MPU 13102 (SKU2)
Disediakan oleh:
Alia Farzana Bt Mohd Serupa
C01SKU20F507
Intan Nur Azura Bt Abdul Rahman
C01SKU20F514
Siti Nor Zakirah Bt Sh.Suhaimi
C01SKU20F506
Disemak oleh:
Puan Nor Fauzani
1. Setiap muslim seharusnya mengetahui dan memahami secara jelas berkaitan dengan
Islam yang bukan saja sekadar bersyahadah dan melakukan ibadah semata-mata. Hal
ini boleh difahami apabila kita memahami tentang Tasawwur (gambaran ) Isam yang
sebenar.
A. Nyatakan pengertian tasawwur islam dan kepentingannya.
Tasawwur islam adalah satu gambaran bentuk islam hakiki ia menjelaskan prinsip-prinsip
asas secara keseluruhan. Ia juga sesuai dengan fitrah islam yang telah menyediakan
segala keperluan yang diperlukan manusia.
Tasawwur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan yang lahir
dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan tindakan
yang betul. Selain itu, tasawwur terdapat beberapa perbezaan. Perbezaannya tasawwur
berpunca daripada banyak aspek dan antaranya adalah oleh latar belakang pendidikan
kerana didikan seseorang mempengaruhi ilmu seseorang terhadap islam.
B. Senaraikan ciri-ciri kesempurnaan islam.
Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan
bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni
wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an,
atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali
dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan
Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.
Alamiyyah dan Umumiyyah
Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian
alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan
untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk
satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk
manusia di mana jua mereka berada.
Syumul
Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang
menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun
hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur
hubungan manusia sesama manusia.
C. Pengertian Islam, Iman dan Ihsan serta hubungannya dalam ibadah seorang muslim.
Islam
Islam ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. serta menunaikan segala ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Rukun Islam terdiri daripada lima perkara iaitu:
i. Mengucap dua kalimah syahadah
ii. Menunaikan solat fardhu lima waktu
iii. Berpuasa pada bulan Ramadhan
iv. Mengeluarkan zakat.
v. Menunaikan haji
IMAN
Iman ialah membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam mestilah mempercayai enam
rukun iman iaitu:
i. Percaya kepada Allah s.w.t.
ii. Percaya kepada malaikat
iii. Percaya kepada kitab
iv. Percaya kepada rasul
v. Percaya kepada hari kiamatPercaya kepada qada‟ dan qadar
IHSAN
Ihsan ialah melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah s.w.t.
sentiasa mengawasi segala perbuatan yang dilakukan.
D. Jelaskan sumber-sumber hukum Islam.
Al Qur’an
Sumber hukum Islam yang pertama adalah Al Qur’an. Al Qur’an adalah firman Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran memuat kandungan-kandungan
yang berisi perintah, larangan, anjuran, kisah Islam, ketentuan, hikmah dan sebagainya.
Al-Quran menjelaskan secara rinci bagaimana seharusnya manusia menjalani
kehidupannya.
Hadis
Hadis adalah sesuatu yang berlandaskan pada Nabi Muhammad SAW. Hukum ini didapat
melalui perkataan, tindakan, dan teladan Nabi. Dalam hadis, terkandung aturan-aturan
yang merinci segala aturan yang masih global dalam Alquran.
Kesepakatan ulama
Selain Al Qur’an, sumber hukum Islam yang bisa dipertimbangkan adalah kesepakatan
ulama atau Ijma. Kesepakatan ulama yang dapat dipertanggungjawabkan sebagai hukum
Islam adalah yang terjadi di zaman sahabat Qur’a
Qiyas
Qiyas atau analogi hukum adalah alat yang ampuh untuk mendapatkan putusan untuk
masalah baru. Qiyas menjelaskan sesuatu yang tidak ada dalil nashnya dalam Al quran
ataupun hadis dengan cara membandingkan sesuatu yang serupa dengan sesuatu yang
hendak diketahui hukumnya tersebut.
Contohnya narkoba telah dianggap tidak diperbolehkan, melalui analogi hukum dari
larangan alkohol yang diatur dalam Alquran.
2. Akidah merupakan asas utama dalam menjadikan amalan kita diterima oleh Allah.
a. Huraikan pengertian akidah dan kepentingannya
.
Akidah merupakan perkataan yang berasal dari Bahasa arab bermakna ikatan kemas
atau simpulan mati.Dari segi istilah aqidah islam dapat diiktirafkan sebagai
kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan
kekal,yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh islam iaitu
kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai
dalam apa jua keadaan dan suasana.
b.Senaraikan ciri-ciri akidah yang sahih.
Ciri ciri akidah yang sahih adalah percaya kepada allah,malaikat,rasul,kitab hari
kiamat qadha dan qadar yang menjadi rukun iman.Akidah yang berlandaskan
dall Syariah alquran dari al-sunnah yang menjadi asas agama islam.Ciri ciri
akidah yang sahih ialah mentauhidkan dengan iktikad yang pasti dan tetap,Allah
taala itu maha esa dan tidak ada yang berhak disembah selain allah.
c.Huraikan perkara perkara yang memantapkan akidah.
Perkara yang memantapkan akidah adalah perbuatan contohnya menuntut ilmu yang
berfaedah asalkan tidak bercanggah dengan ajaran allah.Seterusnya ialah perkataan
contohnya membaca al quran dan memahami hadis nabi,berzikir,bertahlil,dan
berselawat.Selain itu ialah hati contohnya sentiasa mengingati allah swt.Yang kedua
pula yakin dengan pertolongan allah swt dan ikhlas melakukan ibadah arau amal
kebajikan.Dan yang ketiga sentiasa bersangka baik dengan allah swt.
D.Huraikan perkara perkara yang merosakkan akidah.
Perkara yang merosakkan akidah adalah menyekutukan allah (syirik).Seterusnya
menenung nasib dan bermain sihir (amalan khurafat) dan bertawakal kepada mahkluk
ghaib.Selain itu,mengkafirkan orang islam yang telah nyata islamnya.dan tidak
mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.Dan akhir sekali beranggapan
bahawa keluar daripada islam tidak apa apa.