The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTO M6B T14 TUTO2 (ILHAM, FARZANA, IZZATI, SULHA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudaiz, 2022-04-05 22:09:00

TUTO M6B T14 TUTO2 (ILHAM, FARZANA, IZZATI, SULHA)

TUTO M6B T14 TUTO2 (ILHAM, FARZANA, IZZATI, SULHA)

M6B T14 Tugasan 2: W
Kes-kes salah laku E
guru/pegawai L
perkhidmatan C
pendidikan O
M
KUMPULAN: ILHAM, FARZANA, IZZATI, SULHA (BA2) E

1

C SOALAN

Anda dikehendaki mencari 10 kes yang berkaitan salah laku yang berkaitan
dengan guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah disabitkan
kesalahan oleh makamah dalam tempoh 8 tahun sehingga 2021. Contoh kes
perlu merangkumi pelbagai bentuk kesalahan.

Tugasan adalah secara berkumpulan tidak lebih 4 orang. Hasil tugasan perlu
dibuat dalam bentuk anyflip dan PDF.
Cari petikan kes dengan melayari laman sesawang yang sesuai spt berita
online , Nyatakan rumusan bentuk kesalahan, hukuman yang telah dikenakan
dan kaitkan dengan kesalahan di bawah peraturan tata tertib yang sesuai.
Nyatakan juga sumber dan tarikh laporan tersebut diperolehi.

2

KES 1 : Salah guna kuasa (Sinar Harian, 11/1/2022)

Khairul Azizi yang sebelum ini berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Cherating di sini, mengaku telah
menggunakan jawatannya sebagai Guru Penolong
Kanan Kokurikulum untuk mendapatkan suapan dengan
membuat satu tindakan dan mencadangkan kepada
guru besar supaya melantik syarikat Sueazizi
Enterprise.Lantikan itu dibuat oleh pihak pengurus
sekolah terbabit dalam perihal kerja bayaran peruntukan
latihan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) perahu
layar yang melibatkan baucer bayaran berjumlah
RM1,200 bagi pertuduhan pertama manakala bayaran
sebanyak RM700 bagi pertuduhan kedua dan pemilik
syarikat terbabit adalah isterinya.

https://www.sinarharian.com.my/article/182447/BERITA/
Semasa/Salah-guna-kuasa-Guru-besar-dijel-tiga-bulan-
didenda

3

Khirul Azizi yang kini sudah memegang jawatan guru besar telah
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya
Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih
tempoh 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali
ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika
suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut
mana-mana lebih tinggi.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan
Khairul Azizi Ab Aziz, 55, membayar denda RM20,000 atau 12
bulan penjara, jika gagal berbuat demikian.

4

KES 2 : Serangan seksual (BH, 27/8/2019)

Seorang guru disiplin sekolah rendah di
Beluran dijatuhi hukuman penjara
berjumlah 80 tahun dan 20 sebatan atas
14 pertuduhan rogol, cabul serta liwat
terhadap lapan murid perempuan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ummu
Kalthom Abd Samad, menjatuhi hukuman
itu terhadap Freddie @ Ampat Unsin, 56

https://www.bharian.com.my/berita/kes/20
19/08/600740/guru-disiplin-dipenjara-80-
tahun

5

KES 3 : Seleweng wang (MalaysiaKini 04/9/2018)

Seorang guru mengaku bersalah di
Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas 48
pertuduhan melakukan pecah amanah
dan memalsukan dokumen Borang Akuan
Penerimaan Bantuan Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin 2013 berjumlah
RM11,550, lima tahun lepas.

https://m.malaysiakini.com/news/441643

6

● Bagi kesalahan melakukan pecah amanah,
tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta
denda, jika sabit kesalahan.

● Untuk pertuduhan memalsukan dokumen pula,
tertuduh didakwa menerusi Seksyen 468
Kanun Keseksaan, boleh dipenjara hingga
tujuh tahun dan dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.

7

KES 4 : Pukul murid (Utusan, 23/4/2021)

Ibu pelajar itu memberitahu, lengan anaknya itu berbirat-birat
hingga bengkak dan lebam selain serpihan pembaris yang
pecah terkena pada dahi serta muka anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten
Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ibu murid itu telah
membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada pukul
4.36 petang semalam.Katanya, ibu pelajar itu menyedari
kecederaan dialami anaknya itu ketika mengambil murid terbabit
dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun
keseksaan.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/04/murid-tahun-tiga-
cedera-dipukul-guru/

8

KES 5 : Rasuah (BH, 21/7/2020)

Berdasarkan pertuduhan, Faridah pada jam 7.15 malam 6 April 2016 di
sebuah restoran di Sikamat, Seremban, yang bertugas di Institut
Perguruan Kampus Raja Melewar (IPGKRM) Seremban sebagai
penyelaras Program Transformasi Minda anjuran IPGKRM pada 14
Mac 2016 hingga 18 Mac 2016, menerima wang tunai berjumlah
RM6,000 daripada kontraktor, Zainal Abidin Abdul Wahab, yang juga
pemilik syarikat Mas Zee Enterprise.
Tertuduh mengetahui bahawa Zainal mempunyai hubungan dengannya
selaku penyelaras Program Transformasi Minda yang
bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan kerja pemilihan
pembekal dan menyediakan makanan yang dianugerahkan kepada
syarikat milik Zainal.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165,
Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda
atau kedua-duanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/713299/pegawai- 9
pendidikan-daerah-didakwa-rasuah

KES 6 : Cabul murid (astroAWANI, 25/8/2021)

Kamarul Azamin, 43, pada asalnya didakwa atas dua pertuduhan
merangsang mangsa untuk melakukan kelucahan melampau di dalam
bilik guru pada 4 Mei 2016 dan sekali lagi pada 6 Mei tahun sama di
dalam bilik komputer di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Pada 26 Dis 2018, Mahkamah Sesyen mendapati Kamarul Azamin
bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman
penjara lapan tahun dengan satu sebatan bagi setiap kesalahan serta
memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.

Kamarul Azamin kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi yang
menggantikan pertuduhan itu dengan mencabul kehormatan dan
menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas Kamarul Azamin bagi
setiap kesalahan atau penjara 10 bulan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-rayuan-kekal-
denda-rm20000-dalam-kes-guru-cabul-kehormatan-murid-316012

10

KES 7 : Salah Guna Kuasa (Kosmo, 15/11/2020)

Menurut sumber, suspek didakwa menggunakan
kedudukannya sebagai guru sekolah itu dengan
melantik adiknya bagi membekalkan peralatan alat
ganti automotif bernilai RM26,706 ke sekolah
tersebut.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada tahun
2008 hingga 2015.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam
Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan
penahahan guru lelaki terbabit dan kes disiasat
mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

https://www.kosmo.com.my/2020/11/15/guru-ditahan-

kes-salah-guna-kuasa/ 11

KES 8 : Tampar Murid (BH, 2/11/2017)

Polis menahan seorang guru tadika selepas dipercayai menampar seorang
kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah tadika di Sungai Jelok di
sini, semalam. Wanita berusia 19 tahun itu yang ditahan pada jam 8.30
malam tadi di Jalan Cempaka Putih, dikatakan menampar bahagian kiri
muka dan kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof,
berkata bapa mangsa membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kajang dan
pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan kecederaan pada tisu di
kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa.
"Kanak-kanak berkenaan kini tidak mahu ke tadika kerana trauma dengan
kejadian itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika
disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/346047/guru-tadika- 12
tampar-murid

KES 9 : Baling kasut (mStar, 17/07/2014)

Guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dikatakan gagal
mengawal kemarahannya apabila Sharmini dan dua lagi
rakannya bermain di dalam kelas.

Guru itu didakwa menjerti dan membuka kasutnya sebelum
membaling kasut tersebut ke arah Sharmini sehingga
menyebabkan kecederaan di kepala mangsa.

Namun, guru itu didakwa meneruskan pengajarannya
walaupun kanak-kanak tersebut mengalami pendarahan di
kepala.

Sejak itu, guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain sementara
menunggu siasatan.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/07/17/baling-

kasut 13

KES 10 : Amang Seksual (hmetro, 30/09/2020)

Seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah dihukum penjara
sembilan tahun dengan dua sebatan, selepas didapati bersalah melakukan
amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 10 tahun dengan
memegang kemaluan mangsa.

"Oleh itu mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas
pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam PG Cyril yang
mewakili tertuduh, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara
sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan
jaminan dari RM8,000 yang dikenakan sebelum ini kepada RM15,000, berserta
syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berdekatan sehingga rayuan
selesai.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/625911/amang-seksual-guru-
dipenjara-9-tahun-2-sebatan

14

Sekian, Terima
Kasih.

15


Click to View FlipBook Version