TAJUK KOLEKSI SETEMPAT
TOKOH TERBILANG KAPAR
PENGENALAN :
DIDALAM SEGMEN KOLEKSI SETEMPAT,PUSAT SUMBER SK SUNGAI SERDANG
TELAH MEMAPARKAN KOLEKSI YANG BERKAITAN DENGAN TOKOH TERBILANG
KAPAR.
KAPAR,TELAH MELAHIRKAN BEBERAPA TOKOH TERBILANG YANG BOLEH
DIBANGGAKAN OLEH SELURUH MASYARAKAT DI KAPAR KHASNYA DAN DI
SELURUH MALAYSIA AMNYA.
DISINI KAMI MEMPERKENALKAN 2 ORANG TOKOH YANG BERASAL DARIPADA
KAPAR YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA.TOKOH
PERTAMA,MEMPUNYAI SEJARAH BERLATAR BELAKANG TOKOH PEJUANG YANG
MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA MALAYSIA.
TOKOH KEDUA PULA,MEMPUNYAI LATAR BELAKANG SEBAGAI SEORANG
ILMUWAN DAN CENDIAKAWAN YANG TELAH DIANGKAT SEBAGAI MUFTI
SELANGOR.
OLEH ITU,SEMUA MURID DAN SELURUH WARGA SKSS AKAN DAPAT
MENGENALI DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI KEDUA-DUA TOKOH
YANG BERASAL DARIPADA KAPAR INI.
TOKOH PERTAMA : HAMZAH ALANG
Hamzah Alang merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding
dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kapar, negeri Selangor (1958-1964)..
Mengikut sejarahnya berasal dari Tanjung Malim, Perak. Berhijrah ke Kapar. Tahun 1969 menjadi
Ketua Bahagian UMNO Kapar. Bermula dari tahun 1946 bersama sama Tengku Abdul Rahman dan
rakan rakan seperjuangan bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya).Hamzah Alang juga
bersama Tahir Majid menurunkan bendera union jack dan menggantikan dengan bendera Malaya
(bendera Malaysia hari ini) di Padang Sulaiman Club.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri
ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos
1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-
peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum
menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi
(1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
SEDIKIT KISAH SEJARAH MENGENAI BENDERA UNION JACK YANG DITURUNKAN OLEH
HAMZAH ALAM PADA MALAM 31 OGOS 1957
Pada malam 31 Ogos 1957, semua jalan menuju ke Padang Kelab Selangor (Dataran
Merdeka sekarang) penuh sesak dengan kenderaan. Padang itu telah dipenuhi orang
ramai, begitu juga jalan-jalan telah penuh. Kira-kira sejam sebelum berlakunya
penurunan bendera Union Jack di situ, jalan-jalan berdekatan telah “jem”
sepenuhnya. Mengikut jadualnya, tepat pukul 12 malam, bendera Union Jack akan
diturunkan oleh tiga orang Pemuda UMNO dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang hampir serupa dengan bendera Amerika.
Sementara menunggu saat itu, para hadirin yang telah penuh sesak memberi perhatian
kepada pengacara majlis malam itu iaitu Ismail Bontak, seorang pelawak Radio Tanah
Melayu ketika itu. Dia juga adalah orang Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku
Abdul Rahman sekarang). Ismail Bontak inilah yang melukis gambar kapal layar yang
kemudian dijadikan lambang Perikatan dalam pilihanraya. Tiga orang pemuda yang
dipilih untuk melaksanakan upacara penurunan bendera kerajaan Inggeris itu adalah
Hamzah Alang dari Klang, Radin Supatan dari Kampung Baru dan seorang
lagi(walLahu a’lam).
Menurut pendapat Syaikh Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang ketika itu, dan
nenda kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi), tepat satu minit selepas pukul 12 malam
31 Ogos pada tahun itu, bulan dan beberapa bintang berada sebaris di kaki langit Kuala
Lumpur, suatu fenomena yang jarang berlaku. Tetapi fenomena itu dianggarkan sekitar
3 minit sahaja, selepas itu kedudukan bulan dan bintang-bintang tersebut akan
berselerak semula. Menurut ramalan falak beliau, kedudukan itu akan menghasilkan
tenaga yang maksima. Jesteru kerana Tunku Abdul Rahman sangat bersetuju dengan
pandangan itu, maka Tunku telah memilih saat itu untuk membuat pengisytiharan
kemerdekaan negara.
Tunku bertolak dari kediaman beliau(berdekatan PWTC sekarang) menaiki kereta
diiringi oleh beberapa motorsikal pemuda-pemuda UMNO. Rombongan Tunku
tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Pihak polis tidak mengiringi Tunku malam itu.
Tanah Melayu belum merdeka secara rasmi, maka polis masih berkhidmat untuk
penjajah. Secara logiknya maka jelaslah Tunku tidak akan sampai ke Padang Kelab
Selangor tepat pukul 12 malam. Maka satu panggilan telefon telah dibuat kepada
Jabatan Ukur (yang menyelenggarakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad),
memaklumkan bahawa Tunku tidak dapat sampai tepat pukul 12 malam, dan meminta
supaya jarum jam itu dapat diundur sedikit atau diberhentikan sementara menunggu
ketibaan Tunku. Jabatan Ukur telah mengambil langkah sewajarnya dengan
menghentikan jarum jam itu.
Dalam keadaan bersesak itu, bukanlah semua orang dapat melihat jam besar itu
dengan jelas. Umumnya orang ramai hanya tunggu untuk mendengar jam itu berbunyi
menandakan sudah pukul 12. Hadirin pada malam itu tidak sedar bahawa jam itu
sudah dimatikan.
Apabila rombongan yang membawa Tunku sudah tiba, maka jam itu dihidupkan
semula. Orang ramai tidak menyedari bahawa 31 Ogos telah masuk beberapa minit
lepas dan kemerdekaan belum lagi diumumkan. Tidak dapat dipastikan apakah Tunku
sendiri menyedari situasi itu. Pergerakan bulan dan bintang sudah tentu tidak akan
pegun menunggu kehadiran Tunku. Kedudukan sejajar yang dimaklumkan Syaikh
Abdullah itu sudah pasti telah berlalu. Dengan ketibaan Tunku itu maka majlis itu
diteruskan seperti yang telah diatur. Bendera Union Jack diturunkan dan bendera baru
Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan walaupun telah ditunda kira-kira 10 minit.
RUJUKAN : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamzah_Alang
http://kibarpanji.blogspot.com/2011/07/merdeka-tertangguh.html?m=1
GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN HAMZAH ALANG
HAMZAH ALANG
TOKOH KEDUA : TUAN HAJI ANHAR BIN OPIR
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1- SK Sg Serdang dan SRA Sg Serdang tahun UPSR (3A 1988) dan SDE (88% 1988)
2- SAMT TAJ Shah Alam SRP tahun (agg 6 1991)
3- Kolej Islam Sultan Alam Shah SPM tahun (9A 1C 1993) SKK (88% 1993) dan
STPM (3A 2B 1995) STK (88.9% 1995)
4- Universiti Al Azhar Ijazah sarjana muda, syariah islamiah (jaiyyid 1999)
5. Universiti Kaherah, sarjana, falsafah islamiah (mumtaz 2006)
5- WISE Jordan PHD, fiqh wa usuluh (mumtaz 2015)
KERJAYA
1- UiTM Pahang tahun (2006) jawatan (pensyarah)
2- UiTM Melaka tahun (2007) jawatan (pensyarah)
3- UPSi tahun (2007) jawatan (pensyarah kanan)
4- Jabatan Mufti tahun (2016)
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN DENGAN TUAN HJ. ANHAR BIN OPIR
KOLEKSI SETEMPAT
TOKOH KAPAR TERBILANG
http://gg.gg/koleksisetempat-tokohkapar
PENGENALAN :
INOVASI MERUPAKAN CETUSAN IDEA ATAU MEDIUM YANG TERHASIL DARIPADA
KAJIAN TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH BAGI
MENYELESAIKAN SESUATU ISU YANG TIMBUL.
DIANTARA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI SK SUNGAI SERDANG .:
BIL JENIS INOVASI OBJEKTIF DILAKSANAKAN TAHUN
DILAKSANAKAN
1 SPICE SKSS -PUSAT PENYEBARAN 2020
ILMU DAN
(SCHOOL PERSONALISED MENINGKATKAN
INTERGRATED CORRIDOR KUALITI BACAAN MURID
EDUCATION SKSS)
2 TAMAN HERBA -MENYEBAR LUASKAN 2018
MAKLUMAT TENTANG
(MAKLUMAT DIAKSES POKOK HERBA DAN
MENGGUNAKAN QR CODE) MEMUPUK SEMANGAT
MURID-MURID
MENCINTAI TUMBUH-
TUMBUHAN
3 KEHADIRAN GURU SERTA TETAMU -MEMUDAHKAN 2020
MENGGUNAKAN QR CODE URUSAN PEREKODAN
KEHADIRAN GURU DAN
PELAWAT KE SKSS.
INOVASI PERTAMA : SPICE, SKSS
Kertas Kerja Projek Khas Unit Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang
42200 Kapar
Tajuk Inovasi :
SPICE SKSS
(SCHOOL PERSONALISED INTERGRATED CORRIDOR EDUCATION)
Anjuran :
1. Unit Pusat Sumber
2.Panitia Bahasa Inggeris
3.Panitia Bahasa Melayu
4.Panitia Sains
5.Unit PPDa
6.Panitia RBT
1. Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu proses yang memerlukan pelbagai aspek medium yang boleh
dilaksanakan oleh para pendidik di institusi pendidikan bagi memenuhi keperluan generasi Y
yang mempunyai cita rasa yang semakin kompleks. Perkembangan dunia pendidikan yang
semakin berkembang hari ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber
maklumat yang semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Kurikulum
merentas matapelajaran ialah salah satu amalan yang semakin mendapat perhatian dalam
kalangan warga pendidik untuk menjamin aspek-aspek pendidikan yang dinyatakan di atas dapat
dicapai dengan sempurna.
Pedagogi Pendidikan hari ini semakin memerlukan seorang guru memikirkan media yang
menarik, berinovasi dan canggih seperti penggunaan bahan-bahan maujud alat elektronik,
pembelajaran di luar bilik darjah, pembelajaran simulasi dan pembelajaran melalui aktiviti
lawatan adalah semakin mendapat perhatian dan memberi impak yang lebih berkesan. Dalam
konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelbagai sumber pendidikan
yang dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah.
Pusat sumber yang merupakan satu badan khas dalam penyebaran ilmu ini memainkan
peranan penting dalam usaha menyampaikan ilmu dan melahirkan model insan yang
berketerampilan dalam semua aspek. Justeru itu, Koridor Sekolah Terintegrasi Diperibadikan
Untuk Pendidikan atau School Personalised Integrated Corridor for Education (SPICE), SK
Sungai Serdang ini diwujudkan sebagai satu medan pembelajaran berkesan yang boleh
digunakan oleh semua warga SK Sungai Serdang untuk mencari, meneroka dan seterusnya
menggunakan sumber yang ada untuk peningkatan ilmu. SPICE ini terdiri daripada gabungan
beberapa kawasan iaitu sudut PKJR, Laman Cendekia, Taman Herba, Fun Zone, Pondok
NILAM Bestari dan Pondok SAL. SPICES SKSS ini terletak di sekeliling kawasan sekolah
yang sangat strategik dan sangat mudah untuk dilawati oleh murid-murid dan guru-guru. Oleh
itu, pihak sekolah telah merangka satu kajian untuk mengenal pasti peranan Koridor Sekolah
Terintegrasi Diperibadikan Untuk Pendidikan (SPICE) sebagai pusat penyebaran ilmu dan
meningkatkan kualiti bacaan murid.
2. Objektif Satu projek khas yang menarik minat untuk belajar sambal bermain.
i. Menarik minat murid untuk membaca seterusnya meningkatkan peratus pencapaian 20
ii. bacaan murid.
Pelaksanaan aktiviti KBAT dapat dijalankan dikalangan murid-murid
iii. Penintergrasian pelbagai bidang pembelajaran dapat meningkatkan sumber maklumat
iv. murid-murid
Menyebar luaskan penyebaran peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai medium yang
v. menyalurkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada warga sekolah.
3. Ahli jawatankuasa
Pengerusi: Pn. Norliah bt. Abu Hassan
Guru Besar
Timbalan pengerusi : Tn. Hj. Mansor bin Mokhtar
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib pengerusi : En. Nor Azman bin. Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib pengerusi : TN. Hj. Mohd. Abdul Satar bin Hj. Ali
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Suhaila Bt. Samaes
Naib setiausaha : Pn. NorSuhada bt. Mahmood
Ahli Jawatankuasa:
Pn. NorHasliza
Pn. Nor Salawani
En. Mohd Zawawi
Pn. Suzana
Pn. Nor Liana
En. Mohd Fauzee
En. Ngabdul Basir
En. Mohd Aidil
4. Perancangan projek Projek
Bil Tarikh Merangka kertas kerta dan menubuhkan Ahli
1. Januari- Mac Jawatankuasa
2. Jun-ogos AJK memulakan kerja menghias dan meletakkan
pelbagai info dilorong dan susut-sudut tersebut
3. September - Oktober Menghias lorong dengan sudut-sudut yang telah
ditetapkan
Lorong/sudut siap dan boleh digunakan oleh semua
murid
5.Model Koridor yang diwujudkan didalam kawasan SPICE.
-Terdapat 6 model koridor yang diwujudkan iaitu :
Koridor 1 : Laman Cendikia (Unit Pusat Sumber )
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Koridor 3 : Taman Herba (Unit PPDa,panitia Sains,Panitia RBT,pss)
Koridor 4 : Lorong PKJR & Sains (Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains)
Koridor 5 : Laman Nilam Bestari ( Unit PSS)
Koridor 6 : Pondok SAL (Panitia Bahasa Inggeris)
-Kesemua maklumat mengenai 6 model koridor tersebut dijana menggunakan QR CODE.
6. Anggaran perbelanjaan
i. Bahan-bahan perhiasan lorong – RM1000
ii. Banner dan Bunting – RM 500
Jumlah RM 1500
7. Sumber perbelanjaan
i. Sumbangan pihak sekolah
ii. Sumbangan pihak luar
iii. Sumbangan individu
7. Penutup
Semoga dengan mewujudkan kawasan SPICE di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang akan dapat
mempertingkatkan lagi ilmu dan sumber maklumat murid-murid dalam pelbagai bidang dan seterusnya
dapat menarik minta murid untuk membaca.
Disahkan oleh :
LAPORAN AWAL PROJEK SPICE
6 MODEL KORIDOR SPICE :
Koridor 1 : Laman Cendikia (Unit Pusat Sumber )
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Koridor 3 : Taman Herba (Unit PPDa,panitia Sains,Panitia RBT,pss)
Koridor 4 : Lorong PKJR & Sains (Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains)
Koridor 5 : Laman Nilam Bestari ( Unit PSS)
Koridor 6 : Pondok SAL (Panitia Bahasa Inggeris)
Gambar-gambar menunjukkan Projek Khas Inovasi SPICE yang sedang dilaksanakan
Persiapan : KORIDOR 1 : Laman Cendikia
Persiapan : KORIDOR 2 : Fun Zone
Murid-murid membuat origami bur
Persiapan : KORIDOR 3 :Taman Herba
Persiapan : KORIDOR 4 :Lorong PKJR & Sains
Pokok kari Pokok rerama
Persiapan : KORIDOR 5 & koridor 6 :Laman NILAM Bestari & Pondok SAL
LAPORAN AKHIR PROJEK SPICE
6 MODEL KORIDOR SPICE :
Koridor 1 : Laman Cendikia (Unit Pusat Sumber )
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Koridor 3 : Taman Herba (Unit PPDa,panitia Sains,Panitia RBT,pss)
Koridor 4 : Lorong PKJR & Sains (Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains)
Koridor 5 : Laman Nilam Bestari ( Unit PSS)
Koridor 6 : Pondok SAL (Panitia Bahasa Inggeris)
Gambar-gambar menunjukkan Projek Khas Inovasi SPICE telah sedia untuk digunakan
Koridor 1 : Laman Cendikia (Unit Pusat Sumber )
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Koridor 2 : Fun Zone (Panitia Bahasa Inggeris)
Lorong PPDa HIV-AIDS
Lelangait lorong yang telah siap
Koridor 3 : Taman Herba (Unit PPDa,panitia Sains,Panitia RBT,PSS)
Koridor 4 : Lorong PKJR & Sains (Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains)
Koridor 5 & 6 : Laman Nilam Bestari ( Unit PSS) & Pondok SAL
Rumusan :
Alhamdullilah,Projek Inovasi SPICE SKSS telah Berjaya
dilaksanakan.Penggunaannya amat menggalakkan.Namun,terdapat
beberapa kekangan yang berlaku sepanjang berlangsungnya projek
ini.Diantaranya :
1. Pendemik covid-19 telah menghadkan penggunaan dikalangan
murid.
2. Sumber kewangan yang terhad menyebabkan beberapa fasiliti
seperti pembelian ipad atau tablet untuk penggunaan khas murid-
murid mendapatkan maklumat melalui qr code yang terdapat
disetiap koridor tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu murid
boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui guru yang
bertugas.
Oleh yang demikian,projek ini tetap memberikan impak yang positif
dan berkesan dalam penyebaran ilmu seterusnya ianya dapat
memberikan keseronokan dan kelainan dalam pembelajaran.
Disahkan oleh,
KORIDOR 2 :
FUN ZONE
http://gg.gg/funzone-spice-corridor2
KORIDOR 1 :
LAMAN CENDIKIA
http://gg.gg/lamancendikia-SPICE-CORRIDOR1
KORIDOR 3 :
TAMAN HERBA
http://gg.gg/tamanherba-SPICE-CORRIDOR2
KORIDOR 4 :
LORONG PKJR & SAINS
http://gg.gg/lorongpkjr-sains-SPICE-CORRIDOR4
KORIDOR 5 :
LAMAN NILAM BESTARI
http://gg.gg/lamanbestari-SPICE-CORRIDOR5
KORIDOR 6 :
PONDOK SAL
http://gg.gg/pondoksal-SPICE-CORRIDOR6
INOVASI KEDUA : TAMAN HERBA MENGGUNAKAN QR CODE
Kertas Kerja Projek Khas Pendidikan Pencegahan Dadah
Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang
42200 Kapar
Tajuk : Projek Taman Herba dan Lorong PPDa
Anjuran :
1. Unit PPDa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Unit Pusat Sumber
1. Pendahuluan
Taman herba adalah satu taman yang mengandungi pokok-pokok herba yang digunakan secara
tradisional oleh masyarakat pada zaman dahulu sama ada untuk tujuan perubatan dan
pemakanan.Pokok-pokok herba ini harus dikekalkan untuk warisan masyarakat kini supaya tidak lenyap
dimamah arus zaman.Taman ini disatukan di bawah satu lorong PPDa sebagai satu cara untuk
memperluaskan kesan halo Bilik Sumber PPDa SK Sungai Serdang
2. Objektif Mengekalkan pokok-pokok herba sebagai warisan turun-temurun
vi. Membolehkan murid-murid mengenali pokok-pokok herba yang ada dipersekitaran
vii. mereka.
Mencantikkan persekitaran sekolah dengan pokok-pokok yang boleh memberi ilmu dan
viii. pelajaran yang sangat berguna kepada generasi muda
Mencapai keseimbangan alam sekitar di antara proses pembangunan dan pemodenan
ix. Menyebar luaskan penyebaran peranan Bilik Sumber PPDa sebagai tempat untuk
x. membanteras dan menyalurkan pengetahuan tentang bahaya “DARVIH” kepada warga
sekolah dan masyarakat.
3. Ahli jawatankuasa
Pengerusi: Pn. Norliah bt. Abu Hassan
Guru Besar
Timbalan pengerusi : En. NorAzman bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib pengerusi : Tn. Hj. Mansor bin Mokhtar
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib pengerusi : TN. Hj. Mohd. Abdul Satar bin Hj. Ali
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : En. Ngabdul Basir b. Pardi
Naib setiausaha : Pn. Nor Fauziah binti Md. Ali
Ahli Jawatankuasa:
Pn. Arbaayah bt Zakaria
Pn. Nor Salawani binti Ismail
En. Mohd Shahrizal b. Ahmat
Pn. Suriyani binti Sayuti
Pn. En. Mohd Arman bin Mohd Nor
Pn. Suhaila bt Samaes
4. Perancangan projek Projek
Bil Tarikh Mengenalpasti lorong
1. Januari- Mac Mengenalpasti jenis-jenis pokok herba
Menanam jenis-jenis herba di dalam pasu
2. April -Jun Menghias lorong dengan sudut-sudut yang telah
ditetapkan
3. Julai-Ogos Menghias lorong dengan pokok-pokok herba
4. September Kemasan lorong dan Taman Herba PPDa
5. Anggaran perbelanjaan
iii. Bahan-bahan perhiasan lorong – RM 500
iv. Bahan-bahan Taman herba –RM 500
v. Banner dan Bunting – RM 500
Jumlah RM 1500
6. Sumber perbelanjaan
iv. Sumbangan pihak sekolah
v. Sumbangan pihak luar
vi. Sumbangan individu
7. Penutup
Semoga dengan mewujudkan lorong PPDa dan Taman herba di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang
akan dapat mempertingkatkan lagi ilmu para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat agar tidak
terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Disahkan oleh :
EN. NGABDUL BASIR BIN PARDI
GURU PENYELARAS PPDa
Laporan Awal Projek Khas PPDa 2018
Lorong PPDa dan Taman Herba PPDa
1.Lorong PPDa “Dadah dan Kesihatan”
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Bangunan C (Tahun 1 Gigih)
2. Lorong PPDa HIV-AIDS
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Bangunan C (Tandas lelaki)
3. Lorong Rokok dan Vape
Tempat : Di antara Blok Bangunan Blok C dan Bangunan A
4. Lorong PPDa Inhalan
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Kantin
Gambar-gambar menunjukkan Projek Khas PPDa yang sedang dilaksanakan
Memotong kayu pelipit untuk dijadikan rangka penampal bahan ppda
Memasang pelipit disepanjang lorong
Memotong kayu pelipit dengan kerjasama murid-murid
Memasang kayu pelipit dibantu pengawas PPDa untuk dijadikan rangka
AJK PPDa bekerjasama membina lorong PPDa Penanaman pokok herba
Memasang lelangit lorong PPDa yang berkonsepkan angkasa
Memasang tanda nama pokok-pokok herba
Memasang bintang, menggantung tanglung dan burung-burung. AJK dibantu oleh bekas murid SK Sungai
Serdang iaitu Siti Nur Izzah Hani.
Murid-murid membuat origami burung kertas
Guru-guru bekerjasama membuat origami berbentuk burung
Laporan Akhir Projek Khas PPDa 2018
Lorong PPDa dan Taman Herba PPDa
1.Lorong PPDa “Dadah dan Kesihatan”
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Bangunan C (Tahun 1 Gigih)
2. Lorong PPDa HIV-AIDS
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Bangunan C (Tandas lelaki)
3. Lorong Rokok dan Vape
Tempat : Di antara Blok Bangunan Blok C dan Bangunan A
4. Lorong PPDa Inhalan
Tempat : Diantara Blok Bangunan A dan Kantin
Pokok-pokok herba yang terdapat di dalam Taman Herba PPDa
Pokok Misai Kucing Pokok Kemangi Pokok Bonglai
Pokok kari Pokok rerama Pokok serai wangi
Pokok serai cina Pokok lengkuas Pokok cekur
Pokok pinang Pokok jerangau Pokok kaduk
Pokok mengkudu Pokok kunyit Pokok kesum
Pokok pandan pokok sirih pokok lidah buaya
Pokok serai Pokok jenis habbatussauda Pokok pegaga
Pokok ceri Pokok halia Pokok halia bara
Lorong PPDa Dadah & Kesihatan yang telah siap
Lorong PPDa HIV-AIDS
Lelangait lorong yang telah siap
Lorong PPDa Inhalan yang telah siap
MAKLUMAT SETIAP SUDUT DADAH YANG MENGGUNAKAN QR CODE
APA ITU ALKOHOL APA ITU DADAH
APA ITU INHALAN
APA ITU hiv-aids
APA ITU rokok
APA ITU VAPE PENGURUSAN PPDa
hotlineaadk
PAMPLET PPDa
INOVASI KETIGA :
CATATAN KEHADIRAN GURU & PELAWAT
MENGGUNAKAN QR CODE
PENGENALAN:
Cetusan idea mendapatkan catatan kehadiran guru dan
pelawat menggunakan qr code adalah hasil daripada masalah
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.Oleh
kerana,semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga
maka system catatan kehadiran guru dan pelawat
menggunakan qr code telah dicipta bagi memudahkan pihak
sekolah mengecam dan mengenal pasti mereka yang hadir dan
bergejala.
IMPAK/KESAN ATAS PENGGUNAAN :
1) Mudah dan pantas
2) Fleksible dan senang dijana dalam bila-bila masa sahaja.
3) Mudah diakses dan data yang diterima senang untuk
disimpan
SUDUT YANG DITAMPAL QR CODE INI :
1) Depan Pagar Utama Sekolah
2) Depan Pondok Jaga
3) Depan pintu pejabat sekolah
DIDEPAN PINTU PAGAR UTAMA