The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhada036, 2023-09-10 18:24:15

BUKU SKRAP KEISTIMEWAAN NEGARA MALAYSIA

BUKU SKRAP KEISTIMEWAAN NEGARA MALAYSIA

1


2 NAMA : MOHAMMAD HAZIM NAJMUDDIN BIN MOHD NAJIHAN UMUR : 11 TAHUN KELAS : 5 BAIDURI SEKOLAH : SK SUNGAI SERDANG ALAMAT : NO 229, JALAN PINTU AIR, KAMPUNG TOK MUDA, 42200 KAPAR KLANG. CITA-CITA : JURUTERA HOBI : MENUNGGANG BASIKAL MAKANAN KEGEMARAN : NASI LEMAK DAN SPAGETI


3 BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 BIODATA DIRI 2 2 SENARAI KANDUNGAN 3 3 SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG 4 4 PENDAHULUAN 5 5 DESTINASI PELANCONGAN 6 6 KAUM DI MALAYSIA 18 7 PERMAINAN TRADISIONAL 19 8 PENUTUP 24


4 Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Cikgu Raizul selaku guru sejarah saya yang banyak membimbing serta memberi peluang kepada saya untuk meneroka dan mengenali dengan lebih jelas tentang Negara Kita Malaysia. Penghasilan Buku Skrap ini membantu saya mengenali keistimewaan Negara Kita. Semoga penghasilan buku skrap ini juga dapat membantu rakan-rakan mengenali negara kita dari kaca mata saya.


5 Malaysia terdiri daripada dua tanah besar, iaitu Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Di Malaysia Barat terdapat dua belas buah negeri, manakala di Malaysia Timur terdapat dua buah negeri. Keistimewaan Negara Malaysia yang ingin saya rungkaikan disini meliputi aspek tempat-tempat yang menarik yang menjadi destinasi pelancongan, Kepelbagaian kaum di Malaysia dan Permainan Tradisional di Malaysia.


6 Pantai Teluk Cempedak di negeri Pahang, Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak. TC merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan. Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulan asal nama pantai cempedak. Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.


7 Pantai Batu Buruk di negeri Terengganu Pantai Batu Buruk (atau Batu Burok) merupakan pantai yang boleh dijalankan aktiviti mandi-manda yang terletak di Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan pantai terdekat dari pusat bandar, sekitar 1.5 kilometer. Ini menjadikannya sebagai tumpuan bagi rehlah bagi ramai penduduk tempatan selain pelancong. Pantainya terdiri dari pasir panti yang putih dan diteduhi oleh barisan pokok kelapa dan pokok Ru (Casuarinas), dan angin yang kuat yang bertiup dari lautan China Selatan, menjadikan ia sebagai tumpuan ramai untuk duduk bersantai untuk berehat selepas penat bekerja atau berkelah bersama keluarga. bagi mereka yang berminat untuk berlari atau berjalan bersiar-siar sepanjang pantai, ia merupakan tempat yang sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Mereka yang berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin laut yang kuat. Sungguhpun Pantai Batu Buruk merupakan tempat popular bagi menjalani aktiviti berkelah dan mandi manda, pengunjung perlu berhati-hati kerana ombaknya yang kuat boleh membahayakan mereka yang tidak biasa. Di sekitar pantai Batu Buruk ini juga terdapat banyak tempat makan dari restoran makanan segera, sehingga makanan hasil laut Terengganu. Pengunjung boleh menjamu selera dengan ikan celup tepung, keropok, aiskrim goreng, sate ikan dan bermacam hasil laut lagi. Terdapat juga kereta kuda yang dihias cantik bagi mereka yang ingin bersiar santai di situ.


8 Pantai Port Dickson Port Dickson adalah tempat percutian di kawasan pantai yang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Ia hanya mengambil masa selama 1 jam memandu dari Kuala Lumpur dan juga Melaka. Pantai Port Dickson selalu dibanjiri dengan pelancong terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang. Antara aktiviti yang sering dilakukan di pantai Port Dickson termasuk berenang, menunggang bot laju, snorkeling dan banyak lagi. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk percutian bersama ahli keluarga dan kanak-kanak. Sepertimana kita tahu Kanak-kanak suka kan pantai. Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak termasuk membina istana pasir, menunggang kuda, berenang, berjalan di sekitar ruang yang terbuka luas dan banyak lagi.


9 Pulau Sipadan di Sabah Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. [1] Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009[2] . Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia. Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini. Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.


10 Pulau Kapas di Terengganu Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih. Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.


11 Pulau Pangkor di Perak Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah: 1. Kota Belanda 2. Batu bersurat 3. Pantai Puteri Dewi 4. Pantai Pasir Bogak 5. Teluk Nipah Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing. Pangkor Laut Resort yang dimiliki oleh YTL Hotels di sebelah barat Pantai Pasir Bogak ialah sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.


12 Jeti di Pulau Pangkor. Kubu Belanda Tokong Fu Ling Kong


13 Kota A Famosa di Melaka Kota A Famosa atau dalam bahasa Portugis membawa maksud “Yang Termasyhur” telah dibina pada tahun 1511 oleh Portugis selepas mereka berjaya menawan Melaka. Masa yang diambil untuk membina Kota A Famosa ini hanya 5 bulan sahaja dan bahan yang digunakan adalah bahan dari runtuhan masjid dan juga bangunan lain. Dengan ketebalan tembok batu setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter, bangunan Kota A Famosa ini dikatakan sangat kukuh dan membantu melindungi Portugis dari semua bentuk serangan. Kota A Famosa yang telah dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque ini juga sebenarnya merupakan tanda penolakan penduduk Melaka ketika itu sehingga menyebabkan portugis membina kota pertahanan tersebut setelah menguasai Bandar Melaka bagi mengelak dari orang-orang Melayu yang menyerang mereka. Lokasi Kota A Famosa ini terletak bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul di Bandar Hilir. Ianya merupakan bangunan seni bina Eropah yang tertua dan masih ada sehingga kini. Sungguh tidak dinafikan, Kota A Famosa telah menjadi antara tempat bersejarah yang cukup popular dan tak putus-putus orang ramai datang berkunjung hanya untuk menyaksikan sendiri keunikan seni bina Kota A Famosa ini. Malah, Kota A Famosa ini bukan sahaja menjadi tumpuan para pelancong kerana keunikan dan keindahan seni binanya tetapi juga kerana Kota A Famosa ini memiliki sejarah yang cukup menarik.


14 Perigi Hang Tuah di Melaka Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.


15 Makam Mahsuri di Pulau Langkawi, Makam Mahsuri ialah antara tarikan pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ia terletak di Ulu Melaka, iaitu kampung asal dimana beliau dilahir dan dibesarkan. Oleh kerana ia sering menjadi tumpuan pelancong, tempat ini telah dibangunkan menjadi sebuah kompleks pelancongan dan dikenali sebagai Kota Mahsuri. Hari ini Makam Mahsuri ialah antara destinasi pelancongan utama di Langkawi. Antara tarikan yang ada termasuk muzium, perkampungan melayu tradisional dan Telaga Mahsuri. Selain itu, berbagai artifak peninggalan sejarah berkaitan Langkawi serta persembahan kebudayaan dapat disaksikan didalam Kompleks Kota Mahsuri. Makam Mahsuri merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.


16 Gua Niah di Sarawak Gua Niah ialah sebuah gua terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia. Gua ini merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia malah merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Kawasan sekeliling ia turut telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Menurut hasil kajian pakar sains yang diketuai Daren Curnoe, seorang pakar antropologi Australia yang mengkaji penemuan kerangka tulang dan tengkorak manusia purba di Gua Niah yang berusia 40,000 tahun dipercayai dari orang asal Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian dengan orang asli Iban Kemegahan Gua Niah dapat dilihat jelas dari pekan Batu Niah dan merupakan satu daripada destinasi yang harus dilawati oleh orang Sarawak terlebih dahulu


17 sebelum pelancong luar datang dengan jumlah yang ramai untuk mengagumi keunikannya. Malangnya ramai warga Sarawak, malah warga berhampiran seperti dari Bekenu, Niah, Miri, Bekenu dan Bintulu yang belum pernah menjejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. Gua Niah terletak kira-kira lebih sejam setengah perjalanan dari bandar raya Miri dan boleh dilawati secara mudah dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan atau motosikal. Terletak di Taman Negara Niah, Gua Niah termasyur di dunia kerana di sini wujudnya penemuan penting dalam sejarah dunia apabila ahli-ahli arkeologi menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara iaitu pada 40,000 tahun yang lampau. Penemuan seperti lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil seperti keranda menjadi bukti bahawa gua ini pernah dijadikan sebagai kawasan perkuburan manusia zaman sebelum kini. Bagi pencinta alam dan sejarah, inilah salah satu lokasi untuk menghayati keindahan flora dan fauna, selain menggali aspek-aspek sejarahnya. Penerokaan di Taman Negara Niah pasti akan memberi pengalaman yang menarik dan berharga, apatah lagi jika ini pengalaman pertama seseorang ke gua. Pengunjung boleh mendapatkan info menarik di Taman Negara Niah kerana terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini seperti meredah denai melalui Madu Trail dan Bukit Kasut Trail, selain melawat Traders Cave, Kuala Gankira dan menikmati suasana inap desa di Rumah Panjang Tangap yang terletak berdekatan dengan Gua Niah. Bagi yang berminat untuk meneroka Taman Negara Niah, boleh menginap di hostel ataupun chalet dengan membuat tempahan melalui Jabatan Perhutanan Sarawak dan atau melepaskan lelah di hotel bajet di pekan Batu Niah dan Sepupok.


18 Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu,Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan Kashpalati.


19 Permainan wau Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan


20 ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi pendudukpenduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.


21 Congkak Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli. Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama Congklak, manakala di Filipina, Sungka.


22 Dalam permainan Congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan Congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm Dalam permainan ini, pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masingmasing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah Congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.


23 Gasing Permainan Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450SM dan dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Justeru, permainan ini telahpun diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari Melaka Gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu yang lain dan menjadi permainan yang popular. Kini, permainan ini kekal sebagai warisan budaya masyarakat Melayu dan terkenal di Melaka, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu gasing jantung, gasing kelawar, gasing telur, gasing perenang, gasing tanjung dan gasing pangkah. Tali gasing diperbuat daripada benang atau jut berukuran antara 300sm hingga 450sm mengikut ukur lilit gasing. Salah satu hujung tali diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing manakala hujung satu lagi dilekatkan gam supaya tidak terurai. Dalam permainan ini pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.


24 PENUTUP Kedudukan Malaysia di Luar Lingkungan Api Pasifik menyebabkan negara ini bebas daripada bencana alam yang besar. Situasi ini merupakan antara faktor keamanan negara ini terpelihara. Di samping itu, perpaduan rakyat Malaysia ternyata utuh. Walaupun kami terdiri daripada berbilang kaum, kehidupan kami tetap harmoni. Situasi ini terbina dengan adanya sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih dapat berkongsi kekayaan negara dengan mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri. Rakyat negara ini sedar bahawa perpaduan kaum amat penting dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana bersatu teguh, bercerai roboh.


Click to View FlipBook Version