemerhati. Lencana Kecekapan Kesihatan. Lencana Kecekapan Gera Up, dan Sekurang-kurangnya satu WAGGGS daripada pilihan yang berikut: Stop The Violence (STV); Free Being Me (FBM); Action On Body Confidence (ABC); atau Surf Smart ANUGERAH TOPAZ III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: Lencana Kecekapan Patriotisme Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian. Lencana Kecekapan Jurumasak Lencana Kecekapan Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15. Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabaran dan Kecergasan; dan Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi.


5.ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Syarat-syaratnya ialah calon: Perlu berada dalam Tahun 5. Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian. Telah dilantik Telah memperoleh Anugerah Topaz I dan Anugerah Topaz II Telah memperoleh dua lencana kolektif. Telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan PanduPuteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat). Telah menghantar Jurnal Progresif dan buku log untuk disemak di peringkat cawangan; dan Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan BengkelAnugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA. Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya. BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Syarat-syaratnya ialah calon: Perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6. Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian. Telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Telah menyertai atau membantu dalam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah, zon/daerah, cawangan atau kebangsaan. Telah memperoleh Anugerah Topaz III. Telah memperoleh lima lencana kolektif, Telah menghantar Jumal Progresif, buku log dan Buku Log Peribadi untuk disemak di peringkat kebangsaan, dan Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya ke Ibu Pejabat, Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


BUKU LOG PERIBADI Tahap penglibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat Sekolah (sekurang-kurangnya empat kalil. Daerah (sekurang-kurangnya dua kali). Cawangan (sekurang-kurang dua kali); Kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali); Antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali); dan Khidmat khas (bonus), UPACARA TERBANG NAIK Upacara Terbang Naik ialah satu upcara Pasukan Pandu Puteri Remaja menyambut ahli-ahli Pandu Puteri Tunas yang memenuhi syarat-syarat di bawah: Calon berjaya memperoleh Anugerah Ketua Pesuruhjaya. Calon mesti berada pada akhir Tahun 6. Calon dapat mengenal pasti sekolah menengah yang akan mereka pergi semasa berada dalam tingkatan satu; dan Pasukan Pandu Puteri Remaja sekolah menengah tersebut sudi menerima Pandu Puteri Tunas berkenaan.


BIL MINGGU AKTIVITI 1 Perjumpaan 1 Mesyuarat Agung Pembahagian Kumpulan dan Penyediaan Buku log Perlantikan AJK 2 Perjumpaan 2 Prapersetiaan Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas Undang-undang Pandu Puteri Tunas Cogan Kata Pandu Puteri Tunas 3 Perjumpaan 3 Latihan Kawad 4 Perjumpaan 4 Masakan rimba 5 Perjumpaan 5 Anyaman Daun dan Kraf Boneka 6 Perjumpaan 6 Nyanyian Lagu Dunia Lagu Taps Siang dan Lagu Taps Malam Lagu Kumpulan Berenam 7 Perjumpaan 7 Mengenali dan Mengetahui Bendera 8 Perjumpaan 8 Menanam dan Menjaga Tumbuhan Murid diberikan benih dan belajar cara menanam yang betul 9 Perjumpaan 9 Keselamatan Murid mengetahui peralatan berbahaya dan cara menjaga rumah 10 Perjumpaan 10 Jahitan asas Jahitan Jelujur dan butang lubang 2 serta butang 4 11 Perjumpaan 11 Simpulan tali Buku Sila, Lilit Manuk, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Pemati mudah, Ikatan Pemukat 12 Perjumpaan 12 Kesihatan dan Kebersihan Penjagaan gigi, rambut, tangan dan kuku Aktiviti sukaneka 13 Perjumpaan 13 Pertandingan Dalaman Pertandingan bersama unit-unit beruniform lain PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS


Rujukan Athirah Hasbullah. (2024). Buku log Pandu Puteri Kadet . FlipHTML5. https://fliphtml5.com/jiloi/wdlg/BUKU_LO G_PANDU_PUTERI_KADET_ATHIRAH_X3/ Bella Hyland. (2018). Lagu dunia Pandu Puteri BM dan BI dengan lirik. Youtu.be. https://youtu.be/qWCiIXzHLwc? si=JUo2GgvpdDcxMHr9 Nitthiyah A/P Mathanah. (2025). Pandu Puteri buku log. Fliphtml5.com. https://online.fliphtml5.com/qpjeh/ktcq/? authuser=0#p=2Noor Adrina Hanim Hassan. (2024). Buku log Pandu Puteri. Anyflip.com. https://anyflip.com/jdlpi/kgoe/? authuser=0


Click to View FlipBook Version