The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhada036, 2021-10-25 04:15:50

TN HJ ANHAR

TN HJ ANHAR

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang unik kerana wujud beberapa institusi
menaungi Islam sebagai agama Persekutuan seperti diperuntukkan dalam
Perlembagaan. Ia lebih terserlah melalui konsep Raja Berperlembagaan dengan
wujudnya institusi Raja Melayu bertanggung jawab terhadap pengurusan hal ehwal Islam.

Ini ditambah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia (MKI). Tugasnya adalah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa
terhadap perkara mengenai Islam yang dirujuk oleh Majlis Raja-Raja.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa, keputusan dan pandangan hukum diputuskan akan
dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
dipengerusikan Perdana Menteri yang kemudiannya akan mengemukakan bersama
dengan pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan Jawatankuasa
Fatwa Negeri bagi menentukan fatwa dan pewartaannya di peringkat negeri.

Keistimewaan Malaysia sebagai negara Islam lebih terserlah kerana isu membabitkan
kefatwaan terletak di bawah bidang kuasa negeri. Melalui akta, enakmen dan ordinan
berkaitan, institusi fatwa di negeri berhak mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri
masing-masing.

Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai mufti di setiap negeri berjumlah
seramai 14 mufti. Begitu juga hal berkait pewartaan fatwa yang menjadikannya sebagai
antara peruntukan dilindungi undang-undang yang tidak terdapat di negara lain.

Jawatankuasa Muzakarah MKI berperanan sebagai medium penyelidikan dan
penyelarasan hukum di negara ini, selaras prosedur pengeluaran fatwa di peringkat
negeri yang memperuntukkan fatwa hanya boleh dikeluarkan Sahibus Samahah Mufti
bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui peruntukan undang-undang berkaitan
fatwa.

BIODATA

Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir

Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor

o Dilahirkan pada 10 Januari 1976

o Berasal dari Kampung Sungai Serdang, Kapar

o Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam (1989-1991) dan Kolej Islam
Sultan Alam Shah, Klang (1992-1995).

o Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh) Mumtaz dari
The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan,
Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiyah) Mumtaz dari Universiti Kaherah,
Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Syariah Islamiyah) dari
Universiti al-Azhar, Mesir.

o Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pensyarah di Pusat
Pemikiran dan Kefahaman Islam(CTU) di UiTM Pahang (Julai-Disember
2006) dan di UiTM Melaka (Januari-Jun 2007). Beliau kemudiannya
menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ogos 2007 sehingga kini.

o Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor bermula
Januari 2016 hingga 20 Mei 2021 sebelum dilantik sebagai Dato' Seri
Utama Diraja Mufti Selangor ke-7 berkuatkuasa pada 21 Mei 2021.

PENDIDIKAN

1. Ijazah Sarjana, Falsafah Islamiah
Cairo University, Fakulti Darul Ulum

2. Pelajar jurusan Syariah Islamiah,
Universiti al-Azhar al-Syarif

3. Doktor falsafah (Ph.D) Fiqh Dan Usul,
The World Islamic Science And Education University, Jordan.

TAJUK KAJIAN DOKTOR FALSAFAH (Ph.D):
‫البيع عقد في الأهلية عوارض أثر‬

JAWATAN

1. Ketua Umum,
Kolej Islam Sultan Alam Shah (1995)

2. Timbalan Presiden,
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (1998-1999)

3. Pensyarah,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusian
Universiti Pendidikan Sultan Idris

4. Timbalan Mufti,
Pegawai Hal Ehwal Islam S54
Negeri Selangor Darul Ehsan (2016-kini)

5. Ahli Jawatan Kuasa Syariah,
Bank Islam Malaysia Berhad

GURU

Dr. Qahtan Abdur Rahman ad-Duri
(Subjek: ‫)الحق استعمال في التعسف نظرية‬

KARYA

Menyanggah Dakwaan Golongan Yang Menentang Pemboikotan Ekonomi
(2003), Kaherah: Badan Komunikasi dan Bahasa Arab, Persekutuan Melayu

Republik Arab Mesir.
(Terjemahan karya Prof. Dr. Husain Husain Shehata

‫)الاقتصادية للمقاطعة المثبطين مزاعم تفنيد‬

PENCAPAIAN

1. Tesis ijazah sarjana beliau bertajuk 'Political Thinking Comparison
Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakar Ibnu El- Arabi'
(Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi
Abu Bakar Ibn Al-Arabi) dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 di Darul
Ulum, Cairo University.

2. Panel sebagai penceramah "Seminar Fiqh Penghayatan Solat" anjuran K-
Fiqh.

3. Panel sebagai penceramah slot "Tabayyun" di Astro Oasis. Pengurniaan
Darjah Seri Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato' pada
istiadat Pengurniaan Darjah/Bintang/Pingat Kebesaran Sempena Hari
Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke 72.

Lantikan menjadi panel Pakar Rujuk Haji dibawah Tabung Haji untuk
tahun 2019/1440 Hijrah.

PERKONGSIAN TOKOH








Click to View FlipBook Version