The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhada036, 2021-10-25 06:29:15

KOLEKSI SETEMPAT

KOLEKSI SETEMPAT

TOKOH PERTAMA

YB HAMZAH ALANG

PENGENALAN

Kemerdekaan Malaysia merupakan satu anugerah kepada generasi kini hasil perjuangan
getir dari ramai tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjuang samaada secara langsung
ataupun tidak. Tanpa perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan ini Malaysia tidak mungkin
aman dan tenteram seperti kini. YB Alang Hamzah merupakan Tokoh terbilang Kapar yang
banyak menyumbang dalam kemerdekaan tanah melayu dan memperjuangkan komuni
setempat iaitu Masayarakat Sungai Serdang dalam mencapai pembangaunan.

LATAR BELAKANG

Hamzah Alang merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang
bertandingdalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kapar, negeri
Selangor (1958-1964)..

Mengikut sejarahnya berasal dari Tanjung Malim, Perak. Berhijrah ke Kapar. Tahun
1969 menjadi Ketua Bahagian UMNO Kapar. Bermula dari tahun 1946 bersama
sama Tengku Abdul Rahman dan rakan rakan seperjuangan bagi menuntut
kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya).Hamzah Alang juga bersama Tahir Majid
menurunkan bendera union jack dan menggantikan dengan bendera Malaya
(bendera Malaysia hari ini) di Padang Sulaiman Club.

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri

ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos

1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan
berperingkat- peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu
Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen
bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi(1959). Perikatan menang 74 kerusi
dan pembangkang menang 30 kerusi.

SEJARAH BENDERA UNION JACK YANG
DITURUNKAN OLEH HAMZAH ALANG PADA

MALAM 31 OGOS 1957

Pada malam 31 Ogos 1957, semua jalan menuju ke Padang Kelab Selangor (Dataran
Merdeka sekarang) penuh sesak dengan kenderaan. Padang itu telah dipenuhi orang
ramai, begitu juga jalan-jalan telah penuh. Kira-kira sejam sebelum berlakunya
penurunan bendera Union Jack di situ, jalan-jalan berdekatan telah “jem” sepenuhnya.
Mengikut jadualnya, tepat pukul 12 malam, bendera Union Jack akan
diturunkan oleh tiga orang Pemuda UMNO dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang hampir serupa dengan bendera Amerika.

Sementara menunggu saat itu, para hadirin yang telah penuh sesak memberi perhatian
kepada pengacara majlis malam itu iaitu Ismail Bontak, seorang pelawak Radio Tanah
Melayu ketika itu. Dia juga adalah orang Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku
Abdul Rahman sekarang). Ismail Bontak inilah yang melukis gambar kapal layar yang
kemudian dijadikan lambang Perikatan dalam pilihanraya. Tiga orang pemuda yang
dipilih untuk melaksanakan upacara penurunan bendera kerajaan Inggeris itu adalah
Hamzah Alang dari Klang, Radin Supatan dari Kampung Baru dan seorang lagi(walLahu
a’lam).
Menurut pendapat Syaikh Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang ketika itu, dan nenda
kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi), tepat satu minit selepas pukul 12 malam 31 Ogos
pada tahun itu, bulan dan beberapa bintang berada sebaris di kaki langit KualaLumpur,
suatu fenomena yang jarang berlaku. Tetapi fenomena itu dianggarkan sekitar 3 minit
sahaja, selepas itu kedudukan bulan dan bintang-bintang tersebut akan berselerak
semula. Menurut ramalan falak beliau, kedudukan itu akan menghasilkan

tenaga yang maksima. Jesteru kerana Tunku Abdul Rahman sangat bersetuju denganpandangan itu, maka Tunku telah
memilih saat itu untuk membuat pengisytiharan kemerdekaan negara.

Tunku bertolak dari kediaman beliau(berdekatan PWTC sekarang) menaiki kereta diiringi
oleh beberapa motorsikal pemuda-pemuda UMNO. Rombongan Tunku tersangkut
dalam kesesakan jalanraya. Pihak polis tidak mengiringi Tunku malam itu. Tanah Melayu
belum merdeka secara rasmi, maka polis masih berkhidmat untuk penjajah. Secara
logiknya maka jelaslah Tunku tidak akan sampai ke Padang Kelab Selangor tepat pukul
12 malam. Maka satu panggilan telefon telah dibuat kepada Jabatan Ukur (yang
menyelenggarakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad),memaklumkan bahawa
Tunku tidak dapat sampai tepat pukul 12 malam, dan memintasupaya jarum jam itu dapat
diundur sedikit atau diberhentikan sementara menunggu ketibaan Tunku. Jabatan Ukur
telah mengambil langkah sewajarnya dengan menghentikan jarum jam itu.

Dalam keadaan bersesak itu, bukanlah semua orang dapat melihat jam besar itu dengan jelas. Umumnya
orang ramai hanya tunggu untuk mendengar jam itu berbunyimenandakan sudah pukul 12. Hadirin pada
malam itu tidak sedar bahawa jam itu sudah dimatikan.

Apabila rombongan yang membawa Tunku sudah tiba, maka jam itu dihidupkan semula.
Orang ramai tidak menyedari bahawa 31 Ogos telah masuk beberapa minit lepas dan
kemerdekaan belum lagi diumumkan. Tidak dapat dipastikan apakah Tunku sendiri
menyedari situasi itu. Pergerakan bulan dan bintang sudah tentu tidak akan pegun
menunggu kehadiran Tunku. Kedudukan sejajar yang dimaklumkan Syaikh Abdullah itu
sudah pasti telah berlalu. Dengan ketibaan Tunku itu maka majlis itu diteruskan seperti
yang telah diatur. Bendera Union Jack diturunkan dan bendera baruPersekutuan Tanah
Melayu dikibarkan walaupun telah ditunda kira-kira 10 minit.

RUJUKAN : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamzah_Alang

http://kibarpanji.blogspot.com/2011/07/merdeka-tertangguh.html?m=1

TOKOH KEDUA

SAHIBUS SAMAHAH DATO' DR. HAJI
ANHAR BIN HAJI OPIR

DATO' SERI UTAMA DIRAJA MUFTI
SELANGOR

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang unik kerana wujud beberapa institusi menaungi Islam sebagai agama
Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan. Ia lebih terserlah melalui konsep Raja
Berperlembagaan dengan wujudnya institusi Raja Melayu bertanggung jawab terhadap pengurusan hal ehwal
Islam.

Ini ditambah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
Tugasnya adalah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa terhadap perkara mengenai Islam
yang dirujuk oleh Majlis Raja-Raja.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa, keputusan dan pandangan hukum diputuskan akan dimaklumkan kepada
mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dipengerusikan Perdana Menteri yang
kemudiannya akan mengemukakan bersama dengan pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja untuk
dibincangkan Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi menentukan fatwa dan pewartaannya di peringkat negeri.

Keistimewaan Malaysia sebagai negara Islam lebih terserlah kerana isu membabitkan kefatwaan terletak di
bawah bidang kuasa negeri. Melalui akta, enakmen dan ordinan berkaitan, institusi fatwa di negeri berhak
mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri masing-masing.

Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai mufti di setiap negeri berjumlah seramai 14 mufti. Begitu
juga hal berkait pewartaan fatwa yang menjadikannya sebagai antara peruntukan dilindungi undang-undang
yang tidak terdapat di negara lain.

Jawatankuasa Muzakarah MKI berperanan sebagai medium penyelidikan dan penyelarasan hukum di negara
ini, selaras prosedur pengeluaran fatwa di peringkat negeri yang memperuntukkan fatwa hanya boleh
dikeluarkan Sahibus Samahah Mufti bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui peruntukan undang-undang
berkaitan fatwa.

BIODATA

Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir
Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor

o Dilahirkan pada 10 Januari 1976
o Berasal dari Kampung Sungai Serdang, Kapar
o Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

(SAMTTAJ) Shah Alam (1989-1991) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (1992-1995).
o Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh) Mumtaz dari The World Islamic

Sciences And Education University (WISE), Jordan, Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiyah)
Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Syariah
Islamiyah) dari Universiti al-Azhar, Mesir.
o Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman
Islam(CTU) di UiTM Pahang (Julai-Disember 2006) dan di UiTM Melaka (Januari-Jun
2007). Beliau kemudiannya menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ogos 2007 sehingga kini.
o Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor bermula Januari 2016 hingga
20 Mei 2021 sebelum dilantik sebagai Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke-7
berkuatkuasa pada 21 Mei 2021.

PENDIDIKAN

1. SK Sungai Serdang dan SRA Sungai Serdang
Mendapat 3A dalam UPSR pada Tahun 1988 Dan SDE (88% pada tahun
1988)

2. SAMT TAJ Shah Alam SRP Tahun 1991 ( agt 6 )

3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (SPM tahun 1993 (9A 1C) SKK (88%
1993) dan STPM (3A 2B pada tahun 1995

4. Ijazah Sarjana, Falsafah Islamiah
Cairo University, Fakulti Darul Ulum

5. Sarjanamuda Syariah Islamiah,
Universiti al-Azhar al-Syarif
Jaiyyid 1999

6. Ijazah Sarjana, Universiti Kaherah
Falsafah Islamiah (Mumtaz 2006)

7. Doktor falsafah (Ph.D) Fiqh Dan Usul, (mumtaz 2015)
The World Islamic Science And Education University, Jordan.

TAJUK KAJIAN DOKTOR FALSAFAH (Ph.D):

‫البيع عقد في الأهلية عوارض ثر أ‬

JAWATAN

1. Ketua Umum,
Kolej Islam Sultan Alam Shah (1995)

2. Timbalan Presiden,
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (1998-1999)

3. Pensyarah,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusian
Universiti Pendidikan Sultan Idris

4. Timbalan Mufti,
Pegawai Hal Ehwal Islam S54
Negeri Selangor Darul Ehsan (2016-kini)

5. Ahli Jawatan Kuasa Syariah,
Bank Islam Malaysia Berhad

GURU

Dr. Qahtan Abdur Rahman ad-Duri
(Subjek: ‫)الحق استعمال في التعسف نظرية‬

KARYA

Menyanggah Dakwaan Golongan Yang Menentang Pemboikotan Ekonomi
(2003), Kaherah: Badan Komunikasi dan Bahasa Arab, Persekutuan Melayu

Republik Arab Mesir.
(Terjemahan karya Prof. Dr. Husain Husain Shehata

‫)الاقتصادية للمقاطعة المثبطين مزاعم تفنيد‬

PENCAPAIAN

1. Tesis ijazah sarjana beliau bertajuk 'Political Thinking Comparison
Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakar Ibnu El- Arabi'
(Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi
Abu Bakar Ibn Al-Arabi) dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 di Darul
Ulum, Cairo University.

2. Panel sebagai penceramah "Seminar Fiqh Penghayatan Solat" anjuran K-
Fiqh.

3. Panel sebagai penceramah slot "Tabayyun" di Astro Oasis. Pengurniaan
Darjah Seri Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato' pada
istiadat Pengurniaan Darjah/Bintang/Pingat Kebesaran Sempena Hari
Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke 72.

Lantikan menjadi panel Pakar Rujuk Haji dibawah Tabung Haji untuk
tahun 2019/1440 Hijrah.

PERKONGSIAN TOKOH








Click to View FlipBook Version