The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shamsuddin Amin, 2022-03-17 01:36:53

BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

Terbitan Pertama - Edisi 2022

BUKU PANDUAN PELAJAR

EDISI 2022
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT



BUKU PANDUAN PELAJAR

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
EDISI 2022

BUKU PANDUAN PELAJAR

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Terbitan Pertama - Edisi 2022

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak
semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum
mendapat kebenaran bertulis dari Kolej Komuniti Beaufort.

Kolej Komuniti Beaufort
Jalan Melalugus
89807 Beaufort
Sabah

Tel: 087-212528 Faks: 087-212530

SIDANG PENULIS

PENAUNG
Pn. Siti Masturah binti Mat Shah



PENASIHAT
En. Kamarul Bahrin bin Abd Mutalib



PENYELARAS
En. Shamsuddin bin Amin



KETUA EDITOR
Pn. Afiqah binti Jamaludin



PENULIS

Cik Nurhayati binti Hassan : Bahagian Pengambilan Pelajar
Pn. Afiqah binti Jamaludin

En. Shamsuddin bin Amin : Bahagian Insuran & Kebajikan
En. Arif Ikhsan bin Azizi

En. Christoper bin Asok : Bahagian Disiplin Pelajar

Pn. Azlenah bte Mohd. Sen : Bahagian Peperiksaan & Penilaian

En. Larry Cassidy Anak Banta : Bahagian Latihan Industri

Pn. Umm 'Ammarah binti Abdul Halim : Bahagian Aktiviti Pelajar
En. Masnawi bin Hamdani

Pn. Nuratika Asyurah binti Abdullah : Bahagian Maklumat Program

PENERBITAN
Cik. Reziella binti Lahaji

i BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera buat semua pelajar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Kolej
Komuniti Beaufort dan Tahniah atas kejayaan saudara/i kerana berjaya
terpilih untuk melanjutkan pelajaran di institusi ini.

Kolej Komuniti Beaufort merupakan salah sebuah institusi bawah
Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan pengajian di peringkat sijil.
Pengajian di kolej ini lebih kepada pembelajaran dalam bidang kemahiran.

Di Kolej Komuniti Beaufort, terdapat pelbagai kemudahan yang boleh
digunakan oleh semua pelajar. Kemudahan in termasuklah perpustakaan,
makmal komputer, bilik kuliah, bengkel, dapur latihan dan juga peralatan
sukan. Oleh yang demikian, semua pelajar boleh menggunakan fasiliti in
dengan sebaiknya.

Buku Panduan Pelajar Kole Komuniti Beaufort ini
merupakan rujukan utama bagi semua Pelajar.
Dalam buku panduan in terdapat pelbagai
informasi yang boleh digunapakai sepanjang
pengajian di kolej ini. Saya berharap, semua
pelajar memanfaatkan buku panduan ini
dengan sebaiknya.

Kami di Kolej Komuniti Beaufort berharap
saudara/i berjaya dalam bidang yang dipilih.
Jangan putus asa, kerana kejayaan
memerlukan sedikit pengorbanan. Kami
akan sentiasa membantu saudara/i
sepanjang pengajian di sini.
Selamat Maju Jaya.

Siti Masturah binti Mat Shah
Pengarah Kolej Komuniti Beaufort

ii BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Latar Belakang Kolej 01
Visi & Misi
Logo Kolej 08
Lagu Kolej 15
Latar Belakang & Matlamat 19
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi 27
42
Bahagian 2: Pengambilan Pelajar 45
Syarat Kemasukan & Maklumat Kursus 47
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
51
Bahagian 3: Insuran & Kebajikan 53
Insuran Takaful Berkelompok

Bahagian 4: Disiplin Pelajar
Pengurusan Disiplin
Etika Berpakaian
Kesalahan Disiplin

Bahagian 5: Penilaian & Peperiksaan
Pengurusan Penilaian & Peperiksaan

Bahagian 6: Latihan Industri
Pengurusan Latihan Industri

Bahagian 7: Aktiviti Pelajar
Pengurusan Aktiviti Pelajar

Bahagian 8: Maklumat Program
Program Sijil Kulinari
Program Sijil Operasi Perhotelan
Program Sijil Teknologi Elektrik

Ikrar Pelajar
Rujukan

iii BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 1

LATAR BELAKANG
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

VISI & MISI

VISI

Menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul

MISI

Menjadi akses yang meluas kepada program TVET berkualiti
dan diiktiraf



Memperkasa komuniti melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat



Melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan
dan seimbang



Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan
pihak berkepentingan

02 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

LOGO

LOGO KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

03 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

LAGU

LAGU KOLEJ KOMUNITI

Seia dan sekata
Teguh ilmu di dada
Bersama mengorak langkah
Membina generasi berjaya



Kitalah penerus alaf wawasan

Meningkatkan bakat Insan
Kolej Komuniti

Di sini medan menggapai bintang
Terus berbakti dan cemerlang
Bersama menabur jasa
Jiwa Satu Malaysia
Megahmu di mercu jaya
Berbudi menjadi nyata



04 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

05 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

06 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

CARTA ORGANISASI

07 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 2

PENGAMBILAN PELAJAR

SYARAT KEMASUKAN &
MAKLUMAT KURSUS

2.1 SYARAT KEMASUKAN

Warganegara Malaysia
Memiliki SPM atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

2.2 TEMPOH PENGAJIAN

2.3 KURSUS DITAWARKAN

SIJIL SIJIL SIJIL
KULINARI OPERASI PERHOTELAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

09 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

SYARAT KEMASUKAN &
MAKLUMAT KURSUS

PROGRAM SIJIL KULINARI

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan
tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan
memperoleh pengalaman untuk menyediakan dan menghasilkan produk
masakan yang asas dan juga terkini di dalam industri. Pelajar berkemampuan
untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan
sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul
teras disiplin seperti Thoery of Food, Food Safety and Sanitation, Basic Cookery,
Malaysian Cuisine, Basic Butcher, Cold Food Preparation, Bakery and Pastry dan
kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Pelajar juga akan
diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar
dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan
dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran
dunia sebenar dalam bidang Kulinari.

PROSPEK KERJAYA

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kulinari
yang dapat diterapkan untuk pelbagai kerjaya dalam industri perkhidmatan
makanan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program in
memberikan peluang kepada graduan untuk menceburi bidang pekerjaan
sebagai:

Chef de Partie
Demi Chef
Commis
Pembantu Penyelia Perkhidmatan Makanan
Pembantu Penyelia Restoran
Pengusaha Makanan

10 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

SYARAT KEMASUKAN &
MAKLUMAT KURSUS

PROGRAM SIJIL OPERASI PERHOTELAN

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan
tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan
memperoleh pengalaman untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan hotel. Pelajar berkemampuan untuk merancang,
melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses
pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti
Food and Beverage Service, Housekeeping Operation. Front Office Operation,
Barista Service, Hotel Recreations dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian
dengan peringkat Sijil. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib
yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan
pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada
program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang
perhotelan.

PROSPEK KERJAYA

Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam
bidang operasi hotel. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari
program ini memberikan peluang kepada graduan untuk menceburi bidang
pekerjaan sebagai:

Food and Beverage Supervisor Butler
Waiter / waitresses Reservation Supervisor
Bartender Reservation Assistant
Chambermaid Bell Captain
Laundry Supervisor Bellman
Linen Supervisor Front Office Supervisor
Laundry/ Linen Attendant Front Office Assistant
Public Area Supervisor Night Auditor
Public Area Attendant Recreation Attendant
Hotel Florist

11 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

SYARAT KEMASUKAN &
MAKLUMAT KURSUS

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Elektrik ( dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik)
direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada
masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran
berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan
kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan
elektronik. Program in menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran,
Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Sat
Fasa, Pemasangan Blektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik
Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta,
kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu,
kurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagal teras
umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedankan dengan elemen
soft skills melalu kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan
pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan
darpada program in juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai
nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan
dalam bidang elektrik dan elektronik.

PROSPEK KERJAYA

Program in menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi
elektrik yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:

Penolong Jurutera Gred JA29
Juruteknik Elektrik / Elektronik
Penolong Juruteknik Elektrik / Elektronik
Juruelektrik

12 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BANTUAN KEWANGAN

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
(BKPKK)

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon adalah warganegara Malaysia
Ibu/bapa/penjaga berpendapatan kasar bulanan
keluarga sebanyak RM 3,000.00 dan ke bawah
Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan HPNM
2.00 untuk dipertimbangkan pemberian semester kedua
Menghantar borang permohonan BKPKK dalam tempoh 14 hari dari
tarikh Surat Tawaran BKPKK
Pelajar tidak mempunyai penaja lain

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN

1 (satu) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disah benar
1 (satu) salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga yang telah
disah benar
1 (satu) salinan Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang
BKPKK/B/02-1) yang telah dicop sah dan diisi lengkap oleh pelajar
1 (satu) salinan Slip Gaji / Slip Penyata Pencen / Surat Perakuan
Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga yang telah disah benar - (Borang
BKPKK/B/02-2 – jika berkenaan)

13 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BANTUAN KEWANGAN

CARTA ALIR PERMOHONAN BKPKK

PEMBATALAN & PEMBAYARAN BALIK BKPKK

Pemohon berhenti pengajian
Pemohon menangguhkan semester pengajian melebihi 2 semester
Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan HPNM 2.00
Tidak mencapai keputusan 2.00 ke atas

14 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 3

INSURAN & KEBAJIKAN

INSURAN TAKAFUL
BERKELOMPOK

3.1 PENGENALAN

Kolej Komuniti Malaysia telah mengambil Skim Perlindungan Takaful
Berkelompok bagi melindungi pelajar–pelajarnya. Semua pelajar yang
mendaftar di mana–mana Kolej Komuniti mulai Julai 2009 sehingga tahun
semasa adalah dilindungi dibawah pelan ini.

3.2 TUJUAN SKIM

Memastikan kebajikan pelajar diutamakan dengan menyediakan skim
perlindungan asas dalam bentuk pampasan sekiranya berlaku
perkara–perkara yang tidak diingini seperti kematian dan kecatatan
kekal.
Meringankan beban kewangan kepada waris yang perlu menanggung
kos–kos berkaitan sekiranya berlaku perkara–perkara yang tidak
diingini.

3.3 MANFAAT PERLINDUNGAN

Di bawah skim ini, pelajar – pelajar dilindungi 24 jam sehari di seluruh
dunia. Sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal, pelajar/waris layak
untuk membuat tuntutan. Skim ini juga menyediakan manfaat – manfaat
sampingan lain seperti yang dinyatakan dibawah.Setiap tuntutan mesti
disokong dengan dokumen yang lengkap.

*Tertakluk pada perubahan semasa

16 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

INSURAN TAKAFUL
BERKELOMPOK

3.4 PROSEDUR MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN

17 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

INSURAN TAKAFUL
BERKELOMPOK

3.5 PENGECUALIAN POLISI AM

Keadaan sedia ada
Kecedaraan yang disengajakan
Cubaan membunuh diri, gangguan mental
Komplikasi kehamilan
Penyakit kelamin, HIV
Alkohol atau dadah
Terlibat dalam sukan/pekerjaan/aktiviti yang berbahaya

18 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 4

DISIPLIN PELAJAR

PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 PENGENALAN

Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti adalah ditentukan oleh
kementerian. Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan pindaan-pindaannya
dibaca bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Kolej
Komuniti. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan
disiplin di Kolej Komuniti adalah seperti berikut:

Pengarah
Timbalan Pengarah
Pegawai Pembangunan Pelajar
Penyelaras Disiplin Kolej Komuniti (PDKK) Pegawai/Pensyarah yang
diturunkan kuasa oleh Pengarah

4.2 DOKUMEN RUJUKAN

Dokumen yang diguna pakai dalam pelaksanaan pengurusan disiplin
pelajar adalah seperti berikut:

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 – Akta 174
Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti
Peraturan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Kolej Komuniti
Takwim Kolej Komuniti
Arahan atau pekeliling lain yang berkaitan

4.3 ETIKA PAKAIAN & PENAMPILAN DIRI

Pelajar haruslah berpakaian kemas dan mencerminkan seorang Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi. Etika berpakaian ini tertakluk ketika pelajar
memasuki kawasan kampus untuk menghadiri kelas, ujian, atau sebarang
aktiviti di dalam kampus. Etika pemakaian ini juga tertakluk kepada Pelajar
yang mengikuti program rasmi diluar kawasan kampus. Pelajar yang gagal
mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

20 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

ETIKA BERPAKAIAN

21 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

ETIKA BERPAKAIAN

22 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

ETIKA BERPAKAIAN

23 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

KESALAHAN DISIPLIN

24 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

KESALAHAN DISIPLIN

25 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

KESALAHAN DISIPLIN

26 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 5

PENILAIAN & PEPERIKSAAN

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

5.1 PENGENALAN

Pengurusan Penilaian Akademik & Peperiksaan di Kolej Komuniti Beaufort
diselia oleh Unit Peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan
dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Ruang Unit
Peperiksaan adalah kawasan larangan kepada orang yang tidak
berkenaan termasuk pelajar dan staf.

5.2 PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN

MENDAFTAR KURSUS
Pelajar yang telah mendaftar semester dikehendaki mendaftar semua
kursus yang diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1)
minggu selepas pendaftaran semester.
Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang mempunyai pra syarat,
sekiranya pelajar belum lulus kursus yang menjadi pra syarat bagi
kursus tersebut.
Pelajar perlu mendapat pengesahan Ketua Program sebelum
mendaftar.
Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang
telah didaftarkan dengan teliti.
Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah
mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.
Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu
ketiga (3) perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan
Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP)
Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya
pada minggu ketiga semester / modul berkenaan kepada pelajar
melalui pensyarah kelas.
Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada
TPA / TP, Unit Peperiksaan dan Fail Pelajar.

28 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

PENENTUAN JUMLAH KREDIT
Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu.
Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit.
Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit
Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut
keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit.
Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap
semester / modul kecuali bagi semester akhir / modul terakhir.
Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil
tidak lebih daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester /
modul berikutnya.
Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan
kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah
(TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas terlebih
dahulu.

KREDIT KURSUS/LA ULANGAN (UK)
Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan
menggantikan gred terdahulu.
Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA
yang diulang akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu
dimansuhkan.
Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit,
pelajar TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul
yang berikutnya.

29 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

KREDIT PENEBUSAN GRED (TG)
Bagi pelajar yang mendapat status Lulus (L) DIBENARKAN mengulang
kursus/LA bagi menebus gred (TG), gred terkini akan menggantikan
gred terdahulu.
Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA
yang diperbaiki akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata
terdahulu dimansuhkan.

KREDIT LULUS PROGRAM & TEMPOH PENGAJIAN
Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program
yang diambilnya termasuk LI.
Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit manakala bagi
program diploma adalah 90 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk
kepada strukturprogram masing-masing.
Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga
6 semester/modul manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10
semester atau 40 bulan. Kerangka tempoh pengajian maksimum ini
ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan
semasa.

MENGIKUTI KURSUS/LA
Pelajar yang telah mendaftar kursus berkenaan hendaklah mengikuti
sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.

30 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

PERPINDAHAN KREDIT
Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana
kursus / LA daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan
Pengarah (TP).
Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak
diambilkira dalam pengiraan HPNM.
Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira
bagi menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan
penganugerahan Sijil/Diploma.
Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah
Kolej boleh diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus
/ LA yang sama.
Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan
Pemindahan Kredit & Pengecualian Kursus Politeknik & Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia edisi terkini.

PENILAIAN
Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti- aktiviti
Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi semua
kursus / LA yang diikuti berdasarkan keperluan kurikulum.
Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat
berikut;
- Memperolehi markah gabungan Pentaksiran Berterusan dan
Penilaian Akhir dengan MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau
gred D iaitu Nilai Mata 1.00
- Wajib HADIR Penilaian Akhir.
- Kursus-kursus yang tidak melibatkan Penilaian Akhir akan dinilai
secara 100% Pentaksiran Berterusan.

31 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

PENILAIAN KHAS

Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut :-
Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh
Pegawai Perubatan hospital kerajaan atau swasta.
Pelajar semester akhir (sebelum LI) yang lulus dengan bertaraf “Baik”
atau “Kepujian” tetapi gagal satu (1) kursus/LA daripada semester-
semester/modul-modul sebelumnya.
Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/ anak.
Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak Kolej.
Markah PK akan menggantikan markah PA sahaja manakala markah PB
adalah kekal.
Markah PK akan menentukan keputusan kursus / LA berkenaan sama
ada lulusatau gagal dan diambilkira dalam pengiraan PNM dan HPNM.
PK tidak boleh diadakan bagi pelajar yang tidak menduduki PA tanpa
sebab.
Sekiranya gagal dalam PK, pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA
tersebut pada semester / modul kursus / LA tersebut ditawarkan.
Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi
menduduki PK.

MENGULANG KURSUS

Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus / LA bersama-sama
dengan kursus / LA yang ditetapkan bagi semester / modul semasa
setelah mendapat nasihat dan kelulusan Timbalan Pengarah Akademik
(TPA) / Timbalan Pengarah (TP).
Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan selewat-
lewatnya pada minggu kedua selepas pendaftaran dengan mendapat
kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah
(TP).
Mengulang kursus / LA adalah keadaan apabila seseorang pelajar tidak
mencapai kriteria penilaian sesuatu kursus / LA atau gagal kursus / LA
pada semester / modul sebelumnya.

32 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

Kaedah Mengulang Kursus / LA ini juga adalah tertakluk kepada
samada kursus / LA itu ditawarkan atau tidak pada semester / modul
berkenaan (lihat syarat pendaftaran). Bagaimanapun, pelajar perlu
memohon kebenaran daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) /
Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan
pensyarah kelas terlebih dahulu bagi mengulang kursus / LA untuk
mengelakkan pertembungan jadual.
Pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA bagi mana-mana kursus /
LA yang disyaratkan ke atasnya pada semester / modul berikut jika
kursus / LA itu ditawarkan.

MENERUSKAN PENGAJIAN KE SEMESTER/MODUL BERIKUTNYA
Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus / LA yang gagal pada
semester / modul seterusnya (sekiranya kursus / LA tersebut
ditawarkan oleh pihak kolej).
Pelajar dikehendaki lulus semua kursus / LA yang ditawarkan bagi
sesuatu program sebelum dibenarkan menjalani latihan industri di akhir
pengajian. Pelajar yang mendapat status HPNM Lulus Bersyarat perlu
memperbaiki status keputusan sebelum menjalani Latihan Industri.
Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk
mendaftar latihan industri / WBL, boleh membuat rayuan untuk
dipertimbangkan menjalani latihan industri/WBL jika kursus / LA
berkenaan tidak ditawarkan pada semester/modul tersebut dengan
mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan
Pengarah (TP).

33 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

MENAMATKAN PENGAJIAN
Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya :

Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program dan telah lulus
Latihan Industri / WBL.
Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program.
Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM, WAJIB
LULUS kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa Sesi Mac
2015)

STATUS DIBERHENTIKAN
Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga kali berturut-
turut.
Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10
semester) termasuk Latihan Industri.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu
(1) minggu dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej
Komuniti.
Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan
peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti
dengan mempamerkan keputusan di kolej atau hebahan melalui media
elektronik.
Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas
pengumuman dibuat.

34 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

PENAHANAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program
dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka
keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya boleh ditahan
sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.

RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir
melalui Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP)
dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan bagi
mana-mana kursus / LA dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari selepas
keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej.
Rayuan bagi kursus / LA yang tiada penilaian akhir (PA) atau rayuan
markah Pentaksiran Berterusan (PB) boleh dikemukakan dalam tempoh
tujuh(7) hari selepas minggu peperiksaan.
Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan.
Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi
setiap kursus / LA.
Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang /
Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti.

SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN
Pelajar semester / modul akhir yang ingin membuat penyemakan
semula skrip jawapan sesuatu kursus / LA hendaklah mengemukakan
permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej
Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa
Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam
tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan.

35 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

SISTEM GRED

36 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

SISTEM NILAIAN MATA

37 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

PENGANUGERAHAN

Pelajar layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti setelah:

Lulus semua kursus yang telah ditetapkan dan
Lulus Latihan Industri (LI)
Memperolehi PNM > 2.00
Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian ang ditetapkan
Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
Sijil ini akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti masing-masing
ditandatangani oleh pengarah.

TRANSKRIP

Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas
pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej
Komuniti.
Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop oleh Jawatankuasa
Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab
munasabah, pelajar boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej
Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan
mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas
permohonan lengkap.

SIJIL KOLEJ KOMUNITI

Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya dikeluarkan sekali
sahaja setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil ini akan diserahkan semasa Majlis
Konvokesyen.

38 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab
munasabah, pelajar boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di
Kolej Komuniti yangmengeluarkan dokumen berkenaan dengan
mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas
permohonan lengkap.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1)
minggu dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan
peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti dengan
mempamerkan keputusan di kolej atau hebahan melalui media elektronik.
Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas
pengumuman dibuat.

PENAHANAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program
dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka
keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya boleh ditahan
sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.

39 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

5.3 PEMBAHAGIAN MARKAH SISTEM SEMESTER

SISTEM GRED
Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus/LA akan
dinyatakan dalam bentuk nilai mata dan gred seperti Jadual berikut:

Pelajar yang mendapat Lulus (L) perlu menebus kursus / LA untuk
mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan
penganugerahan sijil.
Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaiandan peperiksaan
dengan kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan
diberi gred TL (Tidak Lengkap).
Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah
melengkapkan aktiviti penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam
tempoh masa yang dibenarkan.
Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA
yang mendapat gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM
bersamaan atau lebih dari 2.00.

40 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

PENGURUSAN PENILAIAN
& PEPERIKSAAN

SISTEM NILAIAN MATA
Sistem penilaian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi adalah
berdasarkan kepada penilaian formatif dan sumatif prestasi pelajar di
dalam sesuatu kursus / LA dan diterjemahkan dalam bentuk Sistem
Nilaian Mata.
Mengikut Sistem Nilaian Mata, skor atau mata bagi sesuatu kursus / LA
dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti di Jadual 1. Satu
ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan.
Purata Nilai Mata (PNM) atau “Grade Point Average” (GPA) dan juga
“Cummulative Grade Point Average” (CGPA) di mana PNM dan HPNM
dihitung seperti berikut :

STATUS PENCAPAIAN AKADEMIK
Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester /
modul dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2
berikut:

41 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022

BAHAGIAN 6

LATIHAN INDUSTRI

PENGURUSAN LATIHAN
INDUSTRI

6.1 PENGENALAN

Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar sesebuah organisasi
untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri yang
dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa
yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti (SKK),
Kementerian Pengajian Tinggi (Dasar Latihan Industri IPT, 2020)

6.2 SYARAT LAYAK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Pelajar perlu lulus semua kursus/modul

6.3 TEMPOH LATIHAN INDUSTRI

Pelajar akan ditempatkan di industri selama tempoh 1 semester (16
Minggu / 24 Minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria
yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6.4 TATACARA PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

SEBELUM MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
Menghadiri taklimat Latihan Industri
Mendaftar subjek Latihan Industri di dalam sistem CCMS melalui
Penasihat Akademik
Menghantar dan mendapat jawapan penerimaan daripada industri
Mempunyai Buku Laporan Harian LI

43 BUKU PANDUAN PELAJAR EDISI 2022


Click to View FlipBook Version