The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program tentang keselamatan murid-murid di sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1045-15-yasmin, 2023-04-03 20:52:31

KERTAS KERJA PROGRAM KESELAMATAN TERJAGA RAHMAH SEMUA

Program tentang keselamatan murid-murid di sekolah

Keywords: keselamatan,kokurikulum,sekolah

1 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN NAMA : YASMIN SYAMINI BINTI SAHAT SHARIFAH AINUL MARDHIAH BT SYED IBRAHIM ANGKA GILIRAN : 2021292310012 2021292340221 NO. TELEFON : 017-6979380 011-11403526 OPSYEN : BAHASA MELAYU 1 AMBILAN : JUN 2021 KOD KURSUS : PKES 3093 NAMA KURSUS : PENDIDIKAN KESELAMATAN NAMA PENSYARAH : DR. MOHAMAD ASMADI BIN SAMDIN JABATAN/UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN & KOKURIKULUM TARIKH SERAHAN : 9 MAC 2023 TUGASAN KERJA KURSUS PKES 3093 Pengakuan pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada) : Tandatangan pelajar : Yasmin , Ainul Tarikh : 9 MAC 2023


2 1.0 : PENGENALAN Keselamatan merujuk kepada suatu keadaan di mana suasana kerja itu selamat dan bebas dari risiko kemalangan (Raudhiah, Nakiah & Hashim, 2015). Keselamatan sekolah merupakan salah satu indikator kepada kemajuan sekolah dan menjadi aspek terpenting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah daripada sebarang insiden seperti kemalangan, kebakaran, jenayah, gangguan dan sebagainya (Norlia & Sofean, 2006). Terdapat beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan keselamatan sekolah misalnya pada tahun 1976 hingga 2000, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan keselamatan sekolah yang menekankan keperluan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin ketika berada dalam ruang kawasan sekolah terutamanya di makmal sekolah, bangunan sekolah, padang permainan dan sekitar sekolah. Pada tahun 2000, KPM telah mengeluarkan sekali lagi surat pekeliling bagi meningkatkan pelaksanaan dasar sekolah selamat. Langkah ini bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan staf dan pelajar di sekolah daripada ancaman bahaya yang diwujudkan oleh faktor ruang persekitaran, prasarana dan manusia. Oleh itu, isu keselamatan sekolah seharusnya diberi perhatian yang serius kerana banyak sekolah yang mempunyai pelbagai faktor yang berbeza yang boleh mengundang pelbagai salah laku jenayah. Hal ini demikian kerana, insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku misalnya kemalangan dan jenayah yang berpunca salah satunya disebabkan oleh struktur ruang fizikal sekolah yang tidak kondusif menyebabkan sekolah menjadi ancaman kepada tempat salah laku perlakuan jenayah.


3 Rajah 1 : Surat Pekeliling Keselamatan Sekolah


4 2.0 : KERTAS CADANGAN PROGRAM “KESELAMATAN TERJAGA, RAHMAH SEMUA” TAJUK : PROGRAM “KESELAMATAN TERJAGA, RAHMAH SEMUA” PENGENALAN Sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkah laku. Namun, pelan kali ini lebih berfokus kepada keselamatan diri pelajar semasa pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah. RASIONAL ➢ Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pengurusan diri dan menjaga keselamatam diri sepanjang masa. MATLAMAT ➢ Melahirkan murid yang lebih mementingkan keselamaan diri, bermotivasi, bersemangat, berpotensi, bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan sentiasa mempertingkatkan akhlak serta disiplin diri. OBJEKTIF ➢ Mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan. ➢ Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipelihara. ➢ Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang diambil. ➢ Meminimumkan kemalangan dan kecederaan warga sekolah terutamanya murid. ➢ Memberi kefahaman mengenai penggunaan alat atau barang sukan. ➢ Meningkatkan pengetahuan mengenai tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.


5 SASARAN ➢ Semua warga SK Limbong Parit TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM ➢ Tarikh : 27 April 2023 ➢ Hari : Khamis ➢ 7.30 pagi hingga 5.00 petang TEMPAT ➢ Dewan Seri Aminah, Sk Limbong Parit CADANGAN AKTIVITI ➢ Rujuk Lampiran 1 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Pn. Aminah binti Salaf Naib Pengerusi 1 En. Rafael bin Ahmad Naib Pengerusi 2 Pn. Siti Saleha binti Kobeng Setiausaha Cik Yasmin binti Sahat Bendahari Pn. Ainul Mardhiah binti Ibrahim AJK En. Lukman bin Saad En. Haziq bin Osman Pn. Idawati binti Kasim Cik Balqis Nabil binti Lanma Pn. Aina Fatih binti Sofi


6 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN PENDAPATAN (RM) Sumbangan PIBG RM5000.00 Sumbangan Kelab Guru dan Staf RM 1000.00 Sumbangan YB Ismail Dolah RM1000.00 JUMLAH RM7000.00 PERBELANJAAN (RM) Upah penceramah 1 RM300.00 Upah penceramah 2 RM300.00 Upah penceramah 3 RM300.00 Upah penceramah 4 RM300.00 Makan dan minum 500 orang x RM 7.00 = RM3500 Modul program 500 orang x RM3.00 = RM1500 Cenderahati penceramah RM150.00 Lain-lain perbelanjaan RM350.00 JUMLAH RM6700.00 BAKI RM300.00 PENUTUP ➢ Program ini merupakan usaha pihak sekolah untuk menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Pelaksanaan program ini dapat membuka minda murid-murid untuk sentiasa mementingkan keselamatan diri dan orang lain. Diharap segala ilmu yang disampaikan akan menjadi pegangan kepada murid-murid semasa menghadapi kemalangan dan kecemasan atau sebagainya.


7 LAMPIRAN 1) Cadangan aktiviti program “Keselamatan terjaga, rahmah semua” Tarikh : 27 April 2023 Hari : Khamis Tempat : Dewan Seri Aminah Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang TENTATIF PROGRAM Dewan Seri Aminah 7.30 pagi Semua murid, guru dan staf mendaftar 8.00 pagi Semua peserta mengambil tempat masing-masing 8.15 pagi Ucapan aluan pengacara program 8.30 pagi SLOT 1 (Tajuk : Panduan Keselamatan ketika pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) Disampaikan oleh : En. Mohd Noh bin Rustam Kantin 10.30 pagi REHAT Minum pagi Dewan Seri Aminah 11.00 pagi SLOT 2 (Tajuk : Panduan keselamatan ketika kegiatan kokurikulum di dalam dan luar sekolah) Disampaikan oleh : Pn. Suraidah binti Puteh Kantin 1.00 tgh hari REHAT (Makan tengah hari dan solat zohor) Padang sekolah 2.30 petang SLOT 3 (Aktiviti : Demonstrasi kemalangan) Dijalankan oleh : Pasukan JPAM daerah Batu Pahat) Dewan Seri Aminah 3.30 petang Majlis penutup program Dirasmikan oleh : Pn. Salmah binti Mahrom (Guru Besar Sk Limbong Parit) 4.30 petang Bersurai


8 RUJUKAN Raudhiah, N., Nakiah, S., & Hashim, A. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran pekerja terhadap amalan keselamatan pekerjaan: kajian kes di sebuah syarikat logistik. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2nd ICoMM), 2015(November), 210–220. Norlia Arshad & Sufean Hussin. (2006). Dasar Sekolah Selamat: Tinjauan di satu zon Bandar Raya Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan, 26, 27-36.


Click to View FlipBook Version